Sunday, April 10, 2011

Penulis di Kuching

Selamat tiba di lapangan terbang Kuching jam 9.20 pagi dari Kota Kinabalu. Penerbangan mengambil masa 1 jam 20 minit. Secara kebetulan, penulis ditemani oleh dua anak muda yang juga akan bertugas di DUN Sadong Jaya. Tak sabar rasanya mahu bertemu sahabat lama, Valentine Lee, selepas 19 tahun kami terputus hubungan dan baru-baru ini bertemu di Facebook. Kami sama-sama bertugas di SMK Pitas, Kota Marudu Sabah.

Lebih kurang jam 9.45 pagi, dia tiba di airport bersama isterinya Margaret. Kemudian kami terus menuju ke Kuching dan singgah mengisi perut di medan selera berhampiran Water Front Kuching. Berbual panjang sambil mengenang kisah lama di Pitas. Suka-duka mengajar di kawasan pendalaman. Jalan balak, tanpa bekalan air dan letrik. Namun semuanya pengalaman yang amat berharga buat kami yang mungkin tidak dinikmati oleh orang lain.

Selepas makan, Valentine dan isterinya membawa kami ke Jalan India (macam Jalan Mesjid India KL). Sempat jugalah menjenguk Water Front Kuching, kira-kira beberapa langkah saja dari kawasan 'Mesjid India' tu.

Lebih kurang jam 11.45 pagi, kami berpisah.

Sementara menunggu sahabat dari Sadong Jaya yang secara kebetulan mahu menghantar rakan ke airport Kuching, jadi kami bertiga membetis menuju ke Mesjid 'Pink'.

Penulis akan cuba update setiap perkembangan yang berlaku di DUN Sadong Jaya dari masa ke semasa jika ada liputan Broadband si sana.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger