Monday, June 29, 2009

PRK Manek Urai : UMNO Menyerang Peribadi Nik Aziz

Selain daripada rasuah politik, ugutan, pengundi hantu, penipuan dan penyelewengan yang pasti dilakukan oleh UMNO bagi memastikan kemenangan mereka di Manek Urai, nampaknya kali ini ada satu "additional campaigns" yang mereka laksanakan bagi meraih sokongan para pengundi di sana.

Additional tersebut ialah melakukan serangan terhadap peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Serangan ini dilakukan ekoran ketegasan Nik Aziz menentang keras sebarang kerjasama dengan UMNO. Apatah lagi baru-baru ini idea Unity Government telah ditolak oleh Pakatan Rakyat. Dalam hal ini kita boleh rasakan betapa pemimpin UMNO kecewa apabila peluang mereka untuk mengeksploitasikan idea Kerajaan Perpaduan itu telah tertutup sama-sekali dalam keadaan mereka yakin ianya boleh memberikan 'laba besar' bagi UMNO.

Tindakan tak bertamaddun UMNO melakukan 'personal attacks' terhadap Mursyidul Am ini bolehlah dianggap sebagai satu tindakan 'membunuh diri'. Para pemimpin UMNO Kelantan masih tak serik dengan segala kebodohan yang mereka lakukan selama ini. Mereka ingat dengan menyerang peribadi MB Kelantan ekoran ketegasannya menentang idea Kerajaan Perpaduan itu akan membuatkan para pengundi Manek Urai marah dan beralih angin untuk mengundi BN.

Perlu diingat rakyat Kelantan cukup mengenali peribadi TGNA. Selain daripada ahli dan para penyokong PAS, ramai juga di kalangan ahli dan penyokong UMNO yang menghormati dan menyayangi beliau sebagai seorang Tuan Guru. Bukan setakat itu saja malah masyarakat bukan Islam sendiri turut menghormati beliau.

UMNO sudah tentu akan memainkan isu agama dan kepentingan Melayu. Sudah tentu ramai di kalangan Ulama' upahan akan dibawa turun ke Manek Urai untuk membantu kempen mereka. Selain daripada itu pelbagai projek mee segera akan ditabur. Yang pasti jalan kampung yang belum diturap akan diturap. Golongan pengundi miskin (jika ada) akan mendapat durian runtuh. Wang tunai, gula, beras, kain batik, basikal untuk pelajar miskin dan pelbagai lagi bentuk bantuan akan mencurah-curah tiba.

Segalanya ini adalah tektik lama yang semua orang dah masak benar. UMNO memang dah kepupusan idea untuk menarik undi. Mereka hanya bergantung kepada "kuasa duit" untuk mempengaruhi rakyat. Dan memang inilah kerja UMNO Dulu, Kini dan Selamanya... sebab mereka belajar daripada Abu Jahal dan Abu Lahab, saudara kandung mereka sendiri.

Marilah kita berdoa' semuga Allah meneguhkan pendirian para penyokong dan pengundi PAS di Manek Urai. Ingat pesan Tok Guru "Bagi duit ambik, bagi kain batik ambik, bagi gula dan beras ambik... Tapi pangkah Bulan."

Kita menjangkakan PAS akan berjaya mempertahankan kerusi DUN Manek Urai ini dengan peningkatan majoriti yang agak tinggi.

"Islam For All"

Takbir !!!

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger