Monday, October 31, 2011

Sabah boleh ditawan jika ada sorang lagi Nik Aziz

Menyentuh soal politik dan pilihanraya di Malaysia ni, adalah sukar membuat ramalan secara tepat atas beberapa faktor. Sekadar analisa secara rawak melalui pemerhatian di sudut isu tempatan, nasional dan antarabangsa. Dan antara faktor terbesar yang menyumbang kepada dominasi UMNO BN sepanjang 52 tahun ialah amalan politik 'machiavelli' dan pemusatan kuasa. Ianya menjadi lebih buruk lagi bila seluruh jentera kerajaan dijadikan alat politik UMNO BN. Pelbagai akta zalim seperti Akta Polis, AUKU, OSA, Akta Penerbitan dan Penyiaran dan lainnya digubal bukan untuk kepentingan awam tapi semata-mata untuk melindungi kepentingan parti pemerintah daripada tergugat. Yang paling mengecewakan bila tahap kesedaran politik rakyat begitu rendah, khususnya Melayu Bumiputera.

Selain wujudnya akta jakun itu, penguasaan media perdana oleh parti pemerintah telah menyebabkan majoriti rakyat hanya menerima maklumat dari sebelah pihak. Namun situasi ini mula berubah, walau tidak menyeluruh, bila kemudahan internet jalur lebar mula memasuki pasaran.

Mengikut kajian yang dibuat pada 2010, jumlah pengunjung website media alternatif termasuk milik Pakatan Rakyat telah meningkat secara mendadak, diikuti laman sosial seperti Facebook dan Twitter yang kini menjadi pilihan rakyat untuk menyalurkan maklumat secara pantas.

Walaupun 'cyber wars' kini menjadi satu medan perang politik, namun penggunaannya masih tidak menyeluruh dan ditambah pula dengan corak pemikiran rakyat yang masih terbelenggu dengan politik sempit perkauman peninggalan penjajah yang menjadi amalan UMNO selama ini.

Sedarkah kita doktrin politik perkauman memang tektik keji penjajah bagi menguasai sesebuah negara. Kita sendiri lihat bagaimana krisis kebuluran yang melanda umat Islam Somalia. Semuanya ini berpunca daripada rakyat Somalia sendiri yang berpuak-puak dan berbunuh sesama sendiri angkara terpengaruh dengan hasutan pihak Barat.

Dan begitulah keadaannya di tanahair kita walau tidak seburuk keadaan di Somalia, namun sentimen pra-sangka antara kaum masih wujud hingga ke hari ini. Dalam sejarah politik tanahair, sentimen perkauman memang menjadi modal terakhir UMNO untuk mengekalkan kuasanya. Malah penulis juga percaya tragedi 13 Mei 1969 itu sendiri ada agenda politik UMNO jangka panjang.

Kaum di Sabah

Dalam konteks semangat perkauman, sentimen itu masih wujud di kalangan masyarakat Sabah walau di sesetengah kawasan/daerah sentimen tersebut kian berkurang ekoran taraf pendidikan dan hubungan pelbagai kaum semakin baik di tempat kerja dan di institusi-institusi pengajian tinggi. Secara tidak langsung ianya mempengaruhi pola pemikiran majoriti rakyat Sabah sekarang.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada sentimen negatif ini ialah pola penempatan suku kaumnya. Jika daerah Kota Belud dengan kaum Bajau dan Iranun, Ranau dan Tambunan dengan kaum Dusun/Kadazannya, Keningau dan Tenom pula dengan suku kaum Murut, Tawau dan Lahad Datu dengan suku kaum Bugis dan Bajau, Beaufort, Sipitang dan Papar dengan kaum Melayu Brunei dan Bisayak manakala Kudat, Kota Marudu dan Pitas dengan suku kaum Rungus dan Sungai.

Pola penempatan yang sedemikian rupa wujud ekoran faktor geo-fizikal negeri yang bergunung-ganang. Secara tak langsung hubungan antara kaum itu terpisah oleh bentuk fizikal mukabumi.

Politik

Apabila pola penempatan berkelompok dan terpisah di daerah masing-masing, tentunya tidak dapat dielakkan rasa sentimen kaum di dalam jiwa masyarakat Sabah itu sendiri. Bagi penulis ianya satu perkara lumrah di mana-mana saja. Justeru, sentimen kaum ini turut mempengaruhi pola politik Sabah hingga ke saat ini. Juga kepada undi dalam pilihanraya.

Penulis ambil contoh Parlimen Kota Belud dan 3 DUN di bawahnya, Tempasuk, Kedamaian dan Usukan. Di parlimen ini hanya ada 2 suku kaum terbesar, yaitu Bajau dan Iranun. Di sudut sejarah, 2 suku kaum ini pernah bertelagah dan masih kuat sentimen perkaumannya. Malah beberapa kenalan penulis dari 2 suku kaum ini pernah mengatakan jika calon berbangsa Bajau yang bertanding, kaum Iranun tidak akan mengundi dan begitulah sebaliknya.

Katakan dalam Parlimen Kota Belud ditandingi secara one-by-one. BN diwakili calon Bajau dan PR diwakili calon Iranun. Jangan terkejut kalau calon Bajau BN akan mendapat undi dari pengundi Bajau yang menyokong BN dan PR. Dan begitulah juga dengan calon Iranun yang mewakili PR. Senario ini boleh berubah jika ada calon ketiga dari suku kaum lain seperti Dusun. Katakan SAPP meletakkan calon berbangsa Dusun. Kemungkinan besar calon SAPP akan mendapat undi dari kedua-dua kaum utama tadi yang tak suka BN dan PR.

Bagi kawasan yang masih kuat sentimen perkaumannya, PR perlu beri perhatian serius dalam meletakkan calon mereka. Jika tersilap percaturan, peluang kemenangan akan terlepas begitu saja. Sekiranya ada individu ahli parti yang dikenali, popular dan dihormati masyarakat tempatan, maka orang itu perlu diberikan laluan sebagai calon walau tidak memegang sebarang jawatan parti. Seterusnya perhitungan di sudut bangsa calon itu sendiri merupakan aspek penting yang boleh mempengaruhi undi.

Manakala di pihak BN, tentunya mereka cukup arif akan hal ini dan ditambah dengan amalan sogokan politik wang yang memberikan kelebihan pada mereka.

Azhar Idrus

Di Terengganu, khabarnya Ustaz Azhar Idrus akan diminta bertanding di salah satu kawasan DUN di negeri itu walau beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam parti. Hanya ahli biasa. Tentunya pucuk pimpinan parti melihat di sudut populariti dan pengaruh pendakwah bebas itu di kalangan masyarakat, khususnya golongan muda. Jelas di sini faktor pengaruh bakal calon dalam masyarakat itu amat penting kerana ia mampu meraih undi rakyat. Mugkin 3 golongan yang akan mengundi calon yang mempunyai kriteria seperti itu. Pertama, tentunya undi dari ahli parti sendiri tapi belum menjamin kemenangan. Kedua, undi para peminat calon itu sendiri dan ketiga, undi simpati.

Pandangan umum

Seorang wartawan NST, Jaswendar Kaur, memberi pandangan dengan mengatakan jika pilihanraya Sabah diadakan selepas 3 atau 4 hari pilihanraya umum di Semenanjung dan Pakatan Rakyat ada kekuatan di negeri itu, nescaya Sabah akan terlepas ke tangan pembangkang.

Katanya, pengundi, khususnya di luar bandar ingat bila Sabah mengundi menentang BN di awal 90an dulu. Selepas itu, kerajaan persekutuan membekukan bantuan kepada Sabah sehingga PRU berikutnya sebagai hukuman. Ekoran tidak bersedia untuk menjadi suara tunggal, akhirnya rakyat Sabah terpaksa mengundi BN kembali. Walau bagaimanapun, apabila PRN Sabah diserentakkan dengan PRU Semenanjung, calon-calon pembangkang memenangi undi popular.

Di Sabah, parti-parti pembangkang gagal mencapai kerjasama sebagaimana yang dicapai di Semenanjung. Akibatnya, wujud pilihanraya kaum dan ramai calon-calon diletakkan untuk bertanding menentang BN. Bila senario sebegini berlaku, undi kepada pembangkang berpecah dan menguntungkan BN sendiri. Dan fenomena inilah yang dimahukan oleh BN dalam PRU13 akan datang.

Tidak dinafikan, hari ini rakyat Sabah, khususnya masyarakat Cina sedang memerhati bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat memerintah dan mentadbir Pulau Pinang bagi mengukur sejauh mana kejayaan dan keberkesanan PR.

Dominic Lim, Penyelaras Jawatankuasa Pembangunan Manusia Diocese Katolik memberitahu bahawa jika PR berjaya di Pulau Pinang, BN "akan hilang" pegangannya ke atas Sabah. Walau bagaimanapun, orang Sabah kurang 'berselera' dengan Anwar. Rakyat Sabah masih ingat ketika Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, apabila bercakap dia selalu meremehkan Sabah. Justeru, majoriti rakyat Sabah masih terkilan dengan Anwar.

Kata Dominic, Anwar mesti berusaha untuk memenangi hati rakyat Sabah melalui tindakan, bukan kata-kata. Anwar perlu membuktikan kepada rakyat Sabah bahawa dia bukan lagi seorang fundamentalis Islam. Ketidakpercayaan rakyat Sabah terhadap parti dari Semenanjung wujud disebabkan pengalaman mereka bersama UMNO selepas parti itu berjaya masuk ke negeri ini. Rakyat Sabah mengundi atas faktor merit calon pembangkang, bukan mengundi parti yang diwakili.

Parti pembangkang asal Sabah sebenarnya boleh mendapat sokongan yang kuat rakyat. Malangnya Sabah tidak mempunyai seorang pemimpin yang berkarisma yang mampu menyatukan seluruh etnik rakyat Sabah (Kadazan, Cina dan Melayu). Isu-isu utama yang mendominasi politik tempatan di Sabah semasa pilihanraya ialah status beribu-ribu pendatang haram yang tinggal di Sabah dan tanah yang disita oleh sektor swasta, kadang-kadang melanggar undang-undang adat peribumi.

Kesimpulan

Sebagaimana penulis sebut di awal tadi, sikap politik rakyat Sabah ini sangat unik. Mereka pernah menukar kerajaan sebanyak 4 kali.

Bemula USNO, Berjaya, PBS dan BN. Di samping itu, sentimen Sabah-Semenanjung yang ditanam sejak zaman USNO lagi masih berakar di dalam jiwa rakyat Sabah walaupun perasaan itu dah semakin berkurang.

Selaku Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang, rasanya tak salah kalau Anwar Ibrahim mencari seorang calon isteri di Sabah ni kalau itu jalan terbaik untuk mensirnakan rasa terkilan rakyat Sabah padanya dulu. Takkanlah Wan Azizah marah. Bukankah comel kalau Kak Wan ada 'adik' di Sabah ni. Tapi mungkin Anwar yang tak mahu sebab setianya pada Nonanya Azizah. Sorrylah Abg Anwar dan Kak Wan... penulis gurau je.

Masih ada masa untuk pakatan pembangkang di Sabah ni mengatur strategi terbaik. Mungkin nak mencari calon pemimpin terbaik yang mampu menyatukan seluruh etnik Sabah dalam jangka masa terdekat ni agak sukar, namun kena diusahakan juga. Bak kata pepatah Melayu, "Kalau tak dapat rotan, dapat akarnya pun jadilah".

Bagi penulis, jalan terbaiknya pakatan pembangkang mesti bersatu untuk menjatuhkan rejim UMNO BN demi kepentingan rakyat jelata. Ketepikan segala kepentingan dan sentimen parti masing-masing. Kalau BN boleh jatuh dengan cara itu, maka ianya wajar dilaksanakan segera. USNO, SAPP, PBRS, PAS, PKR dan DAP perlu berlapang dada.

Kalaulah ada seorang lagi Nik Aziz di Sabah ni, nescaya orang itu mampu menyatukan hati seluruh etnik di Sabah.

Wallahu'alam.

Hutang P Pinang RM630 juta tinggal RM30 juta

Dulu ketika PAS mengambil-alih Kelantan, hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan BN berjumlah RM780 juta. Sepanjang lebih 20 tahun menerajui Kelantan, kerajaan PAS Kelantan telah berjaya membayar balik hutang tersebut kepada pusat dan kini hanya berbaki kira-kira RM20 juta saja lagi. Yang menariknya, dalam tempoh itu juga kerajaan pimpinan PAS tak pernah meminjam sesen pun daripada pusat. Dan hari ini kerajaan PR P.Pinang turut mengikuti jejak pentadbiran Kelantan bila berjaya membayar balik hutang lapuk peninggalan BN berjumlah RM630 juta. Baki yang tinggal hanya RM30 juta saja dalam tempoh 3 tahun pemerintahan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri berjaya mengurangkan hutang negeri sebanyak 95 peratus iaitu penurunan kadar pinjaman dari RM630 juta kepada RM30 juta setakat ini.

Baginya, penurunan kadar hutang itu satu kejayaan bagi Kerajaan Pakatan Rakyat setelah tiga tahun mengambil alih pemerintahan dari Barisan Nasional (BN).

"Rakyat jangan risau lagi tentang hutang kerajaan negeri yang dulunya begitu banyak tetapi hasil daripada jimat cermat dalam urus tadbir, kita berjaya membayar balik pinjaman kepada Bank Negara. Semua itu berpunca dari amalam yang bersih tidak mengamalkan rasuah," jelasnya semasa berucap pada program
ceramah perdana bersama Menteri Besar Kelantan di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor, malam tadi.

Menurut beliau lagi, selama tiga tahun kerajaan negeri terpaksa berhemah dalam belanjawan Pulau Pinang sehingga menyebabkan lebihan yang akhirnya dikembalikan kepada rakyat dan pembangunan tempatan.

Katanya, berbanding dulu bebanan hutang kerajaan negeri begitu tinggi sehingga menyebabkan belanjawan defisit.

Kesannya, kata beliau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sendiri hampir bankrap.

Sekarang ini, katanya Kerajaan Pusat berhutang sebanyak RM456 bilion untuk pembangunan termasuk kegunaan agensi kerajaan.

Hasilnya, kata beliau setelah dikira setiap individu rakyat negara ini terpaksa menanggung hutang sebanyak RM16,300 seorang.

"Rakyat jangan berbangga dengan BN yang memperuntukkan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 dalam belajawan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Apalah sangat wang RM500 walhal kita menanggung RM16,300 selagi kerajaan tidak berjaya mengurangkan perbelanjaanya," terang beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih. - harakahdaily

Sunday, October 30, 2011

300 tinggalkan UMNIO

Sebelum ni kita kerap terbaca tajuk berita dalam media dan akhbar perdana yang mendakwa beratus-ratus ahli PAS masuk UMNO tapi bila pihak PAS mendesak parti Melayu cokia tu membuktikan dakwaannya, senyap pulak. Hari ni harakahdaily pula mendedahkan seramai 300 ahli UMNO meninggalkan parti. Apa yang bezanya di sini, pihak harakah amat bertanggungjawab pada setiap berita yang dikeluarkan berserta bukti jika diminta.

TANAH MERAH, 30 Okt: Dalam tempoh seminggu lebih 300 ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti itu di bahagian Tanah Merah.

Ini secara tidak langsung memberi cabaran kepada ketua bahagian, Datuk Ikmal Hisyam Aziz yang sebelum ini mengimpikan laluan mudah di kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Bagaimanapun kemenangannya pada pertandingan merebut jawatan ketua bahagian dua tahun lalu dipertikai ahli Umno atas dakwaan cawangannya dianggap tidak sah.

Bekas Setiausaha Umno Tanah Merah, Amran Abdul Rahman sebelum ini membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun ekoran tindakan itu Amran dilucut keahlian Umno pada 1 Mac 2010.

Ikmal Hisyam bukan sahaja terpaksa berdepan dengan Amran, malah bekas anggota parlimen Tanah Merah, Datuk Shaari Hassan kini dikatakan berganding bahu dengan abangnya, Datuk Ismail, seorang tokoh korporat menggugatkan kedudukannya.

Kemelut yang tidak sudah berpenghujung dalam Umno di Tanah Merah menyebabkan sebahagian ahli dan penyokong Umno di peringkat akar umbi semakin bosan.

Maka sebahagian daripada mereka mengambil jalan pintas keluar daripada parti itu dan menyertai PAS beramai-ramai. Pada 21 Oktober lalu seramai 160 ahli dan penyokong Umno dari lima kampung di Dun Gual Ipoh keluar daripada parti itu.

Mereka diketuai Rustam Musfafa daripada Cawangan Umno Bukit Kelidang mewakili rakan-rakan menyerah borang menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dan selang tiga hari kemudian seramai 155 lagi bekas ahli Umno di Kampung Bechah Peleting di Dun Bukit Panau diketuai Mohd Saidi Abdul Rahman, 39 mengisytihar secara terbuka menyertai PAS.

Mohd Saidi bekas anggota tentera yang kini berniaga berkata, banyak peristiwa yang berlaku ke atas dirinya membawa beliau mengambil keputusan meninggalkan Umno.

“Kalau sebelum ini kita pernah mendengar di Tanah Merah ada tukang kebun sekolah yang boleh mendesak guru sekolah ditukar kerana kedudukannya dalam Umno di peringkat bahagian.

“Semua perkara yang tidak masuk akal boleh berlaku kerana Umno mahu mempamerkan kuasa politik mereka. Inilah membuat saya semakin muak dengan Umno,” katanya ketika ditemui selepas menyerah borang menyertai PAS kepada Menteri Besar.

Hadir sama di program ceramah tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Yang Dipertua PAS Tanah Merah, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman dan Adun Bukit Panau, Abdul Fattah Mahmood.

Beliau juga mendedahkan ketika berkhidmat sebagai anggota tentera pernah diarah pegawai atasan memangkah kertas undi milik anggota tentera lain.

Menurutnya beliau melakukan perkara itu tanpa kerelaan hatinya biar pun tahu menyalahi peraturan SPR.

Bechah Peleting sebelum ini merupakan kubu kuat Umno dan sukar ditembusi PAS. (Ikuti berita lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang). - harakahdaily

Saturday, October 29, 2011

Aziz Bari terima peluru

Pakar perlembagaan negara, Prof Dr Aziz Bari hari ni menerima sepucuk sampul surat berisi peluru. Dipercayai peluru itu sebagai tanda amaran ekoran reaksinya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebelum ini.

Sebelum ni pun Aziz Bari pernah menerima ancaman bertulis ketika mengkritik kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan parti itu pada 2009.

Andai katalah kita ni sebagai anggota CSI, tentunya siasatan kita akan menjurus kepada
jenis peluru yang dihantar kepada Aziz Bari sebab Malaysia antara negara yang begitu ketat undang-undang senjata apinya. Kalau jenis peluru yang oleh senjata yang tiada dalam rekod KDN sendiri, bermakna ianya diseludup masuk oleh pihak-pihak tertentu khususnya geng kongsi gelap atau pihak berkuasa sendiri bagi tugas-tugas rahsia.

Kita tunggu saja siasatan pihak Polis 'UMNO' Malaysia selepas Aziz Bari membuat laporan esok.

Sebelum ni Menteri 'Pondan' KDN juga pernah menerima ugutan peluru. Dia ingat rakyat bodoh dan bulat-bulat akan percaya dengan dakwaannya. Minta maaflah... Rakyat tak pernah lupa bagaimana Polis boleh mereka-reka bukti palsu untuk memfitnah DSAI dulu. Sapa yang nak percaya lagi dengan Polis la ni. Kalau sebut pasal rasuah, dari A sampai Z makan hasil haramjadah tu.

Dah terlampau banyak kes 'bunuh misteri' yang melibatkan anggota Polis. Baru-baru ni di Keningau Sabah, seorang Inspektor Polis direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam seorang gadis yang dipercayai kekasih 'part time lover'.

Berbalik isu peluru yang diterima Aziz Bari hari ni, pembaca boleh buat penilaian sendiri secara adil dan waras. Kita tak menuduh mana-mana pihak tapi banyak kejadian sebelum ni ada kaitan dengan kepentingan politik pihak tertentu.
Peluru dipos ke rumah Aziz Bari

Sebutir peluru diposkan ke rumah pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari di rumahnya di Gombak hari ini, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebelum ini.

Katanya, bersama peluru itu, diselitkan juga sepucuk surat bertulis: "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti".

"(Dihantar dengan) pos biasa saja.

"Saya waktu itu baru hendak keluar rumah, dalam perjalanan ke Utara, ke satu program forum dengan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu di Bagan Serai," katanya yang kini dalam perjalanan bersama keluarganya.

Ketika dihubungi Malaysiakini awal petang ini, Aziz berkata, peluru itu dihantar oleh posmen dalam sampul surat biasa warna coklat ke peti surat rumahnya pada jam 11.45 pagi tadi.

Oleh kerana dalam keadaan tergesa-gesa, laporan polis akan dibuat akan dibuat selepas ini, selewat-lewatnya esok, kata Aziz.

Beliau bagaimapun tidak tahu jenis peluru itu tetapi menggambarkannya sebagai "kecil sahaja".

Ditanya perasaannya sama ada takut, beliau berkata "tidak" kerana pernah mendapat ancaman bertulis sebelum ini ketika mengkritik kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan parti itu pada 2009.

"Saya OK. Saya bukan biadap dengan sultan. Saya bukan kata 'natang'. Itu jauh sekali.

"Saya cuma bercakap tentang exercise of power," kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Pada 23 Mac 2008, sekumpulan orang, dipercayai penyokong bekas Menteri Besar Terengganu dilaporkan mengadakan perhimpunan di hadapan kediaman rasmi menteri besar di Kuala Terengganu sambil membawa kain rentang bertulis "kami nak Idris, natang".

"Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.

Aziz sebelum ini berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan dalam isu DUMC tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Tindakan itu menyebabkannya disiasat pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan UIA yang turut menggantung jawatannya selama beberapa hari.

Dalam masa yang sama, pelbagai pihak, termasuk mahasiswa, kakitangan akademik universiti, NGO, pemimpin pembangkang, bahkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tampil menyatakan simpati terhadapnya. - malaysiakini

Friday, October 28, 2011

Ennahdha wins Tunisia's elections

Tunisia's Islamist Ennahdha party has won elections with 41.5 per cent of votes cast, nine months after the toppling of longtime-ruler Zine el Abidine Ben Ali. The party obtained 90 seats in a new 217-member assembly that will rewrite the constitution, appoint a president and form a caretaker government, elections chief Kamel Jendoubi announced in Tunis on Thursday.

The leftist Congress for the Republic (CPR) was in second place with 13.8 per cent, representing 30 seats, and Ettakatol third with 9.7 per cent or 21 seats, he said.

Meanwhile, protests linked to the party placing fourth in Sunday's voting erupted in and around Sidi Bouzid, the town where the uprising that drove Ben Ali from power began.

Protesters there were angry that election officials had cancelled seats won by Areedha Chaabiya, or the Popular List, a party led by businessman Hachmi Hamdi, over alleged campaign finance violations.

More than 2,000 young people marched on the Sidi Bouzid headquarters of Ennahdha, burned tyres and pelted security forces with stones.

Protests spread to nearby Menzel Bouzayane where more than 1,000 people demonstrated, union official Mohamed Fadhel said. In Meknassy, 50km from Sidi Bouzid, demonstrators set fire to Ennahda's party office, Fadhel said.

Forming an assembly

After Ennahdha was officially declared the winner, its leader Rachid Ghannouchi said: "We will continue this revolution to realise its aims of a Tunisia that is free, independent, developing and prosperous in which the rights of God, the Prophet, women, men, the religious and the non-religious are assured because Tunisia is for everyone."

Ennahdha, banned under Ben Ali's regime and registered as a political party in March, had pre-empted its victory by announcing on Wednesday it had started coalition negotiations and intended to form a new government within a month.

The new assembly will decide on the country's system of government and how to guarantee basic liberties, including women's rights, which many in Tunisia fear Ennahdha would seek to diminish despite its assurances to the contrary.

Analysts say that Ennahdha, even in a majority alliance, would be unable to "dictate" its programme to the assembly, having no choice but to appease its alliance partners, a moderate-minded society and the international community on whose investment and tourism the country heavily relies.

Leftist parties may yet seek to form a majority bloc against Ennahdha.

The party said earlier Thursday it had met bankers and stock brokers to "reassure them" of its intentions.

PM's remarks

Beji Caid Sebsi, the current prime minister, said that he had no reason to doubt Ennahdha's commitment to the secular state and democracy.

"I can't judge intentions, that's up to God," Sebsi told Egypt's al-Ahram daily.

"I can only judge by what's public and so far it's positive. At the end of the day, no one can come and change things completely,

"I think [Ennahdha] will rule intelligently and deal with reality. It is not necessarily a dark force. Tunisia will continue to move forward and not go against history."

Sebsi, a secularist technocrat who served in Ben Ali cabinets, has occupied the post of caretaker prime minister
since March.

Defying predictions that the election would lead to violence and clashes between police and a hardline Salafi minority, Sunday's poll was peaceful and was applauded by Western monitors. - aljazeera

Antara UMNO, Munafiq dan Musyrik

Kalau nak diambil kira segala macam jenayah termasuk penyelewengan dan rasuah oleh UMNO yang pernah didedahkan selama ini, Peristiwa Berdarah Memali yang meragut nyawa Ustaz Ibrahim Libya dan 13 rakannya, gejala murtad yang melanda umat Islam telah mencecah angka ratusan ribu, kebejatan gejala sosial dan rosaknya akhlak remaja dan muda-mudi hari ini, kos sara hidup yang terus meningkat naik, jenayah berlaku di sana-sini dan terkini hutang negara telah mencapai jumlah RM437,200,000,000, logiknya ia dah cukup untuk menginsafkan semua pihak betapa negara ini berada di ambang 'maut' angkara kerakusan pemimpin UMNO sepanjang pemerintahan mereka lebih 52 tahun.

Penulis sengaja sebut UMNO saja, tak sebut BN sebab parti MUNAFIQ itulah jadi kepala pada segala macam jenayah BN selama ini. Manakala MCA, MIC dan komponen yang lain hanya ikut saja rentak ketua mereka. Kalau baik kepalanya, maka eloklah anggota badannya dan begitulah sebaliknya.

Dari jenayah rasuah hinggalah ke peringkat membunuh. Semua orang tahu siapa yang bertanggungjawab di sebalik pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya dan 13 lainnya dalam Peristiwa Memali. Rakyat juga tahu siapa di sebalik pembunuhan kejam Altantuya. Dan banyak lagi kes bunuh yang melibatkan VVIP UMNO yang disorok oleh Polis.

Juga kes kematian misteri Teoh Beng Hock dan pegawai kastam Sarbani di pejabat SPRM. Dan dalam Himpunan Bersih 2.0, seorang pesara tentera menemui ajal akibat tindakan biadap Polis yang menjadi 'anjing' UMNO.

Nak sembang pasal bela Islam? UMNO sebenarnya musuh Islam No.1. Kalau benar UMNO bela Islam, nescaya tak akan berlaku gejala murtad seperti sekarang. Penulis pernah sentuh sebelum ni bahawa UMNO memang parti MUNAFIQ. Yang lucunya, puak-puak UMNO bebal ni tak marah kalau dipanggil MUNAFIQ. Tapi kalau sebut KAFIR, bukan main melenting lagi mereka. Walhal mereka tak sedar golongan munafiq tu lebih teruk daripada kafir.

Pada orang Islam yang masih setia bersama UMNO, penulis tak tahulah samada mereka faham atau bebal dalam soal yang merosakkan 'AQIDAH. Ini bukan soal main-main. Kalau mati dalam keadaan 'Aqidah rosak, jawabnya ke mana lagi, kalau tak ke Neraka dan kekal di dalamnya. Atau mungkin para ahli dan penyokong UMNO memang dah training untuk menahan siksaan Neraka Allah demi setianya pada pemimpin mereka. Atau baru nak menyesal bila dah dihumban ke dalam Neraka sebagaimana yang Allah tegaskan dalam Surah Al Ahzab (33), ayat 66 - 68;

"Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

Penulis ingin tegaskan sekali lagi bahawa UMNO adalah sebuah parti kebangsaan Melayu yang berfahaman SEKULAR. Hal ini disahkan sendiri oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman. Dan apa itu SEKULAR? Fahaman sesat yang memisahkan agama daripada politik (pemerintahan).

Berikut penulis nukilkan beberapa fatwa Ulama' muktabar berhubung perkara yang boleh merosakkan 'Aqidah dalam soal politik dan kepimpinan.

1. Fatwa Almarhum Syeikh Mustafa Sabri. Beliau pernah menjadi mufti di zaman pemerintahan Islam Khilafah Uthmaniyyah Turki. Fatwanya berbunyi;

"Jalan pintas menjadi kafir ialah memisahkan agama dengan politik".

2. Fatwa Assyahid Syed Qutb dalam menyentuh soal perlaksanaan Al Hakimiyyah Allah (Undang-Undang Islam) dalam sesebuah negara. Fatwa beliau berbunyi;

"Sesiapa saja di kalangan umat Islam yang mendokong mana-mana pihak yang enggan melaksanakan perlaksanaan Undang-Undang Allah, maka mereka termasuk dalam golongan MUSYRIK".

3. Fatwa Almarhum Prof Dr Hamka dalam menafsirkan Surah Al An'am (6), ayat 159. Fatwanya berbunyi;

"Barangsiapa ada keyakinan dalam hati bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam, maka kafirlah mereka walau masih bersolat".

Penulis kira 3 fatwa Ulama' tersohor itu sudah memadai untuk dijadikan renungan oleh golongan yang mengaku dirinya Islam tapi masih menyokong UMNO. Beringatlah sebelum terlambat sebab ajal boleh datang bila-bila masa saja.

Dan antara percakapan yang boleh menggelincirkan 'Aqidah tanpa sedar, antaranya;

"Hukum Hudud tak sesuai dilaksanakan pada zaman sekarang..."

"Kalau laksana Hudud, habislah batu-batu untuk buat jalan..."

"Kalau laksana hukum potong tangan, habislah orang Islam semuanya kudung tangan dan tak boleh cari kerja untuk menyara hidup..."

*Hudud tak sesuai dilaksanakan kerana masyarakat pelbagai kaum dan agama...."

Penulis sekadar menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Mana yang penulis tahu, maka ianya wajib untuk disampaikan.

Akhir sekali, penulis menyeru pada seluruh umat Islam agar segera meninggalkan UMNO demi menyelamatkan 'Aqidah.

Jazakallah.

Thursday, October 27, 2011

Segerakan kes saman sivil, rayu bapa Altantuya

Setelah tergendala sekian lama, bapa kepada warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dengan kejam, merayu kepada mahkamah di negara ini agar mempercepatkan perbicaraan sivil RM100 juta yang difailkannya terhadap kerajaan.

Setev Shaariibuu, yang memfailkan saman itu pada 4 Jun, 2007, menyaman kerajaan Malaysia dan mereka yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan kejam Altantuya di sebuah hutan di Shah Alam pada 19 Oktober, 2006.

Dalam sepucuk surat yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh peguam Mukhsaruul Mijiddorj, Shaariibuu berkata beliau telah membayar sejumlah besar wang kepada mahkamah Malaysia pada tahun lalu.

Wang, berjumlah RM60,000 itu sebagai bon keselamatan, dibayar oleh kerajaan Mongolia bagi pihak Shariibuu.

Walau bagaimanapun, setahun sudah berlalu tetapi beliau masih belum menerima sebarang berita mengenai tarikh kesnya itu akan dibicarakan.

Kesan buruk

"Hakikat bahawa kerajaan anda tidak mengambil sebarang langkah positif terhadap isu yang dibangkitkan oleh Mongolia mungkin (menimbulkan) kesan buruk terhadap ratusan warga Mongolia yang belajar dan tinggal di Malaysia," katanya.

"Sedangkan kerajaan Mongolia telah mencadangkan isu ini dibincangkan dengan melantik dan menghantar wakilnya ke Malaysia, namun satu tahun sudah berlalu tanpa sebarang maklum balas," katanya.

Shaariibuu tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai siapa dan bila perwakilan yang dimaksudkannya itu telah datang ke negara ini bagi membincangkan perkara ini.

Adalah difahamkan bahawa surat itu, yang sesalinannya diberikan kepada Malaysiakini, pada masa ini, dalam simpanan peguam Karpal Singh (kiri), yang mewakili Shariibuu dalam kes berkenaan secara pro-bono (percuma).

Awal bulan ini, Karpal melahirkan kekecewaannya, kes saman itu telah ditangguhkan kerana kedua-dua anggota polis yang didapati bersalah berhubung pembunuhan berkenaan telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Karpal berkata beliau telah berulang-kali menulis mahkamah untuk memohon pengurusan kes saman itu, tetapi masih belum menerima jawapan. - malaysiakini

Tok Guru dan nasi bungkus RM2.50

Penulis tertarik dengan nukilan Rashidi Hassan yang mengisahkan darihal kezuhudan dan kesederhanaan MB Kelantan ketika menjamu selera bersama tetamu lain selepas merasmikan Persidangan ICT PAS di Taman Melewar, 22 Oktober lepas. Kalau Rashidi tidak cerita pun, majoriti rakyat pelbagai kaum di negara ini dah cukup kenal dan tahu akan kezuhudan Nik Aziz, khususnya rakyat Kelantan sendiri.

"ANTA dah makan," tegur Tok Guru tatkala melihat kelibat penulis memasuki bilik jamuan. "Alhamdulillah, sudah Tok Guru," jawab penulis sambil mengangguk.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terus membuka bekas polystyrene yang berada di hadapannya. Bekas tersebut diikat dengan getah plastik. Di dalamnya ada nasi putih, seketul ayam, sebungkus kuah gulai dan sebungkus cili.

Tiada makanan ala buffet. Tiada air sirap, tiada teh dihidangkan. Yang ada hanya air mineral dan nasi bungkus.

Itulah jamuan untuk VIP PAS selepas Menteri Besar Kelantan itu merasmikan Persidangan ICT PAS di Taman Melewar, 22 Oktober lepas. Tok Guru Nik Aziz menjamu selera di bilik khas bersama Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Mohd Fadzli Hassan, Che Abdullah Nawi, Setiausaha Politik, Wan Nik Wan Yussof, Pengerusi Lujnah ICT PAS, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Pengarah Urusetia Penerangan Kedah, Zulkifli Yahya dan Pensyarah Unisel, Profesor Dr Azmudden Ibrahim.

Tok Guru dan para VIP kelihatan berselera sekali menjamah hidangan. Mereka menjamu selera dan berbual dengan nada yang amat santai.

Begitu pun, akhlak Tok Guru tetap terpelihara. Beliau mencarik-carikan isi ayam sedikit demi sedikit, dengan tangan kirinya menahan tulang ayam. Selepas secubit ayam dijamah, beliau menuangkan kuah gulai sedikit-demi sedikit, untuk dimakan dengan nasi. Begitulah selang-seli hidangan dimakan hingga habis.

Berbeza dengan kita. Kalau kita yang makan, kita akan ambil seketul-seketul ayam dan koyakkan dengan gigi sahaja. Biasa kalau kuah gulai tu, kita akan tuang sampai banjir dalam pinggan.

Sambil-sambil mereka makan, penulis memerhatikan tingkah laku mereka. Para VIP PAS, khususnya Tok Guru, tidak pernah merungut, walaupun pada pengamatan penulis, nilai sebungkus nasi dan air untuk hidangan VIP, tidak sampai RM2.50. Itulah juga hidangan yang disajikan kepada seluruh peserta hidangan. Sama sekali tiada beza.

Pada penulis soal harga tidak menjadi persoalan. Bukan soal mahal atau murahnya sesuatu hidangan. Tok Guru tidak pernah melarang sesiapa pun untuk menjamu selera dengan hidangan yang lazat-lazat. Asalkan mereka mampu dan tidak membazir.

Tok Guru juga tidak pernah menolak jika dijemput menjamu selera hidangan yang mahal dan mewah. Tok Guru biasa menghadiri majlis bersama Raja-Raja dan VVIP terkemuka. Moralnya, sama ada makan cara mewah atau makan cara marhain, adalah sesuatu yang lumrah, yang tidak perlu ditunjuk-tunjukkan.

Tetapi Tok Guru tetap Tok Guru. Sifat tawaduknya bukan dibuat-buat. Dah memang semula jadi sifat Tok Guru begitu. Hidangan yang simple dan murah. Makan digerai bersama rakyat kebanyakan sudah biasa baginya. Tidak perlu dihighlight dalam media, tidak perlu diheboh kepada satu dunia.

Bukan macam Perdana Menteri 1Malaysia kita. Pada penulis, elok juga ditegur Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Kalau dah sifatnya bangsawan, hidup sentiasa dalam kantung emas, usah nak berlakon seolah-olah berasal dari gubuk yang buruk.

Kalau asal kehidupannya sejak dilahirkan dah standard, kehidupan sedia mewah, tiada salahnya. Teruskan sajalah, tidak perlu hendak dibuat-buat.

Lebih baik Najib jadi dirinya sendiri. Usah jadi macam artis yang boleh melakonkan apa sahaja watak. Berlakon jadi tok guru membaca tazkirah pun boleh, berlakon jadi kasanova sambil meneguk 'air kencing syaitan' di kelab malam pun boleh.

Pengampu-pengampu Najib pun satu hal. Tak usahlah nak malukan PM kita, kononnya PM berjiwa rakyat, sanggup makan nasi sepinggan RM4.00, kononnya Restoran 1Malaysia, begitu hebat menawarkan hidangan yang murah untuk rakyat.

Dalam sekelip mata rakyat dapat membuktikan, harga makanan yang dimakan Najib, seperti yang dihebohkan tok-tok dalang media pencacai bukannya RM4.00 tapi RM6.00 sepinggan.

Minggu lepas, semasa lawatannya ke Restoran Ukhwah, di Kuala Lumpur yang dikatakan menawarkan Menu Rakyat, Najib menjamah sepinggan nasi, dua ketul ayam, sepotong daging goreng, tauge, dan poppadom. Diriuhkan 1Malaysia bahawa harga sepinggan hidangan Najib itu RM4.00, malah ada media pengampu cuba hendak murahkan lagi dengan harga RM3.50.

Tembelang dan pembohongan Umno-BN terbongkar, dibuktikan apabila staf Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dihantar ke Restoran Ukhwah, mengambil lauk yang sama dengan Najib, dicaj dengan harga RM6.00.

Apabila didedahkan dalam media, Menteri Pengguna, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob terkial-kial mempertahankan Menu Rakyat 1Malaysia, selepas promosinya untuk menaik dan mengampu Najib, jadi backfire kepada Umno-BN.

"Ketika itu ada beberapa lauk seperti ayam masak merah, ayam masak kicap dan daging, jadi PM hendak rasa kualiti lauk tersebut.

"Secara asasnya menu nasi putih, sejenis lauk dan segelas air memang RM4.00, malah ada yang lebih murah. Apabila kita ambil lebih daripada apa yang ditawarkan dalam menu, maka kita perlulah bayar lebih," kata beliau memberi alasan.

Namun, Ismail tidak mampu menjawab mengapa Najib hanya membayar RM4.00 untuk hidangan berkenaan. Kalau dah tau harganya memang bukan RM4.00, buat apa Ismail Sabri nak biarkan media pengampu membohongi rakyat? Ataupun Ismail Sabri memang kaki kelentong, sehingga memalukan bosnya sendiri.

Itulah hebat Umno-BN ini, punya lah nak menunjukkan pemimpin yang berjiwa rakyat, sampai menggunakan cara yang paling bodoh dan memalukan.

Nanti orang akan balas balik pada Najib, nanti rakyat akan kata, buat apa hendak menunjuk-nunjuk makan nasi RM4.00 sepinggan, sedangkan perbelanjaan mewah PM, isteri dan keluarga menelan belanja berjutajuta ringgit?

Macam mana Najib hendak jawab, pengubahsuaian rumah mewah Seri Perdana yang menelan kos berpuluh juta wang rakyat, dibandingkan ubahsuai rumah Tok Guru hanyalah beratap zink dan berdinding separuh kayu?

Apa Najib hendak beri alasan, jika rakyat mempersoalkan harga beg-beg tangan Rosmah, pelbagai fesyen, pelbagai jenama mewah, sehingga menelan belanja jutaan ringgit?

Apakah tidak dinamakan mewah, berbelanja jutaan ringgit untuk majlis pertunangan anak di Kazakhztan? Duduk di hotel mewah di Dubai dengan harga mencecah RM100 ribu satu malam? Bercuti dengan menggunakan perbelanjaan kerajaan di Perth?

Jika anda memang jenis hidup mewah dan membazir, usahlah berlakon kononnya susah macam rakyat kebanyakan, kononnya menjiwai perasaan dan kehidupan rakyat miskin.

Sedar dirilah, usahlah Najib berlakon hendak jadi tawaduk macam Tok Guru. Usah jadi bahan gelak ketawa rakyat. Rakyat pun dah muak dengan lakonan tidak menjadi ini. - harakahdaily

Tuesday, October 25, 2011

Al-Nahda claims victory in Tunisia poll

The moderate Islamist party al-Nahda has claimed that it has won more than 30 per cent of seats in Tunisia's 217-member consitutent assembly, following the country's historic election.

"The first confirmed results show that al-Nahda has obtained first place nationally and in most districts," the party's campaign manager, Abelhamid Jlassi, said at a news conference, citing al-Nahda's own election observers' reports.

The party's claim came ahead of an announcement by the country's independent election commission, in which it was to offcially declare results for overseas seats.

The leaders of two leftist parties, the Congress Party for the Republic (CPR) and Ettakol, said they were fighting for second place, while the leader of the centre-left Progressive Democratic Party (PDP) conceded defeat on Monday evening.

"Al-Nahda is certainly the majority, but there are two other democratic entities, Ettakatol and the CPR, who were weak at the start but now find themselves in the position to contribute to political life and usher a rational modernity in this Arab-Muslim country," Khalil Zaouia, Ettakatol's number two, said.

Overseas seats followed the trends established for domestic districts, with nine of the 18 seats reserved for overseas Tunisians going to al-Nahda, four to Ettakatol, three to the CPR, and one each to the Democratic Modernist Coalition (PDM) and the List For Liberty And Development, according to an announcement by the country's election commission.

Samir Dilou, a member of al-Nahda's political bureau, said that his party had won "not far from 40 per cent" of the vote.

"The trend is clear. The PDP is badly placed. It is the decision of the Tunisian people. I bow before their choice," PDP leader Maya Jribi told the AFP news agency at her party's headquarters in Tunis.

"We will be there to defend a modern, prosperous and moderate Tunisia," she said, adding the PDP would "clearly be in opposition".

'Compromise'

Jlassi said that al-Nahda's priority was to restore stability to Tunisia.

"We would like to reassure our trade and economic partners, and all actors and investors, we hope very soon to have stability and the right conditions for investment in Tunisia," he said.

"The priorities for Tunisia are clear. They are stability, conditions for a dignified life and the building of democratic institutions in Tunisia. We are open to anyone who shares these objectives. We are open to all forces without
exception," he said.

The election, held on Sunday, was the country's first-ever democratic poll to choose an assembly to rewrite the constitution, nine months after former president Zine El Abidine Ben Ali was toppled from power.

With an unexpectedly large number of ballot papers to count, it remained unclear when election officials planned to announce the results of the vote.

There was a huge turnout as voters exercised their rights to choose the 217-seat assembly, which will also choose a new interim government and set dates for parliamentary and presidential elections.

Boubaker Bethabet, the secretary-general of the independent ISIE polling commission, said 90 per cent of the estimated 4.1 million citizens who registered ahead of the poll cast their votes.

No figures were available for the other 3.1 million voters who did not pre-register but also had the right to vote, as facilities for registration existed at most polling stations.

Al-Nahda, citing its own, unofficial tally from votes cast by the large Tunisian diaspora, said indications were that it had done well. Overseas voting was held days before Sunday's election.

Speaking to Al Jazeera, Zied Mhirsi, a prominent Tunisian blogger, said: "It is clear al-Nahda has a majority, the question is to what extent? Will they be the only ones forming a government?

"Every party is basically trying to see to what extent they can compromise with al-Nahda to organise a government.

"I don't expect our revolution to become an Islamic Revolution but, at the same time, I expect Islam to be a part of Tunisian life, the way you could see it in Turkey.

"Al-Nahda has already shown a commitment to the declarations on human rights."

Queues before dawn

Long lines of people had formed at polling stations before dawn on Sunday, growing into winding queues of voters keen to take part in the country's first electoral contest without a pre-determined result.

More than 11,000 candidates ran in the election, representing 80 political parties. Several thousand candidates ran as independents.

The electoral system was designed to include as many parties as possible in drafting the new constitution, which is expected to take a year, ahead of fresh elections.

Sunday's vote drew praise internationally, with US President Barack Obama saying that Tunisia's revolution had "changed the course of history".

"Just as so many Tunisian citizens protested peacefully in streets and squares to claim their rights, today they stood in lines and cast their votes to determine their own future," Obama said in a statement issued by the White House.

The EU also hailed the elections and vowed support for the new authorities.

'Victory for dignity'

The mother of Mohamed Bouazizi, the young vegetable seller whose self-immolation last December set of the Tunisian revolt, said that the elections were a victory for dignity and freedom.

"Now I am happy that my son's death has given the chance to get beyond fear and injustice," Manoubia Bouazizi told the Reuters news agency. I'm an optimist, I wish success for my country."

Ahmed Néjib Chebbi, the founder of the PDP, a centre-left political party, came to vote in Tahrir Mhiri, La Marsa.

"This is a celebration of democracy," he told Al Jazeera. "People are here to exercise their duties as citizens, and they are showing that they deserve the rights which they have been deprived of for decades."

Concerning the heckling of al-Nahda leader Rachid Ghannouchiand his family after they cast their votes at El Menzah 6 this morning, Nejib Chebbi said it was "regrettable" that the leader of al-Nahda had been treated in this way.

"No matter what his political ideas might be, Mr. Ghannouchi is a Tunisian citizen who deserves respect. Today is not a day for protest," he said. - aljazeera

Apa makna penarikan balik penggantungan Aziz Bari?

Pepatah ada menyebut "Jika sebatang lidi tak mampu menyingkirkan sampah yang banyak, namun bila beratus batang lidi diikat menjadi sebatang penyapu, nescaya sampah yang menimbun akan surrender". Dan inilah yang berlaku dalam isu penggantungan pakar perlembagaan negara, Prof Dr Aziz Bari minggu lalu. Belum sampai 10 hari, pihak UIAM terpaksa menarik balik keputusan untuk menggantung beliau. Soalnya apakah pihak pentadbiran UIAM telah sedar kebodohan tindakannya atau terpaksa bertindak sedemikain atas arahan UMNO?

Semalam, pihak UIAM telah menghantar surat kepada Aziz Bari agar memulakan tugasnya semula pada pagi ini.

Mengimbas kembali dari hari pertama beliau digantung, ramai di kalangan cendiakawan tempatan menyelar tindakan UIAM itu. Malah dilaporkan kira-kira 1,000 orang penuntut IPTA telah mengadakan demo membantah keras tindakan yang dikenakan terhadap Aziz Bari pada Juma'at lalu.

Jika dulu, seorang pensyarah UM dan juga pakar ekonomi yang diiktiraf antarabangsa, Prof Dr Jomo dilihat begitu lantang mengkritik dasar kerajaan UMNO BN dalam mengurus-tadbir ekonomi negara sejak berlaku krisis 97/98. Setelah beliau pergi ke PBB, rupanya ada seorang lagi ahli akademik yang berani seperti beliau.

Bagi penulis, penarikan balik penggantungan tugasnya di UIAM merupakan satu kemenangan kepada rakyat, khususnya penuntut universiti itu sendiri.

Jelas di sini bila rakyat semakin bijak, bersatu hati dan berani mempertahankan hak mereka, nescaya rejim UMNO BN semakin tersepit macam cacing kepanasan.

UMNO sedar jika penggantungan Aziz Bari dikekalkan, nescaya akan menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan ahli akademik yang lain, juga para penuntut universiti. Ini tentunya membimbangkan UMNO dalam suasana bahang PRU13 semakin hampir. Bukan itu saja malahan di kalangan rakyat yang cerdik, tindakan jakun UIAM atas arahan UMNO itu akan menambahkan lagi rasa benci dan meluat terhadap parti Melayu hapraq yang semakin reput itu.

Dahlah dalam isu Mat Indera, UMNO sendiri macam tersampuk syaitan bila Timbalan Presiden PAS berjaya mencetuskan satu gelombang intelektual hingga rakyat kembali minat untuk mengkaji semula sejarah kemerdekaan Tanah Melayu bagi mengenal-pasti siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan tulen.

Nampaknya UMNO jadi serba tak kena. Semua isu yang cuba diputarbelitkan, akhirnya makan diri sendiri.

Memang tak dinafikan UMNO semaikin tenat. Ibarat penghidap kanser tahap 5. Cuma penulis sedih bila mengenangkan sikap majoriti Melayu yang masih bebal tak menentu dan masih percaya dengan segala pembohongan UMNO selama ini. Walau dah bermacam jenis pengkhianatan yang dilakukan UMNO terhadap agama, bangsa dan negara, namun amat malang sekali bila masih ramai Melayu yang berfikir dengan kepala lutut mereka.

Wallahu'alam

Friday, October 21, 2011

Zaman kejatuhan pemimpin zalim dah tiba

Semalam warga bumi digemparkan dengan berita kematian bekas Presiden Libya, Muammar Ghadafi, pemimpin yang paling lama berkuasa di negara minyak itu. 42 tahun. Namun, semalam segalanya berakhir bila Gadaffi dilaporkan telah ditangkap dan kedua-dua belah kakinya cedera ketika cuba lari dalam satu konvoi yang diserangkan jet pejuang NATO.

Ketika masih berkuasa, Ghadaffi adalah antara pemimpin yang kuat menentang pentadbiran Washington. Sikap anti-Amerika telah membuatkan beliau disanjung oleh rakyatnya dan beberapa pemimpin negara lain satu ketika dulu. Namun tanpa disedari, ibarat api dalam sekam, rakyat Libya rupanya telah lama menyimpan 'dendam' untuk menggulingkan pemimpin diktator itu. Hanya menunggu masa dan saatnya.

Tanpa diduga oleh sesiapa pun, malah mengejutkan dunia, bila seluruh rakyat Tunisia bangkit melancarkan revolusi menjatuhkan Presiden Ben Ali dan seluruh kabinetnya. Kebangkitan menyeluruh itu sebenarnya dicetuskan oleh seorang pemuda berani yang bertindak membakar dirinya sebagai tanda protes terhadap kezaliman kerajaan Ben Ali terhadap dirinya dan keluarga.

Bermula di Tunisia, disusuli pula revolusi rakyat Mesir hingga jatuh si Hosni Mubarak laknatullah, kemudian merebak pula ke Syria hinggalah ke Libya.

Apa yang penulis nak tegaskan hanyalah satu je. Yaitu zaman kejatuhan seluruh pemimpin zalim dan korup sudah tiba.

Dan penulis cukup yakin, pemerintah di negara ini juga akan menerima nasib yang serupa dengan Hosni Mubarak dan Ghadaffi. Cuma mungkin caranya berbeza, atau mungkin juga sama.

Tunggu dan lihat saja.

Tuesday, October 18, 2011

Caj Maxis Broadband dah naik

Penulis mula melanggan Maxis Broadband pada 17 Mac 2011. Pakej yang dipilih ialah 1.5GB dengan bayaran bulanan RM48. Bermula 17 April, penulis mula membayar bila berjumlah RM48 sebagaimana ditetapkan. Dan pada hari Ahad lalu, ketika mahu menjelaskan bil penggunaan dari 18 Ogos - 17 September, penulis terkejut kerana bil penggunaan telah dinaikkan kepada RM57.70. Kenaikan berjumlah RM9.70.

Jika diambil kira kenaikan cukai 6%, bermakna caj Maxis Broadband penulis telah dinaikkan sebayak RM2.88 sejak 4 bulan lalu dan jumlah tambahan RM9.70 itu merupakan tunggakannya.

Berikut adalah bukti pembayaran yang telah dibuat penulis secara online pada Ahad lalu.



Kenaikan ini membuktikan kerajaan Malaysia di bawah rejim celaka UMNO memang dah takde duit.

Dan memang terbukti bila Kementerian Kewangan, dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, menjelaskan hutang negara sehingga 30 Jun 2011 berjumlah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada KDNK.

Sebagai rakyat, seharusnya kita peka dengan isu hutang negara ini kerana ianya melibatkan masa depan tanahair yang akan diwarisi oleh anak cucu kita.

PRU13 adalah masa terbaik untuk kita jatuhkan rejim UMNO BN yang korup selama ini. Amalan korup inilah yang menyebabkan negara terpaksa menanggung hutang hampir setengah trilion. Percayalah, jika UMNO BN masih terus diberi mandat dalam PRU akan datang, bermakna negara akan jatuh bankrap sebelum 2015.

Selamatkan Malaysia daripada rejim celaka UMNO BN.

Friday, October 14, 2011

Demi kuasa jahat, beri MyKad pada warga luar

Tidak dinafikan memang pemimpin Zionis Yahudi itu jahat dan zalim di mukabumi ni dengan pelbagai jenayah bunuh dan penindasan terhadap umat Islam Palestin serta merampas inci demi inci bumi para Anbiya' itu. Namun pemimpin Zionis itu tetap menjaga kepentingan dan keselamatan negara haram yang diduduki mereka daripada sebarang bentuk ancaman, termasuklah pendatang luar yang cuba menyelinap masuk secara tak sah. Jika kedapatan, nescaya pendatang luar itu akan ditembak mati.

Jika pemimpin Zionis cukup menjaga kepentingan negara haram Israel, tapi lain pulak yang dibuat oleh pemimpin UMNO terhadap negara sendiri.

Rasanya tidak ada mana-mana pemimpin negara di dunia ini yang sanggup menggadaikan kepentingan dan keselamatan negara masing-masing dengan memberikan kerakyatan secara percuma pada warga asing demi survival kuasa politik mereka, kecuali pemimpin UMNO saja.

Baru-baru ini didedahkan bagaimana 7 buah bas pesiaran dari Johor yang membawa warga Indonesia ke Jabatan Perdana Menteri untuk diberikan MyKad secara percuma telah berjaya dikesan oleh skuad Pemuda PAS Johor ekoran maklumat yang diterima oleh Mazlan Aliman daripada salah seorang pemandu bas tersebut.

Lebih mengejutkan kita bila dimaklumkan bahawa 7 buah bas yang berjaya dikesan itu merupakan operasi yang ke-10. Bermakna 9 lagi telah berjaya sebelum ini.

Soalnya, kenapa UMNO sanggup menggadai keselamatan dan kepentingan negara dengan memberikan kerakyatan percuma kepada warga asing?

Rasanya pembaca sendiri ada jawapannya...

Sayugia diingat, pemimpin UMNO sama-sekali tidak sanggup kehilangan kuasa dalam PRU13 nanti. Sebabnya? Kerana jenayah yang dilakukan mereka selama ini. Sebut saja apa yang pemimpin UMNO tak buat. Dari rasuahnya hinggalah ke peringkat jenayah bunuh.

Masih ingat lagi bagaimana salah seorang bekas ADUN UMNO Selangor yang mati mengejut selepas negeri terkaya di Malaysia itu berjaya dirampas oleh Pakatan Rakyat dalam PRU12. ADUN yang penuh kontroversi dengan mahligai RM8 juta itu dilaporkan mati mengejut di mahligainya selepas pulang dari mesyuarat di Menara UMNO. Pihak keluarganya kata mati akibat serangan jantung. Tak kiralah... serangan jantung ke, jantung berhenti ke atau apa ke... lantaklah situ. Dan kematiannya telah menimbulkan pelbagai spekulasi ekoran isu mahligainya yang bernilai RM8 juta.

Kalau seorang ADUN biasa boleh bina rumah RM8 juta, dari mana dia dapat wang kalau tak songlap wang rakyat. Bila UMNO BN hilang Selangor, tentulah ADUN tu hyper-tension ekoran isu mahligai RM8 juta miliknya akan dibongkar habis-habisan. Dari mana dapat duit, tanah mana yang dijual, projek mana yang disapu dan sebagainya. Mungkin dek kerana tension sangat, urat jantung putus dan ji'un...

Bayangkanlah kalau Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya dalam PRU13. Tentunya orang macam Mahathir, Pak Lah, Najib Rosmah dan seluruh pemimpin UMNO yang ada kes akan dibawa ke muka pengadilan. Jangan dilupa siapa yang bertanggungjawab atas pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya dan 13 rakannya dalam Peristiwa Memali. Juga dalam kes pembunuhan kejam Altantuya.

Akibat segala dosa-dosa besar para pemimpin UMNO itu, maka tentunya mereka tidak sanggup ke penjara. Justeru apa saja jalan penipuan akan dilaksanakan demi menjamin kemenangan UMNO BN dalam PRU13. Antaranya, pemberian MyKad percuma kepada warga asing yang pastinya akan mengundi BN demi survival mereka di negara ini.

Sebab itulah penulis katakan pemimpin UMNO ni lebih jahat dan zalim daripada pemimpin rejim Zionis Yahudi. Mana tak jahatnya kalau hak bangsa sendiri pun dirampas, ditipu dan disamun.

Sebab itulah golongan munafiq akan dihumbankan ke dasar Neraka dan kekal selama-lamanya. Wana'uzubillah.

Thursday, October 6, 2011

Isu Hudud : Haiyaa... MCA kena tempelak maaa

Hati qalbu manusia itu berada di dalam genggaman Allah. Hanya Allah Yang Maha Menguasai hati setiap manusia ciptaan-Nya. Justeru, dalam isu Hudud yang sedang hangat diperkatakan mutakhir ini, kita sendiri lihat pro dan kontranya. Dan penulis juga tidak hairan bila UMNO sejak dulu, kini dan selamanya menjadi penentang No.1 perlaksanaan Hudud dalam negara, khususnya di Kelantan. Sebab UMNO memang parti sesat berfahaman sekular. Munafiq. Parti yang lahir dari perancangan penjajah Inggeris bagi meneruskan kesinambungan agenda jahat musuh Islam itu.

Baru-baru ini Najib sekali lagi membuat kenyataan menentang perlaksanaan Hudud. Kita boleh faham akan percaturan UMNO dalam isu ini. Puak munafiq UMNO kira isu Hudud ni boleh memulihkan sokongan pengundi bukan Islam terhadapnya dan BN. Sebab UMNO cukup sedar tanpa sokongan padu pengundi Cina, BN akan menghadapi masalah besar dalam PRU13.

Sebagaimana penulis sebut di awal tadi, hati anak Adam berada dalam genggaman Allah. Tanpa diduga UMNO, hari ini sekutu rapatnya MCA ditempelak oleh masyarakat Cina di internet dalam isu Hudud.

"Berambuslah MCA!" Warga internet Cina tampil bela PAS

Memang sesuatu yang dijangka apabila MCA menggunakan "Hukum Hudud" untuk menyerang Pakatan Rakyat, ketika isu ini kembali semula ke persada politik menjelang PRU ke-13. Namun, ia mungkin sesuatu di luar jangkaan apabila serangan MCA kali ini mengundang reaksi sebaliknya di ruang internet, menyaksikan bagaimana parti Cina ini dibidas sehabis-habisnya oleh warga internet.

Artikel berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!" ditulis oleh seorang penulis dengan nama samaran "yue" (maksud: bulan), disiarkan oleh seorang rakannya melalui laman sosial Facebook pada jam 2 petang, 4 Oktober 2011. Tulisan ini telah dikongsi oleh kira-kira 1,500 rakan Facebook, dalam masa 48 jam.

Meskipun diselit dengan kata-kata kesat yang mencaci MCA, namun tulisan ini sempat mengulas alasannya memperlekehkan MCA dan mengapa PAS dibela. MCA dibidas kerana tunduk dan bersekongkol dengan UMNO; sementera PAS disanjung kerana beberapa langkah yang memperlihatkan "keterbukaannya" terhadap golongan bukan muslim.

Bagaimanapun, penulis tidak menunjukkan pendirian untuk menyokong pelaksanaan Hukum Hudud, hanya menyebut ia sebagai matlamat tertinggi PAS, dan realiti politik hanya membenarkan pelaksanaan dasar bersama dalam "Buku Jingga", seandainya Pakatan Rakyat memerintah. Malah, menurut penulis, seandainya masyarakat Cina tidak suka jika Hukum Hudud dilaksanakan, maka tukarlah semula kepada Barisan Nasional dalam PRU ke-14 kelak.

Berikut adalah terjemahan dan suntingan tulisan berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!"

Saya, sebagai warga Malaysia kaum Cina, tiada Roket mahupun Keadilan bertanding di kawasan pengundian saya, hanya pertembungan terus antara UMNO dengan PAS. Sekarang, secara rasminya saya mengumumkan di sini, bahawa pada PRU yang akan datang, saya akan mengundi PAS!

Melihat kepada pemimpin MCA yang haprak berucap menyerang Hukum Hudud Islam dalam perhimpunan agung tahunannya, kononnya mempertahankan kepelbagaian budaya Malaysia, saya teringin nak berkata, MCA, pergi mampuslah!

XXX, saya sebagai orang Cina di Malaysia, sekarang saya ingin berkata kepada MCA, pada pilihan raya umum yang akan datang, saya pasti akan mengundi PAS! Malas saya nak layan kau!

Jangan kata kepada saya penubuhan Negara Islam, akan dipotong tangan dan dipotong kaki, XXX, Malaysia di bawah perintah kau dan UMNO - Teoh Beng Hock pun boleh jatuh dari bangunan! Polis boleh tembak sewenang-wenangnya! Tak kurang tahanan yang mati dalam lokap! Belum sempat kami dipotong tangan dan kaki oleh PAS, mungkin dah mati kena aniaya unit penguatkuasa!

XXX, MCA, parti yang haprak, saban hari memfitnah PAS dalam akhbar. Tahukah kau, PAS memperuntukkan tanah untuk 'menyara' sekolah menengah Cina di Kelantan; di Perak, benda yang sama berlaku ketika pemimpin PAS menjadi Menteri Besar. XXX... Dah berapa tahun kau MCA menjadi kerajaan, tapi gagal menginstitusikan peruntukan kepada sekolah Cina, dan sekarang kau suruh kami jangan mengundi PAS, gila!

XXX, satu parti yang besar, dalam perhimpunan agungnya, boleh menggunakan sepenuh masa untuk mengecam idealisme Islam, pada masa yang sama akur secara senyap kepada perkauman sempit UMNO, parti apa yang haprak sebegini? Memang parti haprak yang tidak boleh diselamatkan!

Apabila UMNO menyerang, bahawa Cina adalah "pendatang", suruh kami balik ke Tiongsan, PAS yang tampil mempertahankan kita!

Apabila UMNO melarang bukan-muslim menggunakan kalimah Allah, PAS yang tampil mempertahankan hak bukan muslim!

Apabila UMNO melarang bukan-muslim ke dalam masjid/surau, PAS yang tampil membantah UMNO!

Apabila PERKASA yang pro-UMNO menyerang bahawa Pakatan Rakyat mengkhianati Melayu, PAS yang tampil menyanggah mereka!

XXX, apa yang kau MCA lakukan? Hanya mampu berkata UMNO tak harus begini, tak patut begitu, kalau betul kau hebat, takkan Cina masih menjadi rakyat kelas kedua? Kalau betul ada tulang belakang, keluarlah kau dari Barisan Nasional-lah, bodoh!

Semakin meluap-luap kemarahan saya... Sekian lama kau MCA makan duit, satu projek PKFZ kau telan RM12.5 bilion, satu Facebook RM1.8 juta, dan wang kopi yang sikit-sikit tu? Kau yang telan wang rakyat! PAS? Pernahkah kau dengar PAS terima rasuah? PAS terkenal dengan bersih dan amanah, 20 tahun memerintah di Kelantan, tiada satu kes rasuah, Menteri Besar duduk dalam rumah kampung, makan nasi lemak! Kau orang senang saja kata kalau menang makan udang galah, masih nak kami undi kau?

MCA, berambuslah kau! Apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA kerana terdesak dengan tekanan rakyat, kau bagaikan anjing, segera bersetuju! XXX, untuk sekian lama kau menyokong akta yang mencabul hak asasi manusia, kini sikap kau berubah dalam sekelip mata? Kau ingat rakyat ni bodoh? Untuk sekian lama, PAS memimpin rakyat untuk berjuang, sama ada perhimpunan anti ISA, BERSIH 1.0 mahupun BERSIH 2.0, PAS berada di baris paling depan untuk menentang kezaliman - menahan gas pemedih mata, menghalang meriam air berkimia!

Ketika 9 Julai, UMNO mengecam kami kerana berarak di jalan raya. Pada saat yang paling genting, Unit Amal PAS membuka jalan, kemudian berkata, 'Bagi Cina semua keluar dulu, kita lindung mereka!' XXX, mana kau MCA? Di mana kau sorok ketika itu? Sekarang kau panggil kami jangan undi PAS, mampuslah kau!

XXX, dah sekian tahun menjadi kerajaan, Presiden video lucah itu masih berada di atas pentas untuk menggesa agar kerajaan begini, supaya kerajaan begitu... Pernahkah kau anggap diri kau sebagai kerajaan? Kalau kau sendiri tak mampu, tak larat, tukarlah orang! Bodoh!

Apa yang paling hebat, Liow Tiong Lai, mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Ketika hukum Islam diluluskan di DUN Kelantan dan Terengganu, ADUN UMNO menyokong dengan mengangkat kedua-dua tangan mereka. Satu undi pun tidak pernah diluluskan DAP. Mengapa tidak kau memimpin MCA untuk keluar dari Barisan Nasional?

PAS ingin melaksanakan Hukum Hudud, ini matlamat tertinggi parti mereka. Ia bagaikan Parti Demokratik Progresif di Taiwan yang menuntut kemerdekaan, sudah pasti ia tak jadi, kerana tidak dibenarkan realiti politik. Apatah lagi PAS bersekutu dengan dua parti komponen Pakatan Rakyat, semestinya memerintah berdasarkan Buku Jingga apabila berkuasa - bukan matlamat tertinggi PAS mahupun DAP. Mungkin ada yang akan tanya, bagaimana pula di Kelantan?

Saya teringin nak tanya mereka, jikapun terlaksana di Kelantan, apa susahnya? Kau bukannya muslim, apa kena-mengena dengan kau? Lebih-lebih lagi, kau tunggulah sehingga Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminda perlembagaan. Buat masa sekarang, kerajaan pun belum tukar. Kini bertimbun-timbun pengundi hantu, Pakatan Rakyat nak pertahan satu pertiga kerusi pun payah!

Ramai lagi Cina bertanya, matilah kalau Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga. Saya kata XXX, kepala otak kau, kalau Pakatan Rakyat memperolehi dua pertiga, sudah pasti DAP ada 50 kerusi dalamnya. Kalau DAP tidak mengundi untuk sokong, maka tak jadilah pindaan tu.

Kemudian lebih ramai Cina tanya, kalau DAP menjadi pengecut, menyokong pelaksanaan Hukum Hudud? Kalau kau tak suka, tukar balik Barisan Nasional-lah! Takkan tiada lagi pilihan raya selepas pertukaran kerajaan pada PRU akan datang? Kan pilihan raya memberi peluang kepada kita untuk tukar kerajaan apabila kita tidak setuju dengan dasar kerajaan yang sedia ada?

Sesetengah Cina bodoh betul, saya terus terang di sini. Seandainya pada PRU akan datang, kami menyokong satu kerajaan yang sudah lama korup dan mencabul hak asasi manusia, hanya kerana takut kepada Hukum Hudud yang langsung tak pernah wujud, maka saya perlu kata, benar orang Cina ni hina. Nasib orang Cina dan rakyat akan tergadai pada tangan sendiri!

Sedarlah orang Cina, jangan lagi ditipu MCA! Hanya apabila kami mengundi Roket, Keadilan dan Bulan, bersatu menukar kerajaan yang haprak ini, barulah nasib orang Cina di tanahair ini dapat diperbaiki. Seandainya kamu mencintai bangsa kau, seandainya kamu mencintai rakyat kau, seandainya kau mencintai negara kau, berkongsilah tulisan ini dengan setiap orang kawanmu. PRU yang akan datang, kami bernyanyi bersama "Bulan lambang hatiku" (lagu Cina terkenal)!

*XXX di atas adalah kata kesat. - Merdeka Review

Tuesday, October 4, 2011

Cincin RM24j : Kastam sahkan tapi si Menteri nak bodohkan rakyat

Akhirnya pihak Kastam mengesahkan kewujudan cincin berlian RM24 juta yang didakwa sebelum ini telah dibeli oleh Rosmah laknatullah. Yang lucunya bila Menteri JPM pula cuba perbodohkan rakyat dengan menafikan dakwaan cincin tersebut telah dibeli oleh si perempuan puaka.

Dalam jawapan bertulis kepada MP Segambut (DAP) Lim Lip Eng hari ini, Nazri Aziz berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.

Tambahnya lagi, "Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut. Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.

Nazri tak usah perbodohkan rakyatlah. Ini bukan zaman 70an dan 80an. Di era kepantasan teknologi maklumat masakini, rakyat boleh mengakses maklumat secara pantas serta boleh berfikir secara rasional.

Kalau merujuk kepada jawapan Nazri itu, cincin bernilai RM24 juta itu seolah-olah tersesat masuk ke Malaysia tanpa pembeli. Sebab tu lepas beberapa hari 'berehat' di dalam simpanan Kastam, cincin tersebut telah dipulangkan semula kepada syarikat pemunyanya.

Malang sungguhlah negara ni kerana ada Menteri sebodoh itu. Kalau bodoh sorang takpe, tapi cuba pulak nak perbodohkan rakyat. Kalau ya pun nak berbohong kerana nak jaga 'big-boss', berilah alasan yang logik sikit bah. Apa dia ingat rakyat negara ni semuanya bodoh macam ahli UMNO ke hingga langsung tak boleh fikir.

Orang yang tak sekolah pun akan mentertawakan kenyataan Nazri.

1- Takkanlah bodoh sangat pihak syarikat pengeluar cincin terkenal di New York boleh lepaskan begitu saja cincin yang bernilai RM24 juta (USD7.1m) tanpa sebarang pembayaran tunai dibuat?

2- Mengapa dalam rekod komputer Kastam ada tertera nama Rosmah Mansur sebagai pembeli.

Rasanya dua hujah di atas dah cukup menjelaskan kenyataan Nazri itu yang mahu cover-up pekong laknat Rosmah, suaminya Najib.

Jika penglibatan Najib Rosmah dalam pembunuhan Altantuya boleh di'senyap'kan begitu saja, inikan pula soal cincin RM24 juta. Soal enteng saja pak... Semua orang dah tahu seluruh jabatan kerajaan termasuk PDRM, Kastam, SPRM, Imigresen berada di bawah telunjuk PM. Pemusatan kuasa ini dah berlaku sejak zaman Mahathir lagi.

Hanya ada satu jalan saja untuk mencegah segala penyelewengan, rasuah dan jenayah bunuh profil tinggi dalam negara, yaitu dengan menghumbankan UMNO BN ke Laut Cina Selatan dalam PRU13 nanti.

Jika Putrajaya berjaya ditawan oleh Pakatan Rakyat, seluruh pimpinan UMNO BN di semua peringkat, juga pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang bersekongkol dengan mereka dalam jenayah rasuah dan bunuh akan kita bawa ke muka pengadilan. Seluruh harta kekayaan mereka hasil daripada rasuah dan penyelewengan akan kita rampas dan kembalikan semula ke perbendaharaan negara bagi kepentingan negara dan rakyat.

Bagi yang terlibat dengan pembunuhan Altantuya, Teoh Beng Hock, Sarbani dan ramai lagi, akan kita heret ke mahkamah bagi dibicarakan secara adil.

Sayugia difahami, ini tanahair kita semua. Justeru kitalah yang berhak menentukan halatuju masa depan negara ini. Bukannya mereka yang zalim, korup dan jahat.

"Ayuh Kita Selamatkan Malaysia"

Usah terpedaya mainan media munafiq UMNO

Kalau bijak, nescaya kita mampu menangkis sebarang propaganda fitnah dan pembohongan yang sengaja dihebahkan oleh media perdana milik UMNO bagi mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu sebenar. Sewajarnya kita semakin matang dengan permainan politik keji jahat UMNO yang sanggup melakukan apa saja demi menyembunyikan segala pekong mereka selama ini. Jangan sekali-kali dilupa akan isu besar yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat. Antara isu-isu besar ialah;

Skandal Pembelian Scorpene RM7.3 bilion dan Pembunuhan Altantuya

Isu ini amat serius, bukan saja melibatkan penyelewengan wang rakyat malah nyawa seorang ibu muda warga Mongolia turut melayang. Dibunuh dan mayatnya diletupkan dengan C-4. Jika merujuk kepada beberapa pendedahan melalui Akuan Bersumpah, memang jelas Najib Rosmah terlibat dengan pembunuhan itu. Kita jangan lupa bagaimana PI Bala diugut oleh adik Najib "Jika awak sayangkan keluarga, sila ikuti arahan diberi dan segera meninggalkan negara." Malah PI Bala mendedahkan beliau ditawarkan sejumlah wang RM5 juta yang akan dibayar oleh Deepak secara berkala.

Isu Cincin Berlian RM24juta

Dalam keadaan rakyat terus dihimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi, Rosmah laknatullah terus berbelanja mewah. Dari mana si perempuan puaka tu dapat wang sebanyak itu untuk membeli sebentuk cincin yang semahal itu?

Isu tuntutan Bersih 2.0

Setakat hari ni tiada tanda-tanda positif berkaitan tuntutan rakyat yang mahukan pilihanraya bersih dan adil. Walau SPR si pecacai UMNO bersetuju dengan penggunaan dakwat di jari namun tiada maknanya selagi mana daftar pemilih tidak dibersihkan.

... dan banyak lagi isu yang cuba ditenggelamkan UMNO melalui pengumuman Pemansuhan ISA, fitnah terhadap Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang kononnya mengiktiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan, isu Mat Indera dan seumpamanya.

Penulis harap rakyat tidak terpengaruh dengan segala propaganda yang dimainkan oleh UMNO yang semakin terasa ajalnya hampir tiba.

Sebagai Muslim, kita wajib meninggalkan UMNO dengan seberapa segera sebelum ajal tiba. Penolakan Hudud oleh UMNO selama ini membuktikan parti itu memang berfahaman sesat SEKULARISMA. Benarlah, UMNO memang anak didik dan talibarut penjajah.

Marilah kembali kepada Al Qur'an dan Sunnah.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger