Wednesday, August 31, 2011

Undi Mempunyai Nilai Besar Dalam Islam

Selama ini umat Islam tanahair beranggapan undi mereka dalam pilihanraya langsung tiada kena mengena dengan kehidupan selepas mati. Dan biasa kita dengar daripada mulut orang Islam yang menyebut "Mana ada politik dalam Islam. Zaman Rasulullah pun mana ada pilihanraya. Apa salahnya kami nak undi BN. Kalau pemimpin atasan buat jahat, rasuah, menipu dan menyeleweng, itu mereka punya pasal sebab takde kena mengena pun dengan kami..." Bagi menjawab kekeliruan ini, penulis ingin kemukakan hujjah para Ulama' Muktabar berkaitan kepentingan undi pilihanraya di sisi Islam.

Seseorang mungkin menyangka bahawa manalah ada kaitan antara undi yang diberikan seseorang dalam pilihanraya dengan kedudukannya di hari Akhirat. Pilihanraya urusan politik sedangkan agama urusan di masjid. Inilah pemikiran sekular yang telah meresapi sebahagian besar umat Islam yang tidak dididik dan diajar tentang Islam yang tulen.

Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud "Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan sesuatu kalimat yang mendatangkan kemurkaan Allah padahal dia tidak terfikir, maka kerananya dia jatuh ke dalam Neraka Jahannam." (Riwayat Al Bukhari)

Baginda juga bersabda yang bermaksud " Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia tergelincir ke dalam Neraka yang jarak dalamnya antara timur dan barat." (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Sabda Baginda lagi yang bermaksud "Adakalanya seseorang kamu berucap dengan satu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaan untuknya sehingga dia bertemu Allah." (Riwayat Malik dalam Al Muwatta' dan Al Tirmizi, katanya hasan sahih)

Sufyan bin 'Uyainah menyebut "Hadith ini bermaksud kalimah di hadapan pemerintah, kalimat yang pertama (yang diredhai Allah) ialah yang menghalang kezalimannya. Kalimat yang kedua (yang dimurkai-Nya) ialah yang mendorongnya melakukan kezaliman."

Sesungguhnya undi memainkan peranan yang sama dengan sepatah kalimat, bahkan undi lebih besar dari sepatah kalimat yang membolehkan seseorang pemimpin meneruskan atau dihentikan kezalimannya. Dengan itu, undi yang dilakukan oleh seseorang dalam negara demokrasi ini akan diperhitungkan Allah pada hari Akhirat kelak. Hendaklah seseorang Muslim membuat perhitungan yang betul dalam hal ini.

Muslim Sensitif Dengan Kezaliman

Seseorang Muslim hidupnya berdaulat dan merdeka. Mempunyai kekuatan menilai dan membenci kezaliman serta kejahatan. Rasulullah S.A.W. telah mendidik para Sahabat agar perasaan anti-kezaliman itu sentiasa hidup dalam diri setiap individu Muslim.

Dalam sebuah hadith yang bermaksud "Daripada Jabir, katanya : Apabila para Muhajirin Habsyah pulang ke pangkuan Rasulullah S.A.W., Baginda bersabda : Mengapa tidak kamu ceritakan kepadaku perkara-perkara pelik yang kamu telah lihat di bumi Habsyah? Kata seorang pemuda dari kalangan mereka : "Bahkan wahai Rasulullah! Suatu ketika tatakala kami sedang duduk, tiba-tiba lalu seorang wanita tua dari kalangan orang-orang tua rahib mereka. Dia membawa di atas kepalanya bekas tembikar yang berisi air. Kemudian dia melalui seorang pemuda, pemuda itu meletakkan satu tangannya di atas belakang wanita berkenaan lalu ditolaknya sehingga wanita itu tersungkur di atas lututnya dan bekas tembikar itu pecah. Apabila wanita itu bangun, dia menoleh ke arah pemuda itu dan berkata : "Wahai pengkhianat! Nanti engkau akan tahu, ketika Allah meletakkan Kursi-Nya dan dihimpunkan yang terdahulu dan terkemudian, bercakap segala tangan dan kaki di atas apa yang mereka lakukan, nanti engkau akan tahu bagaimana kedudukanmu dan aku di sisi-Nya nanti." Sabda Nabi S.A.W. : Dia benar! Dia benar!. Bagaimanakah Allah memuliakan suatu ummat yang tidak membela golongan yang lemah dari ditindas oleh golongan yang kuat." (Riwayat Ibn Majah, kata Ma'mun Syiha sanadnya sahih)

Lihatlah para Sahabat, mereka begitu sensitif bila sahaja melihat kejahatan dan penganiayaan. Terus sahaja terlekat dalam minda mereka dan membencinya. Rasulullah S.A.W. pula dalam ulasan terhadap kisah itu, membenarkan ucapan wanita itu dan menyatakan bahawa kemuliaan dan ketinggian tidak akan diberikan Allah kepada suatu ummat atau bangsa yang membiarkan orang yang kuat bermaharajalela, menindas yang lemah dan tidak berupaya. Demikian indahnya sikap masyarakat Islam yang dibentuk oleh Nabi S.A.W. Masyarakat yang hidup dan peka terhadap persekitarannya, bukan yang mati hatinya dan membiarkan apa sahaja berlaku.

Akhirnya...

Dengarlah amaran Allah terhadap golongan yang zalim. Firman Allah dalam Surah Ibrahim (14), ayat 42 - 43 yang bermaksud;

Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku). (Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).

Golongan zalim akan mengadap Allah dengan kemurkaan-Nya. Demikian juga para pengikut dan penyokong mereka juga akan dihadapkan atas jenayah sokongan terhadap kezaliman. Oleh itu, bertaubatlah jika anda pernah menyokong golongan yang zalim, samada dengan suara, perbuatan atau undi anda. Janganlah diulangi kemungkaran ini di kala kezaliman kelihatan sangat jelas dan nyata di hadapan mata kita.

... lanjutan dari artikel Wajib Baca! Haram Menyokong UMNO

Jazakallah.

Monday, August 29, 2011

PM’s approval rating declines to 59% - Merdeka Center

BANGI – The prime minister’s approval rating has taken a dip as found in the opinion poll released by Merdeka Center for Opinion Research today. 59% of the Malaysians polled said that they were satisfied with Prime Minister Najib Tun Razak’s performance in this survey which is 6% lower compared to 65% recorded in May 2011. Broken down into ethnic groups, the survey found 69% of Malays, 38% of Chinese and 69% of Indian respondents expressed satisfaction.

From the survey, we note that the significantly reduced approval rating may be due to the increased concerns over cost of living related matters as ordinary citizens begin to feel the impact of hikes in the price of fuel and electricity. Besides pocket book issues, the poll result also suggests some linkage with adverse public perception of how the government handled events and public discourse arising from the BERSIH 2.0 rally and other related events.

One half of Malaysians say country headed in the right direction

At the same time, the survey found that 51% of the electorate felt that the country was headed in the right direction down slightly from 54% in May 2011.

With respect to issues, the survey found that the public’s topmost concern remained the economy mentioned by an aggregate comprising 38% of respondents, followed by concerns over social problems at 10%. Worries over political related matters ranked third at 9% of the public mindscape, while concerns over public safety and crime stood at 7%.

Majority welcome electoral reform proposals

Close to half (49%) of the respondents claimed they understood about the demands of BERSIH 2.0, the banned coalition of non-government organizations demanding for free and fair electio in Malaysia. 39% of respondents expressed satisfaction with the way government handled the issues regarding BERSIH, while 48% of the respondents were dissatisfied.

When queried on some of the reforms proposed by BERSIH, the survey found more than twothirds of all respondents expressed agreement with some of the demands as noted below :

The Peninsular Malaysia wide telephone survey of 1,027 randomly selected Malaysian registered voters aged 21 and above was carried out between 11th – 27th August 2011. Respondents were selected using the random, stratified sampling method and structured along the national electorate profile and specifically proportional to gender, ethnicity, age groups and state of residence.

Merdeka Center
News Release
August 29, 2011

Umat Islam sambut 'Idilfitri esok

Seluruh umat Islam akan menyambut 'Idilfitri (hari kemenangan) pada hari esok, Selasa 30 Ogos 2011. Mudah-mudahan ibadah puasa kita tahun ini diterima oleh Allah dan diampuni segala dosa-dosa lalu. Diharap dengan ketibaan hari lebaran tahun ini akan membuka lembaran baru dalam hidup ini dengan melakukan hijrah daripada kegelapan jahiliyyah menuju kepada cahaya kebenaran Islam.

Penulis mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya 'Idilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Penulis juga memohon maaf sekiranya ada tulisan-tulisan di dalam blog ni yang menyinggung perasaan pembaca. Terus-terang blog monazmuslim ini diwujudkan hanya semata-mata mahu menyatakan kebenaran, menentang kezaliman dan toghut UMNO.

Tidak dinafikan kadang-kadang memang pahit untuk menyatakan yang haq namun ianya memang dah menjadi kewajipan bagi setiap individu Muslim. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud "Sampaikanlah daripada aku walau sepotong ayat."

Selamat Hari Raya 'Idilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Iklhas daripada penulis seisi keluarga.

Komunis : Utusan bohong, Mat Sabu akan saman

KANGAR, 29 Ogos: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.

Mohamad Sabu dalam sidang medianya di Komplek PAS Perlis hari ini

"Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali," kata Mohamad Sabu kepada Harakahdaily.

Mohamad Sabu berkata, beliau mengambil masa untuk menjawab isu itu kerana ingin mengenalpasti apa yang beliau katakan dengan tepat dalam ceramah itu.

"Saya tidak katapun Mat Indera itu Komunis, saya tidak sebut pun nama beberapa-beberapa Cina yang dilaporkan dalam akhbar itu bahkan selepas membaca laporan akhbar Umno itu baru saya tahu nama mereka," jelas Mohamad Sabu yang juga membuat sidang media khas di sini hari ini mengenainya.

Akhbar itu pula, kata Mohamad, hanya menyiarkan laporan mengenai ceramahnya di Pulau Pinang itu selepas semingggu.

"Saya ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap, jadi saya tunggu rakaman itu dan pagi ini saya mendengarnya," kata Mohamad.

Utusan dan pemimpin Umno menyerang Mohamad Sabu dengan tuduhan kononnya beliau menghina para polis Bukit Kepong dan membela Komunis yang menyerang balai polis itu.

Peristiwa Bukit Kepong terkenal kerana ia telah difilemkan oleh Datuk Jins Samsudin dengan filem berjodol Bukit Kepong.

Rakaman video Mohamad Sabu ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor baru-baru ini sampai ke tangan wartawan Harakah Pulau Pinang semalam.

Video itu kemudiannya disampaikan terus kepada Mohamad petang semalam dan ia dilihat beliau pagi tadi.

Rakaman yang diperolehi daripada seorang peminat tokoh nombor dua PAS itu dan diberikan kepada Mohamad yang hadir pada majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Kuala Bekah, Penaga bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng petang semalam.

Mohamad dalam kenyataannya sebelum ini menegaskan akan meneliti terlebih dahulu ucapannya dalam rakaman berkenaan dan sekiranya didapati Utusan Malaysia sengaja menokoh tambah cerita yang bukan-bukan, maka tindakan undang-undang akan diambil.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Saya seolah sokong Komunis

"Berikutan dengan penyiaran berita itu, Radio dan Televisyen Malaysia serta TV3 terus menyiarkan dan membuat ulasan terhadap berita Utusan Malaysia itu, seolah-olah saya adalah penyokong perjuangan komunis bahkan saya adalah bapa komunis yang sebenar.

"Beberapa akhbar dan laman blog meminta komen saya terhadap kecaman pelbagai pihak terhadap saya dan saya memberitahu mereka bahawa saya akan membuat pendirian apabila saya mendengar kembali ucapan saya tersebut kerana berita Utusan Malaysia tersebut hanya disiarkan seminggu selepas tarikh ceramah.

"Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan berita muka depan dan muka 5 Utusan Malaysia, serta kecaman-kecaman yang berterusan disiarkan Utusan Malaysia bertarikh 28 Ogos, maka saya dapati Utusan Malaysia telah memutar belit dan menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan parti saya (PAS)," jelasnya pada sidang media yang diadakan di Kompleks PAS Perlis hari ini.

Ketika ditanya media tentang ucapannya, Mohamad berkata beliau tidak pernahpun menyebut Mat Indera itu sebagai seorang komunis sepertimana yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia.

"Selepas mendengar balik ucapan saya itu, didapati saya berlaku percanggahan dengan berita yang disiarkan Utusan Malaysia. Malah saya sendiri tak pernah dengarpun nama Goh Pen Tun seperti yang disiarkan.

"Berita itu telah ditokok-tambah sehingga menimbulkan kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan difitnah di atas penyiaran berita oleh Utusan Malaysia itu," jelasnya.

Mengulas lanjut isu ini, Mohamad berkata penyiaran berita seumpama ini adalah suatu taktik parti pemerintah dengan menggunakan media arus perdana untuk mengalihkan isu sebenar yang lebih besar seperti kepincangan sistem pilihanraya di negara ini.

"Saya tak nampak sangat penyiaran berita ini bertujuan untuk menjatuhkan saya mahupun PAS, tetapi yang lebih besarnya mereka telah digunakan untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari isu Suruhanjaya Pilihanraya, isu pendatang asing sebagai pengundi serta pembongkaran PAS dan Bersih tentang kotornya daftar pemilih di negara ini.

"Ini yang mereka cuba alihkan dari pandangan orang ramai khususnnya sokonganorang-orang Melayu. Jadi mereka guna ucapan saya yang telah diselewengkan itu untuk mengalihkan isu yang lebih besar," jelasnya lagi. - harakhdaily

Memang dasar akhbar munafiq

Dua hari lalu, akhbar munafiq milik UMNO laknatullah, Utusan Melayu, mendakwa Timbalan Presiden PAS berkata pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar.

Hari ini Mat Sabu berkata laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu mengenai ceramahnya di di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS".

"Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan laporan muka depan dan muka lima Utusan (27 Ogos) dan kecaman berterusan akhbar (itu) bertarikh 28 Ogos, saya dapati Utusan telah memutar belit (dan) menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan PAS," katanya pada sidang media di Kompleks PAS Perlis hari ini.

Dalam laporan berkenaan, akhbar milik Umno itu mendakwa pemimpin kanan PAS tersebut berkata pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar.

"Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali," katanya.

Akhbar itu pula, kata Mohamad, hanya menyiarkan laporan mengenai ceramahnya di Pulau Pinang itu selepas semingggu.

"Saya ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap, jadi saya tunggu rakaman itu dan pagi ini saya mendengarnya," kata Mohamad.
Sehubungan itu, Mohamad berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya bagi mengheret Utusan ke mahkamah kerana membuat pembohongan terhadapnya.

"Pembohongan yang dilakukan dan reka cerita yang ditambah, sehingga menimbul kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan difitnah atas berita Utusan," katanya.

Arahan selanjutnya

Menurutnya, beliau akan bertemu dengan peguamnya selepas sambutan Aidilfitri untuk memberikan arahan selanjutnya berhubung perkara berkenaan.

Utusan dalam laporan muka depannya kelmarin menyiarkan Mohamad juga mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Mingguan Malaysia semalam pula menyiarkan berita yang memetik reaksi pelbagai pihak mengecam Mohamad yang kebih dikenali sebagai Mat Sabu. Mereka termasuk penerima Pingat Gagah Berani (PGB) dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), bekas pegawai waran 1 Kanang anak Langkau.

Kanang dipetik sebagai berkata Mat Sabu tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi di negara ini dan menganggap timbalan presiden PAS itu sebagai "watak penghasut yang sewajarnya dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)".

Utusan turut memperhebatkan gesaan supaya tindakan ISA dikenakan ke atas Mat Sabu dalam edisinya hari ini.

Antara yang diwawancara yang menggesa ISA digunakan ke atas timbalan presiden PAS itu, termasuk, daripada anak kepada Ketua Balai Polis Bukit Kepong, Sarjan Jamil Md Shah yang terbunuh - Ahmad Jamil dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Tak tahu langsung

Mohamad berkata, selepas mendengar kembali rakaman ucapannya itu, beliau "tidak menyebut langsung nama Mohamad Indera sebagai komunis".

"Bahkan ketua penyerang Goh Peng Tun, saya tidak tahu langsung nama itu sehingga saya membaca Utusan Malaysia.

"Ini dua contoh rekaan Utusan untuk memfitnah saya," katanya, sambil menegaskan lagi, bahawa beliau tidak pernah kenal Goh Peng Tun dan tidak pernah menyebut nama Muhamad Indera sebagai komunis dalam ceramah itu.

"Berikutan dengan penyiaran berita itu, Radio dan Televisyen Malaysia serta TV3 terus menyiarkan dan membuat ulasan terhadap berita Utusan Malaysia itu, seolah-olah saya adalah penyokong perjuangan komunis bahkan saya adalah bapa komunis yang sebenar," katanya lagi.

Rentetan laporan media-media milik Umno itu, pelbagai pihak terutamanya bekas-bekas perajurit dan ahli keluarga mangsa Bukit Kepong menyelar Mohamad dan menuntut orang nombor dua PAS itu meminta maaf secara terbuka serta didakwa di bawah Akta Hasutan.

Tidak terkecuali mengutuknya ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap pemimpin kanan PAS itu buta sejarah serta mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan tanah air.

Mengulas lanjut isu ini, Mohamad berkata penyiaran berita seumpama itu adalah taktik parti pemerintah dengan menggunakan media arus perdana untuk mengalihkan isu sebenar yang lebih besar seperti kepincangan sistem pilihan raya di negara ini.

"Saya tak nampak sangat penyiaran berita ini bertujuan untuk menjatuhkan saya mahupun PAS, tetapi yang lebih besarnya mereka telah digunakan untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari isu Suruhanjaya Pilihan Raya, isu pendatang asing sebagai pengundi serta pembongkaran PAS dan BERSIH tentang kotornya daftar pemilih di negara ini.

"Ini yang mereka cuba alihkan dari pandangan orang ramai khususnnya sokonganorang-orang Melayu. Jadi mereka guna ucapan saya yang telah diselewengkan itu untuk mengalihkan isu yang lebih besar," katanya lagi.

Nape tak mahu kembali pada Allah dan Rasul-Nya?

Adalah wajar bagi kita umat Islam, lebih-lebih lagi di hari terakhir Ramadhan Al Mubarak ni, bermuhasabah diri apakah selama ini kita telah benar-benar menjadi seorang Muslim sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah dalam Surah Al Baqarah (2), ayat 208 yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman!, masuklah kamu ke dalam agama Islam seluruhnya(dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Apakah maksud "Masuklah kamu ke dalam agama Islam seluruhnya..."? Apa yang penulis fahami, Allah SWT memerintahkan seluruh umat Islam wajib mengimani tanpa sebarang keraguan akan seluruh isi kandungan Al Qur'an dan Sunnah serta melaksanakannya.

Dan umat Islam sendiri cukup sedar bahawa Islam itu sempurna yang meliputi seluruh aspek kehidupan di dunia hinggalah ke akhirat. Segala-galanya ada di dalamnya, termasuk politik, ekonomi, masyarakat, dakwah, antarabangsa, undang-undang jenayah, akhlak, kekeluargaan, harta pusaka, sistem kewangan dan seumpamanya.

Jika dalam soal yang kita anggap kecil seperti adab masuk dan keluar tandas pun diajar oleh Islam, apatah lagi dalam soal yang lebih besar seperti pemerintahan negara, sudah pastinya Islam telah menyediakan panduan yang selengkapnya.

Malangnya, apa yang berlaku di abad ni bila orang Islam sendiri menolak sistem pemerintahan Islam daripada dilaksanakan di tanahair sendiri. Mereka lebih percaya dengan sistem ciptaan manusia (musuh Islam) sebagai sistem pemerintahan negara yang terbukti gagal dan banyak kelemahan.

Kita lihat saja bagaimana Kesatuan Soviet Union hancur berkecai akibat sistem komunis. Begitu juga Turki yang mendapat gelaran "Negara Sakit Eropah" setelah diperintah oleh Bapa Sekular Turki, Mustapha Kamal Ataturk. Setelah jatuhnya Sistem Khilafah Uthmaniyyah, Turki dan rakyatnya terus dirosakkan dengan fahaman sesat SEKULARISMA. Kononnya mahu menjadikan Turki setanding dengan negara maju Eropah dan Barat, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Turki terus ketinggalan dalam segala aspek pembangunan infrastruktur, material dan insaniah. Yang ada hanyalah kerosakan demi kerosakan yang dilakukan oleh Kamal Ataturk laknatullah.

Selain sistem komunis dan sekular yang dijadikan dasar pemerintahan, sosialis turut tak ketinggalan menjadi pilihan beberapa orang pemimpin negara umat Islam sebagai dasar negara. Umpamanya Libya yang mengamalkan sistem dan dasar sosialis oleh Presiden Muammar Gadafi. Lihat saja apa yang melanda negara pengeluar minyak itu mutakhir ni. Soalnya mengapa tiba-tiba saja rakyat Libya boleh bangkit memberontak menentang Gadafi yang telah berkuasa lebih 30 tahun?

Tentunya kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir, Syria, Libya, Jordan dan beberapa buah negara umat Islam lainnya benar-benar mengejutkan pihak Eropah dan Barat. Revolusi yang bermula di Tunisia, tanpa diduga telah merebak begitu pantas ibarat virus kanser di tubuh badan. Pasti ada sebab mengapa rakyat bangkit memberontak dan menuntut perubahan menyeluruh ke atas sistem yang sedia ada. Secara umumnya, revolusi rakyat pasti meletus bila gagalnya sistem yang diguna-pakai oleh pemerintah.

Apatah lagi pemerintah itu zalim, rasuah dan menyeleweng. Bila kekayaan negara hanya berlegar di kalangan pemimpin (elit), ahli keluarga dan kroni mereka, maka hanya menunggu masa saja 'bom jangka' akan meletup. Dan itulah yang berlaku di Tunisia dan merebak ke Mesir hingga jatuhnya Presiden Ben Ali dan Mubarak.

Apa bezanya dengan Malaysia?

Serupa saja. Dan yang menjadi tanda-tanya mengapa hari ini umat Islam terus dihina, ditindas dan dizalimi oleh pemimpin negara masing-masing??? Cuba toleh sejenak ke Somalia. Betapa azabnya rakyat negara itu yang majoritinya Islam terus dilanda kemiskinan dan kebuluran ekoran perang saudara yang berlaku. Malah ramai anak-anak yang tidak berdosa mati kelaparan dan mengalami pelbagai macam penyakit sedangkan Somalia antara negara pengeluar batu permata dunia.

Untuk menjawab segala konflik permasalahan ini, kita wajib kembali kepada 2 sumber rujukan utama kita. Yaitu Al Qur'an dan Hadis.

Bukankah Allah telah mengajar kita semua bila mana berlaku perselisihan antara kamu, maka hendaklah dikembalikan kepada Allah dan Rasul-Nya. Maksudnya, kita wajib kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya. Nescaya segala masalah akan sirna dan rahmat Allah pasti turun mencurah-curah.

Berbalik kepada tanahair. Kita sendiri sedar, hari ini pelbagai macam jenis penyakit masyarakat berlaku hingga ke tahap meruncing sekali. Takde sapa menyangka, dalam diam telah hampir suku juta anak orang Islam memilih untuk murtad. Selain itu, kes zina, buang bayi, jenayah samun dan bunuh, budaya gangsterisme, black-metal yang mejoritinya melibatkan anak remaja Islam sendiri.

Segala kebejatan sosial yang berlaku hari ini memang berpunca daripada kegagalan sistem sekular yang menjadi pegangan kerajaan UMNO BN yang sedia ada. Rakyat dididik dengan budaya hedonisme, yaitu gaya hidup yang hanya mementingkan kepentingan duniawi semata-mata. Justeru, hari ini kita lihat sendiri generasi Islam semakin pupus identiti Islam mereka kerana mengikut acuan pemerintah jahat dan sesat (sekular).

Kemuncak pada kerosakan ini ialah gejala murtad yang berlaku hingga mencecah angka suku juta orang. Tak pernah kita menyangka murtad boleh berlaku dalam masyarakat Islam hari ini. Dan murtad merupakan fitnah besar yang berlaku di akhir zaman ini.

Soalnya mengapa UMNO membiarkan saja gejala murtad ni melanda walhal mereka cukup tahu secara terperinci akan statistik kes itu. Bukankah UMNO yang mengetuai kerajaan BN selama ini?


Memang merupakan satu kesesatan yang amat nyata bila mana umat Islam sendiri lebih percaya pada sistem ciptaan manusia (musuh Islam) sebagai dasar dan undang-undang negara daripada sistem Allah (Islam) sendiri. Bukan setakat tu saja malahan secara terang-terangan dan biadap boleh mempersoalkan Hukum Hudud dengan kata-kata seperti "Hukum Hudud tak sesuai dilaksanakan dalam negara kerana masyarakat majmuk" dan "Kalau laksana Hudud habislah orang Melayu kudung tangan dan tak boleh kerja cari makan".

Renung-renungkanlah sejenak. Pandanglah di luar sana apa yang berlaku dalam masyarakat dan negara mutakhir ini. Beringatlah tangan yang mengundi itu akan menjadi saksi di Akhirat. Akan dipertanggungjawab oleh Allah samada tangan itu digunakan untuk memilih pemimpin yang baik atau jahat.

Firman Allah dalam Surah Al Baqarah (2), ayat 256 - 257 yang bermaksud;

"Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Toghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya."

Sunday, August 28, 2011

Isu DUMC : UMNO masuk perangkap Cikgu Pa

Macam biasalah, sang munafiq UMNO akan menonjolkan dirinya sebagai pembela Islam bila ada isu yang menyentuh soal agama. Dulu dalam isu kalimah Allah, UMNO melalui NGO-NGO Melayunya terus buat gegak-gempita di sekitar ibu negara dengan beberapa siri demo. Ada yang melaungkan kata-kata seperti "Jangan gugat kesucian Islam jika tak mahu mandi darah", "Jangan cabar kesabaran kami", "Gereja biadap" dan pelbagai ungkapan yang boleh menimbulkan ketegangan kaum dalam negara.

Dan UMNO memang cukup suka jika provokasi NGO-NGOnya disambut oleh pihak sebelah namun dalam isu itu, tiada siapa yang menyahut atau melayannya sebab cukup sedar dan faham akan tektik kotor pecah-perintah amalan parti Melayu hapraq itu. Kita masih ingat bagaimana PM Najib membuat kenyataan terbuka "Apa salahnya rakyat mahu berdemo. Biarkan, itu hak mereka" ketika isu kalimah Allah sedang panas. Dan dipanaskan lagi dengan insiden sebuah gereja dibakar.

UMNO mengharapkan agar PAS turut melenting dalam isu tersebut tapi harapan hanya tinggal harapan kerana PAS cukup arif dengan permainan kotor parti Melayu itu.

Reda isu kalimah Allah, muncul pula isu serbuan JAIS ke atas DUMC beberapa minggu lalu. Ianya jadi hangat bila 12 orang Islam dikatakan turut hadir di dalam majlis anjuran pihak gereja Katholik itu.

UMNO melihat isu DUMC itu boleh dijadikan 'modal besar' untuk meraih kembali sokongan pengundi Melayu Islam dalam PRU akan datang bila Pakatan Rakyat dilihat seolah-olah bersikap liberal dalam isu ini. Tika merasa begitu yakin isu DUMC itu boleh melonjak kembali imejnya, tiba-tiba UMNO terduduk dengan kenyataan terbuka Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustapha Ali yang mendedahkan dia ada maklumat tentang penglibatan UMNO sebagai dalang serbuan JAIS ke atas DUMC.

UMNO tentu menggelabah dengan pendedahan Cikgu Pa. Demi untuk menyembunyikan pekungnya, lalu UMNO Selangor mendesak SU Agong PAS itu segera menarik-balik kenyataan itu dan memohon maaf atau berhadapan dengan tindakan mahkamah. UMNO ingat SU Agong PAS itu takut dengan amaran. Sorrylah... Malah Cikgu Pa balas amaran itu dengan nada sinis "Kita jumpa di mahkamah. Saya akan dedahkan bukti yang ada di tangan..."

Pimpinan UMNO ingat orang lain pun macam mereka juga. Suka buat fitnah, menipu, rasuah, menyeleweng dan seumpamanya. Jadi, bila Cikgu Pa buat kenyataan begitu, lalu dianggap fitnah walhal mereka lupa pimpinan PAS tak akan mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa bukti.

Kita tunggu saja pertarungan kedua pihak dalam mahkamah nanti jika UMNO benar anak jantan. Setahu penulis, UMNO ni hanya berani cabar dan cakap dalam media saja. Kalau benar UMNO sanggup berhadapan dengan Cikgu Pa di kamar mahkamah, sila teruskan hasrat untuk menyaman pemimpin PAS itu.

Bagi penulis, UMNO telah masuk dalam perangkap yang dipasang sendiri.

Friday, August 26, 2011

Fitnah II : Anwar berjaya menjerat musuhnya

Ramai juga yang minta komen saya tentang pendirian Anwar memilih untuk membela dirinya melalui keterangan tidak bersumpah. Saya rasa elok juga saya berkongsi pendapat mengenai pendirian Anwar tersebut.

Saya akui awalnya saya juga agak terkejut dengan pendirian Anwar tersebut. Namun setelah mengikuti keterangannya tersebut saya harus akui bahawa tindakan Anwar amat amat bijak. Saya percaya pendirian itu dibuat dengan perkiraan yang mendalam dengan mengambil kira sejak awal lagi perbicaraan Anwar dilihat melanggar norma-norma atau piawaian perbicaraan yang adil . Memberi keterangan dengan tidak bersumpah sudah tentu merupakan opsyen yang terbaik untuk Anwar dalam kondisi sebegitu.

Musuh Anwar memulakan serangan di atas pendirian Anwar tersebut . Dengan nada sinis mereka memperli kononnya Anwar takut untuk disoal balas oleh pendakwaraya. Musuh beliau menyatakan Saiful lebih berani dari Anwar kerana beliau memberikan keterangan dengan bersumpah dan rela disoal balas oleh Karpal Singh. Ya, ia satu hujah yang menarik tapi malangnya hujah tersebut bertolak dari qiyas atau analogi yang tidak betul atau dalam bahasa arabnya dipanggil qiyas ma'al fariq. Mengapa?

Isu Saiful berani memberi keterangan bersumpah tidak timbul kerana sebagai saksi pendakwa , undang-undang mewajibkan beliau memberi keterangan bersumpah. Makna mudahnya Saiful tidak ada pilihan kecuali wajib memberi keterangan bersumpah. Terpaksa memberi keterangan secara bersumpah bukan indikator keberanian seseorang.

Kedudukan Anwar sebagai pihak yang dituduh berbeza dengan kedudukan Saiful. Tidak seperti Saiful undang-undang memberi Anwar tiga pilihan yang sah untuk membela diri iaitu sama ada memberi keterangan dengan sumpah ( yang boleh disoal balas ) atau memberi keterangan dengan tidak bersumpah ( yang tidak boleh disoal balas ) atau hanya berdiam diri. Hatta jika Anwar memilih untuk berdiam diri hakim tidak boleh secara automatik membuat kesimpulan bahawa Anwar bersalah kerana seorang hakim masih perlu meneliti semula keterangan pendakwa sebelum membuat keputusan.

Musuh Anwar juga berhujah bukankah keterangan bersumpah lebih kuat nilainya dan jika Anwar benar-benar tidak bersalah kenapa beliau takut untuk memberi keterangan bersumpah dan boleh disoal balas oleh pendakwa.

Sekali lagi ia hujah yang menarik tetapi malangnya hujah tersebut gagal melihat keseluruhan proses perbicaraan Anwar . Melihat pendirian Anwar yang memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah secara terpisah dengan keseluruhan proses perbicaraan Anwar bukan sahaja tidak wajar malahan secara jelas ia satu hujah yang dangkal.

Hakikatnya bagi saya kerana kepercayaan bahawa dirinya tidak bersalah mendorong Anwar mengambil pendirian tersebut. Mana-mana tertuduh yang tidak bersalah dengan mudah dijatuhkan hukuman bersalah dalam perbicaraan yang tidak adil.

Jika perbicaaraan Anwar memang dari awal mengikut piawaian perbicaraan yang adil hujah musuh Anwar itu mungkin ada keabsahannya. Namun dengan pelbagai perkara pelik dan tidak masuk akal berlaku dalam kes Anwar pendirian Anwar bukan sahaja wajar malahan amat tepat. Mari kita ambil satu contoh kepelikan dari siri-siri kepelikan yang berlaku dalam kes Anwar iaitu isu tawaran saksi saksi pendakwa kepada pasukan peguambela Anwar.

Bukankah pendakwa raya telah menawarkan kepada pihak peguambela Anwar beberapa orang saksi mereka seperti Najib , Rosmah, Musa Hassan dan beberapa orang lain. Berdasarkan prinsip undang-undang jenayah dan piawaian perbicaraan yang adil saksi-saksi pendakwa ini sewajarnya bersedia dipanggil oleh pihak pembela dan mereka juga wajar menjawab soalan-soalan peguambela apabila dipanggil untuk temubual.

Peliknya dalam kes Anwar ini saksi saksi yang ditawar oleh pendakwa ini boleh memilih untuk tidak ingin menjadi saksi pihak pembela dan tidak mahu menjawab soalan-soalan peguambela Anwar semasa sessi temubual.

Tindakan pelik saksi saksi ini malangnya timbul dari keputusan pelik Hakim yang menyatakan bahawa saksi saksi seperti Najib dan Rosmah ini boleh memilih untuk tidak menjawab soalan-soalan peguambela Anwar.
.
Keputusan Hakim tersebut menyebabkan tawaran saksi- saksi pendakwa seperti Najib dan Rosmah kepada pasukan peguambela Anwar tidak ada apa apa nilai dan hanya sia-sia dan membuang masa. Apa gunanya pendakwaraya menawar saksi-saksi mereka yang enggan bersuara dan apa gunanya pula untuk peguambela Anwar memanggil saksi-saksi yang enggan bersuara ( baca kecut untuk bersuara ).

Hakikatnya bukan Anwar yang tidak berani memberi keterangan bersumpah sebaliknya Najib, Rosmah , Musa Hassan dan Rodwan yang takut untuk memberi keterangan sama ada secara tidak bersumpah di luar mahkamah iaitu dalam sessi temubual atau secara bersumpah di dalam kandang saksi di mahkamah. Malangnnya musuh Anwar tidak nampak ironi ini. Mereka tidak habis habis 'menyalak' supaya perbicaraan disegerakan sedangkan tindakan Najib, Rosmah, Musa Hasan dan Rodwan ini antara penyumbang besar kepada kelengahan perbicaraan
.
Seperkara lagi Anwar sudah punya pengalaman memberi keterangan bersumpah sebanyak dua kali sebelum ini dan beliau amat arif permainan kotor musuhnya. Memberi keterangan bersumpah akan dikawal oleh mantra 'tidak relevan' yang akan kita dengar berulang-ulang kali seperti dua perbicaraan beliau yang terdahulu. Bayangkan jika keluar dari mulut Anwar misalnya 'ada konspirasi nak aibkan saya...tidak relevan..' macam mana TV3 boleh ada siri khas tentang Saiful' ..tidak relevan.. begitulah yang saya percaya ada di dalam pemikiran Anwar.

Memberi keterangan secara tidak bersumpah tidak boleh dikawal oleh mantra 'tidak relevan'. Anwar bebas menentukan rentak dan iramanya tanpa diganggu gendang 'tidak relevan'. Hakikatnya apa yag Anwar katakan tersebut itulah yang paling ditakuti oleh musuh-musuhnya .

Malang sungguh musuh Anwar kerana penantian mereka bahawa Anwar akan terperangkap dalam jerat mereka tidak berlaku. Yang berlaku adalah Anwar yang kini menjerat mereka dan sehingga artikel ini ditulis seluruh manusia di seantero alam kini mula menghakimi sistem kehakiman negara ini dan para aktor -aktor yang terlibat dalam perbicaraan Anwar. Syabas Anwar !

oleh Hanipa Maidin - Peguam PAS

Fitnah II : Bukti pendakwaraya tidak lengkap, diubahsuai - peguam

KUALA LUMPUR: Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa bukti yang dibawa ke mahkamah oleh pendakwa dalam kes Fitnah II sebenarnya tidak lengkap dan diubahsuai. Ia diketahui melalui saksi kelima peguam bela iaitu pakar molekul genetik, Dr Brian McDonald dari Australia.

Dr McDonald dalam keterangannya memberitahu mahkamah, calitan kapas yang diambil dari tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan sepatutnya terus diletakkan di atas slaid kaca dan diteliti di bawah mikroskop selain disimpan di dalam botol plastik oleh pegawai penyiasat.

Penelitian di bawah mikroskop itu menurut Dr McDonald, membolehkan doktor atau saintis mengetahui terus samada calitan yang diambil itu merupakan calitan air mani atau pun tidak.

Tindakan pegawai penyiasat, Jude Pereira menyimpan sampel itu di pejabatnya selama dua hari pada suhu bilik juga menimbulkan keraguan kerana ia mungkin diubahsuai dan tercemar.

Peguam kepada Anwar, Sankara Nair ketika mengulas berkata, langkah itu sepatutnya dilakukan kerana ia prosedur biasa dalam mana-mana kes serangan seksual.

Namun, katanya, dalam kes Fitnah II ini ia tidak pula dibuat.

“(Sepatutnya) boleh tengok terus, untuk tahu samada (sampel) mengandungi air mani atau tidak.

“Pada peringkat itu, ia kepunyaan siapa tidak penting kerana ia boleh diketahui kemudian.

“Di Malaysia, kita tidak lakukan perkara ini tetapi di Australia mereka buat,” kata Sankara ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kenyataannya pada sebelah petang, Dr Brian MacDonalds mempertikai kandungan DNA yang tinggi dalam sampel air mani yang dianalisa Jabatan Kimia Malaysia.

Menurutnya, sampel air mani yang berada di dalam rektum seorang lelaki selama lebih 56 jam sebelum calitan air mani itu diambil dengan putik kapas sepatutnya mempunyai kandungan DNA yang sudah merosot.

(Saiful diperiksa pada 28 Jun, 2008 – selepas lebih dua hari dari masa kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun 2008).

Ditambah pula ia disimpan selama lebih dua hari oleh pegawai penyiasat Jude Pereira di pejabatnya pada suhu bilik dan tidak disejukbeku, sampel itu sepatutnya sudah tidak boleh digunakan kerana terdapat kemungkinan ia sudah dicemari bakteria lain yang tumbuh, kata Dr MacDonald.

Ini berlawanan dengan laporan Ahli Kimia, Dr Seah Lay Hong yang mendapati terdapat banyak DNA ‘segar’ sewaktu beliau menganalisa sampel dari HKL yang diserahkan Jude Pereira.

Perkara ini, kata Sankara Nair, adalah tidak tepat dan tidak masuk akal.

Ia juga meyakinkan Sankara dan pasukannya bahawa bukti itu diubahsuai sebelum ia sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

“Kerana itu kami katakan ia (mungkin) diubahsuai. Bagaimana ia diubahsuai, kami tidak tahu tetapi kami yakin ia diubahsuai.

“(Lebih meragukan), Dr Seah sendiri sewaktu memberikan keterangan dahulu enggan memberikan penjelasan terperinci bagaimana beliau menganalisa sampel itu.

“Beliau juga enggan menerangkan bagaimana kit ujian yang digunakan,” kata Sankara. - keadilandaily

Fitnah II : Sperma Saiful dalam dubur sendiri - Pakar

KUALA LUMPUR: Hari ini masuk hari ke-5 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil membela diri dalam perbicaraan Fitnah II yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hari ini, pakar DNA, Dr Brian Mc Donald menyambung keterangannya di Mahkamah bahawa ada kemungkinan sperma pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ditemui pada duburnya sendiri.

Beliau menjelaskan perkara itu kerana Ahli Kimia yang menjalankan analisa pada sampel, Dr Seah Lay Hong, tidak menjalankan analisanya dengan betul.

Menurutnya, Dr Seah tidak mengasingkan sel-sel sperma daripada sel bukan sperma yang ditemui pada rektal pengadu, dengan mengandaikan adanya sel-sel ‘epithelial’ pada pecahan (sperma).

Semalam saksi ke empat pembela itu mempersoalkan prosedur yang dijalankan untuk menganalisa sampel DNA yang diambil dari tubuh Mohd Saiful.

Menurutnya, sampel yang sudah tercemar tidak boleh diterima sebagai bukti.

Beliau mempertikai kandungan DNA yang tinggi dalam sampel air mani yang dianalisa Jabatan Kimia Malaysia.

Ini kerana menurutnya, sampel air mani yang berada di dalam rektum seorang lelaki selama lebih 56 jam sebelum calitan air mani itu diambil dengan putik kapas sepatutnya mempunyai kandungan DNA yang sudah merosot.

Turut dibangkitkan adalah mengenai kelayakan makmal ujikaji DNA Jabatan Kimia yang tidak diakreditasi dengan pensijilan ISO17025. Sijil itu dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD). - keadilandaily

Fitnah II : Makmal DNA Jabatan Kimia tiada kelayakan antarabangsa

KUALA LUMPUR: Makmal DNA Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya hari ini didapati tidak mempunyai akreditasi antarabangsa sewaktu menganalisa sampel kes Fitnah II. Ia sekaligus menambahkan keraguan yang sedia ada terhadap laporan dari Jabatan Kimia yang digunakan pendakwa raya dalam pendakwaan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu didedahkan konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian McDonalds sewaktu memberi keterangan dari kandang saksi.

Menurutnya, mana-mana makmal yang menjalankan ujikaji ke atas DNA akan diakreditasi dengan sijil ISO17025 yang diperakui di peringkat antarabangsa.

Pensijilan ISO17025 itu pula dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).

Walau bagaimanapun, kata Dr McDonalds, pemeriksaan beliau dengan ASCLD mendapati Jabatan Kimia Malaysia pernah memohon sijil itu dari ASCLD pada Oktober 2005 kerana sijil akreditasi dahulu telah tamat.

Makmal Jabatan Kimia kemudian diberikan masa lima tahun untuk memenuhi piawaian yang perlu dipenuhi untuk mendapat akreditasi tersebut.

Namun, selepas lima tahun, Jabatan Kimia masih gagal memperolehi sijil itu dan mereka diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir bulan Oktober ini.

Peguam Anwar, Sankara Nair sewaktu masa rehat mahkamah memberitahu wartawan bahawa pendedahan ini berlawanan dengan pengakuan ahli kimia, Dr Seah Lay Hong yang mengaku makmal DNA Jabatan Kimia mempunyai akreditasi antarabangsa.

“Sekarang kita periksa, makmal ini tidak pernah mempunyai ISO17025. Sedangkan, masa kita soal balas dahulu, beliau mengaku ada,” kata Sankara Nair.

“Jadi, adakah ujian yang dijalankan menepati piawaian antarabangsa. Tentunya tidak,” kata Sankara.

Sebelum ini, mahkamah turut digemparkan bagaimana sampel DNA Anwar diambil secara tipu helah dari tubuh beliau sewaktu direman selama satu hari di lokap Bukit Aman pada 16 Julai 2008.

Polis pada waktu itu sengaja menahan Anwar untuk mendapatkan sampel rambut, DNA beliau dari botol minuman, berus gigi dan juga tuala muka.

Tidak cukup dengan itu, calitan dari tubuh pengadu, Saiful Bukhari juga tidak dikendalikan mengikut prosedur standard operasi (SOP) apabila pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira menyimpan sampel calitan itu di pejabatnya selama dua hari pada suhu bilik sebelum menyerahkannya ke Jabatan Kimia Malaysia.

Beliau juga didapati membuka botol sampel dan menandakannya semula sebelum dihantar ke makmal untuk dianalisa. - keadilandaily

Thursday, August 25, 2011

Peluk Islam setelah menemui sungai dalam laut

Firman Allah dalam Surah Al Furqan (25), ayat 53 yang bermaksud "Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya."

Jika anda orang yang gemar menonton rancangan TV Discovery, pasti kenal dengan Mr Jacques Yves Costeau, seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seluruh dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton oleh penduduk bumi.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba beliau menemui beberapa kumpulan mata air tawar lagi segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur / tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi antara keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu terus berlalu setelah menemui fenomena yang pelik itu, namun beliau masih tidak menemui sebarang teori samada di sudut saintifik maupun logika bagi menjawab bagaimana fenomena itu boleh terjadi.

Persoalan demi persoalan terus bermain di mindanya hinggalah pada satu hari beliau bertemu dengan seorang profesor muslim. Dalam pertemuan itu, beliau telah menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor Muslim itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez. Ayat itu dalam Surah Ar Rahman (55), ayat 19-20 yang bermaksud "Dia biarkan air dua lautan (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya." Kemudian dibacakan surah Al Furqan ayat 53 di atas.

Terpegun Mr Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan dalam. Dan adalah mustahil Al Qur'an ini ditulis dan disusun oleh Muhammad S.A.W. yang hidup di abad ke tujuh, yaitu di zaman belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Terbukti ianya suatu mukjizat.

Berita tentang fenomena ganjil 14 abad lalu akhirnya terbukti pada abad ke 20. Mr Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Lalu beliau mengucap Dua Kalimah Syahadah dengan sepenuh keikhlasan hati setelah menyaksikan sendiri kebenaran firman Allah di dalam lautan dalam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi lautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air. "Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah S.A.W. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Di sana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya masin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

"Maha Benar Allah Dengan Segala Firman-Nya"

Wednesday, August 24, 2011

Ancaman bunuh : Hishamuddin buat lawak bodoh

Kali ni betul-betul Menteri Pondan buat lawak bodoh untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar yang boleh menggugat kestabilan, keamanan dan keselamatan negara seperti isu pemberian MyKad segera kepada pendatang tanpa izin yang didedahkan oleh Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Sapa yang mahu peduli kalau Hishamuddin terima ancaman bunuh dan dua butir peluru hidup sebagaimana yang didedahkannya hari ini. Kalau benar ancaman itu berlaku, suruhlah Polis siasat. Bukankah PDRM dah jadi 'anjing suruhan' UMNO. Atau si laknat ni sengaja mereka-reka cerita bagi meraih simpati rakyat yang bermental kelas ketiga kot.

Terus-terang, sapa yang nak percaya dengan cakap puak-puak MUNAFIQ KABIR dalam UMNO ni berserta sekutu-sekutu iblis mereka. Sorrylah.

Kalau dalam kes fitnah liwat II tu pun boleh direka-reka dengan kerjasama Polis, Jabatan Peguam Negara dan Hakim, maka apalah sangat dengan dakwaan terima ancaman bunuhlah, pelurulah dan sebagainya. Buat saja kenyataan media dan tersebarlah di seluruh negara.

Sayugia diingat, selaku Menteri KDN dan Polis pula di bawahnya, Hishamuddin bisa saja mereka-reka cerita dan bahan bukti. Kalau tak percaya, kita tunggu saja apa kesudahannya isu ini. Ada tangkapan dibuat atau tidak... Yang pasti, isu ini mahu diperbesarkan agar rakyat menaruh syak-wasangka terhadap Pakatan Rakyat. Itu je.

Tak tahulah kalau orang lain. Tapi bagi penulis, pemimpin UMNO ni sebenarnya lebih jahat daripada Yahudi Zionis sendiri. Sejahat-jahat rejim Zionis Yahudi tapi tidak menindas bangsanya sendiri. Bila sebut nama mereka mesti disambung dengan kalimah "laknatullah".

Marilah kita berdoa' "Ya Allah, Engkau hancurkanlah UMNO dan seluruh pimpinannya kerana selama ini mereka telah membuat kerosakan yang malampau di bumi Malaysia yang bertuah ni. Kezaliman dan penindasan yang mereka lakukan terhadap rakyat sudah malampaui batas."

Masa Untuk Berubah

Saturday, August 20, 2011

Wajib baca : Haram Menyokong UMNO

Di malam 21 Ramadhan ni, penulis nak utarakan pandangan Ulama Muktabar yang bersandarkan Al Qur'an dan Hadis tentang soal politik dan golongan yang haram disokong oleh seluruh umat Islam di mukabumi ini. Sejak jatuhnya sistem pemerintahan Khilafah Uthmaniyah Turki, kekeliruan di sudut fahaman dan semakin jauhnya umat Islam dari sumber Wahyu Ilahi dan Sunnah telah menyebabkan perpecahan kronik di kalangan umat Islam sendiri serta membuka ruang seluasnya kepada pihak musuh untuk melakukan serangan terhadap minda dan jiwa Muslim tanpa henti.

Muqaddimah

Apabila orang Islam beranggapan persoalan politik ialah sesuatu yang tiada kaitan dengan Islam, maka mereka menyerahkan kuasa kepada sesiapa saja yang mereka suka dengan perhitungan nafsu tanpa melihat kepada tuntutan-tuntutan agama.

Hasil dari sikap ini, maka individu serta golongan yang jahat dan zalim menguasai tampuk pemerintahan. Golongan ini beranggapan kuasa adalah lesen untuk mereka melakukan apa saja tanpa merasa takut kepada amaran-amaran Allah.

Kuasa politik dijadikan sebagai modal untuk mengaut kekayaan dan harta serta melakukan jenayah dan kezaliman ke atas orang lain. Ini adalah politik yang diwarisi daripada Fir'aun dan kuncu-kuncunya.

Firman Allah dalam Surah Al Qasas (28), ayat 4 yang bermaksud;

Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.

Sekiranya Fir'aun membunuh anak-anak lelaki di kalangan Bani Israel kerana bimbang tergugat kuasa dan politiknya, demikian juga para pewaris menghapus dan menghancurkan segala musuh politiknya yang boleh menggugat sistem kezaliman dan kekejaman yang dihidupkan.

Para ulama' seperti yang disebut oleh al-Hafiz Ibn Hajar Al Asqalani dalam Fath al-Bari menamakan Abu Jahl sebagai (Fir'aun bagi umat ini) kerana sikapnya yang menentang kebenaran dan zalim. Sebenarnya Fir'aun adalah gelaran yang diberikan kepada sesiapa yang memerintah Mesir kuno. Abu Jahl bukan pemerintah negeri Mesir dan beliau juga tidak membunuh anak-anak lelaki Quraisy atau Bani Israel, namun sikapnya yang bangkit melakukan kezaliman dan mengepalai penentangan terhadap kebenaran melayakkan beliau dianugerahkan gelaran berkenaan. Demikianlah sesiapa yang mewarisi sikap itu, maka mereka adalah Fir'aun sepanjang zaman.

Amaran Rasulullah S.A.W.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;

Sesungguhnya selepas aku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka, maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga).

Rasulullah s.a.w. ialah utusan Allah yang diberikan wahyu kepadanya dan tidak bercakap dengan hawa nafsu. Firman Allah dalam Surah An Najm, ayat 3-4 yang bermaksud :

Dia (Muhammad) tidak bercakap berdasarkan hawa nafsunya. Segala yang diucapnya adalah wahyu yang diwahyukan.

Dengan wahyu Allah, Allah telah mengkhabarkan kepada Nabi-Nya tentang keadaan-keadaan yang bakal berlaku selepas ketiadaan Baginda. Antaranya, akan wujud para pemimpin yang zalim dan penipu. Sesiapa yang menyokong mereka, maka Nabi s.a.w. tidak mengakuinya sebagai pengikut (umat) Baginda dan tidak akan dapat meminum telaga di syurga, dalam kata lain tidak akan memasuki syurga melainkan diazab atas jenayah sokongan mereka kepada para pemimpin jenis tersebut. Sesiapa yang tidak menyokong dan menolong para pemimpin yang zalim dan membenarkan pembohongan mereka, maka dia adalah pengikut (umat) Nabi dan akan memasuki syurga kelak.

Mukmin yang sebenar akan merasa bimbang dan takut dengan amaran ini. Tidak mengapa jika seseorang dipecat dari menjadi ahli sesuatu pertubuhan, tetapi yang sangat bahaya dan menakutkan apabila kita dipecat dari menjadi pengikut (umat) Nabi s.a.w. Di manakah golongan ini akan berhimpun di Akhirat kelak jika Rasulullah s.a.w. tidak menerima mereka sebagai pengikutnya?

Sesungguhnya asas utama kezaliman pemerintahan yang wujud sekarang adalah kerana tidak melaksanakan syari'at Allah (Perundangan Al Qur'an). Firman Allah dalam Surah Al Maidah, ayat 45 yang bermaksud ;

Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim.

Dengan kezaliman yang asas ini, para pewaris Fir'aun menambahkan lagi kezaliman demi kezaliman. Membolot harta rakyat dan menzalimi setiap yang bangun menasihatinya.

Larangan Menyokong Puak Mungkar

Firman Allah dalam Surah Al An'am (6), ayat 68 yang bermaksud;

Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).

Kata Al-Qadi Abu Bakr Ibn Al 'Arabi : "Ayat ini adalah dalil bahawa tidak dihalalkan (haram) duduk bersama ahli mungkar."

Duduk bersama golongan mungkar tidak dibenarkan apatah lagi menyokong, membantu dan menolongnya.

Firman Allah dalam Surah An Nisa', ayat 140 yang bermaksud;

Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.

Kata Al Imam Qurtubi dalam menafsirkan ayat ini: "Ayat ini menjadi dalil wajibnya menjauhi ahli maksiat apabila jelas kemungkaran mereka. Ini kerana sesiapa yang tidak menjauhi mereka, bererti redha dengan perbuatan mereka."

Katanya lagi, Maksud ayat "(jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka" : sesiapa yang duduk dalam majlis maksiat (menderhakai Allah) dan tidak membantahi mereka, maka dia menanggung dosa yang sama seperti mereka. Maka hendaklah dia membantah mereka sekiranya mereka bercakap dan melakukan maksiat. Sekiranya dia tidak mampu untuk membantahi mereka, maka hendaklah dia meninggalkan mereka supaya tidak termasuk dalam golongan yang disebut dalam ayat ini.

Sesiapa yang terus menyokong golongan atau pemimpin yang melakukan kejahatan dan kezaliman serta mempermainkan ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya dia sama-sama menanggung dosa dengan pemimpin tersebut. Mungkin dia berkata, saya tidak menzalimi orang lain, atau mempersendakan agama tetapi sekadar menjadi ahli biasa parti sahaja, sedangkan pemimpinnya zalim dan jahat, maka dia turut menanggung dosa. Firman Allah dalam Surah Al Ahzab (33), ayat 66-67 yang bermaksud;

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.

Demikianlah halnya ahli neraka yang dahulu menjadi pengikut setia para pemimpin yang melanggari ajaran Allah dan Rasul-Nya. Mereka yang taat dan terus setia sehingga akhirnya mereka dihumbankan ke dalam neraka.

Firman Allah dalam Surah Hud (11), ayat 113 yang bermaksud;

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

Menyokong Yang Zalim Adalah 'Asobiyyah

Adalah sangat pelik, apabila kezaliman yang begitu jelas dan nyata sehingga golongan bukan Islam pun menyatakannya zalim tetapi masih ada yang mengaku Muslim terus menyokongnya. Kononnya kerana mempertahankan keutuhan parti, warisan dan seumpamanya. Ini adalah bisikan syaitan dan bicara seorang yang tiada pegangan 'aqidah serta keyakinan terhadap petunjuk agama.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;

Sesiapa yang berperang di bawah "bendera buta" dan menyeru kepada 'asobiyyah atau marah kerana 'asobiyyah, maka kematiannya adalah jahiliyyah. (Riwayat Muslim, Ibn Majah, An Nasai)

Kata As Sindi dalam mensyarahkan hadith-hadith Sunan Ibn Majah: Lafaz "bendera buta" ialah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui samada benar atau bathil.

Sekiranya berjuang dalam keadaan yang tidak tahu benar atau salah dianggap mati dalam jahiliyyah, apatah lagi golongan dan individu yang mempertahankan pemimpin yang terang-terang zalim dan jahat.

Ini adalah sikap yang lebih jahiliyyah. Golongan jahiliyyah sebelum kedatangan Nabi S.A.W terkenal dengan sikap mempertahankan puak sekalipun bersalah. Jahiliyyah moden juga demikian. Mereka terus mempertahankan seseorang pemimpin yang zalim sekalipun mereka sedar akan kezaliman mereka semata-mata kerana parti yang didokong. Maka golongan ini mati jahiliyyah, seperti matinya pendokong-pendokong jahiliyyah dahulu.

Dalam menjelaskan maksud 'asobiyyah, RAsulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud;

'Asobiyyah itu kamu menolong kaummu atas kezaliman. (Riwayat Abu Daud)

Golongan 'asobiyyah membkti dan mengamalkan 'asobiyyah apabila mereka terus menyokong seseorang sekalipun zalim dan menindas. Golongan ini mati seperti mati seorang yang tidak berpegang kepada Islam, sebaliknya berpegang kepada dasar jahiliyyah. Semuga Allah jauhkan kita semua dari termasuk dalam golongan ini.

Semua Wajib Mencegah Mungkar

Kezaliman adalah kemungkaran. Wajib bagi setiap individu Muslim mencegahnya. Sesiapa sahaja yang mendakwa dirinya Muslim, maka kewajipan ini mesti dilaksanakannya. Ini bagi menyahut sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud;

Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu, maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu, maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Al Imam An Nawawi dalam mensyarahkan hadith ini, membuat contoh seperti berikut: "Apabila seseorang melihat insan lain membeli barangan yang rosak atau seumpamanya, lalu dia tidak membantah dan memberitahu pembeli itu, maka ini adalah kesalahan yang jelas. Para Ulama telah menetapkan bahawa wajib bagi sesiapa yang mengetahui perkara seperti ini membantah penjual dan memberitahu pembeli."

Sekiranya dengan hanya melihat seseorang membeli sesuatu barang yang rosak, wajib diberitahu kepadanya dan dibantahi penjualnya, apatah lagi jika kita melihat seseorang yang ingin memberikan undi atau sokongan kepada golongan pemimpin yang rosak, jahat dan zalim, maka sudah pasti kewajipan mengingatkan para pengundi itu lebih besar daripada mengingatkan seorang pembeli. Ini kerana mengingatkan pembeli untuk menyelamatkannya dari ditipu sedangkan mengingatkan pengundi adalah demi menyelamatkan ummat dari binasa.

bersambung di tajuk Undi Mempunyai Nilai Besar Dalam Islam.

Jazakallah.

Thursday, August 18, 2011

Kini Panglima ATM pulak jadi Ketua Cawangan UMNO

Selepas Pengerusi SPR, Timbalan dan Setiausahanya berlagak macam Ketua Cawangan UMNO, kini giliran 'Kepala Hapraq ATM' pulak buat kenyataan dangkal dan bodoh untuk membela big bosnya, kerajaan UMNO BN dalam isu undi tentera. Kenyataan yang dibuat oleh Panglima ATM hari ini dilihat sebagai langkah untuk menutup pekong penyelewengan undi dalam ATM sebaik saja beberapa orang pesara tentera membuat pengakuan yang mereka pernah terlibat dalam memangkah kertas undi kosong bagi memenangkan calon UBN. Bagi penulis, Panglima ATM boleh nafikan semahunya segala dakwaan penyelewengan tersebut, namun rakyat hari ni semakin cerdik dan boleh menilai yang mana betul atau salah.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menegaskan bahawa Angkatan Tentera Malaysia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam.

Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."

"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.

"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.

Beliau sebaliknya menyalahkan Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut.

"Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing.

"Saya boleh ibaratkan (tindakan Pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan," katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan.

Ketika ditemui selepas itu, Zulkifeli dengan tegas berkata tindakan memangkah undi bagi pihak anggota lain seperti didakwa itu "tidak boleh berlaku."

"Macam mana ia boleh berlaku, kita tidak akan benarkan ia berlaku," tambah Zulkifeli lagi, mengulas dakwaan yang ditimbulkan bekas anggota tentera itu bahawa mereka diarahkan untuk memangkah ribuan kertas undi semasa pilihan raya sebelum ini.

Dalam sidang medianya, Zulkifeli berkata tindakan "mencemuh" sistem yang digunakan pakai dalam angkatan itu juga serius kerana boleh menjejaskan moral anggota tentera, katanya lagi.

ATM apolitikal

"Saya tertanya-tanya kenapa sidang akhbar semalam dilakukan, sedangkan perdana menteri telah berkata jawatankuasa terpilih parlimen akan diwujudkan (bagi memperbaiki sistem pilihan raya).

"Adakah (Pemuda PAS) ingin timbulkan kontroversi berhubung isu itu, selepas tuduhan yang kata (orang) yang mempunyai status penduduk tetap dalam masa empat jam diberi (status) warganegara, isu ini pula yang timbul.

"Adakah ini usaha untuk cemarkan imej ATM atau mahu serang kami? Mahu pecah belahkan kami?," katanya lagi dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur petang ini.

Jelasnya, angkatan tentera sentiasa bersikap apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dahulu dan juga menyokong angkatan tentera.

"Anda perlu sokong kami, akui pengorbanan kami... Tidak kira siapa pun yang perintah, ini sajalah angkatan bersenjata yang ada.

"Jika anda tidak setia kepada kami, bagaimana kami tidak boleh jadi tidak setia kepada anda?" kata Zulkifeli lagi. - malaysiakini

Ohhh rupanya UMNO dalang serbuan JAIS

Nampaknya kelok kot mana pun, lipat macamana pun, tembelang kemunafiqan UMNO memang dah tak boleh disorok lagi. Dulu, dalam isu gereja dibakar, akhirnya pemuda yang disabitkan oleh mahkamah telah mengakui bahawa dirinya telah diperalatkan oleh Pemuda UMNO Wilayah. Dan dalam isu serbuan JAIS bersama Polis terhadap DUMC baru-baru ini, ada maklumat mengesahkan UMNO menjadi dalangnya.

Hal ini disahkan sendiri oleh SU Agong PAS, Datuk Mustafa Ali ketika mempertahan kenyataannya bahawa isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) adalah 'perangkap' Umno.

Sehubungan itu katanya, beliau tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak terutama Umno yang memohon beliau memohon maaf kerana mengaitkan isu pemeriksaan itu dengan parti mereka.

"Saya tetap mempertahan apa yang saya kata sebelum ini. Tidak timbul soal mintak maaf ni," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan setiausaha badan perhubungan Umno Selangor Datuk Mohd Zin Mohamed yang menuntut beliu memohon maaf secara terbuka kerana mengaitkan mereka sebagai dalang pemeriksaan terhadap DUMC pada 3 Ogos lalu.

Mohd Zin semalam juga berkata, Umno bersedia mengambil tindakan undang-undang jika beliau gagal berbuat demikian.

Pada sidang media semalam, Mustafa menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ Umno dalam isu Jais dan gereja itu.

Menurutnya, beliau mendapat maklumat bahawa Umno berperanan disebalik tindakan Jais itu.

“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu Selasa lalu.

Beliau berkata, oleh kerana maklumat ‘dalaman’ itu tersangat boleh dipercayai, maka mendedahkannya ekoran timbul pelbagai tafsiran tentang operasi yang dilakukan Jais itu.

Mustafa bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti.

PAS sebelum ini meyatakan pendirian awal mereka berhubung perkara itu yang mahu Jais membuat pendakwaan di mahkamah jika benar terdapat bukti bahawa ada usaha memurtadkan umat Islam.

"Yang Haq Pasti Menang, Yang Bathil Pasti Rebah"

Wednesday, August 17, 2011

Inilah nasib Bumiputera Sabah

Baru-baru ni penulis sempat menziarahi ke Kampung Numbak, sebuah perkampungan air yang berhampiran dengan Universiti Malaysia Sabah. Penulis ke sana kerana menyertai satu satu program menyampaikan bantuan beras kepada golongan miskin. Apa yang penulis nak paparkan di sini ialah beberapa keping photo yang sempat dirakam dan pembaca boleh nilai sendiri betapa terpinggirnya golongan Bumiputera Sabah daripada arus pembangunan serta kedhaifan rumah mereka.

Selain kedhaifan rumah mereka, suasana persekitaran yang kotor turut mendedahkan mereka pada pelbagai jenis penyakit seperti wabak taun dan seumpamanya.

Dalam pertemuan dengan penduduk di situ, penulis dimaklumkan bahawa kampung yang diduduki sekarang bukanlah tempat asal mereka. Perkampungan asal mereka ialah di lokasi Pengkalan Tentera Laut Teluk Sepangar yang ada hari ini.

Diarahkan berpindah setelah kawasan kampung asal mereka terlibat dengan pembinaan pengkalan tentera laut itu. Oleh kerana kebanyakan nenek moyang mereka membina penempatan di atas air tanpa hakmilik sebagaimana yang dapat dilihat di Kampung Numbak hari ini, maka mudahlah bagi kerajaan UMNO BN mendesak mereka berpindah walau bantahan dibuat. Khabarnya, mereka hanya diberikan pampasan antara RM5,000 - RM6,000 bagi satu keluarga.

Berikut beberapa keping photo yang sempat dirakam;





Saturday, August 13, 2011

Isu pembesar suara : UMNO putar-belit fatwa

Kalau tak berbohong, itu bukan UMNO. Kalau tak memfitnah, itu bukan UMNO. Kalau tak menipu, itu bukan UMNO. Kalau tak rasuah, itu bukan UMNO. Kalau tak sesat, itu bukan UMNO. Kalau tak syirik, itu bukan UMNO. Kalau tak munafiq, itu bukan UMNO. Bahasa mudahnya, segala macam bentuk jenayah dan kejahatan memang ada pada diri UMNO. Malahan hingga ke peringkat membunuh orang pun mereka buat. Bukan tuduh tapi memang dah terbukti pun sejak 1959 lagi.

Hari ini media milik UMNO sibuk memainkan isu fatwa Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang melarang penggunaan pembesar suara ketika membaca Al-Qur'an atau berzikir di seluruh masjid negeri itu.

Perlu kita fahami bahawa fatwa yang dikeluarkan itu tidak membabitkan azan.

Namun, sebagaimana biasa UMNO akan memutar-belitkan fatwa tersebut bagi mengelirukan umat Islam dengan harapan akan mereka akan marah pada kerajaan PR Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP. Sebelum ini pun, dalam isu gerai dirobohkan, media milik UMNO hanya melaporkan tentang 4 buah gerai Melayu yang terlibat, walhal 12 buah gerai Cina dan 2 gerai India turut dikenakan tindakan yang serupa.

Itulah kerja UMNO yang sentiasa berbohong dan berbuat fitnah. Sudah tiada lagi istilah dosa pahala dalam kamus parti munafiq itu.

Sila ikuti pandangan Dr Asri Zainal Abidin;

Mengapa saya sokong mufti Pulau Pinang?

Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat.

Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nab, kata Abu Sa'id al-Khudri: “Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda.

Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid.

Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin rh mengulas hadis ini dengan katanya: “Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).

"Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid... dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini...boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai.

Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata: “Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan.

"Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni.

Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya.

Bersih 2.0 tak sama dengan rusuhan di London

Walaupun majoriti Menteri UMNO hanya tahu membodek bosnya, namun masih ada sorang dua di kalangan mereka yang bersikap terbuka, rasional dan profesional. Sejak berlakunya rusuhan di London, berita media perdana asyik saja memainkan isu rusuhan di London sebagai propaganda murahan rejim UMNO BN untuk menyamakannya dengan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Sayugia diingat di London rakyatnya yang mengamuk manakala di Malaysia, polis yang mengamuk. Jelas di sini apa yang berlaku di London tak sama dengan apa yang berlaku di tanahair.

Dalam hal ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak bersetuju BERSIH dibandingkan dengan rusuhan London.

Tambahnya, kerajaan telah gagal menangani tindakan BERSIH untuk berarak pada 9 Julai dengan mempertimbangkan kemungkinan satu perhimpunan aman seperti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

"Kita sepatutnya membincangkan cadangan Suhakam mengenai cara untuk mengadakan perhimpunan secara aman," katanya pada forum bertajuk "Reformasi Pilihanraya dan Pemurnian Demokrasi" anjuran Pergerakan Belia Islam Malaysia (Abim) di Kajang.

Katanya, sesetengah orang tidak seharusnya begitu takut dengan perkataan "demonstrasi" sehingga mendapati bahawa walaupun ada pihak yang mengadakan demonstrasi tetapi ia diberi nama atau labelkan dengan perkataan lain.

Dalam mengulas hal yang sama, Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang menyamakan rusuhan di London dengan perhimpunan perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu sebagai 'bodoh'.

Sambil ketawa, beliau berkata, kedua-duanya sangat berbeza dari segi suasana dan matlamatnya.

"Saya tak tahulah kebodohan tahap mana kenyataan timbalan ketua polis negara ini.

"Di London rakyat mengamuk tapi di Malaysia polis mengamuk," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Mohamad berkata, dalam beberapa siri himpunan di Malaysia, ia bermula aman sehinggalah terdapat gangguan dan provokasi dari pihak polis.

"Saya sebut kepada peserta himpunan, jangan terbalikkan walaupun satu pasu bunga dan ternyata ia berlangsung aman.

"Polis seharusnya hadapi himpunan secara aman, kalau rusuhan memanglah kena hadapi secara rusuhan," katanya yang terpaksa menjalani pembedahan lutut akibat terjatuh ketika dilanggar kereta polis pada perhimpunan Bersih 2.0.

Tambahnya, rusuhan yang berlaku di London itu tidak ada kaitan dengan sistem politik sebaliknya kerana masalah kesempitan hidup akibat kemerosotan ekonomi.

"Perdana Menteri Britain sendiri kata, rusuhan itu tak ada kena-mengena dengan politik.

"Tapi himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya yang adil," katanya.

Rusuhan di London, terutamanya di Tottenham bermula Sabtu lalu selepas seorang suspek mati ditembak polis.

Rusuhan bermula di Tottenham, kemudian merebak ke Wood Green, Enfield Town, Ponders End dan Brixton melibatkan pelbagai kelakuan ganas dan merebak ke seluruh kawasan lain di London.

Dalam rusuhan itu Polis Metropolitan London diserang manakala kedai dirompak dan bangunan dibaling batu.

Mereka membantah apabila Mark Duggan, pemuda beruisa 29 tahun ditembak polis mati ketika polis berusaha menangkap pengedah dadah kokain dan ahli 'Star Gang' sedangkan beliau tidak bersenjata.

salam4all

Hadir sekadar tunjuk muka tapi bacul...

Bila bercakap dalam media, bukan main lagi. Pendek kata segala apa yang dikata ibarat firman yang mesti dipatuhi atau diterima bulat-bulat oleh rakyat tanpa soal. Sapa yang pertikai, dianggap derhaka pada negara. Itulah Najib Rosmah yang berlagak macam tuhan bila menuduh Anwar meliwat Saiful pada 26 Jun 2008.

Berikut adalah fakta yang wajib diketahui rakyat agar jangan termasuk dalam golongan yang boleh dihukum qazaf kerana terus percaya dengan fitnah liwat ini tanpa usul periksa.

Fakta 1

Saiful bertemu Najib pada 24 Jun 2008 di JPM, kononnya mahu minta tolong Najib dapatkan biasiswa untuk menyambung pengajian di IPTA. Lucunya si Saiful ni telah dibuang daripada universiti kerana gagal dengan mata GPA 1.75 je. Di mana logiknya pergi jumpa Najib nak minta tolong dapatkan biasiswa sambung belajar.

Fakta 2

Selepas jumpa Najib, Saiful buat laporan Polis pada 28 Jun 2008 dan mendakwa Anwar telah membalun pungkoknya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium mewah. Peliknya nape budak bahalol ni buat repot pada 28 Jun, selepas 2 hari dibalun.

Fakta 3

Selepas buat repot, Saiful pergi ke HKL untuk buat pemeriksaan doktor. Semasa di kaunter HKL, si budak jahannam ini sambil berlagak memberitahu kakitangan di situ bahawa dia datang atas arahan Najib. Selepas diperiksa, dua orang doktor pakar mengesahkan dalam laporannya bahawa tiada sebarang penembusan pada pungkoknya. Dan leporan ini selari dengan laporan yang dibuat oleh Dr Osman, doktor pakar Hospital Psrawi.

Fakta 4

Pada tarikh 26 Jun 2008, hari yang didakwa berlakunya kejadian liwat di sebuah kondominium mewah milik Hj Hasanuddin, Anwar sebenarnya bersama 9 orang yang lain hadir ke situ untuk bermesyuarat. Mereka bersama Anwar dari jam 12.30 tengahari hingga 5.00 petang. Malah tuan rumah bersama isteri dan pembantu rumahnya turut ada sama. Dan Saiful memang hadir tapi tidak masuk pun ke dalam rumah tersebut. Kehadirannya hanya sekadar untuk dirakam oleh kamera CCTV ketika masuk dan keluar lif sebagaimana yang diarahkan oleh para konpirator laknat di bawah arahan Najib Rosmah. Ikuti video berikut untuk lebih jelas.


Dan banyak lagi fakta yang membuktikan bahawa kejadian liwat itu tidak berlaku. Kalau di mahkamah negara lain yang bebas, dah lama Najib, Rosmah, ACP Rodwan, Saiful dan lainnya masuk penjara kerana terlibat dengan jenayah fitnah mengemukakan bukti palsu. Malangnya, mahkamah di Malaysia la ni dah jadi mahkamah beruk.

Dan semalam media melaporkan pasangan Iblis No.1 negara telah hadir ke bangunan Mahakmah Putrajaya untuk ditemubual oleh barisan peguam Anwar. ACP Rodwan turut hadir sama. Ingatkan mereka berani untuk ditemubual tapi rupanya sekadar hadir untuk nak tunjukkan kepada rakyat bagi mendapatkan 'political mileage' saja. Lepas ni adalah modal untuk berbohong pada rakyat melalui media perdana bahawa beliau telah membuktikan kesediaan untuk ditemubual oleh peguam Anwar.

Apa yang sebenarnya berlaku di mahkamah semalam?

Berikut adalah laporan berita Malaysiakini oleh Hafiz Yatim;

PM dan isteri tak mahu jadi saksi pembela

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang yang juga defendan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.

Ini didedahkan oleh peguam utama Anwar - Karpal Singh - dan juga peguam Sankara Nair.

Karpal dan Sankara, serta peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy dan Ram Karpal, berada di dalam bilik yang sama apabila saksi-saksi dibawa masuk, seorang demi seorang.

Karpal berkata, apabila peguambela tiba di kompleks mahkamah, Najib dan Rosmah sudahpun berada di situ.

"Najib masuk dahulu dan apabila kita tanya, beliau kata tak mahu jadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual," kata Karpal.

Kemudian tiba giliran Rosmah dan beliau memberitahu perkara yang sama, dan diikuti pula oleh bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Ketiga-tiga mereka (Najib, Rosmah dan Rodwan) berada di dalam bilik dan mereka tidak ditemani peguam.

Najib dan Rosmah tiba kira-kira jam 2.55 petang dan beredar kira-kira jam 3.28 petang.

Pembantu mereka menunggu di luar semasa mereka menghadiri temubual ringkas itu.

Karpal berkata mereka terkejut kerana tiada tanda-tanda yang Najib dan Rosmah akan datang hari ini.

"Biasanya, mereka akan memberi notis terlebih dahulu," kata peguam kanan itu.

Karpal menyifatkan Rosmah dalam keadaan 'teramat tegang' ketika diajukan soalan dan pada satu ketika, beliau (Rosmah) berkata, "jangan buli saya, Encik Karpal".

Kata Karpal, beliau tidak tahu mengapa Najib dan Rosmah takut untuk datang ke mahkamah, ketika mengulas keengganan mereka untuk menjawab soalan.

"Jadilah rakyat yang bijak dan bermaklumat"

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger