Tuesday, February 23, 2010

Kalau nak berbaik dengan UMNO, keluar PAS saja....

"Kita bincang dalam pertemuan tu delete perkataan UMNO takut sensitif sangat, kita kata mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun. Keputusan mesyuarat 21th of April tu saya rekod. Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 24 April 2008 memutuskan untuk memberi mandat kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi kepentingan Islam dan umat Islam. Yang asal wordingnya UMNO, kita tahu benda itu sensitif, kita delete perkataan UMNO itu, tapi the meaning of particular clause is reference to UMNO." - Timbalan Presiden PAS

Bukan takat Tulang Besi (TB) je boleh naik angin bila dapat tahu pasal ni, aku yang duduk kat Sabah ni pun jadi naik minyak dibuatnya.

Heran betul aku dengan Ust Nasa, Dr Hasan, Cikgu Pa dan group UG ni. Apa dah kebuloq sangat ke nak jadi Menteri Kabinet Malaysia. Kita memang tahu Presiden dan group Terengganu juga sokong idea UG ni. Katanya UG's paper work was presented by Dr Harun Din.

Persoalannya, meeting in the dark with UMNO has been made after one month of 12th General Election. Apa masalahnya PAS dengan Pakatan Rakyat. Takkanlah Ahli Majlis Syura Ulama PAS masih tak kenal lagi sapa tu UMNO...

Nasib baiklah tokwan aku Nik Aziz cepat menghidu jejak group UG ni. Kalau tak, haru biru PAS dibuatnya.

Memanglah kita tahu majoriti ahli UMNO tu berbangsa Melayu dan Islam. Tapi bukan ini caranya untuk kita menyelesaikan permasalahan ummah. Bukan kita tak tahu kemunafiqan para pemimpin UMNO sejak dulu, kini dan selamanya. Perangai puak-puak lahabau ni saling tak tumpah macam Yahudi.

Adakah group UG ni dah lupa apa yang UMNO telah buat pada PAS selama ini. Atau apakah sebahagian besar Ahli Majlis Syura Ulama PAS sudah jadi seperti yang pernah disebut oleh Assyahid Ustaz Ibrahim Libya ;

"Maka pada ketika itu golongan yang hendak pada Islam dan golongan yang menentang Islam itu terasing dan terpisah. Maka sekarang ini tidak ujud lagi ciri-ciri seperti itu. Sekarang ini ujud golongan yang masih hendak berdamai dengan musuh-musuh dengan alasan tidak mahu memecah-belahkan masyarakat. Adakah orang sedemikian rupa boleh berperang pada jalan Allah atau boleh mencapai mati syahid? Sejauh manakah keikhlasan kita dalam menegakkan Aqidah dan keimanan kita kepada Allah dan Rasul-Nya."

Gini ajelah... kalau Nasarudin Mat Isa and his group dah kebuloq sangat nak 'berbaik' dengan UMNO, silalah keluar PAS dan masuk UMNO. Macam Anwar Ibrahim dulu. Nak cuci UMNO dari dalam. Last-last, Islam dia yang kena cuci dek UMNO sehingga bertukar jadi sekular. Dulu masa dalam ABIM, Pak Syeikh ni tak mahu bersalam dengan wanita sebab tahu haram hukumnya. Bila dah masuk UMNO, haram dah bertukar jadi halam. Sampai la ni pun Anwar masih bersalam dengan kaum wanita. Punyalah kuat tarbiyyah sekular UMNO pada Anwar. Sampai terbawak-bawak keluar.

Kita semua tahu perancangan UG ni masih berjalan di bawah tikar walau Presiden dah buat statement that the UG has been terminated.

Aku memang caya kat TB bila dia sebut kebanyakan 'geng Terengganu' ni sokong UG. Masa PAS perintah Terengganu dulu, huyooo... semua barisan Exco punyalah glamour. Malaslah aku nak cerita, biarlah ia menjadi stock simpanan dalam minda aku. Cuma yang aku boleh sebut di sini "Patutlah Allah takdirkan PAS kalah semula dalam PRU11...."

Benarlah kata-kata yang menyebut "Memang susah nak menang tapi lagi sukar untuk pertahankan kemenangan..."

Aku cuma nak tengok PAS mengetuai Pakatan Rakyat....

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger