Thursday, June 11, 2009

Unity Government - The Ridiculous Ideas...

Dari penjelasan Naib Presiden yang baru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, bolehlah dijustifikasikan di sini bahawa Unity Government yang dicadangkan oleh Presiden PAS merupakan sebuah kerajaan tanpa pembangkang. Sebuah kerajaan yang disertai oleh semua parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan bekerjasama dengan semua parti dalam Barisan Nasional (BN). Ringkasnya semua pihak berada dalam kerajaan.

Cadangan Unity Government ini dibuat ekoran kebimbangan Presiden PAS terhadap krisis ekonomi dunia dan krisis politik yang berpanjangan dalam negara. Unity Government ini mestilah berteraskan kepimpinan beragama, kerajaan yang tidak derhaka kepada agama dan tidak bekerjasama ke arah permusuhan.

Boleh diharapkah golongan munafiq dalam UMNO untuk tidak derhaka pada agama. Selama ini semua mereka langgar hingga sudah tiada beza lagi antara halal dan haram. Bagi mereka matlamat menghalalkan cara. Tak keterlaluan jika boleh disebut bahawa sebahagian daripada pimpinan atasan UMNO dilihat macam sudah tiada agama lagi. Islam mereka hanya tinggal pada nama saja.

Tobat lahom aku memang tak percaya kat pimpinan UMNO ni. Kalau mati dan hidup semula berpuluh kali pun, memang aku tak caya langsung dengan puak-puak penyamun dan munafiq yang ada dalam UMNO hapraq ni.

Agak fantastik dan bombastik juga idea Unity Government ni. Tak tahulah aku bila agaknya Hj Hadi mendapat ilham sehingga tercetusnya idea ini. Memanglah atas kertas nampak comel dan mudah tetapi dari segi perlaksanaan dan implikasinya bagaimana pula ? Makin tersimpul adalah agaknya...

Kita sebagai rakyat memang mahukan sebuah kerajaan yang baik tapi bukan ini caranya. Persoalannya ;

1- Kenapa tiba-tiba saja Hj Hadi mahu membawa PAS dan Pakatan Rakyat berkerjasama dengan seluruh komponen BN bagi membentuk sebuah kerajaan tanpa pembangkang ?

2- Apakah Hj Hadi sendiri sudah tidak yakin dengan kemampuan gabungan Pakatan Rakyat untuk mengambil-alih pemerintahan negara menjelang PRU13 nanti ?

3- Adakah idea ini boleh menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dalam negara ?

Perlu diingat bahawa segala kemelut dan krisis ekonomi yang melanda negara hari ini adalah hasil daripada kerja 'tangan' para pemimpin UMNO dan BN. Dosa mereka sudah terlampau amat besar ekoran pengkhianatan dan penyelewengan mereka terhadap negara dan rakyat seluruhnya.

Benar, kita memang terlampau amat marah dan benci dengan seluruh pimpinan atasan UMNO. Mereka adalah perosak agama dan negara serta mengkhianati bangsa sendiri. Tapi kita tak pernah membenci ahli UMNO yang tak tahu apa-apa. Cuma yang kita kesalkan apabila seluruh ahli dan penyokong UMNO terus merelakan diri mereka diperbodohkan. Golongan ahli dan penyokong UMNO inilah yang perlu kita sedarkan dan keluarkan mereka dari kesesatan.

Bagaimana bisa kita boleh berkerjasama dengan mereka dalam membentuk sebuah kerajaan tanpa pembangkang. Selayaknya UMNO/BN akan kita jadikan pembangkang dalam PRU13 kelak. Sedangkan Tuan Guru Nik Aziz sendiri sebut "UMNO itu Syaitan".

Aku benar-benar tak faham macamana Hj Hadi boleh terfikir idea yang tak popular ini. Elok-elok sokongan masyarakat bukan Islam semakin meningkat terhadap PAS ketika ini, tiba-tiba beliau boleh melontarkan semula idea yang boleh mengakibatkan sokongan tersebut hilang. Di kala sokongan rakyat semakin meningkat dan menyakinkan, sepatutnya Hj Hadi terus mengukuhkan lagi ukhwah dan kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat. Bukannya menimbulkan lagi isu Unity Government ini sehingga berlaku ketegangan dalam PAS sendiri serta rasa tidak puashati di kalangan rakan Pakatan Rakyat.

Wujudnya idea yang tak popular ini ketika di zaman pemerintahan Pak Lah. Selepas mendapat tentangan dari Muryidul Am dan beberapa pimpinan PAS yang lain, akhirnya idea ini diperam seketika bagi mengelakkan berlakunya perpecahan dalam PAS.

Bila selesai saja pemilihan pimpinan PAS dalam Muktamar baru-baru ini dan diumumkan para pemenang, tiba-tiba Nasharudin yang kekal sebagai Timbalan Presiden dengan nada angkuh menyebut kemenangannya membuktikan para perwakilan PAS merestui akan idea Unity Government tersebut.

Walaupun aku bukanlah seorang ahli politik yang cerdik, namun aku yakin idea Unity Government ini bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi segala kemelut yang sedang melanda negara. Jika diteruskan juga, ianya akan menikam PAS sendiri.

Sebagai ahli, aku memang menentang sekeras-kerasnya idea Unity Government ini. Mengarut dan tak masuk akal. Aku lebih redha PAS dan Pakatan Rakyat yang memerintah secara 'anak jantan' daripada memilih jalan shortcut bergabung dengan BN ekoran idea ini.

We Must Against Unity Government.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger