Monday, April 4, 2011

Kalaulah Anwar tu kaki betina....

Tak tahulah apa nak jadi dengan Malaysia sekarang. Dah jadi negara paling jijik di mata dunia dengan penyebaran video lucah tanpa halangan oleh pihak berkuasa. Tiada sebarang tangkapan dibuat terhadap penerbit, penayang dan pemilik bahan lucah itu kerana mereka 'orang PM'. Yang difitnah pula jadi sasaran 'anjing' dan media kerajaan. Inilah bukti betapa jahatnya UMNO yang sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan kuasa yang semakin hilang dari genggaman.

Hari ini video lucah yang didakwa pelakunya ialah Anwar sudah tersebar dalam Youtube. Yang peliknya, nape video dalam Youtube tu cuma 107 saat je, sedangkan yang ditayang di Carcosa sepanjang 21 minit. Pasti ada yang tak kena.

Penulis sarankan tak perlulah kita menontonnya. Baru sebentar tadi ada seorang sahabat bertanya "Abang dah tengok video tu dalam Youtube." Ringkas penulis jawab "Tak ingin aku menengoknya... jijik."

Pada yang dah menontonnya, mungkin ada yang percaya atau sebaliknya. Dan yang belum, penulis sarankan tak usahlah buang masa dan buat dosa mata dengan menontonnya.

Baiklah...

Katakanlah Anwar tu memang kuat seks dan kaki betina. Dengan kedudukan dan pengaruhnya serta dikenali di seluruh dunia...;

- apa bodohnya Anwar melanggan pelacur murahan di hotel cokia sedangkan dia boleh dapatkan gadis-gadis cantik di merata dunia sebagai calon isteri mudanya. Orang macam Anwar yang handsome lagi terkenal, nescaya kalau dia meminang anak Jutawan Arab, tentu diterimalah. Umi Hafilda sendiri akui Anwar memang handsome hingga dia sendiri tergila-gila. Nasib baik tak gila... Cuma meroyan je la ni sebab kerja fitnahnya dalam Kes Liwat 1 tak dibayar oleh Daim Zainuddin.

- takkanlah Anwar boleh jadi bebal hingga membiarkan perlakuannya dirakam oleh orang ketiga yang ada di bilik itu.

Penulis rasa dua persoalan di atas sudah cukup memberi gambaran bahawa penerbitan dan penayangan video lucah itu merupakan kerja terkutuk oleh para dajjal UMNO demi menjaga kepentingan kuasa politik PM Najib yang semakin takut dengan bayangan dosa-dosa besarnya terhadap Altantuya dan rakyat.

Percayalah, video lucah itu akan memakan diri Najib dan Rosmah sendiri serta menguburkan terus UMNO daripada alam maya ini.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui bilakah masanya.

Mudah-mudahan dalam PRU13 nanti.

2 comments:

Local Fighter said...

alah, itu ko ckp sebab pelakunya anwar, idola ko.

Cuba kalo pemimpin BN kena terutama UMNO..mesti terkinja2 ko suruh letak jawatan le, s/jaya diraja lah...

terimalah hakikat, pemimpin agung ko tu memang kuat seks..terima kasih kepada iklan ubat kuat yang berlambak di dalam laman web Pas..hehe

merun said...

kalo pemimpin BN..dah tentu rakyat percaya tanpa prejudis..sbbnya...xyahle cerita...ramai dah tau pun...

kalo dikatakan penulis ni dsai idolanya...orite..mgkn ada berat sebelah...ye x?

tp, ngn isu skg...org yg xamik peduli ttg dsai pun skg teruja & cenderung

puncanya...tuduhan & pengaiban bukan saja pada dsai tp, meliputi seluruh keluarganya menjadi semakin melampau

rakyat atas pagor pun mula menimbal semula...politik apakah ini?

apa2 pun, mmg di mana2 bumi malaysia ni telah menjadi hakikat...sekiranya yg terlibat itu pemimpin BN, pasti rakyat tidak menafikan atau kurang menafikan

itu hakikat yg terpaksa ditelan oleh pendekar2 yg berimej hang tuah berhati budi patih kerma wijaya

tk

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger