Tuesday, April 26, 2011

Nape sekarang PKR merengek kekalahan?

Penulis rasa terpanggil untuk mengulas sedikit pasal keluhan Pengarah Strategi PKR. Kata Rafizi Ramli, dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, beban yang digalas oleh PKR untuk bertanding di 49 kerusi, termasuk yang sukar dimenangi pada PRN Sarawak 16 April lalu, akan dibawa ke mesyuarat Pakatan Rakyat. Tambahnya, "Saya berpendapat beban ini sepatutnya dikongsi bersama (dengan parti lain dalam Pakatan)

Soalnya, kenapa sekarang baru nak mengeluh bila hanya menang 3 kerusi dari 49 DUN yang ditandingi?

PKR tak seharusnya memberi seribu alasan bagi menutup kelemahan sendiri. Bila dah kalah teruk, baru nak insaf dan nak bincang dengan rakan Pakatan Rakyat.

Timbul tanda-tanya di benak penulis, bagaimana PKR boleh membelakangi rakan dalam Pakatan Rakyat, khususnya PAS ketika membuat kenyataan "Jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah Sarawak, Ketua Perhubungan Keadilan Baru Bian akan dipilih sebagai Ketua Menteri."

Sebenarnya tiada sebarang perbincangan mengenainya dalam mesyuarat akhir pembahagian kerusi Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur selepas pembubaran DUN Sarawak. Hal ini penulis tanya sendiri dengan salah seorang pimpinan utama Pakatan Rakyat ketika kami bertemu di DUN Sadong Jaya.

Apa yang diputuskan dalam mesyuarat itu hanyalah jumlah kerusi yang bakal ditandingi oleh Pakata Rakyat. PKR 49, DAP 15 dan PAS 5 kerusi.

Jadi, tidak timbul soal bebanan 24 kerusi yang dimaksudkan oleh Rafizi. Memang PKR mahukan kesemuanya. Tapi bila dah kalah teruk, pandai pula nak merengek macam kanak-kanak. Baru nak ngaku terbebanlah, itulah, inilah.... Porahhh...

Terus-terang, terpacul kata-kata 'Padan Muka' dari mulut penulis bila dapat tahu PKR kalah 46 kerusi dan 4 darinya hilang wang pertaruhan.

Sebagai Muslim, penulis yakin kekalahan yang memalukan itu adalah 'balasan tunai' dari Allah SWT terhadap PKR kerana membuat kenyataan yang membelakangi semangat rakan dalam Pakatan Rakyat.

PKR ingat dengan kenyataan Baru Bian akan menjadi Ketua Menteri mampu meraih sokongan masyarakat Iban. Rupanya percaturan politik itu tersasar jauh malah makan diri sendiri. PKR lupa akan kuasa Allah yang Maha Menguasai hati manusia.

Inilah padahnya bila dilanda penyakit tamak kuasa. Belum perintah Malaysia lagi dah berlagak kuat dan hebat. Sedarlah diri tu bila orang kamu sendiri yang jadi punca PR hilang negeri Perak.

Dalam konteks ini, penulis puji sikap jujur dan rendah diri Baru Bian yang mengakui kemenangan beliau tempohari bukan kerana faktor peribadi tapi atas sokongan padu seluruh jenteranya dari 30 cawangan yang ada.

Merupakan satu hal yang pelik tapi benar bila masyarakat Iban di Sarawak mahukan Tuan Guru Nik Aziz yang jadi Ketua Menteri Sarawak. Hal ini dimaklumkan oleh seorang pensyarah universiti yang membuat research bersama groupnya di Miri dan Bintulu sepanjang tempoh kempen berjalan.

Soalnya, kenapa orang Iban mahukan Nik Aziz jadi Ketua Menteri walau ianya hampir mustahil terjadi.

Satu persoalan yang wajar dijadikan renungan oleh PKR sendiri.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger