Thursday, December 31, 2009

Keluarga Punca Populariti Nik Aziz Suram

Biasalah sesiapa saja dalam dunia ini bila usia semakin meningkat, maka hati kita juga mudah sensitif dan tersentuh. Kadang-kadang hati boleh terguris hanya disebabkan oleh hal-hal yang remeh namun itulah hakikat kehidupan.

Dalam konteks ini mungkin TGNA tak terkecuali bila isu menantunya di PMBK hangat diperkatakan di mana-mana saja. Lebih-lebih lagi di negerinya sendiri. Bukan setakat musuh politik yang pertikai malah di kalangan pimpinan dan ahli PAS juga turut sama 'marah' dengan Ariffahmi. Malah tindakan Nik Amalina menulis dalam blognya Serisuri pun mendapat kecaman hebat dari semua pihak hingga ada yang menyebut sebagai 'Blog Sampah'.

Sapa yang menyangka hal sebegini boleh berlaku dalam keluarga Nik Aziz. Selama ini Tok Guru terkenal dengan sikap tegas, tenang dan zuhudnya. Hatta bila diuji oleh Allah dengan penahanan anaknya Nik Adli di bawah ISA pun beliau masih boleh bersabar dan tabah.

Kadang-kadang timbul juga tanda-tanya mengapa dalam isu menantunya ni dia tidak mampu bertindak tegas dengan mengarahkan Ariffahmi meletakkan jawatan serta-merta. Saya sangat yakin sekiranya tempohari Tok Guru serta-merta mengarahkan menantunya resign, sudah tentu isu ini sudah selesai dan mula dilupakan orang malah integriti beliau sebagai MB terus bersinar ibarat permata nilam.

Sayang berbilion kali sayang... Tok Guru tidak bertindak sebagaimana sepatutnya.

Ekoran kesilapan ini adalah tidak mustahil pengaruh kuat PAS di Kelantan terusik. Yang pasti akan berlaku penurunan sokongan rakyat terhadap parti itu dalam PRU13 jika tidak segera melakukan 'recovery'.

Kita semua tahu kekuatan antara PAS dan UMNO di Kelantan bolehlah dikatakan seimbang. Cuma yang memberi kelebihan kepada PAS adalah sokongan ahli UMNO sendiri dan atas pagar. Jika tersilap langkah dalam menangani isu seperti yang berlaku sekarang, adalah tidak mustahil kedudukan PAS di Kelantan boleh tergugat. Kita sendiri lihat bagaimana kerajaan PAS Terengganu boleh tumbang dalam PRU11. Memang sakit untuk menelan kekalahan ini namun itulah hakikatnya. Memanglah penipuan undi oleh BN salah satu punca kekalahan namun ada faktor lain juga.

Kadang-kadang inilah masalah kita. Langsung tak mahu nak muhasabah diri. Bila kalah, serta-merta menyalahkan orang lain. Sepatutnya kita koreksi dulu diri sendiri. Apa sebab musababnya sehingga Allah biarkan kita kalah.

Berikut adalah beberapa artikel berita berhubung isu di Kelantan ;
Salam ukhwah.

Wednesday, December 30, 2009

Egypt's Bigger Problem

By Marwan Bishara, Al Jazeera's senior political analyst

Binyamin Netanyahu, left, is in Egypt to discuss US-backed efforts to relaunch peace talks [AFP]

The ongoing tragicomedy on the Gaza Egypt borders will not have a happy ending.

A year after Israel's war left Gaza in ruins, Egypt is hampering international aid convoys from entering this impoverished refuge camp of 1.5 million and is erecting an 'iron wall' under the guise of preserving its national security and sovereignty.

But it could be doing the opposite.

As Egypt distances itself from the problems of Gaza as if it were a strategic liability, instead of championing the humanitarian and political cause of occupied Gaza, it is arguably missing an opportunity to regain its long lost regional leverage.

Over the last several years, Egypt has seen its role greatly diminished. The regime's preoccupation with its own stability and succession and the rise of regional powers, like Iran and Turkey, against the backdrop of unprecedented foreign military intervention in the region, have all shoved Egypt to the sidelines.

Changing direction

Once a regional powerhouse, Egypt's regional decline began at the end of the 1970s when Cairo gave up its pan Arab leadership in return for a separate peace agreement with Israel, alliance with the US and $2bn annual assistance.

However, Israel's aggressive behaviour throughout the 1980s left Egypt humiliated and alienated from its friends and foes alike.

Israel's annexation of the occupied Syrian Golan Heights, 1981 bombardment of Iraqi nuclear facilities, 1982 invasion of Lebanon, crackdown on Palestinians in the Occupied Territories and assassination of their leaders, culminating in the 1987 popular Intifada (Uprising), have all embarrassed Egypt that proved incapable of restraining let alone confronting Israel.

With peace partners like that, Egyptians wondered, who needs enemies!

A triple handshake seals the signing of the peace treaty in 1979

Then came the collapse of the Soviet Union and US victory in the Cold War to give Cairo new hope for regional ascendency under Washington's patronage.

Unprecedented US military intervention in the Gulf following the Iraq invasion of Kuwait strengthened Egyptian relations with 'the world's only superpower' and paved the way towards the Middle East 'peace process'. Cairo even recovered the headquarters of the Arab League from Tunisia where it moved following the Camp David Accords with Israel.

However, Egypt's reinvigorated role at the helm of so called "moderate" Arab regimes was short lived. Saudi Arabia and the other Gulf countries rejected a direct Egyptian role in their region, Iran and Syria established an alternative block to Egypt, and the 'peace process' faltered after the assassination of Israeli leader Yitzhak Rabin.

Meanwhile, America's failed military intervention in Somalia and the West's preoccupation with Eastern Europe in the mid 1990s left Egypt in limbo.

From then on, Cairo's influence began to dwindle in Africa, the Maghreb, Libya, and Sudan as Egypt lost its role as mediator or America's intermediary to these countries.

After 9/11

The 9/11 attacks only made things worse for Egypt and its fellow conservative Arab regimes.


The Bush doctrine attempts to transform the 'Greater Middle East' took aim at these undemocratic regimes and led the way to two devastating wars in the Islamic world (Afghanistan 2001, Iraq 2003), leaving Egypt with little or no leverage in Washington nor in the region.

Likewise, President Mubarak's attempts with France's President Sarkozy in 2008 to build a new Mediterranean partnership failed utterly after Europe turned its back on it.

Egypt was left with Gaza as the last place where it could exercise influence after Israel withdrew its settlers and army. However Hamas' 2006 electoral victory and Israel's disastrous wars on Lebanon and Gaza, in 2006 and 2007 respectively, left Egypt with a new humanitarian and political quagmire on its northern borders.

Cairo's failed attempts to reconcile between Israel and the Palestinian National Authority or between Fatah and Hamas magnified Egypt's lack of leverage.

President Obama's incapacity or unwillingness to force Israel into a complete settlement freeze to pave the way for negotiations as he implied in his Cairo speech, added insult to injury.

Most Egyptians seem to recognise their country's humiliation by Israel, widening disparities with other regional powers and its deepening domestic inequalities and tensions. But Egypt's greatest problem is a leadership that seems oblivious to it all.

Paradoxically, Cairo's last desperate act to erect an 'iron wall' on its borders with the Gaza Strip to isolate Hamas controlled Gaza, and distance itself from Israel's own responsibility for Gaza, could instead close the last window of opportunity for the Egyptian regime to play an effective role in the region beyond the theatrics and slogan of reviving a deadlocked 'peace process'.

Welcome Mr Netanyahu.

Source from aljazeera

Tuesday, December 29, 2009

Politik Kelantan Masih Bergolak ....

Husam : Pisahkan keluarga daripada pentadbiran

Exco kanan kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa menggesa pemimpin sesebuah kerajaan, termasuk PAS, memisahkan daripada kepentingan kekeluargaan.

Dengan mengungkit semula betapa negatifnya isu tersebut pernah melanda Tun Dr Mahathir Mohamad dan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, Husam menyeru agar wujud pemisahan jelas pengaruh keluarga daripada pentadbiran negeri.

"Politik Malaysia memandang serong politik keluarga seperti ini. Kemenangan besar (BN) tahun 2004 tidak berulang.

"Isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihan raya 2008," coret Husam di blognya Cetusan Hati semalam.

"Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin- pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah pemegang kepentingan yang lebih penting daripada pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah."

Tidak jelas maksud "peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita..." sama ada merujuk pemimpin PAS atau pemimpin BN kerana sebelumnya Husam banyak merujuk kes yang melingkari barisan pemimpin utama negara.

Husam bagaimanapun menjelaskan bahawa mereka yang mahukan perubahan tidak harus terperangkap dalam kerenah yang sama.

"Keadaan (BN) nampaknya kritikal. Peluang untuk rencana perubahan mengambil tempat lebih kukuh terbuka luas. Asal pemain-pemain agenda perubahan tidak pula terperangkap dengan isu dalaman yang tidak mustahak.

"Kemuncup-kemuncup sekalipun, jika tidak diurus, boleh menghilangkan fokus dan menjadi kulit pisang yang licin dan membahayakan," tulisnya lagi.

Exco itu juga mengingatkan betapa pada penghujung era kepemimpinan Datuk Asri Muda di Kelantan, menjelang kejatuhan negeri itu ke tangan BN, PAS mendapat jolokan negatif "parti Asri sekeluarga."

Muncul ketika dua pegawai Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan digugurkan, dan desas-desus digantikan dengan mereka yang dekat dengan anggota keluarganya, coretan blog Husam ini menguatkan tanggapan bahawa pentadbiran Kelantan masih lagi bergolak.

Coretan yang penuh berlapik itu bagaimanapun tidak menyebut secara jelas perkembangan politik di negerinya, sekali gus meletakkan orang ramai dalam keadaan terus berteka-teki.

Isu dua pegawai tersebut mendapat perhatian luar biasa kerana diura-urakan berkaitan rapat dengan dakwaan wujudnya pengaruh keluarga Nik Abdul Aziz dalam pentadbiran negeri.

Setelah muncul kontroversi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman, isu pengaruh keluarga menteri besar rancak diperkatakan.

Dalam keghairahan membela suaminya Abdul Ariffahmi yang didesak meninggalkan PMBK, Nik Amalina Nik Abdul Aziz pula secara terbuka menudingkan jarinya kepada PAS dan pemimpin-pemimpin negeri tersebut.

Nik Amalina juga mengakui wujudnya perbincangan peringkat keluarganya selama beberapa kali berhubung pelantikan Abdul Ariffahmi.

Kemudian perkara ini disahkan oleh Nik Abdul Aziz sendiri dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini awal bulan ini.

Sementara itu, seorang bekas pegawai mantan menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menulis di blognya bahawa Anual Bakhri terpaksa melepaskan jawatan tersebut.

"Anual dalam pesanan mesej ringkasnya (kepada saya) sekadar berkata, 'beliau mengundur diri dalam keadaan yang sukar'," kata Anuar Hashim di Perakite semalam.

Setiausaha akhbar Nik Abdul Aziz, Mohd Saiba Yaakob, yang turut berundur, dipetik berkata beliau difahamkan Anual Bakhri digugurkan susulan pertikaian beberapa pihak kerana dianggap "gagal memberi nasihat politik yang betul kepada menteri besar dalam beberapa isu penting mutakhir ini."

Mengulas isu panas tersebut, kerana dianggap satu lagi tanda pergolakan dalaman PAS negeri, Nik Abdul Aziz hari ini bagaimanapun menafikan dua setiausahanya itu dipecat.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Dewan Harian PAS petang ini, lapor Harakahdaily.net, beliau berkata Anual Bakhri sudah lama berniat berbuat demikian.

Pegawainya itu mahu menumpukan kepada bidang penulisan dan syarikat penerbitannya, selain masalah kesihatan anak bongsunya, lapor media rasmi PAS itu lagi.

Nik Abdul Aziz dipetik berkata pengunduran dua pegawainya itu bukan rombakan tetapi "prosedur biasa" pelantikan politik.

Beliau juga menafikan desas-desus Husam, yang hadir di mesyuarat tersebut walaupun diura-urakan tidak mahu menyertainya, meletakkan jawatan.

Sumber dari sini

Ancaman Bahaya Flourida !

Imej berikut merupakan leaflet yang saya download dari website PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia). Sila klik imej untuk membacanya.

Dah berpuluh tahun mungkin kita menggunakan Ubat Gigi Berflourida. Jika kita lihat iklan Colgate di TV memang disebut bahawa Flourida merupakan satu bahan yang berkesan untuk memelihara kerosakan gigi. Gigi putih berseri dan berkilau-kilau. Disebab kita kekurangan ilmu dan terpengaruh dek iklan itu, mati-mati kita percaya bahan Flourida ini baik untuk gigi. Rupa-rupanya dalam baik ada buruknya yang kita tak sedar malah merbahaya.....

Mulai sekarang kita semua mesti berhenti daripada membeli ubat gigi yang ada Flourida. Bagi umat Islam, terlampau banyak pilihan produk Ubat Gigi yang dijamin suci, bersih, halal dan tanpa flourida. Kenapa kita tak beli ?

Ke Arah Hidup Yang Lebih Sihat dan Bebas Kanser.

Haram Hukumnya Menyambut Tahun Baru Masihi

Setiap tahun umat Islam di Malaysia begitu seronok pergi berhimpun bersama keluarga dan bersorak di Dataran Merdeka bagi menanti detik jam 12:00:01 tengah malam menandakan ketibaan tahun baru 1 Januari.

Dan pastinya senario ini akan berulang lagi pada malam Juma'at ini bagi menanti ketibaan tahun 2010. Dan pada malam itu juga remaja Melayu akan keluar bersama pasangan masing-masing untuk bercumbu dan melepaskan nafsunya. Banyak botol dan tin arak serta kondom pasti ditemui pada keesokan hari bila MBKL membuat pembersihan.

Senario yang menjijikkan ini sebenarnya berlaku pada setiap kali sambutan tahun baru dibuat di Dataran Merdeka.

Bagi yang sudah berkeluarga, mereka juga tidak melepaskan peluang untuk membawa isteri dan anak-anak bersantai di Dataran Merdeka serta turut sama meraikan ketibaan tahun baru. Program hiburan disediakan pada malam itu dengan kehadiran para artis tua, muda dan popular bagi menarik lebih ramai warga KL dan negeri berdekatan untuk hadir.

Mungkin selama ini umat Islam beranggapan tidak salah pergi menyambut kehadiran tahun baru masehi ini. Saya sendiri pun tak tahu. Cumanya saya tidak pernah pergi ke program sambutan ini.

Ingin saya jelaskan di sini bahawa Fatwa Dr Yusof Al-Qardawi menjelaskan "Haram hukumnya bagi umat Islam pergi berhimpun untuk merai dan menyambut kehadiran Tahun Baru Masihi. Ianya boleh merosakkan 'Aqidah Islam."

Begitu juga haram hukumnya bagi umat Islam menyambut Valentine's Day.

Jazakallah.

Jual MIG-29's - Hangus Lagi Duit Rakyat Ratusan Juta !

MIG29's Maneuver


Beli Sukhoi, dia sapu 480 juta. Lepas tu beli 2 biji Scorpene, sapu pulak RM 500 juta dan Altantuya mati dibunuh dengan kejam. La ni nak jual pulak MIG 29's yang dibeli pada tahun 1995 dan akan diganti pulak dengan pesawat tempur yang canggih. Kononnya nak mempertingkatkan pertahanan negara.

Nak pertingkatkan pertahanan negara ke atau nak sapu lagi duit rakyat ?

Macamana rakyat nak percaya dengan si Najib dan Zahid Hamidi ni. Hangpa berdua bolehlah tipu para penyokong dan ahli UMNO yang bebal di seluruh negara dengan kerjasama media penipu yang dikuasai oleh hangpa. Di kalangan pimpinan UMNO di peringkat Negeri dan Bahagian hangpa tutup mulut depa dengan projek dan duit haram.

Bukan takde negara lain yang menggunakan pesawat MIG 29's ni sehingga sekarang. Negara seperti India masih menggunakan pesawat ini. Kemampuan pesawat ini sebenarnya setanding dengan pesawat tempur Amerika seperti F-16 dan F-18 Hornet malah lebih tangkas lagi selepas melalui beberapa proses modifikasi.

Benar juga kata Che Det dalam blognya yang mempersoalkan cadangan kerajaan nak menjual MIG 29 ini. Memang patut pun orang tua ni mengkritik dasar dan keputusan kerajaan semenjak zaman Pak Lah lagi. Sekurang-kurangnya rakyat yang cerdik tahu. Tapi bagi yang bangang, kerajaan UBN buat apa pun dia tak ambik peduli. Asalkan makan minum cukup, ya sudah...

Berapa banyak lagi wang rakyat nak dibazirkan dan dirompak begitu saja. Dalam keadaan simpanan rezab negara yang sedikit, kedudukan matawang lemah (USD 1 = RM 3.435), hutang negara entah dah berapa ratus bilion, rasuah dan penyelengan semakin menjadi-jadi, kerugian MAS sehingga RM8 bilion dan pelbagai lagi masalah yang menimpa negara tapi masih juga nak berbelanja besar di luar kemampuan.

Hak kepentingan rakyat dirampas satu persatu manakala golongan yang kaya raya/kroni diberi pelbagai kemudahan dan insentif bagi melonggokkan lagi harta mereka. Rakyat terus dibebankan dengan segala jenis macam kenaikan dengan alasan-alasan bodoh kerana nak menyorokkan segala penyelewengan yang dibuat.

Inilah salah satu contoh barisan kepimpinan negara yang paling bangsat dan celaka di dunia ini. Sejahat-jahat pemimpin Yahudi Zionis Israel tetapi mereka cukup jaga kepentingan rakyatnya dan seluruh bangsa Yahudi di dunia.

Tak tahulah aku apakah jenis manusia yang jadi PM dan para barisan Kabinetnya ketika ini ? Bukan setakat rakyat ditipu, bangsanya sendiri pun dipijak. Apakah mereka ini jelmaan dari keturunan Dajjal lakanatullah.

Jika rakyat negara ini masih berdegil juga untuk memilih mereka dalam PRU13, nantilah saat kehancuran Malaysia.

"Selamatkan Negara Ini Dari Penyamun"

Salam pagi Selasa.

Monday, December 28, 2009

Nik Aziz Perlu Letak Jawatan ...

Belum lagi reda isu menantu kesayangannya, kali ini MB Kelantan Nik Aziz nak gugurkan pulak 2 orang setiausahanya. Anuar Bakhri, Setiausaha Politiknya sejak tahun 1990 dan seorang lagi Setiausaha Akhbar Saiba Yaakob.

Jauh di sudut hati ni merasakan seolah-olah Tok Guru kesayangan rakyat ni mula 'melatah' sejak kebelakangan ni. Mungkin agaknya ini satu isyarat daripada Allah SWT bahawa sudah sampai masanya beliau meletakkan jawatan sebagai MB Kelantan yang dipegang selama 19 tahun.

Persoalannya sekarang atas alasan apa Nik Aziz mahu menggugurkan 2 orang pegawainya itu dalam keadaan kontroversi menantunya pun masih belum reda. Bukankah selama ini TGNA lebih rasional dan tidak emosi. Mengapa pada kali ini dia seolah-olah kelihatan tidak konsisten dengan kenyataan dan tindakannya.

Sepatutnya MB Kelantan perlu berlapang dada berhubung dengan isu menantunya. Malangnya apa yang berlaku mutakhir ni jelas menampakkan beliau 'berat sebelah'. Bukankah TGNA pernah sebut bagaimana adilnya pemerintahan Islam yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. sehingga Baginda pernah menegaskan ;

"Sekiranya Fatimah mencuri, nescaya akan aku potong tangannya".

Dalam konteks Ariffahmi, mengapa MB Kelantan berat sangat nak arahkan menantunya berhenti serta-merta. Susah sangat ke nak cari ganti untuk jawatan CEO ni. Rasanya ramai lagi insan yang berkaliber dari Ariffahmi ni. Cadangan saya agar CEO yang baru nanti dipilih dari kalangan individu yang benar-benar berkualiti dan berintergriti. Atau ada sebab lain yang tersembunyi sehingga MB sendiri bersetuju dengan notis 3 bulan itu.

Kadang-kadang ada benarnya juga apa yang Kickdefella sebut sebagai “Nampaknya TGNA begitu hebat bersandiwara. Ariffahmi belum letak jawatan dan tiada rancangan terdekat untuk letak jawatan. TGNA sokong tindakan Ariffahmi menangguhkan perletakkan jawatannya. Apakah sandiwara begini hendak PAS jaja buat mereka yang mengundi PAS. PRU 12 mungkin PRU terakhir buat TGNA tetapi yang pasti bukan terakhir buat PAS. Saya bertahan tidak mahu insiden ini menjadi persepsi pada PAS dan Islam. Tetapi semuanya berakhir disini. Ternyata insan-insan kecil dan kakitangan PMBK tiada bererti buat TGNA berbanding anak beranaknya. Mengapa lagi perlu ada rasa hormat dari insan kecil buat TGNA, parti dan individu yang membelanya ?”

MB Kelantan sewajarnya menerima hakikat dan patut bersyukur dengan pembongkaran penyelewengan menantunya di PMBK. Sepatutnya MB kena tegas dalam hal ini. Ketepikan soal keluarga sebab PMBK ditubuhkan untuk kepentingan rakyat Kelantan. Namun apa yang diharapkan adalah sebaliknya. Memanglah isu penyelewengan menantunya ini sedikit-sebanyak mencalar imejnya sebagai MB Kelantan. Sape pun marah bila Bazaar Tok Guru telah bertukar jadi Bazaar Almenantunya. Dari harga RM40,000 pada asalnya telah dinaikkan oleh Ariffahmi menjadi RM92,000. Yang jadi tanda-tanya kenapa MB Kelantan berdiam diri bila menantunya menaikkan harga lot di bazaar tersebut.

Dan yang terkini pula TGNA bercadang nak gugurkan 2 setiausanya. Dengar khabar SU Politiknya rapat dengan Husam. La... apa salahnya nak rapat dengan Husam. Takkan nak bersahabat dengan Husam pun menjadi satu kesalahan. Apakah TGNA sendiri lupa bahawa dalam pemerintahan Islam bebas dari unsur kronisme. Selama ini kita dok sibuk hentam UMNO pasal kronisme, penyelewengan dan salah guna kuasa. La ni pasai apa TGNA tak mampu bertindak tegas terhadap menantunya.

Di sudut politiknya adalah tidak wajar MB Kelantan menggugurkan 2 pegawainya ini pada waktu kontroversi menantunya masih belum reda. Memanglah tak salah bagi mana-mana MB nak tukar SUnya. Tapi kenapa sekarang ? Kenapa tidak dibuat selepas PRU12 ? Sudah tentu umum akan membuat andaian bahawa pengguguran 2 SU ini mesti ada kaitan dengan isu menantunya di PMBK. Dan secara kebetulan Anuar Bakhri rakan baik Husam. Dahlah umum mengetahui yang Ariffahmi memang marah pada Husam.

Saya tidak berniat nak membela Husam Musa tapi saya yakin beliau jujur, amanah dan tegas dalam menjalankan tugasnya sebagai Exco Kewangan dan Perancangan Ekonomi Kelantan. Sayangnya dalam isu PMBK, MB Kelantan lebih mengutamakan menantunya daripada kepentingan rakyat. Kita tahu priority Husam adalah membela rakyat miskin manakala Ariffahmi pula lebih mengutamakan keuntungan. Nampaknya kali ini Nik Aziz lebih bersetuju dengan menantunya.

Bagi saya untuk meredakan segala kontroversi di Kelantan, adalah lebih baik jika MB Kelantan dan Ariffahmi meletakkan jawatan masing-masing secara serentak dalam tempoh terdekat ini. Mungkin sebelum ini saya bersetuju Nik Aziz meneruskan tugasnya sebagai MB sehingga PRU13. Tapi sekarang begitu jelas isu menantunya benar-benar telah mempengaruhi sikap dan keputusannya, saya kira adalah wajar MB Kelantan juga letak jawatan. Kita semua akui seluruh rakyat Kelantan sayangkan Nik Aziz sebagai Tok Guru mereka, bukan kerana jawatan MB.

Sejujurnya saya mengkritik Nik Aziz atas kapasitinya sebagai MB Kelantan.

Saya hanya sayangkan PAS dan Kerajaan Islam Kelantan.

Wassalam.

Sunday, December 27, 2009

Desak PAS Keluar PR - UMNO Pamer Kebodohan Sendiri

Sejarah telah membuktikan betapa Parti Munafiq Melayu terbesar di dunia (UMNO) ini sanggup melakukan apa saja demi nak mempertahan atau merampas kuasa. Kita tak pernah lupa Peristiwa Memali, Peristiwa Sauk, Pemecatan DSAI, Rampasan Kuasa Di Perak, Pembunuhan Teoh Beng Hock dan banyak lagi perancangan keji UBN demi merealisasikan visi dan misi mereka.

Siang tadi sekumpulan 22 orang telah berhimpun di hadapan Pejabat Perhubungan PAS Selangor bagi mendesak parti itu keluar dari Pakatan Rakyat. Kumpulan kecil yang mendakwa diri mereka sebagai ahli dan penyokong PAS membuat desakan tersebut ekoran rasa tidak puashati terhadap PKR dan DAP yang dilihat membelakangi parti itu.

Persoalannya sapa yang nak percaya dengan kumpulan 22 orang ni. Kalau mereka benar sebagai ahli PAS, nescaya mereka tidak akan bertindak sedemikian. Banyak lagi saluran yang boleh digunakan bagi menyatakan rasa 'marah' terhadap PKR dan DAP. Bukan ini caranya...

Kalau bukan UMNO yang jadi dalang mereka, siapa lagi ? Di sudut politik, UMNO memang mengidam sangat jika PAS bergaduh dan bercerai dengan PR. Jika ini berlaku sudah tentu undi orang Melayu akan berpecah dan akan memudahkan lagi perancangan mereka untuk merampas kembali Selangor negeri terkaya dalam PRU13 kelak.

Kita perlu ingat UMNO memang diserang 'Sawan Babi' bila Selangor hilang dari genggaman mereka dalam PRU12 lalu. Bukan setakat itu saja malah salah seorang ADUN mereka yang terkenal dengan rasuahnya mati tersungkur di mahligainya yang berharga RM 8 juta. Dengar khabar mati akibat diserang sakit jantung. Betul bah itu. Dek kerana terlalu takut dengan segala dosa rasuah dan penyelewengannya, akhirnya jantung 'jame' lalu mampus. Nasib baik si Khir Toyo tak ikut sama kojol.

Mungkin bahasa saya ni agak keras tapi itulah yang sewajarnya bagi puak-puak munafiq yang sedang bermaharajalela dalam UMNO ni. Negara ini dibuat macam bapak mereka punya. Habis segala kekayaan negara dirompak sesuka hati tanpa sebarang sekatan. Yang paling bodoh sekali ialah para pengundi Melayu yang masih dok setia dengan mereka. Dah berpuluh tahun ditipu dan digula-gulakan tapi masih dok gitu jugalah... Tak tahulah saya apa nak jadi dengan orang Melayu yang sokong UMNO dari dulu, kini dan selamanya. Mengaku Islam tapi dalam waktu yang sama mereka bersekongkol dengan golongan yang menentang Hukum Allah (Hudud).

Selama ini orang Melayu tak sedar yang UMNO memang suka kalau mereka terus hidup dalam keadaan susah dan miskin. Hanya dengan cara ini sajalah orang Melayu akan mudah diugut dan diperbodohkan semahunya.

Cara yang UMNO gunakan ini serupa saja dengan cara Yahudi Zionis menguasai dunia. Tengok saja macamana Pentadbiran Washington diperalatkan oleh Yahudi untuk menekan negara umat Islam. Tekanan dan ancaman sekatan ekonomi merupakan cara yang paling popular digunakan oleh Washington untuk menekan negara lain agar tunduk dan patuh pada mereka. Lihat saja bagaimana majoriti pemimpin Liga Arab diperbudakkan oleh Amerika.

Namun kita tetap bersyukur dengan kebangkitan Islam yang berlaku mutakhir ini. Hari ini kita sendiri melihat Republik Islam Iran telah bangkit sebagai salah satu kuasa besar baru dalam Dunia Islam dan digeruni oleh Amerika. Malah banyak negara lain yang mula menoleh ke arah Iran ekoran kejayaan mereka membangunkan Teknologi Nuklear dan Penerokaan Angkasalepas mutakhir ini. Selain Iran, kecemerlangan Hamas memerintah dan mempertahankan Palestin dan diikuti pula kejayaan Hizbullah menghalau tentera rejim Zionis dari bumi Lubnan benar-benar menyebabkan Amerika dan rakan sekutunya Israel lemas dalam diam.

Lihat saja apa yang Bapak Hadhari (Pak Lah) buat pada kita semua sewaktu jadi PM. Kenaikan harga minyak yang menggila sewaktu zaman orang tua ini memang sengaja dibuat kerana kerajaan dah takde duit. Bukan pasal kenaikan harga minyak global. Kalau iya pun pasal kenaikan harga global, mengapa rakyat perlu dibebankan sedangkan negara kita sendiri kaya dengan segala hasil bumi termasuk petroleum.

Sedarlah oleh kerana golongan pemimpin yang jahat dan rasuah memerintah, maka negara kita sekarang berhadapan dengan masalah hutang yang sangat kronik. Jika zaman Mahathir sejumlah RM100 bilion lesap akibat penyelewengan dan salahguna kuasa, RM270 bilion di zaman Pak Lah dan tak tahu pulak berapa ratus bilion pulak akan lesap di zaman Najib-Rosmah sekarang. Sedangkan waktu menjadi TPM dan Menteri Pertahanan saja dah hampir RM 1 billion disapunya.

Saya menyeru kepada seluruh rakyat agar membuat perubahan besar dalam PRU13 kelak. Pada seluruh umat Islam pula, adalah menjadi kewajiban kita segera meninggalkan UMNO demi menyelamatkan 'Aqidah Islam. Sedarlah UMNO memang sebuah parti sesat dan berfahaman Kristian (sekular). Cumanya Majlis Fatwa Kebangsaan saja yang takut nak keluarkan fatwa tentang kesesatan UMNO.

Mahukah kita dihumbankan ke dalam Neraka hanya disebabkan kebodohan sendiri menyokong parti Melayu hapraq ni.

Adios.

Saturday, December 26, 2009

Umat Islam 'Memberhalakan' Pemimpin ...

Bila kita tanya satu soalan "Kamu nak masuk syurga atau neraka ?" pada seluruh umat Islam, pasti mereka menjawab Syurga. Bukan setakat umat Islam saja yang memberi jawapan itu malahan golongan kafir juga.

Saya tidak bercadang untuk menyentuh tentang persoalan ibadah solat, puasa, zakat dan haji. Saya hanya nak sentuh tentang kejahilan politik majoriti umat Islam negara ini sejak dulu hingga ke saat ini. Antara respon yang biasa didengar keluar dari mulut orang Islam adalah seperti berikut ;

- "Mana ada politik dalam Islam sebab politik kotor. Islam bersih. Tak boleh campur"

- "Apa salahnya undi BN sebab yang jadi PM pun orang UMNO dan Islam"

- "Kalau pemimpin rasuah, menyeleweng dan buat salah, mereka yang tanggung, bukannya kita. Kita pilih mereka bukan suruh buat jahat"

- "Kita kena sokong UMNO sebab inilah satu-satunya parti orang Melayu. Kalau UMNO takde, habislah kita sebab orang Cina yang berkuasa"

- "UMNO pun bela Islam. Berapa banyak mesjid dan surau yang dibuat. Anjur Tilawah Al-Qur'an, kutip zakat, Baitulmal, Perbankan Islam dan banyak lagi"

- "Pasal undi ni bukannya dibawa sampai ke Akhirat"

- "Kalau sokong pembangkang, habislah kita nanti tak dapat jalan, bantuan dan subsidi. Anak pun tak dapat masuk universiti, susah dapat kerja"

Persoalannya sekarang mengapa kata-kata sedemikian boleh keluar dari mulut umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Tidak dinafikan salah satu faktor yang menyebabkan pemikiran dan pemahaman umat Islam jadi begini adalah kerana dah terlampau lama diperintah oleh golongan sekular dalam UMNO. Lihat saja sistem pendidikan dan sukatan pelajaran yang diamalkan dalam negara begitu jelas menuruti sebagaimana yang ditetapkan oleh penjajah Kristian British laknatullah.

Cuba ingat sewaktu kita berada di alam persekolahan sekitar tahun 70an dulu, ada tak kita belajar bab Politik Islam di sekolah agama kerajaan ? Memang takde. Yang kita belajar hanyalah tentang perkara asas Fardhu 'Ain, Ibadah, Tauhid, Munakahat, Muamalat, Tajwid. Manakala dalam bab Tauhid kita hanya diajar tentang 20 Sifat Wajib, 20 Sifat Mustahil dan 1 Sifat Harus bagi Allah. Kita juga diberitahu bahawa Syirik itu seperti menyembah berhala dan memuja keramat. Itu sajalah yang kita faham pun selama ini. Dan memang pun kita orang Islam tak pernah menyembah berhala tapi begitu ramai yang "memberhalakan pemimpin" tanpa sedar.

Memberhalakan pemimpin ini sebenarnya takde bezanya dengan perbuatan menyembah berhala. Hanya berbeza di sudut perlaksanaannya saja namun tetap dikategorikan sebagai perbuatan Syirik Jali (Syirik Besar). Boleh jadi kafir. Wana'uzubillah...

Apa yang dimaksudkan dengan memberhalakan pemimpin ini ?

Yaitu perbuatan taat setia dan terus menyokong pemimpin yang beriman dengan toghut (melaksanakan undang-undang ciptaan manusia). Apabila kita terus menyokong pemimpin sebegini, bermakna kita subahat/setuju/redha dengan undang-undang toghut yang digunapakai oleh mereka. Tanpa disedari kita sebenarnya telah menafikan Undang-Undang Allah (Al-Qur'an) sebagai perlembagaan negara ini. Ekoran dari tindakan ini, tanpa disedari kita telah mengambil manusia sebagai tuhan selain daripada Allah. Sebab itulah disebutkan sebagai "memberhalakan" pemimpin.

Kita jangan lupa pemimpin UMNO pernah sebut "Kita tak boleh laksanakan Undang-Undang Islam dalam negara ini sebab masyarakat majmuk". Ada pula yang bercakap "Kalau dilaksanakan Hudud, habislah tangan orang Melayu kudung. Macamana nak buat kerja dan cari makan". Kata-kata begini boleh menyebabkan seseorang itu jatuh kafir.

Apa lagi yang tak jelas tentang kesesatan UMNO ini ?

Dalam konteks ini, yang paling bodoh adalah masyarakat Islam dalam negara yang masih terus setia menyokong UMNO. Di pihak pimpinan UMNO pula tak usah nak dibahas lagi sebab mereka memang dah confirm sesat dan menyesatkan orang lain. Masalahnya apasal kita boleh jadi bangang sangat sehingga tak boleh nampak kesesatan ini. Dah terang-terang depan mata sistem pemerintahan sekular Kristian yang digunapakai tapi kita dok sokong lagi puak-puak sesat ini.

Di mana duduk iman kita pada Allah dan Rasul ?

Apakah selama ini kita ingat Islam tu hanya pada solat,puasa, zakat dan haji saja ? Kalau kita boleh ikut Islam dalam bab solat, puasa, zakat, haji, sembelih ayam, nikah kahwin, harta pusaka, mengapa dalam soal pilih pemimpin dan kenegaraan kita tak nak ikut Islam ?

Ingatlah sebelum nyawa kita berpisah dari jasad, bersegeralah kita meninggalkan parti toghut (UMNO) ini. Jangan dipersiakan segala amal ibadah kita hanya disebabkan kebodohan sendiri. Sebagai orang yang mengaku Islam, adalah menjadi kewajiban kita beriman dengan seluruh isi kandungan Al-Qur'an dan Sunnah. Bahasa mudahnya, segala-galanya mesti ikut Islam. No objection !

Percayalah di Akhirat kelak Allah tidak akan lagi mahu menerima sebarang alasan daripada kita. Sementara masih diberi peluang untuk tinggal di dunia yang fana' ini, marilah kita berhijrah meninggalkan toghut dan kembali kepada Allah dan Rasul-Nya.

Jazakallah.

Thursday, December 24, 2009

Tok Guru Nik Aziz Terkilan ?

Sebagaimana biasa setiap hari saya akan menjengok beberapa websites pilihan hati seperti harakahdaily, malaysiakini, malaysiatoday, themalaysianinsider, aljazeera, reuters, alqassam, blog mso, tulang besi, kickdefella dan lain-lain.

Baru sebentar tadi jengok themalaysianinsider, ternampak tajuk Nik Aziz : PAS kaji semula calon luar tanding di Kelantan. Entahlah terasa macam lain saja bunyinya. Mulalah hati ini tertanya "apakah Tok Guru kesayangan aku ni terkilan dan merajuk dengan pimpinan PAS Pusat kerana tak memberi sokongan padu terhadap isu menantunya dalam PMBK ?"

Seingat saya inilah kali pertama TGNA buat kenyataan sebegini. Sebelum ini memang tak pernah. Mungkin apa yang saya rasakan ini turut dirasai oleh orang lain.

Kalaulah benar PAS Kelantan buat keputusan tak mahu menerima lagi calon dari luar untuk bertanding di beberapa kerusi di negeri itu, nampak gaya Naib Presiden Salahuddin Ayub kena bertanding di Parlimen Tanjung Piai, Johor dalam PRU13 kelak. Begitulah juga dengan Tim Presiden Ustaz Nasruddin Mat Isa (N.Sembilan) dan Dr Hatta Ramli (Perak).

Pada firasat saya, kenyatan ini seolah membayangkan TGNA memang terkilan dengan sikap pimpinan PAS Pusat khususnya dalam isu yang membabitkan menantunya itu. Bila dilihat kepada saranan dan kenyataan yang dibuat oleh PAS Pusat memang jelas mahukan Ariffahmi segera meletakkan jawatannya sebagai CEO. Bukan tunggu sehingga bulan Mac. Seorang lagi Naib Presiden, Hj Mahfuz Omar sendiri buat kenyataan media di Parlimen mendesak menantu MB Kelantan itu segera letak jawatan.

Sepatutnya sebagai Muryidul Am PAS dan MB Kelantan, TGNA perlu tegas dalam menghadapi isu menantunya itu. Takde ruginya jika beliau meminta Ariffahmi segera resign. Memanglah tak dinafikan sebagai bapa mertua, rasa kasih dan simpati pada menantu itu tak salah namun dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan 'political mileage', sewajarnyalah keputusan yang diambil tidak dipengaruhi oleh faktor keluarga.

Semua tahu tentang ketegasan TGNA sebelum ini bila beliau tidak melantik semula beberapa individu sebagai Exco Kelantan kerana berprestasi buruk. Ada di antaranya tidak dipilih sebagai calon dalam PRU12 lalu. Yang hairannya kenapa pada kali ini beliau tidak mampu mendesak menantunya agar segera meletakkan jawatan sebagaimana nasihat Presiden PAS dan rombongannya ketika menemui beliau. Apakah kali ini TGNA lebih mengutamakan keluarganya sendiri ? Harap ianya tidak benar.

Saya kira TGNA tak perlu declare pada media berhubung cadangan PAS Kelantan untuk mengkaji semula calon luar bertanding di negeri itu. Kenyataan sebegini sudah tentu mengundang pelbagai spekulasi. Yang pasti ramai pihak beranggapan tindakan ini adalah susulan daripada isu menantunya dalam PMBK. Memang PAS Pusat sendiri meminta Ariffahmi meletakkan jawatan serta-merta. Bukan tangguh sehingga Mac depan.

Waima apa pun adalah menjadi hak PAS Kelantan untuk menentukan samada calon luar boleh bertanding lagi di negeri itu atau sebaliknya. Kadang-kadang terfikir juga ada baiknya kalau PAS Kelantan tak mahu terima calon luar lagi dalam PRU13 kelak.

Biarlah mana-mana pemimpin PAS Pusat yang nak bertanding, silalah balik ke kawasan masing-masing. Jangan lagi dok mengharap dapat bertanding di kawasan selamat. Buat kerja di tempat masing-masing. Bak kata orang, biar kita jadi 'anak jantan' bertanding di kawasan sendiri. Kalau menang Alhamdulillah tapi kalau kalah Innalillah... puas hati.

Dalam bab bertanding ni, saya secara peribadi respect kat Hj Mahfuz Omar kerana beliau tidak berganjak daripada kawasan sendiri Pokok Sena. PRU10 beliau menang kemudian kalah dalam PRU11. Lepas tu menang balik dalam PRU12 lalu.

Nampaknya isu Ariffahmi ni akan berlanjutan sampai tahun depan. Terkini dia tegaskan akan tetap dengan keputusannya untuk letak jawatan pada bulan Mac 2010. Manakala isterinya Nik Amalina terus membelanya dengan mendakwa apa yang menimpa suaminya berpunca dari angkara fitnah. Sapa yang fitnah sapa ?

Nik Amalina kena berpijak di bumi nyata. Kalau yakin si suami difitnah, kenapa tak dakwa pemfitnah di mahkamah ? Tak usahlah buang masa menulis dalam blog hanya semata-mata nak bela suami. Ekoran tulisan kamu itu membuatkan orang lebih percaya suami mu memang bermasalah.

Lepas tu mengungkit pulak "Mengapa bapa saya saja pertahan PAS ?". Mungkin Nik Amalina keliru dan tak faham agaknya. Justeru kerana sayangkan PAS, maka awal-awal lagi Presiden PAS bersama 4 orang pimpinan pusat pergi menemui MB Kelantan di KB dan menasihatinya agar meminta Ariffahmi segera meletakkan jawatan.

Janganlah dek kerana suami diminta berhenti segera oleh majoriti pimpinan PAS, lepas tu tuduh orang lain tak nak jaga parti. My sincere advice to Nik Amalina, please don't bias. If your husband did something wrong, you should correct him.

Jazakallah.

Tuesday, December 22, 2009

Dr Rosli Letak Jawatan - Sindiran Pada Ariffahmi

Pada logiknya Dr Rosli Allani Abd.Kader tak perlu meletakkan semua jawatannya di peringkat negeri dan kawasan ekoran keputusan Mahkamah Syariah yang memerintahkan dia hidup berasingan dengan isteri mudanya itu.

Namun saya mengucapkan syabas kepada beliau kerana keputusan yang diambil adalah dengan niat untuk menjaga imej PAS walaupun pada hakikatnya apa yang dihadapi itu bukanlah masalah besar. Hanya pasal keputusan Mahkamah Syariah saja berhubung perkahwinannya dengan isteri mudanya. Dan kita yakin perkahwinan dengan isteri mudanya memang sah di sisi syarak.

Persoalannya sekarang di mana maruah dan integriti Ariffahmi yang jelas memang bermasalah dalam PMBK. Takkanlah menantu Nik Aziz ni masih tak boleh belajar daripada sikap dan tindakan profesional yang diambil oleh Dr Rosli ini.

Kalau Ariffahmi masih berdegil tidak mahu meletakkan jawatannnya segera dan masih mahu menunggu sehingga Mac depan, maka jangan marah jika ada pihak terus menuduh bahawa kamu memang gila kuasa dan mendapat pembelaan dari bapa mertua sendiri.

Jika dilihat beberapa kenyataan TGNA sebelum ini berhubung isu menantunya dalam PMBK jelas menunjukkan MB Kelantan ini tidak konsisten dalam isu ini.

Kalau benar Ariffahmi sayangkan PAS Kelantan dan bapa mertuanya, dia mesti letakkan jawatannya sebagai CEO PMBK dengan segera. Malah dia juga perlu letakkan jawatannya sebagai Exco Pemuda PAS Kelantan.

Tolonglah, kami ahli PAS di seluruh negara dah naik meluat dengan isu PMBK di Kelantan ini. Jangan lagi dipanjangkan isu ini. Juga tindakan Nik Amalina yang buat blog sendiri untuk membela si suami yang memang bersalah akan mengundang lebih banyak spekulasi di semua pihak.

Nik Amalina tak perlu nak berselindung dengan menggesa agar seorang Exco Kelantan meletakkan jawatan segera dengan tidak menyebut nama Exco itu. Kami tahu Exco yang dimaksudkan itu adalah Datuk Husam Musa.

Nik Amalina kena sedar bahawa suaminya bukan maksum dan bernafsu besar. Jangan diingat dia tu terlampau jujur dan amanah dalam menguruskan PMBK. Walupun MB Kelantan itu bapa mertuanya sendiri, maka kamu ingat si suami tak pandai nak menyeleweng. Bukan setiap saat Tok Guru nak awasi menantunya. Banyak lagi kerja lain yang perlu beliau fikirkan.

Please Ariffahmi. You must resign now ! We are not trust you anymore....

Sekali lagi saya ucapkan syabas kepada Dr Rosli. You're the man...

Adios.

Sunday, December 20, 2009

Kita Sebenarnya Mahu Negara Ini Musnah ...

Dalam Al-Qur'an, dengan jelas Allah dah bagitau kita semua tentang perangai dan tabiat golongan yang tidak beriman apabila mereka jadi pemerintah.

Dalam Surah Muhammad (47) : ayat 22 ;

(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan jika kamu dapat memegang kuasa kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?

Dalam tafsir H Zainuddin Hamidy, ulama' tafsir menjelaskan dalam ayat ini bahawa orang-orang yang tiada mempedomani ajaran Tuhan itu, jika mereka berkuasa nescaya kekuasaan itu akan dipergunakannya untuk ;
  • melakukan sewenang-wenangnya seperti menahan orang tanpa bukti,
  • mencari keuntungan duniawi untuk diri dan keluarga,
  • memperturutkan hawa nafsu semata-mata,
  • menindas rakyat dan memecah-belahkan kesatuan umat.
Kepentingan bersama, keadilan, kebenaran, kejujuran dan ajaran Tuhan sudah tidak dipedulikan lagi oleh mereka.

Apa yang dijelaskan dalam ayat ini memang dah berlaku pun dalam negara. Ianya berlaku kerana salah kita sendiri yang memilih pemimpin sebegini. Sepatutnya kita sebagai umat Islam dah lama menjatuhkan golongan pemimpin yang jahat dan dilaknat oleh Allah ini namun malangnya majoriti umat Islam yang ada hanya simpan saja Al-Qur'an dalam almari. Kalau dibaca pun hanya untuk dapat pahala dan fadhilat saja tetapi tak pernah berusaha untuk nak memahami isi kandungannya. Ini masalahnya.

Akibat kesilapan kita memilih pemimpin begini, hari ini kita sendiri lihat segala jenis kerosakan berlaku di Malaysia. Di sudut 'aqidahnya, jenayah, sosial, penyelewengan dan rasuah semakin hari semakin kronik.

Manakala di sudut sosio ekonomi pula, rakyat semakin dihimpit dengan pelbagai jenis tekanan hidup termasuk kenaikan harga barang yang melambung tinggi, peningkatan kadar pengangguran dan inflasi, pendapatan semakin merosot ekoran kedudukan ekonomi yang tidak stabil, rakyat dibebani dengan pelbagai jenis hutang yang tidak sepatutnya seperti pinjaman PTPTN (sepatutnya biasiswa) dan pelbagai lagi permasalahan yang tidak pernah surut.

Kerajaan yang ditegakkan melalui pilihan rakyat sepatutnya menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyat tetapi sudah jadi kerajaan zalim dan tak berhati perut. Segala kekayaan negara hasil dari perut bumi bukan dimanfaatkan untuk rakyat seluruhnya tapi banyak dibazirkan pada hal yang tidak berfaedah malah dijadikan rebutan oleh sang penguasa zalim bagi melonggokkan kekayaan untuk diri, keluarga dan kroni. Rakyat terus diperbodohkan dengan segala propaganda murahan.

Sudah 52 tahun mereka memerintah negara namun nasib Bumiputera yang kononnya nak dibela masih juga tidak berubah. Kalau benar mereka ikhlas mahu membela rakyat, dah lama rakyat negara ini dapat hidup dengan sejahtera. Kekayaan yang dimiliki oleh negara ini bukan sedikit.

Segala jenis hasil bumi dan mineral ada namun telah dimilik peribadikan oleh pemimpin yang berkuasa. Kekayaan milik negara dan rakyat bukan disalurkan secara adil untuk kepentingan rakyat tapi hanya berlegar di sekeliling pemimpin yang rakus dan tamak haloba. Golongan yang kaya ditatang bagai minyak yang penuh manakala golongan marhain dianaktirikan. Rakyat hanya dapat hampas saja malahan dirampas pulak hak rakyat seperti biasiswa.

Sedarkah kita apakah tanggungjawab sesebuah kerajaan yang ada dalam dunia ini ? Kita ambil contoh di Peranchis. Pemimpin negara itu cukup takut dengan rakyatnya sebab rakyatnya cerdik. Mereka sedar sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat, mereka wajib menjaga kepentingan rakyatnya. Sedarkah kita seluruh rakyat Peranchis menikmati perkhidmatan perubatan secara percuma. Bukan setakat itu saja malah kerajaan Peranchis menyediakan perkhidmatan 'Mobile Doctor' 24 jam bagi merawat pesakit di rumah masing-masing jika pesakit tersebut tidak mampu hadir ke hospital. Kemudahan ini bukan setakat untuk warga Peranchis saja malah warga asing yang menetap di sana pun layak mendapatkan perkhidmatan yang percuma ini.

Bagi sebuah negara seperti Vietnam yang dikira mundur dan baru nak mengorak langkah untuk maju tapi sudah mampu mengekspot daging beku ikan air tawar ke luar negara. Sepatutnya Malaysia sudah lama mendahului Veitnam dalam industri perikanan air tawar ini. Entah dah berapa kali bertukar Menteri Pertanian namun industri pertanian negara masih di tahap memalukan. Tak payah kita tengok jauh. Pergi saja ke kampung-kampung dan lihat saja nasib para petani kita. Hidup mereka bukannya senang sangat. Hanya sekadar cukup makan.

Lihat saja nasib petani sawah di Kerpan, Kedah. Habis 2,000 ekar tanah sawah mereka dirampas oleh Kerajaan Negeri di bawah Osman Aroff secara paksa untuk projek Ternakan Udang Harimau. Akhirnya terbengkalai. Udang entah ke mana, lepas tu si Osman Aroff ghuyub. Diharap penduduk Kerpan tidak lupa sejarah kezaliman UMNO ini.

Ini berlaku sebab pemimpin UMNO bila nak buat sesuatu hanya menuruti hawa nafsunya saja. Tidak pernah ambil peduli adakah sesuatu dasar atau perancangan yang nak dilaksanakan itu menguntungkan dan memberikan manfaat kepada rakyat atau sebaliknya. Bagi mereka apa yang penting sesuatu yang nak dibuat mesti menguntungkan diri sendiri dan kroni. Jika rugi pun mereka apa peduli sebab bukan duit kocek mereka yang keluar tapi duit rakyat.

Dan hari ini rakyat bertambah malang bila mendapat pasangan iblis sebagai orang nombor 1 negara. Samada mahu percaya atau tidak, kita sama-sama tunggu apa akan jadi dengan ekonomi negara dalam masa terdekat ini. Habis semuanya dibolot oleh Rosmah laknatullah. Tengok saja baru-baru ini ada individu memberi wang sejumlah RM 600 ribu pada si perempuan puaka ni di Dubai. Sudah tentu ada sesuatu yang dimahukan oleh individu yang memberikan wang tersebut.

Kita kena ingat walau si Najib yang jadi PM dan Menteri Kewangan tetapi sebenarnya Rosmah yang membuat keputusan atas dasar ekonomi dan segala projek dalam negara. Jika rakyat masih dungu lagi dalam PRU13, maka kita akan berhadapan dengan situasi yang amat sukar kelak bila ekonomi negara ini musnah.

Jika wang rakyat hampir RM 1 bilion disapu oleh pasangan dajjal ini melalui pembelian pesawat Sukhoi dan kapal selam Scorpene, maka sudah barang pasti segala khazanah negara ini juga akan disapunya untuk diri, keluarga dan kroni. Apa mereka takut untuk merompak segala kekayaan milik negara dan rakyat sebab kebal di sisi undang-undang rimba yang diamalkan. Bukan kita menuduh tapi dah jelas terbukti di depan mata. Dah beratus laporan rasuah dan penyelewengan dibuat oleh pembangkang terhadap mereka yang di atas namun semua laporan itu ditong sampahkan oleh Polis dan BPR. Yang diambil tindakan segera oleh Polis / BPR / SPRM apabila ada laporan terhadap pihak pembangkang dan golongan ikan bilis dalam UBN.

Bagi orang menjawat jawatan PM, TPM, Menteri, MB / Ketua Menteri dari UBN, jangan diharaplah nak tengok mereka ditahan dan didakwa. Kalau ada pun hanya gimik politik saja bagi menipu pengundi UBN yang bangang. Tengok sapa yang jadi kepala dalam Polis, BPR, Jabatan Peguam Negara dan Badan Kehakiman. Bayangkanlah kalau Hakim sendiri pun boleh dijual-beli, apa lagi yang boleh diharapkan dalam sistem keadilan kita hari ini.

Persoalannya, sampai bilakah kita semua nak diperbodohkan oleh mereka yang berkuasa. Apakah mahu tunggu sehingga negara ini jatuh papa kedana atau sehingga Allah SWT turunkan bala bencana besar ekoran kedegilan kita yang terus-menerus memilih golongan pemimpin yang jahat lagi zalim. Apakah masih tidak cukup lagikah dengan apa yang telah berlaku hari ini. Gejala 250 ribu murtad, jenayah berleluasa, kerosakan akhlak yang melanda remaja Islam, kehidupan semakin sukar dengan bebanan kenaikan harga minyak yang disengajakan, kenaikan mendadak harga barang keperluan, inflasi meningkat, pengangguran bertambah dan pelbagai lagi dasar-dasar kerajaan 'iblis' UBN yang nak sembelih kita semua.

Ekoran kebodohan kita sebagai rakyat yang terus-menerus menyokong pemimpin jahat, zalim dan rasuah, akhirnya kita sendiri yang menerima akibatnya. Sebab itu mereka tak pernah takut nak melakukan rasuah dan penyelewengan sebab rakyat yang mengundi mereka boleh diperbodohkan dengan janji-janji manis dan segala propaganda murahan menjelang pilihanraya.

Kepada seluruh umat Islam dan rakyat jelata, marilah kita berganding tangan untuk menjatuhkan UBN dalam PRU akan datang. Tiada jalan lain lagi bagi menyelamatkan negara ini melainkan UBN mesti digulingkan.

Ingatlah, kita semua ada anak, cucu dan keturunan yang bakal mewarisi negara ini. Mahukah selepas ketiadaan kita nanti, anak cucu terpaksa mengharungi hidup yang begitu sukar dalam negara yang diperintah oleh golongan munafiq, perasuah dan zalim ini. Jika sekarang anak orang Islam telah dimurtadkan sebegitu ramai sepanjang 52 tahun UMNO memerintah, apakah ada jaminan 'Aqidah Islam anak cucu kita tidak tergugat jika mereka terus dipilih oleh kita semua sebagai pemerintah.

Sebab itu Islam amat menitikberatkan soal pilih pemimpin ini.

Jazakallah.

Wednesday, December 16, 2009

Pakatan Rakyat Is Still Sleeping

I have been urging Pakatan Rakyat to introduce free wireless Internet in the states they are governing since March 2008 but to no avail. Soon we shall be celebrating the second anniversary of the 12th General Election and still no free wireless Internet in sight.



Raja Petra Kamarudin

Pakatan Rakyat is sleeping and thinks it can win the next general election by doing nothing. I am fed up of trying to convince them about the importance of the Internet to the opposition cause. If Pakatan Rakyat has a death wish then so be it. But just so that I can say “I told you so” when the results of the next general election is announced and Pakatan Rakyat gets sent back to wherever it crawled out from, I want you to see the video presentation below to understand why I am so upset.

Pakatan Rakyat does not seem to understand that it is at a disadvantage when it comes to the mainstream and electronic media and they therefore need the Internet to get their message across to the voters. Ten years ago there were only 280,000 Internet users against eight million voters. Today, the ratio is one-to-one and in time the number of Internet users are going to outnumber the number of voters.

It is plain and simple. He who controls information on the Internet can influence the thinking of the voters. At the height of the Vietnam War, four out of five Americans bought newspapers. Today, it is only two in five because Americans now obtain their information from the Internet.

The number of newspapers sold in Indonesia today is half what it was during the Reformasi days -- at the height of the anti-Suharto era -- in spite of the increase in population. And this is because Indonesians now also depend on the Internet for their news and information.

Rupert Murdock has predicted that by 2030 the print newspaper would be totally replaced by the Internet. So Pakatan Rakyat ignores the Internet at its own peril. Let us just hope that on 19 December 2009 the delegates to the First Pakatan Rakyat Convention will discuss this issue and do something about the matter.

http://www.malaysia-today.net/

Tuesday, December 15, 2009

Skandal PKFZ - Tipu Atau Sapu ?

Sebagai rakyat memang kita pujilah tindakan menahan dan mendakwa beberapa orang di mahkamah ekoran skandal PKFZ ini tetapi persoalannya apakah pendakwaan ini 'seirama' dengan cara pendakwaan yang dibuat dalam kes liwat DSAI, pendakwaan kes bunuh Altantuya dan Norita Shamsudin yang begitu jelas menimbulkan kesangsian.

Pihak kerajaan maupun pihak berkuasa jangan salahkan rakyat jika rakyat sudah hilang keyakinan dengan sistem keadilan dalam negara ini. Bukan takat rakyat saja yang tak caya malah negara luar sendiri pun sudah arif benar dengan perjalanan sistem kehakiman dan keadilan dalam negara kita.

Mana ada manusia yang waras boleh percaya lagi dengan sistem yang ada dalam negara kita hari ini kecuali para pengikut, penyokong dan ahli UMNO yang bebal.

Lihat saja kes pemecatan DSAI dalam tahun 1998. Sudah terbukti Mahathir sendiri mengaku Anwar tak bersalah. Semua pertuduhan hanyalah rekaan semata-mata. Bayangkanlah betapa dahsyatnya sistem keadilan dalam negara ini dipermainkan dengan sewenang-wenangnya oleh sang penguasa yang zalim. Para hakim yang boleh dijual-beli dinaikkan pangkat dengan mudah, sebaliknya para Hakim yang tegas dan jujur dengan tugasnya akan disekat rankingnya.

Begitu juga dalam kes pembunuhan Altantuya. Begitu banyak bukti didedahkan yang melibatkan Najib dan Rosmah tetapi ditutup rapat. Individu yang berani membuat pendedahan diugut, ditahan dan ada yang ditawarkan dengan sejumlah wang yang besar bagi menutup mulut.

Semalam kita 'dihiburkan' dengan pendakwaan bekas pegawai KDSB yang terlibat dengan projek pembinaan PKFZ. Semua orang tahu penyelewengan wang rakyat dalam PKFZ ini melibatkan berbilion ringgit.

Boleh dipercayakah fakta kes yang menyebut tertuduh didakwa atas 24 tuduhan bersama menipu membabitkan RM116.85 juta, menjadi orang keempat yang didakwa dalam skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Yang menimbulkan kesangsian di sini apa bodohnya pihak pengurusan Lembaga Pelabuhan Klang sehingga boleh ditipu beratus juta oleh individu terbabit. Kena tipu ke atau para penyamun dalam LPK ni yang sapu duit tersebut ?

Saya berpendapat beberapa individu yang didakwa atas tuduhan menipu ini adalah mangsa 'kambing hitam' bagi menyelamatkan golongan VVIP dalam UBN. Kita kena ingat pemimpin atasan UBN sanggup melakukan apa saja demi kepentingan kuasa politik mereka. Pembunuhan Altantuya, pembunuhan Teoh Beng Hock, pembunuhan Mustakizah dan banyak lagi kes bunuh yang disenyapkan semuanya melibatkan individu berpengaruh dalam UBN.

Jika benar individu yang didakwa ini mangsa kambing hitam permainan politik keji dan jahat UBN bagi melindungi penglibatan mereka dalam skandal PKFZ, percayalah akhirnya akan terbongkar juga pekong mereka.

Lihat saja kes Teoh Beng Hock. Akhirnya terdedah juga misteri kematiannya apabila pakar patologi Thailand, Dr Pornthip mendedahkan 80% punca kematian Teoh adalah kerana dibunuh.

Seluruh dunia dah tahu dan kenal benar dengan pemimpin negara ini. Penipu, perasuah, penjenayah kolar putih dan zalim terhadap rakyat. Manakala sistem keadilan dan kehakiman dalam negara dah jadi macam undang-undang beruk. Yang berkuasa bebas melakukan apa saja bentuk jenayah dan dijamin kekebalan mereka oleh Law Of The Jungle. Manakala orang bawahan dan rakyat marhain boleh ditahan dan didakwa sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa.

Kesimpulannya, memang sudah tiada keadilan bagi kita sebagai rakyat dalam negara ini. Kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen hanya untuk golongan pemerintah saja. Pelbagai jenis akta sekatan digunakan oleh pemerintah untuk menghalang pembangkang menyampaikan maklumat kepada rakyat. Manakala rakyat yang menyokong pembangkang akan ditakutkan dengan pelbagai cara termasuk ugutan, tangkapan dan pelbagai cara lagi yang tak bertamaddun.

Negara ini akan hancur jika kita terus biarkan golongan manusia celaka jadi pemerintah.

Fikirkanlah sedalam-dalamnya. Kehidupan kita bukan setakat di dunia semata-mata. Disebabkan kebodohan kita memilih pemimpin, akhirnya negara dan generasi keturunan kita menjadi mangsa. Jangan sampai nanti anak cucu kencingkan kubur kita pasal salah pilih pemimpin.

Salam pagi Selasa.

Tuesday, December 8, 2009

Nik Amalina Akui Kelemahan Suami Tanpa Sedar ....

Tindakan Ariffahmi melengah-lengahkan perletakan jawatannya sebagai CEO PMBK hanya akan mengundang lebih banyak kritikan dan tekanan terhadap bapa mertuanya sendiri sebagai MB Kelantan. Apa lagi yang nak ditunggu oleh Ariffahmi ni. Letaklah jawatan segera. Apakah dia sengaja mahu bermain 'politik' dalam isu PMBK atau tidak mahu mengaku kalah dalam perang yang diciptanya sendiri. Agak sedikit musykil di hati kenapa TGNA setuju dengan cadangan menantunya untuk menangguhkan perletakan jawatan sehingga Mac depan.

Tak usahlah nak berselindung dengan pelbagai kenyataan seperti masih ada tempoh notis 3 bulan lagi sebelum resignation. Lepas tu si isteri tersayang pula meluahkan perasaannya dengan menghantar e-mail kepada Dr Mariah dan meminta disiarkan dalam blog MP Kota Raja. Memang wajarlah si isteri membela suaminya walau si suami memang ada 'masalah' dalam menguruskan PMBK sejak kebelakangan ini. Apatah lagi jika suami difitnah.

Persoalannya sekarang apakah Kickdefella memfitnah suami Nik Amalina ? Persoalan kedua, kenapa Nik Amalina ajukan pertanyaan pada Dr Mariah berada di pihak siapa ? Apakah menyebelahi Ariffahmi ? Dan kenapa Dr Mariah tak bela Husam Musa ? Dua soalan 'bonus' Nik Amalina ini dengan sendirinya dia mengakui memang wujud 'masalah' antara suaminya dengan Husam Musa.

Saya kira tak perlu nak dihuraikan lagi kenapa Ariffahmi begitu 'marah sangat' pada Husam hingga bertindak memecat Syed Azidi (Kickdefella). Pemecatan sahabat karib Husam ini sebenarnya sebagai kias dan amaran kepada Husam agar bersiap-sedia untuk digugurkan dari Kabinet Kelantan. Dengan kedudukan sebagai CEO PMBK dan menantu MB, maka dirasakan adalah tidak sukar untuk menyingkirkan 'anak emas' Nik Aziz ini. Cetek sungguh pemikiran Ariffahmi jika beginilah perkiraan politiknya.

Dia ingat Nik Aziz senang-senang nak pecat Husam dari Kabinet Kelantan. Pelbagai program yang Husam lancarkan untuk membela rakyat miskin secara tidak langsung meletakkan dirinya disayangi dan dihormati oleh pelbagai lapisan rakyat di Kelantan. TGNA sendiri perlu akui segala initiatif dan keikhlasan Husam untuk membantu seluruh Wakil Rakyat PAS Kelantan dengan tertubuhnya sebuah syarikat perniagaan bagi mencari dana untuk tujuan mulia itu. Husam sedar bukan semua YB PAS mampu menghulurkan sumbangan peribadi kepada rakyat di kawasan maing-masing. Dengan wujudnya dana dari sumber perniagaan inilah digunakan untuk membantu wakil rakyat PAS agar mampu menyalurkan bantuan kepada masyarakat pada bila-bila masa. Namun usaha mulia Husam menubuhkan syarikat bagi tujuan mencari dana ini difitnah oleh sesetengah pihak untuk kepentingan peribadinya.

Adalah menjadi satu kesilapan besar jika TGNA memecat Husam kerana mementingkan anak-beranaknya sendiri. Dan TGNA sedar rakyat Kelantan akan marah jika Husam disingkirkan daripada kabinet negeri. Ariffahmi perlu sedar yang bapa mertuanya bukan baru sehari dua kenal Husam.

Isu yang berlaku dalam PMBK ini secara tidak langsung mendedahkan siapakah sebenarnya di sebalik tabir yang mahu menyingkirkan Husam dari Kabinet Kelantan. Serangan yang dibuat oleh para blogger upahan dan para kroni anti-Husam memang dahsyat. Kalau tak kuat iman, memang boleh tumbang kita dibuatnya. Macam-macam tuduhan dibuat terhadap Husam. Antaranya kumpulan Erdogan, tuduhan rasuah dan lain-lain. Sehingga ada yang menuduh Husam sebagai munafiq kerana lebih mesra dengan orang kafir DAP daripada orang PAS sendiri.

Walau pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap Exco Kanan ini namun jauh di sudut hati saya meyakini kewibawaan dan integriti Husam sebagai seorang pemimpin masa depan bagi PAS. Kekalahannya dalam pertandingan tiga penjuru untuk jawatan Timbalan Presiden disebabkan 2 faktor utama. Pertama, pecah undi perwakilan. Kedua, permainan politik kroni dalaman PAS sendiri.

Tindakan segera Presiden PAS bersama 4 orang pimpinan kanan pusat pergi menemui Nik Aziz dan menasihatinya agar meminta Ariffahmi meletakkan jawatan segera sudah cukup memberi signal kepada kita siapakah yang sebenarnya bermasalah. Ringkasnya saya sebutkan di sini segala apa yang didedahkan oleh Kickdefella memang benar. Bukan fitnah.

Di pihak Nik Amalina, sudah tentu dia mempertahankan suaminya. Takkanlah dia juga nak 'sembelih' Ariffahmi. Bak kata orang "Buruk-buruk pun, suami sendiri". Apa yang diharapkan agar Nik Amalina belajarlah dari apa yang berlaku ini. Jangan ingat suami tercinta tidak tergamak 'menikam' ayah kita. Walau sudah jadi ahli PAS dan menantu kepada Tok Guru namun itu tidak menjamin suami kita akan terus jujur dan amanah sepanjang masa. Ada ketikanya mungkin dia rasa gah dan hebat dengan jawatan CEO ini sehingga tertipu dengan pujukan dan bisikan syaitan laknatullah yang licik.

Kesian Nik Amalina yang tak tahu apa-apa tapi terpaksa menelan seribu kepahitan ekoran isu PMBK yang menghambat suami tercinta. Sabarlah dik... Ingatlah suami mu tu masih muda. Keinginan nafsu duniawinya (hubud dunia) masih membara dalam jiwa. Biasalah tu jiwa anak muda. Apatah lagi duduk di kerusi CEO. Dia juga teringin nak pakai kereta mewah seperti Mercedes atau BMW. Keinginan nak hidup mewah pasti wujud dalam diri. Kalau tak apa perlunya buat loan bank berjumlah RM 500,000. Sudah tentu jumlah sebesar ini menggambarkan betapa besar nafsunya. Lepas tu bazirkan duit PMBK dengan pelbagai program yang langsung takde faedahnya kepada rakyat. Dengar khabar semua projek dan proposal PMBK yang dirancang sejak kebelakangan ini sudah melencong jauh daripada matlamat asal PMBK. Bukan lagi untuk rakyat marhain tetapi untuk golongan korporat dan orang kaya di sekelilingnya.

Husam sejak awal lagi dah dapat 'menghidu' ada yang tak kena dengan pentadbiran dan pengurusan PMBK ni. Exco Kanan ini memang tegas dan tiada kompromi dalam menentang sebarang unsur kronisme, pembaziran atau salah guna wang untuk perkara yang tidak menguntungkan rakyat. Sebab itu Husam banyak 'musuh politik' di Kelantan. Bukan musuh luar tapi musuh dalaman. Kalau setakat musuh luar dia tak heran sangat. Dan pasal inilah Husam 'hidup menderita' selama 3 tahun.

Benarlah kata kebanyakan orang. Walau dah jadi ahli PAS tetapi perangai UMNOnya masih tak hilang dan terbawa-bawa ke dalam jamaah. Salah satunya gila kuasa. Sebab itulah sampai sekarang 'masih sayang' dengan kerusi CEO PMBK.

Udah-udahlah tu...Ariffahmi. Semua orang dah tahu 'tembelang' enta. Jangan suka menuding jari ke muka orang lain bagi menyembunyikan kesalahan dan kelemahan sendiri.

Wassalam.

Monday, December 7, 2009

Mabuk Arak Punya Hal...

Pada hari Khamis lalu (3 Dis) saya pulang sekejap ke rumah bapa mertua di Kg Himbaan, Ranau. Perjalanan dari Telipok mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit.

Saya tak nafikan jalan menuju ke rumah mertua saya memang berbukit dan berliku. Ada setengahnya kecerunan jalannya 45 darjah. Dulu memang jalannya teruk dan bergrabel. Tapi sekarang sudah diturap walau belum siap sepenuhnya. Baru je. Adalah sebulan agaknya.

Dalam perjalanan dari pekan Bundu Tuhan menuju ke Himbaan, tiba-tiba saya ternampak sebuah van terperosok di sebelah kiri jalan (gambar). Heran juga saya melihat kedudukan van Toyota Liteace tu. Yang terjunam bukan kepalanya tetapi pungkoknya.

Bila saya sampai di rumah mertua, anak saya bagitau dia terjumpa kemalangan yang baru berlaku ni sewaktu dalam perjalanan pulang dari Ranau. Waktu dia sampai di tempat kejadian, ada beberapa orang sedang berusaha mengeluarkan pemandunya. Kata anak saya lagi punyalah kuat bau arak dari mulut pemandu yang luka-luka di kepalanya. Bukan takat itu saja, jalannya pun terhoyong-hayang bila dah dikeluarkan dari van.

Inilah akibatnya jika minum "Air Iblis". Saya berlawak dengan anak saya sambil bagitau alangkah baiknya jika van itu terus terjunam ke dalam gaung yang dalamnya kira-kira 150 meter ke bawah sebab ianya akan 'menguntungkan' pemandunya. Mati dalam keadaan bergaya mabuk arak dan terus berkubur di situ.

Lambakan arak di Sabah ni memang satu perkara biasa. Just name it. Segala brand arak ada. Samada yang dikilang di Malaysia, diimpot dan buatan sendiri. Yang dibuat sendiri terkenal dengan nama "Liheng". Saya pernah diberitahu yang Liheng ni memang power. Sapa yang minum banyak memang lentok anjing punya. Tak boleh bangun...

Inilah akibatnya bila negeri diperintah oleh puak bangsat UMNO. Macamana hebatnya Najib di Pusat, begitulah hebatnya Musa Aman di Sabah. Bagi mereka arak tidak perlu diharamkan sebab ianya minuman kegemaran orang bukan Islam. Yang penting para penggemar arak akan terus memberi sokongan kepada UBN dalam setiap pilihanraya.

Begitulah juga dengan golongan murtad yang ada dalam negara. Angka 250 ribu yang disahkan murtad akan menguntungkan UBN kerana golongan ini pastinya akan memberi undi pada mereka dalam PRU.

Dan pernah berlaku satu kes di Sabah di mana seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita Kristian Filipina di sebuah gereja di Keningau sedangkan dalam waktu yang sama lelaki ini sudah lama berkahwin dengan seorang wanita Islam dan ada 2 orang anak. Dan lelaki celaka ini telah dijumpai mati ditembak dalam keretanya beberapa tahun yang lalu. Saya dimaklumkan oleh seorang kenalannya bahawa si mendiang ini memang tak pernah sembahyang dan kaki minum. Lebih mengejutkan saya bila dimaklumkan ada seorang adiknya pernah murtad masuk Kristian, lepas tu masuk Islam balik dan tak tahulah seterusnya...

Terfikir juga di benak hati saya bahawa lelaki yang dah mampus ini mungkin dah lama murtad sejak zaman bujangnya lagi cuma tak nampak saja. Wanau'zubillah.

Jika dibiarkan terus puak-puak UMNO bangsat ni terus berkuasa, adalah tidak mustahil kita akan lihat nanti ada pasangan yang berkahwin campur agama macam pelakon Indonesia yang terkenal dulu si Jamal Mirdad (Islam) berkahwin dengan Lydia Kandau (Kristian). Di Indonesia memang perkahwinan sebegini dibenarkan sejak zaman Sukarno dan dilindungi oleh Undang-Undang Pancasila Indonesia. Lihat saja apa yang berlaku dalam masyarakat Islam Indonesia ketika ini. Majoritinya hanya tinggal Islam pada nama saja.

Sebab itulah Allah SWT turunkan pelbagai jenis bala bencana di Indonesia. Antaranya pembunuhan umat Islam di Ambon, gempa bumi, letupan gunung berapi dan tsunami.

Mahukah kita negara ini menerima bala sebagaimana Indonesia ? Jangan ingat Malaysia tidak boleh kena gempa bumi. Kita jangan lupa bahawa Allah Maha Berkuasa melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya. Kun fayakun.

Sekian untuk renungan.

Salam petang Isnin.

Sunday, December 6, 2009

Nik Aziz : UMNO Dalam Keadaan 'Lemas'

Ahli dan penyokong PAS yang penuh sesak membanjiri Dewan Ustaz Fadhil Noor, di Markas PAS di Taman Melewar malam tadi beramai-ramai menyatakan sokongan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus memimpin Kelantan.

Sebelum menteri besar itu menyampaikan ucapan, pengerusi majlis, Tarmizi Mat Jam meminta lebih 1,000 hadirin supaya bangun dan dewan tersebut bergema beberapa kali dengan laungan"Kita Sokong Tok Guru Nik Aziz" dan "Sokong Tok Guru" dan diiringi laungan takbir sebanyak tiga kali.

Tarmizi yang juga naib yang dipertua PAS Batu mengetuai acara tersebut pada kira-kira jam 11 malam sebelum Nik Aziz menyampaikan ucapan bersempena menyambut perayaaan jubli perak PAS kawasan tersebut.

Laungan itu berlangsung selama lima mini, yang turut disertai beberapa pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat antaranya, ahli jawatankuasa PAS pusat, Mohamed Hanipa Maidin; yang dipertua PAS Batu, Ishak Surin; ahli parlimen Batu, Tian Chua; pengerusi Kelab Penyokong PAS India, Balasubramaniam serta bekas pemimpin PAS Hassan Shukri dan Subky Latif.

Tarmizi berkata, ia sebagai kesinambungan kepada sokongan rakyat Kelantan yang ditunjukkan kepada Nik Aziz Jumaat lalu.

Beliau berkata, pada mulanya pihaknya bercadang mengedarkan lilitan kepala kepada hadirin - seperti yang dilakukan oleh penyokong menteri besar di Kelantan, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, jelasnya, hasrat tersebut tidak kesampaian ekoran kesuntukan masa untuk menyiapkan lilitan tersebut.

Nik Aziz yang juga pesuruhjaya Kelantan dilihat tersenyum dan gembira dan kemudiannya kelihatan bersemangat untuk menyampaikan ceramahnya.

Semangat berucap

Dalam ucapannya, beliau menyifatkan Umno kini berada dalam keadaan "lemas" dalam usaha mereka untuk merampas semula Kelantan dari PAS dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang lain.

Katanya, walaupun menyedari mereka berada dalam keadaan begitu, Umno masih "meraung-raung" dengan pelbagai cara bagi mencapai cita-cita mereka mengambil semula negeri itu.

"Oleh kerana mereka dalam keadaan lemas, mereka meraung-raung bermacam-macam, termasuk tuduhan yang dilemparkan kepada saya.

"Dia (Umno) tengok saya berserban, tidak pandai memerintah negeri dan saya pakai jubah tak tahu apa-apa pun. Jadi tuduhan itu macam-macam. Dia tahu bahawa dia sedang lemas.

"MCA (sekarang) kacau bilau sedangkan MCA jadi tongkat (BN) sebelah kanan. MIC, jadi tongkat kiri, kini jadi kacau bilau. Oleh kerana tak tahu nak buat apa, mereka lempar tuduhan kepada saya," kata Nik Aziz.

Nik Aziz mengulas mengenai situasi politik terkini yang hadapinya termasuk demonstrasi yang dianjurkan oleh Umno minggu lalu yang mendesak beliau melepaskan jawatan berhubung isu doanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
'Umno lemas'

Dalam ceramahnya malam tadi itu, Nik Aziz berkata Umno kini berada dalam keadaan 'lemas' dengan memberikan beberapa situasi dalam politik parti itu, antaranya Umno Terengganu berpecah kepada dua kumpulan dan krisis di Perak di mana berlakunya usaha perebutan merampas kerusi speaker DUN.

Mursyidul am PAS itu juga mengumpamakan Umno sebagai seorang 'datuk yang cuba memujuk cucunya yang tidak mahu berhenti menangis setiap pagi'.

"Oleh kerana mahu cucunya senyap (dan) tidak menangis, dia kata, burung, burung, Nik Aziz, Nik Aziz," katanya, yang membuatkan kira-kira 1,000 hadirin ketawa dan memberi tepukan .

Menurut Nik Aziz, Umno juga berada dalam keadaan terdesak apabila mereka membuat rayuan menangguh pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong.

"Kota Siputeh itu kawasan dia. (Ia) telah dikosongkan oleh speaker dan mahkamah bersetuju (bahawa) speaker ada kuasa penuh (untuk isytihar kerusi itu kosong).

"Speaker itu umpama pengadil dalam perlawanan bola sepak. Kalau (keputusan) pengadil boleh dibantah lagi, tak main bola lah, kita panggil berlaga betih lah," kata Nik Aziz yang mencuit hati para hadirin.

"Keputusan speaker kita nak tolak macam mana, dia raja. Dalam DUN dan parlimen, speaker adalah raja. Dalam padang bola pengadil jadi raja. Begitu logiknya," tambahnya.

Program BTN

Menurut pesuruhjaya PAS Kelantan itu, Umno juga kini berada dalam keadaan 'lemas' apabila terdapat pendedahan yang mendakwa program anjuran Biro Tatanegara (BTN) mempunyai unsur perkauman.

"Kerja dia bertahun-tahun, hilang sekelip mata kerana rahsia BTN ini bukan untuk menyelamatkan negara tapi nak kata orang Melayu (untuk orang) Melayu dan orang Cina (untuk orang) Cina," katanya.

Setakat ini, kerajaan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang mengarahkan pegawai dan kakitangannya supaya tidak menghadiri kursus anjuran biro tersebut.

Mengulas isu doanya supaya Allah membetulkan pandangan Najib yang juga presiden Umno berhubung isu royalti minyak kepada Kelantan, Nik Aziz berkata, adalah untuk menjadi tugas orang yang dizalimi berdoa kepada Allah agar mendapat haknya kembali.

"Buat apa perkara yang jahat atas muka dunia, musnahkan. Lepas tu marah. Habis nak cakap macam mana lagi, nak tolong orang jahat. Ya Allah tolong lah orang jahat, mana boleh.

"Beliau (Najib) nak beri (royalti) beri. Kalau tak beri, beliau berdepan dengan kemusnahan," katanya,

Bahkan, kata Nik Aziz, doa orang kafir yang dizalimi mustajab disisi Allah SWT.

- malaysiakini

Friday, December 4, 2009

Keropok Udang Rota Ada Lemak Babi !

Baru-baru ini saya ada menerima e-mail daripada sahabat yang memaklumkan sejenis makanan ringan keluaran Malaysia dikenalpasti mengandungi lemak babi.

Kepada seluruh umat Islam, khususnya para ibubapa yang suka membelikan anak mereka makanan ringan (Junk Foods), jangan lagi membeli Keropok Udang Rota (gambar).

Sila buat semakan pada bungkusan makan ringan yang dibeli pada bahagian "RAMUAN". Jika ada tertulis kod E001, sila buangkan saja. Jangan dimakan atau diberi pada anak.

SILA INGAT KOD INI :

E001 - Contains Of Pig Fat

Semuga kita sama-sama menyelamatkan keluarga daripada termakan benda yang haram.

Jazakallah.

Doa Tok Guru vs Regim Najib Rosmah

Najib dan Rosmah sekali lagi akan berhadapan dengan serangan dari dua sudut. Jika rakyat melakukan perubahan besar dalam PRU13, kita akan pastikan pasangan ini dan seluruh penyangak dalam negara akan dihadapkan ke muka pengadilan. Biar seluruh rakyat tahu siapa mereka sebenarnya. Enough is enough. Negara ini adalah milik rakyat. Bukan milik kepala bapak mereka.

Pertama, kes pembunuhan Altantuya sekali lagi menghantui diri pasangan No.1 negara. Seluruh dunia dah tahu memang pasangan iblis ini terlibat secara langsung dalam pembunuhan terkejam ini. Adik kandung Rosmah sendiri mendedahkan yang si perempuan puaka inilah yang mengarahkan pembunuhan Altantuya. Namun segalanya cuba ditutup rapat oleh pasangan ini dengan memperalatkan Peguam Negara, Polis dan Mahkamah. Juga mengugut individu yang cuba mendedahkan fakta kes pembunuhan ini. Yang diugut termasuklah RPK dan PI Balasubramaniam.

Semalam, SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) mendesak agar proksi Najib yang terlibat mengubah Akuan Bersumpah Bala disiasat. Selain desakan ini, 3 pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat menamakan Datuk Mohamed Nazim Razak dan seorang peniaga permaidani Deepak Jaikishan sebagai dua individu utama yang perlu disiasat.

Bak kata orang, kalau dah bangkai tu... bangkailah juga. Ditutup macamana pun tetap berbau juga. Dan inilah yang terjadi kepada Najib dan Rosmah. Dengan kuasa yang ada di tangan, mereka dengan sewenang-wenangnya memperalatkan seluruh jentera kerajaan untuk menyembunyikan 'kebusukan' ini. Manakala rakyat negara ini boleh terus diperbodohkan dengan permainan licik laporan media mereka. Bagi rakyat yang berani pula, Polis digunakan untuk mengugut dan menahan golongan rakyat yang merdeka jiwanya dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan palsu bagi menghalalkan tindakan keji sang penguasa bangsat.

Sebagai rakyat, kita semualah yang bertanggungjawab terhadap masa depan negara ini. Jangan salah memilih dalam PRU13 nanti. Takkanlah tak sedar lagi dengan segala kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam negara. Bukan setakat itu saja malah sudah ramai yang dibunuh demi kepentingan kuasa politik mereka. Sebagai Muslim, jangan kita persiakan segala amal ibadah kita selama ini dengan terus menyokong UMNO yang sesat ini.

Kedua, isu royalti minyak dan gas Kelantan.

Pagi tadi puluhan ribuan penyokong MB Kelantan berhimpun sejurus selesai Kuliah Pagi Jumaat di Kota Bharu. Ribuan rakyat Kelantan yang berhimpun ini menyatakan sokongan padu mereka terhadap TGNA atas isu Doa Bala.

Dalam ucapannya, TGNA menegaskan "Kita doa sampai pecah perut".

Tidak dinafikan kenyataan tegas MB Kelantan ini pastinya menggoncang ketenteraman Najib dan bininya. Perlu difahami secara mendalam apakah di sebalik ketegasan Nik Aziz dalam mempertahanan hak rakyat Kelantan berhubung isu royalti ini.

Ketegasan Nik Aziz ini amat wajar bagi memberi 'pengajaran terbaik' kepada Rejim Zalim UMNO yang sedang berkuasa hari ini. Jangan sewenang-wenangnya melanggar undang-undang dan perjanjian dengan niat jahat untuk merampas hak Kerajaan Negeri dan rakyat Kelantan. Sejarah penarikan semula royalti minyak di Terengganu sewaktu PAS memerintah membuktikan betapa jahatnya pemimpin UMNO ini.

Diyakini tindakan MB Kelantan ini bukanlah hanya semata-mata untuk kepentingan negerinya saja malah untuk kebaikan negeri lain dalam Persekutuan. Jika Kelantan berjaya mendapatkan hak royaltinya, maka sudah tentu ianya menjadi teladan kepada yang lain. Secara tidak langsung bagi menyedarkan golongan munafiq UMNO yang telah terbukti menjadi pengkhianat terhadap Islam, orang Melayu dan negara.

Ayuh, mari kita semua berdoa agar UMNO dan pimpinannya dileburkan oleh Allah dengan segera. Kejahatan, kekejian dan kezaliman UMNO selama ini sudah mencapai tahap melampaui batas.

Memang UMNO lebih jahat dan keji dari golongan Yahudi dan Nasrani.

Salam Juma'at.

Wednesday, December 2, 2009

Obama Takes Gamble With New Afghan Strategy

WASHINGTON (Reuters) - U.S. President Barack Obama's plan to rush 30,000 more troops to Afghanistan may be too little, too late as domestic pressure grows to withdraw altogether.

Experts said Obama's plan unveiled on Tuesday is a bold gamble as he contends with a weak Afghan government and growing skepticism both from his own Democratic Party and the American public over whether the eight-year war is winnable anyway.

"It is in a way shock therapy for Afghanistan. It is a bold approach and there is no guarantee of success," said former CIA analyst Bruce Riedel, who oversaw Obama's March review of U.S. strategy for Afghanistan and Pakistan.

Sending more troops is a tough sell for Obama domestically amid growing pressure to give a fixed timetable for soldiers to come home, particularly as the United States tries to get out of the deepest recession since the Great Depression.

"Wars tend to consume presidencies and this is now Obama's war," Riedel said.

Obama is making clear the U.S. commitment to Afghanistan is not "open-ended" and, while not offering fixed timetables or dates, officials said the aim is for U.S. troops to start coming home by July 2011.

Several analysts said it was a dangerous game to speak of any sort of exit strategy at this point. It could backfire by emboldening the Taliban and annoying ally Pakistan, which fears Washington will cut and run as the Soviets did in Afghanistan.

"If he (Obama) spends the majority of the time talking about off-ramps and an exit strategy, then we risk the benefits of those extra troops," said Lisa Curtis of the Heritage Foundation thinktank.

"He is signaling to the enemy that it is just a matter of time before we leave."

PRESSURE ON KARZAI

With about 100,000 U.S. troops now set to be in Afghanistan by next summer, Obama is also taking a tougher line with Afghan President Hamid Karzai, whose legitimacy was compromised in August's fraud-plagued election.

U.S. officials, including Obama, have told Karzai they expect him to do more to fight corruption, govern better and speed up training of Afghan security forces so they can take over from international troops.

In his conversation with Karzai on Monday, Obama said U.S. efforts in Afghanistan would be measured against goals over a two-year period and clear benchmarks are expected to be set with the weak Afghan leader.

The Obama administration has had a prickly relationship with Karzai, who has in turn blamed the West for some of his country's corruption problems,

In recent months, U.S. officials have been looking at how to work around Karzai if needed, focusing on provincial and local leaders with a record for fighting corruption and tying civilian aid to a better performance by his government.

Several analysts suggested Obama could have used additional troops as leverage, staggering their arrival according to how much progress is made by Karzai.

"I hope that Obama recognizes if you put more troops into protecting a government that continues to be perceived as predatory and abusive, then we are really in real trouble," said Caroline Wadhams of the Center for American Progress.

Afghan expert Alexander Thier said Obama's decision to send in troops quickly was a good one but there needed to be measurable progress within 18 months in key areas such as security, tackling corruption and rebuilding agriculture.

No matter which benchmarks are used to measure progress, analysts said Obama must be able to show some signs of success by next summer ahead of November's midterm congressional elections where Republicans will cash in on any war failure.

"There is a clock ticking," said Brian Katulis of the Center for American Progress. "The real timeline is trying to get a sense of some progress by next summer. Otherwise you are looking at a very ugly political situation back home."

Christine Fair, a professor at Georgetown University's Center for Peace and Security Studies, questioned why the United States still had forces in Afghanistan and was pessimistic about Obama's plan working.

"I think everyone realizes that this is not about picking a winning solution versus a losing solution but optimizing a bunch of really bad options," she said.

Source : Reuters

Tuesday, December 1, 2009

Doa Bala Untuk UMNO Laknatullah...

Bila agak reda isu di Kelantan, kini UMNO menukar rentak tarinya dengan memainkan isu "Doa Bala Nik Aziz". Diyakini golongan Munafiq UMNO yang memang dah sedia bebal dalam bab agama sejak azali lagi akan mempergunakan setiap ruang yang ada untuk memutar-belitkan kenyatan MB Kelantan itu bagi meraih sokongan rakyat. Bagi pihak rakyat yang menjadi ahli dan penyokong UMNO sudah tentu akan marah dengan TGNA kerana tak patut berdoa' macam itu.

Kemudian ditambah pula dengan kenyatan mengelirukan Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak yang kadang-kadang bertukar jadi pengampu. Mungkin ramai lagi para Mufti penjilat akan membuat kenyataan selepas ini. Masing-masing berkokok membodek pemimpin atasan. Timbulnya juga pertanyaan, mengapakah para Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan tak berani keluarkan fatwa yang menyebut "UMNO adalah sebuah parti yang berfahaman sesat". Teringat saya akan kata-kata Ustaz Ismail Kamus "Alfulus sufid dunia Walmampus fil akhirat".

Perlu difahami, TGNA sebut jika PM Najib dan UMNO sengaja berniat jahat tidak mahu membayar royalti minyak dan gas kepada Kelantan, maka beliau akan berdoa semuga Allah melaknati perbuatan niat jahat tersebut. Dan hari ini beratus orang dipercayai terdiri daripada ahli dan penyokong UMNO berhimpun untuk membantah isu doa tersebut. Pandai pulak mereka takut bila dengar Tok Guru nak doa macam itu.

Apa lagi yang tak jelas pasal kejahatan UMNO ni. Tengok saja apa yang dibuat pada Terengganu sewaktu PAS memerintah. Serta-merta royalti ditarik dan ditukar kepada wang ihsan. Kita nak tanya jenis apakah manusia UMNO ini. Mengaku Islam dan membela Melayu tetapi sanggup mengkhianati sebuah negeri yang berpenduduk 95% Melayu Islam. Tidak munafiq lagikah namanya jika sengaja melanggar perjanjian yang telah lama dimeterai antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Terengganu.

Saya memang sokong 1000% cadangan Tok Guru nak laksanakan doa itu jika Najib dan UMNO sengaja mengkhianati rakyat Kelantan. Cadangan saya agar Tok Guru lancarkan Solat Hajat Perdana sebagaimana biasa jika Kerajaan Malaysia enggan membayar royalti minyak dan gas kepada Kerajaan Negeri.

Pengkhianatan UMNO terhadap agama Islam, umat Islam, rakyat dan negara ini sudah tidak boleh dimaafkan lagi. Sudah sampai masanya kita umat Islam sentiasa berdoa semuga Allah melaknati seluruh pemimpin UMNO dan menghancur-leburkan UMNO itu sendiri. Bagi umat Islam yang terang hatinya akan nampak dengan jelas betapa pemimpin UMNO ini lebih jahat dan keji daripada Yahudi dan Nasrani. Kalau puak-puak ni mampus, jangan ada di kalangan kita yang kasih pada Allah dan RasulNya sembahyangkan mayat mereka. Setakat ziarah begitu saja, lepas tu balik. Biarlah penyokong mereka saja yang solat jenazah.

Memang tulisan saya ini agak keras dan tiada kompromi. Mungkin ada yang akan tuduh saya ekstrimis. Ini bukan masalah ekstrim atau tidak. Tapi ini adalah perintah Allah. Allah melarang kita menyembahyangkan mayat golongan Munafiq ini. Seorang sahabat saya lepasan Al-Azhar Mesir pernah beritahu bukan setakat kita dilarang solat jenazah malah berdiri atas kuburnya pun tak boleh.

Rasulullah sendiri pernah ditegur oleh Allah apabila mengimami solat jenazah Abdullah bin Ubay (Bapa Munafiq Madinah). Sebenarnya Baginda tahu memang tak boleh sembahyangkan jenazah puak munafiq ini. Rasulullah sudi jadi imam sebab ingin menunaikan permintaan si anak yang beriman kepada Allah dan Rasul. Pembaca boleh cari sendiri ayat Qur'an tentang peristiwa ini. Perlu difahami peristiwa ini berlaku adalah sebagai peringatan dan pengajaran kita semua. Bukahkah Rasulullah S.A.W. itu adalah sebaik-baik contoh ikutan bagi seluruh umatnya.

Merujuk kepada fatwa Ulama' "Jalan mudah untuk menjadi kafir apabila memisahkan agama dengan politik". Jadi tak salahlah kalau kita sebut "UMNO Kafir" sebab memang dah terbukti pun sejak merdeka lagi UMNO berkiblatkan Fahaman Sekular Kristian yang memisahkan agama dengan politik. Ini disahkan sendiri oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Yang heran tu bila kita kata UMNO munafiq, mereka tak berapa kisah. Tapi bila disebut kafir, punyalah marah puak-puak bebal ni. Nak marah buat apa. Dah hangpa sendiri pilih fahaman kafir (sekular) sebagai pegangan. Sapa suruh. Pemimpin sesat dah satu hal. Lepas tu yang jadi pengikut pun turut sama sesat. Disuruh mengaji malas. Yang dia dok faham Islam tu hanya pada solat, puasa, zakat dan haji je.

Cuba kita tanya kat puak-puak ahli dan penyokong UMNO, pasai apa mereka bernikah bila nak kahwin dan sembelih ayam sebelum dimakan sedangkan mana ada disebut dalam Rukun Islam. Tentu mereka akan jawab sebab ikut hukum Syara'. Lepas tu cuba tanya pulak kenapa tak nak ikut Hukum syara' dalam soal pilih pemimpin ? Kalau mereka jawab mana ada politik dalam Islam, bagikan penampar sekali supaya hilang bodohnya. Lepas tu tanya apa tujuan Rasulullah S.A.W. berhijrah dari Mekah ke Madinah ?

Tidak dinafikan memang amat sukar berhadapan dengan golongan munafiq ini. Di hadapan para penyokong, mereka akan kata merekalah sebenarnya yang memperjuangkan Islam. Buktinya mereka bina mesjid, urus orang pergi Haji, tubuh Bank Islam, pinjaman Islam, IKIM, JAKIM, Pusat Islam dan macam-macam lagi. Mungkin tak lama lagi ini akan ada pulak Zoo Islam. Jika ada yang nak tengok unta pakai tudung, bolehlah melawat ke zoo ini. Di pihak penyokong pula pastinya percaya dengan kata-kata mereka ekoran kejahilan sendiri tidak memahami apa erti Islam yang sebenar.

Inilah salah satu kejayaan besar Yahudi dan Nasrani dalam menyesatkan umat Islam di seluruh dunia. Mereka tak suruh kita masuk agama mereka. Memadai hanya mengambil dan mengguna-pakai sistem mereka. Dua musuh besar ini sedar dengan terlaksananya sistem mereka, secara tak langsung umat Islam dah masuk ke dalam perangkap dan akhirnya tanpa disuruh kita sendiri mempertahankan sistem mereka. Hasilnya lahirlah sebuah generasi yang Islam pada kulitnya manakala isinya Yahudi dan Nasrani.

Firman Allah dalam Surah Ali Imran (3) : ayat 100 ;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تُطِيعُوا فَرِيقًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.

Sebab itu hari ini kita lihat pemimpin UMNO sendiri menentang perlaksanaan Undang-Undang Allah (Al-Qur'an). Pelbagai alasan dangkal dan bodoh diberikan. Dan inilah bukti di depan mata kita semua betapa dahsyatnya penentangan oleh anak didik Yahudi dan Nasrani ini terhadap Islam sedangkan penjajah dah lama merambus dari tanahair.

Dan penarikan semula royalti minyak di Terengganu sewaktu PAS memerintah adalah salah satu tektik jahat dan keji yang dilakukan oleh UMNO bagi menghalang Islam terus berkembang. Sebab mereka tahu PAS bawa Islam. Sebab itulah ditariknya royalti bagi menyukarkan lagi pentadbiran kerajaan Negeri oleh PAS.

Kita jangan lupa semasa parti pembangkang PBS memerintah Sabah, bayaran royalti minyak terus dibayar oleh Kerajaan Pusat sebagaimana biasa. Mengapa bila PAS memerintah Terengganu, royalti ditarik ? Takkanlah masih tak jelas lagi pada kita siapa UMNO sebenarnya.

Sebab itulah saya katakan golongan munafiq ini lebih jahat dari kafir. Jika mereka mampus, mayatnya tidak layak disembahyangkan. Lepas tu jangan ditanam di Tanah Perkuburan Islam. Kena tanam di tempat lain.

Baru-baru ini isteri saya bagitau ada seorang guru perempuan beragama Kristian mengadu "Kak, saya heran tau kenapalah bini PM Najib tu tak pakai tudung. Patutnya dah tua macam tu pakailah. Saya memang benci tengok muka dia". Jika orang Kristian boleh mempertikai Rosmah yang tak bertudung, di mana letaknya kepala otak wanita-wanita UMNO yang mengaku Islam... Jangan besok dah dihumban ke dalam Neraka, baru nak menyesal...

Semakin hari semakin terserlah kesesatan UMNO dan pemimpinnya. Benarlah kata Ustaz Shahril Long "Maki UMNO dapat pahala......" Seorang sahabat saya pula memanggil puak-puak UMNO ni sebagai "Syaitan Kabir".

Marilah kita berdoa "Ya Allah, Kau hancurkanlah UMNO bersama pemimpinnya sekali..." Seterusnya pembaca karanglah sendiri isi doa ini.

Marilah kita duduk bersama dalam Perjuangan Islam. Mudah-mudahan Allah menerima ibadah dan mengampuni segala dosa kita. Dan di Padang Mahsyar kelak Rasulullah mengenali kita semua dan mengakui sebagai umatnya.

Jazakallah.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger