Monday, February 15, 2010

Sapa Lagi Nak Keluar PKR .... Dipersilakan

Kalau orang yang 'sehebat' Ezam Md.Nor boleh menikam Anwar dari belakang. Bukan setakat tikam, malah dia bersama Anuar Shaari dan 3 orang rakannya pergi ke USA sejurus keluar dari PKR untuk bertemu George Soros di pejabatnya bagi meminta bantuan dana Free Anwar Campaign.

Setelah dana RM10 juta disalurkan ke Hong Kong, mereka berlima yang sapu duit tersebut. Duit tak sempat sampai ke Malaysia sebab dah masuk ke kocek mereka. Padanlah Ezam boleh pindah rumah baru. Rupanya sapu duit Free Anwar Campaign.

Memanglah aku pun tak sangka, rupanya si George Soros ni pun 'kesian' kat Anwar. Pasai tulah dia sanggup bantu Free Anwar Campaign yang digerakkan oleh RPK bersendirian. Tapi malang tak berbau, 5 Jahanam sudah sapu itu duit dulu. Tak dan sampai ke tangan RPK. Nasib baiklah Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004.

Kadang-kadang terfikir juga, apa jadahnya si Yahudi Soros ni sanggup 'inject' RM10 juta untuk Free Anwar Campaign ? Memang jumlah RM10 juta tu macam 10 sen je bagi Soros. Apalah sangat... Soros pun teringin juga nak bantu orang yang dizalimi seperti Anwar. Apa tujuan Soros, hangpa pikiaqlah sendiri.

Patutlah Dr. Yusof Qardawi pernah berpesan pada Hj Hadi agar berhati-hati sikit dengan Anwar.

Keluar PKR

Sebenarnya aku langsung tak hairan pasal Zahrain ni keluar PKR. Sejak dari hari pertama dia dok 'condemn' KM Guan Eng, aku dah agak mesti ada sesuatu yang dia nak tak dapat. Yang dia dok habaq kat media pasai tak puashati dengan sikap Guan Eng yang meminggirkan PKR, tak puashati dengan Anwar dan apa-apa lagilah.... semuanya hanya 'gimik' bodoh bagi menutup kehendak isi hatinya sendiri.

Inilah akibatnya jika niat dari awal dah tak betul. Si Zahrain ni sebenarnya lupa kedudukan dia sebagai Ahli Parlimen adalah atas undi rakyat pada PKR. Bukan undi dirinya. Jadi, lebih baik dia letak jawatan sebagai Ahli Parlimen. Haram hukumnya dia mengambil elaun sebagai MP kerana telah mengkhianati amanah para pengundinya. Perangai dia ni serupa je macam UMNO. Masa pilihanraya, bukan main lagi merayu agar rakyat mengundinya. Bila dah menang, lupa bahawa jawatan sebagai MP itu adalah amanah rakyat. Serupa je macam perangai Ibrahim Ali. Tak sedar diri bertanding atas tiket PAS, lepas tu mengaku diri bebas.

Aku cadangkan jika ada lagi MP atau ADUN PKR yang nak lompat katak ke, lompat galah ke... silakanlah. Lebih cepat hangpa lompat lagi bagus sebab biar PKR bersih daripada orang-orang yang tiada prinsip macam Zahrain.

Sebelum ini ada seorang lagi MP PKR yang merungut pasai takde sumber kewangan untuk bantu rakyat di kawasannya. Janganlah ini dijadikan alasan untuk condemn parti sendiri. Rakyat kan faham dan tahu seluruh MP Pakatan Rakyat dinafikan hak peruntukan wajib oleh kerajaan UBN bagi setiap kawasan Parlimen yang diwakili. Dah memang itu kerja jahat UBN dulu, kini dan selamanya. Lebih jahat daripada Yahudi dan Nasrani. Kalau tak, takkanlah UMNO sanggup merampas hak royalti minyak rakyat Terengganu dan Kelantan yang telah termaktub dalam perjanjian dengan Petronas. Sebab itulah aku kata pemimpin UMNO ni munafiq.

Baru diuji sedikit, dah gelabah...

Inilah akibatnya jika tiada tarbiyyah Islam di kalangan MP dan DUN PKR yang Muslim. Almaklumlah, asal-usul pun dari 'produk tahi sekular' UMNO. Jadi jiwa sekular dan madiyah (kebendaan) tu masih menebal lagi. Tak tahulah apa kriteria yang Anwar guna dalam memilih orang macam Zahrain, Jamaluddin dan Osman Jailu ni sebagai calon partinya dalam PRU12 lalu. Agaknya main tangkap muat je.

Kalau orang macam Azmin Ali, Saifuddin, Fauziah Salleh, Tian Chua tu... takde sapa yang boleh nafikan kewibawaan mereka pasai dah teruji dan berjaya melepasi ujian tersebut.

PKR Senasib Dengan S46 ?

Tak mustahil PKR juga boleh senasib dengan S46 jika tidak berhati-hati. Ramai di kalangan pemerhati dan penganalisa politik profesional maupun amatur melihat apa yang sedang melanda PKR ini boleh menjadi 'duri dalam daging' bagi parti itu. Jika benarlah dalam PRU13 nanti PKR hilang banyak kerusi di Parlimen dan DUN, apakah parti itu mempunyai daya ketahanannya.

Sejarah parti S46 boleh dijadikan sebagai ukuran. Dalam PRU 1990, APU menang besar di Kelantan sehingga berjaya merampas negeri itu hasil kerjasama PAS dan S46 di bawah Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Kemudian dalam PRU 1995, calon S46 hanya mampu bertahan di Kelantan dan kalah di negeri-negeri lain. Akhirnya belum sempat umur sehingga PRU 1999, S46 berkubur begitu saja bila ramai di kalangan pemimpinnya seperti Ku Li, Pak Lah, Rais Yatim dan ramai lagi kembali semula ke pangkuan UMNO. Di kalangan ahlinya, ada yang terus bersama dengan PAS dan tidak kurang juga kembali pada UMNO. Juga ada yang terus menyokong pembangkang tanpa masuk mana-mana parti. Freelance resistance...

Adakah PKR juga akan mengalami nasib serupa S46 ?

Kemungkinan itu ada. Perlu diingat, PKR jauh berbeza dengan PAS. PKR akan mati begitu tanpa sumber kewangan dari kalangan ahlinya. Tak tahulah kalau Anwar memang ada sponsor tetap dari rakan karibnya di USA seperti Soros dan lain-lain. Juga di kalangan hartawan minyak pak-pak Arab yang menjadi boneka barat.Tapi sampai bila nak bertahan. Puak-puak 'funder' ni akan terus salurkan dana jika mereka melihat Anwar ada peluang jadi PM. Kalau dalam PRU13 nanti, PKR kalah teruk, apa jadahnya mereka nak buang duit lagi untuk parti Anwar...

Salam pagi Isnin.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger