Wednesday, June 17, 2009

Seluruh Warga IPSI Matematik & Sains Sessi 1986/88

Kepada seluruh rakan dalam Kelas Pengajian Matematik & Sains bagi sessi 1986/88 di Institut Perguruan Sultan Idris, sila hubungi Mohd.Nazri Sulaiman (Along) di talian 013-722 0038.

Nama-nama yang aku masih ingat : Mohd.Zauki, Anuar Juni (Aan), Ismail (Mail Albanjari), Nasir (Orang Tua), Aziz Rahmat, Usop, Mustapa (Topo), Lokman (Bendahari MGP), Zaini, Roslan (Profesor), Sahidin, Fakrurazi, Wan Zubaidah (Teq), Zariah (Mek Jah), Zeindra, Suryana (Kak Su), Nooreha, Noorin dan yang lain.

Dah lama tak dengar berita kamu semua. Tak kiralah kat mana hangpa berada. Tak ingat lagi ke kelas kita paling glamour kat IPSI dulu. We're the famous and the first and last group in IPSI.

Juga pada geng-geng kepala batu, geng motor dan rockers seperti Nizam (Hantu), Asni (Batu), Kerinchi, Nik Roslan (Taipan), Khalib Gemuk, Zul Gondrong, Hasri (Tampin), Zakaria (Wak Ya) Rashid, Roslin (Romeo), Mona, Linda dan yang lain-lain, please call me.

Aku tahulah hangpa semua dah kahwin. Takkanlah bila dah kahwin, tak boleh nak luangkan masa contact member lama. Aku tahulah memang ada di kalangan hangpa yang takut bini. Kalau yang takut bini tu, ubahlah perangai. Tak masuk syurga hangpa nanti. Bikin malu kompeni je...

Ada yang buat further study, ada yang dah jadi gurubesar, ada yang dah jadi pensyarah, ada yang dah jadi duda dan janda, ada yang dah resign buat business sendiri, ada yang mungkin dah jadi jutawan dan macam-macam lagi.

Kalau hangpa masih ingat macamana aku kena cekak kat leher di kantin oleh sorang pensyarah gila yang pakai serban tapi talipinggangnya kepala tengkorak. Si gila ni marah kat aku pasai Race Motor dalam kawasan maktab. Masa tu aku pakai motor RX-Z si Khalid (electrical technician) member kita tu.

Pada para pensyarah yang aku respect dan sama-sama main tenis seperti En.Norshah Saad dan Mr.Liew, hoping you're well. Cuma yang pernah aku jumpa ialah En. Norshah Saad di Kementerian Pendidikan pada tahun 1995. Selepas itu dia terbang ke US untuk bertugas sebagai Pegawai Pelajar si sana. Tak tahulah samada beliau dah kembali ke tanahair atau belum.

Cuma satu je yang aku harap kat hangpa.... Janganlah hangpa jadi ahli atau penyokong UMNO. Semua yang depa dok cakap pasai bela Melayu tu mengarut. Sebagai Muslim, kita wajib sokong PAS.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger