Sunday, June 7, 2009

Pemilihan PAS - Semua Wakil Dari Kelantan Kecundang

Bila dibaca keputusan resmi Pemilihan Pucuk Pimpinan PAS dalam Muktamar kali ini, barulah perasan semua pimpinan dari Kelantan yang dicalonkan semuanya tewas kecuali Dato' KJ.

Terfikir juga di benak hati mengapakah ini berlaku ? Selain dari Husam, apakah calon seperti Nik Amar, Takiyuddin, Cikgu Wan Rahim, Ustaz Halim, Anuar Tan, Apandi Mohamad, Rosli Ibrahim dan Omar Mohammad mengalami nasib yang sama seperti Husam ?

Pelik jugak tapi itulah yang terjadi.

Adakah pimpinan PAS Kelantan juga berpuak-puak ? Jika benar telahan ini, ianya merupakan satu hal yang amat mengecewakan sekali. Sepatutnya perkara sebegini boleh dielakkan. Bersegeralah muhasabah diri sebelum terlambat. Ingatlah, PAS bukan milik individu tetapi milik semua ahli dan para pendokongnya.

Adakah segelintir pimpinan PAS Kelantan sudah lena dibuai dengan kedudukan dan pangkat sehingga lupa petunjuk Allah dalam Al-Qur'an yang bermaksud "Jika di kalangan kamu berselisihan dalam sesuatu hal, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya."

Saya nak ulas pasal ni memang kurang maklumat. Saya kira ulasan mso ada juga benarnya berhubung kekalahan 9 orang wakil dari Kelantan ini.

Sila baca ulasan mso yang bertajuk Ada Tiga "Tanah Rancangan" Dalam PAS Kelantan.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger