Tuesday, February 16, 2010

Bila undang-undang dilacurkan... tentulah orang marah

Adalah menjadi fitrah semulajadi manusia di bumi ini yang mahukan hak asasi mereka terpelihara. Termasuk hak kebebasan bersuara, keadilan tertegak, pemerintahan telus dan berintegriti, keamanan dan kesejahteraan sejagat. Tak kiralah apa warna kulit, bangsa maupun agama mereka, namun hasrat mereka dalam konteks ini adalah sama.

Manusia mana yang tak marah jika mereka melihat ada manusia yang sengaja difitnah dan dituduh secara jahat hanya semata-mata mahu menjatuhkan karier politik mangsa. Lepas tu tertuduh dibicarakan dalam sistem keadilan dan kehakiman yang terbukti diperalatkan semahunya oleh pemerintah bagi mencapai cita-cita jahat mereka. Bukan sekali mangsa dituduh dan didakwa dengan kes yang sama. Ini kali kedua.

Satu dunia dah tahu macamana pemimpin negara memperalatkan Peguam Negara, KPN dan Hakim bagi mencapai matlamat mereka. Dahlah integriti badan kehakiman negara dipersoalkan oleh semua pihak tempatan maupun luar sejak 1988, diikuti dengan kes pembunuhan kejam Altantuya yang mendapat liputan seluruh dunia. Dan hari ini sekali lagi sistem keadilan negara dipersoalkan oleh pihak antarabangsa ekoran Perbicaraan Kes Liwat 2 DSAI.

Najib dan kuncunya sudah tidak boleh bersembunyi di sebalik segala kekejian dan kebusukan yang dilakukannya. Tak usah marah bila Australia mendesak Malaysia menggugurkan dakwaan terhadap Ketua Pembangkang DSAI. Perlu diingat, Malaysia adalah anggota negara Komanwel. Bila negara anggota lain melihat sistem keadilan dan kehakiman negara ini telah 'dilacurkan' dengan sewenang-wenangnya oleh pemerintah untuk menzalimi orang yang tak berdosa, maka ianya sudah menjadi isu antarabangsa yang melibatkan hak asasi manusia itu sendiri.

Atas dasar tanggungjawab bersama sebagai Ahli Parlimen Negara-Negara Komanwel, maka tindakan 50 orang Ahli Parlimen Australia mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat 2 terhadap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia adalah wajar.

Ekoran desakan tersebut, maka 'melalak tak tentu hala' para penjilat dan pengampu sang penguasa zalim dengan pelbagai versi kenyataan media. Perkasa (salah satu cawangan tak rasmi UMNO) akan melakukan protes di hadapan bangunan Pesuruhjaya Australia esok.

Mustapha Mohamed pula menegaskan kepada masyarakat antarabangsa bahawa kes liwat ini bertentangan dengan Islam dan budaya masyarakat timur. Manakala sorang lagi Menteri Kabinet, Shafie Afdal meminta pihak luar menghormati undang-undang Malaysia.

Sejak bila pulak para pemimpin UMNO ni pandai cakap pasal Islam. Oopss, aku terlupa... memang perangai golongan munafiq macam tu. Lidah mereka bercabang bukan takat dua je tapi lebih dari itu. Kita nak tanya, apakah hukumnya dalam Islam jika menuduh dan memfitnah orang yang tak bersalah dengan tuduhan zina atau liwat ?

Dalam kes liwat 2 ni dah terbukti ianya satu fitnah yang sangat jahat. Seorang doktor pakar swasta dan 3 orang doktor pakar HKL telah mengesahkan bahawa tiada sebarang bukti atau kesan yang menunjukkan Saiful diliwat. Habis tu, apa jadahnya terus dakwa dan bicarakan Anwar ?

Bagaimana masyarakat antarabangsa nak percaya dan hormati undang-undang Malaysia kalau dah terbukti depan mata mereka beserta bukti yang menunjukkan sistem perundangan dan kehakiman dalam negara ini telah 'diperkosa' oleh pemerintah demi kepentingan survival kuasa politik mereka.

Sudah terlampau banyak penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, rasuah, jenayah yang dilakukan oleh pihak atasan namun mereka terus bebas lepas melakukan apa saja kerana undang-undang di dalam tangan mereka.

Akhir sekali saya nak bawa hujah Al-Qur'an yang membuktikan betapa pemimpin UMNO ini termasuk dalam golongan yang Allah tegaskan dalam Surah Muhammad (47) : ayat 22 ;

فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِن تَوَلَّيْتُمْ أَن تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ

(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan jika kamu dapat memegang kuasa kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?

Dalam ayat ini, Zainuddin Hamidi menerangkan ada 4 ciri pemimpin / penguasa yang tidak beriman yaitu ;

1- Bertindak sesuka hati bagi mempertahankan kuasa.

2- Menahan orang tanpa bukti

3- Mengumpul harta kekayaan untuk diri dan keluarga

4- Memecah-belahkan masyarakat

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger