Tuesday, February 23, 2010

Royalti Kelantan : Adakan Solat Hajat Perdana

Saya harap TGNA dan Kerajaan Negeri Kelantan adakan Solat Hajat Perdana di Stadium berhubung tuntutan Royalti Minyak hak rakyat Kelantan. Setelah tuntutan dibuat melalui saluran yang betul serta mematuhi syarat perjanjian tidak dilayan, maka solat hajat adalah jalan terakhir untuk mengajar puak-puak munafiq di Kuala Lumpur tu. Biar pecah perut Najib, seluruh pimpinan dan ahli UMNO yang menyokong tindakan kerajaan merompak hak milik rakyat Kelantan.

Aku pun tidak tahu jenis apakah manusia yang duduk dalam UMNO ni. Berbangsa Melayu dan mengaku Islam tetapi sanggup mengkhianati perjanjian antara Petronas dengan seluruh negeri Persekutuan yang ada petroleum. Bukannya banyak royalti yang wajib dibayar. Hanya 5% saja.

Yang peliknya tu waktu pembangkang PBS memerintah Sabah, pusat tetap membayar royalti 5% itu. Tapi bila PAS memerintah Terengganu dan Kelantan, mengapa royalti ditukar menjadi wang ehsan ?

Terbaru, kerajaan Najib buat kenyataan akan membayar RM20 juta saja kepada Kerajaan Kelantan. Sebenarnya RM2 bilion, bukannya RM20 juta.

Inilah bukti betapa celakanya para pemimpin UMNO yang sedang memerintah. Semakin terserlah kemunafiqan mereka. Sebenarnya mereka sangat benci pada PAS kerana memperjuangkan Islam. UMNO cukup takut jika diberi royalti akan menyebabkan Kerajaan PAS Kelantan semakin kuat dan banyak program pembangunan dapat dilaksanakan untuk rakyat. Jadi, tiada cara lain untuk menggugat kerajaan PAS melainkan dengan cara menyekat pembayaran royalti ni. Dan inilah juga yang dilakukan oleh UMNO pada Terengganu sewaktu PAS memerintah.

Bila kita cakap pimpinan UMNO ni memang sesat, munafiq dan celaka, ramai ahli dan penyokong UMNO marah dan tuduh kita ekstrimlah dan entah apa-apa lagi. Mereka lupa Allah SWT sendiri melaknat golongan munafiq ini dengan perkataan "Celakalah....."

Itulah... bila disuruh mengaji tak mahu. Lepas tu faham Islam ikut acuan orientalis Barat. Bila pemimpin UMNO cakap politik mesti dipisahkan daripada Islam, maka percayalah puak-puak jahiliyyah ni. Sembahyang tonggang-tonggek 5 kali sehari semalam tapi tak sedar diri telah disesatkan oleh pemimpin dan golongan ulama' celaka dalam UMNO. Kat sana esok, berbarislah di belakang pemimpin kamu untuk menuju ke Nar...! Bukannya kita tak habaq pasal ancaman Allah dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 tapi puak-puak ni punyalah degil. Kalau degil mempertahankan kebenaran, takpe. Ni degil mempertahankan kesesatan... Kan ke bangang namanya tu....

Ini bukan masalah ekstrim atau tidak. Ini soal hak dan keadilan. Cuba fikir fakta berikut ;

1- Patutkah kerajaan pimpinan UMNO dengan sengaja melanggar perjanjian yang telah dimeterai antara Petronas dan seluruh negeri Persekutuan yang ada hasil petroleum ?

2- Royalti sebanyak 5% itu memang wajib dibayar oleh kerajaan pada mana-mana negeri yang ada petroleum. Royalti ini adalah hak milik rakyat negeri.

Sejahat-jahat Yahudi tetapi mereka tetap membela nasib bangsanya sendiri di seluruh dunia. Sebab itulah mereka berjaya menguasai dunia hari ini.

Bagaimana dengan UMNO ?

Sebenarnya UMNO yang ada hari ini bukan lagi membela bangsa Melayu tetapi hanya membela segolongan pihak atasan, keluarga dan kroni mereka. Bayangkan betapa keji dan terkutuknya puak-puak pimpinan UMNO ni hingga sanggup merompak hak royalti minyak rakyat Terengganu dan Kelantan sedangkan lebih 80% penduduk Kelantan dan Terengganu terdiri daripada bangsa Melayu.

Namun disebabkan kerakusan kuasa, fahaman politik sempit, hasad dengki dan khianat yang bersarang di hati mereka, maka tanpa rasa bersalah puak-puak celaka UMNO ni dengan bangga menggunakan kuasa yang ada merampas royalti milik rakyat.

Sebab tu aku pernah sebut sebelum ini yang UMNO lebih jahat dari Yahudi....

Marilah kita sama-sama berdoa semuga Allah menghancurkan segera UMNO dan seluruh barisan pimpinannya. Juga bagi yang bersekongkol dengan mereka. Mereka ni dah terlalu melampaui batas.

Celakalah kau UMNO...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger