Showing posts with label Personaliti. Show all posts
Showing posts with label Personaliti. Show all posts

Sunday, December 11, 2011

Bertemu Jaafar Onn

Pagi tadi penulis menemani Ghazaley Ayub untuk menghantar produknya (Keropok Ikan) yang ditempah oleh Jaafar Onn, seorang chef dan selebriti terkenal tanahair. Janji temu memang telah dibuat oleh sahabat penulis sejak awal lagi.

Kira-kira jam 11.00 pagi, kami sampai di Stesen Petronas Sri Permaisuri dari Shah Alam. Tunggu di situ. Kira-kira 10 minit kemudian, Jaafar Onn pun muncul dengan memandu kereta Mercedes mata belalangnya. Kami pun followlah dia ke pejabatnya.

Tak sangka, walau baru pertama kali bertemu Jaafar Onn, namun keramahannya membuatkan kami terasa seolah-olah macam dah kenal lama. Orangnya tidak sombong, jujur dan suka berterus-terang.

Banyak juga soalan yang penulis ajukan padanya, dan dia begitu senang sekali menceritakan tentang kerjayanya sebagai seorang chef dan pelakon. Beliau juga ada menceritakan serba-sedikit tentang Allahyarhamah Sosilawati. Jaafar Onn akui yang Allahyarhamah memang rapat dengannya dan kerap mengadu dan meminta nasihatnya.

Jaafar Onn memang seorang yang kelakar. Tak kering gusi kami dibuatnya bila mendengar celotehnya. Dan dia juga tidak lokek untuk berkongsi idea tentang perniagaan berasaskan makanan serta cara untuk mengembangkannya.

Bagi penulis, pertemuan pagi tadi merupakan satu pengalaman yang berharga buat kami berdua. Banyak juga input yang kami perolehi dari seorang selebriti dan chef yang peramah dan friendly orangnya.

Salam4all

Wednesday, November 23, 2011

Minta pulak buat kem tentera di kawasan dia

Biasalah, orang gila kuasa ni macam-macam helahnya. Di kala tersepit, dia akan merengek-rengek minta simpati dan berpura-pura baik. Setelah hasratnya tercapai, dia akan menonjolkan dirinya sebagai wira dan tanpa segan-silu terus 'menggigit' kembali pihak yang pernah menolongnya di kala susah. Itulah dia Ibrahim Ali, yang semakin dibenci oleh pengundi Pasir Mas kerana mengkhianti Tuan Guru Nik Aziz dan PAS Kelantan yang telah memberi laluan kepadanya bertanding di Pasir Mas dalam PRU12 lalu menggunakan lambang Bulan.

Setelah mengkhianati PAS, si raja katak itu terus mencari tapak baru untuk menonjolkan dirinya sebagai adiwira Melayu. Lalu Perkasa menjadi pilihan sebagai pentas baru untuk mempopularkan dirinya namun malang bagi si munafiq ini kerana rakyat dah cukup kenal siapa dirinya yang sebenar.

Penulis masih ingat sebelum himpunan Bersih 2.0 berjalan, bukan main lagi si munafiq ini melalak melolong macam orang gila talak memberi amaran itu dan ini hingga ke peringkat membuat kenyataan berbaur ugutan kepada masyarakat Cina agar jangan keluar rumah pada hari himpunan itu.

Rupa-rupanya pada hari himpunan berlangsung, batang hidungnya pun tak nampak. Malah langsung tak kelihatan kelibat ahli Perkasa sebab penulis sendiri turut serta dalam himpunan tersebut. Cuma pihak media ada melaporkan kira-kira 20 orang ahli Perkasa dilihat sedang duduk-duduk minum di sebuah restoran sambil memerhatikan saja ribuan rakyat yang berdemo pada hari itu.

Walhal seminggu dua sebelum tarikh himpunan tersebut, bukan main lagi si raja katak nak tunjuk hero dan mendakwa puluhan ribu ahli Perkasa akan turun berhimpun bagi menggagalkan Bersih 2.0. Porahhhhh

Dan hari ini, sekali lagi si raja katak ni buat lawak bodoh. Bila merasakan karier politiknya akan berkubur, lalu sekali lagi merengek-rengek macam bayi nak menyusu meminta kerajaan membina sebuah kem tentera di kawasan Parlimennya.

Macam-macam alasan yang diberikan termasuk soal keselamatan sempadan Malaysia Thailand. Walhal kita semua cukup sedar permintaan si gila kuasa itu bukan atas dasar keselamatan negara tapi keselamatan karier politiknya yang akan berkubur.

Pada perkiraannya, jika kerajaan bina kem tentera yang besar di kawasannya, bermakna besarlah peluangnya untuk menang lagi di Parlimen Pasir Mas kerana undi tentera. Dia ingat Najib dan UMNO mahu melayan permintaannya setelah segala tindak-tanduknya sebelum ini secara tidak langsung menjatuhkan lagi imej kerajaan UMNO BN itu sendiri.

Kita lihat sajalah gelagat Ibrahim Ali selepas ni. Cuma penulis harap jangan sampai si raja katak itu mati terkujat, sudahlah... Harapannya UMNO akan meminangnya selepas bertindak menikam PAS. Rupanya parti Melayu hapraq pun merasa jijik nak menerimanya. Dahlah masalah dalaman UMNO sendiri cukup kritikal, takkanlah Najib nak menambahkan lagi bebanan parti dengan kehadiran si raja katak itu. Sorrylah...

Anyway, just keep looking what will happen to him soon.

Tuesday, November 1, 2011

Peluru tak patahkan semangat saya - Aziz Bari

Dah tentu semua pihak terkejut bila pakar perlembagaan dan pensyarah kanan undang-undang UIAM, Prof Dr Aziz Bari, menerima sampul surat berisi sebutir peluru kecil. Logiknya, bila orang macam Aziz Bari pun boleh menerima ugutan 'peluru' bunuh, bermakna ada pihak yang takut dengan sebarang kenyataan dan reaksi beliau berhubung beberapa isu yang berlaku. Kira hebat jugalah si Aziz Bari ni. Wa caya sama lu...lah Aziz. Dulu, kelantangan Prof Dr Jomo melemaskan kerajaan UMNO BN. Tapi UMNO BN tak berani usik Jomo sebab beliau salah seorang ahli panel Ekonomi PBB, kalau penulis tak silaplah.


Saturday, October 29, 2011

Aziz Bari terima peluru

Pakar perlembagaan negara, Prof Dr Aziz Bari hari ni menerima sepucuk sampul surat berisi peluru. Dipercayai peluru itu sebagai tanda amaran ekoran reaksinya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebelum ini.

Sebelum ni pun Aziz Bari pernah menerima ancaman bertulis ketika mengkritik kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan parti itu pada 2009.

Andai katalah kita ni sebagai anggota CSI, tentunya siasatan kita akan menjurus kepada
jenis peluru yang dihantar kepada Aziz Bari sebab Malaysia antara negara yang begitu ketat undang-undang senjata apinya. Kalau jenis peluru yang oleh senjata yang tiada dalam rekod KDN sendiri, bermakna ianya diseludup masuk oleh pihak-pihak tertentu khususnya geng kongsi gelap atau pihak berkuasa sendiri bagi tugas-tugas rahsia.

Kita tunggu saja siasatan pihak Polis 'UMNO' Malaysia selepas Aziz Bari membuat laporan esok.

Sebelum ni Menteri 'Pondan' KDN juga pernah menerima ugutan peluru. Dia ingat rakyat bodoh dan bulat-bulat akan percaya dengan dakwaannya. Minta maaflah... Rakyat tak pernah lupa bagaimana Polis boleh mereka-reka bukti palsu untuk memfitnah DSAI dulu. Sapa yang nak percaya lagi dengan Polis la ni. Kalau sebut pasal rasuah, dari A sampai Z makan hasil haramjadah tu.

Dah terlampau banyak kes 'bunuh misteri' yang melibatkan anggota Polis. Baru-baru ni di Keningau Sabah, seorang Inspektor Polis direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam seorang gadis yang dipercayai kekasih 'part time lover'.

Berbalik isu peluru yang diterima Aziz Bari hari ni, pembaca boleh buat penilaian sendiri secara adil dan waras. Kita tak menuduh mana-mana pihak tapi banyak kejadian sebelum ni ada kaitan dengan kepentingan politik pihak tertentu.
Peluru dipos ke rumah Aziz Bari

Sebutir peluru diposkan ke rumah pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari di rumahnya di Gombak hari ini, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebelum ini.

Katanya, bersama peluru itu, diselitkan juga sepucuk surat bertulis: "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti".

"(Dihantar dengan) pos biasa saja.

"Saya waktu itu baru hendak keluar rumah, dalam perjalanan ke Utara, ke satu program forum dengan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu di Bagan Serai," katanya yang kini dalam perjalanan bersama keluarganya.

Ketika dihubungi Malaysiakini awal petang ini, Aziz berkata, peluru itu dihantar oleh posmen dalam sampul surat biasa warna coklat ke peti surat rumahnya pada jam 11.45 pagi tadi.

Oleh kerana dalam keadaan tergesa-gesa, laporan polis akan dibuat akan dibuat selepas ini, selewat-lewatnya esok, kata Aziz.

Beliau bagaimapun tidak tahu jenis peluru itu tetapi menggambarkannya sebagai "kecil sahaja".

Ditanya perasaannya sama ada takut, beliau berkata "tidak" kerana pernah mendapat ancaman bertulis sebelum ini ketika mengkritik kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan parti itu pada 2009.

"Saya OK. Saya bukan biadap dengan sultan. Saya bukan kata 'natang'. Itu jauh sekali.

"Saya cuma bercakap tentang exercise of power," kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Pada 23 Mac 2008, sekumpulan orang, dipercayai penyokong bekas Menteri Besar Terengganu dilaporkan mengadakan perhimpunan di hadapan kediaman rasmi menteri besar di Kuala Terengganu sambil membawa kain rentang bertulis "kami nak Idris, natang".

"Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.

Aziz sebelum ini berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan dalam isu DUMC tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Tindakan itu menyebabkannya disiasat pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan UIA yang turut menggantung jawatannya selama beberapa hari.

Dalam masa yang sama, pelbagai pihak, termasuk mahasiswa, kakitangan akademik universiti, NGO, pemimpin pembangkang, bahkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tampil menyatakan simpati terhadapnya. - malaysiakini

Thursday, April 14, 2011

10 artis terkenal mahu ikut Bob Lokman

KUALA LUMPUR, 14 April: Kira-kira 10 lagi artis terkenal kini turut tertarik dan ingin mengikuti jejak langkah pelakon dan penulis lirik Bob Lokman menjalani hidup yang lebih baik dan menyokong perjuangan Islam dan politik yang dibawa PAS.

Artis-artis tersebut termasuk lelaki dan wanita dan termasuk yang terkenal dalam genre nyanyian, lawak, lahir dari Akademi Fantasia dan dari kategori pengarah.

Pelakon Bob Lokman ketika mendedahkan perkara itu menegaskan, mereka sekarang sememangnya sudah bersedia untuk mengikuti jejak langkahnya dan sedang berusaha memperdalami ajaran Islam menerusi kelas pengajian Islam yang diusahakan bersama rakan-rakannnya.

Menurut beliau, selain mengikuti kelas-kelas agama, artis-artis itu juga kini sudah seringkali mengikuti pengajian agama daripada tokoh-tokoh agama tanah air di beberapa buah masjid.

Katanya, selain mahu turut berubah kepada kehidupan lebih Islamik, artis-artis itu juga mahu turut berminat untuk terlibat dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS.

"Bagaimanapun, mereka masih belum bersedia untuk mendedahkannya kepada masyarakat buat masa ini kerana mahu menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

"Mereka mahu mengikuti jejak langkah saya kerana tertarik dengan perjalanan hidup saya sekarang. Hasrat mereka itu telah dinyatakan sendiri oleh mereka kepada saya baru-baru ini secara jujur," katanya ketika menyampaikan tazkirah di pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Di samping mengakui tertarik dengan perjalanan hidup beliau sekarang, artis-artis itu juga turut berminat untuk mendapatkan kekuatan jiwa.

Sambil menyebut satu persatu nama-nama artis tersebut, beliau menegaskan, untuk membolehkan seseorang artis itu meninggalkan dunia glamour seperti yang dilakukan oleh beliau sekarang bukanlah sesuatu yang mudah.

"Selain memerlukan pengetahuan agama yang mendalam dari sudut fekah, seseorang itu juga amat perlu mengamalkan tarikat yang muktabar bagi mendapatkan kekuatan jiwa agar tidak mudah goyah apabila ditimpa pelbagai ujian," katanya.

Beliau juga secara jujur mengakui, rezekinya sekarang tidak pernah berkurangan sejak meninggalkan dunia glamour, malah makin bertambah apabila sering menerima pelbagai undangan dari pelbagai pihak untuk mengadakan ceramah.

Malah, dalam masa terdekat, walaupun telah meninggalkan dunia glamournya, beliau juga masih menerima tawaran berlakon dari beberapa buah syarikat dengan bayaran puluhan ribu ringgit.

Sebahagiannya terpaksa ditolak kerana ia tidak selari dengan perjalanan hidupnya sekarang yang bukan lagi menjalani hidup untuk keseronokan, tetapi untuk mengabdikan diri kepada Allah dalam erti kata yang sebenarnya.

"Jangan takut untuk berubah menjalani kehidupan yang lebih baik, rezeki kita tak akan berkurangan, malah bertambah. Jangan juga kata bila kita dah memilih untuk menjadi lebih baik tak akan ada tawaran berlakon lagi. Sebaliknya tawaran itu datang mencurah-curah.

"Malah saya sendiri pula yang terpaksa menolaknya (kerana tidak sesuai)," jelas beliau sambil mengakui tidak mengalami sebarang tekanan dari sebarang pihak ekoran perubahan hidupnya sekarang.

- harakahdaily

Tuesday, February 22, 2011

Klip video wawancara Bob Lokman

Maha Benar Allah dengan segala janji-Nya. Hidayah dan petunjuk adalah milik mutlak Zat Yang Maha Esa. Dia pasti memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Justeru, Bob Lokman salah seorang hamba-Nya yang terpilih. Penulis sendiri turut merasa syukur dengan penghijrahan penulis lirik lagu Isabella itu. Semuga Bob Lokman dapat memanfaatkan bakat seni yang ada pada dirinya untuk berdakwah kepada masyarakat dan seterusnya membantu ke arah tertegaknya Daulah Islamiyyah di tanahair.


Takbir!!!

Monday, February 21, 2011

Kenapa Bob Lokman sertai PAS

Pada 19 Februari lalu, pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman mengejutkan banyak pihak apabila menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30 ribu Pemuda PAS, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar, kelmarin.

Bob, penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.

Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy, Ito daripada kumpulan Blues Gang dan Ringgo dari kumpulan Arrow telah menyertai PAS lebih awal.

Harakahdaily sempat bertemu beliau bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tindakan beliau itu.

Ikuti temubual beliau dengan wartawan Nazri Abdullah :

Harakahdaily : Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih dan menyertai PAS?

Bob Lokman : Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat.

Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak.

Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu... dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu.

Harakahdaily : Jadi adakah faktor anak saudara itu yang telah mendorong saudara menyertai PAS?

Bob Lokman : Ya...Saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul.

Mengakkan Islam itu adalah wajib, kalau saya tak terlibat, harapkan orang lain berjuang, apa akan jadi dengan anak saya nanti.

Harakahdaily : Saudara tahu PAS adalah parti pembangkang. Jadi adakah saudara tidak risau ianya akan menjejaskan sumber rezeki saudara dalam kerjaya saudara.

Bob Lokman : Saya tahu risiko itu, tapi saya serahkan rezeki saya bulat-bulat pada Allah, yang penting saya dapat selamatkan kehidupan anak saya di dunia dan saya tak masuk neraka.

Harakahdaily : Sejak kebelakangan ini, saudara dilihat banyak memegang watak-watak sebagai seorang alim berbanding watak lain termasuk pelawak. Adakah itu perubahan berterusan yang saudara akan lakukan.

Bob Lokman : Mengikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, sebab berlakon itu sumber rezeki saya, ustaz-ustaz kata boleh berlakon tetapi pilihlah watak-watak yang tidak menjadikan dosa bila kita dah tak ada nanti, pilih watak yang mendatangkan manfaat.

- harakahdaily

Sunday, February 20, 2011

Bob Lokman masuk PAS

Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman hari ini mengejutkan banyak pihak apabila hadir ke himpunan besar Pemuda PAS dan di Alor Setar bagi memohon menyertai parti Islam itu.

Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri.

Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, penyertaan golongan selebriti itu diharapkan memberi anafas baru kepada PAS supaya parti itu dianggotai pelbagai lapisan masyarakat.

pas rally kedah 190211 bob lokman"Kami rasa ini akan menarik perhatian lebih ramai golongan muda...," kata Mahfuz kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, tambahnya, Bob - penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Search - bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.

Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy dan Ito daripada kumpulan Blues Gang menyertainya, kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Sementara Amy Searh pula didakwa agak dekat dengan pemimpin PAS dan sering hadir ke program parti itu.

"Kami sebenarnya popular di kalangan rockers (penyanyi rock)," kata Mahfuz sambil berjenaka.

Katanya, penyertaan itu menunjukkan kepelbagaian dalam PAS.

Tuesday, August 10, 2010

Salahudin pernah jual kuih di bulan Ramadhan

Antara 3 Naib Presiden PAS sekarang, YB Salahuddin Ayub adalah antara pimpinan PAS yang saya kenali secara lebih dekat lagi. Mula mengenali beliau sewaktu saya bertugas sebagai Setiausaha Kerja di pejabat PAS Negeri Johor pada tahun 1998. Sejak daripada itulah bermulanya persahabatan kami sehinggalah ke hari ini. Banyak juga pengalaman pahit manis yang beliau tempuhi dalam perjuangan ini dikongsi bersama saya. Secara tak langsung ianya menjadi teladan dan motivasi kepada saya sendiri agar jangan keluh-kesah berada dalam perjuangan untuk menegakkan Daulah Islamiyyah di tanahair tercinta.

MINDA NAIB PRESIDEN PAS – 10 OGOS 2010

MARI KITA SEMBANG BERSAMA…Datuk Tuan Ibrahim (TITM), YB Salahuddin Ayub (SA) dan Dato’ Mahfuz Omar (MO)

Soalan 1:

Apa nasihat para Naib Presiden kepada semua warga Muslim seluruh negara di bulan Ramadan ini? Bolehkah Naib Presiden sekalian berkongsi amalan-amalan atau peristiwa-peristiwa menarik masing-masing semasa berpuasa selama ini?

TITM : Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan selamat menyambut kedatangan Ramadhan, bulan rahmat dan keberkatan, bulan pengampunan dan kasih sayang Ilahi, bulan jihad dan perjuangan. Kehebatan bulan Ramadhan mestilah diambil peluang sebaiknya bagi seluruh umat Islam dengan melakukan muhasabah dan melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Perkara yang sukar dilakukan ialah melakukan perubahan; namun bulan Ramadhan memberi ruang yang luas kearah perubahan tersebut; samada perubahan personaliti, amal ibadah serta penggabungan diri dalam perjuangan Islam.

Ambillah kesempatan dengan menghadirkan diri dalam majlis ilmu dan ibadah. Menikmati setiap amalan yang dilakukan dengan penuh ketaqwaan. Menghayati sejarah perjuangan umat Islam lampau dalam bulan Ramadhan serta kehebatan mereka. Marilah kita memelihara Ibadah puasa dengan mengisi setiap detik waktunya dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah.

Pengalaman yang paling manis dalam bulan Ramadhan ialah bersama sahabat ketika pengalaman berbuka, bertaraweh dan tazkirah di tepi pantai bersama sahabat satu usrah.

Suasana yang nyaman dan tenang di saat matahari terbenam, dengan laungan azan dan menikmati juadah yang dibawa bersama adalah pengalaman jamaah yang kalau diberi peluang saya akan mengulanginya. Alangkah indahnya bila mana semua ahli keluarga dapat bersama. Mengukuhkan ukhuwah dalam jamaah.

SA : Ramadan kali ini perlu dilihat dari perspektif baru dan segar, dan saya rasa apa yang kita perlu hari ini ialah suatu tekad yang luar biasa untuk kita melakukan ibadah di bulan Ramadan ini dan juga kebajikan-kebajikan yang sangat dituntut kerana Ramadan kali ini telah membuktikan usia kita ini telah bertambah setahun lagi.

Inilah masa terbaik untuk membuat perkara yang secukupnya. Dalam konteks perjuangan, saya rasa inilah masa terbaik untuk kita mengumpul kekuatan di bulan yang sangat berkat ini, untuk kita lebih berinovatif dalam melayari bahtera perjuangan Islam ini dan apa yang perlu kita lakukan hari ini ialah kita perlu membuktikan Islam yang kita perjuangkan ini bukanlah suatu halangan besar untuk kita terus maju ke hadapan dalam konteks politik Malaysia.

Yang agak menarik dalam kehidupan saya semasa Ramadan ini, saya masih teringat lagi sewaktu saya belum menjadi wakil rakyat ialah bagaimana saya membantu isteri saya untuk mendapatkan sedikit rezeki dengan menjual kuih-muih dalam bulan Ramadan dan untuk juga menghadapi Hari Raya. Saya cukup ingat pada peristiwa itu sehinggakan saya pernah terjatuh daripada menaiki motosikal apabila saya membeli persiapan-persiapan untuk membuat kuih-muih itu kembalinya dari pasar. Kuih yang paling laris sekali ialah kuih Melaka.

Rasanya cukup sedih pada waktu itu kerana kereta pun tak ada – di sekitar 80-an waktu saya sudah mula full time dengan parti, dan pada masa itu sudah ada 2 orang anak yang masih kecil.

MO : Menjelang ramadan, letakkan taqwa sebagai maklamat yang perlu dicapai dalam melaksanakan ibadah puasa. Jadikan ibadah wajib dan sunat serta sedekah jariah, infak dan jihad sebagai bidang keberhasilan utama yang perlu dicapai.

Jimat berbelanja dan turunkan berat badan bagi yang terlebih berat dan gemuk. I miss you, Ramadan.

Sejak terlibat sebagai pemimpin PAS dan rakyat, saya tiada mempunyai banyak masa untuk berbuka dengan keluarga. Pada tahun 2009, hanya 3 kali saya dapat berbuka bersama keluarga.

Walau apa pun saya tetap beri ruang dan waktu untuk bersama keluarga – berhimpun bersama anak-beranak serta keluarga abang adik saya untuk berbuka bersama. Selebihnya saya banyak berbuka dengan masyarakat di masjid dan surau.

Pada tahun ini sudah diatur program berbuka dan bersahur dirumah orang orang miskin, wargamas dan anak yatim disamping menyampai bantuan sumbangan – harap saya boleh bawa keluarga sekali untuk mendidik mereka secara mendekati dan merasai denyut nadi umat. Insyaallah.

Soalan 2:

Saya merupakan salah seorang pemuda Umno di Gombak, tetapi saya berminat dan selalu mengikuti perkembangan PAS dan juga parti lain di dalam Pakatan Rakyat sejak dari dahulu lagi. PAS bagi saya adalah sebuah parti yang sangat dihormati baik kawan ataupun lawan.

Tokoh Spiritual PAS yang sangat dihormati Tuan Guru Nik Aziz memberi impak dan pengaruh yang amat besar di dalam sejarah moden PAS buat masa kini, kami Pemuda Umno melihat PAS mungkin akan kehilangan impak dan pengaruh kepada pengundi jika ketiadaan TGNA.

Bagaimana ini dapat diatasi dan apakah momentum TGNA dapat diteruskan oleh penggantinya nanti?

SA : Saya yakin dan percaya bahawa pemimpin dalam PAS ini datang dan pergi. Dan kita telah ada rekod – kita telah berusia setengah abad, walaupun faktor kepimpinan dan tokoh itu sangat-sangat penting dalam mana-mana organisasi termasuk PAS tetapi yang menyebabkan PAS boleh hidup pada hari ini pada kekuatan ‘amal jamaii’ nya – kita punya konsep dan amalan kolektif responsibility atas nama jamaah itu lebih kukuh sebenarnya.

Oleh itu, jangan bimbang sangat – memang saya sendiri pun hari ini merasakan begitu, kalau tak ada orang ini, PAS akan susah – kalau tak ada Tok Guru ini, nanti siapa penggantinya tapi dengan kekuatan jamaah yang kita bina bersama ini, sampai masanya besok akan lahirnya pemimpin baru yang lebih dinamik dan berinovatif untuk terus memimpin parti. Yang penting saya rasa benda-benda fundamental tidak boleh terhakis, terutama sekali dasar Islam kita yang jelas, dan di situlah terbinanya personaliti, integriti, akhlak pemimpin-pemimpin yang kita boleh banggakan dan juga seterusnya ialah komitmen kita kepada perjuangan.

Saya rasa pemimpin-pemimpin PAS ini ialah principled man – tidak mudah melompat ke sana ke mari, dan itulah saya rasa suatu khazanah yang kaya di dalam PAS.

MO : Pertama, saya ucapkan terima kasih atas soalan tersebut kerana ia suatu gambaran menunjukkan penghormatan dan pengiktirafan yang diberikan ahli-ahli Umno kepada Tok Guru Nik Aziz. Ia adalah satu penghormatan yang sangat tinggi kerana ini menunjukkan Tok Guru mempunyai ketinggian ilmu dan ketokohan yang ada pada beliau.

Namun begitu, dalam konteks parti, PAS tidak hanya berdiri atas kekuatan pemimpin semata-mata, tetapi PAS berdiri atas kekuatan daripada pelbagai sumber daya kekuatan yang ada ini.

Sebab itu ahli-ahli kita tidak pun lari walaupun pemimpin pergi sama ada melarikan diri ataupun meninggal dunia, tetapi ahli PAS tetap berdiri teguh kerana ahli PAS telah dididik satu didikan yang cukup kuat di mana penyertaan kita dalam perjuangan PAS ini bukan atas nama pemimpin tetapi atas kewajipan untuk memikul amanah daripada Allah.

Oleh sebab itu, para pemimpin melatih dan mendidik ahli-ahli untuk menghayati konsep ini – apabila mereka dapat menghayati konsep ini maka mereka berada di dalam PAS bukan kerana pemimpin, tetapi kerana kewajipan dan tanggungjawab amanah yang dipikul ini. Oleh kerana itu, walaupun ada pemimpin yang lari, ada pemimpin yang meninggal dunia, tapi ahli tetap berdiri bersama dengan perjuangan PAS.

Konsep ini jugalah yang dilakukan oleh PAS dalam membentuk budaya politik masyarakat Malaysia - supaya menyokong PAS itu bukan hanya sekadar kerana diri pemimpin itu, tetapi apa yang lebih penting ialah untuk memikul amanah yang diberikan Allah ke atas kita.

Demikian juga dengan tanggungjawab pemimpin – ia bukan sahaja untuk penampilan diri dia, menonjolkan dari segi kehebatan diri dia sendiri tetapi penampilan yang diberikan pemimpin itu ialah penampilan yang menzahirkan amanah yang diberikan Allah Sub’hanahu Wa Ta’ala.

PAS membawa penampilan pemimpin parti dalam konteks integriti, kejujuran dan keikhlasan bukan sahaja pada diri seseorang pemimpin tapi semua pemimpin diberikan penekanan termasuk ahli-ahli untuk menampilkan satu penampilan yang membezakan kita dengan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang ada dalam negara kita ini.

Inilah yang menjadi penyambung seterusnya kepada perjuangan PAS ini walaupun dengan ketiadaan pemimpin atau kehilangan seseorang pemimpin tetapi yang adanya terus akan memberikan penampilan-penampilan yang sama sebab yang diberikan oleh Tok Guru Nik Aziz ialah integriti, kejujuran dan keikhlasan dan orang dapat melihat perbezaan pada Tok Guru Nik Aziz dengan yang ada apa pemimpin Umno.

Ini juga yang akan dibawa pemimpin-pemimpin PAS yang lain selain daripada Tok Guru Nik Aziz.

TITM : TGNA adalah tokoh besar mewarnai perjuangan PAS. Impak besar yang ada pada beliau telah berjaya membawa satu demensi baru dalam politik negara; saya akui ia sangat dihormati oleh lawan dan kawan - sehingga ada yang bimbang bilamana ketiadaan beliau.

Memang kita akui untuk mencari orang sepertinya adalah sukar. Namun PAS pernah mempunyai tokoh hebat dalam sejarah perjuangannya dan kehilangan mereka sangat dirasai, contohnya kehilangan Dr Burhanuddin al Hilmi, Dr Yusuf Rawa, Us Fadhil Nor juga mempunyai kesan besar dalam politik.

Itulah silih berganti kepimpinan, dan kita yakin Allah akan mengatur urusan agamanya dengan sebaik mungkin walaupun untuk mencari dan menandingi kehebatan seseorang tokoh sangat sukar.

Pemimpin yang paling baik ialah yang menyediakan penggantinya lebih baik darinya.

Soalan 3:

Mungkin tak Sabah dan Sarawak juga akan dijual secara senyap-senyap oleh Barisan Nasional? Apa pandangan Naib Presiden sekalian tentang perkara ini?

MO : P Ramlee banyak mengajar kita – pertama beliau memberikan walaupun secara gurauan, Alif Mim Nun Wau sepatutnya bunyinya UMNO tapi beliau membuat dalam bentuk joke, Alif tolak Mim tendang Wau, bunyinya Sarkas – jadi maknanya telahan P Ramlee ketika itu yang saya berpendapat bahawa itu adalah telaahan gurauan yang menunjukkan satu hari nanti UMNO akan menjadi sarkas.

Dan P Ramlee juga memberikan satu gambaran bahawa penyamun atau orang-orang yang mencuri di kampung satu hari nanti akan menjadi penyamun ‘collar’ putih. Begitulah juga soalan pembaca di atas seperti mana P Ramlee menggambarkan bahawa suatu hari nanti keluarga pun boleh dijual demi harta seperti dalam filem Tiga Abdul.

Yang saya nak kaitkan di sini ialah bagaimana bapa mertua Ahmad Nisfu ini jual menantu dia hanya semata-mata untuk mendapatkan harta. Perkahwinan anak dia itu, hanya untuk merebut harta kekayaan yang ada pada menantu dia.

Akhirnya apabila menantu dia melanggar peraturan undang-undang yang ada dalam rumah dia, dia jual kerana perjanjian itu kata kalau marah, semua harta akan diambil oleh bapa mertua.

Jadi P Ramlee sudah bagitahu lama bahawa kerana harta, segalanya boleh dijual walaupun menantu dia. Jadi macam itu juga pemimpin Umno, kalau kerana wang dan Ringgit Malaysia, Blok L dan M dia jual, tak mustahil Sabah dan Sarawak ini pun dia boleh jual.

TITM : Persoalannya apakah Sabah dan serawak juga akan turut ‘terjual’ secara senyap-senyap oleh BN - memang realiti kini pun telah berlaku.

Kedua negeri ini mempunyai hasil yang santa besar, dan mampu menjana ekonomi yang herat. Namun, mereka adalah negeri yang rakyatnya paling miskin di Malaysia.

Hakikatnya, kekayaan hanya dikaut oleh pemimpin dan kroninya sahaja. Rakyat menyaksikan bagaimana hasil mahsul sabah dan Sarawak diangkut keluar di hadapan mata mereka menyebabkan mereka masih lagi terbelenggu dengan kemiskinan - jauh dari arus pembangunan sehinggakan kemudahan asas gagal disediakan.

Keperluan utama seperti jalanraya, leterik dan bekalan air bersih masih Belem disediakan meskipun mereka didendangkan dengan lagu pembangunan negara maju menjelang 2020.

Hentikan kerakusan ini dengan segera and mereka perlu bangkit membuat perubahan dalam PRU ke 13. Anda akan meyaksikan bagaimana hasil mahsul negeri tidak lagi berada dalam mulut-mulut buaya darat yang sedia menggadai negeri demi memenuhi nafsu mereka.

SA : Menjual negara ini, saya rasa sudahpun berlaku secara tidak langsung, terutama dalam isu-isu yang melibatkan kedaulatan negara, ini cukup kita bimbang – jadi kita harus hati-hati untuk menghadapi isu ini dan menamatkan dan merehatkan BN dalam pilihanraya akan datang – itu sangat penting.

- harakhdaily

Thursday, February 4, 2010

Thursday, May 7, 2009

Husam Tulis Buku Jawab Tuduhan...

KOTA BHARU 6 Mei - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa akan menulis sebuah buku bagi menjawab pelbagai tuduhan terhadapnya sejak kebelakangan ini untuk diedarkan sebelum muktamar tahunan parti itu bulan depan.

Beliau berkata, buku kecil itu juga akan mengandungi catatan mengenai beberapa individu dari dalam dan luar Pas bagi memberi penjelasan kepada orang ramai tentang sesuatu isu.

"Saya sedang menulis sebuah buku kecil untuk jelaskan beberapa tuduhan dan jangan ada mana-mana pihak rasa tersinggung jika nama mereka dicatatkan nanti.

"Saya duduk dalam Pas Kelantan dan dalam kerajaan negeri ini sejak 1990, saya tahu dalam dan luarnya. Mungkin selepas atau sebelum muktamar buku ini diedarkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas reaksi dan kenyataan yang dibuat oleh pelbagai peringkat pimpinan parti itu tentang pencalonannya sebagai Timbalan Presiden Pas.

Baru-baru ini, Husam membayangkan untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden parti itu sekiranya keraguan tentang hala tuju perjuangan terutama melibatkan 'hubungan sulit' Pas-UMNO tidak dijelaskan.

Beberapa tokoh lain turut menawarkan diri, namun Dewan Ulama Pas menegaskan jawatan nombor satu dan dua parti itu mesti disandang golongan ulama bagi memastikan parti itu tidak lari daripada perjuangan Islam.

Kelmarin, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan membidas golongan pro-Anwar dalam Pas yang hanya menyalahkan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa kerana mencadangkan kerajaan perpaduan.

Ekoran itu juga, Husam mengambil pendekatan untuk 'berpuasa' daripada bercakap kepada media mengenai perkembangan yang berlaku dalam parti itu.

Beliau mengakui sememangnya mempunyai 'ilham' untuk bertanding, namun apa yang lebih penting dan perlu diutamakan ialah menjaga perpaduan parti.

Mengulas saranan sinis Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan yang meminta beliau bertanding jawatan presiden, Husam berkata, beliau bersedia untuk memberikan penjelasan dalam perjumpaan parti itu sahaja.

"Saya sudah sebut dengan media, saya 'berpuasa' tetapi untuk penjelasan dalam parti, saya bersedia, jadi untuk Nasruddin, kalau dia bersedia, saya bersedia untuk jumpa dia, saya ada maklumat untuk disampaikan kepadanya.

"Kalau mahu jumpa dalaman, boleh, tetapi tidak payahlah kita pergi kepada media untuk memberikan penjelasan," katanya.

Source : Utusan Malaysia Online

Wednesday, April 15, 2009

Ibrahim Ali Tunggu Pinangan UMNO....

Dalam akhbar semalam, "The Frog King" Ibrahim Ali mengakui yang dia hanya menanti "UMNO meminangnya". Jika ada peminangan, dia akan kembali bersama UMNO. Dan tidak mustahil si 'katak' ini akan menuruti jejak langkah Mahathir. Itu pun kalau Najib sudi nak 'meminang' dia.

Inilah manusia yang 'tak tahu malu' dan 'tiada harga diri'. Bertanding dalam PRU12 menggunakan lambang BULAN dan menang di Parlimen Pasir Mas. YDP PAS Pasir Mas, Ustaz Ismail Nuh sanggup mengorbankan kerusinya untuk membolehkan dia bertanding. Bila dah menang, mula lupa diri dan tanpa segan-silu 'menikam' PAS dan Pakatan Rakyat.

Kita nak pesan sikit kat Pak Yem ni. Kalau dia nak masuk UMNO, itu dia punya pasal tapi sila letakkan jawatan sebagai MP Pasir Mas dulu. Kami ahli PAS tidak redha kamu masuk UMNO dengan jawatan MP yang kamu menangi dulu atas tiket PAS. Jika betul anak jantan, kamu bertanding semula sebagai calon BN menentang calon PAS dalam PRK.

Gelagat dan tingkahlaku Ibrahim Ali ini tidak ada bezanya dengan Ezam Md.Nor, Lokman Nor Adam, Roslan Kasim, Osman Jailu dan ramai lagi orang-orang yang sewaktu dengan mereka. Semuanya pernah meninggalkan UMNO dan masuk parti pembangkang. Bila 'kecewa' atau dirasuk 'gila kuasa', penghujungnya gadai 'prinsip dan harga diri' untuk kembali ke pangkuan UMNO.

Inilah golongan manusia yang Allah sebutkan dalam Al-Qur'an sebagai MUNAFIQUN. Bukan menuduh tetapi itulah hakikatnya. Mereka hanya berpura-pura menunjukkan keikhlasan berjuang untuk rakyat tetapi pada hakikatnya merekalah golongan 'selfish'. Hanya tahu mencari keuntungan dunia semata-mata.

Jika benarlah 'The Frog King' ni masuk UMNO semula, kita akan lihat apakah balasan yang akan ditimpakan oleh Allah kepadanya kerana mengkhianati ;

1- Pengundi PAS Pasir Mas

2- Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat'

3- PAS

Ibrahim Ali wajib letakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen terlebih dahulu sebelum masuk UMNO bagi mengelakkan sebarang bala' yang bakal ditimpa ke atas dirinya.

Persoalannya mengapa dia tak mahu masuk PAS ?

Wassalam.

Wednesday, January 21, 2009

YB Salahuddin Yang Aku Kenali

Gambar YB Salahuddin ini aku rakamkan secara spontan sewaktu aku menghadiri seminar di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Tmn Melewar. Aku datang bersama dengan Ketua Penerangan PAS Kawasan Batu Pahat, Hj Md.Raos.

YB Hj Salahuddin Ayub ini mula aku kenali sewaktu aku bertugas sebagai Setiausaha Kerja di Pejabat Badan Perhubungan PAS Johor dalam tahun 1997. Dari situlah, aku mula mengenalinya dengan lebih dekat. Waktu itu beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

Secara peribadi, dia seorang yang 'low profile', mudah mesra, pemurah hati, penampilannya sentiasa dengan berpakaian kemas dan ketokohannya sebagai pemimpin memang ada dalam dirinya secara semulajadi. Secara tidak langsung namanya sendiri sama dengan nama seorang pemimpin dan pejuang Islam yang agung, Sultan Salahuddin Al-Ayubi. Memang Allah berikan ilham kepada ayahandanya, Cikgu Ayub untuk memberi nama tersebut.

Sikapnya yang tidak pernah melupakan sahabat-sahabat lama walaupun telah bergelar YB, menjadikan dia seorang yang disenangi dan disayangi. Banyak kenangan bersama beliau sewaktu aku menetap di Batu Pahat.

Aku selalu mengiringinya sebagai 'personal pilot' bila dia ada ceramah di negeri Johor. Pernah sekali aku bersama Hj Mutalib menemaninya pergi berceramah di Bandar Muazzam, Pahang dalam bulan puasa. Waktu tu kami berbuka puasa di rumah Ustaz Nasruddin Tantawi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat sekarang

YB Salahuddin selalu berpesan kepada aku agar jangan lupa untuk menegurnya jika ada kekurangan dan kesilapan dalam ceramahnya, hatta sikap dan tindak-tanduknya. Inilah yang menyentuh jiwa aku. Aku tidak nafikan bahawa beliau memang bersungguh-sungguh untuk laksanakan Sunnah Rasulullah sebab Baginda sendiri bersedia untuk menerima teguran dan pendapat dari para sahabatnya.

Sebenarnya YB Salahuddin ni ada 'unofficial political advisor'nya, Imam Khailani yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Batu Pahat sekarang. Jika dia bertemu dengan Pak Imam ni, sudah tentu banyak komen dan nasihat yang dimintanya. Pak Imam ni adalah orang lama dalam PAS Johor dan merupakan seorang yang bijak membaca suasana politik tanahair. Aku sendiri turut mengkagumi kebolehannya dan banyak juga belajar daripadanya.

Walaupun sekarang aku menetap di Sabah, namun YB Salahuddin tidak pernah lupa pada sahabatnya. Walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, namun kadang-kadang dia sempat juga meluangkan masa untuk menghubungi aku di Sabah bertanyakan khabar.

Doa' aku semuga beliau dan keluarganya sentiasa berada di dalam hidayah dan petunjuk Allah.

Jazakallah.






Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger