Thursday, November 3, 2011

Politik jakun dan pembohsiaan minda

Meluat sungguhlah penulis bila terbaca tajuk "Ibu pejabat MCA disimbah cat". Dulu perarakan kepala lembu ke pejabat MB Selangor dan tak tahulah pulak lepas ni provok cara apa yang akan digunakan bila ada isu-isu berkaitan kaum atau agama yang sengaja digendang oleh parti pemerintah yang semakin terdesak dan bertujuan mengalihkan tumpuan rakyat daripada segala bentuk penyelewengan dan pembohongan selama ini.

In person, penulis cukup yakin Pakatan Rakyat dan para penyokongnya tidak akan melakukan kerja jakun seumpama itu sebab pemikiran mereka jauh lebih bertamaddun daripada parti pemerintah.

Sejarah politik tanahair dah cukup mengajar dan mematangkan minda para pimpinan Pakatan Rakyat tentang tektik keji parti pemerintah bagi mengekalkan kuasa rakus dan melindungi amalan korup mereka.

Sejak kekalahan teruk UMNO BN dalam PRU12 hingga hilang 5 negeri, kita sendiri lihat bagaimana kejinya cara mereka untuk meraih kembali sokongan rakyat. Bermula dengan konspirasi Fitnah Liwat II terhadap Anwar, diikuti tindakan tak bermoral merampas kerajaan PR Perak, kejadian membakar gereja, perarakan kepala lembu di pejabat MB Selangor dan sebagainya. Semuanya itu sengaja dirancang bagi memburukkan imej kerajaan PR dan sengaja menimbulkan situasai tegang antara kaum dalam hal berkaitan agama.

Agak sedikit malang dalam abad ke-21 yang serba canggih dengan kepantasan teknologi maklumat, rupanya masih ada rakyat Malaysia yang berminda seperti "katak di bawah tempurung besi" hingga tak mampu menggarap sesuatu hal atau isu yang timbul. Hanya menerima saja bulat-bulat apa yang dihebahkan melalui kaca tv dan media-media milik parti pemerintah.

Kalau nak sentuh soal KDNK, FDI, Ekonomi Makro dan Mikro, lagilah rakyat tak faham. Apa yang diketengahkan adalah isu kenaikan harga minyak dan barangan keperluan asas yang melibatkan semua pihak. Itu pun masih ada lagi rakyat yang bengong dan tak sedar diri. Percayalah, kalau kita lepak di mana-mana kedai atau warung, nescaya akan kedengaran suara keluhan mereka berkaitan harga barang semakin mahal dan sebagainya. Tapi bila tiba musim pilihanraya, puak-puak inilah juga yang akan mengundi semula parti pemerintah yang korup dan menipu mereka selama ini. Sebab apa? Hanya kerana RM100, kain batik, gula dan beras.

Inilah minda politik rakyat Malaysia, khsusunya Melayu yang telah dibohsia dan disihir minda mereka oleh parti pemerintah.

Sampai bila kita mahu diperbodohkan???

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger