Saturday, November 19, 2011

'Aqidah dan Seksualiti Merdeka

Bila kita kata pemimpin UMNO munafiq dan sesat, ramai ahli UMNO yang marah dan tuduh kita suka menghukum orang sebagai munafiqlah, kafirlah dan seumpamanya. Masalahnya, ini bukan soal suka menghukum atau tidak, tapi ianya melibatakan persoalan 'Aqidah kita semua umat Islam. Sebagai Muslim, kita kena faham betul-betul hal-hal yang boleh menggelincirkan pegangan 'Aqidah kita. Jangan diingat 'Aqidah hanya boleh rosak bila seseorang itu menyembah patung, memuja keramat atau menukar agama saja, walhal terlalu banyak punca yang boleh menjerumuskan seseorang itu ke lembah kekafiran atau kemunafiqan tanpa sedar.

'Aqidah

Lupakah kita apa dia seruan pertama Baginda Rasulullah S.A.W. kepada penduduk Mekah selepas Baginda dilantik menjadi Rasul? Yaitu seruan MENTAUHIDKAN ALLAH SWT.

Sepanjang 11 tahun Rasulullah tanpa jemu menyeru seluruh penduduk kota Mekah memeluk agama Tauhid (mengESAkan Allah) dan segera meninggalkan amalan taghut penyembahan berhala amalan turun-temurun nenek moyang mereka. Yang menentang lebih ramai daripada yang menerima.

Antara orang yang pertama menerima seruan Baginda ialah Saiyidatina Khadijah, Saidina Abu Bakar dan lainnya termasuk Saidina Umar. Juga di kalangan minoriti penduduk Mekah.

Jelas di sini 'Aqidah merupakan perkara pokok dalam Islam. Kemudian disusuli pula Syari'at (ibadah). Dan kita semua tahu jika 'Aqidah rosak, maka seluruh amalan akan ditolak walau sekuat mana seseorang itu beribadah.

Politik

Dalam soal politik, bagaimana majoriti umat Islam boleh percaya dengan doktrin Kristian yang mengatakan politik lain, agama lain. Sedarkah kita doktrin SEKULARISMA ini sengaja disebarkan oleh musuh Islam untuk merosakkan pegangan 'Aqidah umat Islam itu sendiri.

Amat malang sekali bila mana umat Islam yang mengaku Allah Tuhan mereka dan Muhammad itu Rasul dan Nabi mereka, tapi dalam waktu yang sama boleh percaya dengan fahaman yang memisahkan agama daripada politik. Wana'zubillah.

Lupakah kita Rasulullah sendiri merupakan Ketua Kerajaan bagi Negara Islam Pertama Madinah. Baginda juga menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Panglima Perang. Rasanya ini sudah cukup menjelaskan kepada kita semua bahawa Rasulullah sendiri berpolitik bagi menegakkan Daulah Islamiyyah di Madinah.

Islam itu sempurna. Segala-galanya ada di dalamnya termasuk politik, negara, ekonomi, pendidikan, antarabangsa, masyarakat dan segala-galanya. Islam itu agama milik kepunyaan Allah. Manusia itu sendiri ciptaan Dia. Sudah tentulah Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk seluruh makhluk ciptaan-Nya. Justeru diturunkan Wahyu kepada para Rasul sebagai panduan umat manusia. Taurat, Zabur, Injil dan Al Qur'an.

Penulis teringat sabda Rasulullah yang bermaksud "Umat Islam di akhir zaman nanti memang ramai tapi ibarat buih."

Benar apa yang dikatakan Baginda. Hari ini umat Islam di seluruh dunia berjumlah hampir 2 bilion tetapi lemah dan tunduk kepada kuasa besar kuffar. Tak usah pergi jauh-jauh. Lihat saja apa yang berlaku di tanahair kita sekarang. Umat Islam di Malaysia hari ini telah berjaya dipecah-belahkan oleh musuh-musuh Islam yang terdiri dari kalangan orang yang mengaku Islam. Yaitu golongan MUNAFIQ.

Ada golongan sekularis, sosialis, atheis (free-thinker), pragmatis, komunis dan pelbagai fahaman songsang ciptaan musuh Islam yang menjadi pegangan sebahagian umat Islam di negara kita hari ini.

Gay, Lesbian, Biseksual

Baru-baru ini kita dikejutkan pula dengan kewujudan golongan homoseksual (gay), lesbian dan biseksual yang menuntut hak kebebasan bagi mengamalkan cara hidup songsang mereka melalui satu program Seksualiti Merdeka yang dihalang oleh pihak Polis di saat akhir. Dan ramai di antara mereka terdiri daripada orang Islam sendiri.

Antara individu yang menyokong kegiatan seks bebas dan songsang itu ialah anak mantan PM Mahathir, yaitu Marina. Beliau juga merupakan anggota Sister In Islam.

Mungkin tidak terfikir oleh kita akan wujudnya golongan manusia songsang di tanahair hari ini sebagaimana kaum Nabi Lut yang mengamalkan hubungan sejenis dalam hidup mereka.

Apakah puncanya?

Untuk menjawab persoalan ini, rasanya tidak susah. Yaitu sistem di sesebuah negara itu akan membentuk peribadi rakyat masing-masing.

Apakah sistem pemerintahan negara kita?

Sekular. Sistem yang memisahkan agama daripada politik (pemerintahan).

Undang-undang tertinggi?

Perlembagaan Persekutuan yang didraf oleh penjajah Kristian laknatullah melalui Suruhanjaya Reid.

Siapa yang mengetuai kerajaan Perikatan sejak merdeka?

United Malay National Organization (UMNO)

Daripada 4 soalan tadi, penulis rasa pembaca mampu menggarap apakah puncanya hingga boleh berlaku kebejatan gejala sosial hingga ke peringkat hubungan seks sejenis yang telah menular ke dalam masyarakat Islam sendiri.

Penolakan Al Qur'an sebagai Perlembagaan Negara

Sebenarnya apa yang berlaku di tanahair mutakhir ini merupakan bala' yang diturunkan Allah ekoran kedegilan umat Islam sendiri yang masih menyokong golongan pemimpin yang menolak Al Qur'an.

UMNO memang sebuah pertubuhan yang sengaja dirancang penubuhannya oleh penjajah Inggeris bagi meneruskan agenda jahat musuh Islam itu. Sebab itu, antara syarat untuk mendapat kemerdekaan pondan tanahair dulu ialah mesti menggunapakai undang-undang sekular yang didraf oleh Suruhanjaya Reid sebagai undang-undang tertinggi Tanah Melayu.

Dan hari ini pihak Inggeris yang pernah menjajah bumi Tanah Melayu hanya tersenyum dari jauh bila melihat seluruh agenda jahat mereka untuk memecah-belah dan merosakkan 'Aqidah umat Islam telah berjaya dilaksanakan oleh agen-agen mereka. Yaitu UMNO, parti yang mengetuai kerajaan hingga ke saat ini.

Dan begitulah juga seluruh ahli dan pendokong UMNO yang tidak sedar bahawa mereka juga termasuk dalam golongan sesat kerana undi mereka menyebabkan terhalangnya perlaksanaan Undang-Undang Allah (Al Qur'an) di negara ini.

Renung-renungkanlah...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger