Thursday, November 3, 2011

Celoteh 1.46 pagi

Ingatkan setelah selesai memburaikan sebiji laptop Presario CQ40 dan memasang balik hingga sempurna milik seorang kawan, mata ni akan ngantuk. Rupanya tak juga. Jadi penulis ambil netbook Fujitsu dan tergerak hati nak berceloteh kat sini. Siang tadi penulis jenguk-jenguklah website Aljazeera dan membaca tajuk "Beberapa orang terbunuh dalam pergolakan di Yaman".

Pergolakan yang berlaku di Syria sejak 8 bulan lalu adalah manifestasi daripada kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia dan Mesir. Mungkin selama ini dunia Islam melihat revolusi di Tunisia tidak akan menjangkiti dunia Arab di Timur Tengah. Tanpa diduga, kebangkitan rakyat Tunisia telah menjadi inspirasi kepada rakyat Mesir dan Syria.

Bukankah selama ini dunia melihat Mesir dan Syria aman saja dan tiada sebarang tanda-tanda rakyat akan memberontak. Dan terbukti sangkaan itu meleset sama-sekali. Dalam diam, ibarat api dalam sekam, rupanya seluruh rakyat Mesir dan Syria telah lama menyimpan marah terhadap kerajaan masing-masing. Hanya menunggu saat untuk melepaskan kemarahan itu.

Soalnya, kenapa mereka marah??? Jawapannya kerana kerajaan mereka korup dan zalim. Pemimpin atasan, ahli keluarga dan para kroni mereka semuanya kaya-raya manakala rakyat terus berada dalam kesempitan hidup, ditindas dan ditakut-takutkan dengan pelbagai bentuk ugutan, termasuk ditangkap dan dipenjara jika melawan.

Akhirnya, dengan kehendak Ilahi, kebangkitan rakyat Tunisia menjadi inspirasi dan membakar semangat mereka untuk bangkit menentang kerajaan masing-masing. Di Mesir, dalam tempoh tak sampai sebulan, Hosni Mubarak laknatullah dengan segala kekuatan tenteranya terpaksa akur dengan keberanian rakyat yang mendesaknya berundur. Malah anggota tentera sendiri yang lengkap bersenjata termasuk kereta kebal tidak dapat berbuat apa-apa melainkan terpaksa mengaku mereka juga bersama jutaan rakyat yang mahukan perubahan.

Apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir sudah cukup membuktikan kepada kita semua bahawa kuasa rakyat mampu menumbangkan rejim yang zalim dengan izin Allah. Dan penulis cukup yakin rakyat Syria juga akan berjaya dalam jihad mereka. Cuma perlukan kesabaran dan istiqamah serta dokongan seluruh rakyat.

Minggu lepas dunia dikejutkan dengan kematian diktator Libya Muammar Ghadaffi yang berkuasa selama 42 tahun.

Bagaimana Malaysia?

Kalau nak sentuh soal korup, zalim dan pembunuhan politik, sebenarnya telah lama berlaku di tanahair kita. Dan situasi ini memang serupa saja dengan apa yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya. Yaitu pemusatan kuasa di tangan Presiden atau Perdana Menteri. Rakyat pula sentiasa berada dalam ketakutan dengan pelbagai akta zalim dan tindakan 'ala mafia' pihak berkuasa.

Soalnya sekarang, apakah jalan yang mahu kita pilih untuk menjatuhkan rejim UMNO BN yang semakin rakus, zalim dan korup hari ini? Adakah kita mahu meniru cara rakyat Tunisia dan Mesir atau dengan cara yang lebih demokratik melalui undi dalam PRU?

Tentunya kita semua bersetuju dengan kaedah undi dalam pilihanraya. Jika pilihanraya jadi pilihan, apakah ada jaminan yang rejim UMNO BN tidak akan melakukan penipuan dalam PRU13 sedangkan sejak di era Mahathir lagi telah wujud penipuan dalam Daftar Pemilih. Antara penipuan ketara yang dilakukan ialah senarai pengundi hantu dan Projek IC Palsu di Sabah.

Baru-baru ini, tembelang UMNO BN terbongkar bila 7 buah bas yang membawa warga Indonesia berjaya di kesan di Putrajaya. Kesemua warga asing itu akan diberikan MyKad untuk membolehkan mereka mengundi bagi memenangkan BN dalam PRU nanti. Dilaporkan kumpulan 7 buah bas itu adalah yang projek yang kesebelas. Bermakna sepuluh yang pertama telah berjaya.

Pemberian MyKad (kerakyatan) kepada warga asing secara seweang-wenangnya merupakan satu hal yang amat serius dan boleh membahayakan keselamatan negara. Dan memang kita cukup sedar rejim UMNO BN sanggup melakukan apa saja termasuk menggadai negara demi mengekalkan kuasa di Putrajaya.

Renung-renungkanlah sejenak apa yang sedang melanda tanahair mutakhir ini. Sebelum tidur, tatap wajah anak-anak kita yang bakal mewarisi negara ini. Apakah kita sanggup mewariskan sebuah negara yang muflis dan rosak kepada mereka selepas ketiadaan kita nanti? Atau relakah kita membiarkan anak-anak menjadi 'orang asing' di tanahair sendiri bila bumi Malaysia yang bertuah ini dibanjiri oleh pendatang luar yang mendapat MyKad secara percuma hari ini.

PRU13 adalah peluang terakhir untuk kita melakukan perubahan. Kalau tak, nescaya kita akan menyesalinya seumur hidup.

Wallahu'alam

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger