Wednesday, June 17, 2009

Please Stops All The Related Matter Of UG Ideas...

Ni yang aku nak naik angin lagi. Itulah sapa suruh cari pasal. Dah elok-elok dulu buat kenyataan "Tidak timbul lagi isu Unity Government" tapi ketika Muktamar baru-baru ini yang hang dok gatai mulut cakap lagi isu ini pasai apa ? Aku dah kata Unity Government ni isu tak popular. Macam lagu juga. Bila tak popular bermakna ramai orang tak suka dengar. So, stay at a lowest ranking on chart.

Nah! la ni PAS pulak dok keluaqkan arahan kepada seluruh pimpinan tinggi agar jangan bercakap lagi isu ini ekoran kenyataan Najib "PAS dilihat ikhlas dalam Unity Government". Baru padan dengan muka orang yang dok beriya-iya sangat nakkan Unity Government ni. Bila mereka lihat Najib cuba mengeksploitasikan isu ni, barulah gelabah sakan.

Awatnya nak gelabah. Hangpa pukoilah gendang dan buat Unity Governemnet road-show to all over the Malaysian people. Lets them all know what's is the exactly means of Unity Government. Bagitau semua orang bahawa Unity Government ini satu idea baru yang mana kita akan membina sebuah kerajaan tanpa pembangkang. Sebuah kerajaan yang baik dan mentadbir negara mengikut kepatuhan kepada agama. Seluruh parti politik akan bergabung dalam Kabinet Malaysia bersama UMNO/BN bagi merealisasikan idea ini. Hasilnya lahirlah sebuah kerajaan adil dan mantap bagi menghadapi cabaran di dalam era dunia globilisasi tanpa sempadan ini. Macam cerita kartun Dora Emon ....

Aku dah agak dari awal memang isu ini akan menikam PAS balik. Aku bukanlah orang yang arif dalam politik tapi aku ada 'internal instinct' yang dapat merasakan isu ini akan jadi 'racun' kepada PAS itu sendiri. Terbukti dah sekarang. Sapa yang malu ?

Dah elok-elok sokongan rakyat pada kita sedang meningkat, alih-alih kita buat pulak 'lawak bodoh' dengan menimbulkan idea mengarut ni. Sepatutnya kita terus memperkukuhkan ukhwah dengan rakan dalam Pakatan Rakyat. Bukannya menimbulkan isu yang bukan-bukan. Konon nak mencari 'glamour' dan merasakan PAS telah bersiap-sedia untuk bergabung dengan UMNO demi agama, negara, rakyat...

PAS patut sedar dan ukur baju pada badan sendiri. Kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam PRU12 lalu adalah hasil daripada 'full-swing' pengundi Cina dan India. Bukannya pengundi Melayu. Begitulah juga kemenangan PAS di Parlimen Bukit Gantang, Janganlah mudah lupa diri. Baru menang beberapa pilihanraya kecil, kita dah mula meroyan dan merasakan dalam PRU13 nanti UMNO/BN tumbang.

PAS perlu sedar diri dan jangan terlampau excited. Kalau di negeri yang mempunyai 95% pengundi Islam pun, PAS masih tak mampu bertahan. Inikan pula di negeri yang penduduk Islamnya antara 50 - 60 peratus saja.

Setakat ini hanya PAS Kelantan saja berjaya membuktikan kemampuannya untuk bertahan sejak 1990. Apakah 'resepi' TGNA dan seluruh pimpinan PAS Kelantan dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah, pilihanraya, penerangan dan pelbagai gerakerja lain yang menjurus kepada pembentukan masyarakat Islam ber'aqidah murni.

Walaupun UMNO cuba melakukan pelbagai jenis fitnah dan penipuan bagi merampas balik Kelantan namun segala usaha mereka digagalkan oleh Allah SWT. Mesti ada sebab yang kita semua tak tahu mengapa Allah masih mengekalkan PAS sebagai pemerintah di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Sepatah kata sahabat aku yang dikira veteran dalam PAS serta diberikan kemampuan oleh Allah dalam mengulas dan menganalisa isu politik semasa, juga antarabangsa pernah menyebut bahawa "Dalam politik ini kita harus berhati-hati dalam setiap tindakan. Jangan terlampau ghairah dalam menelusuri arus perdana. Tersilap langkah ianya akan membawa padah. Pemimpin yang pintar mestilah mampu membaca gelombang dan kehendak rakyat bawahan serta bijak mengambil kesempatan daripada sesutau isu besar yang boleh menguntungkan kita. Yang paling penting 'timing' kena tepat."

Almarhum Ustaz Fadhil Noor telah membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin yang berkaliber dan disegani oleh pihak kawan dan lawan. Salah satu keputusan beliau yang bijak serta menguntungkan PAS dan Pakatan Pembangkang dalam menangani isu pemecatan DSAI ialah Pelancaran GERAK. Hasil daripada Gelombang Reformasi dan GERAK pada ketika itu, kita sendiri dapat melihat betapa utuhnya hubungan PAS, DAP, Keadilan dan badan-badan NGO lain. Setiap demonstari yang diadakan berjaya mengumpulkan ratusan ribu rakyat. Memang besar sunggguh. Hasilnya, dalam PRU10 PAS berjaya mengukuhkan lagi kedudukannya di Kelantan dan merampas Terengganu.

Baiklah... apa hasilnya bila Hj Hadi and his alliances melontarkan idea Unity Government. Kita sendiri boleh menilai kesan daripada idea tak popular ini. Hubungan PAS dengan rakan Pakatan dah mula renggang. Bukan takat tu saja malah PAS sendiri menghadapi situasi yang sukar.

Katakanlah 3 HAJI ini masih beriya-iya sangat nak meneruskannya, apakah kesannya dalam PRU13 yang akan datang ini ? Yakinkah PAS bahawa sokongan rakyat kekal dan terus meningkat atau sebaliknya. Bolehkah diharap para pengundi Cina dan India akan terus menyokong Pakatan Rakyat nanti ?

Do not so confident ? We must know our ability. Don't dreams and living in fantasy....

Kalaulah aku masuk PAS kerana isu, dah lama aku tinggalkan PAS... Tapi oleh kerana yakin bahawa PAS adalah sebuah jamaah Islam yang syumul sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya, maka aku istiqamah.

Kalau nak dikenangkan perangai sesetengah pimpinan PAS yang dah mula lupa diri bila dah ada kedudukan, rasanya macam aku nak maki mereka depan-depan. Kadang-kadang baru pegang jawatan kat Negeri je, tapi lagaknya Na'uzubillah...

Aku saja cerita kat sini biar mereka yang terasa tu sedaq diri sikit. Pasal tulah Allah belum benarkan PAS perintah Malaysia. Belum layak untuk menerima amanah besar tersebut kerana masih ramai lagi pemimpin yang 'kotor hati'.

Pada seluruh umat Islam yang nak masuk PAS, sila betulkan niat terlebih dahulu. Jangan sekali-kali masuk PAS kerana isu atau marahkan BN. Kita masuk PAS kerana mahu taat kepada Allah dan taat pada Rasul.

Gua blah dulu.... Kalau aku teruskan lagi, nanti ramai pulak yang kena maki pagi-pagi buta ni.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger