Thursday, December 30, 2010

Concerns rise over Syed Mokhtar’s debt load

KUALA LUMPUR, Dec 30 — Concerns are rising over the growing debt load in Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary’s companies now that the tycoon is expected to snap up the multi-billion ringgit tunnelling contract for the city’s RM36 billion train service and the Penang port.

Singapore’s Straits Times reported today that the Kedah-born businessman’s debts could be as high as RM25 billion, with RM21 billion itself incurred by his flagship MMC Corp although his officials claimed most of it is due to project financing.

“There are a host of corporate governance issues that plague his group and the chief among them is the rising debt load,” said one chief executive of a boutique financial consultancy.

“The fear is that his group could be the Renong of this decade,” said a senior politician from Umno, referring to the politically well-connected conglomerate headed by businessman Tan Sri Halim Saad.

Renong feasted on infrastructure projects dished out by former premier Tun Dr Mahathir Mohamad’s government. But when the regional crisis hit in mid-1997, it was crippled by huge debts and was eventually bailed out with public funds.

The Singapore daily reported that in the past year Syed Mokhtar (picture) had emerged as “the single biggest beneficiary of state contracts and concessions worth billions of ringgit, making him Malaysia’s most favoured corporate son and the government’s partner of choice.”

But close associates of the lanky and reserved tycoon insist the debt concerns are misplaced and he is not biting off more than he can chew.

The newspaper said they acknowledged that the debt load of Syed Mokhtar’s corporate flagship, publicly-listed MMC Corp, which stands at just over RM21 billion, may appear high. But the lion’s share of the debt is project finance, a complex form of financing reserved for large-scale infrastructure projects where the debt is typically repaid from funds generated from the businesses.

“The debt load is manageable and is high because of the nature of the businesses the group is involved in,” said a senior corporate lieutenant of Syed Mokhtar, who insisted it can easily raise funds to finance future projects.

But some Kuala Lumpur-based bankers are not so sanguine, noting that the financial returns from many of the group’s assets — such as its power plants — are poor yielding, and that its ports, which are not performing well, could suffer should the global economy enter a slump.

The newspaper also said the shares of the listed companies in Syed Mokhtar’s corporate empire “do not seem to appeal to conservative foreign and domestic fund managers”.

Born to a family of traders with roots in Bokhara, in present-day Uzbekistan, Syed Mokhtar began his business career peddling Thai rice to the state governments in northern Malaysia before riding the boom on the stock market in the 1990s.

The capital from trading in stocks provided him with financial heft for his first major venture: the purchase of a port in Johor which today is the Port of Tanjung Pelepas.

The Straits Times said by leveraging on his strong ties with politicians such as Dr Mahathir and current Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, who at the time was the mentri besar of Johor, Syed Mokhtar moved into other areas.

Admirers and close associates told Straits Times that Syed Mokhtar is often favoured because of his lavish donations to Islamic causes and political contributions.

His companies contributed around RM350 million last year to his own foundation, which focuses on education and religious causes, the newspaper reported.

However, it said critics argue that the businessman’s clout illustrates how the old patronage system where business and politics intertwine in Malaysia remains in force.

“He is a master at the political game first and only then a businessman,” said a financial consultant who has done work for Syed Mokhtar’s group.

- themalaysianinsider

Buku Mujahid ditolak Dewan Ulama' PAS Kedah

Memang tak dinafikan dalam mana-mana pertubuhan maupun organisasi politik di dunia ini, pastinya wujud pelbagai pandangan berbeza di kalangan pemimpinnya, juga para pengikut. Namun dalam konteks sebuah jamaah dan juga parti seperti PAS, perbezaan idea maupun pandangan yang wujud mestilah dirujuk kepada 4 sumber sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti. Yaitu Al Qur'an, Hadis, Ijma' Ulama dan Qias.

PAS sebelum ini pernah dilanda badai seketika ekoran isu Unity Government, namun ianya reda dengan ketegasan Mursyidul Am TGNA. Dan hari ini sekali lagi PAS 'digeletek' oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa melalui buku tulisannya yang berjudul PAS Baru. Mujahid ialah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan Ahli Parlimen Parit Buntar.

Oleh kerana penulis sendiri belum lagi membacanya, jadi tak tahulah apa yang dimaksudkan oleh Mujahid dalam bukunya itu. Samada beliau sengaja melontarkan pandangan itu bagi melihat sejauh mana pro dan kontranya, atau beliau sendiri memang mahukan PAS berubah mengikut keperluan semasa.

Mungkin intipati tulisannya itu agak kontroversi hingga Dewan Ulama' PAS Kedah awal-awal lagi menolak penerbitan buku tersebut sebagaimana laporan Bernama;

Alor Setar, Dec 29 – PAS Baru tulisan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa, yang antara lainnya mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa PAS perlu berpijak di bumi nyata dan harus “dinasionalkan”.

Naib Ketua dewan itu Yusuf Mahmud berkata pandangan seperti itu sama sekali tidak perlu lebih-lebih lagi ia disuarakan oleh seorang yang mendakwa dirinya sebagai ahli PAS.

“Dalam keadaan sekarang, ahli-ahli PAS terutamanya pemimpin parti perlu memahamkan masyarakat mengenai kesyumulan Islam dan kesyumulan itulah yang berpijak di bumi nyata,” katanya dalam satu kenyataan.

Yusuf berkata beliau menolak idea yang diketengahkan oleh Mujahid iaitu mengubah konsep kepimpinan ulama yang telah menjadi amalan dalam PAS sejak lebih 20 tahun lalu.

“PAS tidak lemah dengan ulama tetapi ia perlu diperkasakan, bukan diubah kepada sebarang konsep lain,” katanya.

Beliau berkata penerbitan buku itu adalah satu percubaan untuk mengelirukan orang ramai mengenai asas perjuangan PAS yang berteraskan Islam.

“Beliau dilihat cuba menanam rasa benci masyarakat kepada kepimpinan ulama dengan mengatakan bahawa PAS tidak membawa aspirasi nasional, apabila PAS menafikan Perlembagaan Persekutuan dan menamakannya sebagai Perlembagaan Thaghut,” katanya.

Yusuf berkata masyarakat umum mungkin boleh terpengaruh tetapi ahli-ahli PAS yang telah ditarbiyah sekian lama cukup faham bahawa PAS selama ini hanya membawa aspirasi Islam bukan aspirasi nasional.

“Beliau dilihat memberi tekanan agar PAS berubah menjadi parti yang seiring dengan Perlembagaan Persekutuan agar matlamat ke Putrajaya tercapai.

“Perlu diingatkan di sini bahawa matlamat perjuangan PAS bukan untuk ke Putrajaya tetapi untuk menegakkan hukum Allah. Tidak ada gunanya ke Putrajaya jika PAS terhakis asas perjuangannya,” katanya.

Katanya idea “menasionalkan PAS” adalah tidak wajar kerana yang sepatutnya diketengahkan ialah Islam dalam pembentukan kenegaraan.

“Tindakan Mujahid jelas menunjukkan bahawa beliau cuba meneutralkan PAS dalam meraih undi masyarakat Malaysia. Bukan kita terpaksa menceduk apa yang telah menjadi praktikal parti-parti lain di Malaysia tetapi kita perlu ada jati diri,” katanya.

Yusuf berkata kecelaruan Mujahid semakin menjadi-jadi apabila beliau menyarankan supaya dimasukkan dalam latihan perkaderan mengenai perlembagaan, membentuk identiti nasional PAS seperti mengibar Jalur Gemilang, menyanyi lagu Negaraku dan berpakaian kebangsaan.

“Sepatutnya perkara-perkara seperti itu tidak perlu dibuat kerana kita mempunyai agenda yang lebih penting kepada generasi yang akan datang iaitu membezakan antara al-haq dan al-batil,” katanya.

Mujahid adalah juga Ahli Parlimen Parti Buntar.

Wednesday, December 29, 2010

Nape sibuk dengan Syiah? UMNO sendiri sesat barat

JAIS di bawah Pengarah 'UMNO' Khusrin cuba nak tunjuk pada rakyat kononnya merekalah jadi pembela agama bila bertindak terhadap kumpulan Syiah di Selangor. Kita nak habaq kat Khusrin si munafiq, jangan sekali-kali nak berselindung di sebalik jawatan Pengarah JAIS. Kami tidak pernah lupa bagaimana kamu mengarahkan JAIS bertindak biadap merobohkan sebuah mesjid (asalnya surau) di Bangi atas arahan UMNO kerana mesjid itu hidup dengan majlis ilmu dan ramai jamaahnya. Juga penduduk di sekitar situ mudah untuk menunaikan solat Juma'at. Hanya satu sebab saja kenapa dirobohkan. Sebabnya mesjid itu kerap menjemput para ustaz PAS memberi kuliah di situ.

Inilah kerja UMNO. Sebuah parti sesat yang berkiblatkan fahaman Kristian. Fahaman sekular yang memisahkan agama dengan politik. Fahaman yang diwarisi daripada penjajah Kristian laknatullah yang didalangi oleh gerakan Freemason Yahudi Antarabangsa.

Lantaran fahaman sesat ini, maka semua tindakan UMNO selama ini adalah selari dengan kehendak musuh Islam yang juga guru mereka, yaitu Yahudi dan Nasrani. Dan lebih malang lagi bila mana orang yang mendokong fahaman sesat barat itu terdiri daripada orang Islam sendiri. Dan ini merupakan kejayaan penjajah Inggeris secara lembut dan halus sewaktu memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Merdeka pada zahir namun hakikatnya umat Islam tanahair masih terjajah jiwa dan raga. Tanpa sedar umat Islam sendiri dengan bangga mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang didraf dan disusun oleh pihak Inggeris melalui Suruhanjaya Reid dan menolak Perlembagaan Allah (Al-Qur'an).

Tidak murtad (kafir) lagikah namanya jika kita dengan sengaja terus menyokong sebuah kerajaan sekular seperti yang ada hari ini? Beri undi kepada UMNO BN dalam setiap PRU bermakna setuju / redha dengan penerusan perlaksanaan sistem pemerintahan sekular dalam negara. Maksudnya kita turut sama menolak sistem pemerintahan Islam. Menolak pemerintahan Islam bermakna menolak Islam itu sendiri. Kalau dah menolak Islam, apa hukumnya? Takkan susah sangat nak faham kot...

Wajib disedari oleh seluruh umat Islam yang iman (Islam) kita hanya diterima oleh Allah dengan syarat mengimani intipati Islam sebagai Ad-Din secara total 100%. Tak boleh kurang sedikit pun walau 0.1%. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 208 yang bermaksud;

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Ini bukan soal main-main kerana ianya melibatkan soal Aqidah kita umat Islam. Hidup kita tidak sudah di dunia. Kita akan melalui kehidupan di Alam Kubur dan kemudian akan menjalani hidup kekal abadi di Akhirat. Hanya dua pilihan saja untuk kita di Akhirat kelak. Samada menjalani kehidupan penuh bahagia dan nikmat di Syurga ataupun kehidupan penuh celaka dan sengsara di Neraka.

Layakkah kita untuk mendapat Syurga Allah sedangkan kita mati dalam keadaan 'Aqidah rosak dek kebodohan kita sendiri walhal semasa di dunia kita tak tinggal solat, puasa, zakat, haji, bersedekah sana-sini, membantu orang susah dan sebagainya.

Bodohnya kita kerana menyokong sistem sekular yang sengaja direka oleh musuh untuk menghancurkan Islam. Bila sokong bermakna percaya dengan sistem toghut itu.

Dalam Surah Al An'am (6) : ayat 159, Almarhum Prof Dr Hamka menafsirkannya sebagai "Barangsiapa ada keyakinan di hati bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam, maka kafirlah mereka walau masih bersolat."

Berbalik soal Syiah tadi, apa perlunya JAIS sibuk. Bukan semua Syiah itu sesat. Patutnya JAIS, seluruh Jabatan Agama Islam negeri bertindak terhadap UMNO dulu. Sebab UMNO itu sendiri pertubuhan ajaran sesat berfahaman Kristian. Dah lebih 52 tahun UMNO menyesatkan majoriti umat Islam tanpa sedar.

Bukan takat menyesatkan orang malahan UMNO juga membunuh orang (Peristiwa Memali), menggunakan ISA untuk manahan musuh politiknya, bersekongkol dengan Yahudi Zionis (APCO).

Kesimpulannya, mengundi UMNO BN pasti masuk Neraka. Terpulanglah samada nak percaya atau tidak tetapi itulah hakikatnya.

Maksud firman Allah dalam Surah Al Ahzab (33) : ayat 66 - 68;

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

Tuesday, December 28, 2010

Kes Menteri rogol amah bermula bila adik mangsa buat aduan

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.

Surat tanpa tarikh (gambar) yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.

"Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.

Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers' Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.

Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu.

Perjalanan ke Banjarnegara

Ketika dalam perjalanan, mereka terngiang-ngiang kata-kata rayuan adik mangsa rogol ini yang meminta kasihan belas agar kehormatan wanita Indonesia ini dibersihkan.

"Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia," rayu adik mangsa dalam surat aduan itu.

Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka.

Mereka ke sana untuk mendapatkan cerita sebenar dari mangsa sendiri. Ini kerana, surat aduan itu penuh keyakinan kakaknya akan ceritakan segala-galanya.

"Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya (bertudung biru) bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya," cerita surat aduan itu lagi.

Namun mereka bertiga juga teringat pesan adik mangsa itu. Ini kerana, beliau bimbang kes yang berlaku kepada wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu berulang kepada kakaknya.

"Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," tulis adik mangsa itu lagi.

Mereka bertiga sampai di rumah Robengah kira-kira jam 11 pagi. Namun, suasana yang ada tidak membolehkan isu pemerkosaan ini ditanya terus kepadanya sehingga jam lewat petang. Ini kerana suami serta dua anaknya sentiasa berada di sisinya.

Mereka hanya berjaya mendapat sejarah kerja Robengah di rumah majikannya di Kuala Lumpur selama lapan tahun itu. Dalam pada itu, mereka juga sempat bergambar bersama.

Pengakuan Robengah

Namun, selepas pulang ke rumah salah seorang dari mereka iaitu kira-kira jam 8.30 malam, mereka menelefon Robengah melalui anaknya.

Dalam perbualan telefon itulah, Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut.

Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh.

Suami Robengah juga menelefon mereka semua supaya isu ini tidak diperbesarkan dan menganggap ini adalah satu cobaan untuk keluarganya.

Pada 26 Julai sekali lagi para sukarelawan ini menelefon Robengah melalui ibu pejabat mereka di Jakarta.

Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya.

Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini.

Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.

Kenyataan media

Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa inilah, Migrant Care telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang iaitu Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).

Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada 26 Disember baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.

Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.

Berdasarkan dokumen dari kedutaan Amerika inilah WikiLeaks mendedahkan kembali kes ini kerana dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks semuanya daripada dokumen yang bocor dari Amerika.

Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger Rocky Bru (Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.

Bermula dari situlah Harakahdaily menyiasat kes ini dan mendapat cerita ini. Menurut maklumat awalnya, menteri ini sudah bersara tetapi selepas disiasat rupanya menteri ini masih kekal dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak sekarang.

- harakahdaily

Anwar pilih kasih, kata Gobi

Pergeseran di antara ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan pemimpin tertinggi PKR semakin memuncak dan beliau kini tidak lagi berselindung dalam menamakan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca sebenar ketidakadilan yang didakwa berlaku di dalam parti itu.

Gobalakrishnan berkata demikian ketika menjawab amaran keras yang dikeluarkan N Surendran, naib presiden baru parti itu yang mahu beliau menghentikan segala serangan tidak berasas kepada parti pada kadar segera.

Ingkar dengan arahan tersebut, Gobalakrishnan hari ini menuntut supaya Anwar dikenakan tindakan disiplin kerana didakwa telah menutup sebuah kuil di Bukit Gasing, Petaling Jaya.

Gobalakrishnan mendakwa, Anwar bertindak demikian dengan alasan kuil tersebut "tidak mempunyai ciri-ciri India."

"Masalah ini wujud ketika pentadbiran BN di Selangor tetapi mereka tidak bertindak sehingga menutup kuil berkenaan," katanya lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar amal 'pecah dan perintah'

Tambahnya, Anwar juga telah memperkuatkan kepemimpinan Melayu dan Cina di dalam PKR tetapi masyarakat India diabaikan dan jauh diketepikan sejak 12 tahun lalu.

"Hanya orang yang dekat dengan (Anwar) dilantik ke jawatan parti. Seharusnya pertimbangan diberikan kepada masyarakat India dalam parti kerana mereka membentuk kira-kira 40 peratus daripada jumlah ahli.

"Ini merupakan amalan pecah dan perintah yang jelas daripada Anwar," kata Gobalakrishnan lagi yang merupakan salah seorang calon naib presiden yang tewas dalam pemilihan parti bulan lalu.

Jelasnya, beliau berkata demikian kerana telah tiba masanya untuk menjelaskan "ketidakadilan" yang didakwa berlaku.

Gobalakrishnan yang menganggotai parti itu sejak lebih 11 tahun lalu juga berkata, beliau telah banyak berkorban untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan beliau tidak mendapat keuntungan peribadi daripada usahanya itu.

'Surendran bukan ahli PKR'

Beliau bagaimanapun tidak dilantik ke jawatan naib presiden pada 18 Disember selepas pemilihan parti berakhir. Sebaliknya, jawatan lantikan bagi kuota masyarakat India itu diisi oleh Surendran.

"Surendran telah menyatakan bahawa PKR merupakan parti yang demokratik dan tetapi saya kini sedar bahawa demokrasi hanya diamalkan secara pilih kasih di dalam parti yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Gobalakrishnan lagi.

Gobalakrishnan juga berkata, beliau ingin tahu bagaimana Surendran boleh dilantik ke jawatan itu sedangkan peguam hak asasi itu tidak menganggotai PKR.

"Saya mempertikaikan integritinya apabila dia bercakap mengenai pemilihan PKR. Dia tidak mengundi di (mana-mana) cabang dan dia tidak menganggotai mana-mana mesyuarat agung tahunan cabang (MATC).

"Namanya tidak kelihatan di dalam senarai pengundi cabang Lembah Pantai di mana beliau mendakwa menjadi anggota di situ, atau mana-mana cabang (PKR) di negara ini," katanya lagi.

- malaysiakini

Monday, December 27, 2010

Chegubard tolak jawatan timbalan SUA

Calon ketua angkatan muda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin yang tewas dalam pemilihan lalu berkata beliau enggan menerima tawaran untuk dilantik ke jawatan timbalan setiausaha agung yang ditawarkan parti.

Tambahnya, beliau kini masih menunggu tindakan parti itu berhubung aduan yang dibuat berkaitan pemilihan parti yang berakhir bulan lalu.

chegubard badrul hisham shaharin 271110Badrul Hisham yang popular dengan jolokan Chegubard itu turut mengucapkan terima kasih kepada presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail kerana mengumumkan pelantikan beliau ke jawatan itu pada 18 Disember lalu.

Bagaimanapun, Badrul Hisham (atas, berjaket hitam) berkata beliau memutuskan untuk tidak menerima jawatan tersebut atas dasar prinsip.

"Saya sayangkan parti ini, dan kerana sayanglah saya akan terus menegur.

"Saya sayangkan negara ini, saya ingin pastikan keadilan menjadi sesempurna mungkin sebelum kita sampai ke Putrajaya," katanya dalam sidang media di Bukit Mertajam.

Katanya, beliau membuat keputusan itu setelah mendengar pandangan daripada rakan dan ahli keluarganya.

azlanBeliau terus menuntut tindakan lanjut selepas beliau mendengar nasihat daripada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang memintanya bersabar dan tidak mengambil tindakan melulu.

"Saya juga ingin ingatkan tentang janjinya bahawa keputusan siasatan (aduan pemilihan) akan diketahui dalam dua minggu... Janji ini dibuat dalam kongres parti (pada November)," katanya.

Tambahnya, beliau akan terus berkhidmat walaupun tanpa apa-apa jawatan dan turut menegaskan supaya tindakan diambil terhadap aduan yang timbul berhubung pemilihan tersebut.

Beliau sebelum ini pernah mengadu terdapat campurtangan serius Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pemilihan langsung yang kali pertama dijalankan itu.

- malaysiakini

Menteri Perogol masih dalam Kabinet Najib?

Setelah kes pembunuhan Altantuya yang melibatkan Najib Rosmah cuba disembunyikan daripada pengetahuan rakyat dengan pelbagai cara, namun pasangan Iblis No.1 negara masih terus dihantui oleh Altantuya. Kini terdedah pula cerita sorang Menteri Kabinet telah merogol pembantu rumahnya dari Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia semasa era Pak Lah. Pak Lah tahu hal ini tapi tidak bertindak. Sekadar menggugurkan menteri terlibat sewaktu rombakan kabinet. Ironisnya Najib kutip semula perogol ini sebagai anggota kabinetnya. Siapakah Menteri Perogol itu?

Pembaca boleh cari sendiri siapakah Perogol celaka itu. Berikut adalah klunya;

- Berasal dari Kedah

- Menteri Kanan

- Dilantik semula oleh Najib sebagai Menteri.

Sila baca kenyataan media rasmi oleh Migrant Care;

MIGRANT CARE : MAID RAPED BY MALAYSIAN SENIOR MINISTER

We are extremely concern about the alarming increases in number of such rape and physical abuses incidents happened in Malaysia. Two years ago, we failed to advocate for an Indonesian maid who was raped by a Minister from Kedah.

We wish to express our gratitude towards the concern of the Civil Society and bloggers community in Malaysia with regards to the recent Maid Raped by Malaysian senior minister.

This case involved Malaysian Politician from the ruling party whose Indonesian Maid name Robengah is currently under Migrant Care investigation.

The nature of the case is highly sensitive and involve the national interests of both countries, we hope all the concern parties will be very patient with us because Migrant Care is as concern as the other stakeholders of this loving nation of Malaysia.

As an NGO Migrant Care shall have no political interests to tarnish the image of the politician and political party involved, nor denying the rightful justice of the raped victim.

We cordially request the interested parties please do not create any untruthful speculations before the results of final investigation of which we will officially submit to the relevant authority for their further actions.

Failure of such, then we shall seek justice through international communities.

RELA, in their national missions, has already caused significant hatred feeling among the people in the Republic of Indonesia against Malaysia despite of very cordial diplomatic relationship at the top government to government level. The role of RELA as Indonesian undocumented migrant bounty hunter has become significant security threat to the regional security in the years to come.

It is timely that Malaysia – Indonesia think tank groups seriously study the migrant workers that impacted the social, political, economy and regional security.

We believe justice will be done in accordance to the law of Malaysia through the proper channel and positive constructive engagement with the authorities involved.


Jakarta, 01 Agustus 2007

Wahyu Susilo
Policy Analyst

Anis Hidayah
Executive Director

Alex Ong
Country Director

Kontak: Wahyu 08129307964, Anis 081578722874, Alex +60163121201

Berita lanjut di sini

Sunday, December 26, 2010

Rakyat Malaysia 'dikhayalkan' dengan slogan

Tanpa sedar rakyat negara ini didodoi dengan pelbagai slogan oleh kerajaan UMNO BN sejak era Mahathir lagi. Bermula dengan Bersih, Cekap dan Amanah, Penerapan Nilai-Nilai Islam, Kerana Mu Malaysia, Islam Hadhari dan seumpamanya. Jika dilakukan flashback tentang semua slogan itu, nescaya kita sedar segalanya hanya kosmetik semata-mata bagi menipu rakyat.

Lihat saja apa jadi dengan slogan Bersih, Cekap dan Amanah yang diperkenalkan oleh si mamak tua itu. BERSIH - Habis licin semua kekayaan negara diseleweng dan disapu oleh Mahathir diri, keluarga, kroni dan seluruh pemimpin UMNO BN. CEKAP - Sangat cekap dan pintar melakukan rompakan harta rakyat. AMANAH - Seluruh hasil penyelewengan dan rasuah diamanahkan kepada proksi untuk menjaganya agar sukar dikesan.

Bagaimana pula dengan Penerapan Nilai-Nilai Islam?

Banyak program dibuat di jabatan-jabatan untuk tujuan itu tapi sekadar retorik saja. Penerapan yang dibuat sekadar Islam kulit namun isinya kosong manakala pimpinan UMNO BN pula terus dengan agenda melonggokkan kekayaan milik negara. Lihat saja apa yang terjadi kepada Islam dan penganutnya?

Islam terus dipijak oleh UMNO manakala umat Islam semakin rosak akhlaknya. Kebejatan sosial semakin kritikal. Jenayah melibatkan remaja sekolah semakin menjadi-jadi. Perzinaan sudah menjadi perkara biasa di kalangan remaja Melayu. Gejala murtad sudah mencecah angka 250 ribu. Lebih kronik lagi bila terjadi kes bunuh yang melibatan pelajar sekolah sebagaimana kejadian yang berlaku di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, N.Sembilan beberapa tahun lalu.

Penulis kira tak perlulah nak dihurai semua slogan kosmetik itu.

Dan hari ini sekali lagi rakyat Malaysia didodoi dengan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dan 1Malaysia.

Cuba tanya diri sendiri. Benarkah kerajaan UMNO BN mendahulukan rakyat? Jika benar, KENAPA;

- hak royalti minyak rakyat Kelantan dinafikan?

- menaikkan harga petrol, gula, gas dan sebagainya dalam keadaan hasil petroleum negara beratus bilion setahun?

- dalam bajet 2011 hanya menguntungkan kroni dan Rosmah serta mak-mak datin yang pakai seluar dalam, coli, barangan kulit buatan luar negara?

- wang Felda diselewengkan?

- hak peruntukan wajib RM500 ribu setahun kepada setiap kawasan Parlimen yang diwakili oleh Pakatan Rakyat ditarik?

- hak biasiswa anak Melayu Bumiputera ditarik sedangkan ia dijamin oleh perlembagaan?

Penulis merasa terkilan bila mengenangkan sikap majoriti rakyat negara ini yang masih merelakan diri mereka diperkotak-katikkan oleh para pemimpin UMNO BN selama ini. Sudah 52 tahun merdeka tapi jiwa masih terbelenggu dengan fahaman khurafat yang mengatakan "Hanya UMNO saja mampu memerintah".

Dan lebih mengecewakan bila mana majoriti umat Islam tanahair masih percaya (beriman) dengan fahaman sesat sekular Kristian pegangan UMNO yang memisahkan agama daripada pemerintahan negara. Tidak sedarkah mereka dengan menyokong dan memberi undi pada UMNO BN bererti redha (setuju) dengan sistem pemerintahan sekular itu. Bila redha dengan kesesatan, maka seseorang itu boleh jatuh kafir. Na'uzubillah.

Bila undi terus diberikan kepada UMNO BN, bermakna kita juga turut sama bersubahat menghalang daripada tertegaknya Daulah Islamiyyah (Pemerintahan Islam) dalam negara.

Bertanyalah pada diri sendiri soalan-soalan berikut;

1- Adakah Islam aku diterima oleh Allah jika masih percaya dengan sistem ciptaan manusia (sekular, sosialis, komunis, pragmatis dsb)?

2- Bukankah aku termasuk dalam golongan yang menerima sebahagian dan menolak sebahagian Al-Qur'an bila menyokong UMNO BN yang menolak perlaksanaan Hukum Hudud?

3- Seseorang itu boleh jatuh kafir bila meragui salah satu daripada Undang-Undang Al-Qur'an. Adakah aku termasuk dalam kumpulan ini bila terus memberi undi kepada UMNO BN yang melaksanakan undang-undang sekular?

4- Fatwa Ulama' menyebut "Jalan mudah menjadi kafir bila memisahkan agama dengan politik." Kafirkah aku jika masih menyokong UMNO BN yang sekular?

5- Macamana 250 ribu anak orang Islam boleh murtad?

Mungkin pembaca merasakan penulis suka menghukum UMNO sebagai sesat atau kafir kerana penulis seorang ahli PAS.

Sejujurnya, ini bukan persoalan UMNO atau PAS tapi ini soal yang melibatkan 'Aqidah kita sebagai umat Islam. Jangan diingat perkara yang merosakkan Aqidah ini hanya tertakluk kepada penyembahan patung berhala semata-mata. Sebenarnya terlampau banyak perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam. Hatta dalam perbualan kita sehari-hari pun tanpa sedar kita boleh terkeluar daripada Islam. Umpamanya kata-kata seperti "Kalau laksana Hudud, habislah orang Islam kudung tangan", "Kalau nak ikut Islam semua, susahlah kita", "Kalau takde riba', susah juga..."

Antaranya seperti yang dijelaskan di atas. Sebab itulah dalam Surah Al An'am (6) : ayat 159, Almarhum Pro Dr Hamka menafsirkan "Barangsiapa yang ada keyakinan di hati bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Allah (Islam), maka kafirlah mereka walau masih bersolat."

Jelas sungguh di sini bila mana kita terus memberi undi (menyokong) sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan sekular (ciptaan manusia), maka kita juga termasuk dalam golongan yang percaya bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam.

Undi maksudnya sokong atau setuju atau redha.

Marilah kita kembali kepada Islam secara total.

Saturday, December 25, 2010

BN usah jadi gengster, PR mampu laksana Program 100 Hari, kata Nik Aziz

KOTA BARU, 25 Dis — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat pada konvensyen mereka Ahad lepas hanya akan dilaksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara.

“Kita akan laksanakan bila pakatan dapat memerintah negara... tunggulah dulu... jangan nak jadi gengster,” kata Nik Aziz kepada pemberita selepas majlis perkahwinan perdana anjuran kerajaan negeri melibatkan 101 pasangan baru di Pusat Tarbiyah PAS Kelantan di sini hari ini.

Dipetik Bernama, beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin semalam yang mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melaksanakan kenaikan gaji bagi pegawai-pegawai awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang dahulu sekiranya pembangkang benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam.

Malah, Timbalan Perdana Menteri juga menolak dakwaan Anwar bahawa beliau memperlekehkan peranan guru apabila mempertikaikan tawaran pembangkang untuk memperkenalkan imbuhan khas RM500 seorang setiap bulan.

Kelmarin Anwar menegaskan negara tidak akan muflis hanya dengan Pakatan membayar RM500 kepada setiap guru.

Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta kerajaan Barisan Nasional (BN) menunggu sehingga pakatan pembangkang menerajui negara untuk melaksanakan resolusi itu.

Resolusi itu mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Nik Aziz berkata apa yang penting dalam mentadbir negara ialah memerintah untuk rakyat dan menjamin kesejahteraan mereka.

Beliau juga berkata PAS akan melaksanakan pentadbiran Islam mengikut acuannya seperti yang ditetapkan dalam Islam.

Mengenai perkahwinan, beliau menasihatkan pihak keluarga wanita mengenakan hantaran atau mas kahwin yang rendah serta berpatutan kepada pihak lelaki dan bukan membebankan mereka.

“Saya kahwin dulu hantaran RM100 sahaja untuk isteri saya. Malahan siapa nak kahwin anak saya, saya minta RM1,000 saja,” katanya.

Beliau berkata perkahwinan penting bagi mengelakkan gejala sosial buang anak dan zina dalam masyarakat.

- themalaysianinsider

1Malaysia lambang hipokrasi BN

Timbalan Perdana Menteri (TPM) sekali lagi tersilap faham. Pakatan Rakyat Selangor bukannya takut malah muak dengan slogan hipokrasi Barisan Nasional. Mana mungkin kita berasa takut pada logo politik yang diciplak dan bukan diilhamkan oleh rakyat negara ini. Apatah lagi pemimpin BN gagal memberi rakyat hujahan kukuh tentang kewujudan slogan 1Israel, 1Singapore dan 1Indonesia.

PR Selangor tidak akan mengiktiraf slogan yang semata-mata mahu memesongkan fikiran rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya di dalam negeri ini. TPM dengan dibantu media tunggangan BN telah memutarbelitkan fakta dan mengelirukan rakyat berkenaan dasar kerajaan negeri Selangor terhadap penggunaan slogan 1Malaysia.

Kerajaan PR Selangor telah mengarahkan supaya slogan dan logo politik tidak dibenarkan di premis kerajaan dan premis awam. Kerajaan Negeri juga tidak akan mengeluarkan dana bagi membiayai program yang berkaitan dengannya. Manakala Pihak Berkuasa Tempatan diberi kuasa melihat perincian selari dengan Undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diamalkan sebelum ini.

Slogan 1Malaysia merupakan satu slogan politik Barisan Nasional yang saya berpendapat mana-mana ahli politik yang waras akan menyetujui bahawa ia tidak harus disokong oleh badan-badan kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Bukan sahaja ini adalah keputusan politik, namun ini adalah keputusan yang perlu melihat situasi politik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

PR Selangor tidak mengharapkan Kerajaan Persekutuan membantu menyebarkan maklumat mengenai program-program anjuran kerajaan negeri seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor. Namun kita kesal sikap tidak profesional mereka yang saban hari memburuk-burukkan program yang kita jalankan. Meskipun tiada langsung niat untuk membalas dendam, persoalannya, wajarkah kerajaan negeri membantu mempromosikan satu slogan hipokrit Barisan Nasional?

Rakyat Malaysia khusus di Selangor harus faham slogan 1Malaysia telah menghukum tanpa bicara Ketua Pembangkang Malaysia dan digantung dari Parlimen selama enam bulan.

Slogan ini jugalah yang menggantung tiga Ahli Parlimen PR dan mengakibatkan ratusan ribu rakyat yang mereka wakili tidak mendapat hak mereka sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Slogan inilah yang menghalang suara mereka di bawa ke Parlimen.

Persoalannya, keterlaluankah jika rakyat Subang, Gombak, Permatang Pauh dan Bukit Gelugor, meminta dikecualikan dari 1Malaysia Barisan Nasional ini? Tambahan pula, isu ini bukan isu remeh kerana jika gagal ditangani hari ini, maka demokrasi negara akan menuju kepapaan.

UMNO yang kian terdesak dengan tekanan penolakan terhadap politik perkauman, cuba menjadikan 1Malaysia sebagai sandaran mendapat sokongan. Hujah kononnya 1Malaysia menyokong semangat muhibbah begitu rapuh dan dangkal sekali. Parti-parti komponen Barisan Nasional sendiri berasaskan pemikiran perkauman yang sempit. Pentadbiran UMNO-BN pula bertanggungjawab penuh atas ketegangan kaum yang wujud di Malaysia walaupun telah merdeka 53 tahun.

Dua pimpinan tertinggi UMNO juga keliru dengan pendekatan yang terbaik. Perdana Menteri memperkenalkan 1Malaysia manakala Timbalan Perdana Menteri tanpa segan mencabulinya dengan memperjuangkan "Melayu Dahulu".

Konfrantasi ini yang sebenarnya telah meracuni fikiran setiap peringkat pimpinan Barisan Nasional yang seterusnya meracuni minda rakyat dan mewujudkan perasaan tidak selesa antara kaum.

Terpulang kepada Muhyidin jika mahu memikirkan bahawa PR Selangor takut dengan slogan tersebut. Namun, tidak keterlaluan jika saya katakan slogan ini adalah topeng untuk mengaburi penyelewengan dan pemecah-belahan negara yang berterusan.

- Kenyataan media oleh Faekah Husin selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim

Polis pukul saya kerana mahu duit

Dia ditumbuk bertubi-tubi, digari, ditendang dan dipijak. Bermuntah darahnya, terpelantingnya pada dinding. Dia ditendang sehingga jatuh berguling-guling dari tangga. Wang tunainya sebanyak RM13,000 hilang entah ke mana. Dia dipaksa buat laporan bahawa kecederaan ini disebabkan kemalangan jalanraya. Dia diugut untuk diletakkan dadah dan parang dalam keretanya. Malah, perniagaannya, keselamatan dirinya dan keluarganya akan terancam seandainya beliau membuat laporan polis.

Demikianlah pengalaman Chia Buang Hing (gambar kanan), yang enggan menyogok polis dengan rasuah ketika ditahan kerana cukai jalan kereta isteri yang dipandunya telah melewati tarikh luput. Chia meminta agar polis menyaman dirinya, tetapi dibalas dengan tumbukan bertubi-tubi oleh anggota polis. Beliau dibawa ke balai polis, dibelasah tujuh orang anggota sehingga muntah darah.

Chia Buang Hing yang takut dirinya "mati buta-buta" seperti Teoh Beng Hock secara senyap-senyap meninggalkan cop jari darahnya pada dinding, almari, cermin dan pintu tandas di Jabatan Nakrotik ketika dibawa ke sana. Beliau tidak dapat kencing lagi ketika disuruh untuk berbuat demikian kerana habis air kencingnya ketika dipukul polis.

Lelaki yang berumur 34 tahun ini pernah dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman. Beliau yang sudah cedera, berdarah dan tidak terdaya untuk berdiri mengadu kepada majistret, bahawa dirinya dipukul polis dan duitnya diambil polis. Chia Buang Hing memohon untuk menghubungi isteri dan ibunya, tetapi semuanya tidak dipeduli. Dia dipukul lagi selepas dibawa keluar mahkamah.

Demikianlah pengalaman lima hari Chia Buang Hing, yang didedahkan dalam satu sidang media bersama ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng (gambar kiri, kiri), pagi ini. Chia Buang Hing akhirnya dilepaskan pada 22 Disember, selepas Pegawai Penyiasat (IO) Azizuddin mengetahui beliau tidak bersalah dan diseksa polis, malah menyuruh Chia membuat aduan selepas itu.

Sembunyikan diri dalam longkang

Chia Buang Hing yang masih diselubungi ketakutan, tidak berani untuk masuk ke balai polis secara bersendirian. Menurut pembantu peribadi ADUN Damansara Utama, Cheah Wing Yin yang mengaturkan agar ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat aduan bersama Chia di balai polis Shah Alam semalam, berkata mereka tidak menjumpai Chia Buang Hing setelah tiba di balai.

Apabila dihubungi dengan telefon, barulah mereka mendapati bahawa Chia Buang Hing bersembunyi di dalam longkang kerana terlalu takut untuk masuk ke Balai Polis secara bersendirian. Meskipun melalui segala penyeksaan ini, Chia Buang Hing masih bersyukur, "Saya berterima kasih kepada Tuhan, kerana nyawa saya masih hidup bila keluar (dari balai polis). Saya ingat, dalam balai polis ... saya akan mati di situ. Saya rasa tak ada harapan lagi. Bila saya minta nak hubungi isteri dan ibu, mereka memijak saya dengan lebih kuat... Jadi saya percaya saya akan mati."

Chia Buang Hing menyeru, "Saya mengharapkan bantuan anda. Saya tidak berharap peristiwa macam ni berulang. Seorang yang pukul saya berkata, banyak kes yang tidak disiasat, banyak yang dipukul mati..."

Beliau menahan sebak ketika mengenang apa yang berlaku beberapa hari lalu, berkata "Dengan bantuan YB dan peguam, rakyat, jangan perkara ini berulang pada orang lain... Saya masih berani untuk tampil dan menyuarakannya, kerana ia berlaku pada diri saya. Walaupun doktor kata tidak apa lagi (kecederaannya), tapi saya asyik pening kepala saja beberapa hari ni..."

Polis nampak wang nota

Peristiwa ini berlaku pada jam 11 malam, 18 November, apabila Chia Buang Hing memandu Proton Waja milikan isterinya dari rumahnya di Tropicana menuju ke Kota Damansara. Beliau ditahan polis yang sedang buat halangan jalan (road block) di PJU 3/15, yang memintanya untuk menunjukkan lesen memandu. Chia berkata polis nampak wang nota RM50-nya, ketika beliau menyeluk saku depan seluarnya. Menurut Chia, polis meminta wang daripadanya, tetapi ditolak Chia.

Chia (gambar kiri) berkata kepada polis, "Bang, saya tak mahu bagi duit, saya mahu saman saje. Kalau you angkat duit saya, saya akan report balai." Menurut Chia lagi, anggota polis nampak Kad VIP Kelantannya, seorang polis yang berada di tempat meja berkata, "You Kelantan Istana banyak besar, banyak besar."

Chia mula ditumbuk bertubi-tubi apabila cuba mengambil gambar polis dengan kamera telefon bimbitnya. Chia terus digari, dan dipukul dalam kereta walaupun beliau menjerit "Tolong, polis pukul orang. Polis mahu duit!"

Menurut Chia, pengawal keselamatan di Jalan PJU 3/15 nampak kejadian ini, malah kawannya dalam kereta juga menyaksikan apa yang berlaku. Beliau dibawa ke Balai Polis Dataran Sunway. Beliau terus dipukul, ditendang dan dipijak oleh tujuh orang anggota polis, sehingga Chia muntah darah, cedera di kedua-dua mata, kening sebelah kiri dan di bawah dagu.

Kemudian, seorang anggota polis mengambil wang nota milikan Chia yang berjumlah kira-kira RM10,000 dari sakunya dan taburkan di atas lantai. "You mahu duit ambillah," kata polis tersebut, menurut Chia. Chia mendakwa bahawa dirinya mempunyai RM18,000 pada dirinya, dan beliau hanya keluar balai dengan RM5,000.

Chia Buang Hing ialah pemilik tiga buah kedai pembuat bingkai, dan Pengerusi kepada Kuil Guan-Di di Kuala Lumpur-Selangor. Chia menjelaskan bahawa dirinya memungut wang pendapatan di ketiga-tiga kedainya pada hari itu, untuk membayar jamuan hari jadi ibunya di restoran. Malah, beliau membawa dana bantuan untuk seorang penganut agama dari persatuan kuil-nya. Ini menjelaskan mengapa beliau membawa wang tunai begitu banyak pada dirinya ketika ditahan.

Diugut polis

Chia Buang Hing diugut untuk membuat laporan bahawa kecederaannya disebabkan kemalangan jalan raya, seandainya beliau mahu dibenarkan untuk menelefon isteri dan ibunya, dan dibebaskan. Malah, polis yang menggarinya berkata, "Kalau you tak buat report itu, saya akan taruh parang besar yang berdarah dan taruh dadah dalam kereta awak kasi you supaya kaukau (dahsyat), dan lokap sama lu long term."

Pada jam 3 pagi 19 November, Chia dibawa ke IPD PJ, dan diugut polis untuk menyuntik Chia dengan dadah. Chia diarahkan untuk kencing di Jabatan Nakrotik, tetapi beliau gagal berbuat demikian kerana habis air kencingnya semasa dipukul polis. Menurutnya, polis memasukkan kencing polis sendiri ke dalam botol dan memasukkan sesuatu ke dalamnya.

Chia ditolak oleh polis yang menggarinya sehingga jatuh berguling-guling dari tingkat ketujuh hingga ke tingkat ketiga. Chia mendengar suara polis berbunyi "Mahu tolak lu mati". Pada ketika itu, Chia sudah muntah darah dan berbuih di mulut. Menurut Chia lagi, beliau dibawa oleh lima anggota polis ke satu padang dan ditolak jatuh, namun beliau tidak mati, dan akhirnya dibawa ke hospital.

Selepas pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh, Chia terus dibawa ke mahkamah untuk dipohon reman. Aduan Chia tentang kecederaannya dan permintaannya tidak dipedulikan majistret. Chia kemudian dibawa untuk disiasat pegawat penyiasat bernama Azizuddin. Azizuddin membuat panggilan di depan Chia kepada polis yang memukulnya, mendapati Chia tidak bersalah dan diseksa polis.

Chia yang dilepaskan pada 22 Disember, membuat aduan polis semula di balai polis Shah Alam pada 23 Disember bersama Lim Lip Eng. Beliau tidak lagi menaruh kepercayaan kepada polis di IPD Petaling Jaya, dan beliau mendakwa dirinya masih mampu cam polis yang memukulnya.

Menurut Lim Lip Eng, IPK Selangor telah mengesahkan bahawa mereka akan menjalankan siasatan ke atas balai polis Kota Damansara dan mengambil keterangan daripada mangsa kes ini.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting daripada teks asal.

- Merdeka Review

PRK Tenang : Mampukah Pakatan menang?

Walaupun sebagai ahli PAS, namun dalam berbicara pasal PRK Tenang ini, penulis lebih suka berbicara berdasarkan fakta. Bukan style penulis untuk mengulas hanya berdasarkan imiginasi semata-mata yang dipengaruhi oleh faktor sebagai ahli PAS. Sebelum menjelang PRK Batu Sapi, ada sahabat yang bertanya bagaimana peluang PR di sana. Spontan penulis menjawab 'kalah'. Dan semasa berada di Batu Sapi selama 4 hari terakhir, penulis memberitahu sahabat peratusan keluar sekitar 60% sahaja. Benar telahan tersebut. Bukanlah bijak membaca politik tapi hasil pemerhatian secara kasar terhadap suasana dan mood pengundi ketika itu.

Menyentuh darihal DUN Tenang, berikut adalah keputusan PRU10 hingga PRU12;

PRU11 2004 : BN 7,655 ; PAS 2,138 ; MAJORITI : 5,517

PRU12 2008 : BN 6,367 ; PAS 3,875 ; MAJORITI : 2,492

Melihat kepada angka dalam PRU12, berlaku penurunan majoriti BN yang begitu ketara sekali, yaitu sebanyak 3,025 (55%). Undi PAS meningkat sebanyak 1,737 (81.2%) manakala BN kehilangan undi sebanyak 1,288 (16.8%).

Secara 'simple mathematic', 1,288 undi BN beralih kepada PAS dan ditambah sebanyak 449 undi lagi dari kumpulan atas pagar atau pengundi baru.

Jika melihat kepada pola undi sejak 2004, memang tidak mustahil Pakatan Rakyat mampu buat kejutan dalam PRK Tenang ini jika mood PRU12 terus konsisten dan faktor isu kenaikan harga baru-baru ini. Namun perlu juga diingat 4,000 pengundi Melayu Felda di DUN Tenang bakal menjadi undi penentu.

Bercakap soal pengundi Melayu ni, penulis memang tak confident langsung sebab mereka boleh berubah sekelip mata saja hanya dengan habuan wang atau ugutan bodoh oleh UMNO. Tiada pendirian. Macam lalang. Lebih-lebih lagi di waktu ini harga sawit melambung tinggi walau buah melawas. Satu tan metrik bersamaan RM650.

Penulis yakin UMNO akan menggunakan tektik kotor seperti menabur wang, ugutan dan seumpamanya bagi memastikan kemenangan mereka. Samada "By Hook" atau "By Crook".

Memang tidak dinafikan bukan satu perkara yang mudah untuk berhadapan dengan ujian berbentuk harta benda ini. Hanya melalui kefahaman dan pegangan 'Aqidah Islam yang utuh saja mampu membenteng diri daripada terpedaya dengan sebarang sogokan maupun ugutan.

Jika Firdaus Ismail Al Hafiz, mantan Imam Besar Mesjid Negara, pun boleh masuk UMNO kerana terpedaya dengan habuan dunia (kekayaan), inikan pula para peneroka Felda yang kurang ilmunya. Hanya yang mendapat hidayah dan petunjuk Allah sajalah bakal terselamat daripada tipu-daya UMNO laknatullah.

Hanya ada satu pilihan saja bagi PAS untuk menang di PRK Tenang. Yaitu 'hold-out' di kawasan Felda. Logiknya, kejayaan ANAK yang diketuai Mazlan Aliman (PAS) dalam usaha membela nasib peneroka selama ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi sikap pengundi Felda. Justeru faktor ini turut memberi 'advantage' kepada PAS Pakatan Rakyat untuk menang.

Namun sayugia diingatkan kepada PAS Pakatan Rakyat agar berwaspada dengan tektik keji pihak UMNO BN selepas tamat tempoh kempen pada malam terakhir. PRK Batu Sapi menceritakan segalanya bagaimana UMNO BN menabur duit RM16 juta di setiap rumah pengundi Bumiputera miskin di setiap Daerah Mengundi selepas tamat tempoh kempen malam terakhir. Projek beli undi dan ugutan ini dilaksanakan dengan bantuan kawalan keselamatan oleh pihak Polis, Rela dan PGA.

Penulis mengharapkan agar para pengundi Melayu di DUN Tenang lebih beriman dan cerdik daripada pengundi Bumiputera Islam di Batu Sapi.

Salam pagi Sabtu.

Wednesday, December 22, 2010

Negara Islam : Keterbukaan Karpal Singh buat UMNO terkedu

Islam ialah agama fitrah. Agama milik Allah. Sedia. Bukan baru. Sebagai Ad-Din (cara hidup). Lengkap dan sempurna. Tiada cacat-celanya. Segala-galanya ada dalam Islam. Ekonomi, politik, perkahwinan, kekeluargaan, sains dan teknologi, perundangan, hubungan antarabangsa, kenegaraan, masyarakat dan segala-galanya telah tersedia sebagai satu pegangan dan panduan hidup bagi setiap manusia termasuk jin. Firman Allah yang bermaksud "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah (tunduk, patuh dan taat) kepada Aku."

Jangan sekali-kali kita lupa bagaimana Baginda Rasulullah S.A.W berhadapan dengan tentangan yang begitu hebat dari kalangan pembesar Musyrikin Mekah dan penduduk kota itu sewaktu menyeru mereka agar mentauhidkan Allah dan meninggalkan berhala (toghut).

Baginda bukan sekadar dicaci malahan dibaling dengan kayu dan batu. Tidak cukup itu saja malahan Baginda turut dituduh sebagai gila semasa menceritakan perjalanan satu malam dari Masjidil Haram ke Baitul Maqdis dan seterusnya ke langit dalam peristiwa Isra' Mikraj.

Semasa Baginda memberitahu ibu saudaranya akan hasratnya untuk menceritakan peristiwa Isra' Mikraj itu kepada penduduk Mekah, ibu saudaranya telah menasihati agar tidak meneruskan hasrat tersebut kerana bimbang Baginda akan dicemuh. Namun Rasulullah menegaskan "Aku tetap akan menyampaikan kepada mereka kerana ini adalah perintah Allah. Samada mereka mahu mempercayainya atau tidak, terpulanglah."

Pendirian Rasulullah ini sewajarnya kita ikuti dalam menyampaikan kebenaran Islam secara berhikmah dan bijaksana.

Malangnya apa yang berlaku hari ini amat menyedihkan. Umat Islam sendiri malu untuk menceritakan Islam kepada masyarakat. Takut dipandang serong oleh rakan, keluarga dan masyarakat bila mempraktikkan Islam pada diri seperti menutup aurat dan bertudung labuh.

Dan lebih kronik bila umat Islam sendiri mempercayai (beriman) sistem dan fahaman sekular Kristian bawaan penjajah yang memisahkan agama daripada politik. Umat Islam di negara ini tidak menyedari betapa jahatnya penjajah Inggeris yang secara 'halus dan lembut' di sebalik kemerdekaan yang diberikan kepada Tanah Melayu, rupanya jarum 'murtad' telah mula ditanam ke dalam jiwa umat Islam melalui anak didik mereka, di kalangan pemimpin Melayu UMNO beragama Islam yang menjadi pemerintah.

Bukan sekadar meneruskan sistem pemerintahan penjajah, malahan pemimpin UMNO yang mengaku Islam tanpa dipaksa dan disuruh dengan sendirinya begitu tegas mempertahankan sistem sekular ciptaan penjajah kafir laknatullah itu.

Kita lihat saja bagaimana UMNO sanggup menggunakan Polis bertindak kejam membunuh Assyahid Ustaz Ibrahim Libya dan 13 muridnya dalam Peristiwa Memali pada tahun 1985. Manakala yang lain ditangkap dan disumbat ke dalam ISA. Persoalannya, atas alasan apa mereka dibunuh? Adakah mereka penjenayah atau pengganas? Sudah tentu tidak.

Ustaz Ibrahim Libya dibunuh kerana menyeru dan mendidik masyarakat Islam di Memali agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Menjaga solat berjamaah, menutup aurat, meninggalkan amalan toghut turun-temurun, menolak sistem pemerintahan sekular dan menjadi pembela dan pejuang Islam tulen.

UMNO sebenarnya takut dengan pengaruh Ustaz Ibrahim Libya yang pantas berkembang, dan mempunyai ramai pengikut dan peminat dalam waktu singkat. Roh Islam yang dibawanya mudah diterima oleh masyarakat ekoran keikhlasan hatinya kerana Allah. Tegas dalam soal 'Aqidah. Di mana saja Assyahid berceramah, ribuan manusia akan hadir untuk mendengarnya. Tak kiralah samada di Kedah, Perlis maupun Perak.

Bermula dengan kuliah yang semakin mendapat sambutan di kalangan penduduk Memali sehinggalah ke pentas ceramah PAS, gaya penyampaian dan isi ceramahnya tetap sama, yaitu tegas dalam menyentuh soal 'Aqidah dan Perjuangan Islam.

UMNO menyedari jika dakwah dan pengaruh Ustaz Ibrahim tidak dihalang, bermakna semakin ramailah orang Melayu faham Islam, meninggalkan UMNO sekular dan menyokong PAS. Akibatnya UMNO akan kehilangan sokongan dan lebih cepat hilang kuasa pemerintahan negara.

Justeru UMNO menggunakan Polis untuk bertindak. Akhirnya, Assyahid dan 13 rakannya mati dibunuh kerana mempraktikkan hakikat Islam pada diri, keluarga dan masyarakat. Bukan kerana mereka penjenayah atau komunis.

Apa bezanya UMNO dengan Yahudi Zionis?

Dan hari ini UMNO masih terus menggunakan segala instrumen yang ada dengan kerjasama segolongan Ulama' celaka upahan mereka untuk terus mengelirukan rakyat tentang Islam. Yang paling bodoh ialah orang Melayu yang mengaku Islam tapi masih setia bersama UMNO. Dah terang-terang depan mata isteri Presiden UMNO sendiri tak menutup aurat, lepas tu boleh pulak percaya bila Presiden UMNO berbicara pasal Islam. Inilah yang dikatakan sang bahalol yang percaya dengan sang penipu.

Memang benarlah.... parti yang sesat barat akan dipimpin oleh golongan manusia yang sesat juga. Manakala pengikutnya pula terdiri dari kalangan manusia yang jahil lagi bebal.

Isu Negara Islam

Baru-baru ini, Pengerusi DAP Karpal Singh, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen II Pakatan Rakyat di Kepala Batas berkata, beliau mahu isu negara Islam segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam PRU akan datang.

Penulis melihat sikap terbuka Karpal Singh itu, yang sebelum ini dilihat begitu keras menentang hasrat PAS untuk mendirikan negara Islam, merupakan 'hadiah' daripada Allah di atas sikap konsisten Mursyidul Am TGNA selaku pemimpin tertinggi PAS dalam menjelaskan tentang keadilan Islam serta bukti pemerintahan Islam di Kelantan oleh PAS selama 20 tahun.

Ekoran saranan Karpal Singh itu, pemimpin UMNO sudah tentu terkedu dan putus urat sarafnya kerana sudah tiada ruang lagi untuk mereka mengeksploitasikan isu negara Islam bagi tujuan politik jahat dan rakus.

Sebab itulah penulis kata pemimpin UMNO memang munafiq dan kafir. Mana tak sesatnya... Mengaku Islam tapi mereka sendiri menentang Daulah Islamiyyah. Tak kafir lagikah namanya jika dengan sengaja mempertahankan sistem pemerintahan sekular Kristian dan menolak sistem pemerintahan Islam?

Manakala ahli dan penyokong UMNO pula termasuk dalam golongan fasiq, zalim atau kafir. Semua masuk Neraka Jahannam. Di sinilah bodohnya penyokong UMNO sebab tak sedar dengan undi mereka itulah, maka UMNO BN terus berkuasa sejak merdeka sehingga ke hari ini dan mengekalkan sistem pemerintahan sesat itu. Mengundi BN, bermakna redha dengan sistem pemerintahan sekular Kristian. Redha dengan kufur, bermakna kafirlah... Takkan itu pun susah nak faham. Kalau orang kata bangang, marah... tapi memang bangang. Lebih bebal dari binatang. Sebab binatang tak pernah derhaka pada Allah.

Jangan kita ingat Islam ini hanya pada solat, puasa, zakat dan haji saja. Belajarlah dari Ulama' yang haq. Bukan Ulama' celaka upahan UMNO APCO.

Wallahu'alam

Tuesday, December 21, 2010

PRU13 pada 2012

Ramai di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat begitu yakin PRU13 pada bulan Mac atau April 2011. Jangkaan ini ekoran pilihanraya DUN Sarawak pada April depan dan Najib dijangka akan membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU diadakan serentak. Namun penulis menjangkakan PRU13 hanya akan diadakan selewat-lewatnya bulan Mac 2012. Ada beberapa faktor utama yang akan diambil kira oleh Najib sebelum membubarkan Parlimen. Adalah hampir mustahil jika Najib bertindak membubarkan Parlimen pada Mac depan dalam keadaan BN terumbang-ambing. Tersilap percaturan memilih tarikh, padah besar akan menimpa. Apatah lagi bila menyedari peluang BN di Sarawak 50-50 menjelang PR negeri itu pada April depan.

Isu Kenaikan Harga

Najib dilihat agak berhati-hati bila menaikkan harga petrol, diesel, gas dan gula baru-baru ini. Media perdana yang dikuasai oleh BN turut tidak melaporkan kenaikan harga tersebut secara rasmi sebagaimana biasa. Yang mungkin membingungkan Najib bila tiada sebarang demonstrasi dibuat setakat ini oleh Pakatan Rakyat dan NGO bagi membantah kenaikan itu. Yang ada sekadar kenyataan media oleh Pakatan Rakyat. Manakala di pihak rakyat hanya diam membisu seolah-olah tak ambil pusing langsung. Situasi sebegini sudah tentu menggusarkan Najib. Adakah rakyat setuju atau akan bertindak-balas dalam PRU13 nanti?

Isu Syabas

Selain dari isu kenaikan harga, isu penyelewengan yang berlaku di dalam perjanjian konsesi antara Syarikat Air Selangor (Syabas) dengan Kerajaan Pusat semasa BN menerajui Selangor turut memeningkan kepala Najib dan pimpinan UMNO Selangor. Dan baru-baru ini ribuan rakyat berbaju merah menyertai perarakan bersama MB Khalid Ibrahim ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong berhubung penyelewengan air tersebut. Selama ini rakyat Selangor telah ditipu oleh kerajaan BN melalui syarikat kroni Syabas dengan tarif air yang menggila. Macamana air tak mahal, sebab nak bayar gaji CEO Syabas saja sebanyak RM480,000 sebulan. Setahun RM5.2 juta.

Penulis ucapkan tahniah kepada kerajaan PR Selangor yang telah bertindak tegas terhadap Syabas dengan menarik-alik lesen syarikat 'ala Yahudi' itu demi kepentingan rakyat jelata. Tidak zalimkah lagi namanya jika air ciptaan Allah untuk kegunaan seluruh makhluknya telah dijadikan sebagai bahan untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Rakyat dipaksa membayar dengan harga mahal untuk mendapatkan bekalan air bersih manakala tauke Syabas dan para pemimpin UMNO negeri hidup mewah hasil bisnes air.

Cubalah direnung sejenak jika masih ada sekelumit iman di dada.

Persempadanan Semula

Merujuk kepada tindakan karut Speaker menggantung Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang dan 4 orang Ahli Parlimen (AP) PR baru-baru ini, penulis yakin ada agenda tersembunyi bakal dilaksanakan oleh BN. Yang pasti membolehkan BN dapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dengan sokongan 5 AP Bebas. Dengan majoriti ini, maka usul Persempadanan Semula kawasan pilihanraya akan diluluskan. Dan pastinya negeri yang terlibat dengan proses persempadanan ini ialah Sabah dan Sarawak. Negeri 'fix-deposit' BN.

Justeru, Najib akan jadikan PR DUN Sarawak sebagai penanda aras bagi menentukan tarikh PRU13. Jika BN masih dominan di Sarawak, bermakna PRU13 akan disegerakan.

Jika berlaku sebaliknya, bermakna Najib masih ada tempoh bertenang untuk menyusun strategi 'menipu' yang akan menjamin BN terus menguasai Putrjaya dalam PRU13, seterusnya menyelamatkan dirinya daripada didakwa di mahkamah ekoran kes pembunuhan Altantuya. Salah satu strategi menipu ialah dengan melakukan persempadanan semula
di negeri dan kawasan kubu kuat BN.

Persoalannya, apakah Najib sanggup mempertaruhkan nasib BN dengan mengadakan PRU13 serentak dengan PR DUN Sarawak? Dengan seluruh instrumen kerajaan yang dikuasainya, sudah tentu Najib sanggup melakukan apa saja bagi memastikan kedudukannya sebagai PM selamat. SPR yang telah terbukti menjadi pecacai UMNO BN pastinya akan melakukan sesuatu yang 'luar biasa' menjelang PRU13 nanti. Kita tunggu dan lihat saja.

Tawan Putrajaya

Penulis bersetuju dengan pandangan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau menegaskan jangan terlampau obses untuk ke Putrajaya. Yang lebih utama PR perlu fokus kepada gerakerja bersepadu bagi menghadapi PRU13. Kenyataan sinis ini memang dituju kepada PKR yang mabuk kuasa.

Dalam konteks tawan Putrajaya, penulis melihat PKR terlampau mabuk dan begitu yakin sekali. Malahan Anwar sendiri tak habis-habis dengan propaganda "PR akan menawan Putrajaya dalam PRU13". "Kalau saya jadi PM, Lim Kit Siang akan dilantik sebagai TPM". Penulis tak tahulah samada Anwar sedar atau tidak bahawa kenyataan sedemikian menyebabkan rakyat semakin meluat setelah janji-janjinya sebelum ini gagal. Ditambah dengan kemelut yang berlaku dalam partinya sendiri menyebabkan sebilangan besar pengundinya mungkin lari.

Tidak keterlaluan jika boleh disebut yang PKR bakal kehilangan banyak kerusi yang dimenanginya pada PRU12 lalu. Ada beberapa sebab. Antaranya, sebahagian daripada pengundi Melayu Bumiputera yang mengundi PKR dalam PRU12 akan kembali menyokong BN ekoran hilang kepercayaan terhadap parti itu. Malah ada sumber menyebut ramai di kalangan pimpinan PKR samada di peringkat Pusat, Negeri dan Cabang akan bertindak meninggalkan parti menjelang PRU13. Pengundi India yang bangkit dalam PRU12 dijangka akan kembali semula kepada MIC setelah pengunduran Samy Vellu. Juga pendekatan kerajaan BN yang mula berlembut dengan Hindraf dilihat sebagai tindakan memujuk orang India.

Manakala pengundi PAS dan DAP dijangka kekal.

Dalam menghadapi PRU13, PR perlu fokus kepada isu yang melibatkan rakyat seluruhnya. Seperti isu kenaikan harga minyak dan gula. Isu sebegini mesti terus dihidupkan sehingga pembubaran Parlimen. Sebab salah satu 'penyakit keturunan' yang melanda rakyat khususnya Melayu dan Bumiputera ialah mudah lupa.

Betul juga kata si mamak tua tu. Melayu mudah lupa. Sebab itulah di zaman pemerintahannya, habis segala hak kepentingan orang Melayu dirampas seperti biasiswa dan tanah. Segala kekayaan negara habis dirompak untuk diri, keluarga dan kroni. Namun orang Melayu UMNO tetap setia bersama parti hapraq itu walau dah kena tipu berpuluh kali. Kesian Melayu UMNO... Apa nak buat. Itulah akibatnya jika menyokong parti sekular yang menentang Islam. Balasannya hina di dunia dan kelak di Akhirat akan dihumban ke dalam Neraka.

Hari ini telah terbukti kejayaan ANAK yang dipengerusikan oleh Mazlan Aliman telah berjaya menggoncang tiang seri Putrajaya hingga Najib dan Felda tak senang duduk. Mazlan sendiri bagitau penulis bahawa sepanjang 15 tahun beliau fokus kepada isu Felda ini dengan mengumpulkan segala maklumat yang diperlukan bagi membela nasib peneroka yang selama ini telah ditipu dan ditindas bulat-bulat.

Waima apa pun, penulis meramalkan PRU13 hanya akan diadakan selepas 8 bulan PR DUN Sarawak atau Mac 2012.

Salam4all.

Wednesday, December 15, 2010

Pembunuhan Altantuya : PM dicabar kemuka bukti

Datuk Seri Najib Razak cuba mempertahankan kerajaan BN yang dipimpinnya daripada tumbang kerana bimbang didakwa di mahkamah, terutamanya berhubung dakwaan skandal pembabitan pembunuhan perempuan Mongolia, Altantuya Shaaribuu seperti yang didedahkan dalam laman WikiLeaks, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mempersoalkan media arus perdana yang sengaja "memadam" menyiarkan dakwaan skandal berkenaan seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks.

"Sebab apa Najib mahu mempertahankan Putrajaya (kerana) takut didakwa (di mahkamah) kemudian hari... Mengapa media padam perkara (dakwaan) ini (daripada disiarkan)," katanya ketika menyampaikan ceramah di tapak pasar malam Taman Melati di Wangsa Maju malam semalam.

"Saya akan mempertahankan diri saya dan integriti saya. Saya mahu tanya Najib, adakah awak boleh mencabar Singapura agar membuktikan dakwaan itu. Itu sebabnya media Umno tidak berani melaporkan perkara itu.

"Apabila saya dituduh, saya akan melawan, tetapi apabila Najib dituduh apa beliau kata? Ini hanya perkara kecil," kata Anwar.

Dihantui Altantuya

Dalam ceramah itu, Anwar membaca petikan laporan pendedahan dalam WikiLeaks yang mendakwa masa depan Najib dihantui dengan skandal pembunuhan Altantuya.

NONEBerikutan laporan dalam laman web berkenaan, Anwar juga mencabar Najib mengemukakan bukti berhubung dakwaan tersebut.

“Adakah kamu fikir saya ini bodoh untuk memasuki perangkap apabila tahu ia perangkap? Jangan cabar saya terlalu berlebihan! Saya akan dedahkan kes pembunuhan yang telah dilakukan dan cuba ditutup rapat.”

Dalam ceramahnya juga, Anwar turut menyelar bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks bahawa pegawai perisikan Singapura dan Australia percaya beliau memang terlibat dengan perilaku dalam tuduhan liwat yang sedang dihadapinya.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh - dalam ucapannya selama kira-kira 40 minit itu - menyifatkan perkara berkenaan sebagai "fitnah" dan mencabar pemimpin kanan itu mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu.

pkr wangsa maju ceramah 141210 anwar 02"Ada bukti? Saya minta peguam saya menjawab. Ada bukti?... Lee Kuan Yew (boleh) bawa ke mahkamah (dan) jadi saksi kepada Najib di mahkamah," katanya.

Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor mendedahkan bahawa pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'."

“Wikileaks, apa bukti kamu, bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah. Saya tidak peduli, kamu fikir saya buat atau tidak. Itu bukan urusan saya. Kamu ada rakaman video atau catatan doktor, bawa ke mahkamah.

"Ia fitnah kepada saya dan saya akan mempertahankan (diri). Ada bukti, keluarkan video, keluarkan... Bawa (bukti) ke mahkamah. Saya akan mempertahankan kehormatan saya. Ini cara saya," katanya sambil mendapat sorakan daripada kira -kira 1,000 orang di ceramah berkenaan.

Kurang ajar sangat!

Selain itu, Anwar juga membaca isi kandungan seperti yang didedahkan dalam WikiLeaks yang mendakwa Najib adalah seorang yang "suka mengambil kesempatan". Beliau juga meminta Singapura supaya tidak masuk campur mengenai urusan Malaysia.

pkr wangsa maju ceramah 141210 audience"Ini bukan soal kamu... Kita (Pakatan Rakyat yang) lawan Najib.... Jaga negara kamu, jangan sombong dan (jangan) kurang ajar sangat," katanya.

Dalam ceramah itu juga, Anwar turut membidas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melahirkan rasa ragu-ragu bahawa beliau adalah sasaran 'perangkap seks oleh musuhnya'.

"Dia sudah umur 80 tahun, jangan gaduh dengan dia. Jangan kacau... Orang dah umur 80 tahun, (sepatutnya) istighfar sudahlah," sindir Anwar sambil mendapat sorakan daripada hadirin.

azlanSebelum mengakhiri ucapannya, Anwar menegaskan bahawa beliau tidak risau dengan apa yang berlaku berhubung pendedahan dakwaan yang disiarkan dalam laman WikiLeaks.

"Saya tidur masih nyenyak. Makan makanan enak. Isteri masih cantik dan setia. Alhamdulillah. Mereka mahu melemahkan kita, lagi banyak kita diserang, Alhamdulillah lagi banyak rakyat datang kepada kita.

Laungan reformasi dan takbir

"Kita ada komitmen dan keyakinan untuk membawa perubahan," katanya sambil melaungkan perkataan "reformasi dan takbir" sebanyak tiga kali yang kemudiaannya disambut oleh para hadirin.

pkr wangsa maju ceramah 141210 anwar 03Majlis ceramah malam semalam - yang bermula jam 9 malam - turut dihadiri antaranya Naib Presiden PKR Tian Chua; ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, Exco Kerajaan Selangor Teresa Kok dan Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin.


Tian Chua (bawah, kanan) dalam ceramah itu berkata, pihaknya sedang berusaha supaya laporan WikiLeaks ini dibincangkan di Dewan Rakyat. Satu usul telah dibentangkan bagi membincangkan hal berkenaan.

“Kita mahu Dewan Rakyat bincangkan laporan terhadap Anwar dan juga dakwaan terhadap Najib berkaitan dengan pembunuhan terhadap Altantunya yang juga disebutkan dalam dokumen WikiLeaks ini,” katanya.

pkr wangsa maju ceramah 141210 tian chuaSebelum itu, semua penceramah yang hadir meringkaskan ucapan mereka untuk memberi laluan kepada Anwar memberi penjelasan berhubung isu-isu semasa yang dikaitkan dengan beliau setelah polis membenarkan waktu ceramah hanya sehingga jam 10.30 malam.

Kira-kira 100 anggota polis dikerahkan untuk memantau keadaan dan seawal jam 9.15 malam, mereka mula berkeliaran di pentas mengingatkan penganjur supaya mematuhi kebenaran masa yang ditetapkan. Tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.

Semalam, peguam Anwar mengumumkan pihaknya akan menyaman Lee Kuan Yew dan juga Dr Mahathir yang berkata beliau yakin pemimpin Singapura itu tahu Anwar melakukan liwat brkenaan.

Anwar mula menjelajah ke seluruh negara mulai semalam bagi menerangkan isu yang dihadapinya itu kepada rakyat. Esok, 16 Disember, beliau dijadualkan berada di Dataran Muhibbah, Kampung Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan dalam siri Ceramah Perdananya sehinggalah berakhir di Pulau Pinang pada 19 Disember ini.

- malaysiakini

Hancurkan Kerajaan Parasit UMNO Di Sabah

PERTAMA sekali perlu dijelaskan di sini bahawa, saya bukan pengamal politik atau belum lagi menjadi pengamal politik, tetapi saya tetap mengambil peduli; bahkan setiap warga pribumi Borneo sememangnya wajar mengambil peduli tentang akibat neraka kehancuran politik yang ditimpakan oleh pengamal politik Melayu UMNO dan barua-baruanya ke atas ketahanan peradaban waktu muka North Borneo (Sabah) hatta abadi.

Lantaran itu, sebagaimana yang pernah saya sentuh dalam siri paradigma yang lepas bahawa, wilayah Sabah di awal tahun 1970-an, sah pernah membentuk atau melahirkan sebuah kerajaan yang begitu berjaya memimpin atau mengemudi Sabah menjadi sebuah wilayah yang paling maju di Malaysia, sehingga kemajuan dan kemewahannya melimpah ke Sarawak melalui pembiayaan pendidikan kepada pelajar-pelajarnya dalam bentuk biasiswa Yayasan Sabah.

Walau bagaimanapun, kerajaan (parti USNO) yang saya maksudkan tidak bertahan lama, kerana dimangsakan atau dikuburkan oleh percanggahan atau pro dan kontra warga Sabah melalui pengwujudan parti politik (parti Berjaya), yang sengaja diwujudkan atau ditaja pengwujudannya oleh pimpinan melayu UMNO demi kepentingan politik jangka panjang mereka di bumi Sabah gamaknya.

Justeru, kemuncak akibat pengwujudan parti Berjaya tajaan melayu UMNO tidak lain, melainkan dalam tempoh yang singkat sahaja percanggahan atau pro dan kontra warga Sabah seakan mustahil dapat didamaikan untuk diyakinkan, bahawa sanya pengwujudan parti Berjaya untuk Sabah sebenarnya berintipatikan muslihat terkotor peringkat tinggi Melayu UMNO yang amat berbahaya bagi kelangsungan kemajuan Sabah.

Namun begitu, sebilangan besar warga Sabah tidak mempercayainya atau telah mengabaikannya, lantas warga Sabah begitu gembira atau dilanda tsunami kegembiraan dengan mengadakan pesta besar-besaran bagi meraihkan kekalahan parti USNO di tangan parti Berjaya tajaan Melayu UMNO.

Bahkan, gelombang tsunami kegembiraan warga Sabah di atas kehandalan parti Berjaya mengalahkan parti USNO juga, telah disusuli dengan pesta berganda berikutnya, tatkala Labuan diserahkan kepada Melayu UMNO untuk dijadikan Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984, yang dianggap pula oleh pimpinan Melayu UMNO sebagai pengorbanan besar kerajaan Sabah (parti Berjaya) terhadap Melayu UMNO lantaran sanggup mengenepikan kepentingan warga Sabah dengan menyerahkan Labuan kepada Wilayah Persekutuan demi kepentingan warga Malaysia (sebenarnya warga Malaya) apa nama kononnya.

Dengan ungkapan lain, kuasa kerajaan Sabah di bawah pimpinan parti Berjaya, yang berketuakan ‘Harris Salleh Alpakistani’ memang sah hanya boneka kepada ‘Mamak Mahathir Mohamad Iskandar Kutty’ yang berselindung disebalik parti Melayu UMNO gamaknya.

Tegasnya, parti Berjaya adalah sebuah kerajaan yang dipaksakan secara penipuan mendalam dengan muslihat terjijik ke atas jiwa dan minda warga Sabah oleh para gerombolan Melayu UMNO sebagai sarjana agung dalam berbohong. Justeru, secara benarnya, parti Berjaya adalah sebuah instrumen pengembaraan politik busuk untuk warga Sabah menuju ke muara kemiskinan dan kehinaan terkutuk yang berpanjangan hatta kini.

Sesungguhnya, sebuah impian untuk membangun dan memajukan sesebuah wilayah tidaklah semudah menyebutnya. Tetapi, sebelum pengwujudan parti Berjaya di Sabah yang ditaja oleh Melayu UMNO, betapa Sabah pernah sampai dikemuncak kemajuan dan kegemilangannya sebagai sebuah wilayah yang kaya dan mewah, justeru Sabah yang termaju di seantero Malaysia.

Yang demikian, di kala Sabah sebagai sebuah wilayah yang gemilang dan begitu mewah di zaman kerajaan parti USNO, maka apakah lagi yang hendak warga Sabah inginkan sebenarnya? Atau, kerajaan dalam bentuk orientasi pimpinan bagaimanakah lagi yang warga Sabah mahukan sebenarnya?

Lantarannya, warga Sabah tergamak melahap umpan beracun yang dipasang oleh Melayu UMNO, melalui jorannya parti Berjaya untuk meranapkan parti USNO!

Sesudah warga Sabah melahap umpan beracun Melayu UMNO yang dipasang melalui jorannya parti Berjaya, disamping membungkus dan memnyumbat parti USNO di kolam najis kekalahan demi kekalahan, akhirnya hari ini dan sekarang, standard apakah yang warga Sabah dapat, selain bangkai busuk kemiskinan dan kehinaan?

Sebagaimana hari ini dan sekarang, Sabah tercampak atau memang sengaja dicampak di lembah gaung dan longkang wilayah bangsat yang termiskin dan terhina di seantero Malaysia oleh pimpinan Melayu UMNO dan barua-baruanya. Justeru, yang tinggal untuk warga Sabah hanyalah mata putih berbekalkan pepatah purba ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’ gamaknya.

Oleh yang demikian, betapa penyerahan atau penghambaan jiwa dan minda warga Sabah kepada Melayu UMNO selama ini dan mungkin berikutnya, bukanlah buah yang bagus dari realiti idea yang bermoral tinggi untuk warga Sabah; dan lagi, bukan juga sebagai gambaran jatidiri dari realiti kewarasan agung bermasyarakat dan bernegara, sebagaimana yang telah dicadangkan dalam intipati Perjanjian 20 Perkara yang menjadi imej autonomi Sabah dalam gagasan Malaysia.

Sebaliknya, realiti warga Sabah kini bukan lagi seakan, bahkan memang pun sahih sedang mempersembahkan sebuah pengakuan mendalam, bahawa secara majoritinya masih belum memahami hakikat kekuatan fungsi kuasanya, dalam konteks sebuah negara bersekutu yang berprinsip demokrasi, bahawa sanya kuasa undi atau kuasa mengangkat pemimpin politik ditangannya cukup kuat untuk menghapuskan atau meranapkan kepembohongan dan kepenipuan melampau lawan, iaitu Melayu UMNO yang hanya berpura-pura bersifat kawan ke dalam longkang kekalahan dan keranapan di persada demokrasi.

Lantas, di sinilah terletaknya amanah dan tanggungjawab besar pasukan cendekiawan Sabah, untuk memberi kesedaran dan keinsafan jitu secara serius dan dedikasi kepada seluruh warga Sabah, agar tidak selamanya boleh diperbebal atau dipertolol oleh para gerombolan panglima dubur keris bersilang atas nama Melayu UMNO (United Malays National Organisation) atau Melayu BN (Barisan National) sebagai sarjana agung dalam berbohong gamaknya.

Justeru, jika hanya seorang warga Sabah yang diperjahil oleh Melayu UMNO itu mungkin perkara biasa, jika seluruh pimpinan parti-parti politik bersifat tempatan Sabah diperjahil oleh Melayu UMNO itu sudah luar biasa, tetapi jika seluruh warga Sabah diperjahil oleh Melayu UMNO itu sudah melampau, dan jawapan tegas yang dinamik dan komprehensif adalah kebangkitan holistik warga Sabah, ke arah menghapuskan sama sekali parti Melayu UMNO dan semua parti yang bersifat Malaya serta proksi-proksi yang tergamak menjadi penjilat dan talibarutnya.

Dan tidak syak lagi, bahawa ianya merupakan eka cabaran terbesar bagi warga Sabah untuk membasmi mereka (Melayu UMNO dan talibarutnya) sebagai kerajaan di Sabah hingga ke akar-akarnya secepat mungkin dari muka bumi Sabah dan lagi, demikianlah sebenarnya sifat dan hakikat kedaulatan Negara Sabah yang dimaksudkan atau diinginkan oleh intipati ‘Perjanjian 20 Perkara’ sebagai pokok yang menjadi pagar emas dalam konteks pembentukan Malaysia.

Sesungguhnya kerajaan bukan hanya sebagai wakil rasmi masyarakat dalam usaha mengemudi perihal negara di peringkat tempatan mahupun antarabangsa, tetapi juga yang lebih penting lagi adalah, yang berhubung dengan ketelusan dan kecekapan mengurus tadbir sumber ekonomi negara demi kebajikan semula bersama masyarkat.

Dalam lukisan kasar amanah dan tanggungjawab kepemimpinan seorang pemimpin mengaturcara sumber ekonomi negara, demi kebajikan semula bersama masyarakat, justeru masyarakat berhak menghancurkan kuasa kerajaan Melayu UMNO dan barua-baruanya yang diangkat menjadi pemimpin, tetapi menyeleweng dengan hidup hanya sebagai parasit.

Betapa pemimpin atau pimpinan Melayu UMNO dan talibarutnya yang hanya sarat dengan pelbagai tingkah laku durjana laksana parasit, bukan sahaja membebankan masyarakat, bahkan akan mengotorkan kelangsungan sejarah murni negara bangsa Borneo, khususnya yang berhubung dengan perjanjian 20 perkara sebagai otak dan asas kedaulatan Sabah dalam konteks gagasan pembentukan Malaysia, atau dengan ungkapan lain, cabaran kedaulatan Perjanjian 20 Perkara tidak mungkin menjadi kenyataan untuk kekal hanya sebagai bayang-bayang tanpa keberanian impian bersepadu segenap jiwa dan raga warga Sabah untuk menggapainya.

- sabahkini

Tuesday, December 14, 2010

Kafir walau masih bersolat

Sebagai Muslim yang mengucap kalimah Syahadah, apakah kita dibenarkan berkiblat atau beriman dengan pelbagai fahaman, doktrin ataupun fikrah selain daripada Islam? Sudah tentu tidak. Hatta meragui mana-mana daripada sistem Islam itu sendiri boleh menyebabkan jatuh kafir.

Ungkapan seperti "Bolehkah Islam memerintah" atau "Hudud tak sesuai dilaksanakan dalam negara masyarakat majmuk" atau "Tiada politik dalam Islam" atau "Kalau ikut Islam nanti jadi mundur" atau "Kalau laksana Hudud nanti ramai yang kudung tangan" biasa didengar keluar daripada mulut pemimpin politik munafiq dan para pengikutnya yang bebal. Kata-kata sebegini tanpa disedari boleh menyebabkan terkeluar daripada Islam. Na'uzubillah...

Dalam konteks Malaysia, kenapa majoriti umat Islam masih berdegil dan enggan menjadi pendokong ke arah tertegaknya Daulah Islamiyyah di tanahair tercinta. Di manakah iman dan minda yang waras hingga boleh percaya dengan sistem sekular Kristian ciptaan penjajah Inggeris.

Ke mana perginya pengakuan "Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammad Rasulullah" tapi dalam waktu yang sama menafikan hak Allah (Undang-Undang Islam) daripada terlaksana dalam negara. Juga menafikan kerasulan Muhammad bila kita enggan menuruti jejak langkah Baginda (Sunnah).

Mungkin selama ini umat Islam yang menyokong kerajaan toghut sekular menyangka dengan hanya mengucap kalimah Syahadah sudah memadai dan menjamin mereka sebagai Muslim dan akan masuk Syurga kelak. Mudah sangatlah kalau begitu.

Perlu diingat 'Aqidah Islam itu terbahagi kepada Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah. Di sudut Rububiyyah, semua umat manusia termasuk golongan kafir sendiri mengakui bahawa Allah adalah Tuhan. Malangnya di sudut Uluhiyyah, mereka menjadikan berhala, bintang, matahari, api sebagai sembahan selain daripada Allah.

Dan yang lebih kejam dan zalim lagi bila golongan Yahudi mendakwa Uzair anak Allah manakala Nasrani pula mempercayai Isa putera Allah.

Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sangkakan.

Dan perlu difahami oleh umat Islam bahawa soal yang berhubung-kait dengan politik pemerintahan, perlaksanaan Hukum Al-Qur'an dan menegakkan Daulah Islamiyyah adalah termasuk dalam bab Tauhid Uluhiyyah.

Justeru mana-mana umat Islam yang mendokong perlaksanaan sistem toghut ciptaan manusia (sekular, komunis, sosialis dsb) dalam sesebuah negara, maka serupalah mereka dengan golongan kafir yang menyembah berhala, api dan seumpamanya. Sebabnya?

Sebab mereka dengan sengaja menafikan hak mutlak Allah sebagai pemerintah alam semesta ini. Bumi yang kita diami ini adalah milik kepunyaan-Nya secara mutlak. Bermakna kita sebagai Khalifah di mukabumi ini hanya wajib melaksanakan saja segala sistem-Nya yang telah termaktub dalam Al-Qur'an dan telah dipraktikkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W di Madinah.

Nak mudah faham lagi, begini.

Bila kita terus menyokong kerajaan sekular UMNO BN yang sedia ada, maknanya kita terus redha dengan perlaksanaan sistem dan undang-undang sekular ciptaan manusia. Redha ertinya setuju. Bila dah setuju, ertinya kita mengiktiraf bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam. Dalam erti kata lain, kita telah mengambil manusia sebagai tuhan selain daripada Allah dalam persoalan hukum.

Dalam konteks ini, Almarhum Prof Dr Hamka telah menafsirkan ayat 159 dalam Surah Al-An'am sebagai "Barangsiapa yang meyakini bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam, maka kafirlah mereka walau masih bersolat."

Dalam menyentuh persoalan 'Aqidah, kita wajib tahu apakah perkara-perkara yang boleh merosakkannya. Malangnya hari ini umat Islam tanahair ambil mudah saja soal politik pemerintahan. Senario ini berlaku ekoran doktrin sesat sekular Kristian yang telah sebati dalam jiwa mereka hingga berani melahirkan keyakinan yang menyebut bahawa "Politik lain, agama lain". Tanpa sedar mereka telah dimurtadkan oleh penjajah sejak sekian lama walau masih bersolat.

Mereka lupa bagaimana golongan Yahudi dan Nasrani telah merancang lebih 500 tahun untuk menjatuhkan Pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah Turki. Selepas sistem Khilafah berjaya dihapuskan, Turki telah menjadi negara sekular di bawah pemerintahan anak didik Yahudi, Mustafa Kamal Ataturk.

Apa jadi dengan Turki selepas itu?

Segalanya rosak dan musnah. Majoriti rakyat Turki berjaya disekularkan oleh Kamal Ataturk dalam waktu yang singkat. Seluruh Ulama' dan Tok Guru Pondok ditangkap, dipenjara dan dibunuh. Semua sekolah agama ditutup. Sistem pendidikan Islam dihapuskan. Rakyat dihidangkan dengan pelbagai jenis hiburan yang melalaikan. Pawagam diarah menayangkan filem-filem lucah secara percuma. Pelbagai jenis pesta yang menghidangkan arak dan perempuan percuma dianjurkan oleh kerajaan Ataturk di seluruh pelusuk Turki. Wanita diarahkan membuka aurat. Larangan memakai tudung dan kupiah dikuatkuasakan.

Sedarkah kita apa yang berlaku dalam negara hari ini menyamai apa yang berlaku di zaman pemerintahan Kamal Ataturk dulu?

Ingatlah... setiap tangan yang mengundi UBN dalam PRU13 kelak akan membawa ke Neraka.

Hanya menyampaikan kebenaran.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger