Monday, February 1, 2010

PRU13 - Mampukah PR Jayakan Projek 'Road To Putrajaya' ?

Sebagaimana biasa dan memang itulah permainan politik UMNO "Dulu, Kini dan Selamanya" sanggup berbuat apa saja. Sebut saja apa yang UMNO tak buat demi nak mengekalkan kuasanya di Malaysia. Dalam kamus hidup UMNO, sudah tiada lagi halal dan haram. Yang ada hanyalah Halal + Haram = Halam.

Pemimpin UMNO sudah tidak peduli lagi hal negara dan rakyat. Mereka tidak pernah insaf dengan apa yang sedang melanda negara dan rakyat ketika ini. Bagi mereka, biarlah simpanan rezab negara hampir pupus sekalipun takde hal sebab apa yang penting kuasa mesti dipertahankan dengan apa cara sekali pun termasuk mengugut, memujuk dan membeli MP Pakatan Rakyat, menipu, memfitnah dengan pelbagai dakwaan palsu dan sebagainya.

UMNO dikira bernasib baik kerana masih ramai orang Melayu yang 'sesat' fikrahnya serta memahami Islam mengikut acuan orientalis sejak sebelum merdeka lagi. Selagi fahaman toghut lagi sesat ini masih berakar umbi dalam jiwa majoriti masyarakat Islam, maka selagi itulah UMNO bernyawa.

Menyedari hakikat ini, sebab itulah UMNO sentiasa menghalang dan menyekat sebarang usaha murni samada individu maupun jamaah yang mahu mengajak umat Islam kembali kepada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah yang hakiki. Tindakan seumpama inilah juga dilakukan oleh regim Anwar Sadat dan Hosni Mubarak di Mesir bagi 'membunuh' persatuan atau gerakan Islam di sana. Dan begitulah juga yang dilakukan oleh Mahmoud Abbas di Palestin yang menjadi talibarut Zionis untuk menghancurkan gerakan Islam Hamas.

UMNO memang sengaja biarkan bangsa Melayu dan Bumiputera dalam negara ini terus hidup dalam kemiskinan, kesusahan agar mereka terus terikat dan sentiasa bergantung dengan kerajaan di bawah UMNO. Sebab itulah walau sudah lebih 52 tahun mereka memerintah namun tahap hidup bangsa Melayu masih tidak berubah. Tahap kemiskinan terus meningkat dari tahun ke tahun.

Pengagihan kekayaan negara tidak seimbang. Hanya para pemimpin UMNO, keluarga terdekat dan kroninya saja yang dapat menikmati dan merasai nikmat segala kekayaan yang ada. Rakyat hanya boleh melihat saja dari jauh segala kemewahan yang mereka kecapi.

Pilihanraya Umum

Sungguhpun saat ini UMNO masih memegang tampuk pemerintahan negara, namun keputusan PRU12 lalu benar-benar 'menyakitkan' mereka. UBN kehilangan undi sebanyak 1,893,135 undi di seluruh 165 Parlimen Semenanjung. Sakit bertukar jadi bisa bila pembangkang berjaya menguasai 4 negeri baru selain kekal di Kelantan. Sebenarnya UMNO tidak menduga akan perubahan sikap pengundi Cina dan India. Yang mereka benar terkejut ialah full-swing pengundi India.

Walaupun UMNO sedar majoriti pengundi Melayu dan Bumiputera masih kuat menyokong mereka, namun ianya tidak boleh menjamin 'keselamatan' UMNO dalam PRU13. Hatta tiada jaminan pengundi Sabah akan terus menyokong UBN. Manakala Sarawak masih dikira 'secure fix-deposit' bagi UBN. 2 buah negeri ini merupakan 'penyelamat' kepada UBN dalam PRU12 lalu.

UMNO kurang risau pasal Sarawak sebab parti PBB Sarawak yang diketuai oleh Taib Mahmud masih kekal dominan mengetuai kerajaan negeri hingga ke hari ini. Sabah yang agak merunsingkan Kuala Lumpur. Sejarah politik Sabah membuktikan rakyatnya boleh berubah sekelip mata dengan sesuatu isu. Bagaimana PBS berjaya menumbangkan kerajaan Berjaya Harris Salleh ? Hanya dengan isu "Penarikan Balik Taraf Daerah Tambunan".

Terus-terang saya katakan, jika PR hanya bergantung pada isu nasional dan tempatan saja sebagai bahan kempen di Sabah serta bergantung dengan jentera yang sedia ada, jangan beranganlah nak menang kerusi. Bukan nak perlekeh kemampuan PR Sabah tapi ini berdasarkan fakta. PR mesti ada satu 'Master Plan' bagi mempengaruhi majoriti pengundi Sabah agar lakukan 'silence full-swing' dalam PRU13 kelak.

Dalam konteks 'Master Plan' tu, tak payahlah saya sebut. Tentu 3 orang pimpinan utama Pakatan Rakyat lebih arif dan pakar dalam hal ini. Saya kira ianya sedang berada dalam minda Anwar Ibrahim. Apa yang diharapkan agar Anwar tidak lagi bodoh dan gopoh macam dulu... Kadang-kadang si Anwar ni pun ada bangangnya juga.

Yang terkini, UMNO terperangkap dengan isu kalimah Allah. Mereka beranggapan isu ini akan menguntungkannya dan boleh mempengaruhi pengundi bukan Islam agar membenci PAS. Akhirnya UMNO masuk ke dalam 'jerat' yang dipasang sendiri.

Jika sikap pengundi Cina dan India hanya berubah pada margin +/- 5% sahaja, ianya masih mampu mengekalkan 82 kerusi Parlimen Pakatan Rakyat yang ada. Manakala pengundi Melayu di Semenanjung adalah statik (+/- 2%) sahaja. Tidak dinafikan, PR sangat memerlukan undi bukan Melayu dalam nak merealisasikan projek 'Road To Putrajaya'.

Apa yang penting Pakatan Rakyat mesti hentikan segera sebarang pertikaian yang pernah berlaku sebelum ini. Fokus utama mereka mestilah menjurus kepada visi menjatuhkan UBN. Sebarang masalah berbangkit mestilah dibereskan segera secara ukhwah dan profesional. Bukan dipengaruhi emosi dan fahaman sempit yang merugikan. Konsep '3S' mesti ada dalam jiwa PR. Smart, Strength and Sincerity.

"Ayuh Kita Kuburkan UBN Dalam PRU13 Demi Kesejahteraan Rakyat"

Selamat Malam.....

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger