Thursday, February 25, 2010

Manusia berkepala babi, anjing dan monyet ....

Kalau soal hidup kat dunia ni, semua nak penuh. Gaji nak penuh, bonus nak penuh, kocek nak penuh, perut nak penuh, tangki nak penuh, projek nak penuh, masuk nak penuh. Pendek kata semuanya nak penuh. Takde sorang pun yang nak separuh atau suku je. Tapi dalam soal Islam, kebanyakan kita tak suka penuh. Cuma nak separuh atau suku je. Malah ada yang tolak terus...

Kalau dalam soal halal-haram, pilih-pilih. Mana yang menguntungkan bersesuaian dengan hawa nafsu ikut. Macam pelaburan skim cepat kaya Swiss Cash. Berapa ramai umat Islam yang terlibat sedangkan hukum pelaburan tersebut masih belum jelas. Apa yang pasti lebih condong kepada haram kerana ada unsur riba' dan penipuan di situ. Tapi oleh kerana ianya menjanjikan keuntungan lumayan, maka ramai di kalangan kita yang tak peduli akan soal-haramnya. Yang penting akaun penuh.

Dalam bab rasuah lagi dahsyat. Sudah jelas haramnya dan merupakan satu perbuatan yang sangat keji namun berapa ramai di kalangan umat Islam yang terlibat. Samada yang pemberi dan penerima, serupa saja dosanya. si pemberi nakkan sesuatu dari si penerima. Manakala si penerima tanpa malu meminta kerana dah menolong si pemberi atas alasan sama-sama cari makan beb...

Begitu juga yang jadi pemerintah. Soal halal-haram bukanlah menjadi perkara penting dalam kamus mereka. Perjudian jadi halal bagi UMNO kerana masuk banyak. Pada tahun 2005, kerajaan UBN dapat RM945 juta hasil dari cukai judi. Arak pun dihalalkan oleh UMNO sebab banyak cukai yang diperolehi oleh kerajaan. Riba' pun halal bagi UMNO sebab ia menguntungkan.

Yang UMNO ikut Islam hanya pada bab zakat je. Itu pun pasal masuk. Kalau tak masuk, jangan harap mereka nak ikut.

Zina pun 'halal' dalam UMNO. Sebab itulah kerajaan UBN melalui Kementerian Kesihatan memberikan kondom percuma kepada rakyat bagi mengelakkan dari terkena HIV. Dan UMNO tak usahlah nak berselindung di sebalik kemunafiqan mereka. Berapa ramai pimpinan UMNO yang terlibat dengan skandal seks dan zina. Cuba tanya

Ketua Puteri UMNO Malaysia, si Rosnah tu. Seluruh Sabah tahu skandal seksnya dengan lelaki playboy dah ada bini beranak dua. Akhirnya si playboy ni ceraikan isterinya kerana mengejar si Rosnah yang tembam dan kaya-raya. Boleh menang pulak tu bertanding Ketua Puteri UMNO. Macam disusun pulak pimpinan Puteri UMNO ni. Dulu Azlina yang heboh pasal Lesbian. Dan yang ni pulak skandal seksnya. Eh... hebat juga Ketua Puteri UMNO ni.

Yang agak bersih cuma Noraini Ahmad je. Aku simpati dengan MP Parit Sulong ni kerana khabarnya menghidap kanser.

Sapa tak kenal dengan si Rahim Thamby Chik yang memperkosa seorang gadis sehingga mengandung. Seluruh Melaka tahu perangai dia yang gilakan gadis muda berdahi licin. Sampai ada orang Melaka sebut "Kalau tiang letrik TNB tu dipakaikan dengan skirt, sudah tentu disapu oleh si Rahim Thamby Chik. Namun oleh kerana kuasa yang ada serta undang-undang boleh dijual-beli, lalu diupahnya 6 ekor jantan murahan agar mengaku telah merogol gadis tersebut bergilir-gilir.

Oh! ya, terlupa pulak aku pasal Abang Jib. Kalau dah dia sendiri mengaku pada Razak Baginda yang dia memang ada melakukan hubungan seks dengan Altantuya, nak cakap apa lagi. Sebab itulah Najib Rosmah menghantar pecacainya untuk mengugut dan menawarkan RM5 juta pada PI Balasubramaniam agar menarik balik Akuan Sumpahnya yang pertama.

Kalaulah Allah SWT membuka pintu hijab semua golongan yang beriman dan bertaqwa di Malaysia ni, aku kira mereka tak sanggup nak melihat hakikat sebenar wajah pemimpin UMNO ni. Sebabnya ramai yang berkepala babi, anjing, monyet dan entah apa lagi rupa bentuk wajah yang hodoh dan buruk bagi menggambarkan isi hati perut mereka yang sebenarnya.

Heran aku dengan ....

- ahli dan penyokong UMNO yang Islam ni kerana sokong pemerintahan sekular Kristian pegangan UMNO.

- ahli dan penyokong UMNO yang Islam ni kerana menyokong pemimpin mereka yang menolak Hudud

- ahli dan penyokong UMNO yang Islam ni kerana percaya dengan fahaman politik suku dan agama suku

- ahli dan penyokong UMNO yang Islam ni kerana masih boleh diperbodohkan semahunya oleh pemimpin mereka

- ahli dan penyokong UMNO yang Islam ni kerana tak percaya dengan seluruh isi kandungan Al-Qur'an

- ahli dan penyokong UMNO yang Islam ni kerana boleh dibeli dengan RM50 dalam pilihanraya

- ahli dan penyokong UMNO yang Islam ni kerana begitu degil mempertahankan fahaman sesat UMNO

- ahli dan penyokong UMNO yang Islam ni kerana masih percaya dengan pemimpin jahat, munafiq dan rasuah.

- ahli dan penyokong UMNO yang Islam ni kerana begitu berani menempah tiket ke Neraka....

Janganlah kita jadi manusia sebagaimana yang Allah sebut dalam al-Qur'an dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 10 - 18 ;

فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌۭ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضًۭا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌۢ بِمَا كَانُوا۟ يَكْذِبُونَ ﴿١٠﴾ وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ قَالُوٓا۟ إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ ﴿١١﴾ أَلَآ إِنَّهُمْ هُمُ ٱلْمُفْسِدُونَ وَلَـٰكِن لَّا يَشْعُرُونَ ﴿١٢﴾ وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ ءَامِنُوا۟ كَمَآ ءَامَنَ ٱلنَّاسُ قَالُوٓا۟ أَنُؤْمِنُ كَمَآ ءَامَنَ ٱلسُّفَهَآءُ ۗ أَلَآ إِنَّهُمْ هُمُ ٱلسُّفَهَآءُ وَلَـٰكِن لَّا يَعْلَمُونَ ﴿١٣﴾ وَإِذَا لَقُوا۟ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قَالُوٓا۟ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوْا۟ إِلَىٰ شَيَـٰطِينِهِمْ قَالُوٓا۟ إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِءُونَ ﴿١٤﴾ ٱللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِى طُغْيَـٰنِهِمْ يَعْمَهُونَ ﴿١٥﴾ أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلضَّلَـٰلَةَ بِٱلْهُدَىٰ فَمَا رَبِحَت تِّجَـٰرَتُهُمْ وَمَا كَانُوا۟ مُهْتَدِينَ ﴿١٦﴾ مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ ٱلَّذِى ٱسْتَوْقَدَ نَارًۭا فَلَمَّآ أَضَآءَتْ مَا حَوْلَهُۥ ذَهَبَ ٱللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِى ظُلُمَـٰتٍۢ لَّا يُبْصِرُونَ ﴿١٧﴾ صُمٌّۢ بُكْمٌ عُمْىٌۭ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ ﴿١٨

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman. Mereka menjawab: Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu? Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman). Allah (membalas) memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayat. Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun). Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger