Friday, June 5, 2009

Altantuya : Najib Bersumpah Dengan Nama Allah !

Boleh di percaya ke orang macam Najib ni bila bersumpah dengan nama Allah. Sewaktu di Beijing dia memberitahu wartawan Associated Press di sana “There’s no evidence. They’ve not offered any evidence at all ... I have sworn in the name of God, of Allah, that I had nothing to do with her and I can’t go beyond that.”

Bukanlah kita nak pertikai pasal dia bersumpah tapi kita kenal siapa Najib sebenarnya. Semua orang dah tahu yang dia memang kaki betina. Lagi pulak dia sendiri mengaku pada Razak Baginda yang dia pernah melakukan hubungan seks dengan Altantuya.

Yang lucunya anak si Tun Razak ni boleh bagitau pada wartawan di Beijing yang dia telah bersumpah dengan nama Allah bagi membuktikan dirinya tiada kena mengena dengan kes Altantuya serta menegaskan tiada sebarang bukti yang boleh membabitkan dirinya.

Setahu aku wartawan di Beijing tu bukannya orang Islam. Apa dia orang boleh faham dan terima ke penjelasan Najib tentang sumpah tersebut. Yang jelas memang Najib berbohong kepada seluruh media di sana. Entah bila pulak dia bersumpah kat Malaysia. Setahu aku memang takde langsung khabar berita pasal sumpahnya tu.

Kita jangan pelik dengan perangai manusia seumpama Najib ni. Dalam Al-Qur'an dengan jelas Allah menyebut tentang perangai golongan munafiq. Mereka sanggup melakukan apa saja demi untuk melepaskan diri sendiri.

Apa pun kita sebagai rakyat Malaysia boleh menilai sendiri siapa sebenarnya Najib dan bininya Rosmah. Pasangan ini beranggapan dengan kuasa yang ada pada mereka sekarang tiada sesiapa yang boleh mendakwa dan menggugat kedudukan mereka berdua. Memanglah golongan sebegini telah ditutup pintu hatinya oleh Allah daripada melihat kebenaran. Macam juga Fira'un dan Namrud yang memiliki kuasa penuh pemerintahan sehingga merasakan diri mereka begitu hebat dan tiada sesiapa yang berani melawan. Sampai mengaku sebagai Tuhan. Seluruh rakyat dipaksa menyembahnya.

Namun kuasa Allah menentukan segala-galanya. Allah utuskan Nabi Musa dan Nabi Ibrahim untuk melawan Fira'un dan Namrud. Akhirnya kedua-dua raja zalim ini dimusnahkan oleh Allah dalam keadaan yang sangat menghinakan.

Begitulah juga yang akan berlaku kepada para pemerintah yang zalim dalam dunia akhir zaman ini. Termasuklah pemimpin yang sedang memerintah Malaysia. Mungkin mereka merasa selamat di dunia sementara kuasa ada di tangan dan tubuh badan masih sihat. Tunggulah saat dan ketikanya apabila Allah berikan jawapan-Nya.

Sejarah telah menceritakan bagaimana Kamal Ataturk disiksa oleh Allah selama beberapa tahun sehingga menemui ajal. Lebih menghinakan apabila mayatnya tidak pernah dikebumikan kerana setiap kali hendak ditanam, bumi memuntahkan semula mayatnya. Akhirnya mayat hina Kamal Ataturk diletakkan di bawah timbunan batu mar-mar di atas bukit Ankara.

Najib denies any links with Altantuya

BEIJING, June 4 — Datuk Seri Najib Razak has again said he “had nothing to do with” Altantuya Shaariibuu, laughing off the federal opposition’s attempts to link him to the murdered Mongolian model whose killers now face the gallows.

“There’s no evidence,” Najib told the Associated Press in Beijing where he is visiting in the footsteps of his father, second prime minister Tun Abdul Razak Hussein who opened ties with communist China.

“They’ve not offered any evidence at all ... I have sworn in the name of God, of Allah, that I had nothing to do with her and I can’t go beyond that.”

The prime minister added what he described as a “tongue in cheek comment,” saying the fact that Shaariibuu was staying at “a two-star run down hotel” at the time of her death was further indication that he had not been involved with her.


“If she was my girlfriend, she will be totally insulted if I put her (there),” he said with a laugh.


Opposition leaders have repeatedly tried to link Najib to Shaariibuu’s death. The 28-year-old Mongolian model and translator was having an affair with his close friend and aide Abdul Razak Baginda when she was shot on Oct. 19, 2006. Her body was then blown up in a forest outside Kuala Lumpur, and only fragments were found.


The opposition had claimed in various election campaigns and in cyberspace that his close association with Abdul Razak makes him suspect.


Abdul Razak has acknowledged the affair but was acquitted last October of abetting the slaying. Elite special services policemen Chief Inspector Azilah Hadri and Sirul Azhar Umar were sentenced to death in April for her murder, though the trial never established what their motive was.


They have appealed.


Controversial blogger and Malaysia Today news portal editor Raja Petra Kamarudin is on the run and a fugitive after skipping bail in several cases incluidng criminal defamation, sedition and Internal Security Act (ISA) related to his postings linking Najib and his wife Datin Seri Rosmah Mansor to the murder.


Police had also banned any mention of Altantuya in several recent by-elections.


Source : themalaysianinsider

1 comment:

Zanie said...

Setahu saya najib pernah beberapa kali bersumpah dengan nama Allah yang dia tidak mengenali membunuh malah mengenali Altantuya tetapi itu tidak menjadikannya bersih dari tuduhan. Islam tidak mengajar umatnya bersumpah stiapkali terlibat dengan kes pengadilan kerana ulama berpendapat jika sumpah itu palsu, nama suci Allah dipermainkan dan ini seperti menghina Allah S.W.T. Sebab itulah Islam tidak membenarkan bersumpah.

Soalnya ialah bukti. Bukti terlalu banyak yang berpotensi dibawa ke mahkamah tetapi setiap kali bukti itu timbul najib terlebih dahulu mematahkannya. Bukti surat-surat Altantuya yang dikemukakan oleh sepupunya Amy, bukti gambar mereka bertiga, Najib, Altantuya dan Razak baginda tidak dicari oleh polis. Bukti bahawa rekod kemasukan Altantuya dan dua orang rakannya dipadamkan, bukti bagaimana C4 boleh dilepaskan dari kem tentera,. Dan bukti yang paling besar ialah pengakuan Bala, seorang penyiasat persendirian yang bekerja untuk Razak baginda, yang mempunyai maklumat yang sangat menggemparkan. Bukti didedahkan tetapi sepantas kilat ia dipintas dan Bala sudah menjadi sejarah! Hilang dengan kaum keluarga dan anak-pinaknya sekali!

Bukti oh bukti. Semua bukti yang bakal mengaitkan Si najib, dipadam atau dipintas oleh semua agensi yang bertugas untuk kerajaan BN; kastam, polis, tentera, bahagian kewangan, syarikat telekomunikasi..bukti yang bertimbun-timbun..tapi satupun tak sampai ke mahkamah!

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger