Monday, June 22, 2009

Pakatan Rakyat Menolak Unity Government

Keputusan sebulat suara Pakatan Rakyat menolak Unity Government telah diambil dalam satu pertemuan antara Hj Hadi (Presiden PAS), Anwar Ibrahim (Ketua Umum Keadilan) dan Lim Kit Siang (DAP) yang diadakan di Parlimen hari ini.

Dengan keputusan ini, maka tertutuplah secara resmi idea Unity Government yang dilontarkan oleh Hj Hadi dan Nasharudin Mat Isa.

Aku ucapkan jazakallahukhairan kathira' kepada Presiden PAS kerana berlapang dada bersetuju untuk memberhentikan idea tersebut serta-merta. Dengan keputusan ini, maka UMNO kembali meroyan seperti sediakala. That's mean all the doors for UMNO to take advantange over the issues is completely closed.

Aku menerima berita gembira ini dengan rasa penuh syukur ke hadrat Allah kerana aku sangat berkeyakinan bahawa Dia pasti melindungi PAS daripada berpecah-belah dan menjadi lemah. Segalanya ini adalah atas kehendak-Nya.

Keputusan yang diambil ini juga pastinya akan terus mendorong semangat setiakawan di kalangan rakan Pakatan Rakyat terutamanya bagi menghadapi PRU13 nanti. Semuga apa yang telah berlaku sebelum ini dapat dijadikan 'iktibar, khususnya buat PAS.

Bagi pihak musuh, mereka pastinya tersangat kecewa dengan keputusan yang diambil hari ini oleh Pakatan Rakyat. Mereka memang mengharapkan agar PAS terus berdegil untuk meneruskan idea tersebut agar berlaku perpecahan dalam Pakatan Rakyat. Dan memang inilah yang mereka yakini dan ingini sebelum ini.

UMNO khususnya memang tersangat impikan perpecahan berlaku dalam PR. Dengan perbalahan ini, mereka akan jadikan modal untuk meraih kembali sokongan rakyat pada PRU13 kelak. Sekarang ni UMNO/BN menyedari bahawa harapan untuk terus menguasai Parlimen selepas PRU13 menjadi semakin sukar ekoran kerjasama Pakatan Rakyat yang bertaut kembali.

Thanks to Pakatan Rakyat. Let us build and rule this country as well as we are.

Kenyataan Akhbar Majlis Pakatan Rakyat
Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
YB Lim Kit Siang

Press Release Pakatan Rakyat Council of Leaders
Pakatan Rakyat Stand on Unity Government

The Pakatan Rakyat Council of Leaders today Monday, 22 June 2009 held a meeting at the office of the Opposition Leader and agreed on the following:

1. All the component parties of Pakatan Rakyat reiterate their commitment to each other and to strengthen the coalition in order to help form the future Federal Government.

2. The Pakatan Rakyat Council of Leaders reaffirms our rejection of the idea of forming a Unity Government with UMNO / Barisan Nasional which is clearly a malicious and desperate attempt to compromise the integrity of the increasingly popular Pakatan Rakyat.

3. Pakatan Rakyat agrees to adopt an open approach and is willing to hold discussions with the leaders of Barisan Nasional on issues of national interest such as economic recovery, improving the quality of education, restoring the integrity of the judiciary, abrogation of the Internal Security Act (ISA), the RM 12.5 billion PKFZ scandal, abuse of power by the police leadership during times of increasing crime, eradication of corruption, establishment of good governance and to hold immediately a free and fair election to resolve the Perak crisis.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
YB Lim Kit Siang

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger