Thursday, April 29, 2010

Kes Bunuh Aminulrasyid : Fakta sebenar kejadian

Setiap kali memandang gambar Allahyarham Aminulrasyid (Al Fatihah buatnya), hati ini menjadi sayu dan turut dapat merasakan betapa sedih dan remuknya hati ibu yang telah kehilangan anak bongsu kesayangan. Bagi Allahyarham yang telah pergi, marilah kita berdoa' semuga Allah menerimanya sebagai ahli Jannah.

Dan hati ini serta-merta mendidih bila teringat pada anggota Polis yang menembak Allahyarham. Celaka punya Polis. Dah salah tu mengaku ajelah. Bukan takat tak ngaku malah buat kenyataan bohong dalam media dengan memfitnah Allahyarham sebagai kumpulan geng samun. Sapa yang nak percaya lagi dengan Polis ni. Lepas tu KPN Musa Hasan dok merapu tak tentu pasal ekoran kes ini. Masih cuba nak bela anggotanya yang memang bersalah. Apa dia ingat PDRM tu dia yang punya ke ? Sedarlah sikit, anggota Polis adalah penjawat awam beruniform.

Berikut adalah penjelasan YB Khalid Samad berhubung kes ini dan penjelasan rakan Allahyarham kepada beliau.

Keadilan Untuk Aminulrasyid

Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali masyarakat tempatan.

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun. Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asr telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan. Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’. Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka. Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ. Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan. Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas. Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.
Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.

2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.

3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya. Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Najib sudah sedia 'Lubang Maut' buat PR

Mungkin tajuk ini seolah-olah melangkaui masa namun inilah hakikat yang perlu ditelan walaupun pahit oleh Pakatan Rakyat. Dengan cara dan kaedah permainan politik kotor UMNO/BN berserta dengan seluruh jentera kerajaan yang mereka miliki, adalah hampir mustahil Pakatan Rakyat akan ke Putrajaya selepas PRU13.

Sejak PRU12, PR merasakan gelombang besar pengundi Cina dan India akan berterusan sehingga PRU13 dan disokong pula dengan pelbagai isu penyelewengan, jenayah dan kebobrokan pentadbiran kerajaan UBN dalam negara.

Ya, memang tidak dinafikan PR ada kelebihan di sudut isu ekoran pelbagai pendedahan yang dibuat tentang betapa 'busuknya' pemerintahan dan pentadbiran kerajaan UBN. Di sudut sokongan pula, sikap dan sokongan pengundi Cina dijangka berlanjutan sehingga ke PRU13 yang akan datang. Manakala pengundi India sukar dijangka apatah lagi jika dilihat PKR yang diharapkan sebelum ini semakin menuju ke 'liang lahad'.

PR perlu beri perhatian serius dalam urusan pemilih. Barang diingat undi rakyat yang diperlukan untuk menang dalam pilihanraya. Juga perlu sedar untuk memastikan kejayaan Road To Putrajaya, PR memerlukan sekurang-kurang 55% undi Melayu dan Bumiputera di seluruh negara. Dalam konteks ini PAS khususnya perlu serius dalam menangani masalah ini. Sampai bila kita hanya nak bergantung kepada isu dan gelombang rakyat semata-mata.

Dari satu sudut, DAP dilihat berjaya meraih sokongan pengundi Cina. Dalam PRU12 lalu, DAP telah menang di hampir semua kerusi Parlimen dan DUN yang ditandinginya yang mana peratusan pengundi Cina melebihi 70%. Dan salah satu faktor penyumbang kepada kejayaan ini ialah tahap kesedaran politik masyarakat Cina amat tinggi berbanding India dan Melayu.

Samada PR sedar atau tidak, Najib telah memulakan 'Mega Project' untuk menawan semula Kedah, Selangor dan Penang. Mungkin Kelantan agak sukar sedikit atas beberapa faktor. Manakala Penang, bergantung kepada sikap pengundi Cina. Manakala Sabah dan Sarawak, BN langsung tidak bimbang kerana sudah tersedia 'resipi khas' bagi memastikan penguasaan sepenuhnya dalam PRU13 nanti.

Samada PR mahu percaya atau tidak, janganlah bermimpi untuk kekal memerintah di Selangor, dan Kedah jika tidak membuat persediaan awal dari sekarang. Mana-mana pimpinan PR yang 'sakit' mesti diambil tindakan segera untuk 'merawatinya'. Segala unsur 'barah dalaman' mesti ditangani segera sebelum ianya menjadi lebih parah lagi.

Hari ini rakyat sedang memerhati PKR. Dan memang PKR sebenarnya menjadi 'duri dalam daging' kepada Pakatan Rakyat. Masalah dalaman yang semakin kronik melanda parti itu berpunca daripada Anwar sendiri. Sebenarnya Anwar bertindak secara 'one man show'. Dan pemilihan Zaid sebagai calon di Hulu Selangor baru-baru ini bukannya keputusan parti tetapi ianya adalah pilihan Anwar sendiri.

In person, saya yakin PKR akan terus berkubur selepas PRU13 kelak. Nasibnya serupa macam Semangat 46. Dalam konteks ini, saya melihat Najib berjaya dalam projeknya untuk melumpuhkan PKR secara perlahan-lahan. Ibarat api dalam sekam. Dan semalam disiarkan dalam The Malaysian Insider, ada 5 orang lagi MP PKR akan bertindak keluar parti dan menjadi bebas. Semuanya ini berlaku disebabkan kegelojohan Anwar sendiri. Terlampau ghairah nak pergi ke Putrajaya dengan projek 16 September 2008, akhirnya diri sendiri yang terduduk.

Mengapa saya kata PR akan tumbang ?

Tunggu dan lihat saja nanti dalam PRU13 jika tiada sebarang tindakan serius yang diambil oleh PR dari sekarang.

Kalau setakat bergantung dengan isu, tak usah beranganlah. Dedahlah isu apa pun tentang penyelewengan dan jenayah pemimpin UMNO, namun sikap pengundi Melayu dan Bumiputera tetap begitulah selagi mana PR tidak berbuat sesuatu untuk mengubah senario ini. Bila menjelang saja pilihanraya akhirnya undi rakyat jadi penentu. Bukannya isu.

Tak usah nak buang masa menuding jari tentang segala macam penipuan dan rasuah undi yang dilakukan oleh UBN. Itu semua dah memang kerja mereka. Yang penting sekarang PR perlu fokus kepada PRU13.

Jangan sampai nanti melopong mulut bila melihat 3 negeri kembali ke tangan BN semula. Lepas tu berbondong-bondonglah bekas MP PKR masuk UMNO/BN kembali. Dan PKR pula akan 'dikebumikan'. Yang tetap kekal berdiri teguh hanyalah PAS dan DAP saja.

Ingat!!! Najib sudah sediakan lubang mautnya....

Wednesday, April 28, 2010

'Altantuya' Is Back !

Jangan diingat kuasa yang ada di tangan tu adalah mutlak. Memang kita tidak hairan dengan manusia seperti Najib dan Rosmah ini sebab pasangan ini telah diketahui umum bertuhankan iblis. Sebab itulah mereka berdua merasakan boleh melakukan apa saja tanpa sebarang halangan dengan kuasa No.1 di tangan. Sebelum ini mereka menggunakan seluruh jentera kerajaan untuk membersihkan nama daripada dikaitkan dengan pembunuhan kejam Altantuya. Dan berjaya. Rupa-rupanya 'kejayaan' itu hanya bersifat sementara bila mana Peguam Perancis sekarang berada di Kuala Lumpur untuk menyiasat skandal pembelian Scorpene. Bila siasat Scorpene, secara tidak langsung melibatkan kematian Altantuya.

Peguam Perancis di KL siasat Scorpene

Joseph Breham, seorang daripada anggota perundangan Perancis yang memfailkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia dijangka mendarat di Kuala Lumpur hari ini.

Misi Breham adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.

Perjanjian pembelian kapal selam yang menelan belanja berbilion dolar itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Datuk Seri Najib Razak yang kini adalah perdana menteri Malaysia.

Perjanjian itu dikatakan memberi komisyen RM3.7 billion kepada seorang sekutu rapat Najib, Abdul Razak Baginda.

Nilai pembelian itu adalah untuk memperolehi dua kapal selam kelas diesel - yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (yang dulunya dikenali sebagai Direction des Constructions Navales) dan pemajakan kapal selam ketiga yang sudah bersara yang diusahakan oleh sebuah syarikat usahasama antara DCN dan firma, Sepanyol, Agosta.

Breham, seorang daripada tiga peguam yang memfailkan kes berkenaan dengan pihak pendakwaan Perancis bagi pihak Suaram memberitahu Asia Sentinel bahawa mahkamah Perancis telah membuka siasatan awal dan akan menasihatkan anak guamnya berhubung langkah seterus mereka.

Breham, Renaud Semerdjian dan peguam utama, William Bourdon, memfailkan permohonan bagi menyiasat rasuah dan wang umpanan ke atas DCN pertama kali pada Disember dan memfailkan dokumen tambahan pada Februari lalu.

Kes berkenaan menjadi tajuk utama media di Malaysia berikutan pembunuhan ngeri seorang penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006 yang juga adalah kekasih Razak Baginda yang mengiringinya ke Perancis berhubung beberapa urusniaga pembelian kapal selam berkenaan.

Altantuya yang juga seorang model dijumpai dalam keadaan berkecai diletupkan dengan bahan peledak milik pihak keselamatan di sebuah hutan di luar Kuala Lumpur.

Dua daripada polis pengawal peribadi Perdana Menteri yang diarahkan menghalang Altantuya oleh ketua staff Najib, Musa Safri telah didapati bersalah oleh makamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Namun, Najib, mahupun Musa belum disoal-siasat oleh pihak berkuasa berhubung kes berkenaan.

Walaupun rekod menunjukkan bahawa Najib berada di Perancis pada masa yang sama ketika Altantuya dan Razak Baginda, beliau berulang-kali telah bersumpah kepada Allah bahawa dia tidak mengenali model Mongolia itu.

Sebuah laporan yang difailkan oleh seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razak Baginda mendakwa Altantuya adalah kekasih pertama Najib.

Selepas Altantuya dibunuh, pihak berkuasa menjumpai sepucuk surat yang mengatakan bahawa wanita itu akan memeras ugut Razak Baginda untuk sejumlah US$500,000, walaupun tujuan wang itu tidak disebut.

Selain kos kapal selam dan juga komisyen yang tinggi, lebih menggemparkan kontrak asal menyebut kapal selam berkenaan tidak mempunyai kelengkapan senjata dan peralatan mengesan. Pihak ketenteraan Malaysia perlu membuat bayaran tambahan €130 juta (RM550 juta) untuk melengkapkan kapal selam itu.

"Adakah ini bermakna, kita membeli besi kosong?" soal seorang pegawai tentera yang tidak mahu dikenali, menerusi email kepada Asia Sentinel.

- malaysiakini

Remaja 15 tahun dibunuh Polis ...

Memang marah dan geram sambil menyumpah "Celaka punya Polis... senang-senang bunuh anak orang dengan alasan dangkal" bila membaca berita tentang Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh Polis awal pagi Isnin. Apakah anggota Polis dalam negara ini dibenarkan menembak sesuka hati hanya berdasarkan syak wasangka semata-mata ?

Menurut rakan mangsa, yang juga saksi utama kes ini, dia dan mangsa telah memotong kenderaan polis dengan laju. Kemudiannya telah dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.

Dalam aduannya, rakan mangsa mendakwa dia telah keluar dari kereta untuk menyerah diri dan salah seorang anggota Polis telah menendangnya dari belakang dan kemudian anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai. Tegasnya lagi, dia meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu pulang ke rumah.

Persoalannya atas alasan apa Polis dengan sewenang-wenangnya menembak kereta yang dinaiki oleh mangsa dan rakannya ?

Dulu pernah berlaku satu kes sebuah lori 3 tan yang membawa muatan seludup dari Mersing. Bila pihak Polis Daerah Batu Pahat mendapat maklumat dari Mersing, lalu sebuah kereta peronda dari Balai Polis Batu Pahat diminta menahan lori tersebut. Secara kebetulan salah seorang anggota Polis unit ronda itu adalah kenalan saya. Allahyarham Koperal Munir.

Bila bertemu saja dengan lori tersebut, Koperal Munir dan rakannya telah mengejar lori tersebut dan mengarahkan pemandunya berhenti namun apa yang berlaku lori tersebut terus menghimpit kereta Polis ketika mahu memintas dan mengakibatkan kereta peronda terbabas dan terbalik. Allahyarham dan rakannya mendapat cedera. Sewaktu saya bertemu dengan Allahyarham, lalu dia menceritakan detik-detik cemas itu. Lalu saya bertanya "Kenapa abang tak tembak tayar lori tu?" Allahyarham menjelaskan memang pada awalnya dia mahu tembak tayar tapi pegawainya tidak benarkan kerana boleh membahayakan pengguna jalanraya yang lain.

Jelas di sini bahawa anggota Polis tidak dibenarkan sama-sekali menembak sesuka hati walaupun dah pasti pemandu lori tersebut terlibat dalam kes jenayah seludup.

Berbalik pada kes tembak mati remaja 15 tahun ini. Jelas sekali anggota Polis terbabit telah melakukan satu kesalahan jenayah bunuh. Tiada alasan untuk mereka menembak kereta tersebut.

Sepatutnya anggota Polis hanya perlu memintas kereta yang dinaiki oleh mangsa dan rakannya dan mengarahkan mereka berhenti di tepi jalan. Bukannya terus menembak.

Sebagai rakyat, kita mahu semua anggota Polis yang terbabit mesti didakwa di mahkamah, termasuk pegawai mereka. Kita tak mahu ada lagi yang menjadi mangsa segelintir anggota Polis gila dan celaka ini.

Artikel berkaitan ;

- Keluarga juvana mati ditembak Polis tuntut penjelasan
- Bunuh juvana : Khalid minta Polis lindungi saksi
- 'Jangan lapor bukan-bukan', rayu ibu Aminulrasyid
- Tembak remaja: K'jaan S'gor mahu jumpa CPO
- MP: Kes Aminulrasyid patut diselesai segera
- Remaja ditembak: Polis diminta jamin keselamatan saksi utama
- Panel khas siasat kes polis tembak mati remaja

Malaysia bukan negara Polis !

Tuesday, April 27, 2010

Melayu yang haru-biru

Sedih bila mengenangkan masih ramai lagi orang Melayu Islam yang tunduk dan patuh kepada UMNO dan pimpinannya. Apakah selama ini mereka beranggapan dengan menyokong UMNO langsung takde kena mengena dengan kehidupan di Mahsyar kelak. Apakah selama ini mereka masih tidak faham akan tujuan Allah SWT memerintahkan Baginda Rasulullah S.A.W. berhijrah dari Mekah ke Madinah ? Atau ahli dan penyokong UMNO sengaja menempah kesesatan dengan nilai dunia yang sedikit ?

Entahlah... kadang-kadang saya naik hairan bila mengenangkan betapa bebalnya ahli dan penyokong UMNO yang ada hari ini. Nak dikatakan di rumah mereka takde Al-Qur'an, tak munasabah... Tapi hakikat yang perlu diakui oleh kita ialah al-Qur'an yang ada itu hanya jadi bahan perhiasan saja. Kadang-kadang tu ada yang dah berhabuk duduk di atas almari tanpa disentuh. Kalau ada yang membacanya pun hanyalah orang tua kita saja. Baca untuk mendapat pahala tetapi tak pernah berusaha untuk memahami dan mendalaminya.

Manakala anak pula, bergantung kepada ibu bapa. Jika ibu bapa yang kuat pegangan agamanya, biasanya anak-anak mereka akan dipaksa dan diasuh agar Al-Qur'an menjadi amalan harian. Namun kebiasaannya majoriti ibu bapa hanya akan menyuruh anak mereka membaca Al-Qur'an sehingga khatam saja. Sebab yang penting bagi mereka asalkan anak sudah khatam, cukuplah. Kalau tak malu dengan jiran tetangga sebab anak tak khatam lagi. Lepas tu Al-Qur'an simpan. Dan inilah budaya dalam masyarakat Melayu kita.

Tak payah cakap pasal orang lain. Saya sendiri dulu pun macam tu juga. Memang awal dah khatam Al-Qur'an. Sejak sekolah rendah. Lepas tu lama kelamaan langsung tak baca lagi. Maklumlah... dah khatam. Kalau ada pun baca Yaasin seminggu sekali kat rumah orang kenduri. Faham-faham sajalah orang Johor memang popular dengan kenduri dan Yaasin setiap malam Juma'at. Apatah lagi kalau ada orang meninggal. Pendek kata makan free setiap malam. Apa taknya... 1,2,3,7,40 dan 100 hari selepas mati. Inilah bid'ah yang menjadi amalan turun-temurun orang Melayu kita. Tak tahulah sapa yang dok ajar... Kadang-kadang tu bila dah lama takde orang mati kat kampung, mulut mulalah gatal bercakap dengan kawan-kawan "Dah lama kita tak makan free ya. Kot-kot tak lama lagi ada yang meninggal pulak..."

Tak faham Islam dan Siasah Syari'ah

Dalam nak memperkatakan pendirian ahli dan penyokong UMNO ni, saya melihat salah satu faktor penyebab mereka terus menjadi pendokong setia perjuangan toghut dan sekular UMNO ni ialah kerana tidak faham apakah itu Aqidah Islam dan Siasah Syari'ah. Justeru mereka terus berpegang dan yakin dengan fahaman sesat "politik suku, agama suku" didikan musuh Islam sendiri. Dan memang biasa kita dengar di kalangan orang tua kita yang dok cakap "Mana ada politik dalam Islam. Zaman Nabi kita dulu mana ada pilihanraya..."

Inilah masalahnya kita orang Islam. Masih tak faham-faham dengan peristiwa Hijrah Rasulullah.

Golongan Ulama' Pengampu

Ini juga satu masalah besar. Golongan ulama' pengampu dan jahat inilah yang jadi punca kepada masalah ummah. Golongan ulama' cari makan. Tak berani menegur pemerintah yang zalim. Sepatutnya mereka jadi penasihat kepada pemerintah yang jahil Islam. Malangnya apa yang berlaku dah songsang. Mereka pulak yang jadi barua kepada pemimpin jahat dan munafiq. Nak keluarkan fatwa kena tunggu dulu lampu hijau pihak atasan. Lepas tu buat kenyataan yang mengelirukan sehingga umat Islam sendiri jadi bingung yang mana benar atau salah. Golongan ulama' celaka inilah yang menyebabkan ramai umat Islam berada dalam kegelapan kekufuran tanpa sedar.

Fahaman madiyyah (kebendaan)

Fahaman ini sudah tertanam dalam jiwa umat Islam di seluruh dunia sejak kejatuhan Empayar Islam Uthmaniyyah Turki lagi. Sejak itu, pihak musuh Islam yang diketuai oleh Iluminati dan Freemason Yahudi telah bekerja keras untuk merosakkan jiwa umat Islam dengan cara yang paling halus dan licik. Matlamat utama mereka adalah untuk membuang Al-Qur'an daripada dada umat Islam.

Salah satu kaedah yang diperkenalkan oleh Yahudi ke seluruh dunia Islam ialah sistem ekonomi riba'. Mereka tahu, hati dan jiwa umat Islam akan semakin lemah dari masa ke semasa bila terlibat dan memakan harta riba' ini. Untuk merealisasikan visi ini, mereka mulakan dengan penjajahan negara umat Islam di seluruh dunia. Dan termasuklah negara kita. Dan visi Yahudi ini sangat berjaya hasil kerjasama orang Islam sendiri.

Hasil daripada tarbiyyah Yahudi dan diteruskan kesinambungannya oleh UMNO, maka kita boleh lihat hari ini majoriti umat Islam tanahair begitu berkiblatkan hartabenda. Tak kira sapa... semua terlibat. orang UMNO ke, PAS ke, atas pagar ke.... bila ada sesuatu skim cepat kaya dan boleh dapat duit cepat... pasti ramai yang sanggup mengeluarkan ribuan malah puluhan ribu ringgit untuk melabur. Tapi bila tiba soal derma atau tabung untuk membantu saudara Islam yang susah... cukup berat untuk mengeluarkan wang. Lebih teruk lagi ada yang sanggup songlap wang derma orang ramai untuk tabung kemanusiaan.

Buktinya... tak lama dulu negara kita heboh pasal pelaburan Swiss Cash. Berapa ramai umat Islam tanahair yang sanggup mengeluarkan wang hingga puluhan ribu ringgit hanya semata-mata untuk nak jadi kaya cepat. Dah tak peduli pasal soal halal haram atau syubahat, yang penting duit mari.... Dan pelbagai lagi skim cepat kaya yang tumbuh macam cendawan lepas hujan. Bukan setakat orang biasa yang melabur, malah golongan pensyarah dan cerdik pandai pun turut terlibat.

Inilah satu bukti bila mana fahaman kebendaan sudah beraja di hati...

Tak usah kita hairanlah bila ahli dan penyokong UMNO akan terus diperdaya dengan janji wang bila menjelang pilihanraya. Sebab itu dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini, kerajaan UBN Najib berbelanja hampir RM100 juta untuk menang hanya dengan majoriti 1,725 undi.

Bila mana Aqidah Islam orang Melayu dah rosak, sudah tentu mereka terus menjadi 'hamba abdi' kepada UMNO dulu, kini dan selamanya.... Dan memang pun UMNO suka jika orang Melayu terus berada dalam kemiskinan. Sebabnya mudah untuk diperhambakan... Kalau majoriti orang Melayu dah merdeka di sudut ekonominya, maka sudah tentu sukar untuk diugut dengan pelbagai sekatan itu dan ini. Percayalah... segala janji munafiq UMNO selama ini untuk membela Melayu hanyalah penipuan semata-mata. Dah 52 tahun mereka perintah... nasib Melayu dok gitu juga.

Islam dan Melayu

Sejak kecil lagi kita telah dididik dengan satu fahaman songsang yang mengatakan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam. Sapa yang dok ajar ini semua ? Minta maaf cakaplah... inilah satu fahaman songsang yang terbawa-bawa dalam masyarakat kita hasil didikan UMNO. Kita wajib perbetulkan fahaman ini. Ekoran fahaman songsang inilah yang menyebabkan kita berfikiran sempit dan beranggapan Islam adalah agama untuk orang Melayu saja. Dan disebabkan ini jugalah bangsa lain seperti Cina dan India jadi takut untuk mempelajari dan mendekati Islam hingga ada di kalangan orang Cina yang kata "Kalau gua masuk Islam nanti gua jadi Melayu...."

Tengok... disebabkan fahaman songsang ini, tak pasal-pasal bangsa lain tak jadi peluk Islam pasal mereka takut jadi Melayu. Semuanya berpunca daripada kebodohan masyarakat kita yang dok faham Islam hanya untuk Melayu. Kepala hangguk dia orang... Inilah hasil didikan UMNO celaka.

Masalahnya ...

Kita ni ngaku je Islam tapi malangnya lebih percaya dengan sistem ciptaan manusia daripada sistem Allah. Kenapa boleh jadi begini ? Di mana duduk dan letaknya ikrar kita semua pada Allah ketika mengucapkan kalimah Tauhid setiap hari dalam solat ?

Sebab itulah Almarhum Prof Dr Hamka menafsirkan ayat 159 dalam Surah Al An'am (6) sebagai "Barangsiapa yang ada keyakinan dalam hati bahawa ada sistem lain yang lebih baik dari Islam, maka kafirlah mereka walau masih bersolat."

Habis tu, bagaimana pulak dengan Aqidah Islam kita jika masih terus-menerus menyokong UMNO yang berfahaman sekular Kristian serta memisahkan agama dengan politik ?

Adakah kita juga termasuk dalam golongan kafir juga ?

Tepuk dada tanya iman...

Jazakallah.

PKR must leverage on multiracialism, says analyst

He noted that PKR, which shot to prominence two years ago, needed constant consultation with its grassroots and various divisions to steer the party forward or risked going into "bankruptcy". The analyst added that PKR must raise the bar for its state and national leaders contesting in the next general election and should make good use of time to take stock.

KUALA LUMPUR: PKR must leverage on multiracialism and undergo a minor makeover of its political message to stay in the hunt for Putrajaya with its other Pakatan Rakyat (PR) partners in the next general election.

Political analyst Dr Ooi Kee Beng said Datuk Seri Anwar Ibrahim's party could not stand as an "anti-Umno" symbol or "lightning rod for the dissatisfied" if it were serious about winning the hearts of voters nationwide.

"Multiracialism, justice and welfare are several key areas which PKR needs to look at in spreading its message to the rakyat. PKR has the multiracial appeal and is not laden with a lot of history," he told The Edge Financial Daily on Monday, April 26.

According to Ooi, the opposition party could not merely dwell on issues of corruption and abuse of power and question the credibility of Barisan Nasional (BN) leaders to gain long-term support. He noted that PKR could only push its reform agenda by first consolidating itself and drawing in those who are loyal to its cause.

He said PKR made massive inroads in the last general election despite being a young party and as such was bound to face challenges concerning its ideology and power structure. He pointed out that a host of veteran politicians in the party subscribed to the "old concept of politics".

"It was still a very loose party after March 8 (2008). I consider the last general election more of a defeat of BN than a win for PKR, as the opposition won many seats because of fence-sitters who took their side," said Ooi, a fellow at the Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS).

The political analyst opined that a lack of dynamism in BN following the last general election allowed PKR and its partners in PR the liberty "to punch way above" its class before the opposition pact could stabilise. He said that BN has managed to hold its position together now under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

"There is more foam than beer in the glass for PKR... A lot of the failures it has experienced lately is not so much of its doing," said Ooi. The opposition party's chances of claiming Putrajaya, he said, would depend on how well it got its house in order.

On the Hulu Selangor by-election, he said PKR had put in a commendable performance, losing by only 1,725 votes in a mixed parliamentary seat and against a strong BN machinery. He said that the party would need to press the panic button if the ruling coalition had scored a landslide victory.

Since the last general election, political observers have commended PKR for its role in bridging the gap between DAP and PAS to form PR. Nevertheless, cracks in PKR have caused minor rifts in the pact, though PKR leaders were quick to call it a "cleansing process" that would weed out those with wavering loyalties.

Nine elected representatives have quit PKR since the beginning of last year, citing a loss of confidence in its leadership as their main reason. Of the nine, four are MPs from the constituencies of Bayan Baru, Nibong Tebal, Bagan Serai and Kulim Bandar Baharu while the others are state assembly members representing Changkat Jering, Behrang, Lunas, Port Klang and Bakar Arang.

PKR has also been facing scores of divisional and branch leaders announcing their resignation from the party of late, although on the same note, there have been reports that the party has also been successful in recruiting dozens of young members and professionals.

Another political analyst said PKR must be able to administer Selangor, the richest state, under its "reform agenda", as a model of its federal government, should the party secure Putrajaya in the 13th general election.

He pointed out that the stakes in Selangor were high as Anwar was the state economic adviser while Najib was Selangor BN chairman and Umno Selangor liaison chief. All eyes were on PKR to "walk the talk" and introduce "people-friendly" measures, he said.

"PKR must soon settle down, curb its internal politicking and stop the mud slinging... It should learn from the defunct (Parti Melayu) Semangat 46 not to take for granted when party members start to quit," said the political analyst who declined to be named.

He noted that PKR, which shot to prominence two years ago, needed constant consultation with its grassroots and various divisions to steer the party forward or risked going into "bankruptcy". The analyst added that PKR must raise the bar for its state and national leaders contesting in the next general election and should make good use of time to take stock.

written by Yong Min Wei
The Edge

Monday, April 26, 2010

Bridget Welsh : Tiada pemenang dalam PRK Hulu Selangor

Tiada pemenang dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, malah ia belum cukup untuk dilihat sebagai referendum terhadap Perdana Menteri Najib Razak sungguhpun Barisan Nasional menawan semula kawasan pengundian ini. Demikianlah pandangan pengkaji politik, Bridget Welsh semasa mengulas keputusan PRK Hulu Selangor.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Bridget Welsh (gambar kiri) yang juga Profesor Madya di Singapore Management University berkata, walaupun BN memenangi PRK ini, namun ia satu kemenangan yang "kurang cantik", khususnya apabila Najib menongkah arus tradisional dan turun sendiri ke padang untuk menarik undi dengan menabur gula.

"Sememangnya, anda boleh mengatakan menang tu menang-lah," kata Bridget Welsh. Pada awal PRK Hulu Selangor, Bridget Welsh menganggap ia sebagai satu referendum terhadap prestasi Najib dalam menguruskan ekonomi negara kita. Namun, setelah mengamati kempen untuk PRK ini, beliau menganggap ia "belum cukup untuk dilihat sebagai referendum".

Calon MIC-BN P.Kamalanathan menewaskan calon PKR-PR Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi. PRK yang mencatat kadar pengundian 75.87% ini mempunyai 731 undi rosak.

Pakatan Rakyat perlu muhasabah

Selain itu, Bridget Welsh berpendapat bahawa Pakatan Rakyat harus mengambil iktibar dari PRK ini. Menurut Bridget, PR harus berkempen dalam satu pasukan, malah dalam PRK ini, PR lebih berada pada kedudukan "mengawal" (defend), dan agak perlahan langkahnya pada peringkat permulaan. Beliau menjangkakan keadaan mungkin memihak kepada PR seandainya tempoh berkempen dipanjangkan.

Pada pandangan Bridget, sungguhpun strategi BN untuk menyerang secara peribadi terhadap Zaid (gambar kanan) dan menabur gula kelihatan berkesan, namun taktik ini telah menjadikan kemenangan ini tercalit. Beliau menganggap Zaid Ibrahim seorang calon yang baik dan berwawasan, tetapi lemah dalam strategi kempennya.

"Saya merasakan tiada pemenang yang sebenarnya dalam PRK ini. Malah pengundi Hulu Selangor juga bukan pemenang yang sebenar. Walau bagaimanapun, saya masih dalam pengamatan," katanya.

Pada 24 April, PM Najib menjanjikan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada SRJK (c) Rasa, pembinaan 200 unit rumah kos rendah di Hulu Bernam dan peruntukan RM25 r
ibu kepada dua pertubuhan Cina di Hulu Bernam, seandainya BN menang.

Pada 23 April, Najib mengumumkan pembayaran pampasan tanah atas pembelian tanah sebanyak RM 50 ribu kepada 100 orang bekas peneroka FELDA Sungai Buaya, yang membawa kepada jumlah RM5 juta. Setiap daripada mereka memperolehi RM1000 pada peringkat awal, dan ini merupakan hasil penantian 15 tahun oleh mereka.

Selain itu, Najib mengumumkan pembinaan susur masuk dan keluar Sungai Buaya di Lebuhraya Utara-Selatan yang bernilai RM85 juta, yang bakal dimulakan pada tahun depan dan dijangka akan disiapkan dalam tempoh dua tahun.

PRK Ijok?

Apa yang menarik, PRK Hulu Selangor agak menyerupai PRK Ijok pada tahun 2007 dalam banyak perkara. PM ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi turun ke kawasan pengundian tiga hari sebelum mengundi, apabila keadaan agak mencemaskan buat pihak BN. Apa yang berbeza, bekas PM Mahathir Mohamad tidak dibawa bersama. Namun, kempen BN yang diketuai Najib pada ketika itu juga mengerahkan jentera kerajaan sepenuhnya.

Dalam kedua-dua PRK ini, budaya rasuah, ugutan, samseng bermaharajalela. Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga tidak memperlihatkan "keberkecualiannya", apabila masalah senarai daftar pengundi, pertukaran pusat mengundi masih berlaku.

Jika dilihat kejadian keganasan yang berlaku, PRK Hulu Selangor mungkin gagal menandingi PRK Ijok, kerana calon PKR ketika itu, Khalid Ibrahim dibaling dengan air botol semasa berkempen. Malah pada hari penamaan calon, Naib Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Khairy Jamaluddin (gambar kanan) mengetuai penyokong BN untuk bertelagah dengan PR. Poster "Sedia Gempur" kelihatan di mana-mana, malah berlakunya perang membaling air botol dan pertembungan fizikal.

Kedua-dua PRK ini memperlihatkan kecenderungan pengundi Cina untuk menyokong PKR. Walaupun PKR tidak menang di Pekan Ijok, kawasan pengundi Cina majoriti, namun PRK hanya tewas nipis, memperlihatkan pola pengundi Cina yang menyebelahi PKR.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

- merdekareview

Tamparan hebat buat PKR

Sapa pun di kalangan penyokong PR pasti rasa kecewa dan sedih ekoran kekalahan calon PKR Zaid Ibrahim semalam dengan majoriti 1,725. Walaupun ada peningkatan 95 undi pada PKR dari 23,177 kepada 23,272 namun lonjakan undi BN sebanyak 2,018 dari 22,979 kepada 24,997 telah meranapkan harapan PKR untuk mempertahankan kerusi Hulu Selangor.

Walau BN menang tapi mereka tetap 'gusar dalam gembira' ekoran sokongan padu pengundi Cina pada Pakatan Rakyat. Jika gelombang 'naga' ini berterusan sehingga PRU13, tidak mustahil ianya boleh menjadi ancaman besar pada UMNO/BN.

UBN dikira masih beruntung kerana masih ramai lagi pengundi Melayu/Bumiputera dalam negara ini yang bebal dan masih boleh diugut, ditakutkan dan dibeli. Dalam soal ini, saya tidak hairan kenapalah orang Melayu di Hulu Selangor masih tak mahu berubah.

Sebagai Muslim, kita ada bahan rujukan utama. Yaitu Al-Qur'an dan Sunnah. Punca utama majoriti masyarakat Melayu masih setia dengan UMNO kerana mereka tidak faham Islam yang sebenar. Apa yang mereka faham politik suku, agama suku. Dan inilah yang ditanam oleh UMNO sejak merdeka lagi. Ini satu bab...

Dalam bab lain pula bila mana mereka melihat PKR itu sendiri tidak jauh bezanya dengan UMNO dalam beberapa sudut. Ada benarnya juga kata N Ganesan, National Advisor of Hindraf/HRP "We definitely want to see UMNO go, but not to be replaced by a clone."

Apatah lagi bila beberapa wakil rakyat PKR bertindak keluar meninggalkan parti itu dan menjadi bebas, kemudiannya kembali pada UMNO. Walau mungkin tindakan keluar parti ini nampak kecil bagi orang yang celik politik tetapi bagi golongan yang bebal politik dan mudah dicucuk hidungnya, sudah tentu berbeza persepsi mereka.

Faktor lain yang saya kira menjadi penyumbang kepada kekalahan semalam ialah sikap kita sendiri dalam Pakatan Rakyat. Dari pimpinan hinggalah ke akar umbi. Bayangkanlah jika dalam PR sendiri pun ada "musuh dalam selimut".

Malam tadi sempat juga saya berbual dalam Facebook dengan salah seorang Exco Kerajaan Selangor berhubung kekalahan PR semalam. Daripada penjelasan beliau, dapatlah saya fahami apakah punca sebenar kekalahan semalam.

Bagi saya, tiada jalan lain lagi untuk PR berjaya menuju ke Putrajaya melainkan dengan memberi kesedaran semaksimum mungkin khususnya kepada pengundi Melayu. Percayalah... selagi mana majoriti Melayu/Bumiputera masih dok bebal gitu juga, maka janganlah nak bermimpi di siang hari.

PR harus memperkukuhkan seluruh jenteranya di semua peringkat dan mesti digerakkan dari sekarang. Bagi PAS dan DAP, tiada masalah di sudut jenteranya di semua peringkat. Yang bermasalah ialah PKR. Dahlah tiada jentera, lepas tu berlagak sombong pulak selepas kemenangan besar dalam PRU12. Mereka terlalu bergantung pada faktor Anwar selama ini. Yang Anwar pulak asyik sibuk jaja ke sana-sini tentang beliau sering diundang memberi ucaptama di luar negara. Itu dan inilah...

Apa PKR ingat orang Melayu UMNO mahu dengarkah celoteh Anwar yang begitu. Makin meluat... adalah. Lepas tu bila wakil rakyat PKR bertindak keluar parti, barulah Anwar sedaq diri sikit dan mengakui akan kesilapannya kerana tidak berhati-hati dalam memilih bakal calon dulu.

Adalah tidak mustahil PR mampu memerintah selepas PRU13 tetapi kena kerja keras betul. Bukan senang untuk kita kalahkan UBN yang memiliki wang dan seluruh jentera kerajaan. Lihat saja dalam PRK Hulu Selangor. RM40 juta wang rakyat digunakan untuk membeli undi dan menabur projek mee segera. Percayalah... lepas ni nasib 100 peneroka Sg Buaya tetap tidak terbela. RM50,000 yang dijanjikan itu hanyalah umpan semata-mata.

Ingatlah, rakyat adalah aset bagi kita untuk menang dalam pilihanraya. Jika kita hanya mendekati mereka bila dah dekat pilihanraya, apa bezanya dengan UMNO/BN. Kita mesti buat sesuatu yang terbaik untuk rakyat.

Daripada kita asyik menuding jari ke arah musuh.... adalah lebih baik kita muhasabah diri sendiri dan mengenal pasti kelemahan sendiri.

Kekalahan hari ini sebagai pemangkin kepada kemenangan esoknya....

Sayonara...

Saturday, April 24, 2010

Mobile ATM di Hulu Selangor...

Dah 15 tahun masalah pampasan tanah peneroka Felda Sungai Buaya dibiarkan begitu saja tanpa sebarang tindakan susulan oleh Kerajaan UMNO/BN Pusat, maupun Selangor. Masalah yang dihadapi oleh 100 peneroka ini sejak zaman Mahathir dan Muhammad Taib jadi PM dan MB Selangor lagi.

Persoalannya sekarang, mengapa nak tunggu sehingga PRK Hulu Selangor, baru UMNO/BN nak sibuk tunjuk perihatin ? Percayalah... kalau tak berlaku PRK ni, nescaya nasib malang 100 peneroka dan warisnya akan berterusan.

Semalam, saya menghubungi sahabat yang bertugas di UPU Sungai Buaya. Dia maklumkan bahawa Najib telah berjanji akan membayar wang pendahuluan berjumlah RM 50,000 setiap seorang kepada 100 peneroka tersebut dalam satu majlis bersama rakyat.

Sebelum ini, 100 peneroka terbabit telah dijanjikan RM1.2 juta setiap orang dengan bayaran dibuat antara tempoh 48 bulan apabila mereka menjual tanah kepada pemaju ketika Tan Sri Muhammad Muhd Taib menjadi MB Selangor. Malangnya setiap daripada mereka hanya menerima bayaran RM250,000 saja.

Ekoran kegagalan pemaju melunaskan bayaran sebagaimana yang dijanjikan, peneroka terbabit telah membuat tuntutan namun gagal. Lebih parah lagi bila kerajaan UBN Selangor di bawah 3 MB, Mat Taib, Abu Hassan dan Khir Toyo langsung tak ambil peduli dengan nasib mereka.

Dalam pertemuan dengan 100 peneroka terbabit, Najib telah menyerahkan dulu RM 1,000 tunai kepada mereka sebagai pendahuluan dan baki RM49,000 dalam bentuk bank draf. Kenapa Najib tak serah terus bank draf RM 50,000 ?

Dalam ucapannya, Najib memberi jaminan kerajaan pusat akan membayar penuh jumlah pampasan yang patut diterima oleh 100 peneroka itu mengikut harga pasaran tanah sekarang. Syaratnya ialah dengan memastikan Selangor kembali diperintah oleh UBN dalam PRU13.

Jika harga pasaran RM160,000 seekar. RM1.6 juta seorang. Bermakna setiap peneroka akan menerima baki bayaran tertunggak berjumlah RM 1,350,000.

Inilah dia permainan politik keji UMNO/BN. Janji itu dan ini tapi dengan syarat. Samada syarat dipenuhi atau tidak, janji hanya tinggal janji.... Dalam kamus pimpinan UMNO, matlamat menghalalkan cara. Politik Yahudi.

Yang paling mengecewakan ialah sikap orang Melayu kita. Dah berpuluh tahun dipermainkan oleh UMNO namun mata hati mereka tetap buta. Marahnya sekejap je. Bila dapat RM1,000 atau lebih, terus gelap mata dan terus lupa segala kejahatan dan penipuan UMNO. Lepas tu kena tipu lagi.... marah lagi tapi jap je.

Sekarang jam 12.20 tengahari. Tinggal lebih kurang 11 jam 40 minit lagi tempoh berkempen. Saya dimaklumkan, UBN sedang meletakkan 'Mobile ATM' mereka di seluruh Daerah Mengundi di Hulu Selangor. Pengundi Hulu Selangor boleh dapat duit dari ATM ini tanpa keluar rumah, tanpa kad dan pin number. Sebab Mobile ATM ni akan datang sendiri kepada pengundi untuk beri wang tunai. Cakap saja berapa nak... beres.

Inilah senario politik tanahair di bawah pemerintahan UMNO. Mereka pandang kita orang Melayu macam hamba abdi. Boleh dijual, dibeli dan diugut sesuka hati. Mereka ingat negara ini bapak mereka punya ke. Sial punya UMNO....

Di mana letaknya maruah dan harga diri kita sebagai orang Melayu dan Muslim...?

Di mana duduknya Aqidah Islam kita ?

Friday, April 23, 2010

PRK094 : Terkini ! PR masih ketinggalan

Setakat pagi ini (23 April jam 1000), secara keseluruhan Pakatan Rakyat masih agak jauh ketinggalan berbanding BN berdasarkan culaan yang dilakukan oleh para petugas perayu undi. Maklumat ini disampaikan oleh seorang sahabat yang bertugas di UPU Sungai Buaya. Tegasnya, dalam taklimat yang disampaikan petang semalam di Bilik Gerakan Pusat, 38% pengundi Melayu dan 80% pengundi Cina menyokong PR manakala pengundi India berpihak kepada BN.

Jika melihat kepada fakta ini dan tiada sebarang lonjakan berlaku, bermakna PR akan tewas dalam PRK kali ini.

Bagi UPU Sungai Buaya, 1,669 jumlah pemilih berdaftar. Melayu 1,549, Cina 8 dan India 112.

Saya dimaklumkan, di Sungai Buaya sendiri jelas menunjukkan majoriti Melayu masih setia bersama BN sehinggakan tiada satu pun bendera PKR yang kelihatan dipasang di kawasan rumah mereka. Habis seluruhnya jadi biru dipenuhi dengan bendera BN.

Rasa sedih dan kecewa melihat sikap dan mentaliti bangsa Melayu yang masih juga berada di takuk lama di sudut kefahaman politik mereka. Tak tahulah apa nak jadi dengan orang Melayu ini. Malu dengan bangsa Cina yang majoritinya bukan Islam tapi minda dan hati mereka lebih terbuka sehingga boleh menilai antara intan dan kaca.

Walaupun pada kasarnya 80% pengundi Melayu dilihat berpihak kepada BN namun saya mengharapkan peratusan ini akan menurun dalam tempoh berkempen yang berbaki kira-kira 38 jam lagi.

Selain Hj Hadi dan Anwar yang telah berkampung sejak hari penamaan calon, hari ini MB Kelantan TG Nik Aziz turun ke Hulu Selangor untuk berkempen dan berceramah. Mudah-mudahan Allah SWT akan menurunkan nusrah-Nya dengan kehadiran golongan manusia yang beriman dan bertaqwa.

Sebagai Muslim yang benci kepada kezaliman dan penyelewengan, marilah kita sama-sama berdoa' semuga Allah membukakan pintu hati seluruh pengundi Hulu Selangor dan memberikan kemenangan kepada Zaid Ibrahim dan PR.

Salam pagi Juma'at.

Thursday, April 22, 2010

PRK P094 : Celaka betul SPR ni...

Apa la punya Suruhanjaya ni. Buat kerja ikut telunjuk UMNO. Tak kiralah samada Pengerusi SPR ke, Timbalan atau Setiausahanya memang dah macam ahli UMNO. Bukan lagi sebagai penjawat awam. Apa dia ingat gaji tu UMNO yang bayar ke? Ingatlah... setiap sen yang diterima setiap bulan akan diperhitungkan kelak jika menyeleweng daripada tugas dan amanah sebenar. Sapa yang tak marah jika sengaja memindahkan pengundi Hulu Selangor ke Daerah Mengundi lain walau masih dalam kawasan P094. Diyakini tektik jahat ini bertujuan untuk menyusahkan pengundi pergi ke DM baru yang pastinya jauh dari tempat tinggal mereka. Bukan sikit... 15,000 pemilih dipindahkan.

Pindah pengundi: Angka PKR cecah 15,000, SPR kata cuma 10,000

HULU SELANGOR, 22 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan jumlah pengundi yang terlibat dalam pemindahan pusat mengundi cuma dalam lingkungan 10,000 orang tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa, bilangan itu mencecah hampir 15,000 orang dan terus meningkat dari sehari ke sehari.

“Tak benar, ia cuma kira-kira 10,000 orang,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar kepada The Malaysian Insider.

Kata beliau, pengundi-pengundi berkenaan dipindahkan ke pusat pengundian yang baru diwujudkan demi keselesaan pengundi sendiri.

“Pemindahan hanya melibatkan daerah mengundi sahaja, tidak melibatkan pemindahan ke daerah mengundi yang lain... yang sebenarnya pemindahan ke daerah mengundi lain tidak boleh dilakukan,” kata beliau.

Setiap daerah mengundi hanya mempunyai satu pusat mengundi dan had pengundi dalam lingkungan 3,500 orang, kata Wan Ahmad.

Menyentuh isu yang sama, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh mempertahankan angka yang pihaknya keluarkan Ahad lalu.

“Semakin hari semakin meningkat angka ini... saya pun dah berhenti daripada mengira lagi,” kata beliau dengan merujuk kepada senarai bercetak yang dipegangnya.

Beg yang dibawanya juga kata beliau, mempunyai bukti berlaku masalah tersebut.

Senarai itu menyebut seramai 14,297 pengundi terlibat dalam proses perubahan tempat mengundi.

Senarai yang dikeluarkan PKR semalam menunjukkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernama, tiga pusat pengundian terlibat dalam pemindahan iaitu dari SK Hulu Bernam ke Sekolah Rendah Agama Hulu Bernama dengan pengundi seramai 33 orang, dari SMK Kalumpang ke Sekolah Rendah Agama Kalumpang (219) dan dari Sekolah Rendah Hulu Bernama ke SK Hulu Bernama (Ladang Ascot) (1,084).

Dalam pada itu, di DUN Kuala Kubu Baru juga melibatkan tiga pusat iaitu dari SRJK (Tamil) Kuala Kubu Baru ke SMK Datuk Hj Kamaruddin dengan 2,824 pengundi, dari SK Kerling dipindahkan ke SJKT (Tamil) Ladang Kerling (39) dan dari Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baru ke SMK Kuala Kubu Baru Jalan Kolam Air (1,801).

Empat pusat terlibat dalam DUN Batang Kali iaitu dari SK Serendah dipindahkan ke SRJK (Cina) Serendah (752), dari SRJK (Cina) Serendah dipindahkan ke Sekolah Rendah Agama Serendah (1,898), dari SRJK (Cina) Serendah dipindahkan ke SK Serendah (905) dan dari SMK Syed Mashor ke SK Bandar Baru Batang Kali (2,266).

Menurut senarai itu pusat mengundi baru yang diwujudkan ialah Sekolah Rendah Agama Taman Bunga Raya yang menempatkan 1,350 pengundi dari SK Taman Bunga Raya, SK Bukit Beruntung (589) dan SJK (Tamil) Sungai Choh Taman Bunga (304).

Seramai 233 pengundi dari SK Sungai Choh dalam daerah mengundi Kampung Tanjung telah dipindahkan ke bahagian Parlimen Selayang.

PENAFIAN

Fuziah juga berkata, SPR terus berada dalam situasi menafikan perkara tersebut walaupun pihaknya ada menyediakan bukti kewujudan masalah tersebut.

Malah kata beliau, pihaknya sangsi dengan proses itu kerana ia juga melibatkan perubahan 'criss-cross' di mana pemidahan silang yang dirasakan tidak sepatutnya berlaku.

Malah Fuziah, Ahli Parlimen Kuantan, memberi amaran jika SPR terus mengambil sikap membisu selpas 24 jam menjelang hari ini, PKR tiada pilihan lain kecuali menganggap SPR mempunyai niat jahat untuk menghalang kemenangan calon Pakatan Rakyat Ahad ini.

“SPR marah apabila kami mendakwa mereka ejen Barisan Nasional. Malangnya, mereka tidak melakukan apa-apa untuk membuktikan sebaliknya,” kata Fuziah sambil ulang gesa agar panel berkenaan meletakkan jawatan.

Ia gesaan kedua beliau terhadap SPR kerana mendakwa suruhanjaya itu gagal menjalankan tugas mereka dengan baik.

Kelmarin Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata walaupun SPR ada kuasa untuk memindahkan tempat mengundi tetapi ia tidak wajar dilakukan ketika pilihan raya kecil.

“Ia boleh dilakukan semasa pilihan raya umum,” katanya.

Wan Ahmad pula memberitahu The Malaysian Insider PKR sengaja mahu menjadikan perkara itu sebagai satu isu kempen pilihan raya.

“Tak timbul soal letak jawatan... ia satu tuduhan keterlaluan daripada Fuziah,” kata beliau ketika dihubungi sambil menambah, Fuziah sepatutnya datang ke SPR untuk mendapatkan penjelasan.

“Yang baiknya mereka patut datang untuk mendapatkan penjelasan SPR dahulu,” kata beliau lagi.

Calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim pula berkata, ramai pengundi yang datang mendampingi beliau ketika berkempen dengan mengadu nama mereka telah dipindahkan dari senarai daftar mengundi.

“Ini satu perlanggaran hak asasi manusia,” kata beliau.

“Dan, saya tidak hanya menyalahkan SPR atas masalah ini. Saya juga menyalahkan perdana menteri,” kata beliau sambil mendesak suruhanjaya itu menjelaskan mengapa pengundi-pengundi ini dipindahkan ke pusat pengundian lain sedang mereka mengundi di kawasan lama pada 2008.

“SPR telah mengetepikan isu (yang dibawa Pakatan ini), malah SPR meminta agar kami tidak mempolitkkan isu ini,” katanya.

Soal beliau, bagaimana SPR boleh melakukan perkara ini tanpa memaklumkan pengundi dan parti pembangkang.

“Adakah ini caranya kita menguruskan negara dan mengendalikan pilihan raya?” kata Zaid lagi.

-themalaysianinsider

Love Triangle punya hal.... rumah dibakar

Macam-macam hal berlaku kat Malaysia ni. Almaklum ajelah... sepatah kata Mahathir "Malaysia Boleh". Rupanya Malaysia memang boleh dan cemerlang dalam banyak perkara negatif. Bukannya positif. Berpadananlah dengan parti hapraq UMNO yang 'hebat dan gah' dengan Rasuah, Judi, Arak dan Betina. Bak kata orang tua-tua... kalau dah bapak kencing berdiri, anak kencing berlari". Jika Altantuya boleh dibunuh dan diletupkan dengan C4 kerana cemburu dan tamakkan kuasa, apalah nak dihairankan jika rakyat bawahan boleh bertindak di luar norma kemanusiaan.

Dan inilah yang berlaku kat Sarawak bila mana seorang lelaki telah membakar rumah girlfriendnya akibat 'cemburu akut' kerana si gadis bertemu dengan pemuda yang sebaya dengannya. Cinta Segitiga lah beb...

Man in love triangle burns down girlfriend's house

BAU – Two men in love with the same teacher decided to duke it out but it was the teacher who ended up without a house. The sore loser, in anger, burnt her house down that same night.

He has since been detained by police.

The drama took place on Wednesday in Bidi, a village in Krokong, Bau about 36km from Kuching.

Refused to settle down

According to a villager, the 28-year-old teacher had been involved with a neighbour for the past 11 years.

The neighbour, a 36-year-old odd job worker, had been pestering her to tie the knot while she was reluctant to do so.

The teacher met a 29 year-old man man in the same village a few months ago and they became close.

When her older boyfriend found out about their relationship, he was furious and harrassed her continuously.

He had also pestered her brothers and parents to convince her to come back to him. However, her parents told him the decision was only hers to make, said the villager.

Talk gone awry

Two nights ago, the younger man, who is self-employed, decided to seek out the older man to have a man-to-man talk. The talk turned ugly as both started trading blows with each other. Their neighbours quickly intervened to stop the brawl from getting worse.

A few hours later, the teacher’s wooden house was razed to the ground. She was not in as her parents had advised her to put up at a relative’s house nearby.

Deputy Supt Vincent Laing Ajeng confirmed the arson and said police had detained a suspect for questioning.

-malaysianmirror

Wednesday, April 21, 2010

Tak kiralah sapa kita...

Sebagai Muslim, samada kita suka ke, tak senang ke atau benci, maka kita semua telah diperintahkan oleh Allah untuk mentaati-Nya, mentaati Rasul-Nya dan Ulil Amri di kalangan kita. Ulil Amri di sini bermaksud pemimpin atau pemerintah di kalangan kita yang benar-benar beriman dan bertaqwa serta melaksanakan apa yang diperintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Juga melaksanakan amar makruf dan nahi munkar. Bukannya sembarangan pemimpin.

Malangnya hari ini ramai di kalangan umat Islam dah terkeliru dengan maksud Ulil Amri ini. Pada pandangan mereka asalkan seseorang itu pemimpin maupun pemerintah, maka wajib ditaati dan disokong tanpa mengambil kira samada pemimpin itu beriman atau sebaliknya.

Kita jangan lupa bagaimana Rasulullah menunjukkan kepada kita betapa pentingnya soal pilih pemimpin. Pada hari sebelum kewafatan Rasulullah, Baginda telah meminta Saiyidina Abu Bakar menjadi imam Solat Subuh yang terakhir baginya. Sebenarnya permintaan Rasulullah ini sebagai 'isyarat' bahawa Abu Bakar bakal menjadi penggantinya sebagai Khalifah pertama Islam selepas kewafatan Baginda.

Selepas Baginda wafat, para sahabat bermesyuarat untuk memilih siapakah yang mesti dipilih sebagai Khalifah. Setelah kata sepakat dicapai dan memilih Saiyidina Abu Bakar, kemudian barulah jenazah insan yang paling mulia di sisi Allah diurus dan dikebumikan.

Ini sebagai bukti betapa pentingnya soal pilih pemimpin. Tidak boleh dipandang remeh. Perlu difahami pemimpin dan pemerintah yang dipilih bakal mencorak masyarakat dan negara yang dipimpinnya.

Sekarang apa dah jadi dengan Malaysia ?

Kita semua ada mata, telinga dan akal. Lihat, dengar dan renungkanlah... Jangan sampai nanti kita diherdik oleh Allah di Padang Mahsyar kerana salah pilih pemimpin sewaktu di dunia.

Saya tak bercadang nak ulas lebih panjang lagi kerana banyak posting saya sebelum ini menyentuh tentang kesesatan UMNO.

Yang terbaru sekali pendedahan tentang semua mantan PM UMNO minum arak kecuali Pak Lah. Takkanlah tak boleh nilai siapa sebenarnya UMNO dan pimpinannya ?

Kehadiran PRK Hulu Selangor sebenarnya membuka pekong busuk UMNO itu sendiri. Sekarang terdedah segalanya bahawa ARAK, JUDI, BETINA dan RASUAH adalah 'halal' di sisi UMNO. Sebab itulah kebanyakan pimpinan UMNO terlibat hal sedemikian.

Ingatlah... jika kita terus sokong UMNO sampai mati, confirm masuk Neraka. Tak kiralah sapa kita. Orang besar ka, orang biasa ka, kaya atau miskin, pangkat besar atau rendah, bos atau kuli ka...

Ikuti Firman Allah dan Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68.

Jazakallah.

Tuesday, April 20, 2010

Kenalkah anda sapa dlm gambar ini ?




Semua mantan PM UMNO kaki botol kecuali Pak Lah

Ambik kau UMNO... sapa suruh jolok sarang tebuan. Lain kali sebelum nak aibkan orang, tengoklah diri sendiri dulu. Nah!!! sekarang terimalah akibatnya jika suka mendedahkan aib orang yang telah bertaubat dan mengakui kesalahannya.

Hari ini UMNO menerima 'bedilan maut' round pertama bila mana Cikgu Pa (Datuk Mustafa Ali) mendedahkan bahawa semua bekas PM UMNO minum arak kecuali Pak Lah. Syabas aku ucapkan pada Pak Lah kerana bebas dari terkena air kencing syaitan ni. Patutnya Pak Lah ikut jejak langkah Zaid Ibrahim keluar UMNO dan join Pakatan Rakyat...he he he.

Dahsyat betul kan UMNO ni... Bayangkanlah semua Presiden UMNO kaki tonggang botol. Patutlah menolak Islam sebab hati dan darah daging dah sebati dengan benda haram jadah ni.

Bagaimana pulak dengan anak-anak mereka yang dah jadi PM dan Menteri la ni? Najib, Hishamuddin dan Mukriz. Kalau dah bapak kaki botol, apatah lagi si anak.

Memanglah UMNO ni cukup sinonim dengan ARAK, BETINA, JUDI, RASUAH...

Jangan dihairanlah bila UMNO menentang Islam dan Hukum Hudud sebab dah memang itu tabiat rasmi puak-puak munafiq dan kafir laknatullah.

Kesimpulannya UMNO = YAHUDI = NASRANI.

Memang betul juga apa yang aku rasa. Kalau pimpinan dan ahli totok UMNO mati, mayat mereka tak layak disembahyangkan. Maaf cakaplah... aku memang tak sudi nak sembahyangkan jenazah orang UMNO kecuali si mati sempat bertaubat meninggalkan parti toghut itu.

Takde sapa yang boleh menyangkal dakwaan Cikgu Pa ini kerana beliau pernah berada dalam Kabinet Malaysia di era Tun Razak.

Berita lanjut di sini.

Inkues Teoh: Karpal kata Nazri 'kurang ajar'

Inkues Teoh Beng Hock bersambung hari ini dengan peguam Karpal Singh menuduh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz sebagai “kurang ajar” kerana melabelkan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand 'pembohong'.

Karpal (kiri, berkerusi roda), yang mewakili keluarga Teoh, minggu lalu mengemukakan permohonan bagi mendakwa Nazri menghina mahkamah berhubung kenyataannya itu.

"Ini adalah kesalahan yang serius kerana beliau cuba campur tangan dan pelaksanaan keadilan,” Karpal memberitahu inkues.

"Menteri itu 'bermulut besar' dan ini bukan kali pertama beliau membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.”

Semasa disoal di Dewan Rakyat, semalam, Nazri bertegas mempertahankan kenyataannya itu.

Kornoner Azmil Muntapha Abas akan memutuskan pada 26 April ini sama ada akan mendengar permohonan Karpal bagi mendakwa Nazri atas tuduhan menghina mahkamah.

Pada perbicaraan hari ini, peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor memaklumkan inkues bahawa pihaknya telah menulis surat kepada Kementerian Undang-undang Thailand pada 13 April lalu memohon kehadiran Pornthip bagi memberi keterangan.

Inkues juga dimaklumkan bahawa Kementerian Undang-undang Thailand telah memberitahu kerajaan Selangor dalam sepucuk surat bertarikh 8 April yang Pornthip tidak dapat hadir kerana sibuk dengan tugasan lain.

Bagaimanapun kerajaan Selangor belum menerima surat itu.

Menurut Malik, beliau juga tidak dapat mengesahkan sebab sebenar Pornthip tidak dapat hadir memberi keterangan.

Pada 11 April lalu, Pornthip (kiri) berkata dia tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung semula kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.

Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, Kementerian Kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, Kementerian Luar Thailand telah menerima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

Hari ini juga menandakan ulang tahun ke-31 Teoh jika beliau masih hidup.

Di luar perkarangan mahkamah, pemuda DAP juga menghadiahkan keluarga Teoh dengan kek dan bunga bagi meraikan sambutan itu mengikut tradisi masyarakat Cina.

- malaysiakini

Selepas arak, Zaid dituduh 'kaki judi'

Selepas berjaya menjawab pelbagai dakwaan berhubung beliau suatu ketika dahulu adalah peminum arak tegar, calon PKR pada pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim kini berdepan satu lagi tohmahan - dia dikaitkan dengan judi.

Dakwaan itu didedahkan melalui blog yang mesra BN, Pisau.net yang berkata Zaid memiliki seekor kuda lumba yang dinamakan 'Kelantan'.

Ditanya wartawan selepas ceramahnya di Ampang Pecah malam semalam, Zaid tidak menafikan beliau adalah tuan punya kuda itu yang dimilikinya ketika bersama Umno.

"Kuda itu sangat berjaya dan saya amat berbangga dengannya...tetapi itu sebelum saya menyertai Pakatan,” jelas Zaid.

Bagaimanapun bekas menteri itu berkata memiliki kuda lumba tidak boleh disamakan dengan berjudi.

Dakwaan itu didedahkan melalui blog yang mesra BN, Pisau.net yang berkata Zaid memiliki seekor kuda lumba yang dinamakan 'Kelantan'.

Ditanya wartawan selepas ceramahnya di Ampang Pecah malam semalam, Zaid tidak menafikan beliau adalah tuan punya kuda itu yang dimilikinya ketika bersama Umno.

"Kuda itu sangat berjaya dan saya amat berbangga dengannya...tetapi itu sebelum saya menyertai Pakatan,” jelas Zaid.

Bagaimanapun bekas menteri itu berkata memiliki kuda lumba tidak boleh disamakan dengan berjudi.

"Itulah masalah dengan Umno. Mereka tidak membezakan antara judi dan sukan,” katanya.

Meskipun Zaid tidak bertaruh dalam perlumbaan kuda tetapi nilai kudanya bergantung kepada prestasinya dalam perlumbaan berkenaan dan kepopularannya di kalangan kaki judi.

Justeru, kemungkinan penafian yang dia tidak terbabit dengan judi tidak diterima sepenuhnya.

Zaid, bagaimanapun mengalu-alukan pendedahan itu yang disifatkannya sebagai “perubahaan dalam politik”.

Ditanya mengenai peletakkan jawatan Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat, Zaid berkata beliau tidak gusar.

Menurutnya, Halili, yang berkempen untuk BN di Sungai Buaya malam semalam, memang telah dijangka berpaling tadah atas sebab peribadi dan bukannya prinsip.

Apapun kes dan tohmahan yang dilontarkan, Pakatan Rakyat mempunyai lima hari lagi memberi penjelasan sebelum pengundi Hulu Selangor membuat keputusan mereka pada Ahad ini.

"Itulah masalah dengan Umno. Mereka tidak membezakan antara judi dan sukan,” katanya.

Meskipun Zaid tidak bertaruh dalam perlumbaan kuda tetapi nilai kudanya bergantung kepada prestasinya dalam perlumbaan berkenaan dan kepopularannya di kalangan kaki judi.

Justeru, kemungkinan penafian yang dia tidak terbabit dengan judi tidak diterima sepenuhnya.

Zaid, bagaimanapun mengalu-alukan pendedahan itu yang disifatkannya sebagai “perubahaan dalam politik”.

Ditanya mengenai peletakkan jawatan Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat, Zaid berkata beliau tidak gusar.

Menurutnya, Halili, yang berkempen untuk BN di Sungai Buaya malam semalam, memang telah dijangka berpaling tadah atas sebab peribadi dan bukannya prinsip.

Apapun kes dan tohmahan yang dilontarkan, Pakatan Rakyat mempunyai lima hari lagi memberi penjelasan sebelum pengundi Hulu Selangor membuat keputusan mereka pada Ahad ini.

-malaysiakini

Serangan 'kaki botol' akan menjerat UBN

Sehingga semalam, para blogger UMNO terus menyerang peribadi Zaid Ibrahim sebagai kaki botol hingga ke peringkat memalsukan gambar Zaid untuk diedarkan kepada para pengundi Melayu di Hulu Selangor. Tindakan 'super compose' gambar ini sudah sampai ke tahap fitnah. Namun jangan kita hairan dengan kerja terkutuk UMNO ni sebab dalam kamus hidup UMNO tiada yang haram... semuanya halal.

Persoalannya sekarang ;

-mengapa UMNO begitu beriya-iya sangat menyerang peribadi lampau Zaid.

- sejak bila pulak UMNO nak tunjuk 'alim' menentang calon yang kaki botol.

- apakah UMNO lupa berapa ramai pimpinan mereka yang ada hari ini terdiri daripada kaki betina dan kaki botol.

- apakah UMNO juga lupa sapa yang dok keluarkan lesen kilang Carlsberg terbesar yang terletak di Shah Alam.

Serangan yang dibuat oleh UMNO terhadap peribadi lampau Zaid sebenarnya mencerminkan betapa desperatenya UBN dalam nak meraih sokongan rakyat khususnya pengundi atas pagar di kalangan orang Melayu. Isu kaki botol ini tidak akan memberi kesan kepada pengundi India dan Cina sebab isu sebegini adalah masalah peribadi.

Secara tak langsung serangan para blogger UMNO pasal kaki botol ini tanpa disedari membuka pekong UMNO itu sendiri. Berapa ramai di kalangan pimpinan UMNO yang sibuk berkempen di Hulu Selangor terasa 'bahang kepanasan' ini sebab ramai di kalangan mereka yang memang dikenali sebagai kaki botol.

Berikut adalah 2 gambar Zaid Ibrahim. Yang asli dan tiruan. Dalam dunia teknologi ICT yang serba canggih mutakhir ini, macam-macam perkara boleh dipalsukan menggunakan satu perisian khas.

Manakala di bawah ini menunjukkan bagaimana gambar asal dilakukan 'super-impose' dan ditukar dengan kepala Zaid dan kepala seorang kanak-kanak.

Diharap para pengundi Hulu Selangor tidak akan terpedaya dengan perbuatan fitnah dan kerja terkutuk UMNO ini.

Salam Reformasi.

Monday, April 19, 2010

Dr Halili keluar PKR satu rahmat bagi PR

Hari ini seorang lagi pimpinan PKR meninggalkan parti dan masuk UMNO. Lantaklah berapa juta ringgit pulak UMNO offer kat Dr Halili, itu dia punya pasal. Yang penting bagi kita ialah Pakatan Rakyat sedang melalui proses pembersihan daripada spesis manusia hipokrit dan munafiq. Aku ucapkan tahniah pada Halili kerana meninggalkan PKR. Patutnya lebih awal lagi bagus dan tak perlu tunggu selepas penamaan calon P094 selesai.

Dr Halili keluar PKR masuk UMNO

Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.

Dr Halili Rahmat merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu.

Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.

Bercakap dalam sidang akhbar dengan ditemani bekas setiausaha agung PKR, Salehuddin Hashim, beliau berkata:

"Saya menyedari akan ada yang menuduh bahawa tindakan saya ini kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil parimen Hulu selangor kali ini.

"Saya tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih menjadi calon PKR dalam pilihan raya ekcil Hulu Selangor ini, dan saya juga tidak pernah mengatakan saya menerima pelawaan untuk menjadi calon, walaupun ada pemimpin PKR yang telah mencadangkan demikian."

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Dr Halili berkata, walaupun beliau pernah bertanding atas tiket PKR pada pilihanra amraya 1999 dan 2004, tetapi "bagi pilihan raya kecil kali ini, saya merasa berat kerana realiti di peringkat masyarakat bawahan kini sudah berubah."

"Saya juga membuat kenyataan ini pada hari ini semasa kehangatan kempen pilihan raya Hulu Selangor dengan tujuan tidak mahu nama saya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendirian saya terhadap PKR masih sama seperit di zaman Deklarasi Permatang Pauh," tambahnya.

Sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampung di Ulu Yam, Dr Halili berkata amat sukar baginya untuk mempertahankan kredibiliti PKR.

Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

"Saya mengetahui dan faham bahawa allahyarham wakil rakyat sebelum ini, uzur tetapi menghairan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor," tambahnya.

Sehubungan itu, Dr Halili berkata, terbukit yang PKR hanya sibuk merayu undi pada waktu pilihan raya sahaja tetapi mengabaikan amanah rakyat seperti yang dijanjikan masa kempen pilhanraya.

"Perkara sedemikian tidak ssepatutnya berlaku dan saya diberitahu oleh orang kampung saya bahawa mereka akan memastikan ia tidak akan berlaku lagi," tambahnya.

Sebab masuk Umno

Dr Halili juga mendakwa bahawa PKR hari ini dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpinnya yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Sehubungan itu, beliau mendakwa bahawa sudah nyata lagi jelas, PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan "tetapi lebih condong kepada parti yang pentingkan kuasa, hingga tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat walaupun diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri."

Sebaliknya, kata beliau, pada masa yang sama, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membawa perubahan politik untuk Umno dan BN.

Ini, katanya, mendorong beliau terus membuat keputusan untuk menyertai Umno.

'Mungkin diberi bedah hidung pula'

Dr Halili juga berkata keputusannya keluar parti dan menyertai Umno sudah lama dibuat.

Ditanya kenapa beliau hadir pada hari pengumuman calon PKR pada 13 April lalu, beliau hanya menjawab:

"Mungkin nama saya dicalonkan, dinaikan saya kena datanglah. Ingin tahu, kerana kamu juga yang tulis dalam suratkhabar media, anak tempatan, perkara macam itu," katanya,.

Beliau juga memberitahu, itu kali terakhir beliau bertemu Anwar.

Sejak disebut-sebut disenaraipendek menjadi calon PKR, ini merupakan kali pertama Dr Halili bersemuka dengan media membuat kenyataan mengejutnya itu.

Bagaimanapun, pengumumannya yang dibuat sehari selepas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membayangkkan membayangkan perkara itu, timbul tanda tanya sama ada beliau ditawarkan 'imbuhan' untuk itu.

Dr Halili bagaimanapun menafikannya dengan separuh berjenaka: "Saya sekarang ini (pakar) bedah otak, mungkin dia beri saya bedah hidung. Tak tahulah," kata Dr Halili.

Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat pihak yang akan menuduhnya dibeli, itu terpulanglang kepada mereka.

"Memang adatlah. Tetapi kita masyarakat sivil, sangat tamadun, ada demokrasi. Jadi macam-macam pandangan ada. Jadi kita kena hormatilah pandangan yang berbeza," katanya

Beliau juga enggan mengulas mengenapi pencalonan Zaid dan calon BN P Kamalanathan atau akan turut serta berkempen di Hulu Selangor.

Sebaliknya, jelasnya, beliau akan berlepas ke Melbourne, Australia selepas ini bagi menghadiri konvokesyennya di Universiti Monash - satu keputusannya yang didakwa sudah lama dibuat dan "bukan untuk lari".

Dalam sidang media kira-kira 25 minit itu, Dr Halili bagaimanapun kelihatan sedikit 'gugup' dengan mengabaikan beberapa soalan media, kerap meneguk air dan kerap kali mengambil masa dan berbisik kepada Salehuddin sebelum menjawab soalan.

Malah di pertengahan sidang media beliau sempat berkata: "tak pernah dapat banyak kamera sebelum ini."

Bagaimanapun, di penghujung sesi itu beliau kelihatan lebih yakin apabila meminta soalan tambahan walaupun Salehudin sudah mahu menamatkan sidang media itu.

"Seronok juga, boleh tanya dua lagi, bukan selalu boleh macam ni," katanya disambut gelak ketawa kira-kira 70 petugas media.

-malaysiakini

Berani mengakui kesalahan beri kelebihan pada Zaid

Walau sebesar mana dosa seseorang hamba itu namun Allah SWT sedia mengampunkannya selagi mana mereka tidak melakukan perbuatan Syirik Jali. Apatah lagi jika seseorang hamba itu berani dan jujur mengakui kesalahan dan dosa lampaunya, ianya sebagai tanda awal taubatnya diterima. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Bukan satu perkara yang mudah untuk mengakui dosa maupun kesalahan lampau apatah lagi ianya melibatkan dosa meminum arak. Sebagai Muslim, kita memang dilarang membuka aib sendiri kepada orang lain. Apa yang dituntut adalah kita segera bertaubat kepada Allah dan tidak lagi mengulangi dosa yang sama.

Tindakan Zaid Ibrahim mengakui akan kisah lampaunya pernah minum arak membuktikan beliau berani dan jujur mengakui kesalahannya. Namun semuanya itu adalah cerita lama dan beliau telah pun bertaubat.

Pengakuan ini dibuat ekoran serangan peribadi terhadapnya yang dilakukan oleh UBN dalam kempen mereka di Hulu Selangor. Serangan seumpama ini jelas membuktikan UBN sudah kekeringan isu dalam nak meraih sokongan rakyat. UBN turut sedar tektik lapuk janji pembangunan dan projek mee segera yang mereka taburkan dalam setiap PRK dah tak laku kerana rakyat hari ini sudah semakin genius. Bukan seperti dulu.

Mungkin pada perkiraan UBN dengan mendedahkan aib Zaid di masa silam akan membuatkan Zaid terus menafikannya dan mudahlah kerja mereka untuk terus memburukkan calon PKR itu. Rupanya sangkaan mereka meleset bila Zaid secara gentleman mengakui akan dosa silamnya. Di sudut politiknya, sikap profesional dan jujur Zaid telah 'membunuh' UBN.

Sikap berani dan jujur Zaid ini sebenarnya memberikan kelebihan pada Pakatan Rakyat. Sudah tentu sebahagian pengundi Hulu Selangor menghormati sikap jujur dan ikhlasnya itu.

Selain berani dan jujur mengakui kesalahan lampau, Zaid juga telah membuktikan yang dirinya bukanlah orang yang mementingkan diri sendiri. Tidak hipokrit. Ini dibuktikan sewaktu beliau berada dalam Kabinet Malaysia dulu. Sikap berani dan tegasnya mengkritik beberapa polisi dan tindakan kerajaan UBN sehingga bertindak meletakkan jawatan dalam Kabinet pastinya mampu mempengaruhi sikap para pengundi di P094 itu.

Secara peribadi saya merasakan peluang Zaid dan PR untuk menang memang cerah. Cumanya mungkin dalam majoriti yang kecil. Tak kisahlah walau dengan kelebihan 1 undi.

Manakala di pihak UBN pula, banyak isu yang berlaku mutakhir ini boleh 'menyembelih' mereka. Kekalutan yang berlaku antara UMNO dan MIC baru-baru ini dalam isu menentukan calon sebenarnya telah memecah undi kaum India di Hulu Selangor.

Waima apa pun, kita berdoalah semuga Allah memberikan kemenangan kepada PR dan seterusnya Zaid akan beraksi dalam Parlimen. Biar MP UMNO semakin panas dalam Dewan Rakyat dengan kehadiran Hang Jebat PKR ini.

Ayuh Bersama Melakukan Islah...

Sunday, April 18, 2010

PRK P094 : Pengikut setia 'Abu Jahal Moden' bertindak samseng

Budaya samseng UMNO/BN tidak perlu nak dipersoalkan lagi sebab dah memang itulah amalan mereka sejak turun-temurun. Kita tak pernah lupa bagaimana seorang aktivis PAS terbunuh dalam tragedi Lubuk Merbau bila mana dibelasah oleh sekumpulan pemuda Siam yang diupah oleh UMNO. Begitu juga dengan Peristiwa Memali. Ketua Bahagian UMNO Baling yang mendesak Kuala Lumpur agar bertindak terhadap Assyahid Ust Ibrahim Libya bila mana dilihat program kuliah dan ceramahnya semakin mendapat tempat di hati penduduk serta mampu menggugat pengaruh UMNO di sana.

Peristiwa Memali ini sebenarnya membuktikan betapa dahsyatnya kesesatan dan keiblisan UMNO selama ini. Insan seperti Assyahid yang hanya mahu mengajak umat Islam kembali kepada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah, menyeru penduduk Baling berpegang teguh kepada Aqidah Islam yang murni, mendidik penduduk Baling sentiasa solat berjemaah, menjaga aurat dan pergaulan, namun insan ini dianggap sebagai penjenayah yang perlu dibunuh.

Dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 256 - 257

لَآ إِكْرَاهَ فِى ٱلدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشْدُ مِنَ ٱلْغَىِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِٱلطَّـٰغُوتِ وَيُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسْتَمْسَكَ بِٱلْعُرْوَةِ ٱلْوُثْقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَا ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٥٦﴾ ٱللَّهُ وَلِىُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ يُخْرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ ۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ أَوْلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّـٰغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَـٰتِ ۗ أُو۟لَـٰٓئِكَ أَصْحَـٰبُ ٱلنَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَـٰلِدُونَ

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Toghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.

UMNO memang beriman dengan toghut (fahaman sekular Kristian sesat). Mengguna pakai undang-undang ciptaan manusia kafir (Perlembagaan Malaysia) dan menolak mentah-mentah Undang-Undang Allah (Al-Qur'an).

Jangan dihairanlah jika penyokong UMNO/BN sanggup jadi barua pemimpin mereka dengan bertindak kasar terhadap pemimpin dan penyokong pembangkang dalam setiap pilihanraya yang diadakan. Kita bukan menuduh tetapi sudah terlampau banyak bukti kebiadapan mereka.

Apa sebab mereka berani berbuat demikian ?

Dalam Al-Qur'an dan Sirah Nabawiyah ada menceritakan bagaimana Rasulullah berhadapan dengan kumpulan black metal Musyrikin Mekah yang diketuai oleh Abu Jahal dan Abu Lahab.

Pelbagai ujian dan dugaan getir yang dihadapi oleh Rasulullah S.A.W. dalam nak menyebar dan menyampaikan Risalah Islam kepada penduduk Mekah. Antara dugaan dan halangan itu termasuk fitnah, tawaran pangkat, maki hamun dan sehingga kepada peringkat untuk membunuh Baginda S.A.W.

Walau begitu hebat ujian tersebut, namun Rasulullah yang berakhlak Al-Qur'an tetap terus menunaikan suruhan Allah bagi menyeru seluruh penduduk Mekah agar mentauhidkan Allah (Islam).

Sebenarnya perangai samseng para penyokong UMNO/BN ni takde bezanya dengan tingkah-laku para pengikut setia Abu Jahal dan Abu Lahab dulu. Dek kerana nilai dunia yang sedikit, mereka sanggup jadi barua kepada Abu Jahal dan Abu Lahab Malaysia hari ini.

Lebih menyedihkan bila mana yang jadi samseng tahi kucing UMNO ni adalah di kalangan remaja dan pemuda yang haru-biru dan rosak akhlak. Dapatlah RM50 sorang dah lupa dunia dan terus hilang akal.

Ringkasnya, sepanjang kempen PRU Hulu Selangor ni kita akan lihat kumpulan samseng ini akan berkeliaran dengan motorsikal bagi mengganggu kempen Pakatan Rakyat termasuk ceramah. Dapatlah duit kocek sikit sehingga hari membuang undi. Senario ini memang diakui sendiri oleh salah seorang AJK UMNO Bahagian yang saya kenali. Katanya "Peluang nak dapat duit banyak bila ada PRK.

Percayalah... selagi mana UMNO tidak berkubur, maka selagi itulah budaya gangster akan terus bermaharajalela. Sebab inilah yang dipelajari oleh pimpinan UMNO daripada Abu Jahal, Abu Lahab, Firaun, Namrud dan Yahudi Zionist.

Oleh kerana pimpinan UMNO beriman dengan toghut, maka Allah terus membiarkan mereka dalam kesesatan yang nyata tanpa mereka sedar. Dan begitulah juga dengan nasib para pengikut dan penyokong setia mereka.

Yang paling mengecewakan adalah sikap majoriti umat Islam yang masih lagi tak sedar sehingga ke hari ini. Terus terpedaya dengan segala kata-kata munafiq para pimpinan UMNO samada melalui media maupun dalam program parti itu.

Para pengundi Islam di Hulu Selangor wajib memberi undi pada calon PR, Zaid Ibrahim.

Salam perjuangan....

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger