Wednesday, February 17, 2010

Kesesatan UMNO dan Ancaman Pada Ahli / Penyokongnya

Jari-jemari ini menyentuh keyboard hanyalah semata-mata mahu menyatakan yang haq. Tiada niat untuk menunjuk pandai atau mencari populariti atas posting ini. Blog monazmuslim ini dibangunkan bukan bermatlamat nak mencapai hit pengunjung ratusan ribu maupun jutaan. Niat hanyalah mahu mengajak seluruh saudara Islam agar segera kembali kepada Allah dan Rasul-Nya. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat petunjuk dan hidayah-Nya serta berjaya menjadi hamba-Nya yang sebenar.

Rasulullah S.A.W. sendiri berpesan "Sampaikanlah daripada aku walau satu ayat."

Kali ini saya akan mengemukakan Hujah Al-Qur'an sebagai bukti betapa UMNO ini memang sebuah parti sesat lagi kafir.

Hujah 1 : Menafikan Politik Islam

Selama ini para pemimpin UMNO telah menyesatkan seluruh ahli dan penyokong mereka dengan mengatakan "Agama tidak boleh kita campur-adukkan dengan politik sebab agama itu bersih dan politik ni kotor."

Kenyataan sebegini telah menafikan satu ayat politik pemerintahan dalam Al-Qur'an. Dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 30;

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةًقَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَقَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di mukabumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau ?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud "Barangsiapa yang mengingkari walau satu huruf dalam Al-Qur'an, maka kafirlah orang itu."

Hujah 2 : Menafikan dan meminda hukum dalam Al-Qur'an

Selama ini Undang-Undang yang digunapakai ialah Undang-Undang ciptaan manusia yang mengikut kehendak penjajah Kristian. Perompak dihukum penjara, penzina dihukum rotan 6 kali, denda RM5,000 dan penjara 3 bulan. Peminum arak dihukum 6 rotan.

Semuanya ini bukan undang-undang Allah tetapi undang-undang yang dibuat oleh Ulama'-Ulama' jahat UMNO yang begitu berani dan biadap meminda hukum Allah. Celakalah golongan Ulama' sebegini.

Dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 79 ;

فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَـٰذَا مِنْ عِندِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا ۖ فَوَيْلٌ لَّهُم مِّمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَّهُم مِّمَّا يَكْسِبُونَ

Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang mereka kerjakan.

Hujah 3 : Golongan Ulama' Pengampu dan penjilat UMNO

Berapa ramai golongan agama dan ulama' pengampu kepada pemerintah. Mereka tidak berani menegur segala kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin atasan sebab takut periuk nasi mereka berkubur.

Disebabkan golongan ulama' jahat sebeginilah, maka negara dan rakyatnya menjadi semakin rosak dan hancur.

Surah Al-Baqarah (2) : ayat 159 ;

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَىٰ مِن بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِأُولَـٰئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati,

Hujah 4 : Pemimpin UMNO Tidak Melaksanakan Hukum Qisash malah melarang kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan Enakmen Hudud di negeri tersebut.

Surah Al-Baqarah (2) : ayat 178 ;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَىالْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنثَىٰ بِالْأُنثَىٰ فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍذَ‌ٰلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌاعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَ‌ٰلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pema'afan dari saudaranya, hendaklah (yang mema'afkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih

Hujah 5 : Kemunafiqan Pemimpin UMNO Menghalang Kerja Islam

Peristiwa berdarah Memali sebagai bukti jelas betapa UMNO memang membenci Islam. Orang seperti Assyahid Ustaz Ibrahim Libya hanya mendidik dan menyeru penduduk Baling supaya menjadi seorang Muslim yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Apa dosa Ustaz Ibrahim dan 13 pengikutnya sehingga dibunuh sebegitu kejam.

Sebenarnya UMNO cukup takut dengan kebangkitan Islam yang dipelopori oleh Assyahid.

Surah An-Nisaa' (4) : ayat 61 ;

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada Hukum Al Qur'an yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasul Allah", niscaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampiri mu.

Hujah 6 : UMNO Menentang Perlaksanaan Hudud

Pemimpin UMNO pernah cakap "Kita tak boleh nak laksanakan Hudud kerana masyarakat majmuk."

Dengan jelas Allah sebut dalam Al-Qur'an tentang kewajiban melaksanakan Hudud ini.

Surah Al-Maidah (5) : ayat 49 ;

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَفَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْوَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati- hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.

Hujah 7 : Balasan Untuk Ahli dan Penyokong UMNO yang redha hukum Allah tidak dilaksanakan

Seluruh ahli dan penyokong UMNO jangan fikir mereka akan terlepas dari hukuman Allah ekoran tindakan mereka yang terus-menerus menyokong dasar pemerintahan UMNO.

Surah Al-A'raaf (7) : ayat 40 ;

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِوَكَذَ‌ٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk syurga, hingga unta masuk ke lubang jarum Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan.

Kepada seluruh ahli dan penyokong UMNO, sila renungkanlah sedalam-dalamnya segala hujah Al-qur'an ini.

Tanggungjawab saya hanyalah menyampaikan yang haq. Segala keputusan adalah di atas penilaian para pembaca sekelian. Janganlah sekali-kali kita mencampakkan diri ke lembah kebinasaan.

Fikirlah... dah berapa banyak ayat Al-Qur'an yang dinafikan oleh UMNO ??? Tak sesat lagikah namanya...

.....bersambung.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger