Wednesday, June 10, 2009

Jangan Ketepikan Husam dan Mat Sabu...

Pada ketika ini sedang berlangsung Mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat bagi membincangkan beberapa perkara penting selepas Muktamar. Sudah tentu salah satunya adalah Unity Government dan juga untuk memilih 3 'pegawai tinggi' bagi mengisi jawatan Setiausaha Agong, Bendahari dan Ketua Penerangan.

Mari kita cuba membuat sedikit conclusion berhubung siapakah yang bakal dilantik untuk mengisi 3 jawatan ini bagi membantu tugas Presiden dan kepimpinan baru. Sudah tentu Hj Hadi berada dalam dilema bagi membuat keputusan terpenting ini kerana ketiga-tiga pegawai yang bakal dilantik mestilah dari kalangan individu yang berkemampuan untuk membantu tugasnya.

Apa yang penting di sini Hj Hadi mesti melantik Husam dan Mat Sabu bagi mengisi dua daripada tiga kekosongan ini. Yang jelas jawatan Ketua Penerangan memang amat sesuai untuk Mat Sabu manakala Husam boleh dilantik sebagai Setiausaha Agong ataupun Bendahari. Terpulanglah kepada kebijaksanaan Hj Hadi selaku Presiden yang berkuasa penuh untuk melantik mereka.

Adalah kurang bijak sekiranya Hj Hadi mengenepikan Husam dan Mat Sabu. Semua pihak mengakui mereka berdua mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam kancah politik negara serta arif tentang sepak terajang pihak musuh. Adalah tidak keterlaluan jika boleh disebut di sini bahawa Husam dan Mat Sabu berkemampuan memainkan peranan yang lebih berkesan dalam menggerakkan parti, lebih-lebih lagi dalam menghadapi PRU13 nanti. Di pentas antarabangsa pula, Husam dilihat mampu memainkan peranan ekoran kedudukannya sebagai Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Faktor kelebihan dan kemampuan yang ada pada mereka berdua ini tidak boleh disia-siakan begitu saja.

PAS hari ini bukan lagi dilihat sebagai sebuah parti Pak Lebai tetapi dilihat sebagai sebuah parti yang berpengaruh dalam era globalisasi ini. Apa yang diharapkan agar Presiden PAS tidak tersilap langkah dalam mengemudi sebuah 'kapal besar' yang sedang belayar menuju ke destinasinya. Hj Hadi perlu lebih berhati-hati dalam membuat keputusan dan dasar parti. Jangan diulangi lagi kesilapan yang tak sepatutnya berlaku seperti isu Unity Government. Sepatutnya Hj Hadi perlu berbincang terlebih dahulu dengan Mursyidul Am dan semua AJK PAS Pusat sebelum membuat keputusan terpenting dalam isu ini. Sebab ianya melibatkan kepentingan parti dan hubungan Pakatan Rakyat.

Diharap Hj Hadi tidak dipengaruhi oleh masalah pertentangan pendapat antara dia dengan Husam dan Mat Sabu dalam isu Unity Government. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Demi kepentingan jamaah, Hj Hadi perlu berlapang dada dan bersikap terbuka dalam membuat keputusan melantik ketiga-tiga pegawai ini.

Aku hanya sayangkan jamaah Islam ini. Semuga Allah memberikan perlindungan-Nya agar jamaah ini terus berdiri teguh dan disayangi oleh semua golongan serta digeruni musuh.

"No More Unity Government"

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger