Saturday, February 13, 2010

'Misdirection' Tektik Popular UMNO

Pengalihan tumpuan merupakan satu tektik popular yang diguna-pakai oleh mana-mana pemimpin jahat dan 'gila kuasa' di dunia ini dalam nak menyembunyikan segala kelemahan termasuk penyelewengan, penipuan, kelemahan dan kepincangan dasar atau polisi yang dibuat, masalah negara dan sebagainya. Begitu juga untuk nak 'menghalalkan' tindakan mereka.

Kita lihat bagaimana Bush Jr. melancarkan kempennya untuk memerangi Iraq. Bahan kempennya mudah saja yaitu menuduh Iraq buat senjata nuklear sedangkan sebatang pun takde. Untuk mengukuhkan lagi dakwaannya, Washington menggunakan PBB untuk mengesahkan bahawa Iraq memang dalam proses membangunkan senjata nuklear yang boleh mengancam dunia. Sedangkan matlamat sebenar Amerika adalah untuk menguasai minyak Asia Barat setelah minyak Kuwait dan Arab Saudi berjaya ditawannya. Selain daripada itu mereka bimbang dengan kekuatan peluru berpandu Iraq, Scud dan Abbas yang mampu memusnahkan Israel, rakan sekutu iblis mereka.

Dan begitu juga dengan tindakan menyerang Afghanistan. Walaupun Afghanistan tidak sekaya Iraq dengan minyak tetapi kekuatan Mujahideen Afghan mengalahkan Russia serta penguasaan mereka di sempadan Iran dan Iraq amat dibimbangi oleh Amerika. Kemudian Afghanistan diambil-alih oleh Taliban bila krisis dalaman melanda Mujahideen. Pejuang Taliban meneruskan saja kesinambungan kekuatan dan penguasaan Mujahideen di wilayah yang bersempadan dengan Iran. Semuanya ini akan menjadi ancaman kepada cita-cita Washington-Israel untuk menguasai sepenuhnya minyak di Asia Barat.

Untuk merealisasikan cita-cita jahat mereka, lalu dibuatlah propaganda memburukkan kerajaan Taliban. Antaranya menuduh Taliban memberi perlindungan kepada Al-Qaeda yang bersembunyi di negara itu. Kemuncak kepada perlaksanaan serangan terhadap Afghanistan dilakukan selepas terjadinya peristiwa rempuhan Menara Berkembar New York pada 11 September 1998. Dan inilah modal terbesar bagi Bush Jr untuk menunaikan hasratnya menjajah Afghanistan. Digunakan FBI dan CIA untuk mereka-reka bukti bagi mengaitkan Al-Qaeda dengan serangan terhadap World Trade Center itu. Majoriti rakyat Amerika akhirnya 'merestui' tindakan Bush menjatuhkan bom-bom di bumi Afghanistan. Dan kempen memburuk-burukkan orang Islam terus dilakukan sejak peristiwa 11 September.

Bagaimana Pemimpin UMNO yang memerintah negara ?

Serupa je... Cuma bezanya dari segi warna kulit, bangsa dan agama. Di segi perangai memang saling tak tumpah dengan Bush dan Ariel Sharon.

Terlampau banyak bukti kezaliman dan jenayah yang dilakukan oleh pemimpin UMNO terhadap rakyat negara ini khususnya kepada PAS.

1- Peristiwa Memali (1985) - 14 orang syahid akibat dibunuh oleh 'Polis UMNO'. Bagaimana cara UMNO melakukan 'misdirection' dengan isu ini dengan tujuan agar rakyat terus membenci PAS ? Mereka menayangkan video Memali yang telah diedit di kaca TV agar kelihatan para pengikut Ustaz Ibrahim Libya yang mula menyerang anggota Polis dengan senjata parang, buluh runcing dan pisau. Tayangan 'jahat' ini dibuat setiap kali menjelang pilihanraya bagi menunjukkan orang PAS memang ekstrimis. Tidak dinafikan majoriti rakyat percaya dengan propaganda UMNO ni lebih-lebih lagi Anwar yang Islamik berada dalam UMNO waktu itu.

2- Operasi Lalang (1987) - Ianya berlaku apabila berlaku krisis besar antara UMNO-MCA. Ekoran 'pergaduhan' antara 2 rakan komponen ini telah mewujudkan satu sentimen Melayu yang sangat kuat ketika itu sehingga ada pihak menyeru supaya orang-orang Melayu semua turun ke Kuala Lumpur dengan bersenjata untuk membunuh
orang-orang Cina. Namun, akhirnya perhimpunan itu tidak berlaku. Pada ketika itu suasana sangat tegang di seluruh negara angkara UMNO-MCA.

Jadi, kaedah 'misdirection' yang digunakan kerajaan UBN ialah dengan menangkap beberapa orang pemimpin pembangkang atas alasan menjaga keselamatan negara. Walhal yang mencetuskan ketegangan ini (operasi lalang) adalah pemimpin tertentu dalam UMNO dan BN. Tapi mereka tidak ditangkap dan lari ke luar negara.

3- Peristiwa Sauk (2000)- Ekoran krisis ekonomi 1998 melanda Asia, nilai ringgit dengan begitu mudah menjunam ke paras RM3.86 berbanding Dollar. Oleh itu, bagi menyembunyikan pekong dan kelemahan pentadbiran UBN di bawah Mahathir dalam menguruskan ekonomi negara, maka direkalah beberapa isu untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari masalah sebenar negara. Selain isu pemecatan dan perbicaraan Anwar, Mahathir tak habis-habis menyerang Soros sebagai punca jatuhnya nilai ringgit. Habis satu dunia si mamak ni jaja nama Soros sebagai penyangak matawang. Sedang rakyat 'ditidurkan' dengan isu Soros, tiba-tiba berlaku pula Peristiwa Sauk yang menyebabkan Sdr Mohd.Amin yang tak bersalah ke tali gantung.

Sekali lagi rakyat dikejutkan dengan berita pihak keselamatan berjaya menumpaskan 'Kumpulan Al-Mau'nah' pimpinan Mohd.Amin yang didakwa sedang merancang untuk merampas dan menggulingkan kerajaan dengan senjata yang dirompak dari Kem tentera 304 Grik. Punyalah si Mahathir nak paksa rakyat percaya dengan sandiwara bodoh ni sehingga diminta seluruh MP hadir ke Kementah untuk demonstrasi semula cara kumpulan al-Mau'nah curi senjata dalam masa 15 minit. Selain tindakan 'misdirection', sandiwara Sauk ini juga bertujuan untuk memburukkan imej PAS yang dilihat semakin besar pengaruhnya di persada politik negara.

4- Terkini - Isu kalimah Allah, isu pencemaran masjid dan bakar gereja, isu perbicaraan liwat 2, isu demonstrasi di Penang dan banyak lagi sehingga pemimpin parti Pakatan Rakyat pun 'pening' yang mana satu nak diselesaikan dulu. Kemudian ditambah pulak dengan masalah YB PR yang bertempur sesama sendiri. Setengahnya pulak merungut dan merenget itu dan ini. Takde sumber kewanganlah nak bantu rakyat. Tak puashati dengan Guan Eng dan macam-macam hal... Ada yang nak keluar jadi bebaslah... Dan semalam sorang lagi keluar PKR dan jadi bebas... lepas tu masuk UMNO.

Ini kejayaan UMNO melakukan 'misdirection' dan tektik 'pecah dan perintah' dengan menggunakan segala agensi milik mereka.

Persempadanan Semula?

Perlu diingat tindakan Persempadanan Semula kawasan pilihanraya merupakan 'penyambung nyawa' kepada UBN. Sebagai contoh, kawasan Parlimen Kuala Kangsar hanya mempunyai 28,325 pemilih (kawasan kubu kuat UMNO). Manakala Parlimen Marang seramai 74,813 (kubu kuat PAS). Perlu diingat hanya Kelantan dan Terengganu tidak dibuat persempadanan semula sedangkan jumlah pemilih di seluruh Parlimen Terengganu saja melebihi daripada 50,000 pemilih.

Kenapa boleh jadi demikian ?

Inilah kerja jahat dan kotor UMNO dalam nak mengekalkan kuasa mereka di Malaysia. Negeri yang dikenalpasti sebagai kubu kuat mereka akan dibuat persempadanan semula bagi menambah jumlah kerusi Parlimen. sebab itulah 2 negeri kubu PAS, Kelantan dan Terengganu tidak terlibat dengan persempadanan semula sebelum menjelang PRU11.

Apakah Peluang Pakatan Rakyat Dalam PRU13 ?

Ibarat 'mimpi di waktu Maghrib'. Bukanlah kita tak mahu PR memerintah tetapi faktor rakyat menjadi penentu kepada siapa yang akan duduk di Putrajaya. Masalah terbesar yang 'menghantui' Pakatan Rakyat ialah sokongan orang Melayu dan Bumiputera. Inilah jadi penghalang sejak turun-temurun sehingga UMNO kekal berkuasa selama lebih 52 tahun.

Jika dibuat analisa ringkas, hanya sikap pengundi Melayu di Kelantan, Kedah dan Terengganu yang agak menyakinkan kerana kebanyakan mereka telah faham "Apa Itu Islam" dan sedar segala kebobrokan UMNO.

Kekalahan PAS di Terengganu adalah berpunca dari 'jumlah pengundi hantu' yang terlampau banyak dalam Daftar Pemilih. Sehingga seorang pengundi boleh membuang undi di lebih 10 pusat mengundi. Jika benar SPR telus, dah lama UMNO gulung tikar di Terengganu.

Jadi, tiada jalan lain untuk memastikan kejayaan perjalanan ke Putrajaya melainkan bergantung kepada sikap pengundi Melayu dan Bumiputera.

Dalam konteks ini, PAS dan PKR perlu lebih realistik. Maklumat dan penerangan mesti disalurkan terus sehingga ke akar umbi, khususnya kepada pengundi Melayu dan Bumiputera. Di zaman yang serba canggih ini, seharusnya maklumat yang hendak disampaikan itu tiba ke tangan sasaran. Bukan hanya berlegar di kalangan ahli parti saja.

Seperkara lagi, Anwar Ibrahim kena sedarlah kedudukan PKR boleh goyah jika masalah wakil rakyatnya tidak diselesaikan dengan cara hikmah. Ingat, rakyat sedang menilai kewibawaan seluruh MP dan ADUN PKR. Inilah akibatnya jika jiwa mereka tiada pengisian Islam. Hanya bergantung pada semangat je. Bila kena 'jentik' sikit, dah mulalah merapu tak tentu pasal. Kan ke lebih baik jika MP dan ADUN PKR yang 'letih' ni berterus-terang saja pada kepimpinan parti yang mereka dah tak mampu 'bertahan' sebab duit takde dan hidup makin susah. Tak payahlah nak buat kenyataan yang boleh merosakkan parti.

Bukan senang nak menang... tetapi lagi susah untuk mengekalkan kemenangan

Salam Pagi Sabtu

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger