Showing posts with label Saman. Show all posts
Showing posts with label Saman. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

Utusan diarah bayar RM250 ribu pada LGE

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mendapati akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bersalah kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung berita yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng’ yang diterbitkan pada 20 Disember tahun lalu.

Sehubungan itu, Utusan diarahkan membayar pampasan RM200,000 kepada setiausaha agung DAP itu dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos.

Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang ‘rasis’ dan ‘anti-Melayu’ dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat bulan lalu berdasarkan ucapanya yang bertema 'A People's Government for the Real Malaysians' pada 19 Disember lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk GV Varughese semasa penghakimannya menggariskan tujuh para yang Utusan dikatakan telah memfitnah Lim.

Beliau juga sempat memberi ucapan ringkas mengenai "kewartawanan bertanggungjawab” dan mengingatkan pemberita supaya melaksanakan tugas mereka secara profesional dengan mengesahkan kenyataan yang diterima jika tidak mahu dikenakan dakwaan memfitnah.

Pada sidang media di luar mahkamah, Lim berkata Utusan memang mahu memfitnah dirinya dan DAP.

Katanya, akhbar milik Umno itu mempersalahkan dirinya dan kerajaan negeri yang diterajui DAP kerana mengusir penduduk kampung dan merobohkan rumah mereka di Kampung Jalan Pokok Asam dan Kampung Genting di Balik Pulau, sedangkan pertikaian sebenar adalah antara pemaju dan penduduk.

"Saya berpendapat jika Utusan adalah media yang bertanggungjawab, ia mesti bertaubat, tetapi saya tidak yakin mereka akan berbuat demikian,” kata Lim.

"Saya fikir mereka akan membanyar pampasan itu dan terus memfitnah saya dan DAP.”

- malaysiakini

Monday, April 25, 2011

PDRM mansuh saman ekor

Hari ini Timbalan KPN, Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan PDRM tidak lagi menggunakan cara menyorok di sebalik tiang atau belukar dalam mengendalikan operasi perangkap laju di jalanraya, pasti melegakan pengguna jalanraya yang selama ini dihantui kebimbangan kena saman tanpa sedar. Syabas diucapkan kepada KASE yang dipengerusikan oleh Hj Mahfuz Omar atas keberkesanan kempen menentang saman ekor.

Kita semua masih tidak pasti samada pengumuman yang dibuat itu atas arahan kerajaan UBN yang bimbang akan kehilangan sokongan dalam PRU13 ekoran kemarahan rakyat yang terbeban dengan saman ekor atau memang pihak PDRM ikhlas mahu melaksanakannya.

Waima apa pun, kita wajar bersangka baik atas langkah positif pihak PDRM yang akhirnya terpaksa akur dengan desakan rakyat.

Kejayaan KASE melancarkan kempen anti saman ekor ini sewajarnya menyedarkan kita semua bahawa kuasa rakyat mampu merubah segala dasar dan undang-undang yang menindas rakyat seluruhnya.

Justeru, penulis menyeru seluruh rakyat menyimpan tekad untuk melakukan perubahan dalam PRU13 nanti. Menjadi kewajipan kita semua untuk menghentikan segala bentuk kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan UMNO BN selama ini demi masa depan negara yang lebih cemerlang dan seterusnya menjamin kehidupan anak cucu kita semua.

Selanjutnya di sini.

Sunday, March 20, 2011

Pakatan Rakyat hapus saman ekor

PAS sekali lagi mempertegaskan sikapnya membantah keras pelaksanaan saman ekor oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia menyusah dan membebankan rakyat. Justeru, Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjanji pihaknya akan menghapuskan peraturan saman tersebut sekiranya diberi peluang memerintah negara menerusi pilihan raya umum akan datang.

“Kita isytihar malam ini, kalau Pakatan Rakyat perintah (negara), saman ekor kita hapus. Itu jaminan kita kalau kita perintah,” katanya.

Beliau menegaskan demikian di dalam ucapannya pada sesi ceramah sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (HKR-PGU) Zon Besut - Setiu di Dataran PGU, di Jertih, malam tadi.

Perhimpunan selama dua hari bermula Jumaat itu merupakan siri kedua program seumpamanya dianjurkan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Siri pertama telah diadakan pada pertengahan Januari lalu di Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman.

Ceramah malam tadi merupakan acara kemuncak perhimpunan. Selain Abdul Hadi, turut menyampaikan ceramah mereka ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik.

Menurut Abdul Hadi, kesemua parti dalam Pakatan Rakyat berkongsi pendirian mengenai berbagai perkara membabitkan kepentingan rakyat, termasuk soal saman ekor.

“Kita tahu rakyat tidak setuju (pelaksanaan) saman ekor dan PAS memang tidak setuju. DAP tak setuju, Keadilan (PKR) tak setuju. Yang setuju hanyalah Umno Barisan Nasional,” ujarnya.

Beliau malah secara sinis menganggap pelaksanaan sistem saman ekor itu sebagai bukti BN benar-benar menghayati slogan “Rakyat Didahulukan”.

Katanya, BN mendahulukan rakyat untuk merasai beban menampung kekurangan kewangan negara apabila terpaksa berbelanja lebih untuk melunaskan saman ekor itu.

Memahami tekanan hidup rakyat yang semakin meningkat, maka PAS dan Pakatan Rakyat juga katanya akan mengkaji semula harga runcit minyak. Langkah itu diyakini akan turut menghalang kenaikan berterusan harga barangan keperluan harian lain.

“Kita janjikan Negara Berkebajikan. Kita serius menjaga dan membela kebajikan rakyat. Ini bukan janji saja, kita akan buat insya Allah,” tegasnya.

- harakahdaily

Friday, March 18, 2011

Tony Pua mahu saman Zahid Hamidi

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sedang membuat persiapan untuk memfailkan saman fitnah 'besar' terhadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan oleh sebuah akhbar sebagai mendakwa ahli politik DAP itu pernah ditangkap di Singapura.

Menulis dalam Twitternya, Pua menyifatkan dakwaan Zahid itu sebagai "langsung tidak boleh dipercayai".

“Kami sedang menyediakan saman. Ia pasti akan difailkan minggu depan,” dikatakan Pua ketika dihubungi.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan yang memetik Zahid mendakwa Pua pernah ditangkap dan dibicarakan di Singapura.

"Dia dulu ditangkap di Singapura, dibawa ke mahkamah, tetapi sebab hubungan dia mungkin baik dengan pejabat tertentu di sana, beliau dilepaskan (dan) tidak dapat jadi ahli Parlimen (di sana)," kata Zahid dalam laporan tersebut.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata demikian ketika mengulas mengenai kemarahan Pua terhadap Datuk Bung Moktar Radin apabila ahli parlimen Kinabatangan itu menggelar ahli parlimen DAP itu sebagai 'ejen Singapura'.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid dilaporkan tidak menyokong kenyataan Bung Moktar tersebut dan meminta supaya pua menjelaskan perkara itu di Dewan Rakyat memandangkan Bung Moktar melontarkan 'sindiran' itu di tempat sama.

Zahid juga dilaporkan berkata mungkin Bung Moktar tahu Pua belajar di Singapura dari sekolah rendah sehingga peringkat tinggi.

Laporan Utusan itu juga memetik Pua menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Zahid itu yang disifatkannya sebagai tidak berasas sama sekali.

"Ini merupakan satu fitnah yang amat besar, saya tidak pernah ditangkap seumur hidup saya kecuali di Malaysia," ujar Pua dalam laporan itu.

Selain itu, dalam laporan tersebut juga, Pua menafikan beliau pernah bersekolah rendah di Singapura tetapi mengakui pernah melanjutkan persekolahannya di peringkat menengah di republik tersebut.

- malaysiakini

Thursday, March 10, 2011

Jangan bayar saman ekor - KASE

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah tersebut di mahkamah.

"Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa.

"Kemudian bawa insurans dan surat itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara itu di parlimen semalam.

Tambahnya, keputusan sama ada seseorang itu bersalah dan perlu membayar kompaun hanya ditentukan mahkamah, dan bukan oleh notis saman yang dikeluarkan.

Menurutnya lagi, tindakan JPJ menyenarai hitam pesalah saman ekor adalah salah mengikut keputusan Mahkamah Kucing dalam kes Leonad Lim Yaw Chiang melawan Pengarah JPJ negeri Sarawak pada 2007.

Dalam kes itu hakim memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam mengikut Seksyen 17(1)(d) adalah tidak betul dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

"Kita minta Peguam Negara nasihat JPJ supaya akur keputusan mahkamah iaitu tak boleh blacklist.

"Rakyat tidak boleh dipaksa membayar kompaun yang ditawarkan," katanya.

Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS turut mempertikai tindakan kerajaan yang didakwa akan menggunakan teknologi Redflex dalam Automatic Enforcement System (AES).

Katanya, teknologi itu telah dipertikai banyak pihak termasuk di California Amerika Syarikat dan di Arizona.

"Kenapa guna teknologi yang sudahpun dipersoal.

"Dan kenapa syarikat swasta Beta Tegap dan commercial Circle diberi hak pengendalian, sedangkan teknologi guna yang Redflex punya.

"Kenapa kerajaan tak kendalikan sendiri guna teknologi sama, kenapa perlu orang tengah?" soalnya.

- harakahdaily

Tuesday, August 24, 2010

Husam dapat 'durian runtuh'

Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Paduka Hj Husam Musa dapat 'durian runtuh' ekoran kes saman fitnah terhadapnya diselesaikan di luar mahkamah hari ini apabila si pemfitnah bersetuju untuk membayar ganti rugi kewangan yang dituntut oleh Husam.

KOTA BHARU, 24 Ogos - Kes saman fitnah oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa terhadap bekas Anggota Parlimen Tanah Merah Datuk Shaari Hassan diselesai di luar mahkamah.

Keputusan itu, yang direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Ahmad Zaidi Ibrahim di sini Selasa, dibuat selepas Shaari bersetuju membayar ganti rugi kewangan yang dituntut oleh Husam.

Husam, yang ditemui pada di pejabatnya, bagaimanapun enggan mengumumkan jumlah ganti rugi itu tetapi menyatakan jumlahnya "amat memuaskan hati".

Pada 25 Dis 2007, di Masjid Padang Lalang di Tanah Merah, Shaari didakwa membuat dakwaan berunsur fitnah melibatkan Husam, yang kemudiannya memfailkan saman menuntut agar Shaari memohon maaf kepadanya dan membayar sejumlah ganti rugi.

Pada prosiding hari ini Husam diwakili Hisham Fauzi manakala Shaari diwakili Azmi Abdullah.

- Bernama.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger