Monday, November 7, 2011

Hijab pikat Nai'ma kepada Islam

NAI’MA B Robert lahir pada 19 September 1977 di bandar Leeds, Britain. Ketika lahir ibu bapanya menamakannya dengan Thando Nomhle Mclaren. Ayahnya juga berasal dari Leeds, sementara ibunya dari Scotland, United Kingdom. Namun keluarganya berpindah ke Zimbabwe, Afrika atas urusan pekerjaan dan menetap di sana, bapanya seorang pensyarah kanan di Universiti Zimbabwe, adapun ibunya Thembi Mclaren seorang usahawan wanita yang berjaya.

Nai’ma membesar di Zimbabwe kemudian ke Habsyah ketika berusia dua tahun. Mendapat pendidikan rendah dan menengah secara formal bersama adik dan kakaknya di ibu negara Harare, Zimbabwe. Setelah selesai mengikuti pelajaran peringkat menengah di Zimbabwe, Nai’ma menyambung pengajian tingginya di Universiti London dan memperolehi ijazah pertama.

Setelah menamatkan pengajian peringkat sarjana muda, Nai’ma menceburi bidang pekerjaan terutama dalam bidang penerbitan, beliau menjadi pengarang kesusasteraan dan pengasas kepada majalah Sisters yang berpangkalan di United Kingdom.

Penglibatannya dalam bidang ini membuatkannya banyak menjelajah ke beberapa negara seperti Mesir hingga bertemu jodoh dengan seorang pemuda Mesir dan memeluk Islam pada 1998. Kerjayanya membuatkannya sibuk dengan berulang-alik antara London dan Kaherah, Mesir tetapi berjaya mempunyai empat cahaya mata.

Selelah memeluk Islam, beliau memuatkan bahan-bahan rencana dalam majalah Sisters berkenaan dengan wanita Islam dari pelbagai dimensi yang boleh dikongsi sama dengan wanita-wanita lain terutamanya di London dan beberapa negara Eropah.

Beliau begitu optimis bahawa ia akan menjadi bahan rujukan kepada golongan wanita untuk mencari kebenaran agama Islam dengan paparan bahan baru dalam majalah tersebut.

Bercita-cita pengamal Islam yang baik

Bagi Nai’ma, beliau teruja dengan segenap ajaran Islam yang menampilkan peradaban akhlak yang cukup tinggi dan bernilai. Beliau serta keluarganya sentiasa mengamalkan segenap ajaran Islam dengan baik walau di manapun mereka berada. Di pejabat, rumah mahupun di restoran, Islam tetap menjadi pegangan kerana ia menjanjikan kebaikan kepada pengamalnya.

Na’ima B. Robert bercita-cita untuk melihat Islam diamalkan oleh penganutnya dengan gambaran yang positif dalam segenap rutin kehidupan mereka, sama ada di rumah, di tempat-tempat awam, sekolah, universiti dan sebagainya.

Ini kerana di Britain, Islam semakin diterima di kalangan rakyatnya walaupun terdapat usaha memburukkan Islam dengan gambaran negatif, namun usaha dakwah yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapat tempat di hati manusia kerana Islam menjanjikan ketenangan jiwa dan pemikiran manusia.

Mula berjinak di Mesir

Kisah pengislaman Nai’ma berputik ketika mewakili universitinya mengadakan pertunjukan muzik di Festival Mesir. Di situlah beliau mula mengenali beberapa individu Muslimah Mesir dan negara umat Islam yang berhijab / berjilbab, beliau langsung bertanyakan mereka tentang konsep pemakaian hijab yang sebenarnya tidak mengganggu langsung kerjaya seorang Muslimah dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Malah para Muslimah berhijab yang ditemuinya menyatakan nada yang sama, bahawa hijab yang diwajibkan pemakaiannya di kalangan Muslimah, sedikit pun tidak menjejas bidang yang diceburinya, malah ia menampilkan imej wanita yang bersopan, dan pemakaiannya menyerlahkan lagi wanita yang berbudi bahasa, malah di akhirat terselamat daripada azab api neraka Allah.

Daripada pengenalannya di situ telah menyebabkannya selalu berfikir mengenai penampilannya, kata-kata kenalan Muslimahnya telah memberi impak besar dalam hidupnya untuk menjadi seperti mereka yang benar-benar sopan, berbudi bahasa dan mempunyai matlamat hidup yang jelas, bukan sahaja di dunia, malah di akhirat.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger