Saturday, February 6, 2010

Siapa Dalang Demo 'Bakar' Guan Eng

Rakyat Malaysia tidak seharusnya terpengaruh dengan demonstrasi bersifat perkauman yang telah diadakan di Penang petang Jumaat semalam (5 Feb 2010). Dipercayai kumpulan dan individu yang menyertai demo itu adalah pro UMNO/BN. Bagi saya, demonstrasi yang diadakan selepas solat Jumaat di sebuah masjid di Jalan Macalister, Georgetown yang disertai oleh aktivis Islam dari pelbagai NGO merupakan satu tindakan 'kurang cerdik' dan bermotifkan politik perkauman.

Demo itu diadakan atas alasan berlakunya diskriminasi dan peminggiran orang Melayu-Islam di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Mereka melaungkan perkataan 'Sedaq' dan 'Hidup Melayu' dan mengecam kerajaan negeri kerana didakwa tidak memperduli dan menghiraukan nasib orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

Siapakah yang jadi 'kepala' demonstrasi perkauman ini ?

1- MP Bebas Pasir Mas Ibrahim Ali 'Alkataki'

2- Enam pemimpin Sedaq

3- Presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen dan

4- Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS), Jais Karim (kanan)

Kesemua mereka berucap sambil mengecam pentadbiran Guan Eng, sambil dipantau oleh pihak polis.

Cuba kita tanya kepada 'kepala-kepala' dan aktivis Islam yang menyertai demo ini beberapa soalan berikut ;

1- Kenapa tidak pernah buat demo sebegini sewaktu Penang di bawah pemerintahan BN/Gerakan yang diketuai oleh Dr Koh Tsu Koon ?

2- Bukankah Dr Koh Tsu Koon juga berbangsa Cina seperti Lim Guan Eng ?

3- Selama berpuluh tahun Penang di bawah BN, apa yang UMNO buat untuk bela nasib Melayu dan Islam di Penang ?

4- Apakah demo ini dibuat atas dasar tak puashati kerana susah nak dapat projek ekoran ketegasan kerajaan PR Penang dalam memerangi pelbagai unsur rasuah dan kronisme ?

5- Kenapa dalam isu murtad, isu tuntutan Sister In Islam dan IFC, kamu tak berani turun berdemonstrasi ?

6- Kenapa dalam isu rumah orang Melayu Kg Berembang dirobohkan oleh Kerajaan UMNO/BN Selangor, kamu tak turun berdemo dan dan menghantar memorandum bantahan ?

Siapakah 'dalang' perhimpunan ini ?

Beberapa fakta seperti permit diberikan oleh pihak polis, polis hanya melihat saja, tiada trak FRU turun, tiada trak 'water cannon', tiada anggota FRU bercotar, dan tiada sebarang tangkapan dibuat walau tindakan membakar itu berbahaya, jelas membuktikan bahawa UMNO menjadi dalang utama demonstrasi yang bersifat perkauman ini.

UMNO sejak Dulu, Kini dan Selamanya akan menggunakan isu perkauman dan sentimen agama bagi meraih sokongan orang Melayu bila mana dirasakan kedudukan kuasa mereka semakin tergugat. Memang inilah kerja puak munafiq. Mendakwa diri sebagai pembela agama, namun hakikatnya dialah yang menjadi musuh utama Islam. Tapi malangnya masih ada lagi golongan berotak beku dan sempit yang sanggup diperalatkan oleh parti yang berjuang atas dasar sekular dan assobiyah itu.

Nama saja aktivis Islam, tapi masih melaungkan 'Hidup Melayu'. Islam tak pernah mengajar dan menyuruh kita perjuangkan bangsa. Mereka ni tak sedar. Dah 52 tahun UMNO perbodohkan Melayu dan memijak Islam tapi apakan daya rupanya masih ada spesis yang bangang sebegini.

Yang menghairankan kenapa para pemimpin yang mengepalai demo ini tidak menandatangani memorandum bantahan yang dibuat dan tak diserah pun. Bolehlah saya katakan demo ini hanya sebagai 'hiburan' kepada puak-puak yang syok sendiri tak tentu pasal ni. Sebenarnya takde isu pun. Malah rakyat yang turut serta dalam demo itu tak sedar mereka telah dipergunakan oleh beberapa kerat pemimpin yang nak cari glamour. Manalah tahu kot-kot ada peluang dapat projek dari UMNO Pusat atau boleh bertanding dalam PRU13 nanti.

Peruntukan Hal-Ehwal Islam

Cuba kita bandingkan fakta berikut di sudut peruntukan untuk hal-ehwal Islam yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah 2 pemerintahan berbeza.

Sewaktu Pemerintahan BN - Peruntukan hanya RM12.5 juta

Di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat - Peruntukan diberikan sebanyak RM20.5 juta.

'Serangan' oleh beberapa pimpinan PKR Penang terhadap Guan Eng

Saya bukan nak bela Guan Eng tapi saya menghormati dia sebagai seorang pemimpin yang merentasi kaum. Sejarah membuktikan bagaimana Guan Eng sanggup masuk penjara 2 tahun kerana membela seorang gadis Melayu di Melaka yang menjadi mangsa kerakusan seks Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik ketika itu. Ekoran tindakan berani dan berisiko Lim Guan Eng dalam membela gadis malang itu, akhirnya beliau terpaksa meringkuk dalam penjara selama 2 tahun sehingga hilang kelayakan sebagai MP Kota Melaka serta seluruh pencennya.

Para 'kepala' dan peserta demonstrasi siang tadi tak usah jadi manusia hipokrit kononnya merekalah pejuang Melayu dan Islam... We know who you are ? Don't make any provocation over race issues. Zaman sekarang bukan lagi macam tahun 70an. Rakyat boleh mendapat maklumat tepat di hujung jari dari website media alternatif.

Berhubung tindakan Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang menuduh Lim Guan Eng sebagai diktator, saya melihat ianya lebih kepada pandangan peribadi beliau yang 'kecewa' kerana tak dapat apa yang diinginkan. Namun rasa 'kecewa' itu diungkapkan dengan pelbagai tuduhan yang tak berasas dan terbawa-bawa dek semangat perkauman.

Sebab dah banyak terjadi di depan mata bagaimana dengan begitu mudah para pimpinan PKR ini 'terkucil' dari matlamat asal perjuangan mereka. Baru diuji sedikit dengan kemenangan, dah mula 'gila kuasa'. Nak jadi itulah, nak jadi inilah......

Macam yang berlaku di Perak sehingga Kerajaan PR hilang. Puncanya bermula bila 2 ADUN PKR dan 1 ADUN DAP lompat. Pasal apa mereka lompat ? Sebab kecewa ada yang tak dapat jadi MB. Patutnya sedarlah diri tu sedikit. Ukur baju sendiri sebelum nak melatah tak tentu pasal. Pendidikan tak tara mana, lepas tu merajuk dan kecewa kerana tak dipilih sebagai MB.

Umum mengetahui majoriti pimpinan dan ahli PKR berasal dari UMNO. Dan mereka boleh dikategorikan kepada kumpulan ;

1- Reformasi - yang meninggalkan UMNO sejak hari pertama DSAI dipecat dan difitnah pada 2 September 1998. Kebanyakan mereka telah teruji dan diyakini keikhlasan mereka dalam memperjuangakan keadilan dan hak rakyat. Orang seperti Azmin Ali, Saifudin Nasution, Dr Badrul Amin, Tian Chua dan ramai lagi. Dan tidak kurang juga yang kembali ke pangkuan UMNO seperti Ezam, Roslan Kasim, Ghani Harun, Lokman Nur Adam dan ramai lagi.

2- Yang Berkepentingan - kumpulan ini biasanya meninggalkan UMNO kerana kecewa apa yang dihajati tidak tercapai. Akhirnya berhijrah kepada PKR dan biasanya memegang jawatan penting samada di peringkat Pusat, Negeri atau Bahagian. Kategori ini agak mencurigakan sebab mereka mudah 'terkucil' jika apa yang diharapkan tidak berlaku seperti tindakan 2 ADUN PKR Perak yang jadi 'katak'. Jika berlaku ugutan, pujukan dan tawaran lumayan dari UMNO, biasanya mereka jadi lemah dan termakan umpan ini.

3- Tiada berkepentingan - mereka menyertai PKR secara ikhlas kerana benci dengan segala penipuan, penyelewengan dan rasuah dalam UMNO. Biasanya kumpulan ini istiqamah dan menjadi tulang belakang parti.

Bagi saya, perselisihan pendapat itu satu perkara biasa. Namun tindakan-tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan seperti ini seharusnya dihindarkan dan diselesaikan secara ukhwah, telus dan profesional melalui saluran yang betul. Bukan dengan cara buat kenyataan terbuka dalam media.

Kita yakin Kerajaan PR Penang tetap kukuh walau berhadapan dengan pelbagai kritikan samada dari dalam maupun luar.

Salam pagi Sabtu.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger