Saturday, June 6, 2009

Pemilihan PAS - Perwakilan Tunjukkan Kematangan & Profesionalisma

Suka juga Nujum Pak Belalang nak ulas sikit pasal keputusan pemilihan pucuk pimpinan PAS yang baru saja selesai semalam. Sebelum ni Nujum Pak Belalang ada buat sedikit ramalan pasal jawatan Timbalan Presiden dan 3 kerusi Naib Presiden.

Alhamdulillah, ramalan Nujum 99% tepat. Cuma 1 kerusi Naib Presiden yang Nujum ramal tak tepat. Pak Nujum meramalkan Dr. Mujahid Yusof Rawa akan berjaya mendudukinya. Rupanya YB Dato' Mahfuz Omar yang berjaya. Tak kisahlah tu. Mana ada nujum dalam dunia ini yang boleh buat 'ramalan' 100% tepat.

Pak Nujum melihat barisan kepimpinan baru yang dipilih kali ini menunjukkan ada kematangan dan tahaf profesionalisma di kalangan perwakilan. Perwakilan dilihat tegas dan teguh dengan pendirian bahawa PAS adalah sebuah jamaah Islam yang syumul. Bukan setakat parti politik semata-mata. Dari ucapan beberapa perwakilan, jelas menunjukkan ahli PAS sama-sekali tidak redha sebarang unsur luar di bawa masuk ke dalam PAS. Tak kiralah 'Unsur Erdogan' ke, 'Virus UMNO' ke maupun 'Pengaruh Anwar'. Ketiga-tiga unsur ini memang tidak sewajarnya dibawa masuk ke dalam PAS.

Suka juga Pak Nujum nak sebut kat sini pasal kekalahan Husam Musa. Tak dinafikan salah satu faktor kekalahan Husam adalah ekoran daripada kontroversi yang ditimbulkannya. Bermula dengan isu 'Kumpulan Erdogan' dan beberapa tindakannya yang dilihat agak mencalarkan sedikit kredibilitinya sebagai pemimpin harapan masa depan yang sedang dinanti dan 'digilai' oleh para penyokong dan peminatnya dari golongan muda. Faktor kedua kerana berlakunya pertandingan 3 penjuru. Jika one-by-one dengan Nasharudin, kemungkinan besar Husam akan menang.

Memang tak dinafikan Pak Nujum sendiri memang menghormati Husam sebagai seorang pemimpin yang bakal menyinar. Orangnya low-profile dan ada 'personal style'. Teringat Pak Nujum sewaktu bertemu dengannya di PUTIK dalam Muktamar PAS. Dalam pertemuan tu Pak Nujum minta jasa baiknya untuk turun berceramah di Batu Pahat. Alhamdulillah, Husam dengan senang hati bersetuju menunaikan hasrat Pak Nujum yang mewakili PAS Kawasan Batu Pahat. Beliau terus memberikan no handphonenya dan meminta Pak Nujum menghubunginya bagi menetapkan tarikh. Seingat Pak Nujum, lebih kurang sebulan selepas pertemuan itu, beliau turun ke Batu Pahat menunaikan janjinya.

TGNA juga turut menyayangi Husam dan meletakkan harapan padanya untuk menerajui Kelantan bila tiba waktunya. Malangnya, Husam agak gopoh sedikit dalam percaturan politiknya. Sebab itulah sehingga ke hari ini TGNA masih belum mahu menyerahkan jawatan MB kepadanya ekoran beberapa isu dan kontroversi yang timbul.

Juga beberapa tindakannya sebelum ini dilihat seolah-olah 'melangkaui' Presiden telah menimbulkan sedikit rasa kurang-senang di kalangan pimpinan dan juga ahli PAS. Juga kenyataannya "Mahu Membetulkan Halatuju PAS" agak memeranjatkan semua pihak ekoran hasratnya untuk bertanding jawatan Deputy President.

Kejayaan Ustaz Nasharudin mempertahankan jawatan Timbalan Presiden masih belum boleh dijadikan indikator yang perwakilan mahu kekalkan jawatan No.2 parti dari golongan Ulama'. Perlu diingat Nasharudin hanya mendapat 46% undi perwakilan. Manakala 54% undi pecah kepada Husam dan Mat Sabu. Jika Nasharudin berdepan satu lawan satu dengan Husam, kemungkinan besar dia akan kalah. So, Nasharudin should know what that's mean... Fortunately, there are two more candidates for this post. Harapan Pak Nujum agar Nasharudin mampu menunjukkan prestasi yang semerlang sebagai Deputy President. Jangan dok seronok pulak dengan kemenangan ini.

Sebagaimana laporan Harakah, kemenangan Nasharudin ini juga kelihatan selari dengan Presiden dalam memperjuangkan isu kerajaan perpaduan (Unity Goverment). Bila ditanya oleh wartawan, beliau berkata keputusan untuk meneruskan idea tersebut dibuktikan menerusi sokongan yang dibuat oleh perwakilan dalam keputusan pemilihan kepimpinan PAS Pusat kali ini.

Berikut adalah sebahagian daripada kenyataan media yang dibuat oleh Timbalan Presiden ;

"Jika merujuk kepada Ucapan Dasar Presiden sebelum ini, kita tidak pernah menutup pintu perbincangan dengan sesiapa pun sama ada badan bukan kerajaan (NGO), parti politik mahupun mana-mana pihak dalam membincang apa jua isu. Pintu tersebut tidak akan tertutup, dengan sesiapa pun kita akan berbincang."

Apa yang penting la ni dengan gabungan kepimpinan lama dan baru, PAS diharap dapat mobilize seluruh jenteranya dalam menarik lebih ramai sokongan masyarakat Islam dalam negara. PAS masih lemah dan gagal dalam aspek ini. Perlu diakui bahawa selama ini ceramah PAS hanya dihadiri oleh ahli dan para penyokongnya saja. Jangan diharap orang UMNO akan hadir. Ekoran daripada itu, PAS perlu memikirkan mekanisma yang terbaik bagaimana caranya untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat khususnya orang Melayu UMNO. Perlu diakui sokongan masyarakat Islam masih berada pada paras antara 40 hingga 45% saja di seluruh negara. Kalau di negeri Johor Darul UMNO lagi teruk percentagenya. Di bawah paras 25%.

Sebelum tidur, Pak Nujum nak ucapkan tahniah kepada seluruh pimpinan yang telah terpilih dalam pemilihan di Muktamar kali ini. Pesanan Pak Nujum, jawatan yang dipegang adalah amanah. Bukannya 'lesen' untuk bermegah. Pak Nujum mention perkataan megah ni pasai ada pengalaman dengan perangai sesetengah pimpinan PAS ni. Kadang-kadang naik meluat dengan sikap mereka yang mula berubah bila dah ada kedudukan. Lebih kurang macam perangai orang UMNO. Harap-harap perangai sebegini dah hilang dari kamus hidup mereka...

Ingat selalu bahawa PAS adalah jamaah Islam. Teringat Pak Nujum dengan keperibadian As-Syahid Imam Hasan Al-Banna selaku Mursyidul Am yang sedia menemui dan berbual mesra dengan sesiapa saja di kalangan anak buahnya dalam jamaah Ikhwanul Muslimin.

Hanya golongan yang beriman dan bertaqwa saja yang layak memimpin sebuah jamaah Islam. Jiwa dan hati mereka sentiasa berzikir memuji Allah. Di waktu malam, dia seorang 'abid . Di siang hari pula dia seorang mujahid yang dikasihi oleh Allah dan seluruh makhluk-Nya serta digeruni oleh musuh.

Akhir sekali, Pak Nujum memang tak setuju dengan idea Unity Government tu...

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger