Wednesday, November 19, 2008

MAS vs SIA


Sebagai rakyat Malaysia, aku merasa malu kerana Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) jauh ketinggalan dengan Syarikat Penerbangan Singapura (SIA). Padahal sebelum ini Malaysia dan Singapura bergabung dalam perkhidmatan penerbangan awam ini dengan nama Malaysia Singapore Airlines (MSA).

Setelah berpecah kongsi, Malaysia dengan syarikat penerbangan MAS manakala Singapura dengan syarikat penerbangan SIA. Nak permudahkan cerita, MAS dan SIA memulakan bisnes mereka dalam kedudukan sama rata, sama taraf.

Tetapi hari ini apa yang berlaku ialah SIA telah jauh lebih maju berbanding MAS. SIA pernah mencatat keuntungan bersih dalam tahun 2002 berjumlah SGD 849 juta (RM 1.952 bilion). Manakala MAS pula berterusan mengalami kerugian sejak tahun 1997 hingga 2002. MAS hanya berjaya mencatat keuntungan bersih sebanyak RM 1.1 juta bagi tempoh 3 bulan pertama yang berakhir pada September 2002.

SIA juga boleh berbangga kerana menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia yang membeli pesawat penumpang terbesar di dunia iaitu Airbus A380 yang berharga USD 300 juta (RM 1.05 bilion).

Mengapa rekod syarikat penerbangan Malaysia (MAS) begitu buruk. Pernah mengalami kerugian ratusan juta setiap tahun. Jumlah kerugian yang dialami oleh MAS mencecah berbilion ringgit. Telah berapa kali wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan MAS. Pelbagai kaedah dan perancangan yang dibuat oleh pihak kerajaan dan MAS bagi mengatasi masalah kerugian ini tetapi tidak berjaya. Telah beberapa kali Pengarah Urusan MAS ditukar, masalah tetap tidak selesai.

Sebenarnya semua masalah yang berlaku di dalam negara ini termasuklah masalah kerugian yang dialami oleh MAS adalah berpunca dari kerakusan pemimpin UMNO/BN yang terlampau tamak mengaut segala kekayaan milik negara dan rakyat. Inilah punca sebenar. Kita masih ingat semasa DSAI dipecat, Pengarah Urusan MAS Tan Sri Tajuddin Ramli ada membuat pendedahan bahawa Daim Zainuddin (Bendahari UMNO) yang menguasai saham MAS ketika itu. Beliau hanyalah pemegang amanah saja.

Secara jujur aku katakan di sini, selagi puak-puak bangsat pemimpin UMNO/BN ni yang memerintah negara, maka selagi itulah masalah yang telah dan sedang melanda negara kita yang tercinta ini tidak akan selesai malahan bertambah buruk lagi.

Aku memang berdoa' kepada Allah semuga Dia terus melaknat puak-puak pemimpin UMNO/BN ini serta memecahbelahkan mereka. Mereka ini semua adalah termasuk dalam golongan manusia yang melampaui batas.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah dan ada jati diri mesti berani membuat perubahan. Kitalah yang bertanggungjawab bagi menentukan halatuju negara kita. Kita mahu negara kita menjadi sebuah negara yang dihormati dan disegani oleh negara-negara maju yang lain.

Percayalah, sebenarnya hari ini Singapura memandang 'lekeh' terhadap Malaysia. Begitu juga dengan syarikat penerbangan mereka SIA yang sedang 'mentertawakan' MAS.

Malang sungguh Malaysia kerana mempunyai pemimpin yang rasuah, perompak wang rakyat serta merasakan diri merekalah yang pandai memerintah dan mentadbir. Orang lain semua tak layak untuk memerintah negara ini.

Oleh kerana pemimpin UMNO/BN ni dah terlampau pandai dan bijak mentadbir negara, maka sebab itulah MAS berterusan rugi, nilai ringgit jatuh, ekonomi merudum dan rakyat semakin susah.

Sekian.

Salam dari KK



























Saturday, November 1, 2008

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger