Sunday, January 31, 2010

Politik 5D Sabah Musa Aman

Memandang pada senario politik dalam komponen BN sejak 3 tahun kebelakangan ini menampakkan wujud rasa tidak puas hati di kalangan rakan komponen UMNO dalam BN. Dalam PRU12 lalu, pengundi Cina dan India membuat 'full-swing' dengan mengundi Pakatan Rakyat sehingga berjaya menambah penguasaan di 4 buah negeri baru. Kedah, Penang, Perak dan Selangor.

Antara punca berlakunya gelombang ini ekoran rasa tidak puas hati pengundi Cina dan India terhadap MCA, Gerakan dan MIC yang dilihat menjadi 'boneka' UMNO. Sebagaimana yang dijelaskan oleh mantan Timbalan Menteri Tanah dan Kooperasi Dato' Dr Tan Kee Kwong, yang bertindak meninggalkan Gerakan dan menyertai PKR.

Pergolakan antara UMNO dan komponen BN yang lain dah lama membarah namun pemimpin utama MCA, Gerakan dan MIC telah terperangkap dengan politik 'pecah dan perintah' UMNO. Perut mereka sudah 'dikenyangkan' dengan harta kekayaan hasil rompakan wang rakyat. Sebab itulah sebelah kaki mereka telah dirantai oleh UMNO. Sebab itulah mereka tidak berani bertindak membawa parti mereka meninggalkan BN walau menerima desakan dari barisan kepimpinan parti.

Selain terperangkap dengan 'wang haram', mereka juga takut dengan berbagai ancaman lain seperti ISA dan konspirasi politik sebagaimana yang pernah dialami oleh DSAI.

Dan begitulah juga nasib PBS, UPKO dan parti komponen lain di Sabah. Semua pemimpinnya mesti tunduk, patuh dan taat kepada UMNO.

Salah satu bukti menunjukkan senario seumpama ini berlaku di Sabah apabila berlaku isu Kg Maang, Penampang di mana majoriti rakyat Sabah bersama-sama penduduk Kg Maang dan kampong sekitarnya memprotes keputusan kerajaan UBN Sabah memindahkan sejumlah lebih 2,000 setinggan Sri Tanjung di Petagas, Putatan ke Maang. Bila pemimpin UPKO cuba mendampingi rakyat dalam isu ini, lalu pemimpin UMNO memberi kata dua kepada mereka agar meninggalkan BN jika tidak bersetuju dengan tindakan pemimpin UMNO.

Senario ini membuktikan yang PBS, UPKO dan parti komponen lain telah menjadi pengawal peribadi UMNO.

Konsep yang diguna pakai oleh UMNO Sabah sebagai ketua kerajaan BN adalah KONSEP 5D. Bila diadakan mesyuarat komponen BN, maka seluruh pemimpin komponen akan DATANG, kemudian DUDUK, lepas tu DENGAR dan DIAM, akhir sekali DAPAT. Inilah yang didedahkan oleh Pengerusi Perhubungi Keadilan Sabah, Hj Ansari Abdullah.

Kata Hj Ansari, yang dimaksudkan DAPAT itu ialah dapat gelaran Tan Sri, Datuk, dapat YB, dapat Menteri dan dapat Projek. Yang ternganga mulut tak dapat apa-apa, terus ditipu hidup-hidup dan merana adalah rakyat Sabah sendiri.

Kemiskinan di Sabah

Tahap kemiskinan di Negeri Bawah Bayu ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2004, jumlah rakyat miskin di Sabah pada kadar 23%. Dan meningkat kepada 24% dalam tahun 2008 sebagaimana dinyatakan oleh mantan PM Pak Lah Hadhari sewaktu melancarkan Koridor Pembangunan Sabah.

Seluruh rakyat Sabah mesti membuat perubahan dalam PRU13 kelak yang dijangka pada tahun ini. Kita sebagai rakyat Malaysia adalah 'raja' dalam negara ini. Bukannya para pemimpin UBN yang rasuah, penipu, suka perbodoh dan mengugut rakyat dengan pelbagai akta jakun.

"Mari Bersama Pakatan Rakyat"

Reformasi !

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger