Monday, June 29, 2009

Penyakit Hati Melanda Para Pejuang

Sebagai seorang Muslim, kita tak pernah dilarang nak jadi apa asalkan tidak menyalahi Islam. Kita juga tak pernah dilarang untuk belajar di mana-mana Universiti dalam dunia ini. Di England, Eropah, Amerika, Timur Tengah dan di mana saja. Memang kita digalakkan untuk menguasai pelbagai disiplin ilmu dan bahasa. Nak jadi ulama', jurutera, doktor, arkitek, juruterbang, pakar nuklear, pakar IT, pakar bedah dan bermacam lagi kerjaya mencabar yang boleh diceburi. Semuanya bagus dan dibenarkan dalam Islam.

Walau apa pun kerjaya kita dan di mana saja kita belajar, maka yang paling penting sekali ialah pegangan 'Aqidah Islam kita mestilah murni dan benar. Hanya dengan 'Aqidah murni saja akan menjamin diri kita bebas daripada segala bentuk pengaruh fahaman yang menyesatkan. Tak kiralah samada fahaman komunis, sosialis, pragmatis maupun sekular, semuanya akan ditolak oleh kita dengan mudah ekoran pegangan aqidah yang teguh.

Malangnnya hari ini kebanyakan daripada kita yang belajar di luar negara begitu mengagungkan sistem dan fahaman sesat yang dipelopori oleh pihak Eropah dan Barat sedangkan dalam waktu yang sama tanpa kita sedari segala tamadun yang mereka bina itu sebenarnya ditiru daripada Tamadun Islam yang lebih jauh mendahuluinnya. Di sinilah bukti betapa bangangnya kita.

Semuanya ini berlaku kerana kita tiada pertahanan dalaman yang ampuh, yaitu 'Aqidah Islam. Ini terjadi disebabkan kesalahan umat Islam sendiri. Salahnya kita kerana meninggalkan ajaran Al-Qur'an dan Sunnah.

Dalam sejarah beberapa siri Perang Salib yang berlanjutan hampir 400 tahun, tentera Kristian telah tewas sepanjang tempoh peperangan itu. Pernahkah kita tanya mengapa bala tentera Kristian laknatullah yang mempunyai kelengkapan senjata yang begitu hebat masih tak mampu mengalahkan tentera Islam yang serba kekurangan dari segi persenjataan ? Perlu kita sedari bahawa Perang Salib ini berlaku atas dua faktor utama yaitu Politik dan Agama.

Jawapannya ialah 'Aqidah Islam. Dengan pegangan 'Aqidah yang padu dan murni telah menjadikan tentera Islam begitu digeruni oleh musuh di medan perang. Tentera Islam turun ke medan perang dengan niat ikhlas untuk mempertahankan kedaulatan Islam serta cintakan syahid. Manakala pihak musuh pula berperang kerana terpaksa dan takut mati. Sebab itulah tentera Islam sentiasa mendapat pertolongan Allah dan berjaya dalam setiap misi di medan jihad.

Setelah mengalami kekalahan teruk di sepanjang peperangan tersebut, akhirnya Raja Peranchis King Louis VI meninggalkan satu wasiat sebelum beliau mati. Wasiat tersebut berbunyi "Kita berperang nak hidup tetapi tentera Islam berperang nak mati. Sebab itulah kita tak boleh kalahkan mereka. Kita mesti tukar tektik peperangan ini. Kita janganlah lagi berperang dengan mereka menggunakan senjata tetapi kita perangi Aqidah mereka. Kita mesti buang Al-Qur'an daripada dada umat Islam. Hanya dengan cara ini kita mampu kalahkan mereka."

Wasiat Raja Peranchis ini telah dilaksanakan secara teliti dan halus. 800 tahun kemudian yaitu pada pertengahan kurun ke-19, berlakulah kejatuhan Empayar Islam Uthmaniyah di Turki. Kejatuhan ini bermula apabila Sultan-Sultan Uthmaniyah yang akhir sudah menyimpang jauh daripada landasan perjuangan nenek-moyang mereka. Mereka dah mula lupa bagaimana Sultan-Sultan Uthmaniyah memerintah kerajaan dengan iman dan taqwa. Sultan-Sultan di zaman keagungan Empayar Islam Uthmaniyah Turki terkenal sebagai golongan yang sentiasa beribadat di malam hari dan pada siangnya mereka umpama singa. Malangnya sifat ini sudah tiada lagi pada Sultan-Sultan yang akhir.

Mengapa Sultan-Sultan akhir boleh jadi sedemikian ?

Kita sendiri boleh menjawabnya sebab kita pun lebih kurang macam mereka. "Hubuddunya" cintakan dunia. Inilah 'virus' yang digunakan oleh pihak Yahudi dan Nasrani dalam merealisasikan wasiat yang ditinggalkan oleh King Louis VI itu. Mungkin kita tak menyedari yang selama ini kita hidup dalam sistem mereka. Sistem yang menjurus kepada kehidupan dunia semata-mata. Memang benar kita melaksanakan solat, puasa, zakat, haji dan pelbagai lagi amal ibadah yang dituntut tetapi dalam waktu yang sama kita masih mempertahankan sistem musuh. Ini berlaku kerana Aqidah kita tidak murni dan rapuh. Jiwa kita sudah terlampau jauh daripada Allah dan Rasul.

Ekoran daripada itu kita sudah tidak sensitif dengan Islam. Kita hanya berdiam diri bila melihat Islam dipijak dan dihina, umat Islam dibunuh, umat Islam dimurtadkan. Bila kita melihat saudara Islam yang miskin, hati kita memandang hina dan jijik pada mereka. Kita berbangga kerana tidak jadi seperti mereka. Hati kita jadi sakit bila melihat ada saudara Islam yang lebih sedikit dari kita.

Begitu juga perihal kita yang duduk dalam jamaah Islam. Kita lebih rela melihat jamaah miskin. Cukup sukar untuk kita mengorbankan hartabenda kerana dibayangi perasaan takut jatuh miskin. Derma hanya dikeluarkan bila diminta. Bagi negeri yang dah menang pula, lain pula jadinya. Sumbangan dan derma memang mencurah-curah turun tetapi ada pula yang memberikan sumbangan mengharapkan 'sesuatu'. Inilah antara ujian dan dugaan yang sentiasa dihadapi oleh jamaah Islam di seluruh dunia. Cuma ada sedikit yang menimbulkan tanda-tanya di sini apabila pilihanraya semakin hampir. Pada ketika itu ramai pulak para dermawan yang datang menghulurkan bantuan sedangkan sumbangan sedemikian sepatutnya diberikan tanpa mengira masa dan waktu sebab segala gerakerja adalah sepanjang masa dan memerlukan pembiayaan. Dan lebih menyedihkan ada di kalangan kita hanya menghulurkan derma yang tak setimpal dengan pendapatan. Ada pula yang memberikan pelbagai alasan kerana malu memberikan derma yang sedikit.

Di kalangan pimpinan pula, penyakit ego dalam diri masih bersarang dalam jiwa. Merasakan diri saja yang betul. Orang bawahan apa tahu. Mesti wala' pada pimpinan. Inilah modal yang digunakan oleh sesetengah pimpinan dalam jamaah kita. Kadang-kadang keputusan yang diambil langsung tidak memberi faedah pada jamaah. Hanya setakat mengeluarkan arahan serta mahu menunjukkan yang mereka buat kerja. Kalau tak nanti tak terpilih lagi dalam pemilihan jawatan.

Kita juga masih terlalu lemah dalam segala gerakerja. Gerakerja tanpa maklumat. Main redah saja secara membuta-tuli. Dah berpuluh tahun menghadapi pilihanraya tetapi masih ada di sesetengah tempat berada di takuk lama. Kadang-kadang terasa macam buat kerja syok sendiri. Musuh pula hanya memerhati saja segala tindak-tanduk kita tanpa sedikit pun merasa gerun kerana mereka tahu sejauh mana keberkesanan gerakerja yang kita lakukan. Sepatutnya kita mengekploitasikan sepenuhnya segala kemudahan dalam era Teknologi Maklumat ini dalam mengoptimumkan segala gerakerja kita. Malangnya segala kemudahan ini disia-siakan.

Kelemahan yang ketara sekali apabila tiada fokus dalam gerakerja dakwah dan penerangan. Kerja yang dilaksanakan tidak sampai ke sasaran. Hanya secara rambang. Kita asyik terikut rentak musuh yang sengaja menimbulkan pelbagai isu. Tidak dinafikan memang kita perlu menerangkan kepada masyarakat tentang beberapa isu dan tindakan pihak musuh yang menggugat kepentingan rakyat. Namun jangan sampai kita lupa pada kerja utama yang wajib dilaksanakan yaitu menyeru umat Islam kembali kepada Aqidah yang sebenar. Sebab itulah sehingga ke hari ini masih ramai di kalangan umat Islam terus menyokong pihak musuh. Selama ini pada sangkaan mereka dengan terus menyokong pihak musuh itu tidak menjejaskan Aqidah.

Hakikat yang perlu diakui bahawa kita yang berada dalam jamaah Islam ini masih terlalu jauh dengan Allah. Hanya lahiriah saja kita nampak hebat tetapi hakikatnya kosong. Hati kita tidak pernah terikat dengan Allah. Kita merasakan kemenangan yang diperolehi adalah hasil kebijaksanaan dan penat lelah kita selama ini. Memang di mulut menyebut "Allah yang memberikan kemenangan" tetapi jauh di sudut hati merasa bangga kerana merasakan dirilah yang bijak dalam mengatur strategi dan arahan selaku pimpinan. Sebab itulah musuh tak takut dengan kita. Setiap perkataan yang diucapkan langsung tidak memberi kesan pada hati yang mendengar disebabkan tiada roh.

Seperkara lagi ukhwah di kalangan kita pun masih berada pada tahap yang rendah. Dan memang wujud "double standard" di kalangan kita. Ringkasnya, memang segala bentuk 'penyakit' sedang melanda jamaah kita selama ini.

Selaku anggota dalam jamaah Islam, kita wajib sama-sama bermuhasabah diri. Tiada jalan lain untuk mendapatkan pertolongan Allah melainkan dengan Iman dan Taqwa kepada-Nya.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger