Friday, June 19, 2009

Bila Dah Meletup... Ahli PAS Pula Diminta Bertenang

Inilah yang dikatakan sengaja cari penyakit. Tak pasal-pasal buang masa dan tenaga nak jelaskan kepada seluruh ahli PAS tentang sebarang keputusan yang akan diputuskan oleh pimpinan parti. Inilah sikap sesetengah pimpinan PAS yang suka mencari helah dalam menutupi kesilapan dan kelemahan yang sengaja dilakukan.

Bila dah kecoh dan meletup di seluruh negara di mana majoriti pimpinan dan ahli PAS marah serta menentang idea Unity Government ini, maka berkokoklah Ketua Penerangan yang baru dilantik membuat kenyataan media meminta seluruh ahli PAS bertenang dan menunggu arahan resmi.

Iya memang benar kita sebagai ahli PAS diminta wala' kepada pimpinan. Takde sesiapa yang menafikannya. Tapi sebagai ahli kita berhak menyatakan pendirian tegas berhubung idea mengarut Unity Government tu.

Bukankah Muryidul Am selaku pemimpin tertinggi dalam hiraki PAS telah menolak sekeras-kerasnya idea tersebut sejak zaman Pak Lah jadi PM. TGNA sendiri menegaskan bahawa beliau merujuk kepada keputusan Muktamar PAS kali ke-54 yang berlangsung di Perak tahun lalu. Dalam muktamar tersebut, seluruh pimpinan dan perwakilan telah sepakat untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

Memanglah dalam politik Islam, kita dibenarkan bertahalluf dengan parti bukan Islam yang berlainan ideologi namun dalam hal-hal yang dibenarkan oleh syarak seperti memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman.

Persoalannya sekarang apa perlunya Hj Hadi melontarkan idea yang tak popular ini sehingga menimbulkan kekecohan dalam PAS sendiri serta merenggangkan hubungan dengan rakan dalam Pakatan Rakyat. Sepatutnya pada ketika ini PAS, PKR dan DAP duduk berbincang dalam menyusun strategi bagi menghadapi PRU13 yang dijangka berlaku lebih awal. Bukannya menimbulkan spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi suasana.

Sekarang ni apa yang dah jadi ? UMNO bertepuk tangan meraikan kejayaan kerana PAS dah masuk ke dalam jerangkap samar yang dipasang mereka. Bukan setakat itu saja malah dengan sendirinya Pakatan Rakyat berada dalam keadaan goyah.

Jika senario ini tidak ditangani dengan segera, percayalah dalam PRU13 kelak PAS dan Pakatan Rakyat akan mengalami kekalahan teruk sebagaimana dalam PRU11. Kita tak boleh ketepikan kemungkinan ini. Perlu diingat UMNO/BN akan mengekploitasikan seluruh keadaan ini untuk kembali menguasai Parlimen dan DUN dalam piliharaya akan datang.

Dalam PRU12 lalu, kemenangan besar Pakatan Rakyat sehingga berjaya menafikan 2/3 majoriti BN dalam Parlimen adalah ekoran 'full swing' yang dibuat oleh pengundi Cina dan India. Bukan pengundi Melayu. Perlu diambil perhatian serius hal ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa pengundi Cina boleh berubah-ubah mengikut arus perdana politik tanahair.

Sepatutnya hari ini PAS perlu 'mobilize' seluruh jenteranya untuk menarik seramai mungkin sokongan pengundi Islam dalam negara. Bukannya dok buang masa nak berbincang lagi pasal Unity Government ini. Tapi apa yang berlaku sekarang sudah menjadi satu bebanan dalam PAS. Tak pasal-pasal PAS terpaksa membuang masa, tenaga dan wang ringgit bagi memberikan penerangan pulak kepada seluruh ahli sehingga ke peringkat akar umbi ekoran isu ini.

Bagi aku tak payah bincang-bincang lagi. Kenyataan tegas Mursyidul Am sudah memadai untuk difahami oleh Hj Hadi, Nasharuddin dan Mustapha Ali. No needs to wasting our times to talks again about UG.

Hj Hadi mesti lupakan saja ideanya yang tak popular itu. Tak payah nak dibawa ke dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Tutup saja buku Unity Government ni. Habis cerita. Semua pimpinan dan ahli PAS akan lega dan gembira.

Mana ada negara dalam dunia ini yang diperintah oleh sebuah kerajaan tanpa pembangkang.

Adios.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger