Monday, February 8, 2010

Tutup UG, Buka Muzakarah.... Terkenang Almarhum

Bila TGNA mempelawa UMNO duduk berbicang pasal Islam, teringat pulak saya pasal Unity Government dulu. Punyalah Nik Aziz marah dengan Hj Hadi dan kumpulan Pro UG ni, hingga memberi kata dua pada Ustaz Nasarudin Mat Isa agar mengosongkan kerusi Parlimen Bachok jika mahu meneruskan juga idea tersebut. Kemudian redalah isu UG ni. Dan ahli PAS pun menarik nafas lega.

Tak semena-mena saja, takde petir, ribut dan hujan, tiba-tiba Muryidul Am PAS pulak mengajak UMNO berbincang pasal Islam. Mungkin juga Nik Aziz perasan kenyataannya itu akan menimbulkan kemarahan orang PAS, lalu dia menegaskan hanya bincang pasal Islam. Bukan perkara lain.

Sebenarnya sejak dari hari pertama TGNA lontarkan proposal tu, hati ini dah mula rasa lain sehingga terdetik dalam perasaan "Apa hal pulak PAS ajak UMNO discuss pasal Islam ni? Bukankah sejak usia remaja lagi Nik Aziz dah tahu bahawa UMNO ni memang parti sesat dan tidak akan sekali-kali mahu pada Islam.

Aku nak ulas atau kritik banyak-banyak pun, makam aku pun tak setara mana. Aku ni hanya bertaraf wali makan dengan wali nikah kahwin je. Lainlah orang macam Nik Aziz dan Hj Hadi yang memang diakui oleh seluruh Dunia Islam sebagai Ulama' Muktabar. Juga Prof Dr Harun Din.

Adakah tujuan Nik Aziz mempelawa UMNO bermuzakarah pasal Islam ni sebagai satu medan untuk beliau menyedarkan dan 'mengIslamkan' parti hapraq Melayu itu yang selama ini berpegang kepada dasar dan fahaman sekular sesat.

Atau ada kemaslahatan lain ........ hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Salah seorang pimpinan PAS Pusat, yang juga Peguam PAS, Hanipa Maidin telah meluahkan isi hatinya berhubung isu ini.

Bila 'flashback' tentang masalah yang melanda PAS sejak PRU12 lalu, terkenang saya pada mantan Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadhil yang telah menunjukkan kebijaksanaan beliau dalam berpolitik. Sewaktu isu pemecatan DSAI pada tahun 1998, Almarhum telah melancarkan Gerak dan didokong bersama oleh DAP dan Kumpulan Reformasi. Hasil kebijaksanaan dan pandangan jauh beliau, bermula dari Gerak inilah telah berjaya membina satu ikatan ukhwah yang kukuh di kalangan pembangkang. Dan PAS yang mengetuai pakatan ini. Hasilnya dalam PRU10, Pakatan Pembangkang berjaya memenangi lebih 40 kerusi Parlimen.

Dan begitulah juga kebijaksanaan Almarhum dalam berhujah di Parlimen. Kepetahan beliau berhujah di Dewan Rakyat dalam menyentuh isu antarabangsa, nasional dan kepentingan rakyat serta kemampuan beliau mematahkan hujah pihak lawan memang diakui oleh semua pihak. Memang sukar untuk mencari pengganti Almarhum.

Antara pimpinan pemuda PAS yang saya kira lebih mengenali Almarhum, antaranya Hanipa Maidin. Adalah lebih tepat kalau saya coretkan pandangan beliau dalam 'Merenung Kebijaksanaan Almarhum Ustaz Fadhil' di sini.

oleh Mohamed Hanipa Maidin

Sahabat baik saya, Saudara Muhaimin Sulam pada masa ini sedang menulis tesis Phd beliau mengenai mantan Presiden PAS iaitu Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Muhaimin memberitahu saya dalam menyediakan tesisnya beliau telah antara lain menemubual Tun Mahathir bagi mendapatkan pandangannya tentang Almarhum.

Mahathir memberitahu Muhaimin bahawa beliau amat menghormati Almarhum dan mengakui bahawa meskipun Almarhum adalah pemimpin pembangkang namun beliau banyak belajar dari Almarhum.

Seorang lagi pemimpin yang ditemubual oleh Muhaimin adalah Lim Keng Yeik iaitu mantan presiden Gerakan. Lim Keng Yeik juga menghormati kebijaksanaa Almarhum.

Dalam kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang dua insiden yang saya pernah lalui bersama dengan Almarhum . Dua insiden itu bagi saya menunjukkan ketelitian dan kebijaksanaa Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Insiden pertama adalah apabila saya menjadi penterjemah beliau semasa beliau ditemubual oleh seorang wartawan Austria. Temubual itu berlangsung di Pejabat Harakah di Jalan Pahang. Memandangkan saya secara kebetulan ada di situ Almarhum mengajak saya untuk hadir di temubual itu sekaligus menjadi penterjemah beliau.

Banyak soalan yang diajukan oleh wartawan tersebut kepada Almarhum. Dalam banyak jawapan yang diberikan oleh Ustaz Fadzil, saya amat tertarik dengan jawapan yang beliau berikan kepada satu soalan yang saya kira satu soalan untuk memerangkap beliau.

Wartawan Austria itu bertanya kepada Ustaz Fadzil apakah yang PAS akan lakukan kepada pernigaan judi di Genting Highland jika PAS ditakdirkan memerintah Malaysia ?

Sebelum Ustaz Fadzil menjawab soalan tersebut saya tertanya-tanya bagaimanakah Ustaz Fadzil akan menjawab soalan tersebut. Saya dapat merasakan bahawa wartawan Austria itu mahukan Ustaz Fadzil Noor menjawab bahawa PAS akan menutup pusat judi di Genting Highland kerana judi adalah haram menurut Islam. Saya percaya jika begitulah jawapan Ustaz Fadzil Noor maka itulah yang dimahukan oleh wartawan barat itu bagi menunjukkan bahawa gerakan Islam seperti PAS adalah ekstrim dan jika memerintah maka kononnya hak orang buka Islam akan tergugat.

Saya jenuh memikirkan bagaimanakah Ustaz Fadzil akan menjawab soalan tersebut. Sebelum Ustaz Fadzil ditanya soalan itu saya ada membaca di akhbar The Star yang diterbitkan sebelum temubual itu tentang jawapan yang diberikan oleh pemimpin PAS yang lain bahawa PAS akan menutup pusat perjudian itu jika PAS memerintah Malaysia. Saya merasakan meskipun jawapan itu tidak salah dari sudut agama namun menjawab secara sebegitu akan menguatkan persepsi di kalangan orang bukan Islam yang tidak memahami Islam bahawa itulah PAS sebuah parti yang ekstrem.

Mari kita lihat kebijaksanaan Ustaz Fadzil menjawab soalan yang saya nyatakan di atas.

Beliau menjawab lebih kurang begini : “ Bagi kita ( PAS ) ada isu yang lebih besar dari isu yang kamu bangkitkan tersebut. Bagi kita ( PAS ) isu tentang penyalahgunaan kuasa, isu rasuah , isu pencabulan hak asasi dan isu pencabulan sistem demokrasi dalam negara ini adalah isu-isu besar yang rakyat mahukan kita ( PAS ) membuat perubahan jika kita ditakdirkan mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional.”

Sebaik sahaja saya mendengar jawapan itu saya berkata dalam hati memang layaklah Ustaz Fadzil menjadi pemimpin saya. Jawapan yang amat bijaksana. Beliau tidak kata beliau tidak akan haramkan judi oleh itu tidak boleh dituduh PAS sudah menggadai prinsip. Cara beliau mengalih ( divert ) persoalan yang dibangkitkan amat menakjubkan.

Dalam satu insiden yang lain saya kebetulan berkesempatan makan tengah hari bersama beliau di kantin Parlimen. Semasa makan tersebut beliau menceritakan kepada saya tentang isu yang berlaku di Parlimen. Beliau memberitahu saya bahawa beliau tidak begitu senang hati dengan cara ahli-ahli Parlimen Umno menyerang pentadbiran Taliban di Afghanistan. Ustaz Fadzil memberitahu cara Umno menyerang Taliban adalah dengan cara yang tidak adil kerana tidak langsung menceritakan aspek positif pemerintah Taliban khususnya kejayaan Taliban menyelesaikan isu dadah di negara itu.

Ustaz Fadzil memberitahu saya pada mulanya beliau ingin bangun dan membela Taliban yang diserang secara tidak adil oleh Umno. Namun beliau menyatakan bahawa beliau berfikir panjang sebelum meneruskan hasratnya itu. Beliau menyatakan bahawa beliau amat khuatir dan bimbang jika beliau bangun membela Taliban yang diserang secara tidak adil oleh Umno, PAS akan dilihat membela Taliban . Apabila PAS dilihat membela Taliban, ujar Ustaz Fadzil, maka rakyat negara ini akan dimomokkan oleh Umno bahawa PAS adalah sama dengan Taliban. Dan ini , dari segi politik, akan menyukarkan PAS untuk menangkis serangan Umno itu dalam keadaan Umno menguasai media massa. Maka beliau mengambil keputusan tidak bangun untuk membela Taliban.

Sekali lagi saya lihat kebijaksanaan Ustaz Fadzil. Beliau amat teliti dan cermat dalam mengambil satu-satu pendirian. Meskipun apa yang beliau ingin buat itu betul ( membela pihak yang diserang secara tidak adil ) namun sebagai pemimpin beliau memikirkan kesan apa yang beliau buat itu. Inilah antara lain kualiti seorang pemimpin – sentiasa memikirkan kesan sesuatu tindakan yang ingin dilakukan.

Apa yang Ustaz Fadzil lakukan tersebut, bagi saya, adalah mencontohi apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bagi kita yang menekuni seerah Rasulullah s.a.w pasti akan tahu bagaimana kisah Rasulullah s.a.w. dan pemimpin Munafiq Abdullah bin Ubay bin Salul . Meskipun diminta oleh para sahabat untuk membunuh Abdullah bin Ubay namun Rasulullah s.a.w enggan melakukan hal tersebut. Rasullullah s.a.w menolak saranan para sahabat tersebut kerana tidak mahu dikatakan orang selepas itu bahawa Muhammad telah membunuh sahabatnya sendiri.

Kita lihat juga peristiwa penaklukan bumi Palestine pada tahun 637 Masihi oleh Syaidina Umar . Semasa Syaidina Umar berada di dalam gereja waktu solat pun tiba. Paderi menyuruh beliau bersembahyang dalam gereja tersebut. Syaidina Umar dengan penuh hikmah menolak pelawaan tersebut . Umar jelaskan pada Paderi tersebut sekiranya beliau sembahyang di situ kaum muslim akan ingin mengingati peristwa bersejarah itu dengan mendirikan masjid di tempat itu ( gereja itu ) dan jika itu berlaku kaum muslim akan memusnahkan gereja itu.

Lihatlah sikap seorang pemimpin. Sentiasa memikirkan kesan apa yang ingin dilakukan. Moga kita dapat mengambil pengajaran dari kisah di atas.

-peguampas.blogspot.com

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger