Friday, July 31, 2009

UMNO Pembawa Bala' Dalam Negara ?

Mustakizah Jaafar, Norita Samsudin, Altantuya Shaaribu adalah mangsa kekejaman kerakusan kuasa ahli politik dalam negara ini. Tak perlu nak disembunyikan fakta ini. Seluruh rakyat malah seantero dunia tahu akan hal ini. Ketiga-tiga wanita muda ini dibunuh kerana dibimbangi akan menggugat kedudukan dan kuasa politik individu tertentu.

Mereka mati tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya. Kematian mereka juga menimbulkan seribu tanda-tanya di dalam benak fikiran keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan rakyat seluruhnya. Sehingga ke saat ini PDRM yang kononnya antara pasukan yang cekap dalam dunia tetapi tak mampu mencari siapakah pembunuh ketiga-tiga wanita muda yang malang ini.

Hari ini kita dikejutkan pula dengan kematian Teoh Beng Hock, SU Politik kepada seorang Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Mayat mendiang ditemui di atas bumbung tingkat 5. Mendiang jatuh dari Pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14. Persoalannya, bagaimana dia boleh jatuh dari pejabat tersebut ? Adakah dia dibunuh dan siapa pembunuhnya ? Atau membunuh diri ? Bolehkah diterima oleh akal orang yang mahu berkahwin pada keesokan harinya boleh bertindak menamatkan hidupnya ? Hampir mustahil...

Apa pun conclusion yang dibuat, ianya jelas menunjukkan Teoh juga merupakan mangsa konspirasi politik jahat pihak musuh. Takde siapa yang boleh menyangkal akan hal ini. Sudah terlampau banyak sejarah hitam yang berlaku dalam negara yang mana semuanya berpunca daripada kerakusan pemerintah yang takut hilang pengaruh dan kuasa. Antaranya Peristiwa Memali, Pembunuhan di Lubuk Merbau dan pemecatan DSAI.

Sedarkah kita betapa sebagai seorang Muslim, kita juga bertanggungjawab atas apa yang sedang berlaku dalam negara ni. Kita dah tahu pemimpin UMNO yang sedang memerintah ketika ini terdiri dari golongan manusia yang tidak beriman. Sebab itu mereka berani melakukan apa saja demi mempertahankan kuasanya. Sepatutnya kita dah lama sedar betapa sewaktu Mahathir jadi PM, bagaimana dia berjaya menguasai jabatan-jabatan penting dalam kerajaan bagi memudahkan segala "kerja jahat"nya mendapat restu dari "kepala-kepala" jabatan.

Dalam tahun 1988, Mahathir mulakan langkah pertamanya untuk menguasai Badan Kehakiman itu dengan memecat Tun Salleh Abas selaku Ketua Hakim Negara. Sejak itu, Mahathir meneruskan langkahnya dengan menguasai jabatan Peguam Negara, Polis dan BPR. Dan Mahathir berjaya dalam misinya bagi mencapai visi Pemusatan Kuasa.

Dalam kes pemecatan DSAI dalam tahun 1998 membuktikan betapa keempat-empat jabatan ini mengikut telunjuk beliau. Anwar diperlakukan macam binatang. Difitnah, dihina, dipukul, dibicarakan dalam Mahkamah Rimba, dipenjarakan 6 tahun walau tak bersalah. Cuma Anwar agak bernasib baik kerana masih dipanjangkan umurnya oleh Allah.

HARI ini, sekali lagi Anwar cuba disumbatkan semula ke dalam penjara dengan dakwaan liwat sekali lagi. Walaupun 4 orang doktor pakar sudah mengesahkan bahawa Saiful Bukhari Azlan tidak pernah diliwat oleh sesiapa pun, namun Mahkamah masih tidak mahu membebaskan Anwar. Kenapa ? Sebab Hakim yang membicarakan kes liwat ini sudah diatur kerana mengikut telunjuk PM Najib. Perlu diingat Najib memang berdendam dengan Anwar. Anwarlah yang dedahkan penyelewengan Najib dalam urusan pembelian pesawat Sukhoi dan kapal selam Scorpene sehingga Altantuya dibunuh. Najib semakin "panas" bila Anwar mengaitkannya dengan kes pembunuhan Altantuya.

Adakah Kita Mahu Negara Ini Terus Diperintah Oleh Golongan Perasuah dan Penjenayah Berlesen ?

Aku pun tak tahu jenis apakah manusia yang sedang memimpin UMNO hari ini. Bunuh anak orang, pukul anak orang, fitnah orang sesuka hati. Rompak wang rakyat. Tahan anak suami orang dalam ISA dengan alasan mengancam keselamatan negara. Aku nak tanya sapa sebenarnya yang mengancam negara ?

Renungkan fakta-fakta berikut ;

1- Negara ni dah jauh ketinggalan dengan Singapura, Korea Selatan dan Taiwan, salah siapa ?

2- Sebab apa nilai matawang Malaysia jatuh sedangkan nilai matawang Dollar Singapura dan Brunei kekal pada parasnya berbanding Dollar Amerika. Seluruh negara Asean juga turut sama menghadapi krisi ekonomi tahun 1998 tetapi mereka mampu bertahan. Kenapa tidak Malaysia ?

3- Mengikut CPI (Corruption Perceptions Index) 2008, Singapura menduduki tangga ke 4 terbaik sebagai negara hampir tiada rasuah manakala Malaysia yang diperintah oleh UMNO berada pada tangga ke-47 sebagai negara kuat rasuah.

4- Universiti di Singapura termasuk dalam ranking 20 terbaik dunia manakala Universiti di Malaysia langsung tidak tersenarai.

5- Penguasaan ekonomi orang Melayu hanya sekitar 25% saja walaupun UMNO dah memerintah 52 tahun.

6- Tanah milik orang Melayu di negeri paling kuat UMNO (Johor) hanya tinggal 11% saja. Itu pun termasuk tanah rancangan Felda.

7- Amanah Saham Johor lingkup. Orang Melayu terpaksa berhutang. Manakala ASN dan ASB tinggal nyawa-nyawa ikan.

8- Umat Islam yang murtad dah ratusan ribu manakala yang berperangai macam orang murtad sudah tak terkira banyaknya. Jenayah semakin meningkat. Rakyat semakin rosak akhlak.

9- Rakyat terus dibebani dengan kenaikan harga barangan mendadak.

10- Bangsa Melayu semakin hilang haknya satu demi satu.

Semua "10 Bala' Bencana" di atas adalah hasil pemerintahan UMNO... Tahniah kepada ahli UMNO kerana anda semua memang "terlampau bijak" pilih pemimpin.

Yang aku pelik tu, ada juga orang UMNO yang merungut tentang kenaikan harga barangan keperluan harian. Patutnya tak payah merungut sebab kau orang yang pilih puak-puak bangsat tu jadi pemimpin negara. Ada setengah tu hidupnya jauh lebih susah daripada orang PAS. Kesian sebab terus merelakan diri mereka diperbodohkan oleh para pemimpin UMNO yang semakin hari semakin kaya-raya.

Kepada seluruh ahli dan penyokong UMNO, pergilah jumpa Najib dan para pemimpin UMNO untuk dapatkan biasiswa jika anak nak masuk universiti. Hangpa jangan jadi bodoh, mereka naik sebab hangpa yang undi. Patut hangpa yang jadi "raja", bukan mereka. Kalau mereka tak nak bagi biasiswa, apa bodohnya hangpa nak undi lagi mereka dalam PRU yang akan datang. Lain kali belajarlah jadi rakyat yang cerdik dan tajam minda. Bukannya terus mempertahankan pemimpin jahat dan sesat yang ada dalam UMNO.

Kamu mengaku "Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah" TAPI dalam waktu yang sama kamu masih mahu menjadi ahli dan menyokong UMNO yang berfahaman sekular Kristian.

Cuba tanya pada diri sendiri, sahkah Islam kamu di sisi Allah ?

Dalam persoalan yang melibatkan 'Aqidah, tiada tolak ansur. Kena tegas. Malangnya ramai di kalangan kita masih tak boleh bezakan yang mana satu perlu tegas dan yang mana pula boleh berlembut. Bukan semua perkara kita boleh berlembut beb... Kena faham betoi pasai ni.

Marilah kita belajar menjadi seorang Muslim yang bijak, beriman dan bertaqwa kepada Allah. Belajar dan tuntutlah ilmu dari orang yang arif. Bukan belajar dari golongan ustaz dan ulama' pengampu...

Tak tahulah aku, bala' apa lagi yang akan menimpa Malaysia selepas ni. Kalau orang Melayu yang dok sokong UMNO ni dok tak sedaq lagi, tak tahulah aku macamana nak habaq lagi.

Salam...

Tuesday, July 28, 2009

Allah SWT Sebut Dalam Al-Qur'an Tentang Perangai Pemimpin UMNO

Saya tidak merasa hairan dengan setiap tindak-tanduk dan perangai jahat pimpinan UMNO dalam merealisasikan segala matlamat mereka demi mempertahankan kuasa yang ada. Golongan ini tidak pernah merasa takut dengan segala amaran Allah. Bagi mereka apa yang dihajati mesti dicapai dengan apa cara sekalipun. Tidak kiralah samada tindakan itu mematuhi undang-undang maupun sebaliknya.

Kita sendiri boleh lihat bagaimana mereka merampas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Begitu juga dengan kes fitnah liwat terhadap DSAI. Kes Elizabeth Wong, Exco Selangor.

Terkini tindakan tidak bermoral SPRM (pecacai UMNO) dalam menyiasat kes dakwaan rasuah terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor. Kaedah soal-siasat yang digunakan oleh para pegawai SPRM ini serupa saja dengan cara Polis menyoal-siasat suspek. Cara ugutan, paksaan, makian dan pujukan. Dan kejadian yang palling tragis sekali apabila Teoh Beng Hock menemui ajal setelah terjatuh dari tingkat 14 Pejabat suruhanjaya tersebut. Mayatnya dijumpai di atas bumbung tingkat 5.

Adakah mendiang membunuh diri atau dibunuh, takde siapa yang tahu. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.

Tak syak lagi segala dakwaan yang dibuat terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor hanyalah merupakan salah satu siri dakwaan yang sengaja direka dengan tujuan untuk menjatuhkan kredibiliti kerajaan Pakatan Rakyat di negeri paling kaya itu. Semua bukti yang dikemukakan memang sengaja direka. Memang UMNO/BN boleh ada-adakan bukti tersebut kerana seluruh jentera kerajaan Pusat mereka yang pegang. Boleh diperalatkan semahunya.

Puak-puak pemimpin UMNO tak usahlah nak tunjuk baik pada rakyat. Sejak bila "puak-puak bangsat" ni begitu serius untuk memerangi rasuah. Cuba tanya si Khir Toyo tu, dah berapa banyak skandal rasuahnya yang didedahkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat tapi kenapa BPR dan SPRM tak bertindak.

Skandal rasuah Najib berjumlah RM 960 juta hasil pembelian kapal selam dan pesawat Sukhoi, mengapa takde sekor pun pegawai BPR dan SPRM yang berani siasat. Apa dia orang ingat Malaysia ni bapak dia punya ke ? Mentang-mentang berkuasa, boleh buat sesuka hati saja. Dan skandal PKFZ yang melibatkan berbilion duit rakyat, kenapa BPR dan SPRM senyap ?

Sebagaimana saya sebut di awal tadi, saya memang tak hairan dengan perangai keji puak-puak pemimpin UMNO ni. Sebabnya Allah dah sebut dalam Al-Qur'an tentang perangai jahat mereka apabila berkuasa.

Dalam Surah Muhammad (47) : ayat 22;

فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِن تَوَلَّيْتُمْ أَن تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ

(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan jika kamu dapat memegang kuasa kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?

H.Zainuddin Hamidy menafsirkan ayat ini :

Orang-orang yang tiada mempedomani ajaran Tuhan, jika mereka berkuasa niscaya kekuasaan itu akan dipergunakannya untuk melakukan sesuatu perkara dengan sewenang-wenangnya, keuntungan duniawi untuk diri dan keluarga, memperturutkan kehendak hawa nafsu dan menindas masyarakat serta memecah-belah kesatuan umat. Kepentingan bersama, keadilan, kebenaran, kejujuran dan ajaran Tuhan sudah tentu tiada mereka pedulikan.

Kita sebagai umat Islam akan dipertanggungjawabkan oleh Allah kelak di akhirat. Sebab itulah kita tak boleh memandang remeh dalam soal pilih pemimpin. Jika kita sengaja pilih pemimpin jahat, maka kita juga akan ikut mereka masuk dalam Neraka. sebab tindakan kita yang dungu terus-menerus memilih mereka membuktikan yang kita juga redha dengan segala perbuatan mereka.

Sedarlah wahai umat Islam. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Rujukan kita adalah Al-Qur'an dan Sunnah.

Wassalam.

Monday, July 27, 2009

Golongan Bodoh Sombong Dan Menyesatkan....

Kita ni kalau jadi orang, janganlah bodoh sombong. Kalau setakat bodoh saja takpe. Ini tak, dahlah bodoh tapi nak tunjuk macam pandai sangat. Bukan setakat tu saja malah orang lain pun diperbodohkan jugak agar percaya segala apa yang dicakap.

Antara kata-kata yang pernah terkeluar dari golongan "bodoh" ini adalah seperti berikut ;

"Kita sendiri tak tahu macamana siksa kubur tu. Orang PAS asyik sibuk sebut soal Syurga, Neraka dan siksa kubur. Mana ada orang yang dah mati kemudian hidup semula dan bagitau kita semua bagaimana keadaan siksa kubur tu..."

Lebih kurang begitulah ucapan Mahathir dalam Perhimpunan Agong UMNO dan disambut dengan tepukan gemuruh.

"Hukum Hudud ni dah tak berapa sesuai di zaman moden ni. Kalau orang mencuri kena potong tangan. Kalau tangan dah kudung, macamana dia nak bekerja mencari rezeki untuk menyara keluarganya...".

"Kita bukan menolak Hudud tapi ianya tak boleh dilaksanakan dalam negara kita sebab masyarakat majmuk...".

"Nabi dulu bela janggut sebab zaman tu belum ada pisau cukur. Takkan dia nak cukur janggut gunakan pedang..."

"Politik dan agama tak boleh campur sekali. Politik kan kotor manakala agama tu bersih".

Inilah antara kata-kata yang pernah diucapkan oleh pimpinan UMNO. Golongan yang jahil agama tetapi cukup berani memperkatakan sesuatu yang boleh menyebabkan dia terkeluar daripada Islam.

Ayat Politik Dalam Al-Qur'an

Ni aku nak habaq kat seluruh pimpinan dan ahli UMNO serta para penyokong mereka yang masih berpegang kepada ajaran Kristian yang memisahkan agama dengan politik.

Oleh kerana hangpa semua tak pernah jumpa ayat politik dalam Al-Qur'an, jadi aku nak tunjukkan DUA daripada banyak ayat yang menyebut tentang politik, pemimpin dan kenegaraan. Kalau lepas ni hangpa masih berdegil juga dan terus menyokong UMNO yang berpegang kepada fahaman sekular tu, memang confirm hangpa semua dah tempah tiket first class dalam Neraka.

Dalam Surah Ali 'Imran (3) : ayat 159 ini menerangkan tentang akhlak dan beberapa sifat Rasulullah sebagai pemimpin dan ketua negara Islam Madinah.

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu[246]. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.

[246] Maksudnya: urusan peperangan dan hal-hal duniawi lainnya, seperti urusan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lainnya.

Apa Akibatnya Jika Enggan Bersama Pemimpin Yang Beriman ?

Dalam Surah Ali 'Imran (3) : ayat 112 ;

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ ۚ ذَ‌ٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ الْأَنبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ ۚ ذَ‌ٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ

Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia[218], dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu[219] karena mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu[220] disebabkan mereka durhaka dan melampaui batas.

[218]. Maksudnya: perlindungan yang ditetapkan Allah dalam Al Quran dan perlindungan yang diberikan oleh pemerintah Islam atas mereka.

[219]. Yakni: ditimpa kehinaan, kerendahan, dan kemurkaan dari Allah.

[220]. Yakni: kekafiran dan pembunuhan atas para nabi-nabi.

Dalam Al-Qur'an, banyak ayat yang menyentuh tentang politik termasuklah hal pilih pemimpin, pemerintahan dan kenegaraan. Sebagai umat Islam, kita wajib mengimani seluruh isi kandungan Al-Qur'an (perintah Allah) dan menuruti Sunnah Rasulullah.

Jika 'Aqidah kita murni, peluang untuk kita mendapat rahmat keampunan Allah dan syafaat Rasulullah di Padang Mahsyar kelak terbuka luas. Tetapi jika 'Aqidah rosak, tiada ertinya seluruh amalan kita di sisi Allah.

Marilah Berhijrah...

Jazakallah.

Saturday, July 25, 2009

PAS dan UMNO - Yang Mana 'Halal' Di Sisi Allah ?

Oleh kerana hari ni adalah Juma'at, suka saya nak berterus-terang mengapa penulisan saya selama ini agak begitu keras menghentam UMNO dan pemimpinnya. Bukan setakat itu saja, malah ada beberapa posting saya menyindir dan mengkritik sesetengah pimpinan PAS yang agak mengecewakan dalam tindak-tanduk politik dan juga sikap mereka.

Walaupun saya seorang ahli PAS namun tidak pernah taksub. Penyertaan saya ke dalam jamaah ini kerana yakin dengan perlembagaannya. Perlembagaan PAS adalah Al-Qur'an, Sunnah, Ijma' Ulama' dan Qias. Sebagaimana yang pernah saya utarakan sebelum ini bahawa kemasukan saya ke dalam PAS hanyalah semata-mata kerana menuruti perintah Allah.

Oklah, mari kita buka minda luas-luas. Tarik nafas panjang dan hembuskan perlahan-lahan agar tenang dan tidak emosional. Ulangi sebanyak 3 kali. Jika dah selesai, mari kita teruska berbicara

Sebelum tu, suka saya nak mengajak pembaca renungkan sejenak tentang beberapa persoalan berikut.

1- Mengapa kita orang Islam tak makan daging babi ? Adakah kerana namanya babi, maka kita geli nak makan atau ada sebab lain ? Mudah saja nak jawab persoalan ini. Kerana Allah telah mengharamkannya.

2- Kenapa kita tak mahu melibatkan diri dengan Riba' sedangkan jika difikir secara 'AQLI ianya sangat menguntungkan ? Sebab Allah mengharamkan Riba' dan menghalalkan jualbeli.

Mari kita panjangkan bicara di sini tentang kucing dan ayam. Semua orang tahu kucing lebih bersih dari ayam. Kucing dijadikan binatang peliharaan kesayangan. Hari-hari diberi minum susu dan makan ikan. Dimandikan seminggu dua kali. Bukan setakat mandi saja malah dishampoo bulunya supaya bersih dan wangi. Bila sakit, ada setengahnya membawa kucing mereka ke klinik. Manakala ayam pula lebih pengotor daripada kucing. Mana longkang yang dia tak masuk untuk cari makanan. Kalau di kampung, kita sendiri boleh tengok perangai ayam. Kalau zaman dulu, orang kampung lebih suka "melabur" dekat pangkal-pangkal pokok. Bila dah beres, ayam akan datang untuk mematuk pelaburan mereka.

Jika ikut hukum akal, sudah tentu kucing lebih bersih untuk disembelih dan dimakan oleh kita. Tetapi mengapa kita semua tak makan kucing ? Sebab Allah dah tetapkan hukum-Nya. Kucing haram dimakan manakala ayam halal. Jadi tanpa banyak bicara, kita patuhi saja apa yang telah dihalalkan bagi kita. Dan begitu juga apa yang diharamkan untuk kita.

Disinilah letak duduknya HUKUM ALLAH sebagai panduan seluruh umat Islam.

Begitulah juga dalam hal berpolitik. Sebagai Muslim kita wajib tahu yang mana satu boleh kita sokong atau tidak. Bukan boleh ikut sesuka hati kita saja. Kita semua tahu di Malaysia terdapat 2 buah parti besar orang Melayu. Yaitu PAS dan UMNO. Bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul, mereka tidak akan bertindak melulu dalam membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti. Mereka akan mengkaji terlebih dahulu Perlembagaan sesebuah parti itu samada ianya mematuhi atau bercanggah dengan Islam.

Sekarang kita buat perbandingan antara Perlembagaan PAS dan UMNO ;

FASAL 5, 6 dan 7(1) Perlembagaan PAS :

Fasal 5 : TUJUAN

Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara Malaysia sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Fasal 6 : USAHA

Bagi mencapai tujuan atau matlamat perjuangannya, usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS termasuklah:

1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan.

2. Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai kelslaman

dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

3. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup lslam.

5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat lslam dan rakyat seluruhnya.

6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ia mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran lslam.

9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu serta badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

11. Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

Fasal 7 (1) : Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH (Al-Qur'an) dan SUNNAH RASUL (Hadis) serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

FASAL 3 Perlembagaan UMNO

ASAS DAN TUJUAN

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.

3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

APA TINDAKAN KITA ?

Sebagai seorang Muslim, kita buatlah penilaian secara jujur antara PAS dan UMNO.

Friday, July 24, 2009

Dr. Asri Menegur Pimpinan PAS.......

Baru-baru ni mantan Mufti Perlis, Dr Mohd.Asri Zainul Abidin meminta pemimpin PAS menasihati para pengikutnya agar tidak memaki hamun pihak-pihak dari parti lain. Alasan Dr. Asri kerana PAS menggunakan nama Islam.

Pada asasnya aku menghormati teguran ikhlas Dr. Asri ni. Almaklum sajalah, bekas Mufti. Bukan calang-calang oh... tapi malangnya tak nak terjun dalam perjuangan Islam. Lebih seronok jadi host dalam rancangan Astro Channel 106 untuk berdakwah. Duit masuk. Glamour lagi. Dengar khabar ada buat rakaman album.

Aku taklah kata Dr. Asri ni sokong UMNO. Tapi selama dia jadi Mufti, kenapa tak nak buat kenyataan terbuka dan menyeru rakyat Malaysia agar segera meninggalkan parti toghut UMNO. Bukannya dia tak tahu yang UMNO berkiblatkan sekularisma, satu fahaman Kristian yang menyesatkan. Kalau benar dia seorang yang jujur dengan ilmu Islam yang Allah kurniakan kepadanya, sepatutnya dia bertindak sedemikian demi menyelamatkan 'Aqidah Islam para pengikut dan penyokong parti Melayu itu.

Aku nak tanya kat Dr. Asri. Apa peranan Mufti-Mufti yang ada di seluruh negara hari ini. Kenapa dibiarkan gejala murtad berlaku dalam negara sehingga ratusan ribu anak orang Islam dimurtadkan. Masuk Kristian dan ada pula yang jadi Hindu.

Sebelum Dr. Asri menegur pemimpin PAS dan para pengikutnya, sila check dulu diri sendiri. Selama ini apa yang hang dan para Mufti dah buat untuk Islam. Setahu aku selama ini Mufti yang masuk TV tak habis-habis cerita pasal sembahyang, puasa, zakat, haji, buat baik, jangan derhaka pada ibubapa, jangan buat huru-hara, jadilah rakyat yang baik, fadhilat itu dan ini. Belum pernah aku dengar lagi mana-mana Mufti yang berani cakap seperti ini ;

"Adalah menjadi kewajipan seluruh umat Islam untuk memastikan tertegaknya sebuah negara Islam di Malaysia ini yang melaksanakan Undang-Undang Allah (Al-Qur'an)".

Akibat kebaculan para Mufti yang ada hari ini, maka berlakulah segala macam kebejatan sosial dan akhlak dalam masyarakat Islam.

Dah hampir 52 tahun negara ni ditinggalkan penjajah dan selama tulah juga UMNO memerintah. Apa yang jadi dalam negara ni ? Segala macam bentuk kejahatan dan maksiat dah berlaku dalam negara ini. Tak ubah macam di Amerika.

Apakah Dr.Asri dan para Mufti nak tunggu sampai 1 juta orang Islam murtad baru nak bangkit menentang ? Tak payahlah... dah terlambat. Lebih baik ikut jejak langkah bekas Imam Paling Besar dalam negara, Dato' Firdaus Ismail berhijrah masuk UMNO. Cepat sikit jadi kaya. Kalau takat jadi host dalam Astro 106, lambat kaya.

Persoalan Maki Hamun

Aku nak tanya Dr. Asri "Mana lebih jahat antara puak Munafiq dengan puak kafir ?"

Sebab kami ahli PAS tahu bahawa golongan munafiq ni jauh lebih jahat dari kafir, maka memang selayaknya puak-puak munafiq ni dimaki sebagai "hadiah" di atas segala kejahatan mereka. Apa lagi yang tak jelas dengan kemunafiqan pemimpin UMNO ni ? Mereka mendakwa bela Islam tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

2 bukti sudah memadai bagi membuktikan kemunafiqan para pemimpin atasan UMNO :

1- Jika benar pemimpin UMNO mahu tegakkan Islam, mengapa mereka tak mahu tukar Perlembagaan Malaysia yang ada hari ini kepada Perlembagaan Al-Qur'an ?

2- Jika betul mereka kata mahu bela Islam, mengapa tiada tindakan yang diambil ke atas individu, badan maupun pertubuhan yang bertanggungjawab memurtadkan ratusan ribu umat Islam ?

Aku nak habaq kat Dr. Asri yang para pengikut PAS hanya memaki para pemimpin atasan UMNO yang menjadi dalang kepada segala permasalahan yang berlaku dalam negara hari ini. Memang sewajarnyalah mereka dimaki kerana segala tindak-tanduk mereka sudah melampaui batas.

Masalah Kafir Mengkafir

Orang PAS tidak akan bertindak mengkafirkan pihak lain jika tanpa sebab dan alasan kukuh. Sebab para pengikut PAS sedar sekiranya tuduhan kafir itu tidak betul, maka ianya akan berbalik pada diri sendiri.

Aku nak tanya pada Dr. Asri. Apakah hukumnya bila pemimpin UMNO sebut "Bukan kami tak mahu laksanakan Hudud tetapi tak sesuai untuk negara ini kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama."

Dan apakah hukumnya jika pemimpin UMNO cakap "Kita tak boleh campur adukkan agama dengan politik sebab politik ni kotor. Agama bersih."

Aku rasa Dr. Asri pun tau tentang fatwa Syeikh Mustafa Sabri, seorang Ulama' Masyhur di zaman Pemerintahan Khilafah Uthmaniah Turki. Beliau juga pernah menjawat jawatan Mufti dalam pemeritahan Utmaniah. Fatwanya berbunyi

"Jalan mudah untuk menjadi kafir apabila memisahkan agama dengan politik."

Dalam Surah Al-An'am (6) : ayat 159, Almarhum Prof Dr. Hamka menafsirkan ayat ini sebagai ;

"Barangsiapa yang ada keyakinan dalam hati mereka bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada Islam, maka kafirlah orang itu walaupun masih bersembahyang".

Kesimpulannya bukanlah menjadi satu kesalahan jika ada di kalangan pengikut PAS yang memaki hamun pihak lain demi menegakkan kebenaran. Mudah-mudahan dengan makian tersebut dapat menyedarkan puak-puak munafiq dan sesat itu.

Jadi tak perlulah Dr. Asri nak bersusah payah menegur dan mengajar para pemimpin PAS bagaimana nak mendidik seluruh pengikutnya.

Kami ahli PAS hanya menghormati golongan Ulama' yang jujur dengan ilmunya serta berani untuk terjun dalam perjuangan Islam. Kalau setakat golongan Ulama' cari makan dan glamour, tak payahlah.... Lebih baik hangpa teruskan saja hobi cari makan tu.

Disebabkan masih terlalu ramai golongan Ulama' Su' (jahat) dalam negara ni, maka maysrakat Islam menjadi rosak.

Aku memang dah lama meluat dan benci dengan golongan Ulama' pengampu yang ada dalam negara ni.

Akhir sekali, aku berdoa' semuga Dr. Asri tidak termasuk dalam golongan Ulama' pengampu sebagaimana disebutkan oleh Allah dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 159 ;

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَىٰ مِن بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ ۙ أُولَـٰئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Jazakallah.

from the land below the wind.

Thursday, July 23, 2009

Anwar Akan Ke Penjara 12 Tahun ...

Tak taulah aku apa nak jadi dengan negara ni. Bukannya makin maju dan berdaya saing tetapi semakin teruk dengan pelbagai masalah. Rasuah, penyelewengan, jenayah VIP, nilai matawang semakin jatuh, sistem keadilan rosak, golongan atasan semakin bermaharajalela mengaut kekayaan manakala rakyat khususnya orang Melayu semakin miskin dan hidup melarat. Pengangguran pula bukan setakat melibatkan rakyat berpendidikan rendah dan sederhana malahan golongan lepasan universiti juga tidak terkecuali. Ratusan ribu siswazah jadi penganggur terhormat.

Hari ini Malaysia semakin jauh ketinggalan. Singapura, Korea Selatan dan Taiwan sudah jauh ke depan. Ketiga-tiga negara ini berjaya sebab pemimpin mereka amanah dan bermaruah manakala pemimpin Malaysia asyik berebut memunggah kekayaan negara, merompak harta rakyat. Rasuah sana sini dan sibuk merancang nak jatuhkan musuh politiknya dengan cara fitnah dan konspirasi keji. Sebab tulah negara ni jadi hapraq la ni.

Penyakit yang menyerang Malaysia pula dah pelbagai paten. Wabak JE, SAR dan yang terkini Selsema Babi (H1N1). Semuanya ini adalah bala' akibat kesalahan pemimpin dan rakyat yang semakin rosak 'Aqidahnya....

Murtad dan mencecah angka ratusan ribu, remaja yang rosak akhlak dah tak terkira banyaknya. Pelajar sekolah pula dah semakin ramai yang terlibat dengan kumpulan gengster malah ada yang terlibat dengan jenayah bunuh. Hubungan seks bebas di kalangan pelajar dan remaja universiti dah jadi perkara biasa.

Rakyat pula terus dilalaikan dengan pelbagai jenis program hiburan melalui TV dan konsert-konsert yang dianjurkan di seluruh pelusuk negara. Dan amat malang bagi kita apabila anak-anak Melayu yang paling ramai sekali menyertai setiap pertandingan hiburan yang dianjurkan. Betul juga kata pemimpin UMNO yang melaungkan slogan "Melayu Boleh". Memang pun boleh sebab UMNO yang "mendidik" rakyat negara ini boleh buat semuanya tanpa perlu risaukan apa-apa asalkan SOKONG UMNO. Lantaklah...

Boleh murtad, boleh rasuah, boleh zina, boleh bunuh, boleh fitnah, boleh minum arak, boleh judi dan segala-galanya boleh. Yang penting mesti terus sokong UMNO... Kalau gagal kat universiti pun takpe, boleh jumpa "big boss" untuk dapatkan biasiswa asalkan sanggup jadi "pecacai angkat najis" untuknya.

Sapa-sapa yang nak dapat biasiswa... pergilah jumpa PM Najib. Kalau tak caya... pi tanya Saiful.

Inilah Malaysia negara ku...

Kita semua tahu siapa Saiful Bukhari Azlan. Pelajar universiti yang gagal dan mengaku jumpa Najib kerana nak mohon biasiswa. Kalau dah gagal tu buatlah cara gagal. Konon nak mohon biasiswa. Bukan nak mohon biasiswa tapi ada "good deals" dengan big boss. Si mangkuk nilah yang membuat laporan Polis dan mendakwa telah diliwat oleh Anwar Ibrahim sewaktu membantu PKR dalam PRU12 lalu. Laporan dibuat sebelum Anwar bertanding dalam PRK Permatang Pauh.

Punya dahsyatnya si bahalol ni sehingga sanggup membuat Sumpah dengan Al-Qur'an bagi mengiyakan dakwaan kena liwat tu. Yang lucu tu sumpah laknat dibuat di salah sebuah mesjid di Permatang Pauh sewaktu tempoh berkempen sedang hangat berjalan. Apa maknanya ni ? Kalau tak konspirasi jahat, apa pula tujuannya bersumpah waktu kempen sedang berjalan ?

Sekali lagi perancangan jahat Najib dan kuncu-kuncunya menggunakan si budak bodoh ni gagal untuk menjatuhkan Anwar apabila 4 orang doktor pakar mengesahkan yang pungkok (dubur) Saiful Bukhari Azlan masih "genuine" tidak mempunyai sebarang kesan yang menunjukkan dia diliwat.

Setelah sumpah dengan Al-Qur'an pun gagal menyakinkan pengundi, kemudian 4 doktor pula mengesahkan bahawa Anwar tidak meliwat Saiful, maka digunakan pula cara lain bagi merealisasikan cita-cita jahat dan keji untuk memenjarakan Anwar.

Takde sapa nak percaya dengan fitnah liwat ni. Mahathir sendiri mengaku bahawa Anwar tak bersalah dalam kes tuduhan liwat yang pertama dulu. Dengan muka 10 sen, Mahathir sendiri akui bahawa segalanya hanyalah rekaan semata-mata untuk pecat Anwar. Tak pasal-pasal Anwar kena belasah dengan "bapak anjing" dalam lokap di Bukit Aman sehingga pecah tulang belakang. Lepas tu merengkok pulak dalam penjara 6 tahun.

Punyalah tabah insan bernama Anwar Ibrahim ni. Beruntung Dato' Ibrahim dan Almarhumah Mak Yan mempunyai anak seorang pejuang.

Berikut adalah artikel berita lengkap berhubung dengan DNA yang akan digunakan di mahkamah bagi memerangkap Anwar dan seterusnya "merehatkan" beliau selama 12 tahun.

Anwar mungkin merengkok 12 tahun kerana DNA

KUANTAN, Julai 20 — Walaupun telah wujud empat laporan dari doktor berlainan yang mengesahkan bahawa Saiful Bukhari Azlan tidak mempunyai sebarang kesan yang menunjukkan dia diliwat, tetapi perbicaraan kes liwat Saiful lawan Anwar Ibrahim yang bakal bersambung nanti mungkin akan memberi kelebihan kepada Saiful.

Dalam ceramah umum di Beserah, Kuantan pada malam Sabtu lepas, pemimpin-pemimpin kanan PKR yang hadir, Zulkifli Noordin, Fuziah Salleh dan Azan Ismail, serta Saudara Ahmad Nizam Hamid senada dalam mendedahkan tentang keputusan hakim dalam sesi perbicaraan terakhir sebelum penangguhan baru-baru ini, bahawa perbicaraan seterusnya akan hanya mengambil kira bukti klinikal yang berupa hasil dari ujian DNA.


Keputusan mahkamah yang sebegini tentulah sangat mengejutkan, apalagi dalam keadaan telah wujudnya laporan pemeriksaan dari empat doktor yang bersedia memberi kesaksian mereka.


Mengecilkan skop pembuktian hanya kepada analisis DNA memberi gambaran bahawa empat orang doktor tersebut tidak berwibawa dan pandangan profesional mereka tidak berharga.


Pergantungan tunggal kepada ujian DNA dalam kes-kes jenayah, seperti di Amerika Syarikat, walaupun semakin diterimapakai di mahkamah-mahkamah mereka, namun sehingga hari ini masih menjadi kaedah pembuktian yang penuh kontroversi.


Ketepatan DNA hanya bersifat kepercayaan popular, bahkan kadar ketepatan 99.9 peratus DNA hanyalah suatu anggaran dan tidak ada sesiapa yang pasti tentangnya.


DNA memang berbeza untuk setiap manusia, tetapi yang digunakan dalam pembuktian adalah Profil DNA, yang sebenarnya hanya sebahagian kecil sahaja dari DNA keseluruhan seseorang manusia. Kerana itu, Profil DNA dua orang adik-beradik mungkin sahaja hampir sama.

Pada tahun 2001, Kathryn Troyer telah menjalankan ujian terhadap pengkalan data Profil DNA penjenayah Arizona, dan telah membuat penemuan dua penjenayah dengan profil genetik yang hampir sama, kedua-dua penjenayah ini mempunyai padanan 9 dari 13 lokasi kromosom. Sememangnya mereka berdua bukan adik-beradik kerana seorang berkulit putih dan seorang lagi berkulit hitam.


Asalnya FBI cuba menafikan bukti penemuan ini dengan mendakwa ia kes terpencil, 1 dalam 113 bilion, tetapi Troyer pada tahun-tahun berikutnya telah membuat berdozen-dozen penemuan yang serupa.


Ini telah menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Profil DNA. DNA memang berciri unik, tetapi tidak untuk Profil DNA, ia hanya sekelumit dari keseluruhan genom.


DNA haruslah digunakan dengan kehadiran bukti dan kesaksian yang lain. Dalam kes jenayah, sebelum dibicarakan tertuduh bersalah atau tidak, Zulkifli Noordin berkata jenayah mesti dibuktikan berlaku. Jika ada tuduhan seseorang merompak, rompakan itu mesti berlaku, ada barang yang hilang, ada wang yang hilang.

Jika ada tuduhan seseorang merogol, rogol itu mesti berlaku, mangsanya disahkan hilang dara, ada bukti koyakan, ada bukti tusukan dan sebagainya.


Dalam kes Saiful, dia mendakwa diliwat, maka liwat itu seperti rogol mesti berlaku, ada koyakannya, ada tusukannya, dalam Islam mesti menghadirkan empat orang saksi. Empat orang saksi telah hadir dengan laporan mereka, keempat-empat mereka doktor dan kesimpulan mereka sama, liwat tidak berlaku!


Doktor-doktor ini tidak akan dipanggil ke mahkamah, hanya hasil ujian DNA sahaja yang akan digunakan. Sampel DNA Anwar, menurut Zulkifli Noordin, boleh diperolehi di mana-mana sahaja, bahkan dari peluh yang dilap ketika Anwar berdebat dengan Shabery Chik dahulu pun, sebelum itupun sampel DNA Anwar sudah berada di tangan polis, ketika Anwar ditumbuk pengsan oleh Rahim Nor, dicuri tanpa keizinan, itu pengakuan polis sendiri, dan ia terdedah untuk disalahguna dengan menaburnya di lokasi yang didakwa tempat kejadian atau di bahagian tertentu di tubuh Saiful.


Ulas Zulkifli Noordin lagi, kali ini Anwar mungkin akan trpaksa ke penjara untuk tempoh yang lebih lama, 12 tahun, kerana ini adalah tuduhan kedua untuk kesalahan yang sama.


- themalaysianinsider

Wednesday, July 22, 2009

Kematian Teoh 'Menyusahkan' UBN

Kematian Teoh Beng Hock yang jatuh dari bangunan SPRM minggu lalu masih hangat diperkatakan sehingga saat ini. Seluruh rakyat tanpa mengira agama dan kaum pastinya turut merasa sedih dan tertanya-tanya bagaimana pemuda yang berusia 30 tahun itu boleh jatuh dari bangunan tersebut setelah selesai sesi soal-siasat yang dilakukan oleh pegawai SPRM.

Hanya ada satu kemungkinan yang boleh kita perkatakan di sini yaitu terpaksa 'bunuh diri'.

Akibat tekanan perasaan yang dialami hasil dari soal-siasat yang dijalankan secara 'jahat' oleh para pegawai SPRM, maka Teoh mengambil keputusan untuk 'menamatkan' penderitaan tersebut dengan terjun dari bangunan tersebut.

Pendedahan oleh Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa yang mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan bahawa Teoh juga melalui proses soal-siasat yang menggunakan tektik jahat seperti mengugut, memaksa dan menekan. Tektik ini serupa dengan kaedah Polis melakukan soal-siasat terhadap tahanan mereka. Malah sehingga ada yang mati dalam tahanan.

Siapa pun di kalangan kita yang tidak mempunyai kekuatan mental dan jiwa akan mengalami 'trauma akut' apabila menghadapi satu sesi soal-siasat yang panjang dengan menggunakan tektik jahat dan keji. Trauma akut ini boleh menyebabkan mangsa merasa begitu tertekan sehingga ke tahap hilang upaya untuk berfikir secara rasional dan waras. Akibatnya mangsa sudah tidak nampak "jalan keluar" dan bertindak menamatkan hidupnya.

Sejurus selesai sesi soal-siasat, kita yakin mendiang Teoh ada menghubungi individu tertentu untuk memberitahu "sesuatu". Cuma kita tak tahu siapakah individu tersebut. Ini ada "password" kepada misteri kematian beliau.

Apakah kesan pada UBN ?

Kematian misteri ini sudah tentu memberikan impak negatif yang cukup besar kepada UBN. Kesan yang akan berlanjutan sehingga PRU13 akan datang. Semua pihak menyedari bahawa dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan ini sengaja dibuat atas arahan UBN bagi memburukkan dan menggugat imej Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Dan perlu diingat SPRM itu sendiri bertindak atas arahan UMNO.

Kita bukan menuduh tetapi persoalannya kenapa sehingga ke hari ini SPRM hanya mendiamkan diri saja dan langsung tidak menyiasat skandal PKFZ yang melibatkan penyelewengan wang rakyat berbilion ringgit. Semua orang tahu skandal PKFZ ini melibatkan pemimpin UBN. Pasal tulah SPRM tak berani nak siasat. Kena tunggu arahan "orang atas". TAPI bila ada sebarang dakwaan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, bukan main cepat lagi SPRM bertindak.

Inilah bangsatnya SPRM...

Rakyat yang cerdik dan celik hati sudah tidak percaya lagi dengan sistem keadilan yang ada hari ini. Selagi UBN yang perintah negara ini, maka selagi itulah tiada keadilan yang wujud. "Keadilan" hanya untuk mereka. Manakala musuh politik akan menjadi mangsa kezaliman Undang-Undang Rimba. Sudah terlampau banyak bukti kezaliman, jenayah dan penyelewengan yang dilakukan.

Berapa banyak lagi "nyawa" yang akan terkorban angkara "permainan" UMNO/BN ini ???

Sejarah bukti kezaliman UMNO demi gila kuasa

Jika DSAI sendiri selaku Timbalan Presiden UMNO sendiri pun boleh fitnah sebegitu rupa malah mahu dibunuh, apatah lagi mereka di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat. Manakala rakyat biasa dianggap macam "sampah".

Lihat saja apa yang terjadi pada Altantuya ? Hancur berkecai tubuhnya diletupkan dengan C4. Apa perlunya dia dibunuh. Dia datang ke Malaysia hanya mahu menuntut haknya saja sebagaimana dijanjikan.

Kita tak pernah lupa bagaimana Ustaz Ibrahim Libya dan 13 lagi rakannya dibunuh dengan kejam tanpa sebab di Memali. Mereka bukannya penjenayah yang perlu diperlakukan sebegitu. Ustaz Ibrahim hanyalah seorang mudir di sebuah Madrasah Islam dan mengajar anak-anak muridnya agar berjaya menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa serta memperjuangkan Islam.

....... dan banyak lagi kematian misteri yang berlaku dalam negara ini yang melibatkan VIP dalam UMNO. Semuanya disenyapkan. Jika dibawa juga ke mahkamah, maka adalah yang terpaksa dijadikan "kambing hitam".

Enough is enough.

Artikel Berita Berkaitan ;

1- Inkues cari punca kematian Teoh

2- Wanita MCA desak daftar bayi sebagai anak Teoh

3- Kes Teoh: Ahli BN demo sokong SPRM, polis

4- Tunang: Teoh, selamat tinggal sayang

5- Pakar lawat lagi lokasi Teoh mati

6- SPRM disaman berhubung prosedur soal siasat

7- Kempen 'keadilan untuk Teoh' di internet

8- 'Teoh mati 4-5 jam sebelum ditemui'

9- Kesayuan selubungi pengkebumian Teoh

Kembali online setelah 3 hari menghilang....

Sayonara.

Saturday, July 18, 2009

SPRM Memang Ikut Telunjuk UMNO

Siasat segera semua pegawai SPRM yang terlibat dalam sesi soal-siasat mendiang. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, kita mendesak sebuah Suruhanjaya Bebas DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian misteri SU Politik kepada Exco Selangor itu. Kita memang dah tak percaya jika pihak Polis yang menyiasat.

Banyak kes berprofil tinggi yang disiasat oleh Polis semuanya 'menyembunyikan' fakta sebenar. Enough is enough... Kes fitnah dan liwat DSAI, kes pembunuhan Altantuya, kes Norita Samsudin, kes Mustakizah, kes pukul seorang duda yang berkawan dengan anak Zahid Hamidi. Semua mangsa tidak mendapat keadilan yang sewajarnya.

Seluruh rakyat yang prihatin dalam negara ini pastinya sangsi dan tertanya-tanya mengapa mendiang Teoh Beng Hock boleh jatuh dari bangunan SPRM sedangkan pada waktu itu dia baru saja selesai disoal-siasat oleh pegawai SPRM.

Kita nak tanya SPRM, mengapa mereka begitu pantas bertindak terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor ? Walhal rasuah yang melibatkan dana berbilion ringgit seperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pembelian senjata, dan lain-lain cuba dilenyapkan.

Mengapa pegawai SPRM menggunakan 'tektik jahat' dalam sesi soal-siasat sebagaimana didedahkan oleh Tan Boon Hwa yang pernah melalui pengalaman perit ketika disoal-siasat. Kaedah yang digunakan dalam sesi soa-siasat sama seperti Polis. Ugut, pujuk, maki dan paksa.

Tak tahulah aku apa nak jadi dengan negara ini. Yang berkuasa semakin bermaharajalela dan bebas melakukan apa saja. Golongan yang kerap menjadi mangsa ketidakadilan sistem Undang-Undang Rimba ialah pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat marhain.

Apakah kita harus membiarkan keadaan ini terus berlaku dalam negara ?

Fikirkanlah.

Berita berkaitan ;

1- Pakatan to ensure Teoh’s spectre haunts BN

2- "Saya akan besarkan anak kami"

3- Teoh Beng Hock begins last journey home

4- Perhimpunan rakyat bela kematian Teoh Ahad ini

Friday, July 17, 2009

Teoh's Death - Related News Articles

So many mysterious death happened in Malaysia. Before Teoh 's death, we were shocked by many death cases in police custody such as Kugan and hundreds others.

Is there any posibility that Teoh killed himself by jumping out from the building ? If not, who killed him and thrown out his body from the MACC building. Many question marks plays in our minds now. As human being, we feel sorry for Teoh's death. He is still young and plans to get married today.

The question is why too many innocent people died under mysterious circumstances. We also can count on how many death cases of a politician happened in this country.

The related news as below ;

1- Ean Yong’s political secretary dead at MACC HQ

2- Teoh supposed to marry tomorrow

3- Ean Yong demands MACC take full responsibility for death

4- Cops classify Teoh’s case as “sudden death”

5- Kematian Teoh Timbul Banyak Tanda Tanya

Thursday, July 16, 2009

Amalan Autokrasi Dalam PAS

Nak percaya pun susah... Tak nak percaya pun tak boleh juga sebab ada pendedahan. Nak marah pun ada... Geram dah tentu. Kecewa sudah pasti... Inilah yang aku rasakan bila mendapat tahu rupanya dalam PAS pun ada wujud amalan autokrasi (kuku besi).

Kalau aku jadi AJK PAS Pusat pun akan kecewa dan terkilan. Mana boleh tak kecewa jika terpaksa menulis terlebih dahulu 12 perenggan hanya semata-mata untuk mendapatkan kebenaran 'buka mulut' menyuarakan pandangan. Juga merupakan satu risiko bagi setiap AJK PAS Pusat yang cuba mengkritik dan menentang pandangan top leader dalam parti.

Bahasa mudahnya "Siapa yang mengkritik dan tidak bersetuju dengan Presiden dikira "tidak wala". Macam menderhaka jugalah...

Rupanya wujud amalan tidak boleh mengkritik dan menentang sebarang keputusan dan idea yang dibuat oleh 'top leader' dalam PAS. Di mana letaknya kebebasan bersuara yang sering dilaungkan oleh pimpinan utama PAS selama ini ? Tidak dinamakan "autocracy" lagikah jika pimpinan bawahan terpaksa memerah otak nak menulis 12 perenggan bagi mendapatkan kelulusan (justify) untuk buka mulut mengeluarkan pandangan. Itu pun kalau lulus. Kalau tak, duduk diam je dalam meeting. Lepas tu angguk saja dengan setiap keputusan dan pandangan bos.

Jika ada di kalangan pimpinan bawahan yang menentang sebarang cadangan dan idea pihak atasan, maka mereka akan dicop sebagai "tidak wala". Inilah modal yang digunakan oleh mana-mana pimpinan PAS di seluruh negara bila keputusan dan idea mereka tidak dipersetujui oleh orang bawahan.

Adalah amat malang sekali jika istilah "tidak wala" ini digunakan sewenang-wenangnya. Macamana pimpinan dan ahli bawahan nak wala' jika keputusan dan idea yang dibuat itu tidak rasional dan merugikan. Pimpinan PAS perlu sedar mereka juga manusia biasa. Bukan maksum dan ada kelemahan. Jangan sekali-kali mudah 'menghukum' pimpinan bawahan yang mengkritik atau menentang sebarang keputusan itu sebagai "tidak wala".

Kalau beginilah keadaannya, benar telahan aku bahawa memang wujud unsur 'gila kuasa' dalam PAS.

Teringat aku pada 10 Ahli Parlimen PAS yang menandatangani kenyataan bersama menentang idea Unity Government di lobi Parlimen pada bulan lalu. Yang pasti kesemua 10 MP PAS ini akan dicop sebagai 'Tidak Wala' kerana menentang idea Presiden. Tak tahulah aku apa nasib dan karier politik mereka selepas ini. Kemungkinan besar 10 orang ini tidak akan dipilih semula untuk bertanding dalam PRU13 kelak.

Nasib baiklah aku masuk PAS kerana Allah. Kalau tak, dah lama aku blah...

Berikut adalah artikel yang ditulis oleh Wan Saiful Wan Jam ;

Dear Erdogans, please don't die now

The article by Dr Dzulkefly Ahmad MP makes a very interesting read. The way he presented his ideas shows just how risky it is to speak up against the top brass in PAS.

Just look at the top half of Dzulkefly’s article. Even though he is a member of PAS’ central committee, he had to write twelve paragraphs just to justify opening his mouth. It was as if in PAS, freedom of expression exists only if you can justify it.


Obey, or else…


But the most telling parts are paragraphs six and nine. In paragraph six, he said disagreeing with the party’s President is not disobedience (tidak wala’). This is a very important point to note about the culture of the party.


Those who joined PAS in the understanding that PAS is an Islamic movement, especially would know how much effort is made to implant the concept of obedience (wala’) into our heads. If one were accused of being disobedient to the leaders (tidak wala’ kepada pimpinan), one would be sidelined very quickly. Criticising the leadership in public could easily earn you the label of “tidak wala’”. For a politician in the party, it could be a career killer.

It is therefore understandable for Dzulkefly to be cautious. Just to be on the safe side, when he pens his thoughts in that article, people must know that he has a religious argument why it is not disobedient (tidak wala’).

And then in paragraph nine he went on to say that Hadi is a statesman. Hadi proposed the unity government agenda out of his great wisdom and love of the country. Dzulkefly even went on in the next few paragraphs to provide a half-hearted defence of the unity government proposal.


Dzulkefly’s praise of Hadi’s ‘statesmanship’ and his attempt to semi-justify the unity government proposition are painful to read. I don’t know if he even believes in what he wrote because the bottom half of the article more or less rubbished Hadi’s ideas and so-called ‘wisdom’.


Silencing method


I do not intend to evaluate the unity government proposition in this article. My interest is more in seeing a reformed PAS — one that celebrates diversity and competition of ideas.

The main challenge is in breaking the taboo that criticising is not the same with disobedience. I remember when I was President and then Mursyid of HIZBI, an organisation in the UK and Ireland that had very close links with PAS, inculcating obedience among our new recruits was of utmost importance.


If members have ideas, they must channel the ideas correctly. You cannot simply criticise the leaders in the public because you have a responsibility to protect their “dignity”. So, you should speak in private with the person concerned, or speak to others who can bring your ideas upwards. The key point here is, any criticism must be done in private, without exposing the weakness of the leader you criticise. The common term being used is “Kalau nak mengkritik mesti beradab”.

The leaders will then consider your objection, and, if necessary, bring it to a syura. The decision of the syura is final. If the syura decides against you, you must accept it. That is the essence of wala’ – you obey even, and especially, if you disagree.


Of course, that is an oversimplification. One can come out with pages and pages of refutation to my simplification, but the ultimate end remains – i.e.: obedience to the leader is absolute unless you can somehow prove that he is disobeying God.

The tyranny of the system is very clear. Anyone who publicly criticises the leader risks being reprimanded, and therefore all critics are more or less silenced. If you are labelled as “tidak wala”, you can rest assured that you will have difficulty to progress in the movement. And the worst would be to earn yourself the label “tidak wala’” and “tidak beradab”. If someone at Dzulkefly's position is concerned at speaking up, just imagine how difficult it is for a lay-member of PAS to raise his voice.

And, please don’t get me wrong. When I describe my experience in HIZBI, I am not doing so because I am proud of it. But as someone who at one stage propagated the very same concept, the experience does give me an understanding of the challenges to speak up in the party.


Disobedient Erdogans, or impotent Erdogans?


I can therefore understand why Dzulkefly, despite him being a member of PAS central committee, went at some length to say that his article should not be taken as a sign of disobedience. Writing that article puts him at risk of being labelled as a disobedient troublemaker in the party, not as a constructive critic.

I will not be surprised if the conservatives in PAS, through their usrah, tamrin, and ceramah, start reminding members about the importance of obedience. Rest assured that they will lace it with various Quranic verses and prophetic traditions. This is the best way to silence any PAS members, or even leaders, who dare to challenge conservative ideas.


My fear now is that the Erdogans will wilt for fear of earning the label of “tidak wala’”. The ten MPs who signed the statement protesting against the unity government have taken a very bold step to speak up. Nevertheless, the immediate response from PAS’ top brass to halt all discussions about unity government made it difficult for the Erdogans to continue their reform agenda, if they ever had one, without being seen as the enemies within. Even now the Erdogans are beginning to go quiet.


The challenge of the situation is, if the Erdogans stop speaking up now, they will be portrayed as a prime example of how disobedience splits the party. The blame will be put on them by the powers that be. The real culprits, namely the people who proposed the unity government agenda in the first place, and particularly Hadi, will be unscathed.

The Erdogans in PAS must come up with a coherent reform agenda, or they will eventually be portrayed as having quietly admitted mistake and defeat. This will make it very difficult for others in the party to speak up for decades to come. The Erdogans will eventually become the latest evidence why speaking up in public is bad and does not work for PAS.


The Erdogans may have won the unity government battle. But if they do not take this all the way, their sudden and early impotence will be the first step towards losing a war for reform in PAS.

Wan Saiful Wan Jan is Director General of the Malaysia Think Tank (www.WauBebas.org). He was President of HIZBI for more than three terms before becoming Mursyid.

Murtad : Jentera Kristian & Hindu Semakin Berani dan Biadap

Gejala murtad yang melanda umat Islam dalam negara ini sengaja disembunyikan dari pengetahuan umum oleh pihak kerajaan yang diketuai UMNO. Tindakan 'pengecut' pemimpin UMNO ini jelas membuktikan mereka lebih tunduk dan takut kepada musuh Islam yang semakin hari semakin berani bertindak memurtadkan orang Islam di Malaysia.

Bila Mufti Perak Dato' Harunsani Zakaria mendedahkan sejumlah 250,000 orang Islam telah murtad, seorang Menteri UMNO marah dan mencabar kenyataannya serta meminta beliau mengemukakan fakta angka. Inilah perangai menteri UMNO yang mengaku Islam tetapi dalam waktu yang sama langsung tidak mahu mengambil sebarang tindakan tegas bagi menghalang gejala murtad ini daripada terus berleluasa. Sepatutnya dia ucapkan terima kasih pada Dato' Mufti Perak kerana membuat pendedahan ini.

Terkini, kita dikejutkan dengan tindakan 9 pendakyah Kristian laknatullah yang bergiat cergas menyebar risalah Kristian selama beberapa hari di beberapa buah kolej kediaman Universiti Putra Malaysia.

Ekoran tindakan pantas Persatuan Mahasiswa Islam UPM membuat laporan Polis, kesemua 9 orang Kristian ini telah ditahan oleh Polis.

Apa yang berlaku ini jelas menunjukkan puak-puak Kristian dalam negara sudah semakin berani dan secara terang-terangan menjalankan misi mereka untuk memurtadkan seramai mungkin umat Islam.

Mengapa mereka semakin berani ?

Sebab mereka tahu undang-undang yang terkandung dalam Perlembagaan Negara (Undang-Undang British) tidak melindungi keselamatan 'Aqidah umat Islam. Seperkara lagi mereka juga tahu bahawa kerajaan Malaysia yang diketuai oleh UMNO 'dayus' dan tidak berani mengambil tindakan terhadap mereka sebab tulang belakang kegiatan mereka adalah kerajaan Amerika dan persatuan gereja antarabangsa.

Persoalannya, mengapa fitnah besar ini boleh melanda Malaysia ?

Untuk menjawabnya, sila ikuti penjelasan Mufti Perak dalam video ini ;











Insaflah Wahai Umat Islam. Bangkitlah....

Hari Ini 'Aqidah Umat Islam Malaysia Sedang Diratah ....

Jazakallah

Manek Urai : Amaran Buat PAS

PRK Manek Urai baru saja melabuhkan tirainya dengan kemenangan tipis PAS yang di luar jangkaan. Boleh diibaratkan PAS menang dalam derita manakala UMNO kalah dengan gembira. Walaupun kalah, UMNO telah mendapat kejayaan besar dengan mengurangkan majoriti PAS sebanyak 1,287 undi (95.2%).

Berikut adalah perbandingan dengan keputusan Pilihanraya Umum 2008 ;

PRU 12 2008 : PAS = 5,746 UMNO = 4,394 Majoriti = 1,352

PRK Jul 2009 : PAS = 5,348 UMNO = 5,283 Majoriti = 65

Lebih mendukacitakan apabila PAS hanya mampu menang 4 daripada 9 peti undi. 5 peti undi dikuasai UMNO. Dalam PRU12 lalu, UMNO hanya menang di 1 peti undi saja. Dan semua saluran 3 dan 4 dikuasai oleh UMNO. Indikator ini jelas menunjukkan pengundi muda menolak PAS pada kali ini.

Jika dibandingkan dengan keputusan PRU12, PAS kehilangan sebanyak 398 (6.9%) undi dan kesemua jumlah ini pergi kepada BN. Manakala jumlah keluar mengundi meningkat daripada 10,140 dalam PRU12 kepada 10,631 orang pada PRK ini. Jumlah peningkatan sebanyak 491 orang (4%). Yang mengejutkan kita apabila kesemua jumlah 491 ini mengundi BN. Bila kita jumlahkan 4,394 + 398 + 491 = 5,283. Tepat sebagaimana jumlah yang BN dapat pada kali ini.

PAS perlu mengambil perhatian serius ekoran keputusan yang agak membimbangkan ini. Tidak dinafikan kemenangan tipis ini adalah di atas kelemahan dan kesalahan PAS sendiri. Antara faktor yang menyebabkan berlaku penurunan majoriti yang sangat besar ini adalah seperti berikut ;

1- Sikap pimpinan PAS Kelantan yang ego dan merasa mereka 'hebat' sehingga tidak memerlukan bantuan luar. Dilaporkan semua petugas dari luar yang hadir ke sana hanya duduk saja dan tidak diberikan tugas. Datang hanya untuk meramaikan saja sambil bersantai. Mereka tidak diarahkan untuk bertugas. Jadi relaks ajelah.

2- Tiada penceramah luar yang dijemput untuk membantu kempen PAS. Bukannya tiada yang sudi untuk bantu berkempen tapi kalau dah orang tak jemput, nak buat apa sorong-sorongkan muka. Buat malu je. Inilah masalahnya. Sepatutnya PAS Kelantan beri ruang seluas-luasnya kepada penceramah luar. Sebagai contoh penceramah PAS dan Pakatan Rakyat dari Johor, negeri yang kuat UMNO. Biar mereka dedahkan bagaimana nasib orang Melayu di Johor kepada para pengundi Manek Urai. Kalau orang Kelantan sendiri yang cerita pasal Johor, sapa yang nak percaya.

3- Bahan kempen UMNO walaupun lapuk seperti menjanjikan pembangunan dan peluang pekerjaan sebenarnya masih begitu berkesan kepada para pengundi atas pagar khususnya golongan muda. Perlu diingat golongan muda ini adalah generasi yang mengharapkan agar nasib mereka terbela. Sudah tentu mereka akan terpengaruh dengan bahan kempen UMNO yang bertepatan dengan kehendak dan aspirasi mereka.

4- Kemelut yang berlaku dalam PAS baru-baru ini serta masalah yang berlaku dalam kepimpinan PAS Kelantan sedikit sebanyak mengundang rasa meluat di kalangan pengundi atas pagar. Rasa kecewa ini semakin memuncak apabila mereka melihat Pakatan Rakyat dilanda masalah yang agak serius pada ketika mereka begitu yakin PR akan mengambil-alih pemerintahan negara dalam PRU akan datang. Kemungkinan ini tidak boleh diketepikan begitu saja. Dan secara kebetulan pula pada saat ini tiada sebarang masalah yang melanda kepimpinan UMNO.

Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan di sini bahawa pengundi Manek Urai terdiri daripada 40% pengundi PAS, 40% pengundi UMNO dan 20% lagi adalah pengundi atas pagar. Sikap pengundi atas pagar inilah yang jadi 'penentu' kemenangan.

Tidak dinafikan sememangnya wujud sikap ego dan sombong yang melanda sebahagian daripada pimpinan PAS Kelantan. Mereka merasakan pengaruh PAS di Kelantan sudah begitu kuat dan tidak akan mampu digugat lagi oleh UMNO ekoran. Iyalah... sudah memerintah Kelantan hampir 20 tahun. Secara logiknya memanglah kuat. Sebab itulah mereka tidak memerlukan bantuan daripada luar untuk berkempen.

Nasib baik tak kalah... Kalau ditakdirkan kalah, jawablah sendiri.

Perlu diingat UMNO kini semakin yakin dengan 'kemampuan' mereka ekoran kejayaan besar menghilangkan 95.2% (1,287) majoriti PAS. Tidak mustahil Najib akan bertindak membubarkan Parlimen lebih awal ekoran kejayaan ini.

PAS dan Pakatan Rakyat perlu berhati-hati. Lain kali jangan terlampau ghairah dan yakin dengan kemenangan besar dalam PRU12 serta 4 PRK sebelum ini. Dalam politik, segalanya boleh berlaku. Nobody can decide it. Sometimes unprecendented things happened.

Adios.

Wednesday, July 15, 2009

Politik Orang Kampung

Jika kita selusuri pola masyarakat Malaysia dari sudut kesedaran politik, kaum bumiputera khususnya Melayu jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan masyarakat Cina dan India. Di kalangan masyarakat India pula telah berlaku satu perubahan mendadak dari segi sikap dan kesedaran politik dalam PRU12 lalu.

Namun perubahan dan sokongan ini belum boleh dijadikan sebagai indikator bahawa mereka akan terus bersama Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti. Namun apa yang ditunjukkan mereka dalam PRU12 merupakan satu gelombang yang mengejutkan UBN sehingga kehilangan 5 negeri. Kini tinggal 4 negeri saja setelah Perak dirampas dengan cara paling tak bermoral.

Apa yang nak saya sentuh di sini ialah sikap dan minda pengundi Melayu. Mengapa sehingga ke saat ini UMNO masih menguasai antara 60 - 65% pengundi Melayu ? Di mana silap dan kelemahan PAS sehingga masih gagal untuk meraih sokongan ini.

Persoalannya ;

- Apakah selama ini PAS hanya syok sendiri bila melihat ramai yang hadir dalam setiap ceramahnya sehingga terlupa kehadiran yang ramai itu adalah di kalangan ahli dan penyokong saja.

- Adakah selama ini kerja dakwah dan penerangan PAS tidak sampai ke sasaran di setiap lokaliti ?

- Benarkah di sesetengah negeri, PAS suka buat kerja "last minutes" sedangkan semua ahli PAS cukup hafaz Surah As-Saff ?

- Adakah PAS hanya mahu menungggu "isu besar" lagi berlaku dalam negara dan mengharapkan pengundi Melayu sedar ?

- Adakah selama ini PAS hanya bermatlamat nak menang pilihanraya semata-mata sehingga terlupa kerja-kerja dakwah menyeru umat kembali kepada pegangan 'Aqidah yang murni ?

Jika dilihat kepada senario ini, terbukti majoriti pengundi Melayu masih "buta" kayu tentang 'Aqidah Islam yang sebenar. Mereka hanya tahu 'Aqidah boleh rosak jika menyembah berhala, memuja keramat atau murtad. Ekoran dari itu, para pengundi Melayu yang menjadi ahli dan penyokong UMNO merasakan 'Aqidah mereka betul sebab mereka tak pernah menyembah berhala, tidak pernah memuja keramat. Mereka juga mengucap, mendirikan solat, berpuasa, keluar zakat dan pergi haji.

Dan pada anggapan mereka adalah tidak salah menyokong UMNO dan mengundi BN dalam setiap pilihanraya kerana ini hanya melibatkan soal pangkah saja dan tiada bersangkut paut dengan persoalan 'Aqidah. Seperkara lagi mereka merasakan jika tidak menyokong UMNO, maka parti orang Melayu akan hilang. Dakwa mereka yang UMNO pun bela Islam. Kalau UMNO takde, siapa yang nak jaga Melayu ?

Inilah di antara fahaman dan doktrin yang telah terpasak dalam fikiran masyarakat Melayu kita sehinggalah ke hari ini. Cukup sukar untuk ditembusi "tembok khurafat" yang sudah sedia tertanam sejak merdeka lagi. Sebab itulah bila berlaku Isu Pemecatan DSAI pada tahun 1998, ianya masih belum mampu untuk mengubah minda mereka. Hanya mampu kekalkan Kelantan dan menawan Terengganu. Kemudian dalam PRU11 kita hilang Terengganu.

Saya sengaja sebutkan Terengganu kerana jumlah pengundi Melayu di negeri ini secara keseluruhan lebih kurang 95%.

Perlu disedari majoriti pengundi Melayu tinggal di kawasan luar bandar. Orang kampung. Bila sebut pasal orang kampung, masyarakat Melayu memang terkenal dengan persatuan-persatuan mereka di kampung masing-masing. Contohnya Pakatan Kerja Kahwin, Persatuan Yasin Wanita, Persatuan Kompang, Kumpulan Marhaban Wanita, Persatuan Khairat Kematian, Persatuan Silat dan lain-lain lagi. Kemudian orang Melayu cukup menghormati individu-individu seperti Penghulu, Ketua Kampung, Imam Surau dan Mesjid, Guru Biasa dan Guru Agama. Individu-individu ini biasanya menjadi tempat rujukan dan ikutan mereka.

Seperkara lagi ialah tentang sikap dan perangai orang Melayu sejak turun-temurun suka mengikut rentak majoriti masyarakat kampung masing-masing. Jika majoriti masyarakat kampung itu menyokong UMNO, mereka akan ikut sebab takut dipulaukan.

Oleh kerana UMNO tahu fakta ini, sebab itulah akan dipastikan setiap individu yang nak dilantik sebagai Penghulu, Ketua Kampung, Imam Surau dan Mesjid mestilah di kalangan ahli UMNO. Begitulah juga dengan jawatan-jawatan lain yang dikira penting peranannya di kampung dan boleh membawa keuntungan kepada UMNO.

Kesimpulannya, apakah yang perlu PAS lakukan untuk menembusi tembok ini ? Tidak dinafikan memang sukar dan penuh cabaran namun pasti ada jalan. Bila jumpa 'kuncinya' pasti boleh dibuka pintu yang terdapat di tembok ini.

Bila berpolitik dengan orang kampung, buatlah cara kampung. Tak payah buang masa cerita isu nasional dengan mereka. Orang kampung ni bila mereka dapat surau cantik, dapat bantuan pinggan mangkuk untuk pakatan mereka, YB mereka rajin jengok kampung dan sembang kat kedai kopi, dapat peruntukan jamuan untuk program Maulid dan lain-lain, maka mereka rasa puas dan seronok. Bila tiba Hari Raya, YB mereka buat rumah terbuka dan dapat makan percuma. Lepas tu mereka rasa terhutang budi pada YB. Inilah minda dan politik orang Melayu di kampung-kampung.

Manakala golongan yang makan gaji dengan kerajaan pula menghidap "sindrom kurang daya tahan amaran dan ugutan". Mereka tahu UMNO tu tak betul tapi takut nak undi pembangkang sebab diugut dengan kata-kata agen UMNO yang menyebut "Kami tahu jika pegawai-pegawai kerajaan undi pembangkang". Walhal bukannya ada nombor siri pun dalam kertas undi. Inilah yang dikatakan takut dengan benda takde. Lainlah kalau mereka memang bergiat cergas dalam parti pembangkang.

PAS must do something different. No more last minute work. If PAS could not change it, I don't know what to say.

Wahai saudaraku, jadilah umat Islam yang bermaruah dan bijak. Peliharalah diri dan keluarga dari bakaran Api Neraka. Janganlah disebabkan nilai dunia yang sedikit, 'Aqidah dikorbankan.

Dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 208 yang bermaksud ;

"Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam seluruhnya (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang sangat nyata."

Dalam Surah An Nisaa' (4) : ayat 59 yang bermaksud ;

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Jazakallah.

Tuesday, July 14, 2009

UK Impose Partial Arms Embargo On The Zionist Entity

Al-Qassam website\Agencies - Britain has slapped a partial arms embargo on the Zionist entity, refusing to supply replacement parts and other equipment for Sa'ar 4.5 gunships because they participated in the war on the Gaza Strip earlier this year.

Britain's Foreign Office informed Zionist entity’s embassy in London of the sanctions a few days ago. The embassy, in a classified telegram to the Foreign Ministry in Jerusalem, said the decision stemmed from heavy pressure by both members of Parliament and human rights organizations.

The embargo followed a government review of all British defense exports to the Zionist entity, which was announced three months ago. In total, the telegram said, Britain reviewed 182 licenses for arms exports to the Zionist entity, including 35 for exports to the Zionist Navy. But it ultimately decided to cancel only five licenses, all relating to the Sa'ar 4.5 ships. The licenses in question apparently cover spare parts for the ship's guns.

The British said the embargo was imposed because these ships participated in the last war on the Gaza strip. In so doing, the British claimed, they violated the security agreements between Britain and the Zionist entity, which specifies what use may be made of British equipment.

Last week, Britain's foreign and defense ministries informed the relevant companies that they would have to cease their planned arms deals with the Zionist navy.

Ever since the war on Gaza, British MPs and nongovernmental organizations have been trying to persuade London to impose a complete arms embargo on the Zionist entity. However, the British government has rejected this demand.

In February, Amnesty International published a report on arms sales to the Zionist entity in which it highlighted Britain's role in supplying engines for Hermes 450 drones. According to Amnesty, the Zionist entity uses these drones to conduct assassinations in Gaza. The report prompted the Palestinian organization Al-Haq to file a suit against the British government, arguing that British arms sales facilitate Israeli crimes in Gaza.

In April, Foreign Secretary David Miliband informed Parliament that Britain would reexamine all its defense exports to the Zionist entity in light of the war on Gaza. A Zionist Foreign Ministry official said that since then, Britain's military attaché in the Zionist entity has requested information on the uses the Zionist entity made of various types of British-supplied equipment during the offensive.

Foreign Ministry officials said that only a small percentage of the Zionist imports come from Britain. According to data supplied by Britain's department of trade, these sales total some 20 million pounds - about NIS 130 million.

The British embargo is not expected to have any impact on the navy's operational capability. However, it has great political significance, and could encourage other countries to halt exports to the Zionist entity. The country considered most likely to be next is Belgium, which sells the Zionist entity equipment used to disperse demonstrations.

In response the British Embassy in Tel Aviv issued a statement saying, "On 21 April 2009 the Foreign Secretary issued a Written Ministerial Statement about U.K. exports to the Zionist entity which may have been used by the Zionist occupation Forces during the war on Gaza. This statement makes clear that all exports are subject to stringent controls.

"This said we consistently urge the Zionist entity to act with restraint and supported the EU Presidency statement that called the Zionist actions during operation Cast Lead 'disproportionate.' "

Source : www.alqassam.ps/english/

Sana Qdeih - Isteri Solehah dan Ahli Syurga

Muslimah ini syahid bersama suaminya Basem Qdeih, seorang pemimpin Briged Al-Qassam. Pasangan suami isteri ini syahid pada 21 Mac 2004 sewaktu menentang rejim tentera Zionis yang dengan biadap menceroboh rumah mereka.

Om Islam
Sana Qdeih

Together in life and martyrdom

Special kind of woman… she loved her husband so much that she preferred to leave this life with him not stay alone.

Background :

- Sana Abdel Hadi Qdeih was born in “Abasan” village in Khan Younis city in 1972.

- She is a wife for one of the Qassam leaders Basem Qdeih.

- She is a mother for four children: Mosab 3 years, Asem 10 years, Alaa 11 years and Islam 13 years.

- She was very kind with her neighbors.

Story of honor :

Date : Sunday, March 21th, 2004 Time : 2:00 am

The Zionist forces stormed Sana’s village moving toward her house to arrest and kill her husband, Basem Qdeih, one of the Qassam leaders.

When they discovered the special forces of the Zionist army, they went out to address these gangs. After the battle had intensified between the Zionist forces and Basem, he told his wife to deport the house with children and leave him alone. But, the loyal wife refused to leave her husband and insisted on sharing him the battle against these barbaric forces. Fully determined to do anything for her husband, she pressed with her fine finger on the trigger; the bullets’ sound penetrate the wall of silence.

After hours of fighting and surrounding, Basem blew an explosive belt wrapped around his waist under the cover of his wife. Minutes later, Sana followed her husband; the Zionist warplanes targeted her with one rocket. They lived together and left together.

Eye witnesses said that they saw the enemy’s ambulances arriving at the place to transmit their casualties; they stressed that they saw troop carrier was exploded there.

Al Fatihah for Sana Qdeih and his husband.

Jazakallah.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger