Wednesday, June 3, 2009

Stadium Runtuh - Satu Lagi Bukti Penyelewengan !

Bak kata pepatah, kalau dah terlampau busuk macam bangkai, ditutup macamana pun pasti terbau juga pekongnya. Itulah UMNO dan para pemimpinnya. Tidak keterlaluan jika boleh disebut di sini yang para pemimpin UMNO yang sedang memerintah negara dan yang juga mengetuai negeri terdiri dari golongan manusia durjana yang hanya mementingkan diri sendiri. Bagi mereka diri, keluarga dan kroni mesti diutamakan. Rakyat marhain khususnya bangsa Melayu tak perlu diendahkan kerana mereka boleh dipujuk menjelang pilihanraya dengan sedikit wang, beras, gula dan kain batik. Pemimpin UMNO sudah masak sangat dengan sikap dan perangai bangsa Melayu yang mudah digula-gulakan.

Minda dan fikrah bangsa Melayu sudah sebati dengan doktrin "Hanya UMNO Saja Boleh Memerintah" dan "UMNO Pembela Melayu". Fahaman khurafat ini masih menjadi pegangan 60% masyarakat Melayu dalam negara.

Bagi mereka apa selagi kuasa ada di tangan, maka selagi itulah peluang digunakan sebaik mungkin untuk menimbun kekayaan. Setiap projek yang telah dan akan dilaksanakan bukanlah mengambil kira kepentingan rakyat tetapi sebaliknya segaja diwujudkan bagi 'merompak' wang rakyat. Inilah cara mereka mengumpul harta kekayaan untuk diri, keluarga dan kroni. Nak rompak secara 'direct' tak patut pulak. Nampak sangat jahatnya.

Semua orang dah tahu cara orang UMNO buat duit. Cipta projek yang bukan-bukan, kemudian lantik kontraktor dan negotiate. Tak dinafikan sebahagian projek yang dilaksanakan memang untuk kemudahan awam tetapi tetap dijadikan sebagai 'jambatan' nak songlap duit. Contohnya, jika nilai sebenar sebuah projek jambatan bernilai RM35 juta. Kontraktor yang dilantik diminta bersetuju dengan harga 'make-up" RM50 juta. Nilai RM15 juta yang dinaikkan itu adalah untuk para penyamun UMNO. Inilah yang berlaku sejak zaman Mahathir lagi.

Kita tak pernah lupa bagaimana Mahathir menyuruh anaknya Mirzan yang mengalami kerugian RM 400 juta dalam syarikat perkapalannya pergi menemui Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan ketika itu. Mahathir ingat Anwar setuju untuk menggunakan wang perbendaharaan bagi melangsaikan hutang anaknya tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Inilah punca Anwar difitnah dan dipecat pada 8 September 1998.

Cuba kita tanya pada seluruh Kontraktor Kelas F yang membuat makmal komputer di seluruh negara. Kenapa makmal yang telah siap dibina beberapa bulan boleh runtuh. Nasib baiklah sewaktu berlaku kejadian tersebut tiada para pelajar di dalamnya.

Nah! Sekarang giliran stadium pulak. Apa yang berlaku ini adalah di atas kehendak Allah SWT. Yang pasti akan terbongkar lagi satu bukti penyelewengan dalam pentadbiran Idris Jusoh (mantan MB Terengganu) apabila pagi tadi kira-kira jam 7.30 bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak runtuh. Nasib baiklah tiada nyawa yang terkorban. Bayangkanlah jika kejadian ini berlaku sewaktu SUKMA. Berapa ramai nyawa rakyat yang akan melayang ?

Kita cabar pihak JKR dan BPR buat siasatan secara adil dan terperinci. Jangan disembunyikan sebarang fakta yang diperolehi. Dakwa pihak yang bersalah. Sila siasat semua pihak yang terbabit. Arkitek yang design, Jurutera JKR yang meluluskan bangunan ini, kontraktor yang teribat, pegawai Majlis Bandaran, Idris Jusoh dan pihak-pihak yang terbabit secara langsung dari awal pembinaan stadium ini sehinggalah siap sepenuhnya.

Rasuah, rasuah dan rasuah... Itulah UMNO. Parti Kebangsatan Melayu Bersatu.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger