Thursday, February 11, 2010

Kalaulah 'Nasir Safar' tu pemimpin PR ?

'Law Of The Jungle' ungkapan DSAI mengenai sistem perundangan dan kehakiman dalam negara jakun. Pendakwaan terpilih menjadi amalan sejak zaman Mahafiraun. Jika ianya melibatkan pemimpin pembangkang maupun individu yang pro Pakatan Rakyat, serta-merta Peguam Negara dan Polis bertindak menahan dan mendakwa mereka hanya berdasarkan laporan daripada lama-lama web tertentu. Tanpa siasatan rapi, mereka terus didakwa dengan tuduhan-tuduhan yang direka.

Lihat saja apa yang mereka lakukan kepada Teoh Beng Hock, Setpol salah seorang Exco Kerajaan PR Selangor. Hanya berdasarkan laporan dari sebuah website tentang kononnya berlaku rasuah (RM 2,000 - RM 3,000) yang melibatkan seorang Exco Selangor, dengan serta-merta SPRM terus menyerbu pejabat Exco tersebut dan merampas semua dokumen yang ada. Tiada siasatan dibuat terhadap laporan website itu. SPRM terus jadikan laporan itu sebagai 'modal' kepada tindakan mereka. Yang jelas semuanya fitnah. Dan Teoh Beng Hock menjadi mangsa mereka.

Hari ini sekali lagi Allah SWT tunjukkan kepada rakyat Malaysia betapa sudah tiada wujud lagi sistem keadilan dalam negara. Pendakwaan tidak akan dibuat jika ianya melibatkan 'orang kuat UBN'. Malah pihak Polis langsung tidak bertindak kepada mereka.

Bekas pegawai khas Najib, Nasir Safar yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dengan mengatakan bangsa Cina datang ke Malaysia jadi pelacur manakala kaum India jadi pengemis.

Tentu kita boleh mengagak apa tindakan Menteri KDN jika orang yang bercakap itu ialah pemimpin pembangkang. Jawabnya memang dah kena cekup pada keesokan harinya selepas buat kenyataan. Silap-silap tak sampai 24 jam, Polis dah serbu rumahnya dan membawanya pergi ke Bukit 'Tak Aman' dan semestinya dituduh di bawah Akta Hasutan yang membolehkan pesalah direhatkan selama beberapa tahun dalam ISA.

Tapi oleh kerana manusia yang bercakap itu orang kanan PM, maka berkokoklah sepupu Najib selaku Menteri KDN. Katanya,"Kenyataan rasis bekas pegawai khas PM masih disiasat" Kita boleh faham kenyataan ini dibuat untuk 'memujuk' kaum Cina dan India agar jangan 'merajuk'.

Adakah Nasir Safar akan didakwa.......???

Perlu diingat, Najib serta UBN cukup bimbang dengan pengundi Cina dan India ini. Jika dilihat beberapa isu sebelum ini, jelas menunjukkan pengundi Cina masih setia bersama Pakatan Rakyat walau ada segelintir wakil rakyat berbangsa Cina dalam Pakatan Rakyat yang 'bermasalah' namun ianya tidak dilihat boleh menggugat sokongan mereka.

Antara 'main-issues' yang boleh kita jadikan penanda aras kepada sikap ini, antaranya isu rampasan kuasa di Perak dan yang paling serius sekali ialah kematian Teoh Beng Hock. Dan ditambah dengan isu penahanan Theresa Kok dan isu mengaibkan Elizabeth Wong. Semua ini menjelaskan lagi kepada mereka betapa jahat dan kejinya UMNO dalam nak merampas kerajaan PR.

Bak kata orang, 'marah' lama sudah lama dsimpan, tiba-tiba keluar pulak kenyataan yang menghina mereka. Dan ianya keluar dari mulut busuk Pegawai Khas PM. Apa lagi, marah lama sudah bertukar kepada benci.

Hari ini masyarakat Cina dan India sudah begitu kenal siapa UMNO sebenarnya dan telah terbukti di depan mata mereka sebagai sebuah parti perkauman. Mereka juga tahu bagaimana UMNO 'memperbudakkan' MCA, Gerakan dan MIC selama ini. Kita tunggu apa 'keputusan' mereka dalam PRU13 nanti.

Cuma hanya tinggal satu bangsa lagi yang masih 'bebal' tak mahu berubah. Dah berpuluh tahun ditipu dan dibodohkan oleh UMNO tapi tetap juga sokong dan undi.

Tak tahulah aku apa nak jadi dengan 58% Melayu dan Bumiputera kat negara ini ???

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger