Saturday, February 28, 2009

Pertembungan Antara Haq Dengan Bathil Berterusan Hingga Kiamat

Sejak dari zaman Nabi Adam A.S lagi telah berlaku pertentangan antara yang HAQ dengan BATHIL. Permusuhan antara Habil dan Qabil ini berlaku apabila timbul rasa tidak puashati di pihak Qabil yang enggan menikahi adik kembar Habil yang bernama Lubuda kerana wajahnya tidak cantik. Manakala Habil pula akan dikahwinkan dengan kembar Qabil yang cantik bernama Iqlima.

Untuk menyelesaikan masalah ini secara hikmah dan adil, lalu Nabi Adam mencadangkan agar diserahkan saja masalah perjodohan ini kepada Allah SWT. Biar Dia yang menentukannya. Cadangan Nabi Adam ini diterima baik oleh Habil dan Qabil.

Ringkasnya, korban Habil berupa kambing ternakan yang sihat telah diterima oleh Allah manakala korban Qabil berupa gandum yang rosak ditolak oleh Allah. Sehubungan itu Habil adalah pemenangnya dan dialah yang berhak memilih antara 2 gadis saudaranya untuk dijadikan isteri.

Qabil pula tetap tidak berpuashati apabila korbannya tidak diterima oleh Allah. Hatinya terbakar kerana tidak dapat memperisterikan Iqlima yang cantik. Dendamnya terhadap Habil terus membara. Pada satu hari Nabi Adam A.S berpergian meninggalkan rumah dan mengamanahkan tanggungjawab kepada Qabil untuk menjaga rumahtangga, ibu dan saudara-saudaranya. Kesempatan inilah digunakan oleh Qabil untuk melaksanakan dendamnya. Pada satu hari, Qabil pergi mendapatkan Habil di padang ternakannya dan tanpa berfikir panjang terus membunuh saudara kandungnya yang beriman dan tak berdosa itu. Inilah sejarah pembunuhan manusia yang pertama berlaku.

Pertembungan antara kebenaran dengan kebathilan ini akan berterusan sehingga Hari Qiamat. Ianya tidak akan berhenti. Yang pastinya, setiap yang haq pasti menang dan yang bathil pula akan musnah. Begitulah juga yang berlaku dalam hati kita. Malaikat dan syaitan saling berebut untuk menguasai hati manusia. Malaikat membawa ilham yang baik dari Allah ke dalam hati manusia manakala syaitan pula membisik dan menghasut ke arah kejahatan.

Dalam mana-mana buku hasil karya para penulis sejarawan Islam terkenal, kita akan jumpa catitan yang dibuat bukanlah setakat mengenai sejarah kegemilangan Islam itu sendiri malah ditulis juga tentang keburukan zaman jahiliyyah.

Al-Qur'an ada menceritakan tentang keindahan hidup masyarakat Islam Madinah di bawah pemerintahan dan bimbingan Rasulullah S.A.W. selaku Ketua Negara. Juga didedahkan tentang betapa buruknya kehidupan masyarakat jahiliyyah Makkah di bawah pimpinan Abu Jahal dan sekutunya pada waktu itu.

Allah SWT juga menjelaskan kepada kita di dalam Kitab-Nya tentang kemurnian Tauhid dan betapa jeleknya syirik. Juga dinyatakan tentang nikmat balasan Syurga kepada golongan yang beriman dan siksa balasan Neraka bagi golongan yang kufur.

Semuanya ada dinyatakan dengan jelas. Pahala dan dosa. Syurga dan neraka. Iman dan kufur. Adil dan zalim. Segala-galanya termaktub di dalam Al-Qur'an sebagai panduan manusia agar berjaya melayari bahtera hidup mereka bersesuai dengan kehendak Allah SWT.

Semua perbandingan ini ada termaktub di dalam Al-Qur'an dan Sunnah. Tujuannya agar umat manusia boleh buat perbandingan dan membuat penilaian jalan manakah yang terbaik untuk dipilih dalam hidup ini.

Jelas di sini bahawa 'peperangan' antara yang haq dengan bathil akan berterusan sehinggalah dunia ini Qiamat.

Begitulah juga apa yang berlaku dalam negara kita. Janganlah kita merasa hairan bila melihat PAS menentang UMNO. Inilah ketetapan Allah sejak azali lagi. Kebenaran vs Kebathilan.

Sebagai umat Islam, jangan sekali-kali kita terpedaya dengan propaganda membela bangsa yang kerap dimainkan oleh UMNO apabila terdesak. Ini semua propaganda murahan.

Allah SWT tidak pernah memerintahkan para Nabi dan Rasul-Nya untuk memperjuangkan bangsa. Para Nabi dan Rasul hanya diperintahkan untuk membimbing dan mengajak umat manusia mentauhidkan Allah (Islam).

Berhubung dengan bangsa yang selalu diungkit oleh UMNO selama ini jelas menunjukkan kedangkalan mereka sendiri. Mereka lupa bahawa Allah yang menciptakan manusia terdiri dari pelbagai bangsa dan suku kaum agar mereka saling kenal mengenali antara satu sama lain.

Malangnya umat Islam dalam negara ini, khususnya orang Melayu masih tidak menyedari bahawa perjuangan bangsa yang dibawa oleh UMNO selama ini merupakan satu perjuangan yang sia-sia dan ditolak oleh Allah SWT. Apa yang UMNO perjuangkan selama ini tidak ada bezanya dengan apa yang pernah dilakukan oleh Abu Jahal dan sekutu-sekutu musyrikin Makkah yang lain. UMNO itu sendiri diakui oleh Almarhum Tunku sebagai sebuah parti berfahaman sesat (sekular). Na'uzubillah...

Yang menghairankan masih ramai masyarakat Melayu masih 'buta hatinya' sehingga tidak boleh membezakan antara PAS dengan UMNO. Mereka bukannya tidak pernah ke Kelantan dan melihat sendiri bagaimana Pemerintahan Islam yang dilaksanakan oleh PAS di sana. Antaranya ;

1- Mengharamkan Riba' - semua bank di Kelantan hanya melaksanakan Perbankan Islam.

2- Mengharamkan Judi - semua premis judi ditutup.

3- Mencegah Maksiat - semua pusat hiburan ditutup.

4- Pelancaran Bulan Solat - Kerajaan Kelantan menggalakkan rakyat bersolat jamaah di masjid.

5- Melaksanakan Sistem Gadaian Islam (Ar-Rahn) - membebaskan umat Islam daripada sistem gadaian riba'.

Dan banyak lagi program yang telah berjaya dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan demi kesejahteraan hidup rakyat. Paling ironisnya Kerajaan Pusat (UMNO) sendiri meniru secara diam-diam apa yang telah dilaksanakan di Kelantan. Salah satunya cuti bersalin 2 bulan.

Memang dasar dan sifat UMNO itu sendiri "Bodoh Sombong". Sentiasa merasakan dirinya saja yang betul dan pandai. Sedangkan hakikat sebenarnya merekalah yang bodoh. Dahlah bodoh, ditambah pulak dengan kesombongan dan kesesatannya.

Yakinlah, kita sama-sama akan menyaksikan kehancuran UMNO tak lama lagi.

Jazakallah.

Wednesday, February 25, 2009

Pekong Najib dan Rosmah Semakin 'Busuk'

'Bau busuk' Najib dan bininya sudah tidak boleh ditutup lagi. Rupanya isteri Razak Baginda pernah terlepas cakap di hari permulaan perbicaraan kes pembunuhan Altantuya. Mazlinda Makhzan yang juga merupakan seorang peguam telah membuat satu kenyataan tegas demi membela suami tercinta yang diyakininya tidak bersalah.

Kita yakin kenyataan spontan secara tidak sengaja ini dibuat apabila para wartawan mengajukan beberapa soalan kepadanya. Siapa pun boleh faham bagaimana hati dan perasaan seorang isteri yang terpaksa berhadapan dengan situasi di mana suaminya dituduh terlibat dalam kes pembunuhan kejam seorang warga asing. Isteri mana yang tak marah bila suaminya juga dijadikan 'kambing hitam' demi 'melindungi' individu tertentu yang sebenarnya bersalah. Disebabkan rasa marah yang terbuku di hati, akhirnya 'terpacul' keluar dari mulutnya kata-kata berikut ;

"Dia (Razak Baginda) tidak bersalah, dia bukan nak jadi Perdana Menteri."

Semua orang boleh faham apakah maksud "........., dia bukan nak jadi PM".

Mari kita 'explore' beberapa kenyataan dan maklumat berhubung kes Altantuya yang pernah dibuat dan didedahkan sebelum ini ;

1- Koperal Sirul Azhar dalam prosiding pembelaan diri di mahkamah menyebut ;

"Saya tidak bersalah. Saya hanya sekadar kambing hitam yang harus dikorbankan. Orang yang bertanggungjawab bebas di luar sana dan tidak berada dalam mahkamah ini (tidak didakwa)."

2- Raja Petra Kamarudin (RPK) pernah mendedahkan tentang maklumat yang diperolehi hasil pertemuannya dengan Dato' Syed Abd.Rahman Al-Habsyi (Konsulat Mongolia di Malaysia). Dalam pertemuan di Bangsar, Dato' Syed Abd.Rahman memberitahu bahawa Rosmah yang memberi arahan pembunuhan Altantuya termasuk meletupkan mayat mangsa dengan C4. RPK juga dimaklumkan ada 7 individu yang berada di tempat mangsa diletupkan. Rosmah, Lt. Kol Aziz Buyong, Lt. Kol Norhayati Hassan dan 4 orang lagi yang tidak dinyatakan. Siapakah 4 orang ini ?

3- Dato' Syed Abd.Rahman memberitahu RPK bahawa Ketua Polis Negara ada menghubungi dan menasihatinya agar berpindah ke luar negara jika Najib jadi PM.

4- Akuan Bersumpah Raja Petra Kamarudin yang mendedahkan individu yang terlibat.

Anda buatlah penilaian sendiri berdasarkan fakta.

Yang pasti Najib dan bininya tidak akan didakwa sebab Malaysia mengamalkan Undang-Undang Rimba. Polis, Peguam Negara dan Hakim semuanya 'dah kenyang'.

Jika Najib menaiki takhta No.1, Malaysia akan jadi sebuah negara 'gangster'.

Pak Lah perlu teruskan tugasnya sebagai PM sehingga PRU13 walaupun 'lembik' dan 'kuat tidur'.

Hanya dengan kuasa rakyat saja dapat mengubah segala kepincangan dan penyelewengan yang berlaku. Rakyat wajib buat perubahan menyeluruh dalam PRU13 akan datang.

"Selamatkan Malaysia"

Adios

Tuesday, February 24, 2009

Pengampu dan Penyokong UMNO 'Memberhalakan' Pemimpin

"Memberhalakan Pemimpin" ini bererti tunduk patuh dan takut kepada pemimpin yang jahat dan zalim. Tidak berani menegur pemimpin yang zalim ini kerana bimbang akan kehilangan jawatan dan pangkat. Menyakini pemimpin yang disokong ini mampu memberikan kesenangan dan menjamin keselamatan hidup mereka. Ekoran daripada itu, mereka hanya membiarkan saja segala tindak-tanduk pemimpin atasan walaupun mereka tahu ianya bercanggah dengan Islam dan zalim.

Kita tengok apa yang berlaku dalam negara kita. Begitu ramai golongan pengampu , penjilat dan penyokong UMNO yang bertindak sedemikian. Mereka lebih takut kepada pimpinan UMNO daripada Allah demi menjaga 'periuk nasi', jawatan dan pangkat.

Selama ini kita biasa dengar di kalangan masyarakat Melayu bawahan yang bercakap "Kita kena sokong UMNO walaupun kita tahu mereka banyak buat salah. Kalau kita sokong PAS, nanti susah kita. Anak kita tak dapat bantuan buku teks, susah nak dapat pinjaman pelajaran, susah nak dapat kerja.

Bagi golongan Profesional pula lain cakapnya sebab mereka berlumba-berlumba mengejar pangkat dan jawatan.

Golongan Ulama' Pengampu

Lihat saja perangai golongan Ulama' dalam UMNO. Semuanya bacul dan pengecut. Golongan Ulama' Su' (jahat) ini hanya berdiam diri dan takut mahu menegur pemimpin atasan UMNO yang terus-menerus memperlekehkan Hukum Allah, melakukan fitnah, rasuah dan pelbagai lagi kejahatan. Lebih teruk lagi bila ada di kalangan mereka yang membuat kenyataan secara terbuka 'membenar dan menghalalkan' segala tindakan pimpinan atasan mereka bagi mengaburi mata umat Islam.

Contohnya apabila Islam Hadhari diperkenalkan dalam negara oleh Pak Lah, maka berkokoklah golongan Ulama' Penjilat ini dengan membuat kenyataan bahawa inilah ajaran Islam yang betul mengikut peredaran zaman bagi melahirkan generasi rakyat Malaysia yang mampu berdaya saing dalam zaman yang penuh mencabar ini. Mereka juga menyebut bahawa jihad sebenar dalam zaman moden ini ialah 'Jihad Ekonomi'.

Inilah perangai golongan Ulama' Bangsat UMNO yang akan dihumban terlebih dahulu ke Neraka daripada golongan kafir.

Islam Hadhari Ajaran Sesat

Walhal kita semua tahu bahawa Islam Hadhari ini adalah fahaman sesat yang dirancang oleh pihak Yahudi bagi tujuan memecahbelahkan umat Islam di seluruh dunia. Pendedahan ini dibuat dalam sebuah buku yang dikarang oleh seorang penulis Islam yang terkenal, Almarhum Anuar al-Jundi pada tahun 1980.

Anwar al-Jundi menegaskan bahawa Islam Hadhari adalah langkah terbaik musuh Islam menghalang orang Islam daripada mendirikan negara Islam. Inilah senjata sulit pihak musuh Islam mahu menghalang umat Islam untuk menegakkan Daulah Islamiyyah.

Anwar al-Jundi juga mendedahkan bahawa Islam Hadhari hanya mahu menjadikan umat Islam maju dalam bidang sains dan teknologi tetapi dalam masa yang sama meninggalkan aqidah, usuludin, syariat, hukum Allah dan sebagainya.

Hujah al-Qur'an Tentang Toghut (Golongan Manusia Yang Memberhalakan Pemimpin)

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 257 ;

اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Ertinya : Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.

Dalam Tafsir Al-Azhar, Prof Dr.Hamka mentakrifkan "Thoghut" yang terdapat dalam ayat ini sebagai "Orang-orang yang diberhalakan", mampu menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup mereka di dunia.

Inilah fenomena yang sedang melanda sebahagian besar umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia. Mereka menganggap ada pemimpin yang setanding dengan Allah SWT.

Jika golongan kafir menyembah patung berhala kerana mereka menyakini bahawa berhala tersebut dapat memberi manfaat dan mengelakkan kemudaratan. Begitulah juga keadaannya apabila masyarakat Islam yang menyakini bahawa pemimpin itu dapat memberi manfaat dan menjamin keselamatan hidup mereka. Ekoran keyakinan ini, mereka tiada keberanian untuk membuat perubahan walaupun sedar bahawa pemimpin yang dipilih itu zalim dan tidak beriman. Inilah yang disebut sebagai 'memberhalakan' pemimpin.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk memikirkannya.

Niat saya hanyalah menyatakan yang HAQ walaupun pahit untuk ditelan. Saya teringat pesan Rasulullah S.A.W yang menyebut "Sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat yang kamu ketahui."

Jazakallah.

Monday, February 23, 2009

Talqin Tok Batin Selepas Mayat Dikebumikan

Selama ini kita biasa melihat apabila seorang Muslim yang meninggal dunia akan dibacakan TALQIN oleh Pak Imam setelah jenazah selamat dikebumikan. Antara intisari talqin yang dibacakan termasuklah 7 soalan yang akan disoal oleh 2 Malaikat iaitu Munkar dan Nankir.

Rupa-rupanya dalam masyarakat orang asli yang berfahaman 'pagan' (tiada agama) ini juga ada bacaan talqin mereka sendiri. Sudah tentu Tok Batin selaku ketua mereka akan membacakanya.

Ringkasnya, setelah mayat si mati selesai dikebumikan dan Tok Batin akan mengambil tempat di sisi kubur tersebut untuk memulakan bacaan talqin tersebut. Bunyinya lebih kurang begini ;

"Oh Yek, tak sangka rupanya kau mati hari ini. Kami sedih Yek. Kurang sudah kawan pergi berburu. Apa boleh buat Yek , Tuhan mahu ambil kau dulu dari kami."

"Yek, janganlah kau risau pasal bini dan anak-anak kau. Tahulah kami jaga mereka. Apa yang penting sekarang kau mesti bersedia untuk menjawab soalan dalam kubur ini. Yek, sekejap lagi datang 2 orang akan menyoal kau dengan beberapa soalan. Kau mesti jawab Yek. Kalau jawapan kau betul, selamatlah kau Yek. Tapi kalau jawapan kau salah, kau akan dipukul oleh 2 orang itu."

"Yek, kau jangan risau. Jika kau jawab salah, kau masih boleh selamatkan diri kau dari dipukul mereka. Biar aku ajar kau caranya."

"Jika dia pukul kau di sebelah kanan Yek, kau elak ke sebelah kiri Yek."

"Jika dia pukul kau di sebelah kiri Yek, kau elak ke sebelah kanan Yek."

"Tapi bila dia pukul kau di tengah-tengah Yek, matilah kau Yek, Yek. Nasib kaulah Yek".

"Yek, kami mahu pulang sudah ke rumah. Tinggallah kau sendirian di sini. Ingat pesan aku dan jangan takut bila 2 orang itu datang. Jaga diri kau baik-baik. Selamat tinggal Yek."

Di sini jelas membuktikan kepada kita bahawa dalam masyarakat orang asli yang berkepercayaan pagan ini juga percaya adanya soalan kubur. Begitu jugalah dengan masyarakt bukan Islam di seluruh dunia. Mereka tetap percaya adanya Tuhan, Malaikat, Syurga dan Neraka tetapi malangnya cara pengabdian mereka salah di sudut Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyah. Mereka hanya mengikut saja kepercayaan agama nenek moyang mereka yang sesat tanpa berusaha untuk mencari kebenaran yang hakiki.

Adios.

Hujah Al-Qur'an Membuktikan Pemimpin UMNO Sesat

Hujah 1 : Sengaja Tidak Menghukum Dengan Hukum Allah

Pemimpin UMNO yang memerintah negara dengan sengaja tidak mahu melaksanakan Undang-Undang Allah (Al-Qur'an). Mereka lebih redha menggunakan undang-undang ciptaan manusia (undang-undang penjajah).

Dengan jelas Allah sebut di dalam Al-Qur'an tentang golongan pemimpin yang tidak mahu menghukum dengan apa yang telah Allah turunkan kepada mereka.

Surah Al-Maidah (5) : hujung ayat 44 ;

وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Ertinya : dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.

kemudian di penghujung ayat 45 ;

وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Ertinya : dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

seterusnya di hujung ayat 47 ;

وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Ertinya : dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.

Hujah 2 : Menafikan Undang-Undang Allah

Pemimpin UMNO juga sengaja menafikan Undang-Undang Allah. Buktinya mereka pernah berkata bahawa Hudud tidak boleh dilaksanakan dalam negara kerana masyarakat majumuk.

Firman Allah dalam Surah Yunus (10) : ayat 59 ;

قُلْ أَرَأَيْتُم مَّا أَنزَلَ اللَّهُ لَكُم مِّن رِّزْقٍ فَجَعَلْتُم مِّنْهُ حَرَامًا وَحَلَالًا قُلْ آللَّهُ أَذِنَ لَكُمْ أَمْ عَلَى اللَّهِ تَفْتَرُونَ

Ertinya : Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram dan sebahagian lagi halal? Katakanlah lagi (kepada mereka): Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?.

Dalam tafsir Pimpinan Ar-Rahman, ayat ini menegaskan bahawa di antara tujuan Al-Qur'an ialah menyatakan undang-undang yang mengatur kehidupan manusia, tetapi ada pula segolongan manusia yang berani membuat undang-undang sendiri menurut hawa nafsunya.

Kita semua tahu para pemimpin UMNO menggunakan undang-undang yang didraf oleh puak kafir British (penjajah) melalui satu suruhanjaya yang ditubuhkan dan dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Undang-undang SEKULAR inilah yang digunakan sehingga ke hari ini.

Musyrikin Mekah Meminta Al-Qur'an Dipinda

Allah SWT juga memberitahu kita semua bagaimana golongan musyrikin Mekah pernah meminta agar Rasulullah S.A.W meminda isi kandungan Al-Qur'an supaya sesuai dengan kehendak hawa nafsu mereka. Peristiwa ini Allah rakamkan dalam Surah Yunus (10) : ayat 15 yang bermaksud ;

"Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan): Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri, aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja. Sesungguhnya aku takut, jika aku menderhaka kepada Tuhanku, akan azab hari yang besar (soal jawabnya)."

Itulah jawapan tegas Rasulullah S.A.W yang sepatutnya menjadi ikutan para Ulama' UMNO supaya tidak tunduk kepada kemahuan hawa nafsu pemimpin atasan yang zalim dan sesat.

Malangnya golongan Ulama' yang duduk dalam UMNO ini terdiri dari kalangan Ulama' Bisu dan Pengampu. Tengok muka mereka pun dah tak ada cahaya. Lihat sahajalah bagaimana perangai bekas Imam Besar Mesjid Negara, Pirdaus Ismail yang masuk UMNO dan bertanding di Permatang Pauh. Bila kalah dalam pilihanraya, dia tendang peti undi. Beginikah perangai seorang yang hafiz ? Betul juga kata orang. Bila masuk UMNO, serta-merta berubah jadi jahat.

Sebenarnya aku tahu apa sebab Pirdaus boleh tersesat masuk UMNO ni. Aku akan cerita dalam artikel lain nanti.

Wahai orang UMNO, apa lagi bukti yang kamu mahukan untuk menyedarkan kamu semua betapa sesatnya UMNO dan pimpinannya. Adakah kamu juga masih ragu-ragu dengan hujah Al-Qur'an yang diturunkan oleh Allah ?

Renungkanlah sebelum nafas sampai di leher.

Jazakallah.

Hamas European Contacts Has Increased After The End Of The War On Gaza

The Independent, a British newspaper, revealed that a number of European countries had started a secret talks with Hamas, despite that Hamas name is in the blacklist of the European Union.

The newspaper has learned that two members of the French Senate traveled to meet the head of the political bureau of Hamas Khaled Meshaal two weeks ago, which consider the first meeting of its kind. It noted that two members of the British House of Commons visited the Lebanese capital of Beirut, three weeks ago and met with Hamas representative in Lebanon Osama Hamdan.

The Independent reported about high-level European diplomat saying: "The number of Western officials, who talk to Hamas officials, more than occur to anyone, and this is the beginning of a new thing but not yet reached the end negotiations.

In the same context, the Quds press agency said that the Hamas representative in Lebanon, Osama Hamdan, disclosed that communications with the Europeans had not been interrupted by the Zionist aggression on Gaza, during, or after, and stressed that after the attack it started to take a more serious nature, but it is still at the beginning of the road.

Hamdan clarified in press statements that the Union communicate with Hamas increased its pace after the war on Gaza, and said: "There has been a European contacts with Hamas before the aggression and the course, there's no doubt that these contacts have increased after the attack, and out of these communications is that Europe had made a mistake when it put Hamas within the terrorism list, and that it has signed under the U.S. pressure ,and its position was not an expression of their conviction.

Hamdan added "The parties from the Europeans that have contacted us realize that what had not been achieved through a form of prior pressure on "Hamas", which reached to the level of war, cannot be achieved through further aggression. Therefore, there must be dialogue as only way to achieve stability.

The Hamas representative in Lebanon pointed out that Europe found itself in front of big ethical question about the truth of its position on democracy: Do you want a real democracy or an institutions follow it? If it wants institutions following it, Europeans have to stop calling for democracy, but if it is serious about democracy it must deals with the results of democracy".

Hamdan described the European contact move with Hamas as positive but it is still preliminary, and he said "We have a long way needs time before Europe realizes that dealing with Hamas is the way to stability".

Source : Alqassam

UMNO Bacul dan Dayus

Seluruh rakyat Malaysia yang cerdik minda dan merdeka jiwanya sudah lama menyedari bahawa UMNO merupakan parti 'pondan' dan bacul. Hanya berani berdepan dengan ahli-ahli mereka sahaja kerana sedar ahli UMNO mudah diugut dan diperbodohkan dengan 'kata-kata dan janji manis' mereka.

Macam nak muntah aku bila si pondan Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Hussin menghunus keris tanpa sarung dalam Perhimpunan Agung UMNO sambil berkata "Keris ini akan bermandi darah jika ada pihak cuba menggugat hak dan kedudukan orang Melayu".

Hoi UMNO ! Sudahlah... Hentikanlah penipuan dan sandiwara murahan ini. Sebenarnya kamulah pengkhianat terhadap bangsa Melayu, Islam dan negara. Hentikanlah segala pembohongan kamu selama ini. Kami rakyat Malaysia yang celik kenal dan tahu siapa sebenarnya kamu yang duduk dalam Parti Haprak ni. Kamu hanya boleh memperbodohkan orang Melayu yang masih menyokong UMNO. Tidak bagi kami rakyat yang cerdik dan celik mata hati.

Woi UMNO ! Aku nak tanya kat hangpa.

Siapa yang buang biasiswa orang Melayu ? Siapa yang menghapuskan tulisan jawi ? Siapa yang menghapuskan kekebalan Raja-Raja Melayu ? Siapa yang merompak wang rakyat ? Mana pergi tanah milik orang Melayu di Johor yang hanya tinggal 11% saja. Siapa yang bertanggungjawab di atas pembunuhan dalam Peristiwa Memali ? Siapa yang bertanggungjawab sehingga Amanah Saham Johor lingkup dan orang Melayu berhutang ?

Semuanya perbuatan kamu wahai UMNO...

UMNO Dayus !

Hari ini bila rakyat bangkit dan bersama Pakatan Rakyat, UMNO mula takut dan gelabah. Biasalah si pondan UMNO ini. Bila terdesak, maka digunakanlah Polis sebagai pecacai untuk berhadapan dengan rakyat.

Tengok sajalah bagaimana Polis digunakan untuk berhadapan dengan rakyat dalam sejarah Reformasi. Rakyat dipukul dan disembur dengan 'water cannon'. Rakyat ditahan dan ditangkap atas alasan menyertai perhimpunan haram. Inilah yang dipanggil "Sistem Demokrasi Kepala Bapak UMNO".

Tragedi Batu Burok

Begitu juga yang pernah berlaku di Batu Burok, Terengganu. Polis digunakan oleh UMNO untuk melakukan 'provokasi murahan' dengan tujuan memburukkan imej PAS di mata rakyat. Namun segala perancangan jahat dan jijik UMNO ini telah 'dihidu lebih awal' oleh PAS. PAS telah mendapat maklumat awal berhubung provokasi yang akan dilakukan oleh beberapa anggota Polis berpakaian biasa yang memakai 'reben' di lengan mereka.

Kekecohan mula berlaku apabila ada beberapa orang yang duduk di dalam kumpulan orang ramai telah mengeluarkan kata-kata yang berbentuk provokasi. Orang kenal dia sebab memakai tanda di lengan. Ini menyebabkan orang muda menyerbu mahu menangkap mereka dan dia (Polis) terus lari lalu menembak secara rambang dan mengenai tubuh dua pemuda PAS. Peluru yang hinggap ke tubuh mangsa adalah peluru hidup, bukannya peluru getah.

Inilah UMNO pengecut. Berani 'menyalak macam anjing' di belakang saja. Takut berhadapan dengan kenyataan yang rakyat semakin benci dan jijik dengan mereka. Walaupun seluruh saluran media dikuasainya untuk menaburkan segala propaganda jelek namun mereka cukup takut dan gerun dengan setiap program ceramah parti pembangkang.

Inilah akibatnya jika sudah terlampau jahat dan dosa bertompok-tompok. Merompak wang rakyat dengan melakukan penyelewengan dan rasuah puluhan dan ratusan juta ringgit. Menentang dan memperlekehkan Hukum Allah. Membunuh orang yang tidak berdosa. Menahan rakyat sesuka hati dengan ISA dan pelbagai lagi kekejian yang UMNO lakukan selama ini.

Sebenarnya Allah SWT sengaja membiarkan segala perlakuan pimpinan UMNO ini sehingga ke satu tempoh yang ditentukan oleh-Nya. Sebab itu kita lihat para pimpinan UMNO ini terus-menerus menikmati kemewahan hidup tanpa sekatan. Mereka boleh berbuat apa saja demi memuaskan hawa nafsu dan mencapai segala tujuan. Inilah yang dipanggil ISTIDRAJ.

Istidraj bermaksud golongan manusia yang derhaka kepada Allah tetapi terus diberikan nikmat hidup yang melimpah-ruah. Golongan ini sebenarnya tidak sedar bahawa mereka terus dibiarkan dalam kesesatan yang nyata sehingga Allah memberikan jawapan-Nya. Mereka terus dibiarkan lalai dengan segala nikmat hidup dan menyangka Allah masih sayangkan mereka.

Kita lihat apa komen Dato' Seri Ir Mohd.Nizar Jamaluddin tentang UMNO ni ;

UMNO Penakut, kata Nizar.

Gabungan Pakatan Rakyat di Perak hanya menggunakan kuasa speaker Dewan Undangan Negeri untuk menggantung Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menegaskan demikian dalam ucapan malam tadi di Felcra Serigala di Slim River yang dihadiri kira-kira 1,000 orang, dan berhujah bahawa Pakatan kini telah melumpuhkan BN kerana gabungan itu menguasai 28 kerusi, berbanding 21 kerusi BN selepas penggantungan tersebut.

"Ekoran itu, Pakatan adalah kerajaan untuk mentadbir Perak,katanya dalam laporan Harakahdaily hari ini.

"Hari ini, kalau kami nak gulingkan kerajaan baru pun sudah boleh...tetapi kita ini ikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam mereka merampas dengan cara penuh jijik.

"Mereka lupa, kuasa besar dan tinggi yang BN pernah berikan kepada Speaker 50 tahun dahululah kita guna balik ikut peraturannya," kata Nizar.

Felcra Serigala terletak dalam dewan undangan negeri Behrang, yang diwakili Jamaluddin Mohd Radzi yang keluar PR dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Mohd Nizar menegaskan bahawa beliau masih menjadi menteri besar yang saj yang dilantik oleh sultan.

"Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi," katanya yang merupakan Adun Pasir Panjang.

Mohd Nizar berkata jawatannya itu akan terbatal atau terlucut hanya melalui tiga cara iaitu, Perletakan jawatan secara sukarela, Pembubaran DUN dan Undi tidak percaya ke atas dirinya.

Beliau turut mencabar Umno untuk berhadapan dengan rakyat Perak melalui pilihan raya.

"Umno penakut. Takut kalah macam di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebab itu mereka rampas kuasa.

"Kami anak jantan, sangup berdepan dengan mereka dengan apa jua keadaan pun!" tegasnya.

Keluar rumah rasmi


Sementara itu di Ipoh, Bernama melaporkan, Mohd Nizar secara rasmi berpindah dari kediaman rasmi menteri besar hari ini.

Katanya beliau berpindah sebagai menghormati peraturan dan arahan Setiausaha Kerajaan negeri Perak dan bukan bermakna menyerah kalah kerana proses mahkamah masih berjalan dalam menentukan kedudukannya sebagai Menteri Besar yang sah.

Berucap di majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari kediaman itu, Mohd Nizar berkata, Perak tidak lagi menjadi destinasi yang meyakinkan pelabur asing ekoran kemelut peralihan kuasa kerajaan negeri yang mencetuskan krisis perlembagaan.

Katanya, pelabur tidak yakin untuk datang ke Perak jika krisis perlembagaan yang berlaku itu dibiar berterusan.

Keadaan yang menjejaskan ekonomi dan pembangunan negeri itu tidak akan selesai selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubar dan rakyat diberi hak untuk memilih kerajaan yang dikehendaki, katanya.

Mari Kita Berdoa'

Ya Allah, Engkau hancurkanlah UMNO dan seluruh pimpinannya. Mereka adalah terdiri dari golongan manusia yang melampaui batas. Engkau berikanlah hidayah dan petunjuk kepada ahli-ahli UMNO yang masih buta mata hatinya agar mereka berhijrah dari kegelapan (kekufuran) kepada cahaya (Islam).

Amin....

Jazakallah.

Saturday, February 21, 2009

Pimpinan UMNO Ikut Perangai Abu Jahal

Hampir 1,450 tahun Nabi yang teragung Muhammad S.A.W pergi meninggalkan kita semua. Dengan kembalinya Baginda ke pangkuan kekasihnya adalah sebagai penanda bahawa agama Islam telah sempurna sebagai satu cara hidup yang diredhai Allah SWT.

Firman Allah dalam Al-Qur'an di dalam Surah Al-Maidah (5) : pertengahan ayat 3 ;

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

Ertinya : Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

Rasulullah S.A.W sendiri pernah berpesan "Berpegang teguhlah kamu dengan 2 perkara, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Yaitu Al-Qur'an dan sunnah aku."

Umat Islam Semakin Rosak

Umat Islam di seluruh dunia menyedari akan hal ini namun kita sendiri melihat cara hidup (way of life) mereka sudah jauh menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenarnya. Umat Islam dalam negara kita juga tidak terkecuali. Kerosakan akhlak di kalangan remaja Islam sudah sampai ke tahap membimbangkan. Gaya hidup bebas masyarakat Barat dijadikan ikutan dan 'trend' mereka. Pergaulan bebas, arak dan zina sudah menjadi perkara biasa bagi golongan remaja kita hari ini. Golongan majoriti artis Melayu yang 'berakhlak syaitan' dijadikan idola dan pujaan mereka. Setiap hari dihidangkan dengan hiburan yang melalaikan tanpa henti di kaca TV serta ditambah 'ramuan' dengan pelbagai jenis konsert dianjurkan oleh pihak Media dan swasta. Pemerintah negara pula memberikan kebebasan yang seluasnya terhadap program 'syaitan' sebegini. Semuanya ini adalah menjadi penyumbang besar kepada kerosakan masyarakat Islam dalam negara kita. Adakah segala masalah ini boleh selesai dengan sistem yang ada hari ini ?

Islam Penyelamat Ummah

Jika kita melihat Sirah Nabawiyyah, Rasulullah diarahkan oleh Allah untuk berhijrah ke Madinah kerana mahu menegakkan Negara Islam Madinah terlebih dahulu. Kemudian baru menawan Kota Mekah. Apabila Rasulullah berjaya menegakkan Daulah Islamiyyah di Madinah, maka Baginda selaku Perdana Menteri telah menggunakan kuasa politik (pemerintahan) yang ada di tangannya untuk melaksanakan Dasar Pemerintahan Negara berpandukan Al-Qur'an.

Dengan kuasa yang ada, Rasulullah dapat melaksanakan satu sistem kehidupan masyarakat yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. Negara ditadbir secara adil dan telus. Rakyat dibebaskan dari sistem ekonomi riba' dan fahaman jahiliyyah yang membelenggu mereka selama ini, keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat terjamin dengan perlaksanaan Undang-Undang Allah yang adil dan tegas. Ringkasnya, seluruh manusia mendapat manfaat dari sistem pemerintahan Islam ini. Berbondong-bondong umat manusia masuk Islam.

"Abu Jahal Moden"

Dalam Sirah Nabawiyyah ada diceritakan bagaimana Nabi Muhammad sendiri pernah ditawarkan dengan habuan dunia (harta), wanita dan pangkat oleh Abu Jahal. Tawaran ini dibuat bertujuan untuk menghalang kerja dakwah Nabi S.A.W di Mekah namun segala usaha jahat Abu Jahal dan para pembesar musyrikin Mekah menemui kegagalan walaupun terpaksa menghantar para pakar perunding mereka untuk memujuk Rasulullah. Semuanya sia-sia.

Cuba kita bandingkan apa yang pernah dibuat oleh Abu Jahal dengan apa yang dilakukan oleh para pimpinan UMNO untuk menghalang kerja Islam dalam negara ini.

1- Peristiwa Memali - berlakunya peristiwa berdarah ini disebabkan ketakutan Mahathir dengan kesedaran Islam masyarakat Baling hasil daripada tarbiyyah Assyahid Ustaz Ibrahim Libya. Mahathir merasa sangat bimbang kesedaran Islam yang tinggi di kalangan umat Islam Baling ini akan merebak ke seluruh negara. Ekoran daripada itu, satu rancangan yang licik diatur untuk membunuh Ustaz Ibrahim Libya dan para pengikutnya.

2- Ceramah PAS disekat - UMNO tahu bahawa PAS memang bawa Islam yang betul. Oleh itu PAS perlu disekat daripada menyampaikan dakwah dan penerangan melalui siri ceramahnya. Pelbagai syarat dan sekatan yang dikenakan terhadap PAS untuk mengadakan ceramah umum. Polis digunakan untuk tujuan jahat ini. Malah ramai penceramah dan penyokong PAS yang ditangkap dan dibicarakan.

3- Habuan dunia - sudah menjadi tradisi bagi UMNO yang menggunakan duit untuk mempengaruhi pengundi. Habuan dunia digunakan untuk meraih sokongan rakyat bagi mengekalkan kuasa mereka. Rakyat berterusan 'digula-gulakan' dengan janji pembangunan.

Yang terbaru, rampasan kuasa di Perak. Inilah bukti terbaru yang menunjukkan para pimpinan UMNO cukup takut hilang kuasa. Mereka bertindak macam 'gangster' merampas Perak dari Pakatan Rakyat. Perangkap rasuah yang dikenakan terhadap 2 ADUN PKR merupakan mukaddimah daripada segala perancangan jijik dan hina ini.

Yang peliknya para pemimpin UMNO yang mengaku Islam ni boleh ikut perangai Abu Jahal.

Tak sedarkah mereka bahawa udara yang disedut untuk bernafas, nasi yang dimakan, air yang diminum, bumi tempat tinggal, segala kekayaan negara dan segala-galanya adalah milik dan ciptaan Allah belaka. Allah SWT menyediakan segalanya ini adalah untuk keperluan setiap makhluk-Nya hidup.

Memang puak-puak UMNO ini penderhaka terhadap Allah. Mereka tanpa segan silu menggunakan segala ciptaan dan milik kepunyaan Allah untuk hidup tetapi dalam waktu yang sama sengaja mengingkari perintah Allah. Mereka lebih percaya kepada peraturan dan undang-undang ciptaan manusia. Al-Qur'an dan Sunnah diketepi dan diperlekehkan mereka.

Bolehkah Islam pemimpin UMNO ini diterima oleh Allah ???

Anda buatlah penilaian sendiri.

Jazakallah.

Thursday, February 19, 2009

Mahkamah Batalkan Waran Tangkap Osman Jailu

Sesiapa yang berhajat nak 'selamat kat dunia' dengan membuat sebarang bentuk jenayah, aku cadangkan kepada individu yang berminat sila mendaftar ahli UMNO segera. Tak kiralah jenayah bunuh ke, rasuah ke, tipu duit bank ke, nak buat maksiat ke, nak murtad ke, nak bela perempuan simpanan ke, nak kaya cepat dengan duit haram ke, nak minum arak selori ke, semuanya boleh dalam UMNO. Tak perlu risau, kerana sesiapa yang jadi ahli UMNO akan dapat menikmati segala keseronokan hidup dalam dunia ini tanpa sebarang sekatan.

Dalam UMNO semua halal. Tak perlu bimbang tentang persoalan kena tangkap atau kena dakwa sebab UMNO yang paling berkuasa dalam negara ini. Tambahan pula semua 'kepala' dalam jabatan kerajaan seperti Polis, Hakim, Peguam Negara, BPR, JAKIM dan lain-lain semuanya bertindak mengikut arahan UMNO.

Punyalah 'hebat' UMNO ni sehingga semua Raja Melayu pun boleh 'takut' dengan 'kepala penyamun' UMNO ni. Sebenarnya Sultan pun tahu 'penyamun-penyamun' UMNO ini merbahaya sebab mereka boleh buat apa saja demi mencapai matlamat mereka. Lagipun kuasa Sultan yang ada hari ini pun terhad dan UMNO jugalah yang bertanggungjawab membuang beberapa peruntukan dalam Perlembagaan bagi mengurangkan bidang kuasa Raja-Raja Melayu.

Kita tengok saja isu di Perak baru-baru ini. Persoalannya, bagaimana Sultan Azlan Shah yang pernah jadi Ketua Hakim Negara boleh mengambil tindakan untuk bersetuju dengan cadangan Najib dan UMNO. Jelas tidak adil. Seluruh rakyat mempersoalkan tindakan Sultan Perak yang berlaku tidak adil terhadap rakyatnya. Sepatutnya baginda mendengar nasihat MB Perak untuk membubarkan DUN tapi apa yang berlaku sebaliknya. Bukan setakat tak bersetuju dengan cadangan MBnya sendiri, malah meminta Dato' Seri Nizar meletakkan jawatan MB.

Inilah negaraku Malaysia. Semuanya boleh dan 'halal' dalam UMNO.

Apa sudah jadi dengan si 'katak beracun' Osman Jailu ? Hari ini mahkamah membatalkan waran tangkap ke atasnya. Sebelum ini dia menghadapi tuduhan rasuah dan dihadapkan ke mahkamah. Namun sekarang dia tak perlu lagi risau pasal kes rasuah tersebut sebab mahkamah tak boleh lagi 'mengganggu' kehidupannya' setelah beliau 'bertaubat' dan kembali semula ke pangkuan UMNO di bawah pimpinan 'Amirul Munafiqun'.

Percayalah cakap aku, kes rasuah Osman ini akan ditutup. Memang pun patut ditutup because there is no case. Just fabrication cases which created by UMNO to threatning him and bring PR down. Jika Osman ni masih kekal dalam PKR dan tidak bertindak bodoh seperti sekarang, sudah pasti dia akan keluar masuk 'mahkamah kartun' berhubung kes rasuah yang direka ini.

Inilah UMNO. Mereka boleh melakukan apa saja dengan sewenang-wenangnya terhadap sesiapa saja di kalangan musuh politiknya. Bukan itu saja. Mana-mana individu yang dirasakan boleh menggugat kedudukan dan pengaruh mereka, maka individu tersebut akan dibunuh. Kes pembunuhan Mustakizah Jaafar, Norita Samsudin dan Altantuya Sharibu. Semua kes ini diketahui melibatkan VVIP dalam UMNO.

Bayangkanlah, Mustakizah dah mati lebih 10 tahun tetapi sehingga saat ini Polis masih tak dapat mengenalpasti siapakah dalang dan pembunuh upahan itu. Dan VVIP UMNO yang dikatakan terlibat dengan kes ini pun dah mati akibat kanser.

Semuga UMNO dihancurkan oleh Allah dengan segera bersama-sama dengan pemimpin dan pengikutnya sekali.

UMNO Laknatullah'alaih...

Adios.

Bukhaira : Pelita Dalam Gelap Jahiliyyah

Meskipun orang-orang Arab sebelum kelahiran Nabi S.A.W digelar sebagai umat jahiliyyah dan buta huruf. Bagaimanapun masih ada saki-baki orang-orang yang terus menerus bergantung dan masih beramal dengan akidah tauhid dengan mengikuti jalan hanifiah yang berkeyakinan tentang kebangkitan semula manusia di Hari Mahsyar. Begitu juga mereka mempunyai keyakinan bahawa Allah SWT memberi pahala kepada orang yang mentaati-Nya dan menyiksa orang-orang yang derhaka kepada-Nya.

Golongan hanifiah yang masih ada satu dalam seribu itu merasa jijik dengan budaya jahiliyyah yang menyembah berhala, serta pemikiran jahat dan pandangan yang sesat. Di antara mereka yang masih berpegang dengan akidah tauhid dalam masyarkat jahiliyyah itu antaranya ialah seorang yang dikenali dengan nama Qes bin saidah al-'Iyadi, Riab as-Syanni dan juga Bukhaira ar-Rahib. Tiga nama yang muncul sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W itu merupakan pelita yang terus menyinar yang dipelihara oleh Allah SWT sebagai penyambung kepada ajaran hanifiah di tengah-tengah kegelapan jahiliyyah.

Tiga nama ini merupakan Tok 'Alim yang menjadi tumpuan orang-orang yang terbuka hati untuk mengetahui sesuatu tentang kebenaran. Bukhaira ar-Rahib adalah seorang rahib Yahudi yang beriman dengan ajaran Nabi Musa A.S dan mendalami kandungan Taurat. Bukhaira mengetahui tentang kezahiran Nabi akhir zaman melalui Taurat, segala sifat dan perwatakan Nabi akhir zaman itu sudah dikenalinya dengan jelas dan nyata.

Apabila suatu ketika rombongan perniagaan seorang hartawan dan ahli dagang terkenal Makkah bergerak menuju ke Syam, turut serta dalam romobongan itu ialah Abu Talib, anak saudaranya yang masih kanak-kanak dan juga Maisarah. Bukhaira bertemu dengan rombongan dagang itu, beliau dapat tahu bahawa rombongan dagang itu dari Makkah untuk urusan dagang ke Syam.

Dalam kitab yang dibaca oleh Bukhaira, Makkah dikenali sebagai Parahlik. Di situlah tempat munculnya Nabi akhir zaman. Apabila Bukhaira melihat ada seorang kanak-kanak yang berada dalam rombongan dagang tersebut, beliau terus berjumpa dengan rombongan itu. Dengan beberapa maklumat dan latarbelakang kanak-kanak tersebut yang diperolehinya hasil perbualan dengan Abu Talib, diikuti penelitiannya secara ilmiah dan renungan tajam berdasarkan kitab Samawi (Taurat) serta ke'alimannya, maka Bukhaira meyakini bahawa kanak-kanak itulah sebenarnya yang bakal menjadi Nabi akhir zaman. Dialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib.

Setelah Bukhaira melihat wajah kanak-kanak yang bernama Muhammad bin Abdullah itu, dia menemui segala petunjuk yang telah diisyaratkan di dalam kitab Taurat. Untuk mendapat suatu kepastian terakhir, Bukhaira telah meminta izin untuk melihat belakang kanak-kanak itu. Setelah dibukanya, dia menemui sesuatu di belakang badan Muhammad bin Abdullah, iaitu tanda "Khatamun Nubuwwah" seperti yang dijelaskan dalam kitab Samawi yang diimaninya itu.

Dengan penuh keimanan kepada kitab Samawi yang telah menjelaskan menngenai Nabi akhir zaman, maka Bukhaira segera menasihati Abu Talib supaya menyegerakan urusan niaganya dan menganjurkan agar dia segera pulang ke Makkah, kerana sekiranya rahsia mengenai kenabian Muhammad S.A.W yang masih kanak-kanak itu diketahui oleh puak-puak Yahudi, nescaya mereka akan melakukan pengkhianatan terhadap kanak-kanak yang bakal menjadi Nabi akhir zaman itu.

Bukhaira amat arif dengan sikap kaum Yahudi yang sangat berharap bahawa Nabi akhir zaman itu lahir dari bangsa mereka. Justeru apabila mereka mengetahui bahawa Nabi akhir zaman dari kalangan bangsa Arab, sudah pasti bangsa Yahudi akan melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya dan petaka kepada kanak-kanak yang bakal dilantik oleh Allah SWT sebagai Nabi akhir zaman.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Komputer : Windows Vista Ultimate X86 32 Bit

Kepada Para Pengunjung Blog Saya Yang Budiman,

Ingin saya kongsikan hal ini dengan anda semua. 6 bulan yang lalu saya ada pergi ke sebuah kedai menjual perisian (software) komputer yang terletak di Center Point Kota Kinabalu. Tujuan saya ke sana adalah semata-mata mahu membeli perisian Windows Vista Ultimate kerana laptop saya menggunakan processor AMD Turion 64x2 2.0GHz.

Tentu anda maklum bahawa saya pastinya membeli perisian 'tiruan' Vista Ultimate ini. Apabila saya tanyakan kepada sales girl di situ, dia kata ada kemudian menyerahkan DVD-ROM Vista Ultimate tersebut.

Yang membuatkan saya 'excited' apabila sales girl tersebut memberitahu saya "Bos, ini Genuine Windows Vista. Nanti bila sudah install, bos boleh check online ke microsoft. Kalau ada masalah, boleh pulangkan balik dan gantikan yang lain."

Saya macam tak percaya pada mulanya kerana memikirkan bagaimana kedai ni boleh dapatkan perisian Vista yang asli. Kita semua sedia maklum bahawa harga sebenar perisian asli Windows Vista Ultimate SP1 ini sekitar USD 360 (RM 1,300). Siapalah yang sanggup mengorbankan duit sebanyak ini hanya semata-mata untuk sistem operasi (OS) komputernya. Habis sebulan gaji seorang guru lepasan diploma. Saya pun tak sanggup.

Setelah membayar, saya terus bergegas pulang kerana tak sabar untuk install OS Vista yang dikatakan 'genuine' ini. Hati masih juga ragu-ragu dengan penjelasan sales girl yang comel tadi. Untuk sedapkan hati, saya bercakap sendiri sambil memandu "Tak kisahlah, genuine atau tidak bukan persoalannya. Yang penting aku dah dapat beli Vista ini."

Sampai di rumah, terus terkam laptop Compaq saya yang 'cute' tu dan lakukan proses install sehingga selesai. Apabila selesai, saya terus online ke website microsoft dan lakukan proses 'Validate Windows'.

Setelah selesai proses validation ini, paparan yang muncul di laptop saya adalah seperti berikut ;

*
United StatesChange|
Microsoft

Validation Complete!

Thank you for completing the validation process and for using genuine Microsoft software.

By using genuine Microsoft software, you can be confident that you will have access to the latest features, security, and support, which will help to improve your productivity and expand the capabilities of your computer.

You will also have access to new innovations and offerings available only to genuine Microsoft software customers.

Terus mulut menyebut "Alhamdulillah" kerana berjaya dapatkan Genuine Microsoft Windows Vista Ultimate ini dengan harga termurah dalam dunia.

Saya tidak pasti samada di Semenanjung terdapat kedai-kedai 'Software Pirates' yang menjual perisian asli Vista ini dengan harga sekitar RM 100.

Jika anda berminat untuk dapatkan Vista Ultimate ini, hubungilah saya di 013-722 0038. Saya akan cuba dapatkan di kedai yang sama jika stoknya masih ada.

Harganya ialah RM 80.00 (termasuk belanja Pos Ekspres).

Sekian. Jazakallah.

Wednesday, February 18, 2009

Hamas Lahirkan 15,000 Kanak-Kanak Tahfiz. UMNO Pula Lahirkan ...???

Walaupun bumi Palestin sentiasa diserang oleh rejim Zionis Laknatullah, namun rakyatnya tetap tidak berganjak dari bumi mereka untuk bersama dengan Kerajaan Islam Hamas bagi mempertahankan bumi para anbiya' dan syuhada' itu.

Kebangkitan umat Islam Palestin secara menyeluruh berlaku apabila tercetusnya Intifadhah yang pertama dalam tahun 1987. Pada ketika itu rakyat Palestin bertindak membaling batu kepada tentera Yahudi. Walaupun hanya batu dibaling, namun ianya sudah cukup menggerunkan mereka.

Gerakan Intifadhah ini dicetuskan oleh Muryidul 'Am Hamas, Assyahid Syeikh Ahmad Yasin. Beliau adalah insan yang bertanggungjawab mentarbiyyah rakyat Palestin agar berpegang teguh kepada Al-Qur'an dan Sunnah. Proses tarbiyyah yang berterusan ini berjaya melahirkan generasi dan para pelapis pejuang-pejuang Islam tulen dalam Gerakan Islam Hamas. Mereka tidak takut mati dan cintakan syahid. Keyakinan mereka terhadap janji Allah sangat tinggi.

Hamas cukup menitikberatkan soal 'ibadah wajib dan sunat bagi semua ahli-ahlinya. Solat tahajud dijadikan amalan harian mereka. Ramai di kalangan pimpinan Hamas dan sayap kanannya Briged Ezzedeen Alqassam yang hafaz Al-Qur'an. Begitu juga dengan para pejuangnya. Jiwa dan hati mereka sentiasa disirami dengan zikrullah dan bacaan Al-Qur'an.

Hari ini Hamas telah berjaya lahirkan 15,000 kanak-kanak yang hafaz Al-Qur'an. Bayangkanlah betapa berbahagianya ibubapa mereka kelak di Akhirat. Kanak-kanak ini adalah barisan pelapis yang akan meneruskan perjuangan Islam serta memerdekakan bumi Palestin dari kekejaman penjajahan rejim Zionis.

Inilah yang sangat menggerunkan rejim Zionis dengan kebangkitan Islam secara menyeluruh di kalangan rakyat Palestin di semua peringkat.

Berikut adalah ulasan salah seorang pemimpin Hamas, Dr Sami Abu Zuhri berhubung kejayaan melahirkan kanak-kanak tahfiz ;

"Pemimpin kami mendapat tarbiyah daripada Masjid Al-Aqsa dan kami pula mengajar anak-anak Palestin. Musim luruh lalu, kami berjaya lahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafaz al-Quran."

"Ini adalah antara kejayaan perjuangan pertubuhan Islam itu selain membebaskan bumi Anbia' itu daripada rejim Zionis Israel."

"Hamas tetap bertegas tidak akan menerima sebarang syarat yang dikenakan oleh Israel bagi melakukan gencatan senjata di Palestin sedangkan sudah berpuluh tahun rejim itu mengganasi penduduk sehingga orang awam yang tidak berdosa terbunuh".

"Hamas cukup dibenci dan digeruni oleh Israel kerana sentiasa berjuang untuk menegakkan dan mempertahankan Islam sebagai cara hidup."

"Agenda Israel adalah menghancurkan umat Islam di sini daripada segala segi seperti pendidikan, ekonomi dan pentadbiran dan paling utama cuba hancurkan agama Islam itu sendiri."

Bagaimana pula dengan UMNO yang telah memerintah negara lebih 50 tahun ?

UMNO juga mencipta kejayaan besar dengan penuh bergaya yang sangat dibanggakan oleh Yahudi dan Nasrani. Bayangkanlah, dalam tempoh 51 tahun memerintah negara, UMNO hari ini boleh berbangga kerana kejayaannya melahirkan 250,000 orang Islam MURTAD.

Bukan setakat itu sahaja, UMNO juga berjaya melahirkan barisan pimpinannya yang rasuah, gila kuasa, gila betina, gila harta. Lebih hebat lagi ada di kalangan pimpinan UMNO yang sanggup membunuh sesiapa saja yang dikira boleh menggugat kedudukan dan pengaruhnya.

Jika Yahudi Zionis berkitabkan Talmud manakala golongan Kristian menggunakan Biblenya tapi UMNO sehingga hari ini kita sendiri tak tahu apakah kitab pegangannya yang sebenar. Setahu kita UMNO cuma ambil sikit saja dari Al-Qur'an. Agaknya UMNO ni menggunakan kitab campur-campur kot. Jika dilihat tindak-tanduk pimpinan UMNO yang ada hari ini jelas menunjukkan mereka lebih 'beriman' dengan ajaran kitab Talmud dan Bible. Mungkin inilah intisari ajaran Islam Hadhari. Padanlah Pak Lah beriya-iya sangat dalam konteks ini apabila beliau jadi PM.

Para pimpinan UMNO memang layak menerima Anugerah Khas daripada Pertubuhan Yahudi dan Nasrani Sedunia di atas kejayaan yang "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang" ini.

Para ahli dan penyokong UMNO pula, mereka tak perlu bimbang sebab dapat juga 'saham' daripada kejayaan ini yang akan dibawa bersama di Padang Mahsyar kelak.

Apa ucapan yang sesuai untuk UMNO ?

Tiada bahasa dan ucapan yang sesuai untuk kita ucapkan kepada UMNO melainkan dengan kalimah UMNO LAKNATULLAH 'ALAIHI.

Sekian, Jazakallah.

Tuesday, February 17, 2009

Large Forces Invade Jenin City, Zionist Soldiers Stole Private Belongings From Homes

Zionist soldiers seized a young man from the West Bank city of Jenin on Monday morning, transporting him to an undisclosed location.

Palestinian Authority security sources said that “Zionist military jeeps invaded the city from every directions, broke into several homes—ransacking them—while intensely firing live ammunition and percussion grenades.”

The same sources added that the young Palestinian man was identified as 24-year-old Shadi Jamil Zeidan. On Sunday, the Zionist military seized a 13-year-old boy, Tha’er Bayan Itbib, from the village of Izbat At-Tabib near the West Bank city of Qalqilia, his family reported.

Bayan, Tha’er’s father, said that Zionist soldiers detained his son while he was walking to a store on the main street in the village. The reason for the detention is not known.

The youth is being held at an unknown location. On Saturday morning, Zionist forces seized three Palestinians from Nablus and the neighboring villages of Salem and Beit Wazan.

Thirty-two-year-old Imad Abu Eisha from Beit Wazan reported the detentions, saying Zionist forces stormed his village at 3:00am and ransacked several homes before arresting a 23-year-old woman identified as Rima Abu Eisha, a student at An-Najah National University in Nablus.

Local sources in the village of Salem east of Nablus told said Zionist forces arrested 24-year-old Ali Ishtayya from his home after they raided the village. In Nablus, 22-year-old Abdullah Al-Ikir was seized on Asira Ash-Shamaliyya street after several Zionist military jeeps stormed the city.

Source : Alqassam

The War On Gaza Did Not Stop

Dr. Sami Abu Zuhri, the Hamas spokesman, has charged that the Zionist war on Gaza Strip did not stop as almost daily raids are reported while the reconstruction efforts did not materialize yet.

Abu Zuhri in the Malaysian capital, said that his visit to Malaysia was in response to an invitation from the Islamic Party of Malaysia.

He said that the visit aims at rallying support for the Palestinian cause, to explain his Movement's positions and to expose the Zionist crimes during the aggression on Gaza.

Over five days of stay in Malaysia, Abu Zuhri held official meetings with a number of governors of Malaysian provinces, officials, parliament members and public figures.

He also met with the opposition leader Anwar Ibrahim during which Abu Zuhri briefed him on the war on Gaza and latest political developments in addition to Hamas's efforts to reach a calm agreement with the Zionist occupation authority.

Ibrahim promised to utilize his local and international relations to explain Hamas's positions.

Abu Zuhri described his meeting with Ibrahim as "important and fruitful", and quoted Ibrahim as declaring support for the Palestinian people and resistance topped by Hamas.

The Hamas spokesman participated in a number of seminars and rallies on the Palestine cause in addition to press conferences and interviews with TV channels, newspapers and magazines.

Source : Alqassam

Elizabeth Wong Mungkin Letak Jawatan ADUN

Setelah gagal mendapat sokongan rakyat Perak di atas tindakan biadap merampas Perak dari Pakatan Rakyat, puak-puak dajjal UMNO meneruskan kerja terkutuk ini di Selangor. Mangsa mereka seterusnya ialah seorang lagi wakil rakyat PKR yang juga merupakan Exco Selangor, Elizabeth Wong.

Kali ini puak-puak dajjal menggunakan tektik berbeza dalam usaha mereka untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan menyebarkan gambar separuh bogel Elizabeth Wong sedang tidur dan dalam keadaan posisi intim.

Dipercayai gambar tersebut diambil oleh bekas teman lelakinya tanpa pengetahuannya. Tak tahulah berapa juta ringgit yang dibayar oleh UMNO/BN kepada bekas teman lelakinya bagi mendapatkan salinan gambar tersebut.

Sebagai insan, kita melihat apa yang dilakukan terhadap Elizabeth merupakan satu perbuatan biadap dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita, wakil rakyat dan anggota Exco Selangor.

Puak-puak dajjal UMNO menyangka apa yang mereka lakukan ini akan menyebabkan rakyat benci terhadap Pakatan Rakyat. Mereka mungkin berjaya 'memaksa' ADUN Bukit Lanjan ini mengosongkan kerusi DUN dan membolehkan piliharaya kecil diadakan.

Percayalah, sokongan rakyat Selangor khususnya pengundi Bukit Lanjan kepada Pakatan Rakyat semakin meningkat. Sebagai pengundi, kita sendiri tidak akan sekali-kali terpengaruh dengan sebaran gambar separuh bogel tersebut kerana ianya diambil tanpa pengetahuan Elizabeth sendiri. Tindakan penyebaran gambar oleh akhbar dan individu yang tidak bertanggungjawab ini jelas telah melanggar Hak Asasi beliau sebagai wanita dan mengganggu kehidupan peribadinya. Beliau sendiri tidak tahu tentang kewujudan gambar tersebut sehingga wartawan yang mendapat salinan gambar itu bertemu sendiri dengannya.

Kita rakyat Malaysia menyeru agar Elizabeth mengambil tindakan mahkmah untuk menyaman semua yang terlibat dalam kerja yang tak bermoral ini.

UMNO/BN Mempamerkan Kejahatan dan Kebodohannya

Sepatutnya UMNO sedar dan menghentikan segala kerja terkutuk apabila menyedari rakyat semakin benci terhadap mereka ekoran tindakan biadap merampas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak baru-baru ini. Tapi apa yang berlaku ialah sebaliknya. UMNO/BN tetap meneruskan agenda jahat mereka dengan menggunakan kaedah yang berbeza tetapi matlamatnya sama.

Bak kata orang, kalau dah terlampau jahat memang tak boleh berubah. Inilah hakikat yang sebenarnya pada diri UMNO. Bagi mereka semuanya halal dilakukan demi mencapai cita-cita, hatta membunuh sekalipun. Bagaimana dengan kes pembunuhan kejam Altantuya. Semua rakyat tahu Najib dan bininya Rosmah terlibat tetapi mereka terlepas begitu saja. Yang kena tuduh dan dijadikan 'kambing hitam' ialah Chief Inspector Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar.

Sirul Azhar sendiri mengakui dalam mahkamah dalam prosiding pembelaan diri bahawa dia adalah mangsa 'kambing hitam' dalam kes ini. Individu sebenar yang terlibat tidak berada dalam mahkamah ini (bebas lepas dan tidak didakwa).

Kita melihat tindakan tidak bermoral UMNO di Selangor ini sebagai melengkapkan lagi senarai kejahatan dan kerakusan mereka. Tanpa sedar tindakan ini akan mempercepatkan lagi proses kehancuran UMNO dan BN itu sendiri akan berpecah. Kita yakin sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat semakin bertambah. Wanita MCA sendiri memberi sokongan moral terhadap Elizabeth Wong. Indikator ini menunjukkan MCA sendiri tidak bersetuju dengan tindakan UMNO yang dah tak waras lagi meroyan.

Punyalah bangang dan bodoh puak-puak dajjal UMNO ni. Mereka lupa kes skandal seks Dr Chua Soi Lek sedikit pun tidak mempengaruhi sokongan masyarakat Cina terhadapnya. Dalam pemilihan kepimpinan MCA tahun lepas, Dr. Chua masih mampu memenangi jawatan Timbalan Presiden. Masyarakat Cina melihat kes Dr. Chua ini lebih bersifat peribadi. Bukan masalah parti dan tidak melibatkan kepentingan orang Cina.

Kita nak tanya kat puak-puak dajjal UMNO ini. Hangpa punya pemimpin tu bagoi sangat ka ? Pasai apa hangpa tak dedahkan kes khalwat Najib dengan Ziana Zain. Kes pembunuhan Mustakizah Jaafar, eksekutif sebuah syarikat pengedaran video yang disebut melibatkan Megat Junid selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu. Kes pembunuhan Norita Shamsuddin yang didakwa melibatkan individu VVIP. Lebih menjelaskan tentang penglibatan VVIP apabila KPN ketika itu, Mohd.Bakri Omar mengklasifikasikan kes Norita ini di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Apa kejadahnya kes pembunuhan dikategorikan sebagai Akta Rahsia Rasmi. Tentu ada 'something wrong somewhere'.

Malang sungguh negaraku Malaysia kerana diperintah oleh golongan 'MAFIA'. Hari ini Malaysia dah jadi 'negara pariah'.

Aku sengaja sebut UMNO saja. Tidak sebut BN sebab segala paksi kejahatan ada pada diri UMNO itu sendiri. Perlu kita ingat golongan munafiq adalah yang paling jahat sekali. Sebab itulah Allah tempatkan golongan munafiq ini dalam tingkat terbawah sekali Neraka. Na'uzubillah.

Wahai UMNO, selamat menuju kehancuran. Segala kedurjanaan dan kebangsatan kamu semakin terserlah kini. Tunggulah balasan dari Allah.

Mampus UMNO.

Adios.

Aku Tabik Pada Ir Nizar

Walaupun baru 11 bulan menjawat jawatan Menteri Besar Perak, namun beliau telah menunjukkan kredibilitinya sebagai seorang Ketua Eksekutif bagi sebuah kerajaan negeri. Di antara kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak semasa di bawah pemerintahannya ialah perlaksanaan 6 perkara baru yaitu ;

1- 1/3 dari anggota majlis kerajaan tempatannya akan dilantik di kalangan bukan anggota mana-mana parti politik.

2- Mengisytiharkan semua harta milik anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

3- Memberikan kontrak secara tender terbuka dan keutamaan akan diberikan kepada rakyat negeri Perak.

4- Menubuhkan penal Lembaga Aduan Rakyat untuk mendengar aduan tentang pegawai kerajaan, wakil rakyat dan anggota Exco kerajaan negeri.

5- Menubuhkan badan audit luar untuk menilai semua badan-badan kerajaan negeri secara berkala.

6- Memberikan geran kekal untuk penduduk kampong tersusun dan kampong baru setelah tarafnya disah atau digezetkan oleh kerajaan dan penduduk berkenaan memenuhi syarat-syarat yang akan ditetapkan.

Walaupun hari ini kerajaan Pakatan Rakyat tidak memerintah lagi di Perak ekoran rampasan kuasa paling hina yang dilakukan oleh UMNO/BN, namun rakyat Perak masih setia dengan Pakatan Rakyat.

Nizar Masih Sah Sebagai Menteri Besar

Di sudut undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Dato' Seri Nizar Jamaluddin masih sah sebagai Menteri Besar Perak. Hanya ada 3 cara yang membolehkan beliau kehilangan jawatan MB yaitu ;

1- Beliau sendiri yang meletakkan jawatan, atau

2- Undi tidak percaya terhadapnya di dalam sidang DUN, atau

3- Pembubaran DUN.

Yang menyebabkan aku respect kat Ir Nizar ini apabila beliau sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi saat-saat genting yang berlaku di Perak tempohari ekoran tindakan 3 ADUN yang yang tak bermaruah dan pengecut berpaling tadah kepada BN hanya disebabkan ugutan dan habuan dunia yang sedikit.

UMNO Di Ambang Kehancuran

Kita semua tahu tindakan rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO di Perak ini sebenarnya merupakan titik tolak bermulanya kehancuran UMNO itu sendiri. Tindakan biadap ini menunjukkan ketakutan sebenar pimpinan UMNO/BN yang merasakan mereka akan kehilangan kuasa dalam negara.

Mereka takut hilang kuasa bukanlah disebabkan jawatan semata-mata tetapi di atas segala kejahatan penyelewengan dan rasuah yang mereka lakukan selama ini. Inilah yang menyebabkan mereka 'meroyan' tak tentu hala.

Jika Pakatan Rakyat dapat memerintah negara dalam PRU13 akan datang ini, sudah tentu puak-puak penyamun UMNO/BN ini akan dihadapkan ke muka pengadilan. Kita sebagai rakyat Malaysia mahu mereka ini dibicarakan di Mahkamah Terbuka. Segala kekayaan yang mereka miliki hasil daripada rompakan harta rakyat mesti dirampas dan dikembalikan semula kepada rakyat.

Kita yakin segala apa yang berlaku ini besar hikmahnya dan memberi 'advantage' kepada Pakatan Rakyat, khususnya PAS.

Kita lihat apa komen Ahmad Lutfi Othman tentang Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin ini.

Nizar Yang Dikagumi

Memang berat ujian buat Nizar Jamaluddin. Bagaimanapun Menteri Besar Perak ini - yang dititah letak jawatan oleh Sultan Perak namun enggan berbuat demikian - yakin beliau berada di jalan yang benar. Wajahnya tetap ceria dan berseri, cuba menyembunyikan rasa letih meniti hari yang padat. Matanya merah petanda tidak cukup tidur. Beberapa ayat awal surah ad-Dhuha menjadi rukun dalam mukadimah ucapannya, termasuk semasa wawancara eksklusif kami dengannya, juga ketika berpidato ringkas di depan Kuil Kallumaii Arul Subramaniar, Gunung Cheroh, Ipoh, pagi 8 Feb lalu. Biarpun boleh dianggap pendatang baru dalam dunia politik, dan tiba-tiba dilantik menjadi Menteri Besar Perak, sesuatu yang tidak pernah termimpi oleh pimpinan Perak negeri itu, Nizar memang cepat belajar dan mudah menguasai persekitarannya. Berdepan tuduhan menjadi boneka DAP, menjual kepentingan Melayu, diapit tujuh Exco bukan Islam, ditambah Speaker dan Timbalan Speaker juga bukan Islam, dengan tenang Nizar mengemudi bahtera Kerajaan Negeri Perak selama 11 bulan. Justeru, tuduhan bahawa beliau kini seorang penderhaka bukan isu besar baginya.

Pada hari paling kritikal, 5 Feb, Nizar mengikuti satu program Koridor Utara di Bagan Serai bersama Perdana Menteri. Dalam ucapannya, Abdullah Ahmad Badawi langsung tidak menyebut nama Nizar walhal beliau masih seorang menteri besar. Esoknya, akhbar perdana turut "menggelapkan" kehadirannya di majlis berkenaan. Difahamkan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Anuar Zaini yang sepatutnya berada bersama Abdullah sedang rancak "mengatur nasib" Nizar di Istana Kinta. Anuar dikatakan dalang yang cuba merosakkan hubungan baik Nizar dengan istana, dan menganggu pentadbiran kerajaan negeri. Nizar sendiri pernah memaklumkan hal itu kepada Raja Nazrin Shah, rakan karib Anuar.

Menurut laporan akhbar, Nizar secara tergesa-gesa meninggalkan majlis di Bagan Serai itu untuk menghadap Sultan. Jam 12.45 tengah hari, Nizar dilihat memasuki Istana Kinta dan keluar kira-kira 20 minit kemudian dengan mengangkat tangan menunjukkan isyarat bagus sambil berkata 'insya-Allah' kepada sekumpulan wartawan. Ramai menjangkakan baginda telah memperkenan permohonan Nizar untuk membubarkan Dun. Rupanya tidak, isyarat bagus bagi Nizar adalah tanda beliau berpuas hati dapat menjelaskan semua yang terbuku di dadanya kepada Sultan. Nizar memberitahu kami, Sultan hanya diam tunduk mendengar hujahnya.

Selama ini, sejarah pendek negara kita menyaksikan bahawa tiada tokoh politik yang "selamat" jika bertembung dengan pihak istana. Konflik dengan istana rasanya tidak pernah dimenangi oleh orang politik. Justeru, apakah kita boleh bayangkan bagaimana episod ini bakal berakhir? Ternyata Nizar sendiri sukar meramalkannya, namun membayangkan ia dapat membawa kesan positif akhirnya buat rakyat dan negara. Beliau mohon kami mengulas krisis di Perak itu dari sudut yang jarang terfikir oleh orang lain. Saya sendiri agak termangu mendengarnya.

Memang Nizar di pihak yang benar. Sultan tiada kuasa untuk menitahkannya meletakkan jawatan. Di bawah sistem Raja Berperlembagaan, Sultan juga harus tunduk dengan undang-undang dan peraturan. Baginda tidak boleh masuk campur sewenang-wenangnya dalam pemerintahan negeri. Dalam situasi genting di Perak apabila BN dan Pakatan Rakyat mempunyai jumlah kerusi yang sama, dan tiga kerusi penentu wakil Bebas sedang dirujuk ke mahkamah, baginda sewajarnya memenuhi permohonan untuk membubarkan Dun. Ia langkah paling adil untuk semua pihak dan tidak dilihat memihak kepada mana-mana parti. Jika dirasakan Nizar sudah tidak mendapat kepercayaan majoriti Adun, baginda boleh menolak permohonan Menteri Besar itu dan membiarkan sahaja sidang Dun memutuskan undi tidak percaya kepada Nizar. Langkah baginda melantik menteri besar baru telah mengeruhkan lagi suasana dan langsung tidak membantu untuk memulihkan keadaan.

Memerhatikan dari dekat semasa beliau melawat tapak perayaan Thaipusam di Gunung Cheroh, saya yakin Nizar berjaya menawan hati rakyat Perak dari pelbagai kaum dan agama itu. Wajah orang ramai yang bersalaman dengannya, termasuk anak-anak kecil yang belum bersekolah, begitu ceria dan nampak senang sekali. Mereka bersorak gembira memanggil namanya sambil melambai-lambaikan tangan.

Malah ketika Anwar Ibrahim mengumumkan pada majlis ceramah perdana di kediaman rasmi menteri besar, saya dapat mengesan reaksi pantas hadirin dari masyarakat Tionghua. Semasa Anwar menegaskan bahawa jika berlaku pilihan raya negeri dan Pakatan menang, tiada calon yang akan dipilih menjadi menteri besar melainkan Nizar, beberapa anak muda Cina bertepuk sepuas hati. Mereka betul-betul gembira tidak terkata!

Sekian, Jazakallah.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger