Friday, June 19, 2009

Apa Itu Unity Government ?

Sebelum ini UMNO yang kerap menjadi sasaran para blogger pro Pakatan Rakyat dengan mendedahkan segala penyelewengan dan kejahatan yang dilakukan. Memang patut pun kita mendedahkan segala kebobrokan UMNO demi menyelamatkan negara ini dari hancur.

La ni pulak sebahagian pimpinan PAS menjadi sasaran para blogger yang anti Unity Government. Termasuklah aku sendiri. Memang aku tak akan berhenti mengkritik idea mengarut Unity Government ini selagi Hj Hadi tidak 'menutup buku'nya dengan segera.

Untuk maklumat pembaca, pada asasnya Unity Government ini adalah sebuah kerajaan tanpa pembangkang. Ringkasnya semua parti politik yang ada dalam negara ini akan berkerjasama sebagai sebuah kerajaan. Semua pimpinan utama parti akan duduk dalam Kabinet Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri yang sudah tentunya dari UMNO.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Naib Presiden PAS yang baru, Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa Unity Government adalah sebuah kerajaan yang baik, mengurus tadbir negara secara telus dan taat kepada agama. Jelas Tuan Ibrahim lagi Presiden PAS mendapat ilham untuk melontarkan idea ini apabila beliau melihat krisis politik yang berlaku dalam negara sudah sampai ke tahap membimbangkan dan boleh merugikan negara dan rakyat. Demi kepentingan negara dan rakyat, maka Hj Hadi berusaha ke arah itu.

Persoalannya sekarang apa perlu nak dibangkitkan lagi isu ini ??? Bukankah Hj Hadi sendiri pernah membuat kenyataan yang isu ini tidak timbul lagi. Sebab itulah orang marah. Dan individu yang paling marah ialah Muryidul Am sendiri.

Kalau dah TGNA sendiri menentang sekeras-kerasnya idea ini, sepatutnya Hj Hadi dan Nasharuddin hormatilah sikit orang tua tu. Ni tidak... seolah-olah mereka berdua mahu menunjukkan "kuasa" dalam mempertahankan idea tak popular ini. Belum pernah berlaku sebelum ini perbezaan pendapat yang sebegini panas sehingga TGNA meminta Nasharuddin meletakkan jawatan dalam PAS, mengosongkan kerusi Parlimen Bachok dan masuk UMNO sekiranya masih mahu meneruskan hasrat Kerajaan Perpaduan tersebut.

Sebenarnya aku merasakan Hj Hadi sudah malu sendiri dengan tindakannya melontarkan idea ini. Mungkin pada peringkat awalnya dia merasakan idea ini akan menerima sambutan di kalangan pimpinan PAS dan juga rakan Pakatan Rakyat. Namun sangkaannya meleset. Kalau kita sendiri jadi Hj Hadi pun akan merasa malu besar.

Bayangkanlah apa perasaan seorang Presiden sebuah parti yang semakin berpengaruh, tiba-tiba ideanya ditolak mentah-mentah oleh majoriti pimpinan dan ahli. Lebih memeritkan apabila ideanya itu menjadi punca kekeruhan hubungan dalam Opposition Alliances. Yang pasti kredibiliti beliau sebagai Presiden PAS sudah jatuh bukan setakat di mata ahli malah pada pandangan umum. Rasanya pemergian Hj Hadi ke luar negara baru-baru ini mungkin untuk mengadakan pertemuan dengan beberapa Ulama' seperti Dr Yusof Al-Qardawi bagi mendapatkan pandangan berhubung isu Unity Government samada boleh diteruskan atau tidak.

Walaupun kita sebagai ahli dan penyokong, tidak bermakna kita tiada kemampuan untuk membuat penilaian sendiri terhadap apa yang berlaku dalam politik negara. Kadang-kadang ada di kalangan pimpinan PAS tidak mahu menerima pandang orang bawahan kerana merasakan diri mereka terlampau bijak dalam membaca sifir politik dan membuat keputusan. Inilah masalahnya bila dah berada di atas, langsung tak mahu menoleh ke bawah.

Bagaimana pula dengan perasaan Timbalan Presiden PAS bila menerima "pukulan maut" daripada Nik Aziz. Kalau aku jadi Nasharudin, aku memang tak sanggup lagi nak angkat muka. Nak balik menjenguk kawasan di Bachok pun tak sanggup.

Perlu direnungkan sedalam-dalamnya mengapa TGNA membuat kenyataan sebegitu tegas. Kita yakin kewibawaannya sebagai seorang Ulama', ahli politik dan juga seorang sufi. Lantaran itu sudah tentu beliau ada sebab yang kukuh untuk menentang idea Unity Government itu.

Tiada jalan penyelesaian lain yang terbaik untuk meredakan kekerohan ini melainkan Hj Hadi sendiri menghentikan segera ideanya yang tak popular itu. Lebih baik tumpukan perhatian pada perkara yang lebih utama daripada membuang masa tak tentu pasal. Takde faedahnya.

HENTIKAN SEGERA IDEA KERAJAAN PERPADUAN !!!

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger