Saturday, February 27, 2010

Siapa di belakang G76 NGO Melayu ....?

Eh... geli dan loyanya tekak ni bila G76 NGO Melayu sibuk pulak nak tubuh majlis perundangan nak pertahan hak Melayu dan Islam. Tak usahlah jadi manusia hipokrit di sebalik usaha yang hanya dilihat sebagai propaganda murahan serta menjadi pecacai UMNO untuk nak meraih sokongan pengundi Melayu dalam PRU13.

Apa jadahnya tak pasal-pasal 76 NGO ini beriya sangat nak bela hak Melayu dan Islam. Dah terlewat bah... Dulu masa si mamak tua jadi PM, kenapa kamu tak bangkit menentang penghapusan biasiswa anak Melayu, pindaan akta tanah yang jelas merugikan orang Melayu.

Kenapa tak bantah bila kerajaan UMNO merampas hak royalti minyak Terengganu dan Kelantan yang mana lebih 80% penduduknya orang Melayu.

Lepas tu nak bela Islam pulak... Apa puak-puak NGO Melayu ni tak sedaq lagi ke dah 250,000 anak orang Islam murtad kat Malaysia. Yang berperangai macam si murtad lagi ramai...

Tak habis-habis sebut pasal hak orang Melayu. Tak tahulah di mana letaknya akal fikiran G76 ni. Dah berpuluh tahun orang Melayu diperbodohkan oleh puak-puak celaka UMNO, hak orang Melayu dilondeh satu-persatu, tanah milik orang Melayu dirampas dan yang terkini penipuan terhadap hak anak peneroka Felda. Tak cukupkah segala bukti di depan mata yang menunjukkan betapa terkutuknya kerja UMNO selama ni.

Yang ironisnya si manusia tak sedar diri Ibrahim Ali Alkataki yang memang dah dikenali gila kuasa tak habis-habis dengan perangai lamanya. Itu hari kat Penang masa demonstrasi bakar patung Guan Eng, dia pun ada.

Udah jelas lagi tersuluh para 'kepala' G76 NGO ni memang jadi perkakas UMNO dalam nak merealisasikan Drama Murahan Bulan Ini.

Takkanlah tak nampak lagi bahawa UMNO-lah menjadi punca segala permasalahan yang melanda orang Melayu dan Islam di negara ini. Jadi, tak usahlah nak buang masa tubuh MPM ni. Berhentilah daripada membuat kerja hipokrasi ni.

Yang penting semua 76 NGO ni sokong Pakatan Rakyat dalam PRU13. Lancarkan kempen "Tumbangkan UMNO/BN" di seluruh negara. Bukannya terus merelakan diri jadi alat UMNO. Atau adakah para kepala Kumpulan 76 ni dah ada 'habuan' yang dijanjikan oleh UMNO bagi melaksanakan misi kartun ini.

Berhati-hati dengan 'permainan UMNO'

Sejarah membuktikan UMNO akan memainkan isu perkauman dan agama bila merasakan kemerosotan sokongan orang Melayu pada parti hapraq itu. Dan hari ini, UMNO ubah tektik dan pendekatannya agar tidak dilihat oleh rakyat sebagai parti perkauman. Maka digunakanlah 76 NGO Melayu ini yang akan membuat tuntutan terhadap kerajaan agar menjamin hak kepentingan Melayu dan Islam.

Nak ringkaskan drama murahan ini, maka PM Najib sebagai ketua kerajaan UMNO/BN akan menerima memorandum yang bakal diserahkan oleh Kumpulan 76 ni dan media perdana akan membuat liputan. Lepas tu kerajaan UMNO/BN buat pengumuman dan berjanji akan menunaikan tuntutan tersebut. Maka sekali lagi seluruh umat Melayu terpesona dan terpedaya serta mengakui UMNO memang mahu membela nasib orang Melayu dan Islam.

Weik...... macam nak muntah darah dibuatnya bila aku terbaca berita bertajuk "76 NGO Melayu tubuh majlis perundingan pertahan hak Melayu dan Islam"

Kembalilah pada Islam...

Sudah barang pasti seluruh ahli G76 NGO Melayu ni beragama Islam. Jadinya tak usah nak pecahkan kepala dok fikir dari dulu sampai la ni tak habih-habih pasai hak Melayu. Hak orang Melayu dah takde dah... Apa yang tinggal pada Melayu la ni hanya nama dan buahnya saja. Nothing left... Kalau nak sebut pasal bela Islam, aku kira tak usahlah G76 ni jadi manusia hipokrit.

Heran bebenor aku dengan anggota G76 Melayu ni. Dok tak habis-habis nak perjuangkan bangsa, bangsa, bangsa.... entah apa jadahnya. Apa mereka lupa ke dah memang manusia ni diciptakan oleh Allah daripada pelbagai warna kulit, bangsa dan bahasa.

Mana pernah Rasulullah S.A.W. berjuang atas dasar bangsa. Baginda hanya perjuangkan Agama Tauhid yaitu Islam dan menegakkan Daulah Islamiyyah (Negara Islam).

Ni...lah masalahnya orang Melayu kita. Dah didoktrinkan dengan fahaman sesat kebangsaan oleh UMNO. Hidup-hidup bangsa Melayu diperbodohkan oleh UMNO sejak zaman pasca merdeka lagi.

Cuba tanya kat G76 ni, apa dah jadi dengan bangsa Melayu hari ini ? Memang UMNO hanya berjaya mendidik umat Melayu menjadi manusia hapraq. Cuba tengok apa yang berlaku pada bangsa Melayu. Umat Melayu hari ini menjuarai banyak kategori termasuk dadah, kerosakan akhlak, jenayah rasuah dan penyelewengan, murtad dan pelbagai jenis kerosakan lagi.

Semuanya ini berlaku kerana selama ini negara kita diperintah menggunakan sistem sekular Kristian oleh UMNO. Masyarakat dihalang daripada mempelajari dan memahami hakikat Islam yang sebenar. Justeru mengakibatkan majoriti orang Melayu memahami Islam sebagaimana yang diajar oleh golongan ulama' celaka dalam UMNO.

Dah ada di depan mata mereka sebuah jamaah/parti Islam (PAS) yang jelas perjuangkan Islam serta mahu menegakkan Daulah Islamiyyah, kenapa tak nak sokong dan jadi ahli?

Inilah susahnya bila kuman sekular dah terlampau banyak dalam darah yang mengalir di badan. Masih lagi dok nak pertahankan parti sesat sekular UMNO. Mengaku Islam tapi tak nak ikut perintah Allah dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 208 ;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِإِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger