Monday, September 28, 2009

Aqidah Boleh Rosak Dengan Menyokong UMNO

Tiada satu nikmat pun dalam dunia ini yang boleh menandingi nikmat Iman dan Islam. Hatta jika dilonggokkan seluruh kekayaan yang ada di dunia ini sekalipun , namun ianya sama sekali tidak mampu menandingi nikmat hidup sebagai sebagai seorang Muslim.

Tanpa disedari sebenarnya kita adalah di kalangan insan yang dipilih oleh Allah sejak azali lagi untuk dizahirkan ke dunia sebagai seorang Islam. Keluar dari perut ibu kita yang Muslim. Bayangkanlah jika ibu yang melahirkan kita itu kafir. Sudah tentu kita akan menuruti saja kekafiran ibu kita tanpa usul periksa samada agama anutan mereka benar atau tidak. Na'uzubillah.

Adalah amat malang sekali bagi kita yang telah diberi nikmat Iman dan Islam tetapi dalam waktu yang sama kita dengan sengaja membiarkan diri terus jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Lihat saja apa yang berlaku dalam masyarakat Islam negara kita khususnya dan seluruh dunia amnya. Semakin hari semakin jauh dari Islam malah ada yang terus meninggalkan ibadah fardhu yang telah diwajibkan yaitu solat. Lebih dahsyat lagi apabila kita dikejutkan dengan gejala murtad yang berlaku di kalangan umat Islam di negara ini sudah mencecah angka suku juta orang.

Hari ini umat Islam telah berpecah kepada pelbagai golongan sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud "Umat Nabi Musa berpecah kepada 71 golongan, umat Nabi Isa pula berpecah kepada 72 golongan manakala umat aku berpecah kepada 73 golongan. Hanya 1 golongan saja yang selamat".

Di padang Mahsyar kelak Allah memberitahu Nabi Adam bahawa dari 1,000 orang Islam hanya seorang saja layak masuk syurga. Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Adakah kita termasuk dalam golongan yang dimaksudkan oleh Allah dan RasulNya...

Apa yang nak saya utarakan di sini ialah bagaimana kedudukan orang Islam yang menjadi ahli dan menyokong UMNO.

Sepatutnya sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui tentang latar belakang dan dasar perjuangan sesebuah parti atau persatuan itu. Jangan kita main masuk saja. Cuba tanya diri kita. Kenapa kita tak minum arak, main judi, zina, merompak ? Sudah tentu kita jawab dengan satu perkataan saja yaitu HARAM. Begitu juga dengan riba'. Semenjak dilaksanakan sistem perbankan Islam, maka kita memilihnya sebab kita tahu riba' itu haram dan termasuk dalam 7 dosa pembinasa.

Kalau dalam bab solat, puasa, zakat, haji, halal dan haram boleh kita patuhi, mengapa dalam bab politik dan pilih pemimpin kita tak mahu ikut Islam ? Kita sendiri tahu Islam adalah Ad-Din (way of life). Ad-Din itu bermaksud lengkap segala-galanya. Tiada yang kurang. Semuanya ada dalam Islam termasuklah bab politik dan pilih pemimpin.

Allah yang ciptakan manusia, maka sudah tentu Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua dalam nak menjalani hidup yang sempurna, aman dan bahagia di dunia ini. Sebab itulah Allah mengutuskan para Rasul dan Nabi serta menurunkan Taurat, Zabur, Injil dan Al-Qur'an sebagai panduan hidup manusia agar beriman dan mentauhidkanNya.

Lihat saja apa yang telah terjadi kepada umat Islam di seluruh dunia mutakhir ini. Semakin rosak dan jauh dari rahmat Allah. Sebab apa ?

Salah satu sebab utama ialah salah pilih pemimpin. Islam amat menitik beratkan soal pilih pemimpin sebab pemimpinlah akan menentu dan mencorak sistem dalam negara masing-masing. Jika pemimpin yang dipilih itu tidak beriman, maka negara akan diperintah secara zalim manakala rakyatnya hidup dalam ketakutan, kesusahan dan akhirnya semakin jauh dari agama. Kita boleh singkap balik bagaimana rosaknya akhlak dan iman rakyat Turki sewaktu zaman pemerintahan bapa sekular Kamal Ataturk. Sehingga ke hari ini masih ramai rakyat Turki yang berfahaman sekular dan mengamalkan cara hidup Barat. Kesan 'kerosakan' yang dibuat oleh Kamal Ataturk terhadap rakyat Turki amat payah untuk dipulihkan walaupun dia dah mampus hampir 100 tahun.

Begitulah juga dengan kita di Malaysia. Hasil dari pemerintahan sekular yang dibawa oleh UMNO sejak zaman merdeka menyebabkan ramai umat Islam yang murtad hari ini. Yang tidak bersolat pula tak tahulah berapa ramai. Manakala yang bersolat, berpuasa, berzakat dan pergi haji tapi Aqidah rosak entah berapa juta orang pulak...

Sedarkah kita selama ini jika mengikut susunan keutamaan dalam Islam, yang pertama adalah AQIDAH. Kemudian baru diikuti dengan ibadah. Jika aqidah rosak, maka segala amal ibadah kita sia-sia belaka. Malangnya majoriti kita umat Islam hari ini tak faham apa itu Aqidah. Kita hanya menganut Islam keturunan saja. Jika keluarga kita menganut Islam sekular, maka kita pun turut sama seperti mereka tanpa usul periksa. Bagi yang lahir dari keluarga yang berpegang teguh kepada Aqidah Islam yang betul dan beramal dengannya, maka beruntunglah mereka.

Mengapa saya katakan UMNO itu sesat ?

Fakta 1 - Almarhum Tunku sendiri mengakui bahawa UMNO adalah parti kebangsaan yang berfahaman sekular.

Fakta 2 - Sekular itu sendiri adalah ajaran Kristian yang memisahkan agama dengan politik (pemerintahan).

Fakta 3 - Sejak merdeka UMNO menggunakan Perlembagaan Lord Reid sebagai undang-undang tertinggi negara.

Fakta 4 - Pemimpin UMNO sendiri pernah menyebut bahawa Hudud tak boleh dilaksanakan dalam negara kerana masyarakat majmuk.

Fakta 5 - Mahathir (bekas Presiden UMNO) menyatakan "Jika kita terlalu ikut Islam maka bangsa Melayu akan ketinggalan" dalam buku Malay Dilemma.

Takkanlah kita tak boleh fikir sendiri. Apakah hukumnya jika kita sengaja menyokong dan menjadi ahli sebuah parti yang jelas mengamalkan ajaran Kristian (sekular)? Bolehkah diterima Islam kita ?

Lu Fikirlah Sendiri... sebelum nyawa sampai di urat mereh. Seingat saya dalam posting sebelum ini saya ada sertakan sekali dengan hujah Al-Qur'an. Nak lebih jelas lagi, carilah sendiri buku atau Video CD kuliah tentang perkara yang boleh merosakkan Aqidah.

Niat saya hanyalah mahu menyatakan kebenaran.

Sunday, September 27, 2009

Ibrahim Ali Si Pengkhianat

Bila sebut saja nama Ibrahim Ali, semua orang kat Malaysia ni tau sapa dia. Orang Pasir Mas lagi kenal Abe Yim ni. Dengar cerita punyalah 'baik' Abe Yim ni sampai elaun Parlimen pun dia serah bulat-bulat kat orang Pasir Mas.

Aku tak hairan bila dia tak ambil elaun Parlimen ni. Berapalah sangat elaunnya. Campur tolak ada le lebih kurang RM 7,000. Perlu diingat waktu Ibrahim Ali dalam kerajaan zaman Mahathir dulu dia dah kaya raya. Projek Jambatan Tendung di Pasir Mas saja dia sapu puluhan juta. Aku dapat tahu hal ni bila pergi ke Kelantan dalam tahun 1998. Waktu tu pergi menemani sahabat bertemu dengan salah seorang Jurutera Daerah di sana. Jurutera tulah yang ceritakan pada kami tentang projek jambatan tersebut.

Jadi apa yang kita nak hairan kalau dia tak ambil elaun Parlimen tu.

La ni Ibrahim Ali dah mula tunjuk belang dan nak lawan tauke. Ada ke patut dia cabar TGNA letak jawatan sebagai MB. Tak tahulah aku jenis apakah manusia yang bernama Ibrahim Ali ni. Betul-betul tak sedaq diri punya orang. Dia boleh bertanding kat Pasir Mas dalam PRU12 dulu tu pun pasai TGNA dan pimpinan PAS Kelantan beri laluan padanya. Bukan setakat tu saja malah diberi izin menggunakan lambang BULAN. Sepatutnya YDP PAS Pasir Mas yang bertanding namun demi 'walaq' pada pimpinan, maka Ustaz Ismail Noh redha dan rela memberikan laluan padanya.

Perlu diingat sebenarnya Ibrahim Ali ni tiada jiwa Islam. Hatinya masih condong kepada UMNO namun disebabkan UMNO Kelantan dah tendang dia, maka dia terhegeh-hegeh minta belas kasihan TGNA dan pimpinan PAS Kelantan agar membenarkan dia bertanding di Pasir Mas sebagai calon bebas tapi menggunakan lambang bulan. Biasalah golongan fasik dan munafiq macam Ibrahim Ali ni memang pandai bermuka-muka. Sebelum PRU12 dulu bukan main lagi dia hentam kerajaan pusat. Ceramah kat pentas PAS dah macam orang PAS gamaknya. Lepas dah dapat 'lesen' dari PAS Kelantan untuk bertanding di Pasir Mas dan menang pulak, alih-alih berubah sikap dan perangai. Habis semua pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat dia hentam sampai lumat. Dan yang terbaru pulak dia boleh buat kenyataan menggesa TGNA meletakkan jawatan sebagai MB kerana dah tua.

Nampaknya si 'katak' ni sengaja menempah 'maut' dalam karier politiknya. Percaya atau tidak, kita tengok saja nasib dia dalam PRU13 nanti. Kalau dia nak bertanding juga lagi kat Pasir Mas, silakan tapi atas tiket Bebas. Biar berlaku pertandingan 3 penjuru PAS, BN dan Bebas. Kita tengok saja sapa yang akan dipilih oleh pengundi Pasir Mas.

Memang tak dinafikan dia punya pengaruh dan penyokong dalam kawasan Parlimennya namun sikap dan tindak-tanduknya sekarang membuatkan para pengundi dan penyokongnya meluat. Yang pasti sokongan terhadapnya semakin merosot. Satu kesilapan besar yang dilakukan olehnya apabila mengkhianati TGNA selaku Mursyidul Am PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan. Pengkhianatan yang dilakukan oleh Ibrahim Ali ni memang tak boleh dimaafkan.

Jika dia ada maruah diri, sila letak jawatan segera sebagai MP Pasir Mas.

Tak dinafikan dalam nak memenangi pilihanraya kita memang perlukan sokongan rakyat. Sebab itulah mana-mana parti yang bertanding akan memastikan calon yang dipilih itu adalah orang yang mempunyai pengaruh dalam kawasan masing-masing. Selain daripada isu nasional dan tempatan, faktor calon juga memainkan peranan penting dalam nak mencapai kemenangan.

Fakta yang tidak boleh disangkal ialah tentang pengaruh dan penampilan peribadi TGNA itu sendiri merupakan salah satu faktor penyumbang kepada kekuatan pengaruh PAS di Kelantan. Insya'Allah, pasti akan ada pengganti TGNA kelak apabila sudah tiba masanya. Hanya Allah yang Maha Berkuasa mengatur dan merencanakan perancanganNya.

Kadang-kadang kita yang jadi ahli PAS ni pun selalu 'lost contact' dengan Allah. Jika ahli biasa macam kita ni tak hairanlah sangat tetapi yang jadi masalahnya bila masih ramai di kalangan pimpinan pun sama juga. Almaklum sajalah bila dah berada di atas kadang-kadang pandai terlupa. Merasakan diri hebat dan jika beroleh kemenangan, maka kemenangan itu dirasakan hasil daripada usaha sendiri dan gerakerja yang dibuat.

Ekoran dari sifat 'mazmummah' yang masih bersarang dalam dada, maka tidak hairanlah jika cakap-cakap kita dalam pentas ceramah tidak masuk dalam jiwa yang mendengar. Takde rohnya. Berbeza dengan orang yang sentiasa berpegang teguh dengan tali Allah. Kata-kata dan ucapan mereka memberi kesan kepada yang emndengar. Hatta musuh pun gerun dengan golongan Mutaqqin ini.

Berbalik pada Ibrahim Ali, kita doakan semuga dia cepat sedar dan bertaubat serta memohon maaf secara terbuka kepada TGNA, seluruh pimpinan dan ahli PAS Kelantan. Jika dia masih berdegil juga, kita serahkan saja urusan ini pada Allah SWT. Biar Dia yang menentukan apakah balasan yang terbaik untuknya.

Jazakallah.

Saturday, September 26, 2009

PAS Wants Hassan Ali To Explain Selangor Controversies

SHAH ALAM, Sept 26 — Datuk Dr Hasan Ali's string of controversies with his Selangor Pakatan Rakyat (PR) colleagues, now rocking the fragile coalition, has prompted PAS's powerful central committee to ask him to explain himself.

PAS central committee member Dr Dzulkefly Ahmad said they intend to haul the Selangor PAS commissioner before the party’s central working committee so he can explain his repeated open attacks on his PR allies.

“I’ve spoken to most of the other central committee members and we are of the view he has gone too far,” the Kuala Selangor MP told The Malaysian Insider.

The latest controversy was ignited when Hasan lashed out at the select committee for competency, accountability and transparency (Selcat) for “bullying” civil servants during a public inquiry into the misuse of millions of ringgit in state allocations by Barisan Nasional (BN) assemblymen for campaigning during the general election last year.

The state government watchdog has been grilling district officers, who are responsible for ensuring the annual allocations are disbursed according to regulations, to explain why the funds were almost completely used up by most BN lawmakers in the first two months of last year.

Hasan’s remarks in the press were seen as an open attack on Selcat and the Selangor legislature which established the watchdog to check abuses in the state administration.

Previously, Hasan clashed with PR colleagues over the sale of beer at convenience outlets and a plan to empower mosque committee members and workers to prevent vice in the state. The Selangor sultan has also asked Hasan to explain himself as religion is under royal purview.

The executive councillor has come under pressure from within his own party and from other PR lawmakers to resign from the state administration if he cannot be a “team player”.

In retaliation, PAS state liaison committee secretary Mohd Khairuddin Othman on Thursday released a controversial statement which claimed the party was fully behind Hasan and was considering pulling out of PR in Selangor.

However, Selangor PAS lawmakers have collectively denied this. They added the matter was never even brought up in the state liaison committee and Mohd Khairuddin had no business making such a statement.

Dzulkefly said Mohd Khairuddin will also be hauled up to explain his actions.

He said both men were playing into the hand of BN and this cannot be tolerated.

“A clear message must be sent to all PR leaders that such actions are not acceptable,” said the PAS chief strategist.

Dzulkefly said it was too premature for him to comment on whether both men would be referred to the party’s disciplinary committee.

However, he said one way or another both men would be dealt with by the party.

“Fortunately our PR partners have been remarkably restrained and are leaving this matter for PAS to resolve internally,” Dzulkefly added.

But Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim last night described the latest controversy as a miscommunication and will chair a meeting on Monday to resolve the festering issue.

Describing the issue as “one of miscommunication between the parties”, Khalid said the matter would be addressed internally.

He added that during the meeting he would allow everyone to raise concerns and clarifications on the matter.

Source : themalaysianinsider

Friday, September 25, 2009

E22 Senai Desaru Expressway

Semalam (24 September 09), jadual penerbangan saya sekeluarga sepatutnya pada jam 1620 ke Kota Kinabalu tetapi ditunda pada jam 2115. Punyalah nak meradang dengan Air Asia. Sudahlah tak diberitahu awal pasal penundaan tu, kemudian bila pergi ke kaunternya di Senai Airport, si betina Air Asia yang jaga kat situ boleh bagitau "Retime". Mudah saja dia beri alasan tanpa memohon maaf. Kalau nak diikutkan hati semalam, rasa macam nak bagi penampar je kat betina tu. Dahlah kita sampai kat airport jam 1630, nak tak nak terpaksalah tunggu sampai jam 2115. Kemudian delay lagi sehingga 2230.

Kemudian adik ipar kata "Long, saya rasa lebih baik kita pegi hantar kereta Swift tu kat Pasir Gudang dulu. Flight pun lama lagi". Betul juga kata adik ipar tu. Saya ok je. Kami berdua terus bertolak ke Pasir Gudang dengan melalui lebuhraya baru yang dikenali sebagai "E22 Senai Desaru Exspressway". Bila masuk saja ke lebuhraya tu yang tolnya masih free sehingga 10 Oktober ini, serta-merta saya terkejut bila melihat keadaan jalan yang beralun. Turapannya pun langsung tiada kualiti. Memang menghampakan. Ada sesetengah tempat sudah ditampal semula.

Bayangkanlah macamana lebuhraya baru yang masih belum dibuka sepenuhnya berkeadaan sedemikian. Memang jauh bezanya dengan kualiti lebuhraya PLUS, NKVE, KESAS, LDP.

Tak tahulah saya mana punya Kontraktor yang dilantik sebagai pemegang konsesi highway Senai Desaru tu. Yang pasti syarikat kronilah...

Inilah Malaysia negara yang sedang diperintah oleh golongan haprak dan bangsat. Rakyat terus ditipu dan diperbodoh dengan segala propaganda murahan. Negara kaya, pemimpin atasan semuanya kaya-raya dengan hasil haram merompak wang rakyat manakala rakyat terus-menerus dibebani dengan segala bayaran, cukai, kenaikan harga barang serta pelbagai jenis tol.

Beli apa pun semuanya kena cukai. Sebagai contohnya kereta. Bila beli sebuah kereta, maka pemilik terpaksa membayar segala-galanya ;

1- Harga kereta - termasuk cukai kerajaan. Jika kereta mewah, pemilik terpaksa membayar cukai impot sehingga 400% daripada nilai harga sebenar.

2- Cukai Jalan - wajib dibayar setiap tahun bergantung kepada jumlah cc kenderaan.

3- Insuran - wajib dibayar setiap tahun mengikut nilai harga kereta.

4- Bila melakukan servis kereta, tukar tayar, membeli alat ganti dan lain-lain semuanya kena cukai.

5- Masuk lebuhraya pulak kena tol. Semakin jauh perjalanan melalui lebuhraya, semakin banyaklah wang dikeluarkan.

6- Petrol - harga semakin mahal. Nama saja negara pengeluar minyak tapi rakyat terus dibebani dengan kenaikan harga minyak.

Dan begitulah juga dengan lebuhraya baru E22 Senai Desaru Expressway ni. Rakyat akan dikenakan tol bermula 10 Oktober ni. Jika melihat kepada kualiti yang begitu rendah bagi sebuah lebuhraya yang baru dibina, saya yakin mesti ada berlaku penyelewengan dari A to Z. Kita minta Pakatan Rakyat dapatkan maklumat terperinci tentang projek lebuhraya ini dan juga semua pihak yang terlibat dalam pemberian kontrak dan konsesi kepada syarikat berkenaan.

Adalah amat malang bagi rakyat yang terpaksa membayar tol untuk melalui sebuah lebuhraya yang tidak bermutu jalanrayanya. Beralun dan ada yang tidak rata permukaan jalan yang diturap.

Kita tak mahu wang rakyat terus dibazirkan dalam semua bentuk penyelewengan dan rasuah.

Selamatkan Wang Rakyat Dengan Memilih Pakatan Rakyat Dalam PRU13.

Monday, September 14, 2009

UMNO Dan MIC Berperang...

Adalah menjadi satu hal yang menarik bila MIC hari ini secara direct menghentam Mahathir ekoran kenyataannya sebelum ini yang menyokong calon Timbalan Presiden MIC yang bertanding Datuk S Subramaniam.

Adalah dipercayai kenyataan Mahathir secara terbuka menyokong Subramaniam sebagai 'kias' kepada si Samy Vellu yang masih mahu memegang jawatan Presiden sampai mati. Memang semua orang tahu si Samy Vellu bangsat ni memang tak akan melepaskan jawatannya. Dan dipercayai Samy Vellu ni masih kepingin sangat agar dilantik sebagai Menteri. Namun nasib tidak menyebelahi dia apabila kecundang dalam PRU12 lalu.

Si Hindu tua ni memang dikenali sebagai 'kepala gengster' India dalam negara. Sebab itu takde sapa yang berani nak mencabar kedudukannya sebagai Presiden MIC hingga saat ini. Kalau ada sapa yang berani mencabarnya, maka bersiap-sedialah menghadapi ancaman dari si tua gila kuasa ini.

Mahathir sebenarnya buat kenyataan sedemikian kerana mahu Samy Vellu berundur dari jawatan Presiden dan berilah peluang kepada orang yang lebih muda lagi. UMNO, MCA dan Gerakan sendiri telah bertukar Presidennya tapi MIC masih kekal dengan si tua Samy ni. Jika difikir secara logik, adalah mustahil jika langsung takde orang yang berani mahu menentang Samy ini sekiranya dia seorang yang gentlemen. Malangnya Samy memang dikenali oleh seluruh pimpinan dan ahli MIC sebagai seorang 'bapak gengster'. Samy mengguna dan mengupah gengster peliharaannya bagi memastikan kedudukannya sebagai Presiden tidak akan digugat oleh sesiapa pun sehinggalah beliau mampus.

Bukti betapa gila kuasanya si Samy Vellu ini apabila buat pertama kalinya dia membidas Mahathir kerana mencampuri urusan dalaman politik MIC. Punyalah tak sedar diri si Hindu nyanyuk ini apabila dia kata "Pengundi India menyampah dengan BN, bukan saya". Oooi Samy, orang India sudah lama nak sepak hang keluaq. Pasai tu depa dok buang hang dalam PRU12 lalu. Memang benar bak kata orang "Bila dah gila kuasa memang tak nampak kelemahan dan aib sendiri".

Jika dilihat keputusan pemilihan MIC baru-baru ni jelas menunjukkan legacy Samy masih menguasai kepimpinan parti itu apabila semua orangnya menang besar. Sebenarnya takde beza antara MIC dan UMNO. Sapa yang jadi Presiden, maka orang-orangnya akan dipastikan menduduki jawatan AMT.

Ekoran kenyataan MIC yang menyelar Mahathir secara biadap, maka berkokoklah Naib Ketua Pemuda UMNO mendesak BN bertindak terhadap MIC jika kepimpinan parti itu terus membiarkan perkara tersebut berlalu begitu saja tanpa sebarang permohonan maaf secara terbuka.

Nampaknya kekerohan yang berlaku dalam UBN ni dah tak boleh disorok lagi. Sebelum ini MCA menghadapi masalah dalaman yang kronik ekoran skandal PKFZ, pemecatan Chia Soi Lek dan penghijrahan Chua Jui Meng ke PKR. Semuanya ini pasti memeningkan kepala Najib selaku Pengerusi BN. Jika 'big war' yang melanda ini tidak ditangani segera, tidak mustahil UBN akan kehilangan lebih banyak kerusi dalam PRU13 kelak.

Dengan pelbagai kemudahan ICT yang semakin maju dan pantas serta kemudahan Access Internet Broadband mutakhir ni, maklumat boleh diperolehi secara pantas tanpa halangan. Faktor ini sebenarnya amat membimbangkan BN kerana ianya mampu mempengaruhi minda rakyat dalam menentukan siapa yang harus dipilih sebagai pemerintah dalam PRU akan datang.

Cuma ada sedikit kekesalan di sini bila majoriti masyarakat Melayu masih lagi ketinggalan dalam sumber maklumat pantas. Kesetiaan mereka kepada sumber media perdana milik UMNO masih menebal. Segala propaganda dan berita berat sebelah yang disiarkan oleh akhbar dan TV masih mengongkong minda pengundi Melayu yang jumud. Masyarakat Melayu terus dibuai dan didodoi dengan berita-berita indah dan menarik sehingga terlupa yang diri mereka terus diperbodoh dan diperkotak-katikkan selama lebih 52 tahun. Sebab itulah UMNO masih mampu bertahan dalam pilihanraya.

Walau apa pun kita tunggu saja apa yang bakal berlaku dalam PRU13 kelak. Keputusan PRU13 akan menjadi satu indikator baru kepada sikap pengundi dalam negara ini.

Adios.

Sunday, September 13, 2009

Mirzan Mahathir Dan Arak

Bila kita kata pemimpin UMNO takde beza dengan puak-puak kafir ramai orang marah. Kalau benar sebagaimana dakwa si PM Najib Altantuya yang UMNO tu parti Islam sebenar, maka sepatutnya Malaysia tiada kilang arak Carlsberg. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Jika kita melalui Federal Highway menuju ke Shah Alam, maka kita akan lihat sebesar-besar kilang Carlsberg di sebelah kiri lebuhraya tersebut. Jika pecahlah tangki yang menyimpan arak tersebut, satu Shah Alam dibanjiri arak. Bukan setakat orang saja yang mabuk, malah binatang yang melata pun turut sama terhuyung-hayang terhidu bau arak.

Apa yang takde kat Malaysia ? Semua ada. Pusat Kasino Genting Highland, pusat pelacuran, pusat hiburan melampau dan pelbagai lagi pusat-pusat maksiat yang tumbuh macam cendawan. Pendek kata apa yang ada di negara barat, ada juga di negara kita. Islam apa namanya ini ?

Sapa perintah Malaysia sejak merdeka ? Semua orang tahu UMNO yang mengetuai BN sebagai kerajaan. Sapa dia pemimpin UMNO tu ? Orang Melayu beragama Islam. Jika benar pemimpin UMNO itu Islam, mengapa mereka benarkan pembinaan kilang arak dan pusat judi ?

Ini menunjukkan bahawa pemimpin UMNO memang 'tunduk' kepada tuntutan golongan kafirun. Sebenarnya aku tak hairan langsung dengan perangai pemimpin UMNO ni sebab mereka adalah golongan munafiq. Golongan munafiq ni memang lebih jahat daripada kafir. Mereka hanya berpura-pura beriman dan menyembunyikan kekafiran mereka.

Cuba renungkan di mana letaknya Islam si anak Mahathir jika dia sanggup menerima perlantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah SMC (San Miguel Corp), sebuah syarikat pengeluar arak yang terbesar di Filipina. Dan kita jangan lupa si Mirzan nilah yang pergi jumpa Anwar untuk minta tolong selesaikan hutang syarikat perkapalan yang hampir bankrap. Waktu tu Anwar Menteri Kewangan. Mirzan pergi jumpa Anwar atas arahan ayahnya yang ketika itu sebagai PM. Mirzan minta Anwar keluarkan wang perbendaharaan untuk langsaikan hutang lapuknya tetapi Anwar enggan menolong. Mana boleh gunakan wang rakyat untuk langsaikan hutang seorang anak PM. Banyak cantik muka dia.

Bak kata orang kalau dah bapaknya buta kayu pasal Islam, apatah lagi anaknya. Mahathir memang dari dulu lagi anti-Islam. Salah seorang idolanya ialah Mustafa Kamal Ataturk yang dah mampus dan mayatnya tidak diterima bumi. Malangnya orang Melayu UMNO yang bodoh. Buta mata hati mereka sehingga tak boleh nampak betapa sesatnya para pemimpin mereka. Inilah akibatnya jika menganut Islam keturunan. Jika mak bapak sekular, maka anak cucu turut jadi sekular kecuali jika anak itu sendiri memang cenderung kepada Islam. Kalau tak, memang seisi keluargalah jadi penghuni Jahannam.

Jika Allah ciptakan kita hanya untuk hidup kat dunia semata-mata dan tak mati-mati, nescaya Allah tak akan mengutuskan RasulNya dan menurunkan kitab-kitabNya. Nak buat apa utus Rasul dan Nabi kalau manusia terus hidup kekal di dunia selamanya. Tiada Judgement Day.

Masalahnya sekarang kita semua dijadikan oleh Allah untuk hidup di dunia ini buat sementara saja. Kita dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan seluruh perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Sebagai Muslim sudah tentu kita wajib beriman dengan seluruh isi kandungan Al-Qur'an dan Sunnah.

Bila Allah wajibkan semua umat Islam menegakkan Daulah Islamiyah, maka ianya menjadi Fardhu 'Ain bagi setiap Muslim untuk bersama dan menyokong mana-mana gerakan, parti atau jamaah yang berjuang ke arah itu. Dan kita tak boleh menolaknya. Jika kita berdegil dan masih enggan bersama perjuangan yang benar ini, maka bersedialah untuk menerima balasan siksaan yang amat pedih kelak di Akhirat.

Sudah jelas Allah sebut dalam Al-Qur'an tentang kewajiban melaksanakan segala Hukum dan Undang-Undang Islam tetapi para pemimpin UMNO masih berdegil dan mencari pelbagai alasan untuk membenarkan tindakan mereka menggunakan undang-undang ciptaan manusia (penjajah) sebagai undang-undang tertinggi negara.

Agaknya seluruh pemimpin, ahli dan penyokong UMNO ini memang dah 'training' serta bersedia untuk menahan kepanasan bakaran api Neraka Allah kelak. Sebab itulah mereka terus berdegil dan berani menentang Hukum Allah.

Iyalah... bukannya apa, cumanya aku hairan kenapalah puak-puak ni masih tak mahu mengambil Al-Qur'an sebagai Perlembagaan Negara.

Terpulanglah kepada seluruh ahli dan penyokong UMNO yang setia. Jangan sampai besok menyesal tak sudah. Sementara nyawa masih melekat kat badan, eloklah segera meninggalkan UMNO dan melakukan Hijrah dalam bulan Ramadhan ini.

Wassalam.

Pemerintah Jahat Terus Berkuasa Kerana Kejahilan Rakyatnya

Dalam sebuah negara yang mengamalkan Sistem Demokrasi Parlimen membenarkan rakyatnya memilih parti mana yang akan memerintah. Begitu juga di Malaysia. Sejak merdeka lagi kita diperintah oleh BN yang diketuai oleh UMNO. 52 tahun merupakan satu tempoh yang panjang bagi sebuah parti seperti BN yang mendominasi negara ini.

Agak malang bagi rakyat Malaysia hari ini khususnya orang Melayu yang semakin hari semakin ketinggalan dalam pelbagai bidang. Bukan takat itu saja malah hak keistimewaan orang Melayu sendiri telah dirampas oleh UMNO yang kononnya mendakwa sebagai pembela bangsa.

Belum pernah berlaku dalam sejarah dunia yang mana sebuah parti sanggup mengkhianati dan menipu bangsanya sendiri. Namun itulah UMNO.

Persoalannya mengapa BN yang diketuai UMNO terus bertahan sebagai pemerintah walaupun sudah banyak bukti yang didedahkan tentang segala penyelewengan dan jenayah yang mereka lakukan ?

Kejahilan Rakyat

Faktor kesedaran rakyat menjadi penyumbang utama kepada perubahan pemerintahan dalam mana-mana negara. Malangnya sehingga ke hari ini kesedaran politik masyarakat Melayu amatlah rendah jika dibandingkan dengan bangsa lain.

Pemikiran orang Melayu sejak zaman merdeka lagi telah didoktrin oleh UMNO dengan fahaman khurafat "Hanya UMNO yang mampu memerintah". Inilah masalahnya. Tambahan pula masyarakat Melayu sudah puluhan tahun berpegang kepada aqidah Sekularisma. Fahaman yang memisahkan agama dengan politik. Fahaman inilah yang menjadi penghalang utama kepada perubahan sikap pengundi Melayu.

Betapa setianya orang Melayu kepada UMNO sehingga buta mata hati mereka daripada melihat kebenaran. Sudah pelbagai rupa bentuk penyelewengan yang terdedah di depan mata mereka namun untuk berubah tidak sama-sekali. Ahli dan penyokong UMNO menganggap kata-kata pemimpin merekalah yang benar. Tiada yang salah melainkan benar belaka. Hatta jika ucapan pemimpin itu bercanggah dengan Al-Qur'an dan Hadis pun mereka tetap sokong. Inilah yang merbahaya kerana tanpa disedari aqidah Islam mereka boleh rosak ekoran patuh dan taat secara melulu tanpa usul periksa.

Sedih bila mengenangkan sikap mereka yang masih berdegil dengan fahaman khurafat yang telah terpasak dalam kepala otak. Pernah berlaku satu peristiwa apabila seorang kuat UMNO yang sakit nak mati sempat meninggalkan wasiat kepada isteri dan anak-anaknya agar jangan sekali-kali menyokong PAS. Bayangkanlah betapa dahsyatnya doktrin yang telah berjaya ditanam oleh UMNO kepada ahlinya. Sehingga ke hari ini anak-anaknya tetap bersama UMNO kerana enggan 'derhaka' kepada ayah mereka yang telah mati. Masalahnya wasiat yang ditinggalkan itu adalah WASIAT SESAT. Disebabkan kejahilan isteri dan anak-anak tentang Islam yang sebenar, maka berterusanlah legacy kesesatan aqidah dalam keluarga si mati.

Para pemimpin UMNO tahu peningkatan kesedaran dan kefahaman Islam yang sebenar di kalangan masyarakat Melayu merupakan satu ancaman besar kepada parti mereka. Sebab itulah setiap program kuliah yang disiarkan dalam TV maupun yang dianjurkan oleh JAKIM atau Jabatan Agama Islam akan dipantau sepanjang masa. Hatta ahli panel yang diundang pun mesti dipastikan bukan penyokong PAS. Bab politik memang sama-sekali tidak dibenarkan dalam program sebegini.

Seorang penceramah bebas Ustaz Shahril Long pernah menceritakan pengalaman beliau apabila didatangi oleh 5 orang ahli UMNO setelah selesai kuliah yang disampaikannya di salah sebuah mesjid di Kuala Lumpur. Ahli UMNO itu mengaku "Baru sekarang kami sedar yang selama ini kami syirik kepada Allah kerana menyokong UMNO. Kalau tak dengar kuliah ustaz, nescaya kami akan terus jahil dan ditipu oleh UMNO sampai mati. Terima kasih ustaz".

Bagi saya, hatta UMNO itu sebuah parti yang bersih dari segala penyelewengan dan rasuah sekalipun, namun menyokongnya juga tetap haram kerana dasar dan fahaman parti itu bertentangan dengan Islam.

Semuga dalam minggu terakhir Ramadhan al-Mubarak ini diharap seluruh ahli dan penyokong UMNO sedar dan berhijrah dari kegelapan kekufuran kepada cahaya keimanan.

Jazakallah.

Friday, September 11, 2009

Najib Kata UMNO Adalah Parti Islam Sebenar ?

Najib sedar atau tak apa yang diucapkan semalam. Dia kata UMNO adalah parti Islam sebenar. Dakwanya UMNO selama ini bertungkus-lumus membelas orang miskin. Kata Najib kemiskinan itu boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kufur. 'Lesen' inilah Najib jadikan bukti bahawa UMNO ada parti Islam sebenar. Kata Najib lagi kita tak payah nak gunakan nama Islam dalam parti. Tak payah nak sebut "Membangun Bersama Islam".

Inilah masalahnya bila pemimpin sesat sekular membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat. Golongan pemimpin sebegini memang pandai berbicara sehingga setiap patah perkataan yang diucap mampu memperdayakan golongan orang yang hanya faham Islam separuh-separuh. Yaitu golongan yang beriman dengan sebahagian kitab dan kufur sebahagiannya lagi.

Sepatutnya Najib betulkan kenyataannya. Yang tepat ialah UMNO adalah parti Islam Sekular yang sebenar.

Najib lupa kenyataan Almarhum Tunku Abd.Rahman yang menegaskan UMNO adalah sebuah parti kebangsaan berfahaman Sekular. Di sini sudah jelas lagi tersuluh bahawa UMNO memang sesat. Sejak dulu lagi memang pemimpin UMNO hanya ikut Al-Qur'an secara selected. Mereka akan ikut jika ianya bersesuaian dengan hawa nafsu mereka.

Contohnya dalam bab zakat. Dalam hal ini memang pemimpin UMNO cukup taat dengan perintah keluar zakat sebab 'masuk'. Dalam bab Hudud, Takzir dan Qisas mereka tolak mentah-mentah. Begitu juga dengan riba' (sistem Yahudi) mereka masih teruskan. Kalau benar UMNO parti Islam sebenar, kenapa tak dihapuskan terus sistem riba' ni ?

Pemimpin UMNO Tetap Kafir Walau Masih Mendirikan Solat ?

Firman Allah dalam Surah Al-An'am (6) : ayat 159

إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَّسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ ۚ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu) dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).

Almarhum Prof Dr Hamka menafsirkan ayat ini sebagai "Barangsiapa yang dalam hati mereka ada keyakinan bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada Islam, maka kafirlah orang itu walau masih bersolat."

Jika dilihat dari maksud ayat ini memang menepati perangai dan sikap pemimpin UMNO. Selama ini pemimpin UMNO memang suka memecah-belahkan orang Islam dengan tindakan-tindakan yang pernah diambil. Salah satu bukti peristiwa Memali. Apa alasan pemimpin UMNO mengarahkan Polis menyerang Ustaz Ibrahim Libya dan para muridnya. Ustaz Ibrahim Libya hanya mengajar dan mendidik orang kampung menjadi seorang Muslim yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Mengajar ilmu agama secara telus, ikhlas dan tegas. Mendidik muridnya menjaga solat berjamaah. Membimbing penduduk Baling agar menjadi pejuang Islam yang tulen.

Sebenarnya UMNO takut dengan pengaruh Ustaz Ibrahim Libya ketika itu. Tambahan pula Ustaz Ibrahim adalah ahli PAS. Atas desakan dan fitnah Ketua UMNO Bahagian Baling yang 'berpenyakit jiwanya', akhirnya Mahathir mengarahkan agar Ustaz Ibrahim ditangkap dan disimpan dalam ISA. Tapi si mamak ni pandai sewaktu Peristiwa Berdarah ini berlaku dia takde dalam negara kerana buat lawatan ke Cina (kalau tak silap). Musa Hitam yang jadi 'kambing hitam' kerana pada ketika itu dia TPM. Jadi rakyat melihat Musa Hitam yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas peristiwa ini.

Please Najib. Before talking about Islam, please check first who you are and your wife. Don't fool Muslim citizen with your foolish statement. As a Muslim's citizen, we are knowing that you are Munafiq. Your own wife also not wearing jilbab then you still want to talk about Islam. How dare you ? How about Mr Ji (bomoh Hindu) who came to your house and performing Hindu ritual worship to ensure that you and Rosmah are protecting from devil and have a strong political power.

Umat Islam dalam negara diharap jangan sekali-kali tertipu dengan kenyataan Najib dan kuncu-kuncunya dalam UMNO.

Kembalilah kepada Al-Qur'an dan Hadis. Allah SWT dah bagitau kita semua tentang sifat-sifat dan perangai golongan munafiq ni.

Wassalam

Thursday, September 10, 2009

UMNO Sedang Menuju 'Lubang Kubur'

Sejak sebulan yang lalu saya sering bertemu dengan seorang "Pakar Strategi UMNO", juga seorang AJK Bahagian UMNO di Sabah. Beliau juga salah seorang pengunjung setia blog saya. Dia bagitau saya agar teruskan usaha 'hentam' UMNO sampai lumat.

Sahabat saya ni banyak memberi maklumat tentang kebobrokon UMNO. Daripada pengalaman beliau memainkan 'peranan penting' dalam gerakerja saraf dan pilihanraya, saya menyakini kewibawaan beliau, juga maklumat yang diberikan.

Salah satu peristiwa yang amat 'menyakitkan' hatinya serta sebagai bukti betapa perangai pimpinan UMNO ni tidak ubah macam orang kafir. Beliau menceritakan pada saya pernah satu ketika beliau mengiringi Ketua Pemuda UMNO Bahagian (beragama Islam) melawat sebuah kampung dalam misi kempen untuk merebut jawatan dalam UMNO Bahagian. Setibanya di kampung tersebut, penduduk kampung yang majoritinya bukan Islam telah menyediakan arak buatan sendiri bagi menyambut ketibaan rombongan mereka.

Sahabat saya menasihati Ketua Pemuda UMNO itu agar jangan minum arak dan berilah alasan yang munasabah kepada orang kampung. Malangnya Ketua Pemuda UMNO itu menjawab "Tak apa sesekali minum bagi menjaga hati orang kampung. Kalau tak minum, nanti mereka kecil hati dan tak mahu sokong aku dalam pemilihan nanti."

Sahabat saya terkejut mendengar jawapan itu. Dia kata kat saya yang UMNO memang dah nak mampus. Tegasnya lagi jika PKR bijak dalam gerakerja dan strategi mereka, tak mustahil PKR boleh memenangi banyak kawasan di Sabah. Malangnya dia bagitau PKR tidak buat kerja yang sepatutnya.

Sewaktu PRU12 dia sendiri menelefon salah seorang calon PKR dan bertanya "Kau mahu menang tak ? Kalau mahu menang, sila jumpa saya." Dalam pertemuan sulit sebagaimana yang dijanjikan, calon PKR tu bagitau bahawa PKR tiada ****. Dia bagitau pada calon PKR yang juga rakan sekolahnya dulu "Kalau macam tu susahlah saya mahu tolong kau."

Dalam PRU12 lalu, dia ditugaskan oleh Perhubungan UMNO Negeri Sabah untuk menghantar wang berjumlah RM 12 juta kepada beberapa orang calon yang akan bertanding dalam PRU12 di beberapa buah kawasan Parlimen dan DUN. Dia pergi bersama seorang SB Polis sebagai pengawal keselamatan. Wang RM 12 juta itu diisi dalam 10 buah beg yang berkunci. Hanya calon saja yang tahu kod kunci itu. Tugasnya hanyalah menyerahkan beg yang berisi duit itu kepada setiap calon yang akan bertanding. Minimum RM 1 juta bagi setiap calon.

Jelas beliau UMNO memang menggunakan 'kuasa duit' untuk bertahan. Tanpa duit, UMNO akan pupus dari alam maya ni. Duit dijadikan 'tuhan' dalam UMNO.

Jika dilihat dari senario yang berlaku mutakhir ini menunjukkan seolah-olah UMNO sudah begitu dekat dengan ajalnya. Belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia sebelum ini yang mana Pilihanraya Kecil diadakan sebanyak 7 kali sepanjang tahun 2008 - 2009. Dari 7 PRK ini hanya satu dimenangi oleh BN yaitu di Batang Ai. Selebihnya dimenangi oleh PR.

Senario politik UMNO di Sabah berubah 360 darjah apabila veteran UMNO Tan Sri Kasitah Gadam bebas dari segala tuduhan rasuah baru-baru ini. Antara pemimpin UMNO Sabah yang 'lemas' dengan keputusan Mahkamah Tinggi KL itu ialah Ketua Menteri sendiri Musa Aman, Masidi Manjun (Menteri dan Ketua UMNO Bahagian Ranau), Shafie Afdhal, Siringan Gubat (MP Ranau).

Pakatan Rakyat khususnya PKR perlu 'menyelami' secara mendalam hasrat masyarakat peribumi Sabah. Di sudut 'track rekod' politik Sabah, sudah beberapa buah parti yang memerintah Sabah. Bermula dengan USNO, Berjaya, PBS dan sekarang BN. Sikap pengundi Sabah ini agak unik kerana mereka bukan dari kategori pengundi yang 'setia' dengan parti. Mereka boleh berubah 'last minute' jika parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya bijak dalam strategi dan gerakerja saraf mereka.

Jika Pakatan Rakyat ada hasrat untuk menawan Sabah, maka perlu buat kerja keras dan teratur. Kalau setakat bergantung dengan isu dan ceramah saja, jangan mimpilah PR nak menang di Sabah.

Begitu juga di Semenanjung. Kalau setakat bergantung dengan isu dan ceramah saja, jangan bermimpi untuk 'menawan' Putrajaya dalam PRU13. Macamana nak menang jika buat kerja main 'sembrono' saja. Bak kata orang 'syok sendiri' dengan kehadiran begitu ramai orang dalam ceramah yang dianjurkan. PAS Negeri kena belajar dari PAS Kelantan dan Kedah. Belajar dari mereka bagaimana gerakerja yang dilakukan selama ini.

Jangan kita asyik pandai bercakap saja mengulas isu politik semasa sedangkan kawasan sendiri masih tak tentu arah. Jika kita tak dapat ubah sikap ini, maka lama lagilah untuk melihat PR perintah negara. Memang tak dinafikan bukan satu perkara yang mudah untuk 'menukar' sikap pengundi. Namun yakinlah dengan pertolongan Allah. Jika kita buat kerja secara teratur dan bermaklumat, tak mustahil kemenangan akan muncul juga akhirnya.

Hari ini kita sendiri melihat betapa UMNO sedang 'kelam-kabut' tetapi bagaimana pula dengan kita. Adakah gerakerja kita sudah mencapai tahap optimum bagi melayakkan kita untuk menang.

Whatever the issues, UMNO is going to die...

Adios.

Thursday, September 3, 2009

'Altantuya' Selamat Sampai Dari Peranchis

Kapal selam 'Altantuya' yang pertama selamat sampai ke tanahair di Pengkalan KD Sultan Abd.Aziz Shah, Pulau Indah Pelabuhan Klang hari ini. Ketibaan 'Altantuya' ini disambut oleh Yang Dipertuan Agong, Sultan Selangor, Raja Muda Selangor, PM Najib, TPM Mahyuddin, Menteri Pertahanan Zahid Hamidi dan Panglima ATM.

54 hari masa pelayaran yang diambil oleh 'Altantuya' untuk sampai ke Malaysia dari tempat kelahirannya di Toulon, Peranchis. Sepanjang pelayaran tersebut 'Altantuya' menyelam selama 32 hari, 10 hari di permukaan dan selebihnya singgah di beberapa pelabuhan untuk mengisi minyak. Perlu diingat 'Altantuya' digerakkan oleh enjin diesel, bukan janakuasa nuklear.

2 biji kapal selam 'Altantuya' ni dibeli oleh kerajaan Malaysia dengan harga RM 3.4 bilion (USD 975 juta). Harga ni sudah tentu termasuk dengan jumlah duit yang disapu oleh Najib sebanyak RM 960 juta. Kalau Najib tak sapu, harganya sekitar RM 2.4 bilion saja. Senang sungguh Najib dan Rosmah buat duit tepi.

Terus-terang aku memang tak percaya dengan kemampuan kapal selam ni. Dari segi sistem persenjataan dan teknologinya sudah pasti jauh ketinggalan dengan kapal selam milik Tentera Laut Singapura. Apa yang aku bimbangkan ialah jangan-jangan belum sampai setahun beroperasi sudah rosak ataupun tenggelam ke dasar laut. Minta maaflah, selagi puak-puak penyamun UMNO yang jadi pemerintah, tobat lahum aku memang langsung tak percaya dengan apa yang mereka buat untuk Malaysia. Sudah terbukti sebelum ini, semua yang dibuat bukan untuk kesejahteraan negara dan rakyat tetapi hanya untuk kepentingan peribadi mereka sendiri.

Sudah berapa ramai juruterbang dan anggota tentera kita mati percuma akibat kemalangan pesawat pejuang dan helikopter Nuri. Beratus juta wang rakyat hangus begitu saja sewaktu Kerajaan Malaysia membeli pesawat Skyhawk dalam tahun 1986 dulu. Yang dibeli 88 buah, yang sampai ke Malaysia sekitar 40 buah. Selebihnya tersadai di sebuah gurun di Amerika. Mana ada sebuah kerajaan dalam dunia ini yang sebodoh kerajaan Malaysia di bawah UMNO yang sanggup membeli pesawat pejuang yang dah buruk dan tidak layak untuk terbang lagi. Sebenarnya pesawat Skyhawk ni mahu dihapuskira tetapi Malaysia yang kutip besi buruk ni. Akibatnya berapa banyak yang terhempas bila terbang semula di Malaysia. Yang paling kita kesalkan ialah ramai juruterbang kita yang terbunuh secara 'percuma'.

Sebab itulah Singapura 'tak gentar' dengan sistem pertahanan udara dan laut kita. Mereka hanya ketawakan saja Malaysia.

Berbalik pada kapal selam 'Altantuya' ni. Sebuah daripadanya akan dihantar ke Sabah dan diletakkan di pelabuhan Tentera Laut di Teluk Sepangar. Jangan sampai kapal selam negara ini terlanggar pulau sudahlah...

Tak tahulah apa nak jadi dengan sistem pertahanan negara kita hari ini.

Sayonara.

Tuesday, September 1, 2009

Khidmat Musa Hasan Akan Dilanjutkan

Walaupun PAS memohon kepada Yang Dipertuan Agong agar tidak memperkenankan cadangan kerajaan untuk melanjutkan tempoh khidmat Musa Hasan sebagai KPN yang berakhir pada 14 September ini, namun diyakini tempoh perkhidmatan Musa akan dilanjutkan juga.

Kita semua tahu kerajaan UBN di bawah Najib pasti mahukan orang macam Musa ini terus berkhidmat sehingga PRU13 kelak bagi memudahkan segala perancangan jahat dan kotor UBN berjalan dengan lancar. Perlu diingat Musa Hasan bukanlah orang baik. Walau dahi lebam kuat tahajjud, namun jiwa dan hatinya sudah terlampau kotor dek makan 'duit haram'.

Sapa tak kenal dengan Musa Hasan ni. Salah seorang yang terlibat dengan konspirasi kotor menjatuhkan Anwar dalan tahun 1998. Beliau juga didakwa membela "King Of Along" dalam negara. Bukan setakat tu saja, banyak kepala-kepala gengster yang 'dijaganya'. Sebagaimana yang didakwa, dalam tahun 2007 beliau terlibat secara langsung dalam pembebasan sekumpulan gengster dengan menerima suapan berjumlah RM2.1 juta.

Ada sumber pula menyebut terdapat individu yang telah lulus dalam permohonan dan temuduga untuk memiliki senjata api tetapi masih gagal untuk mendapatkan lesennya kerana sangkut di meja Musa Hasan. Di sini timbul kemusykilan mengapa Musa tidak mahu keluarkan lesen tersebut. Setelah diselidiki, akhirnya pecah tembelang. Rupanya Musa kenakan 'tol' sebanyak RM50 ribu bagi sesiapa yang mahu lesen senjata mereka keluar.

Perlu kita akui sejak zaman Mahathir lagi semua jawatan tertinggi dalam Jabatan Peguam Negara, Kehakiman, Polis dan BPR dipegang oleh kumpulan 'manusia kotor' yang sedia bersekongkol dengan pemerintah. Semuanya 'Yes Bos'. Begitu juga dengan SPR dan SPRM. Seluruhnya menjadi 'pecacai' kepada pemerintah.

Semuanya ini amat penting bagi pemerintah UBN kerana tanpa kerjasama dari puak-puak penyamun ini, maka semua perancangan 'kerja kotor' akan tergendala. Dengan menguasai semua kepala-kepala di jabatan tersebut, maka mudahlah bagi UBN untuk merealisasikannya.

Selagi tak bertukar parti yang memerintah negara ini, maka selagi itulah masalah yang berlaku ini tidak akan selesai. Apa yang telah dan sedang berlaku dalam negara hari ini merupakan kesinambungan dari pemerintahan Mahathir selama 23 tahun. Ianya sudah menjadi barah. Barah yang sudah merebak sehingga ke peringkat akar umbi.

Mana ada lagi jabatan kerajaan yang bersih hari ini. Semuanya terlibat dengan rasuah. Kalau dah dalam Jabatan Agama Islam sendiri pun boleh berlaku penyelewengan wang zakat, apatah lagi jabatan-jabatan lain. Sejarah Tabung Haji sendiri yang pernah terlibat dengan pelaburan judi sudah cukup membuktikan betapa dahsyatnya pemimpin UMNO yang sedang memerintah hari ini. Jika duit rakyat yang menabung untuk pergi menunaikan Haji pun boleh diperlakukan sedemikian, jangan diharaplah dengan Skim Pelaburan lain yang dibuat oleh kerajaan.

Nasib baik ada pembangkang seperti PAS di Parlimen. Dengan desakan yang dibuat oleh MP PAS, akhirnya Menteri di JPM mengakui memang Tabung Haji ada melabur dalam syarikat perjudian. Atas desakan itu, akhirnya wang rakyat dalam Tabung Haji dapat diselamatkan daripada terlibat dengan benda haram. Kalau tak penat saja umat Islam kat Malaysia pergi Haji dengan duit yang sudah bercampur dengan dividen dari sumber yang haram. Orang lain pergi Haji dapat Haji Mabrur tetapi rakyat Malaysia pergi ke Mekah dapat Haji Marlboro.

Inilah senario yang melanda negara dan rakyat hari ini akibat memilih dan membiarkan terus pemimpin 'jahat' berkuasa.

Lakukanlah perubahan dalam PRU13 kelak. Ingatlah, kita hidup bukan setakat di dunia saja malah ada kehidupan yang abadi sedang menanti kita di sana...

Jazakallah...

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger