Friday, April 1, 2011

Bukan soal tulen tapi siasatlah sapa si perut buncit tu

Kalau ya pun nak bodek orang No.1, janganlah tunjuk sangat yang diri tu macam Ketua Polis UMNO. Malang sungguhlah rakyat negara ini kerana ada Ketua Polis Negara yang bongok. Nampak sangat kenyataan yang dibuat bertujuan mahu melindungi 'jenayah' pimpinan UMNO. Dah terang-terang di depan mata sendiri tindakan Eskay dan Rahim memiliki dan menayangkan video lucah itu merupakan satu jenayah malah berniat jahat untuk memfitnah Anwar, tapi langsung tiada tindakan diambil terhadap mereka berdua.

Apa yang dilakukan oleh KPN ialah buat kenyataan bodoh "Dengan ini diumumkan bahawa siasatan (video) kini di tahap terakhir...ini bermakna polis telah menerima laporan pakar mengenai kesahihan video itu. Dengan kata lain, rakaman itu adalah tulen."

Bukan soal video itu tulen atau sebaliknya. Yang dipersoalkan oleh rakyat adalah;

- Kenapa tiada tangkapan dibuat terhadap pemilik dan penayang video lucah itu?

- Mengapa tidak disiasat siapakah lelaki berperut buncit dan tonggek pungkoknya dalam video itu?

- Kenapa pihak Polis bersikap 'double-standard' dalam menjalankan tugas?

KPN Ismail Omar perlu meletakkan jawatan segera. Tak usahlah jadi barua UMNO dalam menjalankan tugas.

Inilah hakikat yang terpaksa ditelan oleh rakyat negara ini. Polis bukanlah lagi bertugas menjaga keamanan dan keselamatan rakyat tapi telah menjadi pelindung segala jenayah yang dilakukan oleh pimpinan UMNO selama ini.

Kita bukan tuduh tapi dah banyak bukti yang didedahkan tentang segala jenayah para pemimpin UMNO termasuk bunuh. Sebut saja apa yang tak dibuat oleh UMNO sejak beberapa dekad.

Sebut saja. Semuanya ada. Dari jenayah rasuah, penyelewengan, fitnah hingga ke peringkat bunuh. Jangan sekali-kali kita lupa sejarah. Kes pembunuhan Mustakizah, Norita Shamsuddin dan yang paling tragis, pembunuhan Altantuya.

Dalam kes 'Political Murder', jangan lupa sejarah pembunuhan di Lubuk Merbau dan Memali di Kedah.

Kita tak tahulah dah berapa guni 'duit haram' yang disapu oleh Ismail Omar. Bukan tuduh tapi seluruh rakyat tahu bagaimana eratnya Polis dengan rasuah ibarat irama dan lagu. Tanpa rasuah, habislah Polis mati kerana tak makan duit haram jadah. Bukannya takde anggota Polis yang bersih. Ada tapi dalam nisbah terlalu kecil. 1 daripada 1,000.

Jangan jadi macam si Musa Hasan dulu. Bila dah tak diperlukan lagi, barulah nak tunjuk baik dengan buat kenyataan "Polis tak dapat menjalankan tugas sepenuhnya kerana ada gangguan pihak lain..."

Walhal si anak guru mengaji tu lupa apa dosa dia terhadap Anwar sehingga sanggup bersekongkol dengan para konspirator untuk melakukan fitnah liwat demi mengejar kenaikan pangkat yang dijanjikan.

Inilah senario yang berlaku dalam pasukan Polis. Bila ketuanya dah jadi macam Ketua Bahagian UMNO, nak tak nak anak buah terpaksa ikut walau tak suka.

Enough is enough.

Sudah sampai masanya kita menghentikan segala bentuk penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa oleh UMNO BN selama ini. PDRM diperalatkan semahunya oleh mereka bagi melindungi segala tindakan zalim terhadap rakyat.

Lebih menyakitkan hati bila mana Polis negara ini bertindak macam mafia. Menembak sesuka hati hingga menyebabkan kematian adik Aminurrasyid, kecederaan parah seorang pemuda dalam kejadian di Ampangan, N.Sembilan. Memukul dan membelasah seorang gadis bernama Norizan dan seorang ahli perniagaan Cina hingga parah di Kuala Lumpur. Begitu juga kes kematian dalam tahanan reman seperti yang berlaku pada mendiang Kugan. Mati kerana dibelasah oleh Polis dalam lokap.

Soalnya, kenapa Polis dah jadi macam mafia?

Lu fikirlah sendiri...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger