Saturday, July 30, 2011

Terima kasih Dr Zulkifli dan Dr Naemah

Saya sebagai warga Malaysia bukan Melayu dan bukan Islam menulis ingin merakamkan penghargaan kepada Prof. Dr. Datuk Zulkifli Mohd. Yusoff, pensyarah di Jabatan al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam , Universiti Malaya, dan Dr. Noor Naemah Abd. Rahman, pensyarah di Jabatan Usul Fiqh, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya kerana penulisan mereka yang bertajuk “Biografi Muhammad bin Abdullah” yang saya baru-baru ini mula membaca.

Naskah yang saya memperolehi merupakan Edisi Kedua, Cetakan Kedua, 2011 (hard-cover) penerbitan PTS Islamika Sdn. Bhd.

Seperti yang dikongsi oleh kedua-dua penulis dalam bahagian “kata pengantar” pendekatan yang digunakan merupakan gaya penceritaan memang sesuai bagi kalangan bukan Islam.

Lagi pun buku ini memang sesuai sebagai buku teks kegunaan sekolah menengah rendah untuk mata pelajaran Agama Islam Untuk Yang Bukan Islam.

Lagi satu edisi yang lebih dalam tarafnya pengajian mata pelajaran Islam, seperti, undang undang ataupun keluarga dan sebagainya patut di sediakan bagi sekolah menengah tinggi. Saya juga berpendapat mata pelajaran sejarah, patutnya diasingkan daripada Pengkajian Agama Islam.

Pada pandangan saya pengkajian Agama Islam patut sangat digalakkan di antara yang bukan Islam dan cikgu-cikgu bukan Islam patut dilatih mengajar mata pelajaran ini. Ini supaya yang bukan Islam itu mengesyaki bahawa ini adalah satu taktik halus untuk menggalakan mereka meninggalkan agama keluarga mereka.

Cikgu-cikgu yang dipilh mesti ada sifat hormat kepada semua agama dan mesti tahu bahawa matlamat mereka adalah untuk menyesuaikan murid murid mereka dengan suatu agama yang menjadi agama rasmi negara kita.

Selama ini, apa apa yang kita dapat tahu tentang agama Islam adalah yang di dengar melalui beberapa jenis saluran media. Panduan untuk menafsirkan apa yang kita terdengar itu memang tidak ada. Ataupun, hal tentang agama Islam itu telah pun di “curi dengar”. Hasil pencurian memang ada keburukannya.

Pada zaman dahulu, bagi kita yang bukan Melayu bukan Islam kita sangat di pengaruhi oleh ajaran dari kitab suci Kristian, iaitu Injil. Selain Injil, saya sendiri pernah membaca banyak buku yang berasakan ajaran ataupun pandangan Agama Kristian.

Untuk saya, itu adalah zaman sosio-politik Kristian. Saya rasa sudah sampailah masa menghadapi penukaran zaman iaitu yang akan berasaskan agama Islam.

Lagi sekali saya ingin nak menucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua penulis yang prihatin kepada yang bukan Islam dan berharap dasar dasar yang sesuai akan dilaksanakan untuk memupukkan suasana berharmoni diantara warga pelbagai bangsa dan agama di negara Malaysia yang bertuah ini.

oleh Sukhdev Singh

6 tahanan EO dibebaskan

Penulis panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas pembebasan 6 orang ahli PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat sejak 2 Julai lalu. Sebagai Muslim, memang kita diperintahkan untuk membela sesiapa saja yang dizalimi tanpa mengenal warna kulit, kaum maupun agama. Sebab Islam itu sendiri adil untuk semua. Kesemua mereka telah dibebaskan kira-kira jam 5.30 petang semalam di Balai Polis Jinjang. Pembebasan mereka telah disambut meriah oleh rakyat pelbagai kaum.

Mereka yang dibebaskan itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25

Dua jam selepas dibebaskan, ratusan orang berkumpul di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) di Kampung Attap Kuala Lumpur sambil melaungkan "hidup rakyat" dan "mansuhkan EO" (Ordinan Darurat) berkali-kali.

Mereka juga membawa bendera PSM dan pelbagai kain rentang menyambut kedatangan kesemua mereka.

Antara yang kelihatan ialah naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim dan bengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga.

Kumpulan itu menjadi semakin ramai apabila bergabung dengan kumpulan penyokong Teoh Beng Hock yang kebetulan mengadakan acara nyalaan lilin memperingati kematian mendiang.

Berucap kepada para penyokong, keenam-enam mereka mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang dianggap wira sebenar yang merintis pembebasan mereka.

"Wira sebenar adalah anda semua yang turun ke jalan raya pada 9 Julai," kata anggota jawatankuasa pusat PSM, Choo Chon Kai.

"Kami di dalam tak buat apa-apa. Yang berusaha anda semua di luar (sel)."

Sementara itu, ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar pula berkata menyifatkan mendapatkan layanan yang baik, terutamanya daripada warden.

"Warden semua OK. Tapi masalahnya yang di atas," katanya sambil mengkritik alasan penahanan mereka yang bertukar-tukar.

Beliau mendakwa usaha mengaitkan PSM dengan komunisme cuba digambarkan sebagai "kumpukan jahat".

"Mereka hendak jadikan kita contoh. (Kononnya) PSM komunisme. Nak gambarkan kita kumpulan jahat," katanya.

Manakala timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy berkata beliau membantah ujian poligraf ketika ditahan kerana beliau tidak cukup tidur.

Sambil berjenaka, beliau berkata dalam sel perempuan "banyak hantu jantan".

"Jadi saya bantah poligraf sebab saya tak cukup tidur," jelasnya.

Friday, July 29, 2011

Wahabi pulak dah... sesat dan jahatnya UMNO disorok

Selepas menggelabah dengan kebangkitan rakyat pada Bersih 2.0 9 Julai lalu serta layanan 'baik' Polis terhadap peserta himpunan, kini pentadbiran Najib Altantuya melalui penasihat Yahudi APCO cuba memainkan semula isu Wahabi bagi mengaitkan beberapa individu yang dilihat condong kepada PR. Walau isu terroris yang cuba dikaitkan dengan Wahabi, namun ianya hanya gimik bagi 'menutup mulut' bekas Mufti Perlis yang sejak kebelakangan ini kerap melontarkan pandangan sinis terhadap pentadbiran Najib.

Kita kena faham, UMNO memang memusuhi Islam sejak dari awal penubuhannya. Tertubuhnya UMNO adalah hasil rancangan jahat penjajah Inggeris yang ada agenda tersendiri di sebalik kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957. Ringkasnya, UMNO merupakan anak-didik penjajah Inggeris yang hanya meneruskan saja dasar pemerintahan sekular dalam negara hingga ke hari ini.

Yang pasti UMNO sanggup melakukan apa saja bagi menghalang gerakan Islam tanahair daripada menjadi pemerintah. Tindakan ini merupakan kesinambungan daripada apa yang dirancang oleh penjajah Inggeris melalui draf perlembagaan oleh Suruhanjaya Reid.
Liciknya pihak musuh Islam dalam merencana agenda jangka panjang bagi memastikan Islam terus ditekan dengan cara terancang serta halus.

Jahatnya UMNO dalam memerangi gerakan Islam memang tak boleh disorok lagi. Sejarah pembunuhan pimpinan, ulama' dan aktivis PAS telah bermula sejak dulu lagi. Antaranya;

1- Pembunuhan pertama yang melibatkan pimpinan PAS berlaku pada tahun 1959 bila Ketua Pemuda PAS Tanah Melayu ketika itu, Abdul Samad Gul Ahmad telah dikapak di kepalanya oleh individu yang tidak dikenali sewaktu mahu masuk ke keretanya.

2- Konspirasi membunuh Prof Ustaz Zulkifli Muhammad. Pada 6 Mei 1964, semasa dalam perjalanan pulang dari Bachok Kelantan ke rumah ayahnya ke Kuala Kangsar, Ustaz Zulkifle Muhammad berada di dalam kereta jenis Fiat bernombor JB 9977. Kira-kira jam 7.00 malam, sesampainya di suatu jalan sempit, batu 4½ , Jalan Kuantan Pahang, keretanya telah berlanggar dengan sebuah Land Rover yang datang dari arah depan. Isterinya meninggal serta-merta di ribanya, manakala beliau meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

3- Pada 18 Januari 1985, tercetusnya ‘Peristiwa Berdarah Lubuk Merbau’ sehari sebelum pembuangan undi PRK Parlimen Padang Terap. Dalam kejadian itu, dikatakan lebih 200 ahli UMNO telah menyerang petugas pilihan raya PAS di Felda Lubuk Merbau, menyebabkan 7 cedera parah, dan seorang bernama Osman Talib meninggal dunia pada keesokan harinya.

4- 19 November 1985, berlaku peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali oleh Kerajaan UMNO BN dengan mengerahkan kira-kira 4,000 anggota Polis bersenjata M-16 dan kereta perisai. Dalam kejadian yang menyayat hati itu, pihak Polis secara biadap telah menembak dan membunuh Ustaz Ibrahim Libya dan 13 sahabatnya serta mencederakan 8 yang lain. Yang ditahan seramai 161 orang termasuk kanak-kanak.

Selain pimpinan dan aktivis PAS yang dizalimi dan dibunuh, Anwar Ibrahim turut menjadi mangsa kerakusan kuasa pimpinan UMNO. Pada 20 September 1998, cubaan membunuh Anwar telah dilakukan oleh KPN masa tu, Rahim Nor. Anwar dibelasah teruk hingga berlumuran darah, mata lebam dan cedera teruk pada tulang belakangnya. Pihak Suruhanjaya Bebas yang menyiasat kes mata lebam itu telah mengesahkan bahawa memang ada cubaan untuk membunuh Anwar.

Lantaran dosa-dosa besarnya terhadap Islam, jenayah bunuh, rasuah, penyelewengan, fitnah jahat terhadap PR dan pimpinannya serta menzalimi rakyat, kini UMNO semakin panas dan begitu terdesak bagi menghadapi PRU13.

Justeru, bagi meraih kembali sokongan orang Melayu, maka ditimbulkan semula isu Wahabi dan teroris. Tujuannya, mahu menimbulkan keresahan di hati rakyat, khususnya ahli UMNO yang bebal hingga terlupa pada isu sebenar seperti kezaliman Polis dalam Bersih 2.0 hingga menyebabkan kematian, penyelewengan ratusan juta wang rakyat dalam skandal pembelian 2 buah kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya, kenaikan harga minyak dan barangan, kenaikan tarif letrik, lesapnya RM52 bilion saham Bumiputera daripada jumlah RM54 bilion yang diperuntukkan, kerugian dan penyelewengan yang berlaku dalam Felda dan Felcra dan lain-lain isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat jelata.

Bagi penulis, UMNO merupakan musuh No.1 kepada Islam itu sendiri. Segala tindak-tanduk parti MUNAFIQ KABIR itu dah tak boleh disorok lagi. Malah orang bukan Islam sendiri turut sedar siapa UMNO sebenarnya. Hakikat kemunafiqan UMNO itu diakui sendiri oleh seorang lelaki Hindu yang penulis temui semasa himpunan Bersih 2.0 lalu.

Secara jujur lelaki itu bagitau "UMNO memang jahatlah. Bila terdesak, mereka mainkan isu agama. Tapi bila dah kuat, mereka tendang agama. Tengoklah apa mereka buat pada kerajaan PAS Kelantan...."

Penulis merayu kepada seluruh umat Islam agar segera meninggalkan UMNO sementara masih ada hayat. Rayuan ini dibuat atas tanggungjawab penulis sebagai seorang Muslim. Jika mati dalam UMNO, nescaya Neraka adalah tempat kembali. Ini bukan soal main-main tapi melibatkan soal 'Aqidah umat Islam.

Apakah balasan orang yang menyokong pemimpin yang sesat dan jahat? Sila renungkanlah Firman Allah dalam Surah Al Ahzab (33) : ayat 66 - 68 yang bermaksud;

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

Salam pagi Jumaat

Saturday, July 23, 2011

Rumah diroboh DBKK : Terus je sokong UMNO

Kadang-kadang bila kita nasihat secara jujur, tak mahu dengar, percaya jauh sekali, malah dituduhnya kita pembangkang yang suka mereka-reka cerita demi kepentingan politik. Inilah masalah sikap dan fikrah yang melanda majoriti masyarakat Bumiputera tanahair. Tapi bila dah kena pada batang hidung sendiri, baru nak sedaq diri. Itu pun entah... Silap-silap datang PRU13 nanti, kembali jadi bangang dengan duit RM100, kain batik, gula, beras dan janji-janji manis yang ditabur. Inilah mentaliti kelas tiga warga Bumiputera di tanahair ku.

Penulis mula menjejakkan kaki di bumi Sabah ni pada Disember 1988. Waktu itu kerajaan PBS sedang memerintah. Sebelum tu ialah USNO dan Berjaya. Bila dapat tahu majoriti rakyat Sabah tidak mempunyai geran hakmilik tanah yang diusahakan sebagai tempat tinggal dan bercucuk-tanam, penulis jadi hairan bagaimana kerajaan USNO, Berjaya dan PBS boleh membiarkan rakyatnya terus tinggal di atas sebidang tanah yang bukan milik mereka. Hanya jadi 'penumpang' di negeri sendiri sedangkan dalam waktu yang sama berpuluh ribu hektar boleh diberikan kepada tauke-tauke besar.

Kemudian datang pulak UMNO 'parti penyamun besar' dari Semenanjung pada tahun 1992 (kalau tak silap) atas persetujuan Presiden USNO ketika itu, Almarhum Tun Datu Mustapha bagi menumbangkan kerajaan PBS pimpinan Pairin dalam PRN 1995 dengan janji propaganda Sabah Vagu (Sabah Baru). Dalam PRN 1995, PBS menang dengan simple-majority. Dan penulis masih ingat lagi, waktu tu Pairin dihalang daripada mengangkat sumpah kerana UMNO dah mula tunjuk taringnya untuk merampas kuasa dari PBS secara tidak bermoral. Akhirnya, beberapa orang ADUN PBS yang menang mengisytiharkan diri mereka menyertai BN, termasuk Lajim Okim. Puluhan juta wang rakyat dijahanamkan oleh UMNO untuk membeli wakil rakyat PBS.

Hari ini sebahagian warga Sabah mula sedar bahawa kemasukan UMNO ke negeri ini bukan untuk memperbaiki kehidupan mereka, malah menambahkan lagi kesengsaraan yang sedia ditanggung selama ini.

Adalah juga sedikit perubahan dari segi kemudahan infrastruktur seperti sistem pengangkutan awam, pendidikan, kesihatan dan menaik-taraf jalanraya yang menghubungkan beberapa daerah. Malangnya rakyat beranggapan kerajaan sudah menjalankan tanggungjawabnya dengan menyediakan kemudahan asas sebegini. Harus difahami bahawa mana-mana kerajaan di dunia ni wajib menyediakan kemudahan asas untuk rakyatnya. Yaitu pendidikan dan perubatan percuma, menyediakan bekalan air dan elektrik dengan tarif yang rendah, sistem pengangkutan awam murah, rangkaian jalanraya yang bermutu tinggi tanpa tol dan termasuklah juga memberi hakmilik tanah kepada rakyatnya.

Cuba kita lihat apa yang berlaku dalam negara kita hari ini. Antaranya;

1- Kemudahan pendidikan dan perubatan percuma telah ditarik.

2- Tarif air dan elektrik terus dinaikkan dari masa ke semasa.

3- Tambang pengangkutan awam terus meningkat naik ekoran kenaikan harga minyak.

4- Rangkaian jalanraya yang bermutu rendah walhal rakyat dikenakan cukai motor kenderaan.

5- Tanah rakyat terus dirampas untuk diserahkan kepada tauke-tauke besar bagi tujuan pembangunan hartanah termasuk pembukaan ladang secara besar-besaran (bukan untuk rakyat), projek perumahan tak mampu milik (rumah mewah), pusat membeli-belah dan sebagainya yang langsung tidak memberi faedah kepada majoriti rakyat luar-bandar. Hanya dapat tengok je...

Adalah juga perumahan rakyat yang dibina di beberapa lokasi sekadar mahu mengaburi mata. Itu pun disapu oleh puak-puak kroni UMNO BN untuk melonggokkan harta haram mereka dengan menyewakan kepada orang lain. Hal ini didedahkan kepada penulis oleh salah seorang penyewa di Perumahan Awam Taman Telipok Ria. Katanya, rumah yang disewanya itu milik seorang individu yang rapat dengan seorang Menteri Kabinet Sabah. Juga pimpinan UMNO Bahagian Tuaran. Tambahnya, individu itu memiliki 15 unit rumah di perumahan awam tersebut untuk disewakan. Samada kesemua 15 unit itu dibeli atau sebaliknya, wallahu'alam.

Jika perumahan rakyat yang dibina untuk golongan susah pun disapu oleh puak-puak UMNO BN, maka tidak hairanlah bila pihak DBKK yang di bawah telunjuk mereka boleh merobohkan rumah rakyat di Likas, Inanam dan Sepangar atas alasan setinggan walhal dalam waktu yang sama ada PATI dibiarkan saja membina rumah mereka atas tanah haram maupun milik kerajaan tanpa sebarang tindakan sebab fulussssss.

Selanjutnya di sini.

Friday, July 22, 2011

(Muhyiddin + Hishamuddin) - Najib

Menyorot kembali politik sepak-terajang dalam UMNO selama ini membuktikan parti MUNAFIQ KABIR itu memang telah lama rosak samada di sudut aqidah dan akhlak pimpinannya. Apa yang ada hanyalah budaya mengampu bagi yang tiada harapan untuk ke kerusi Presiden. Manakala yang berjaya menduduki kerusi 3 teratas, masing-masing membuat percaturan untuk terus mara. Perasaan iri, dengki dan khianat sentiasa wujud di dalam jiwa mereka. Apa yang penting matlamat mesti dicapai dalam apa jua cara sekalipun.

Jika dilihat pada tindakan Hishamuddin selaku Menteri KDN yang 'berfatwa' Bersih 2.0 ialah pertubuhan haram serta mengarahkan Polis bertindak ganas terhadap rakyat pada himpunan 9 Julai lalu, dilihat semacam mahu memburukkan imej PM Najib yang juga sepupunya.

Ekoran daripada tindakan ganas Polis atas arahan Hishamuddin tempohari hingga melibatkan kematian telah menjatuhkan reputasi dan imej Najib di mata dunia. Dan baru-baru ini, Najib sendiri telah diaibkan semasa membuat lawatan ke London. Tiada karpet merah dan sambutan negara dibuat di airport London. Tentunya amat memalukan Najib bila PM Britain sendiri telah membatalkan majlis makan tengahari bersama Najib dan delegasinya di saat akhir. Ironisnya, Ratu Elizabeth sendiri mengenakan pakaian kuning ketika menerima mengadap Najib dan Rosmah di istana Buckingham. Juga Menteri Pengangkutan Britain yang mengenakan tali leher kuning semasa mengiringi Najib melawat stesen keretapi London.

Tentunya menimbulkan spekulasi dan tanda-tanya apakah rasionalnya Hishamuddin selaku Menteri KDN mengambil pendekatan kasar terhadap rakyat dalam menangani isu Bersih 2.0, walhal dia sendiri sedar reputasi kerajaan UMNO BN terus menjunam sejak Najib take-over dari Pak Lah.

Cara bodoh Hishamuddin itu sebenarnya akan mempercepatkan lagi proses kejatuhan kerajaan UMNO BN dan seterusnya membolehkan Mahkamah Rakyat membicarakan semula Najib dan Rosmah serta kuncu-kucunya yang terlibat dalam kes pembunuhan kejam Altantuya. Juga seluruh pemimpin UMNO BN yang ada kes jenayah dan penyelewengan.

Apakah Hishamuddin sendiri ada percaturannya bersama Muhyiddin bagi memastikan Najib terpaksa turun takhta selepas PRU13 sekiranya UBN masih mampu bertahan. Jika Najib boleh menendang Pak Lah dengan menghasut pmpinan dan ahli UMNO agar mendesak Pak Lah meletakkan jawatan ekoran kekalahan teruk BN dalam PRU12, maka tidak mustahil Muhyiddin dan Hishamuddin boleh melakukan hal yang sama terhadap Najib ekoran skandal Scorpene dan Altantuya yang dah merebak ke peringkat antarabangsa.

Perlu diakui Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu bakal merubah landskap politik tanahair jika diizinkan Allah. Kejayaan Bersih 2.0 menyatukan hati puluhan ribu rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama dalam menuntut pilihanraya adil dan bersih, kebebasan media dan memerangi rasuah serta semangat kental mereka berhadapan tindakan ganas Polis hingga menyebabkan satu kematian dan kecederaan ramai yang lain, pastinya memberi kesan buruk pada UMNO BN dalam PRU13 nanti.

Keadaan ini jelas bila Najib sendiri terpaksa membatalkan hasrat untuk bercuti bersama keluarga dan terpaksa turun padang bertemu rakyat bagi memulihkan imej kerajaan UBN pimpinannya yang semakin dibenci sejak insiden 9 Julai lalu. Punyalah terdesak anak Tun Razak ini hingga terpaksa bertemu Pope di Itali dengan harapan dapat memulihkan sokongan rakyat beragama Kristian pada UBN. Tak pernah dibuat oleh PM sebelumnya.

Mungkin Najib beranggapan sokongan orang Melayu pada UMNO masih kuat. Dan hanya itulah saja modal yang tinggal pada UMNO hari ini. Selagi masih ada spesis orang Melayu yang boleh diperbodohkan dengan wang, kain batik dan propaganda fitnah serta pembohongan melalui media perdana, maka adalah sikit lagi nyawa UMNO sebelum berkubur buat selamanya.

Waima apa pun, sebagai Muslim, penulis hanya mahu melihat UMNO segera kojol kerana sudah terlalu ramai orang Melayu Islam yang rosak Aqidah dan akhlak kerananya.

Kepada mana-mana individu Muslim yang terus menyokong UMNO hingga nazak, syabas diucapkan kerana anda terpilih untuk menjadi ahli kelab eksekutif di Nar kelak ekoran keberanian anda menyokong puak yang memerangi Allah dan Rasul-Nya.

See you next posting...

Pekong Najib terus dibongkar

Apa lagi cara Najib Rosmah nak sembunyikan jenayah mereka dalam skandal pembelian Scorpene dan pembunuhan Altantuya. Kalau di Malaysia, bolehlah disorok segala pekong itu dengan memperalatakan Polis dan Mahkamah serta pembohongan melalui media munafiq yang dikuasai. Malangnya pasangan iblis No.1 itu terlalu yakin dengan kuasa yang ada di tangan, pasti semuanya beres hingga terlupa akan kekuasaan Allah Yang Maha Mengatur segala-galanya apa yang ada di langit dan bumi.

Tanpa diduga, pihak kerajaan Peranchis mengarahkan satu siasatan terperinci berhubung skandal pembelian Scorpene setelah ianya menarik perhatian dunia ekoran pembunuhan kejam Altantuya yang dipercayai melibatkan Najib.

Hari ni Peguam Peranchis yang dilantik oleh SUARAM telah ditahan oleh pihak Imigresen Malaysia sejurus pesawat yang dinaikinya dari Penang mendarat di KLIA pagi tadi. Tindakan pihak imigresen itu jelas membuktikan betapa takutnya Najib dengan kehadiran William Bourdon.

Peguam 'Scorpene' ditahan, akan diusir pulang

Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Difahamkan, beliau akan dihantar pulang menaiki pesawat menuju ke Paris pada kira-kira jam 11.30 malam ini.

Dalam mesej emelnya, Bourdon berkata semuanya baik, dan beliau akan terbang ke Paris malam ini.
Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.


"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.

Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.

Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya.

Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon".

Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam tadi.

Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.

Syarikat itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.

Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.

Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan. - mkini

Laporan berkaitan di sini

Thursday, July 21, 2011

Ketua Pengarah JPN mesti jawab isu ni...

Sebagaimana biasa, saban hari penulis akan 'merayau' ke beberapa website berita alternatif bagi mengikuti perkembangan semasa tanahair maupun antarabangsa. Sebelum ni kita pernah dikejutkan dengan Projek IC Palsu secara besar-besaran di Sabah. Dan projek itu sebenarnya terus berjalan hingga sekarang. Dan pendedahan terbaru oleh seorang pelabur Taiwan telah membenarkan dakwaan projek MyKad palsu selama ni. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan Pengarah JPN Sabah mesti bertanggungjawab dan menjawab isu yang serius ini.

How did I get a MyKad?, fumes cheated investor

A Taiwanese investor in Sabah has discovered that he has a MyKad which he had never applied for in the first place.

KOTA KINABALU: A puzzled Taiwanese businessman, Lin Yun Chun, wants the police and the relevant authority to investigate how and when a MyKad was issued in his name.

“I have never applied to the National Registration Department (NRD) for the MyKad. I do not read English and Bahasa Malaysia.

“I do not know how the MyKad was issued in my name, with different birth dates from my passport.

“I purchased all my properties in Sabah using my Taiwan passport.

“I urge the police and the relevant authority to investigate how and when the MyKad was issued in my name,” he said in a statement issued through his representative Chia Chiew Pui.

Chia, who holds power of attorney for Lin, lodged a police report here yesterday. He is seeking police assistance to investigate how a MyKad was issued in his name.

Lin said he had always travelled to Sabah with his Taiwanese passport. He said his visits to Sabah was always either on a tourist or business visa.

“The last time I traveled to Sabah was in 2000. I was on a tourist visa and then (they) granted (me a) business visa.

“When my visa expired sometime in July 2000, the relevant authorities such as the Industrial Development Department and the Chief Minister’s Department recommended to the Sabah Immigration to extend a one year business visa to me as an investor,” he explained.

Falsified documents

He said this latest twist of event was not isolated but was in fact an addition to the multiple falsifications of documents by unscrupulous persons leading to the wrong issuance of copies of his title deeds which saw the exchange of hands of his properties.

Lin said that he had been away from Sabah from 2000 to 2009 because of illness and had only discovered the fraud on returning here in August 2009.

“When I returned, I was shocked that my properties had changed to third parties by way of falsified documentations.

“I am still holding all the original title deeds to these properties.

“How could I be selling my properties without surrendering my original titles to the lawyer preparing the sales and purchase agreement?” he said.

Lin also dismissed ‘as baseless and wrongful’ allegation that he received RM800,000 for the sale of his house in Tangung Aru and or other properties via Chia.

“I have never appointed anyone to sell my house or properties using power of attorney,” he stressed.

Lin claimed that the falsified documents such as the power of attorney (PA) and sales and purchase agreements purportedly signed by him in front of certain lawyer was done at the time when he was ill and was not present in Sabah.

“I have never met the said lawyer who purportedly prepared the PA and the agreements,” he added.

Lin added that he had all the medical and immigration reports from Taiwan authorities to prove that he had never left Taiwan during the times when the properties purportedly change hands.

He also noted that he had lodged two police reports in August 2009 when he returned to Sabah for the wrongful transfer of his properties based on falsified documents and wrongful issuance of titles.

Lin said he has since engaged a local lawyer here to act on his behalf and has commenced legal action against the wrongdoers. - FMT

Monday, July 18, 2011

Jenazah Almarhumah Dr Lo'Lo' selamat disemadikan

Almarhumah Dr Lo'Lo' adalah antara pimpinan PAS yang penulis sayang dan hormati. Beliau memang seorang pejuang Islam yang komited, berani dan cekal dalam menjalankan tugas yang diamanahkan walau dalam waktu yang sama terus bertarung dengan penyakut barah paru-paru yang dihidapi sejak sekian lama. Sudah tentu pemergiannya pada jam 10.15 malam tadi amat dirasai oleh seluruh warga PAS dan rakyat Titiwangsa. Semuga Allah mengurniakan darjat syahidah kepada Almarhumah.


Al Fatihah.

Saturday, July 16, 2011

Skandal Scorpene : Pegawai kanan kerajaan disuap lagi beso

Isu pembelian kapal selam Scopene di bawah teraju Datuk Seri Najib Tun Razak dikejutkan dengan pendedahan terbaru bahawa pegawai-pegawai kanan kerajaan disogok dengan komisyen yang jauh lebih besar daripada jumlah yang terbongkar sebelum ini.

Seorang peguam dari Perancis akan memberikan butiran lebih lengkap mengenai sogokan itu dalam sesi penerangan di Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bermula minggu depan, kata jurucakap Suaram Cynthia Gabriel.

Beliau berkata peguam William Bourdon akan memberitahu hasil siasatan beliau ke atas pembelian dua kapal selam itu dari Peranchis pada tahun 2002 yang turut dikaitkan dengan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Sharibuu.

Sebelum ini, syarikat Perimekar yang dikendalikan oleh Abdul Razak Baginda, penasihat kepada Najib ketika itu, dilaporkan menerima komisyen RM540 juta ringgit daripada syarikat DCNS berpangkalan di Paris.
Komisyen lumayan itu disifatkan oleh pembangkang sebagai pendapatan “atas angin” untuk Perimekar hanya kerana hubungan Abdul Razak dan Najib yang ketika itu adalah Menteri Pertahanan.

Abdul Razak dituduh bersubahat dalam pembunuhan Altantuya pada tahun 2005. Beliau mengaku menjalin hubungan sulit dengan Altantuya namun dilepaskan daripada tuduhan itu. Dua anggota polis disabit membunuh bekas model itu pada tahun 2007.

Gabriel berkata bukti-bukti terbaru yang dikumpul oleh pasukan penyiasat di Peranchis menunjukkan pembayaran komisyen yang jauh lebih besar daripada apa yang dibayar kepada Perimekar.

"Kami terkejut untuk mengetahui bahawa wujud lebih banyak pembayaran komisyen kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan di negara ini,” tambah beliau.

Pembayaran komisyen adalah dilarang di bawah undang-undang Peranchis. Suaram menerusi peguam-peguam di negara itu telah menyerahkan bukti-bukti yang ada kepada pendakwaraya untuk memulakan siasatan.

- tvsnews

Abang Allahyarham Baharudin sertai Pakatan

Penulis yakin Allahyarham Baharudin mendapat darjat Husnul Khatimah. Mudah-mudahan tergolong sebagai Syuhada'. Al Fatihah buatnya. Baru seminggu Allahyarham pergi meninggalkan kita semua, namun pemergiannya memberikan kesan yang begitu mendalam kepada seluruh rakyat yang cintakan keadilan, termasuk kekandanya sendiri Mejar (B) Kassim bin Ahmad.

Pesara pegawai tentera yang berusia 72 tahun berkata, kematian adiknya semasa himpunan Bersih 2.0 lalu telah mendorongnya membuat pendirian politik. Justeru beliau mengambil keputusan muktamad untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum di ibupejabat Polis Bukit Aman hari ini, beliau sangat sedih atas kemalangan yang menimpa adiknya itu.

Katanya lagi, dia sangat kecewa kerana tiada seorang pun wakil dari pihak kerajaan maupun Polis yang hadir ke pengebumian Baharudin tempohari.

"Mereka langsung tidak menghulurkan ucapan takziah atas pemergiannya..." Saya telah mengambil keputusan untuk bersama Pakatan Rakyat selepas ini. Saya tidak berpihak pada mana-mana politik sebelum ini, tapi selepas kemalangan ini, ianya jelas hanya Pakatan tahu bagaimana mahu menjaga rakyatnya", tegas bekas pegawai tentera itu.

Beliau juga memuji keberanian rakyat yang turun ke jalanraya pada 9 Julai lalu dan mendesak kerajaan agar jangan melayan pembangkang macam musuh.

Allahyarham Baharudin, ayah kepada 3 orang anak dan suami kepada Ketua Wanita PKR Cabang Titiwangsa, telah disebut sebelum ini kematiannya berpunca daripada masalah jantung bila terjatuh akibat terkena gas pemedih mata yang dilepaskan oleh Polis di KLCC.

Pagi tadi, Kassim dan anak saudaranya Azahar serta diiringi lebih 20 orang, termasuk aktivis dan pemimpin PKR, berpakaian pelbagai warna kuning, emas dan oren, telah menyerahkan memorandum tersebut.

Selain itu, pihak keluarga Allahyarham menuntut satu siasatan yang terperinci mesti dibuat dan semua anggota Polis yang terlibat dalam insiden itu digantung tugas sehingga hasil siasatan diperolehi.

Memorandum itu turut mendesak hasil siasatan mesti didedahkan kepada umum dan KPN Ismail Omar mesti memohon maaf kepada pihak keluarga Allahyarham dan seluruh rakyat Malaysia.

Selanjutnya di sini

Pelacur pun minta cuti beb...

Bila sebut pasal pelacur ni, penulis teringat kisah seorang wanita pelacur yang telah mendapat keampunan Allah SWT lantaran satu kebaikan yang dibuat dan amat tinggi nilainya di sisi Allah. Amal kebaikan itu ialah memberi minum seekor anjing yang hampir mati kehausan.

Dan penulis sendiri tak sangka rupanya ada juga di kalangan pelacur yang sanggup minta cuti kerana mahu bersama-sama rakyat dalam himpunan 60 ribu pada 9 Julai lalu. Bagi penulis, senario yang berlaku jelas membuktikan ada di kalangan pelacur sendiri sedar betapa negara ini sedang diperintah oleh golongan penyamun, penjenayah dan perasuah. Mungkin ada di kalangan mereka cukup sedar sistem yang ada hari ini menjadi faktor penyumbang kepada 'jalan hitam' yang terpaksa dilalui demi meneruskan kehidupan yang semakin mendesak.

Kalau di Indonesia, kita akan dapati begitu ramai gadis-gadis dan remaja yang terlibat dalam kegiatan pelacuran. Bila ditanya mengapa mereka jadi pelacur. Spontan mereka menjawab "Mahu bantu keluarga pak. Kami orang miskin, tiada tanah mahu diusahakan..."

Apakah kita mahu generasi anak-cucu kita berhadapan dengan situasai yang sama sebagaimana yang berlaku di Indonesia bila kekayaan negara hanya dibolot oleh pemerintah, keluarga dan kroni mereka?

'Pelacur pun bercuti untuk sertai BERSIH'


Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin mendakwa, beliau difahamkamkan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat, sehingga terdapat pelacur yang mengambil cuti untuk menyertainya.

"Pada 9 Julai, sebelum perhimpunan, (saya) ada (bersembang dengan) seorang (aktivis) Cina buat tinjauan. Beliau terlibat dengan sebuah NGO, menemuramah pelacur di Lorong Haji Taib.

"Beliau kata, ada pelacur minta cuti untuk bersama-sama dengan perhimpunan BERSIH. Saya diberitahu begitu. Saya percaya dia (aktivis) bercakap benar kerana beliau bersama dengan NGO.

"Kalau pelacur minta cuti untuk bersama dengan BERSIH, ini (menunjukkan) BN dah teruk. Pelacur pun tak sokong BN," katanya disambut dengan gelak ketawa dan tepukan kira-kira 200 hadirin yang hadir dalam ceramah di Gombak malam tadi.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, perkara itu membuktikan rakyat pelbagai lapisan mengakui lapan tuntutan BERSIH sebagai permintaaan yang munasabah.

Ditemui Malaysiakini selepas menyampaikan ceramahnya, Mohamed Hanipa (kanan, berkaca mata) bagaimanapun berkata, aktivis itu memberitahunya, pelacur berkenaan mengambil keputusan menyertai BERSIH setelah perhimpunan itu hebat diperkatakan di media.

Dalam ceramah bertajuk "Betulkah ganas himpunan BERSIH?" di Taman Melewar, Mohamad Hanipa juga berkata perhimpunan tersebut berjaya "menghapuskan" ketakutan rakyat terhadap BN.

"Mereka boleh tahan, boleh dakwa, dengan (harapan) tindakan itu kita (menjadi) takut. Mereka silap. Pada 9 Julai, rakyat Malaysia telah menghapuskan ketakutan kepada kerajaan BN," katanya.

'Gembira melawan BN'

Turut hadir berceramah Naib Presiden PKR N Surendran, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Dr Mariah Mahmud dan anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat.

Mohamed Hanipa berkata, walaupun rakyat menerima pelbagai ugutan atau ancaman daripada polis, semua bangsa dan agama tetap bersatu dalam perhimpunan tersebut.

"Ini kerana kemuncak kemarahan mereka tidak dapat dibendung disebabkan tindakan polis," kata pengamal undang-undang itu.

Beliau juga mengkritik tindakan polis yang didakwa merempuh motosikal yang dibiceng oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sehingga menyebabnya ligamen lututnya terkoyak.

"Cara mereka tangkap Mat Sabu, langgar... (Macam) tidak ada nilai nyawa dan keselamatan. (Macam) tak ada nilai," sambil menambah Mohamad terpaksa diambil keterangan di balai polis Jinjang dalam keadaan dipapah selepas mendapat rawatan di hospital.

"Kezaliman ini, saya tidak pernah lihat (sebelum ini)," tegas Mohamed Hanipa yang mendakwa menyaksikan insiden itu berlaku di depan matanya.

Bagaimanapun, beliau yang turut ditahan polis bersama ramai pemimpin Pakatan Rakyat berkata merasa "gembira sebab melawan BN" - tindakan yang didakwa menimbulkan rasa pelik pihak polis.

PKR : Berjalan untuk Baharuddin

Sementara itu, Surendran yang terkenal sebagai peguam hak asasi manusia mengutuk apa yang disebut sebagai keganasan polis, khususnya ekoran kematian kontroversi Baharuddin Ahmad selepas menyertai perhimpunan itu.

Dakwanya, sekiranya polis tidak menggunakan kekerasan dan membenarkan BERSIH menggunakan stadium, sudah tentu allahyarham masih lagi hidup.

"Beliau wira kita, jadi (ini) salah siapa? Sabtu lalu, beliau berjalan untuk kita (BERSIH), maka esok pagi kita berjalan untuk Baharuddin.

"Saya tidak akan lepaskan (perkara ini) untuk mendapatkan keadilan kepada keluarganya dan rakyat Malaysia," katanya.

Pagi ini, Surendran (kanan) dijadual berhimpun di ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung kematian Baharuddin.

Sementara itu, Wong pula berkata, antara kejayaan lain perhimpunan itu, semua kaum kini lebih "berasa dekat" sesama mereka.

"Cakap-cakap, video, gambar dan tulisan tentang hari (perhimpunan) itu, ramai yang menyebut mereka rasa terharu pada saat genting semasa polis berkelakuan ganas.

"Orang Melayu dan India memberi (mereka) garam dan air. Bagi orang Cina yang kali pertama, tidak pernah (merasai pengalaman itu) sebelum ini.

"Orang Melayu tahu, mereka (kaum Cina) tidak pernah datang, tetapi rakan Melayu beritahu, awak pergi dulu, kami di belakang. Mereka (kaum Cina) rasa dekat sekali," katanya yang mendapat tepukan hadirin.

BERSIH : Kita disatukan kezaliman

Menceritakan pengalamannya pada perhimpunan tersebut, Wong berkata perhimpunan tersebut menggambarkan persaudaraan "1Malaysia yang bersih" antara kaum.

Wong (kiri) berkata, perhimpunan itu juga turut melahirkan "Malaysia 2.0" kerana berjaya menghilangkan rasa was-was dan prasangka antara kaum, budaya, warna kulit dan agama.

Ini kerana, dakwanya kemerdekaan yang dikecapi selama ini "tidak berjaya memerdekakan diri sepenuhnya" di kalangan rakyat Malaysia.

"Tuhan menciptakan (manusia) berlainan (bangsa dan budaya) supaya kita berkenal-kenalan. Dalam tempoh itu kita saling mensyaki antara satu sama lain.

"Kita disatukan oleh kezaliman... 1Malaysia tinggal sebagai propaganda," katanya.

Friday, July 15, 2011

20 jahitan di mulut akibat kelongsong 'tear gas'

Roslan Hussain, 41, mengalami keretakan pada tulang dagu, dua batang gigi patah serta terpaksa menerima 20 jahitan di bahagian luar dan dalam mulut akibat terkena kelongsong gas pemedih mata pada himpunan Bersih 2.0.

Ketika kejadian, beliau yang datang secara berkumpulan dari Balik Pulau memasuki kawasan KL Sentral setelah makan di sebuah premis makanan segera di situ.

Selepas menunaikan solat Zohor, lalu beliau keluar bersama kumpulan yang lebih ramai, tiba-tiba polis bertindak menghalau untuk menghalang orang ramai berkumpul.

Katanya, pada masa orang ramai berasak-asak dan ketika itu terasa satu benda keras terkena tepi mulut.

Waktu itu dia hanya rasa kebas sahaja tetapi apabila lepas beberapa minit berlari mengelak daripada kepedihan asap pemedih mata ada orang menegur mulutnya berdarah.

"Semasa kena, saya terasa kebas sahaja manakala di bahagian dada rasa panas. Pada mulanya saya ingatkan batu rupanya pemedih mata. Terbukti pasukan keselamatan menembak paras kepada tidak ke atas seperti mana biasa," terangnya pada Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Yang Dipertua PAS Balik Pulau, Ustaz Fauzi Yusoff serta rakan taulan yang datang menziarahinya.

Menurutnya, dalam keadaan bajunya berlumuran darah dan sakit yang teramat sangat lalu mendapatkan teksi untuk ke Pusat Perubatan Univesiti Malaya.

“Di sana saya melihat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad juga ada beliau menerima enam jarum di bahagian belakang kepala,” katanya.

Setelah kembali ke Balik Pulau beliau terus mendapatkan pemeriksaan di sebuah hospital swasta dan pihak hospital mendapati kecederaan serius di bahagian dagu.

Doktor terpaksa mengikat giginya buat sementara dengan kos RM480 sebelum pembedahan dengan anggaran RM10,000.

Fauzi menyiifatkan itu adalah antara keganasan polis yang menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan aman Bersih 2.0.

Katanya, mereka bertindak ikut suka hati malahan tiada perikemanusiaan terhadap orang ramai yang menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil yang datang secara aman.

Yusmadi pula menyarankan Roslan membuat laporan polis segera kerana beliau telah diperlakukan sebegitu rupa sedangkan tidak melawan polis. - harakahdaily

Khalid Samad terima 6 jahitan di kepala

Pengalaman saya bersama Perhimpunan BERSIH 2.0 bermula pada jam 11 pagi apabila saya dengan seorang teman dari PAS Shah Alam menuju ke Kuala Lumpur. Pada mulanya kami mencuba Lebuh Raya Persekutuan. Ianya sesak dari sebelum Tol Batu 3. Kami cuba pintas melalui Glenmarie. Trafik sesak di hadapan kilang pengedar kereta BMW. Kami memutuskan untuk berpusing balik dan mencuba pula melalui ELITE/PLUS menuju ke KLIA. Masuk di Batu 3, keluar di Tol USJ. Seterusnya menuju ke arah Puchong. Seterusnya kami menyusuri Jalan Gasing dan melalui kawasan Universiti Malaya sehingga keluar di Jalan Pantai. Dari situ terus menuju ke KL Sentral.

Sekatan jalan oleh polis di merata tempat. BN menyusahkan rakyat semata-mata kerana hendak menghalang program yang menegur mereka. Turut bersimpati dengan pihak polis, berpanas dan mendapat sumpahan rakyat berbakul-bakul semata-mata kerana UMNO/BN. Hanya pencuri dan BN yang bergembira dengan penggunaan polis secara sebegini. Tetapi, kalau difikirkan, memang terdapat persamaan di situ. Pencuri mencuri secara ‘illegal’, BN mencuri harta rakyat melalui cara ‘legal’.

Selanjutnya di sini

Thursday, July 14, 2011

Najib memang kejamlah, kata A Samad Said

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa Perdana Menteri sebelum ini.

"Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menceritakan kembali "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, A Samad (kiri) mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.

Ketika diwawancara Malaysiakini di sebuah restoran di Bangsar hari ini, A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan "berantakan dengan orang awam".

"Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya.

Kepimpinan 'bangsawan'

Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang.

"Ya, saya mahu (beliau letak jawatan). Saya ikut (perkembangannya) dalam Facebook, amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salah pun, menteri itu tunduk depan orang.

"Ada perdana menteri Jepun tidak sampai satu penggal pun, (letak jawatan). Tapi di sini tentu, orang sangat mengidam kuasa," katanya sambil menambah kerajaan tidak lagi memerintah "dengan sukaan umum".

Bagaimanapun, ditanya tentang perdana menteri mana yang yang paling bagus, A Samad tidak menjawabnya secara langsung, sebaliknya menyebut tentang penguasaan "bangsawan" bagi jawatan itu.

Katanya, sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan, kecuali Dr Mahathir, kesemua perdana menteri disandang oleh golongan itu yang disifatkannya "hidup mudah".

"Laporan-laporan yang sampai ke telinga (mereka) itu, semuanya yang cantik sahaja. Jadi, mereka tidak merasakan (kesusahan rakyat).

"Saya merasakan sudah waktunya, kepimpinan harus datang dari bawah, bukan dari atas," tegasnya lagi.

Ditanya berapa lama BN boleh bertahan untuk memerintah negara ini, sasterawan yang membiasakan dirinya dengan panggilan "bapak" berkata beliau sukar untuk meramalkannya.

"Tetapi bapak harapkan dalam pilihan raya akan datang, mereka undur ataupun jatuh. Itu harapan saya," katanya.

-malaysiakini

Suhakam to probe police action in Bersih rally

Mohamad, better known as Mat Sabu, said a police Mitsubishi Pajero stopped on the side of Jalan Bangsar to force him onto the remaining open lane where a police Proton Waja rammed into his motorcycle head-on. He said two police officers then lifted him up and put him in the back of the Waja, where he was left for “quite some time in pain” before being taken to the Dang Wangi police station to have his injuries looked at.

KUALA LUMPUR, July 14 — The Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) will hold a public inquiry into alleged police brutalities committed during and before last weekend’s Bersih rally.

Suhakam vice-chairman Datuk Dr Khaw Lake Tee said members of the public and the authorities will be invited to submit their testimonies at the investigation, which she hopes to set up as soon as August.

She added that Suhakam, which sent monitors to observe Saturday’s chaotic rally for free elections, will also rely on its own reports for the probe.

Khaw and Suhakam commissioners Muhamad Sha’ani Abdullah and James Nayagam had earlier heard first-hand accounts from Bersih protesters who claimed they suffered physical and verbal abuse at the hands of the police on Saturday.

Read more here

PAS syorkan 'Kuning Hari Sabtu'

Semalam. Timbalan Presiden PAS mengadakan sidang media di Pejabat Agong PAS. Bersama beliau ialah AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Shah Alam dan Kuala Selangor, Khalid Samad dan Dr Dzulkifli Ahmad serta peguam PAS.


Wednesday, July 13, 2011

Sahih, memang hospital diserang

Kita biasa dengar orang kata "Kalau ya pun nak temberang orang, biarlah logik sikit...". Sebelum ni KPN Ismail Omar telah menafikan dakwaan bahawa Hospital Tung Shing di Jalan Pudu telah diserang oleh Polis pada 9 Julai lalu. Malangnya si tua bodoh sang pengampu rejim UMNO itu dok ingat rakyat akan percaya cakapnya. Apa dia ingat semua rakyat negara ni bodoh dan boleh terima bulat-bulat cakapnya. Sorrylah... ini bukan zaman 70 atau 80an.

Semalam, sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan tampil memberikan keterangan mereka dan mengesahkan memang Polis menyerang hospital berkenaan. Berikut adalah laporan berita yang disiarkan oleh malaysiakini.

Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital.

Sehubungan itu, dalam satu kenyataan media kepada organ rasmi PAS Harakahdaily hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.

Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.

Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.

"Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air,” kata mereka.

Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital pada 9 Julai lalu.

Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0.

Katanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar.

Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri.

Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

"Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka.

Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.

Tuesday, July 12, 2011

Sedar, insaf dan bangkitnya rakyat dari Bersih 2.0

Kejayaan himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu serta tindakan ganas Polis yang bertindak mengikut arahan parti pemerintah, hingga menyebabkan kematian seorang pejuang keadilan, sebenarnya isyarat jelas kepada kejatuhan rejim UMNO dalam PRU13 nanti. Jika Presiden Tunisia Ben Ali boleh jatuh sekelip mata dengan keberanian seorang pemuda Ahmad Bouzuzi hingga mencetuskan revolusi rakyat, maka tidak mustahil dengan syahidnya Allahyarham Baharudin Ahmad, ianya mampu mencetuskan kebangkitan rakyat sebagaimana di Tunisia.

Himpunan 9 Julai lalu sebenarnya memberi kesan yang mendalam pada jiwa rakyat yang berhimpun dan yang mengikuti perkembangan melalui internet. Banyak pengajaran dan iktibar yang diperolehi serta menginsafkan diri bahawa betapa peri pentingnya memilih pemerintah yang adil, amanah dan bertanggungjawab.

Terlalu banyak perkara yang terjadi di luar jangkaan kita bila bersama dengan puluhan ribu rakyat pada hari Sabtu lalu. Antaranya;

Pertama, pelik bila memikirkan bagaimana puluhan ribu rakyat berjaya membolosi sekatan Polis yang dibuat seminggu awal di segenap penjuru jalan masuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Kedua, himpunan 9 Julai berjaya menyatukan hati rakyat dengan satu matlamat, yaitu mahukan pilihanraya adil dan bersih serta negara yang berdaulat. Bukan negara Polis dan diktator yang dikuasai oleh perasuah dan penjenayah. Penulis sendiri kagum melihat semangat kental rakyat pelbagai kaum dan agama berhadapan dengan keganasan Polis. Tiada seorang pun yang berganjak. Saling bantu-membantu bila melihat yang lain terkena semburan air dan gas pemedih mata.

Ketiga, bila penulis sendiri hampir pengsan kerana sukar bernafas, kulit muka dan tangan terasa bisa akibat terkena gas pemedih mata yang ditembak ke arah Maybank, telah dibantu oleh seorang yang tidak dikenali. Terasa benar kuatnya ikatan ukhwah persaudaraan antara kami yang sama-sama diserang oleh 'anjing-anjing pemerintah'.

Keempat, tindakan biadap Polis yang membelakangi Perlembagaan dengan sewenag-wenangnya menangkap pemakai, pembeli dan penjual baju Bersih 2.0 hinggalah kepada tindakan ganas pada hari himpunan dibuat, ianya hanya menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap kerajaan UMNO BN dan menguatkan tekad untuk melakukan perubahan dalam PRU13 kelak.

Kelima, kematian Allahyarham Baharudin Ahmad merupakan bukti jelas kezaliman parti pemerintah sudah sampai ke kemuncaknya. Adakah rakyat akan berdiam diri je?

Keenam, berjaya membangkitkan kesedaran rakyat tentang segala pembohongan dan propaganda jahat parti pemerintah dan orang-orang mereka.

Ketujuh, rakyat dah tak takut lagi dengan pelbagai bentuk amaran dan ugutan dari pelbagai pihak yang mahu menggagalkan Bersih 2.0.

Kelapan, gagalnya sentimen perkauman yang cuba dipalu oleh rejim pemerintah. Semakin ditiup sentimen jahat itu, makin ramai rakyat berbilang kaum hadir dalam Bersih 2.0 termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Kesimpulannya, himpunan 9 Julai lalu berjaya memberi tekanan hebat kepada Najib dan UMNO, juga memberi impak maksima yang bakal menjana momentum besar dalam PRU13 nanti.

Wallahu'alam.

Bersih 3.0 menyusul jika...

"Umno dan pihak keselamatan boleh rosakan kepala lutut saya tetapi mereka tidak sekali-kali berjaya merosakan pemikiran saya untuk terus berjuang sehingga matlamat memartabatkan kembali maruah negara yang telah musnah akibat permainan jahat Barisan Nasional (BN)," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di hadapan puluhan ribu rakyat Pulau Pinang di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, malam tadi.

Beliau yang datang dengan kerusi roda akibat rempuhan kereta polis ketika membonceng motosikal untuk ke Masjid Negara pada 9 Julai lalu turut mengingatkan pihak keselamatan supaya segera mengubah sikap menjadi lebih profesional tidak mengikut telunjuk BN yang memerintah.

Katanya, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 tidak akan berhenti di situ malahan berjanji akan mengadakan lagi sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta kerajaan tidak memperdulikan lapan tuntutan untuk memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini.

Tambahnya, seperti mana kata Presiden PAS, Bersih 2.0 merupakan 'mukadimah' kebangkitan rakyat dan seandainya SPR dan Kerajaan Malaysia masih berdegil, tidak mustahil Bersih 3.0 akan bangkit dengan lebih ramai rakyat yang rela bersama ke Kuala Lumpur berarak secara aman.

"Kali ni Najib rasa tertekan maka disuruhnya pihak polis bertindak. Akhirnya polis juga yang kena marah.

“Bagi menghilangkan perasaan yang bergelora Najib terus tinggalkan Malaysia buat seketika," jelasnya sambil melaungkan ‘Najib penipu’ beberapa kali semasa berucap.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat supaya sedar polis bertindak berdasarkan arahan Najib yang tidak senang dengan kemaraan Pakatan Rakyat.

Ini, katanya kerana anak muda secara terang-terangan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Rakyat sejak berkuasa di lima buah negeri selepas pilihan raya umum ke-12 lalu.

Tambahnya lagi, kehadiran kaum Tionghua dan India ke himpunan Bersih 2.0 cukup membimbangkan pemimpin kerajaan Malaysia berbanding Bersih pertama dahulu.

Jelasnya, paling membingungkan pemimpin Umno BN adalah masih ramai lagi rakyat yang keluar bersama Bersih 2.0 walhal semua jalan ditutup dan sekatan dikenakan.

Tambahnya, ini tentunya ada yang tidak kena terhadap arahan tersebut atau rakyat sudah cerdik datang awal memasuki Kuala Lumpur secara diam-diam semata-mata menjayakan Bersih 2.0.

"Saya pun hairan di mana munculnya ratusan ribu manusia bersedia berhimpun secara aman sedangkan berbagai sekatan dikenakan.

“Saya ucapkan syabas kepada anak-anak murid yang sanggup mengepalai kumpulan besar dan kecil sehingga mencapai matlamat sebab semua kepimpinan PAS, KeAdiLan dan badan Bukan Kerajaan (NGO) ditangkap lebih awal," tegasnya pada program anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu.

Pemidato utama yang berucap pada majlis pertama kali diadakan selepas himpunan Bersih 2.0 itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

- harakahdaily

Ribuan banjiri ceramah 'BERSIH 3.0' di P Pinang

Tidak kurang 5,000 orang hadir memberi sambut hangat kepada dua wira BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di tapak Ekspo Seberang Jaya malam semalam.

Ramai yang melabelkan perhimpunan itu sebagai BERSIH 3.0.

Anwar tiba dengan memakai pengikat leher dan terpaksa dibantu ketika menuju ke pentas utama sambil diberi tepukan gemuruh manakala pemimpin PAS yang popular dengan panggilan Mat Sabu itu pula terpaksa menggunakan kerusi roda dan dibantu oleh petugas untuk naik ke pentas.

Jurugambar sibuk merakamkan gambar mereka manakala wartawan dan orang ramai yang hadir semua menanti kedua-dua mereka menceritakan pengalaman pada 9 Julai lalu.

Namun, pihak penganjur secara lembut meminta jurugambar dan orang ramai supaya bertenang agar kedua-dua pemimpin itu tidak tercedera lagi.

Pada ucapan ringkasnya, Anwar yang jelas kelihatan kurang bertenaga daripada biasa, dipercayai akibat kesakitan yang dialaminya akibat diserang gas pemedih mata di KL Sentral menganggap tindakan pihak berkuasa pada Sabtu lalu sebagai satu jenayah.

Hadirin yang majoritinya orang Melayu diberitahu bagaimana perdana menteri selepas mendalangi apa yang terjadi pada Sabtu lalu tergamak mendakwa beliau menipu tentang kecederaannya.

"Saya terpaksa pakai ikat leher - ini arahan doktor selepas merawat dan melihat seteruk mana kecederaan di leher dan tulang belakang saya... bukan saya yang mintanya,” katanya.

"Najib mahu semua orang fikir saya sengaja buat pembedahan (tulang belakang) di Munich supaya saya boleh kembali dan tunjuk kepada semua orang,” katanya sambil membidas perdana menteri itu.

- malaysiakini

Menteri dan Polis tiada kuasa

Menteri dan Polis tidak memiliki kuasa untuk mengisytiharkan kesalahan yang tidak disebut mana-mana undang-undang bertulis. Menteri dan kakitangan awam seperti Polis tidak ada kuasa berbuat demikian. Jika ada pun kuasa itu, mesti disebut secara jelas dalam sesuatu akta, kata Prof Dr Aziz Bari sambil menegaskan kuasa membuat undang-undang terletak di bawah Parlimen.

"Apa yang dilakukan oleh Menteri dan Polis merupakan satu kesalahan jenayah baru kerana ianya di luar bidang kuasa mereka", kata pakar Perlembagaan itu.

Beliau mengulas arahan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein yang juga sepupu PM Najib Razak, mengarahkan KPN Ismail Omar menangkap sesiapa saja yang memakai pakaian kuning kerana dianggap mempromosi himpunan 9 Julai lalu.

Kata Aziz lagi, tidak ada undang-undang yang meletakkan perhimpunan aman sebagai perbuatan jenayah sebagaimana yang disebut Hishamuddin dan Ismail dan orang ramai bebas mengendahkan larangan mereka.

"Apa yang dilakukan oleh Menteri dan Polis ialah membuat kesalahan atau jenayah baru yang di luar bidang kuasa mereka", tegasnya.

Ekoran tindakan Menteri KDN mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram dan tindakan memakai, menjual dan membeli T-Shirt Bersih sebagai satu kesalahan serta mengarahkan Polis membuat tangkapan sewenang-wenangnya, Dr Aziz Bari menegaskan bahawa Malaysia bukan lagi negara hukum, sebaliknya perlahan-lahan menjadi Negara Polis atau Negara Diktator berikutan pemerintahnya bersikap "Bersultan di mata, beraja di hati.

"Negara Berperlembagaan (Constitutional State) ialah negara yang dipandu Perlembagaan. Semua orang dari raja hingga ke rakyat mesti bertindak mengikut peruntukan dan semangat Perlembagaan", katanya.

Tambahnya, negara berperlembagaan ada kedaulatan undang-undang (rule of law), semak dan imbang (check and balance) tetapi peristiwa yang berlaku menunjukkan sebaliknya.

Polis bertindak mengikut kehendak parti pemerintah. Mahkamah sudah tidak kelihatan simpati dengan Perlembagaan negara dan rakyat dihalang daripada menikmati hak dan kebebasan mereka yang tertera dalam Perlembagaan.

"Kalau Perlembagaan hanya dipakai untuk diri sendiri sedangkan hak orang lain dilanggar, itu bermakna tiada Perlembagaan. Dan inilah yang berlaku di Malaysia sekarang", katanya ketika mengulas penggunaan Ordinan Darurat terhadap pemimpin PSM dan pengharaman Bersih.

Menyentuh tentang pengharaman baju kuning, Aziz menjelaskan kerajaan telah melanggar prosedur Perlembagaan dan tidak peduli lagi terhadap konsep kemunasabahan dalam perlaksanaan undang-undang.

"Kerajaan dan Polis perlu ingat bahawa undnag-undang merangkumi semangat tertentu. Polis perlu menggunakan pertimbangan, khususnya prinsip kemunasabahan (reasonableness) dan tidak keterlaluan (proportionality)", katanya.

PRU13 Masa Untuk Berubah.

Monday, July 11, 2011

Land Rover Polis rempuh saya - Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.

Melawat Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan berkerusi roda, pemimpin yang selalu ceria itu kelihatan serius menceritakan kembali pengalamannya itu.

Mohamad (kiri) berkata, ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.

Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis.

Dalam sidang media itu, Mohamad berkata, setelah terjatuh di jalan, beliau dan penunggang motosikal itu dibawa dengan Land Rover itu ke klinik di Jinjang sebelum kes itu dirujuk ke hospital.

"Kezaliman Wajib Ditentang"

4 tulang dada dan 3 batang gigi Allahyarham patah

Pengarah Hospital HKL mesti bertanggungjawab atas keengganan pihaknya menyerahkan laporan bedah-siasat kepada pihak keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad yang menemui ajalnya akibat terkena gas pemedih mata di KLCC pada 9 Julai lalu. Tindakan pihak HKL itu seolah-olah 'membenarkan' dakwaan yang menyebut 4 tulang dada dan 3 batang gigi Allahyarham patah. Mesti ada yang mahu disembunyikan daripada pengetahuan pihak keluarga hasil laporan bedah-siasat itu bila usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL turut gagal untuk mendapatkan laporan itu.

Salah seorang anak saudara Allahyarham, Azhar Kasim mendedahkan "Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah."

Walau pihak HKL menafikan hak keluarga Allahyarham untuk mendapatkan laporan bedah-siasat itu, namun sampai bila mahu dirahsiakan. Pihak Peguam Bersih 2.0 akan mendapatkan perintah Mahkamah bagi tujuan itu.

Jika benarlah dakwaan Azhar Kasim, ini satu kes yang amat serius dan Menteri KDN, Ketua Polis Negara dan timbalannya mesti bertanggungjawab.

Kematian Allahyarham wajib dibela.

Bersih 2.0 : Video bukti keganasan Polis

Media utama milik UMNO tentunya tidak akan menyiarkan rakaman video keganasan Polis pada 9 Julai lalu. Namun, sayugia diingat oleh UMNO bahawa di era teknologi maklumat berkelajuan tinggi hari ini, seluruh dunia telah menyaksikan rejim korup Najib begitu takut dengan kebangkitan rakyat hingga mengarahkan pasukan Polis melakukan apa saja termasuk 'membunuh' jika perlu bagi memastikan himpunan 9 Julai itu gagal. Namun, perancangan Allah SWT tiada sapa yang tahu. Tanpa diduga, seorang rakyat menemui ajalnya setelah terkena gas pemedih mata di KLCC. Mudah-mudahan Allahyarham Baharuddin diterima Allah sebagai syahid.

Melihat pada tindakan biadap dan ganas Polis menendang dan membelasah penyokong Bersih 2.0 dengan cotarnya, jelas memperlihat sikap anggota Polis yang menggunakan peluang itu sebagai 'pesta membelasah' rakyat secara percuma.

Rakaman video oleh Aljazeera ini boleh menceritakan segalanya.


Fikir dan renung-renungkanlah...

Sunday, July 10, 2011

Bersih 2.0 : Photo di menara Maybank

Seperti biasa media munafiq milik UMNO BN akan melaporkan berita bohong bagi menjaga kepentingan pemerintah korup dan zalim. Manakala gambar yang disiarkan di dada-dada akhbar mereka akan menceritakan seolah-olah himpunan Bersih 2.0 gagal mendapat sambutan rakyat dan penyokong yang hadir bertindak liar hingga pasukan 'anjing UMNO' terpaksa menggunakan water cannon dan gas pemedih mata.

Berikut adalah photo yang sempat penulis rakamkan di Menara Maybank Kuala Lumpur semalam.











200 pemuda Patriot hadir, Perkasa jadi pondan

Semalam, seorang sahabat sempat berbual dengan salah seorang pemuda Patriot yang hadir untuk berhimpun di Bukit Bintang. Pemuda tersebut mengakui, beliau diberikan RM100 sebagai upah untuk hadir bersama 199 orang lagi di Bukit Bintang. Tambahnya, mereka dibekal juga dengan 2 botol kecil air mineral. Satu untuk diminum dan yang satu lagi untuk dibaling pada pemimpin Pakatan Rakyat.

Pemuda Patriot itu mendedahkan, jika ada di antara mereka yang berjaya membaling tepat botol mineral itu ke arah mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat dan ada bukti bergambar, mereka akan dibayar RM1,000 seorang.

Lucunya, Pemuda Patriot ni hanya berhimpun di Bukit Bintang dan sekadar berjalan kira-kira 200 meter, kemudian terus bersurai bila pihak Polis meminta berbuat demikian.

Penulis tertanya-tanya juga, mana perginya Ibrahim Ali dan pecacainya ahli Perkasa. Langsung tak nampak bayang pun. Sebelum ni bukan main lagi mereka menyalak macam anjing gila memberi amaran kepada penyokong Bersih 2.0 supaya tidak turun ke Kuala Lumpur. Mengugut kaum Cina agar menyimpan bekalan makanan secukupnya, seolah-olah peristiwa 13 Mei 1969 akan berulang lagi pada 9 Julai.

Porahhhhh... memang itulah perangai golongan MUNAFIQ KABIR yang dalam hidupnya bermuka-muka. Berjuang untuk kepentingan peribadi. Sanggup melakukan apa saja termasuk jadi perkakas dan penjilat pihak pemerintah jahat. Semalam, dah terbukti kemunafiqan mereka. Tak usahlah buang masa nak memperbodohkan rakyat Malaysia di era Borderless Technology masa kini.

Malaysiakini melaporkan, kira-kira 20 orang ahli Perkasa dilihat sedang duduk di salah sebuah restoran sambil melihat saja perarakan puluhan ribu rakyat bersama Bersih 2.0.

Waima apa pun, wujudnya Perkasa yang dikepalai oleh Ibrahim Ali ini akan percepatkan lagi proses UMNO menuju ke lubang kubur.

Rakyat Cerdik, Negara Selamat

Bersih 2.0 : Pemergian Allahyarham Baharuddin mesti dibela

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Orang ramai mula bertali arus ke Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Baharudin Ahmad, 56, yang meninggal di perhimpunan Bersih semalam.

Yang awal tiba di sini menjelang solat jenazah dan pengkebumian adalah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid Samad, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan juga Nurul Izzah Anwar.

Turut tiba adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa berbalut lehernya selepas cedera semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi tidak dapat hadir kerana sudah terpaksa berlepas ke Langkawi pagi tadi untuk persidangan anggota Parlimen Islam Antarabangsa di mana PAS adalah tuan rumahnya.

Haji Mohamad Sabu yang jatuh selepas motor yang diboncengnya dilanggar kereta peronda polis sebelum ditangkap juga tiba namun terpaksa duduk di atas kerusi kerana kecederaan pada kakinya.

Selain mereka, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin juga hadir. Nizar masih memakai baju Bersih bagi menyatakan sokongannya kepada perhimpunaan semalam.

Malam tadi Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak ditangkap menziarahi jenazah Allahyarham.

Turut bersama beliau adalah Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC dan disahkan meninggal di HKL.

Beberapa maklumat diterima sehingga kini sebagai punca kematian selepas post mortem dibuat namun ianya masih belum dapat disahkan lagi oleh Harakahdaily.

Al Fatihah

Thursday, July 7, 2011

PENTING!!! Garis panduan untuk ke Bersih 2.0

Pada seluruh penyokong Bersih 2.0 yang akan ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini, sila patuhi garis panduan dan tatacara yang telah ditetapkan oleh pihak Sekretariat Bersih 2.0 bagi menjamin kelancaran himpunan itu termasuk langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh setiap peserta himpunan. Berikut adalah panduan lengkap yang diberikan oleh pihak sekretariat.

Panduan Untuk 9 Julai (SEBARKAN!!!)-

1) Datang ke KL seawal mungkin – cuba elak dari memandu ke KL.

2) Sementara menunggu 2pm, anda boleh bersarapan atau makan angin di tempat awam berdekatan Stadium Merdeka (sokong peniaga tempatan).

3) Rakan2 Muslimin/Muslimat boleh tunaikan solat Zohor di mana-mana masjid sesuai.

4) Sebelum 2pm, sila menuju ke Stadium Merdeka.

5) Terpulang kepada anda jika ingin memakai kuning atau tidak. Rakyat memakai kuning mungkin akan menghadapi sekatan yang lebih kuat untuk masuk KL.

6) Tatacara lebih mendalam boleh diteliti di SINI

Ke Arah Pilihanraya Yang Bersih dan Adil

Samsenglah kamu sebelum Allah tunjuk kesamsengan-Nya

Setelah menggunakan 'anjing-anjingnya' menahan dan mereman rakyat yang tak berdosa hanya kerana berpakaian kuning, kemudian mengarahkan syarikat pengangkutan awam memulangkan duit kepada penumpang yang mahu ke Kuala Lumpur pada tarikh 8 dan 9 Julai, kini ada khabar pula yang menyebut kerajaan rejim celaka UMNO akan bertindak memutuskan perkhidmatan komunikasi awam termasuk talian selular, broadband dan sumpamanya.

Syabas diucapkan kepada Najib kerana segala tindakan itu serupa dengan tindakan Hosni Mubarak di saat-saat akhir kejatuhannya. Kezaliman, kesamsengan dan kebiadapan rejim UMNO ini sudah melampaui batas dan norma kemanusiaan.

Tak usah kita gusar dan bimbang dengan segala tindak-tanduk puak-puak celaka ini kerana memang sudah dijelaskan oleh Allah di dalam Al Qur'an tentang perangai dan tingkah-laku golongan Munafiq itu yang lebih jahat dari Yahudi dan Nasrani.

Benar, kejahatan Yahudi dan Nasrani memang tak dapat disangkal lagi. Mereka sekali-kali tidak redha dengan umat Islam selagi mana tidak ikut cara mereka. Namun ada golongan yang lebih jahat dan zalim daripada itu. Yaitu golongan MUNAFIQ yang berpura-pura beriman tapi hakikatnya lebih jahat dari kedua-dua sifu mereka.

Kita semua sedia maklum bagaimana jahatnya rejim Mubarak yang sanggup menyiksa, memenjara dan membunuh para penentangnya, khususnya pemimpin gerakan Islam Ikhwanul Muslimin sepanjang pemerintahannya. Dan lebih dahsyat lagi bila mana dia secara terang-terang menjadi talibarut rejim Zionis yang telah membunuh rakyat Palestin sejak puluhan tahun lagi. Malah penulis dimaklumkan oleh seorang sahabat, Mubarak sendiri menawarkan bantuan ketenteraan kepada Zionis untuk menghapuskan Hamas.

Dan apa bezanya rejim Mubarak dengan rejim UMNO. Serupa je.

Kita nak habaq kat Najib, UMNO dan Perkasa, buatlah apa saja yang kamu nak selagi mana termampu. Tunjukkanlah samseng kamu sementara kuasa masih ada sebelum sebelum Allah SWT tunjuk samseng-Nya.

Lihat saja apa yang berlaku di Mesir bila Allah mencabut rasa takut daripada jiwa hamba-Nya, tak sampai sebulan, Hosni Mubarak laknatullah tersungkur di pintu istana dan mengetuk pintu neraka.

Wahai Najib dan UMNO, akan sampai saatnya Allah tunjukkan kesamsengan-Nya.

4 Ulama' Malaysia diiktiraf antarabangsa

Ulama' terdiri dari dua golongan saja. Pertama, golongan Ulama' Haq dan satu lagi golongan Ulama' Jahat dan Pengampu. Berikut adalah senarai golongan Ulama' Haq yang amanah dengan ilmunya dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Pakar dalam bidang masing-masing. Sebagai rakyat Malaysia, penulis merasa syukur ke hadrat Ilahi kerana 4 orang Ulama' Malaysia termasuk dalam senarai itu. Apa yang disenaraikan adalah di kalangan Ulama' yang masih hidup.

1- Syeikh Imam Prof. Dr Yusoff Al-Qaradhawi Mesir (lahir)Skrg di Qatar BA – UsuluddinMA (ulum Quran dan Sunnah), Dip Tinggi (Sastera & Bahasa Arab) & PhD (Fiqh Muqaran Al-Azhar )* Pakar Fatwa ‘Am.* Paling menonjol Fiqh & Hadith, Dakwah. * Mudir Markaz Sirah dan Sunnah di Univ. Qatar . * Ex- Ahli Majma’ Fiqh Sedunia. Lahir tahun 1926 m

2- Syeikh Prof. Dr Sa’id Ramdhan Al-Buti Syria PhD (Fiqh dan Usul Fiqh 1965 di Azhar )Bidang Fiqh, Sirah, Tafsir dan lain2 . Ex- Majma Fiqh. Dekan Kuliah Usuluddin Univ. Dimasqh.

3- Syeikh Prof. Dr Wahbah Mustafa Az-Zuhayli Syria PhD (Syariah Islamiah & Law, Univ Qaherah, 1963 ). Ex Majma Fiqh . Dekan Kuliah Syariah Univ Dimasqh. Lahir 1932 M

4- Prof. Dr Muhammad Az-Zuhayli Syria, UAE Bidang Fiqh & Usul. Dekan Kuliah Syariah UAE

5- Prof. Dr Muhammad Uthman Syabir Jordan , skrg Qatar Pakar bidang Fiqh Mu’amalat, Fiqh Perubatan .Fiqh dan Usul Fiqh secara am. Pensyarah Univ Qatar skrg.

6- Syeikh Al-Muhaddith Syuaib Al-Arnauot Syria ,Jordan Pakar Bidang Hadith. Muhaqqiq lebih 70 kitab besar termasuk Musnad Ahmad, Zaad al-Ma’ad dll.

7- Syeikh Dr Mustafa Al-Khinn Syria Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1969)

8- Syeikh Dr Mustafa Al-Bugha Syria Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1970)

9- Syeikh Dr Fathi Yakan Lubnan Pendakwah. Pengarang yang hebat

10- Prof. Dr. Nazih Hammad SyriaSaudiSkrg di Univ Kanada Ex- Pensyarah Umm QuraPakar Bidang Muamalat dan Ekonomi Islam. Ahli Majma Fiqh Dunia

11- Prof. Dr. Abd Wahab Abu Sulaiman Saudi Univ. Ummul QuraPakar Muamalat. Fiqh dan Usul Fiqh

12- Syeikh Dr. Bakar Abu Zaid Saudi Pakar Muamalat, dan lain2 bidang Islam. Ex. Ketua Majma Fiqh Dunia

13- Syeikh Prof. Dr. Abd Muhsin At-Turki Saudi Ketua Gabungan Univ2 Islam Sedunia skrg.

14- Syeikh Sodiq Al-Habannakah Syria Adik Syeikh Hasan Habannakah.Pakar bidang Fiqh dan Lughah

15- Syeikh Prof. Dr Abd Fatah Husayni Mesir Fiqh dan Usul Fiqh

16- Syeikh Prof. Dr Toha Rayyan Mesir Fiqh Muqaran

17- Prof. Dr Muhammad al-Baltaji Mesir Univ. Al-Qaherah Fiqh dan Usul Fiqh

18- Syeikh Prof. Dr. ‘Atiya Saqr Mesir Fiqh dan Fatwa ‘Am

19- Syeikh Prof Dr. Muhd Fathi Ad-Durayni Syria, Jordan PhD Al-Azhar 1965 (Fiqh &Usul Fiqh) Dip Tinggi (Sastera, Bahasa Arab, Undang-undang). Pakar Usul Fiqh,Undang2 dan Bahasa Umur 80 an

20- Syeikh Prof Dr Fadl Hasan ‘Abbas Jordan PhD Tafsir Al-Azhar. Ulama Buta. Pakar Tafsir di rantau Arab seluruhnya .Univ. Jordan & Al-Yarmouk

21- Syeikh Dr. Solah Abd Fattah Al-Khalidi Jordan Pakar Tafsir, Sirah dan ‘Ulum Quran

22- Syeikh Ibrahim al-’Ali Jordan Pakar Hadith dan Sirah

23- Syeikh Prof. Dr Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim Jordan PhD (Fiqh Muqaran al-Azhar 1978) Fiqh dan Usul. Pakar Bidang Ahwal Syakhsiyyah. Dekan Kuliah Syariah Univ.Irbid dan Pensyarah Univ. Al-Yarmouk

24- Prof. Dr Rafiq Al-Masri Syria Pakar Ekonomi Islam dan Konvensional

25- Prof. Dr Kurshid Ahmad Skrg UK Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam

26- Prof. Dr Umar Chapra Dulu UK Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam

27- Prof. Dr Nejatullah As-Siddiqie India, UK Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam

28- Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat Malaysia Mursyidul Am PAS.Tafsir, Dakwah, Siyasah Syar’iyyah Lahir 1931 M

29- Syeikh Dr Muhd Ali As-Sobuni Saudi (dulu) Ex- Univ Madinah. Ulum Quran

30- Syeikh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan Iraq, Yaman Fiqh dan usul, Dakwah, Fatwa ‘Am

31- Prof. Dr Sodiq Dharir Sudan Univ. Al-Khurthum SudanAhli Majma’ Fiqh , Pakar Mu’amalat .

32- Prof. Dr Ali Ahmad Salus MesirQatar (skrg) Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat

33- Syeikh Prof Dr Hasan As-Syazili Kuwait Ahli Majma’ Fiqh

34- Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang Malaysia Pem. Presiden PAS.Pakar Bidang Sirah, Aqidah, Dakwah, Siyasah Syari’yyah

35- Prof Dr Ali Ahmad Salus Qatar Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat

36- Prof Dr Haron Din Malaysia Pakar Fiqh (PhD Univ Qaherah) , Pakar Perubatan Islam

37- Syeikh Prof Dr Abd Malik As-Sa’di Iraq, Jordan Phd Ummul Qura dgn First Class.Pakar Fiqh Muqaran, Fatwa ‘Am. Ex Mufti Iraq.

38- As-Syeikh al-Akbar Tuan Guru Hj Hashim Malaysia Tuan Guru Pondok Pasir Tumboh.

39- Syeikh Prof. Dr Muhd Naim Yasin Jordan PhD Fiqh (al-Azhar) Pensyarah Univ. Jordan.Digelar Ulama teralim Jordan skrgBidang Fiqh, Usul, Aqidah, Siyasah Syariyyah.

38- Syeikh Prof. Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar Jordan Univ. Zarqa AhalliahFiqh dan Usul dan Mu’amalat Fatwa ‘Am.

Jazakallah

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger