Wednesday, February 3, 2010

Ku Li : Saya tidak peduli jika UMNO marah

Tengku Razaleigh berkata tiada masalah baginya jika UMNO memutuskan untuk mengenakan tindakan disiplin ekoran pendiriannya atas isu royalti minyak Kelantan.

Mengulas kembali tentang sokongannya terhadap tuntutan kerajaan negeri, bekas Pengerusi Petronas itu menyebut bahawa Kelantan berhak di segi undang-undang terhadap royalti minyak itu sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian dengan syarikat petroleum nasional.

"Saya tidak peduli. Saya buat keputusan atas apa yang benar dan berdasarkan kepada tuntutan undang-undang, bukan atas kepentingan diri.

"Kalau UMNO nak marah, marahlah!" jelas beliau kepada rombongan Pemuda PAS yang membuat kunjungan hormat ke rumah Ahli Parlimen Gua Musang itu pada hari Selasa.

Tengku Razaleigh, yang pernah mencabar Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan Presiden UMNO, dalam nada berseloroh "Saya memberanikan diri pergi lawan Mahathir. Saya tidak takut pada sesiapa pun"

'Jangan Jadikan Ini Sebagai Isu'

Kata bekas Menteri Kewangan itu, tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini tidak sepatutnya dijadikan sebagai isu polemik maupun sebarang jenis isu kerana hal ini sudah lama diputuskan dalam tahun 1974 sewaktu beliau menjadi Pengerusi Petronas.

Tambahnya lagi asas penubuhan Petronas adalah untuk menyatukan seluruh rakyat Malaysia di bawah satu persekutuan.

"Bila saya dipilih untuk mengetuai Petronas, saya telah berbincang dengan semua negeri dan semua ketua jabatan kerajaan negeri.

"Kami mencapai persetujuan bersama. Kerajaan Negeri mesti menyerahkan terus seluruh minyak miliknya kepada Petronas dan hasil daripada penyulingan minyak itu, Petronas akan membayar royalti 5% kepada kerajaan negeri yang berhak.

"Hatta jika ianya (royalti) tinggal 2 sen saja, ia mesti diberi."

Suara Menentang

Sejurus selepas pengisytiharan terbuka beliau menyokong tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak, beberapa suara menentang daripada UMNO telah kedengaran sambil menyebut Ku Li telah bertindak menentang pendirian rasmi UMNO dan seharusnya dihukum.

UMNO mempertahankan keputusan Persekutuan untuk memberi Kelantan 'sejumlah pemberian ehsan' sebagai ganti royalti minyak kepada negeri itu.

"Saya bukan menjadi alat kepada mana-mana pihak - samada pihak pembangkang atau parti yang memerintah"

"Anda boleh kata saya diperalatkan orang."

Artikel asal di sini

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger