Friday, June 19, 2009

10 Ahli Parlimen PAS Menentang Unity Government

Petang semalam (18 Jun), 10 ahli Parlimen PAS secara resminya mengisytiharkan diri mereka "Menolak Idea Kerajaan Perpaduan" dalam satu kenyataan media di lobi Parlimen dan sekaligus memberikan mandat sepenuhnya kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menangani isu tersebut yang sedang meletup dalam parti itu.

Mereka adalah Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Tahniah dan syabas aku ucapkan kepada mereka semua. Mereka bertindak sedemikian kerana sedar idea Kerajaan Perpaduan ini langsung tidak memberi faedah kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Yang untung hanya UMNO saja. Dan UMNO pula memang sudah terkenal sejak zaman Abu Jahal lagi yang mana mereka sanggup melakukan apa saja asalkan matlamat tercapai. Bila dah dapat apa yang mereka nak, faham-faham sajalah beb......

Bila tengok surat pengisytiharan tu, nama Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar takde. Tertanya juga dalam kepala otak, mengapa 2 Naib Presiden PAS ni tak turut sama menandatanganinya ? Setahu aku mereka berdua ini juga turut menentang idea tersebut. Agaknya 2 rakan karib ini sudah lebih awal meninggalkan Parlimen atas urusan lain. Atau mungkin juga atas kemaslahatan tertentu sebab dalam politik ni perlu cermat dan jangan gopoh.

Memang tidak dinafikan selaku Naib Presiden PAS, Salahuddin dan Mahfuz ketika ini sedang menggalas bebanan yang berat ekoran isu Kerajaan Perpaduan ini. Diharap '2 Panglima Jihad' ini mampu mengekang kemaraan "Unity Government Group" ini. Kita yakin dengan kewibawaan 2 Naib Presiden ini.

Dilaporkan Nasharuddin terus menghilangkan diri sebaik saja tamat Sidang Parlimen semalam sejak dibidas oleh Nik Aziz. Kalau beginilah keadaannya, aku yakin dalam pemilihan Muktamar akan datang, Nasharudin akan 'tersungkur'. Silap-silap haribulan kedudukan Haji Hadi sebagai Presiden pun akan dicabar.

Pemimpin datang dan pergi adalah lumrah. Yang penting PAS selamat.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger