Thursday, June 18, 2009

Betapa Hati Ini Sayangkan PAS

Kali ini aku mahu luahkan segala isi hati yang terbuku. Memang aku marah pada Hj Hadi, Ustaz Nasharuddin, Cikgu Pa dan sesiapa saja yang menyokong idea Unity Government ini.

Sejak tahun 1992 lagi aku mencari apa itu Islam sebenarnya. Waktu itu aku sedang bertugas di Sabah sebagai seorang guru. Mengapa aku mencari sedangkan aku sudah sedia Islam sejak lahir ? Sudah tentu ada sebab untuk aku berbuat demikian. Tak perlu aku sebutkan di sini apa sebabnya kerana biarlah aku yang tahu dan Allah lebih Maha Mengetahui.

Aku menyertai PAS pada bulan Oktober 1996 di Batu Pahat, Johor. Sebenarnya takde seorang pun ahli PAS yang mempelawa aku untuk menyertai jamaah ini. Aku sendiri yang minta borang dengan salah seorang pimpinan Cawangan Rengit Utara setelah buat sedikit research tentang PAS.

Aku masuk PAS kerana yakin inilah satu-satunya jamaah Islam yang syumul. Benar penilaian aku. Terlampau banyak ilmu aku dapat sejak menjadi ahli serta mula faham "Apa itu 'Aqidah Islam".

Walaupun aku langsung tiada memberi apa-apa sumbangan pada PAS namun hati aku puas dan jiwa semakin tenang duduk dalam jamaah ini. Kadang-kadang terasa sedih juga di hati bila mengenangkan tiada sebarang sumbangan yang mampu aku berikan kepada PAS. Hanya doa' buat seluruh pimpinan dan ahli-ahli saja yang termampu untuk aku laksanakan.

Betapa hati ini sayang pada PAS, hanya Allah yang tahu.

Bila timbul saja isu Unity Government ini, aku benar-benar sedih dan kecewa dengan idea Hj Hadi dan Ustaz Nasharudin ini. Apa perlunya kita nak berkerjasama dengan UMNO yang berpuaka ini. Janganlah kita jadikan krisis politik negara dan ekonomi ini sebagai satu alasan untuk kita merealisasikan idea yang mengarut ini.

Kita semua tahu pimpinan atasan UMNO ini adalah terdiri daripada golongan MUNAFIQ yang lebih jahat daripada kafir. Segala kejahatan dan penyelewengan UMNO selama ini memang tidak boleh dimaafkan kerana sudah melampaui batas. Jangan kita lupa kekejaman UMNO terhadap Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Bayangkanlah jika bekas Timbalan Presiden UMNO sendiri boleh difitnah dan diperlakukan sebegitu rupa tanpa sebarang belas kasihan, inikan pula PAS yang memang merupakan seteru politik UMNO.

Memang benar kata Tuan Guru Nik Aziz bahawa UMNO itu iblis.

Aku melihat kenyataan Tok Guru yang meminta agar Ustaz Nasharuddin meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden, Ahli Parlimen Bachok dan keluar PAS adalah merupakan amaran yang paling tegas beliau demi menyelamatkan PAS. Juga amaran terakhir kepada mana-mana pimpinan PAS yang menyokong idea tersebut.

Sejujurnya, sejak dari dulu lagi aku memang menyakini kewibawaan TGNA sebagai Mursyidul Am PAS. Memang aku sangat sayang pada beliau. Kenangan manis yang tidak akan aku lupakan buat selamanya apabila Allah mempertemukan aku dengan beliau di Masjid Nabawi sewaktu aku pergi menunaikan Umrah pada 20 April lalu. Pertemuan yang sama-sekali tidak aku duga itu berlaku pada Subuh Juma'at 24 April 2009. Sempat aku berbual dengannya seketika. Hanya pada Allah aku panjatkan rasa syukur kerana mempertemukan aku dengan insan yang paling aku kasihi ini di Tanah Haram Madinah.

Memang hati aku akan marah pada sesiapa pun saja di kalangan pimpinan PAS yang cuba menimbulkan kekeruhan dalam jamaah ini. Antara penyakit yang telah dan sedang melanda pimpinan PAS ketika ini ;

- meminta jawatan walaupun kalah dalam pencalonan,

- suka memburukkan pimpinan lain dengan tujuan untuk menghalang kemaraan mereka,

- sudah mula lupa diri bila dah ada sedikit kedudukan,

- sudah pandai bertukar kereta baru kerana mahu merebut peluang AP yang diperolehi,

- dan pelbagai lagi penyakit yang tak sepatutnya berlaku.

Seperkara lagi yang aku sedih bila melihat PAS di beberapa buah negeri begitu miskin sekali. Tak tahulah kenapa jadi begini ? Mungkin agaknya masih ramai pimpinan PAS di negeri tersebut yang masih tak lepas tapisan Allah. Sebab itulah tiada rohnya. Mereka dipilih bukan kerana roh Islamnya tetapi kerana lahiriahnya saja. Sebab itulah bila mahu melancarkan sebarang derma jihad, cukup sukar untuk mencapai target.

Bila bercakap di khalayak ramai memang pandai sehingga terlena orang mendengarnya tetapi dalam waktu yang sama orang yang bercakap hati dan jiwanya jauh daripada Allah. Sebab itulah tiada roh. Kesannya hanyalah masuk telinga kiri dan keluar kat hidung.

SILA HENTIKAN SEGERA SEBARANG RUNDINGAN DENGAN UMNO !!!

AKU AKAN MENJADI MUSUH KEPADA SESIAPA SAJA YANG MAHU MENERUSKAN IDEA MENGARUT INI...

PAS ADALAH SEBUAH JAMAAH ISLAM YANG SUCI BERSIH. JANGAN SEKALI-KALI DICEMARKAN DENGAN IDEA INI.

WE MUST AGAINST UNITY GOVERNMENT !!!

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger