Monday, November 14, 2011

1,000 jurutera di Sabah nganggur

Penulis simpati dengan nasib 1,000 jurutera anak jati Sabah yang terpaksa menganggur walau telah lebih 2 tahun keluar universiti. Ada keluaran tempatan dan juga luar negara. Persoalannya sekarang, pernah terfikirkah oleh 1,000 orang jurutera ini sewaktu masih menuntut dulu bahawa sudah tiada jaminan kerja untuk mereka bila keluar universiti. Atau mereka cukup yakin akan ditawarkan kerja oleh pihak kerajaan atau swasta?

Rasanya para jurutera yang menganggur ini cukup sedar bahawa peluang kerjaya untuk mereka adalah terhad dan banyak persaingan. Jika dalam sektor kerajaan, umpamanya JKR tidak memerlukan ramai jurutera. Kalau ada pun kekosongan jawatan, mungkin terhad. Manakala pihak swasta pula memerlukan jurutera yang berpengalaman dan cekap kerana mementingkan mutu kerja.

Faktor lain yang menyumbang kepada pengangguran ini ialah aktiviti ekonomi negara yang lembab. Tidak seperti di awal tahun 90an dulu terlalu banyak projek kerajaan dan swasta dilaksanakan serta memberi peluang pekerjaan kepada jurutera muda.

Adik penulis sendiri seorang lulusan kejuruteraan awam dari Universiti Malaya dan mendapat tajaan Petronas. Selepas menamatkan pengajiannya, pihak Petronas sendiri menghantar surat memohon maaf kerana tidak dapat menawarkan kerja padanya kerana tiada kekosongan jawatan.

Dalam keadaan negara sedang menanggung hutang berjumlah RM437,200,000,000 ekoran amalan rasuah dan penyelewengan kerajaan UMNO BN selama ini, ditambah pula pelaburan tempatan menurun dan tiada pelaburan asing masuk, akibatnya peluang pekerjaan turut mengecil.

Sedangkan baru-baru ini TPM Muhyiddin Yasin menegaskan graduan UPSI diminta mencari kerja sendiri. Kalau dalam bidang perguruan sendiri pun sudah tiada jaminan kerja kerana lebihan guru, apatah lagi dalam bidang kejuruteraan. Yang masih luas peluang kerjaya sekarang ialah kedoktoran kerana bilangan doktor kat Malaysia ni masih teramat kurang hingga tak dapat menampung bilangan pesakit di hospital.

Yang banyak ialah 'doktor' di lorong-lorong gelap.

Ikuti rintihan hati seorang jurutera menganggur di sini.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger